Anda di halaman 1dari 12

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran

UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN ICT


DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR BERPENDIDIKAN AGAMA

Rosidayu Sabran
Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan,
Kolej Universiti Islam Malaysia, Nilai, N.Sembilan.
Email: rosidayu@admin.kuim.edu.my

Abstrak

Perkembangan kehidupan moden hari ini mendorong manusia menggunakan


teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) untuk melaksanakan tugas harian. Atas
kesedaran ini,kerajaan telah berusaha gigih untuk meningkatkan mutu pendidikan
negara yang diintegrasikan dengan kemajuan teknologi bagi melahirkan rakyat yang
mampu bersaing dalam arus globalisasi masa kini.

Pelbagai kemudahan pendidikan berasaskan teknologi baru dan canggih disediakan


tanpa mengira latarbelakang, bangsa dan agama. Islam juga menggalakkan umatnya
mencari ilmu pengetahuan demi kebaikan ummah sejagat. Kertas kerja ini
membincangkan mengenai kepentingan kefahaman dan kemahiran TKM yang dapat
meningkatkan status kehidupan umat Islam ke arah melahirkan masyarakat
berpengetahuan. Penggunaan TKM dalam proses pelaksanaan strategi dalam pelbagai
bidang adalah sesuatu yang sukar dilepaskan bagi mengembalikan kemakmuran dan
kedaulatan umat Islam di seluruh dunia.

Bidang : teknologi komunikasi dan maklumat; pendidikan

Dunia pendidikan hari ini memasuki suatu era yang dipenuhi dengan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang merangkumi pelbagai bidang kerjaya
khususnya pendidikan. Menurut Ab. Rahim, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999:15),
pendidikan hari ini berkaitan rapat dengan bidang sains, teknologi, industri dan
perdagangan sebab kita sedang berada dalam suasana yang penuh dengan penemuan-
penemuan dan ciptaan-ciptaan baru dalam hampir ke semua bidang kehidupan.
Justeru, segala bentuk pengajaran dan pembelajaran kini telah diolah dengan ramuan
teknologi komunikasi dan maklumat (TKM), selaras dengan arus perkembangan
semasa.

Perkembangan TKM telah membawa kepada suatu lonjakan besar dalam bidang
pendidikan. Pelbagai rancangan direalisasikan oleh kerajaan demi melahirkan
golongan rakyat yang dapat menggalas hasrat negara bagi mencapai Wawasan 2020.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Sandholtz, 1997 (dalam Noraein Mansor, 1999),
penggunaan teknologi di sekolah boleh mendorong memudahkan pengajaran dan
pembelajaran. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer telah berjaya meningkatkan
mutu pendidikan.
Heinich, 1993 (dalam Noraien Mansor, 1999) juga menjelaskan bahawa komputer
dapat memperkayakan teknik persembahan pengajaran. Malah, David Dwyer, 1996
(dalam Noraien Mansor, 1999) dalam kajiannya melaporkan bahawa teknologi
merupakan media penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malah
penggunaan teknologi yang cekap dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar dan
menyokong pencapaian pembelajaran dalam abad ke 21.

Ini bermakna perkembangan sains dan teknologi maklumat telah dapat mempengaruhi
perkembangan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan ciptaan peralatan serta
perisian komputer yang canggih. Hanya melalui pendidikan, perbezaan jurang digital
antara kaum dapat dikurangkan. Kebanyakan kajian yang dijalankan bagi menilai
persepsi pelajar dan guru terhadap penggunaan komputer di sekolah dan institusi
pengajian tinggi, menerima maklumbalas yang positif. Rata-rata golongan pelajar dan
guru mengakui

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

penggunaan komputer membantu meningkatkan taraf hidup (Ahmad Bakeri Abu


Bakar, 2003:74) prestasi
kerja, pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan projek seperti ini tidak harus dihalang dengan
beberapa beban
masalah seperti kemiskinan, kekurangan kemudahan TKM, kekurangan pengetahuan
teknikal, kelewatan
proses pelaksanaannya di sekolah dan kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam
bidang teknologi
maklumat. Kebanyakan masalah ini seringkali diwar-warkan oleh penduduk luar
bandar dalam kajian-
kajian lalu. Contohnya, Md Nasim Iqbal (2003:97) dalam kajian yang dilakukan di
Bangladesh
menunjukkan bahawa faktor kewangan merupakan halangan utama bagi penduduk
atau ahli keluarga
mereka mendapatkan maklumat.

Seharusnya, masalah tersebut dapat dikurangkan dengan meningkatkan kualiti


pendidikan rakyat dan
membangunkan kemudahan infrastruktur teknikal (Ahmad Bakeri Abu Bakar,
2003:72-73). Kebanyakan
pelajar yang datang daripada golongan ini kurang cenderung untuk membeli atau
memiliki komputer di
rumah. Kekurangan ini menyebabkan mereka menggunakan kemudahan komputer
sama ada di sekolah
atau tempat awam seperti cyber café atau rumah rakan-rakan yang mempunyai
komputer (Siti Kasma
Yaacob, 2005). Malah, kemudahan komputer di sekolah-sekolah agama adalah kurang
memuaskan. Ini
menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan
bilangan masyarakat
yang celik IT dan berpengetahuan di negara ini .

Usaha membendung kadar celik IT dari golongan yang kurang berkemampuan ini
dianggap penting.
Ekoran daripada permasalahan ini, Matnor Daim, 1997 (dalam Noraein Mansor,
1999) pernah
mencadangkan untuk mewujudkan 4 landasan penting dalam sistem pendidikan
negara iaitu komputer,
perhubungan (internet), kurikulum dan kecekapan.

Hari ini pelaksanaan projek mega seperti Multimedia Super Corridor dan sekolah
bestari sedang giat
dijalankan oleh kerajaan dengan memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk membina
makmal-makmal
komputer di semua sekolah rendah dan menengah, sekolah agama dan seluruh
institusi pengajian tinggi
negara. Pengetahuan dan kemahiran TKM dalam kalangan pelajar ditingkatkan
melalui pelaksanaan
kurikulum dan ko-kurikulum sekolah-sekolah dan IPT, sumber dana bagi membuka
pusat-pusat pendidikan
komputer dan kursus-kursus bimbingan bagi masyarakat luar bandar.

TKM di Institusi Pengajian Tinggi

Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran seseorang pelajar dalam
TKM, beberapa ciri
perlu ditekankan khususnya keupayaan dan kemantapan kendiri. Salah satu kelebihan
inilah yang
diperolehi daripada mempelajari komputer.

Menurut Asmidar Abu Bakar (2003:155) TKM mempunyai beberapa kelebihan dalam
pelaksanaan proses
pembelajaran:

TKM membantu membangunkan masyarakat berpengetahuan iaitu dapat


mengaplikasikan sesuatu
pengetahuan.
TKM membantu meningkatkan keupayaan mendapatkan maklumat
TKM membantu keupayaan seseorang pelajar menyelesaikan masalah
TKM membantu meningkatkan kreativiti dan kemahiran pengajar

Penekanan khusus yang dibuat oleh kerajaan demi mencapai matlamat wawasan
2020, melalui
perkembangan globalisasi dalam K-ekonomi menggambarkan pentingnya IPT
melahirkan golongan pelajar
yang berkualiti. Ini kerana keupayaan TKM membolehkan individu menyalurkan
sesuatu maklumat tanpa
had, individu, masa dan tempat. Oleh itu, semua universiti tempatan menjadikan
agenda ini untuk
mengambil dan menyesuaikan pengetahuan dan amalan TKM dan globalisasi yang
baik ini dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. (Syarifah Habsah Syed Hasan
Shahabudin, 2003:6).

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Sebahagian daripada agenda tersebut kini direalisasikan melalui pembangunan


program dan proses
pengajaran dalam kelas, selain amalan pelaksanaannya melalui penyelidikan,
persidangan dan penerbitan.
Dalam hal ini, isu utama yang sering ditekankan adalah isu kualiti pelajar. Pelajar
merupakan ‘jenama’
produk sesebuah universiti. Oleh itu pembinaan ‘jenama’ (Sharifah Habsah Syed
Hasan Shahabudin,
2003:9) menjadi lebih penting bagi menilai kualiti dan imej universiti, seterusnya
meningkatkan reputasi
institusi pengajian tinggi masing-masing.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya


untuk memastikan seluruh
pelusuk negeri, daerah dan kampung menerima kemudahan infrastruktur TKM. Ini
membolehkan setiap
individu di kawasan masing-masing dapat menikmati kemudahan komputer yang
dilengkapi dengan
internet dan telekomunikasi khususnya bagi penggunaan golongan kanak-kanak,
orang kurang upaya dan
remaja (Ahmad Bakeri Abu Bakar, 2003:78).

Menurut Ahmad Bakeri Abu Bakar (2003) walaupun kadar penggunaan dan
pembangunan TKM di
Malaysia dianggap tinggi berbanding negara-negara serantau, Malaysia masih lagi
ketinggalan dari segi
kadar penggunaan komputer dalam kalangan penduduk. Pada akhir tahun 2002, kadar
penggunaan
komputer penduduk Malaysia adalah 12.5 unit bagi setiap 100 orang, berbanding 40
unit bagi setiap 100
orang (penanda aras bagi negara-negara maju). Justeru, lebih banyak usaha perlu
ditingkatkan bagi
mencapai angka sasaran seperti menggandakan usaha ke arah membudayakan
pendidikan sepanjang hayat
khususnya yang berkaitan dengan TKM kepada masyarakat luar bandar dan orang
asli.

TKM dan Pembangunan Ummah

Sejak komputer diperkenalkan di Barat pada tahun 1940an dan pada tahun 1990an di
Malaysia,
penggunaan TKM kini telah mencakupi pelbagai bidang dan pekerjaan tanpa mengira
agama, kaum, status,
bangsa dan negara. Semua ini digerakkan menuju ke arah mencapai kemajuan,
kekayaan dan keharmonian
hidup ummah.

Pengaliran TKM merupakan asas kepada pendekatan globalisasi (Abu Bakar Abdul
Majeed, 1998: 80) dan
harus menjadi agenda utama umat Islam. TKM membolehkan hubungan secara terus
antara seorang umat
Islam dengan umat Islam dari negara lain, melangkau batasan jarak, waktu dan
tempat. Jalinan hubungan
inilah yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara sesebuah negara Islam
seterusnya bergerak seiring
dalam membendung apa juga krisis yang melanda umat Islam hari ini.

Menurut Muhammad Uthman El-Muhammady (1998:64), umat Islam perlu bijak


menggunakan teknologi
maklumat untuk meningkatkan imej mereka melalui:
a. mesej kebenaran dan kaedah penumpuan mereka dalam menegakkan kebenaran;
b. pemahaman mereka mengenai dunia, budaya dan ketamadunan
c. pemahaman dan rasa hormat terhadap kemanusiaan dan kebenaran manusia, nilai-
nilai serta
prinsip-prinsipnya.

Warisan budaya Islam haruslah digambarkan melalui kebijaksanaan, fizikal dan


mental umat Islam
menggunakan TKM yang dicipta untuk menguruskan kehidupan. Misalnya, imej umat
Islam yang telah
dicalar oleh propaganda Barat boleh diperbetulkan melalui penjelasan yang
menyeluruh, bukan sahaja
menggunakan media-media rasmi tetapi juga saluran media tidak rasmi yang
digunakan oleh orang
perseorangan dalam laman web dengan pendekatan interaktif yang menarik
(Muhammad Uthman El-
Muhammady, 1998:65).

Walaupun isu moral dan etika (Abu Bakar Abdul Majeed, 1998:72) dalam
penggunaan TKM tetap wujud,
umat Islam hari ini harus bijak menggunakan kesempatan dan peluang yang datang
khususnya ilmu
pengetahuan dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran diri untuk bersaing di arena
globalisasi. Mereka
juga harus sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu pembaharuan yang sentiasa
hadir dalam
perkembangan dunia hari ini. Suatu masa dahulu, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu
Bathutah, alBiruni
merupakan antara tokoh Islam yang mencipta sejarah dalam peradaban Islam pada
zaman mereka yang
serba kekurangan. Justeru adalah tidak mustahil dalam kehidupan moden yang serba
lengkap dan canggih,

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

umat Islam hari ini bergerak lebih aktif bagi memantapkan pembangunan ummah
dalam apa juga bidang
khususnya yang berkaitan dengan pendidikan dan agama.

Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman dan kemahiran pelajar aliran agama
dalam penggunaan
kemudahan berasaskan TKM khususnya komputer, internet dan peralatan audio visual
dalam aktiviti
pembelajaran

Metodologi kajian

Kajian ini telah dijalankan pada bulan Oktober 2005, menggunakan borang soal-
selidik (Noraein Mansor,
1999) sebagai instrument kajian. Borang soal selidik ini telah diedarkan secara rawak
kepada beberapa
kumpulan pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4, di enam buah fakulti,
Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM). Setakat ini, sebanyak 200 daripada 800 borang soal selidik telah
dianalisa. Bilangan ini
merupakan 10 daripada 30 peratus pelajar KUIM yang telah memberi maklumbalas
melalui borang soal
selidik yang telah diedarkan.

Kebolehpercayaan

Nilai alfa yang diperolehi dalam 18 item kefahaman mengenai fungsi perisian
komputer adalah 0.93 iaitu
meliputi kefahaman dalam pemprosesan perkataan (seperti MS-Word), lembaran
elektronik (MS-Excel),
pangkalan data (MS-Access), grafik dan persembahan (MS-Powerpoint), grafik dan
rekabentuk(CAD/CAM), pemprosesan data (SPSS), internet (MS-Explorer) dan alat
pengarang
(Pagemaker).

Nilai alfa bagi 11 item kemahiran juga adalah tinggi iaitu 0.89, meliputi kemahiran
menggunakan perisian
pemprosesan data (seperti MS-Word), lembaran elektronik (MS-Excel), pangkalan
data (MS-Access),
grafik dan persembahan (MS-Powerpoint), grafik dan rekabentuk (CAD/CAM),
pemprosesan data (SPSS),
internet (MS-Explorer), alat pengarang (Pagemaker), melayari internet, merekabentuk
‘homepage’ dan
suntingan audio-visual (seperti Pinnacle).

Dapatan kajian

Dapatan kajian ini diperolehi melalui analisis perkaitan atau korelasi antara
kefahaman dan kemahiran
pelajar seperti yang tertera dalam objektif kajian.

Hubungan korelasi antara kefahaman dengan kemahiran pelajar adalah positif dan
signifikan (r =0.84, p <
0.01) ditunjukkan dalam Jadual 1. Hubungan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi
kefahaman pelajar
terhadap TKM, semakin tinggi kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Maklumat dalam jadual ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan
signifikan antara tahun
pengajian dengan kefahaman ( r =0.22, p < 0.01) serta tahun pengajian dengan
kemahiran (r = 0.18, p <
0.01). Ini menunjukkan bahawa lebih lama tempoh pengajian mereka, lebih tinggi
tahap kefahaman mereka
terhadap kursus yang dipelajari. Lebih lama tempoh pengajian juga akan
meningkatkan kemahiran diri
pelajar. Ini bermaksud semakin lama pelajar di universiti, mereka akan menjadi lebih
mahir dalam perkara
yang dipelajari. Oleh itu, korelasi ini telah menjawab hypotesis bagi objektif kajian ini
di mana semakin
lama mereka terdedah dengan kemudahan TKM, maka mereka lebih berpengetahuan
dan berkemahiran
menggunakannya.

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Jadual 1: Min, Sisihan Piawai dan Korelasi antara Pembolehubah

Pembolehubah
1 Fakulti
2 Tahun Pengajian
3 Jantina
4 Negeri Asal
5 Pendidikan
6 Kefahaman
7 Kemahiran
N=200; ** p < 0.01

Min

Sisihan
Piawai
1.67
0.96
0.43
3.42
1.07
11.46
6.89

2.89
2.41
1.75
8.80
3.10
59.69
34.21

0.27
1

-0.04
0.04
1

-0.17
0.04
0.07
1
5

0.26
0.12
0.03
-0.20
1

0.14
0.22**
-0.15
-0.14
0.94
1

0.11
0.18**
-0.52
-0.7
0.04
0.84**
1

Berdasarkan daripada dapatan kajian ini didapati bahawa tempoh pendedahan


mempengaruhi kefahaman
dan kemahiran seseorang dalam menimba ilmu pengetahuan. Menurut George
Gerbner dalam kajian beliau
mengenai Teori Penanaman, seseorang yang menonton televisyen akan dipengaruhi
oleh apa yang
dilihatnya di kaca televisyen. Dalam hal ini, seseorang yang menggunakan TKM
dapat mengingati apa
yang dipelajarinya kerana skrin komputer adalah ibarat kaca televisyen, yang
mengajar individu dan
masyarakat mengenai pelbagai perkara baru yang dilihat pada skrin komputer serta
penggunaannya boleh
diaplikasikan. Menurut Larry E. Long (2004:23), maklumat dalam sesebuah komputer
memberi kesan
dramatik terhadap aktiviti tidak formal seperti bergembira bersama rakan-rakan dan
menerima maklumat
(teks, audio, visual) terutamanya dalam aktiviti ‘chatting’ yang membolehkan kita
dihubungkan dengan
masyarakat seluruh dunia. Oleh itu aktiviti-aktiviti tidak formal sebegini berupaya
merangsang daya
pemikiran seseorang untuk lebih mendalami dunia cyber kerana sifat ingin tahu dan
seterusnya menjadi
lebih kreatif menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi.

Long (2004:26) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang menunjukkan seseorang


itu mahir dalam
menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat:
1. Berasa selesa dalam menggunakan sistem komputer
2. Mampu menjadikan komputer bekerja menyelesaikan tugasan anda seperti untuk
menyelesaikan
masalah kebosanan, pengurusan kewangan keluarga dan seumpamanya.
3. Boleh berinteraksi dengan komputer dengan memasukkan dan mengeluarkan data.
4. Selesa apabila berada dalam dunia cyber.
5. Memahami pengaruh komputer terhadap masyarakat hari ini dan kesannya pada
masa akan
datang.
6. Menjadi pengguna komputer, peralatan komputer dan perkhidmatan komputer yang
bijak.
7. Mahir menggunakan bahasa komputer dan teknologi maklumat.

Bagaimanapun, pendedahan yang terlalu lama juga mungkin membawa kepada


implikasi yang negatif.
Marshall McLuhan seorang sarjana Barat banyak mengkaji tentang pengaruh
teknologi dan komunikasi.
Menurut Marshall McLuhan (dalam Mc Quail, 2000:108) kepelbagaian media
electronik telah mencipta
suatu perkampungan global (global village) di mana seseorang memperolehi
pengalaman dan maklumat
yang dikongsi bersama secara percuma. Sememangnya komputer membantu dari
pelbagai segi dan
meningkatkan kemahiran individu tetapi pendedahan yang terlalu banyak dan tidak
ditapis mendatangkan
implikasi lain seperti eksploitasi terhadap maklumat atau perkara yang dipelajari ke
jalan yang salah seperti
bagi tujuan keseronokan seperti streaming dan chatting (Long, 2004:24).

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Selain itu, ilmu pengetahuan juga penting sebagai alat untuk bersaing dalam arena
globalisasi khususnya
dalam menangani masalah imej umat Islam. Kita juga boleh mencipta suatu alat yang
mampu menapis
bahan ‘toksid’ yang dibawa oleh maklumat tersebut (Mahathir Mohamad, 2002:92).

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
yang majoriti
daripada mereka merupakan pelajar yang mempunyai asas yang mendalam dalam
pendidikan agama.
Kebanyakkan daripada mereka adalah lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),
Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan datang
daripada sekolah-sekolah
yang berlatarbelakangkan pendidikan agama. Dapatan kajian ini berkemungkinan
tidak mempunyai
persamaan yang jelas antara kefahaman dan kemahiran pelajar dari institusi pengajian
tinggi lain.

Hasil dapatan kajian telah membuktikan kebenaran hipotesis kajian ini iaitu semakin
tinggi kefahaman
pelajar, semakin tinggi juga kemahiran yang diperolehi pelajar. Semoga dapatan
kajian ini dapat memberi
sumbangan kepada bidang TKM terutama dari segi memantapkan lagi kurikulum
kursus dan memberi lebih
banyak pendedahan kepada pelajar dan masyarakat luar bandar mengenai TKM.

Abu Bakar Abdul Majeed, (1998) Information Age – An Islamic Perspective, Islam
and Development in
Asia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Ahmad Bakeri Abu Bakar (2003), Narrowing the Digital Divide: The ASEAN
Approach, Building A
Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan
kertas kerja dalam
Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober, 2003,
Kuala Lumpur:
International Islamic University Malaysia.

Asmidar Abu Bakar (2003), ICT and Human Development: ICT Contribution to the
Human Development,
Building A Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and
ICT, Kumpulan kertas
kerja dalam Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22
Oktober, 2003, Kuala
Lumpur: International Islamic University Malaysia.

Long, Larry E. (2004), Computers: Information Technology in Perspective, 11th ed.


New Jersey: Pearson
Education Inc.

Mahathir Mohamad (2002), The Impact of Globalisation on the Islamic World,


Globalisation and the New
Realitie, Pilihan Ucapan-ucapan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia,
Subang Jaya:
Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.

McQuail, D. (2000), McQuail’s Mass Communication Theory, 4th ed., Oxford: Sage
Publications Limited
Md Nasim Iqbal (2003), Building A Knowledge Society: Information Needs and
Information Problems in
Rural Areas and Urban Informal Settlements in Bangladesh, Building A Knowledge
Society: Value
Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan kertas kerja dalam
Seminar Kebangsaan
Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober, 2003, Kuala Lumpur:
International Islamic
University Malaysia.

Muhammad Uthman El-Muhammady (1998), The Muslim Society As An Information


Society, Islam and
Development in Asia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran
UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Noraien Mansor (1999), Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet Dalam Mencari
Maklumat di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-sekolah Menengah di Kuantan, Tesis
Sarjana Sains Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (2003), Quality Education for the
Knowledge Economy, Building
A Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and ICT,
Kumpulan kertas kerja pada
Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober 2003,
Kuala Lumpur.

Siti Kasma Yaacob (2005), The Perception of SAR’s Student on Science and
Technology: A case study at
Sekolah Agama Rakyat Al-Ihsan, Tanah Merah, Kelantan, Laporan Projek Ilmiah,
Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai