Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Dalam era globalisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita merangkumi pelbagai
lapangan seperti ekonomi, sosial, perindustrian, pertanian, pelancongan, perdagangan dan
pendidikan. Transformasi teknologi dan komunikasi ini telah mendominasi generasi
sekarang ke arah menerajui kemajuan dan pemodenan. Penyebaran teknologi dan
maklumat berlaku secara berleluasa tanpa mengehadkan sempadan dan masa.

Menurut The Linked Word (2011), ICT merujuk kepada semua alat komunikasi
atau aplikasi seperti radio, televisyen, telefon pintar, komputer dan peranti rangkaian dan
software, sistem satelit, termasuk juga pelbagai perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan
dengannya seperti video telesidang. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data (Wikipedia Ensiklopedia Bebas).

Menurut Haag & Keen (1996) di dalam Nworgu (2007), teknologi informasi
adalah seperangkat alat yang membantu pekerjaan dengan informasi dan melakukan tugas-
tugas yang berhubungan dengan pemprosesan informasi.

Williams dan Sawyer (2003) pada buku Abdul Kadir dan Terra CH Triwahyuni
yang berjudul “Pengenalan Teknologi Informasi” (2003) turut mendefinisikan Teknologi
Informasi adalah teknologi yang menggabungkan komputasi (komputer) dengan jalur
komunikasi berkecepatan tinggi yang membawa data, suara dan video. Daripada definisi
di atas telah menjelaskan bahawa ICT merupakan gabungan teknologi komputer dan
teknologi telekomunikasi.
2.0 Takrifan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bukan sahaja penting


dalam pembangunan ekonomi dan pentadbiran negara, malahan memberi sumbangan yang
tinggi dalam perkembangan pendidikan di negara kita. Pendekatan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mengoptimumkan penyebaran ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar dan
membentuk masyarakat Malaysia yang celik informasi teknologi.

Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan
pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori
pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video telesidang atau instruksi berasaskan
komputer (Fadzliaton Zainudin, 2015).

Menurut UNESCO (2002), TMK atau ICT ditakrifkan sebagai gabungan teknologi
informatik dengan teknologi lain yang berkaitan, khususnya teknologi komunikasi.
Jeyagobi dan Subramaniam (2007: 45) mendefinisikan ICT sebagai alat pemudah
komunikasi yang digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang
berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk melalui
pelbagai mod seperti teks, audio, video, grafik dan kombinasi pelbagai mod.

Kini di negara kita terdapat pelbagai bahan dan peralatan TMK yang memainkan
peranan penting dalam pendidikan. Misalnya penggunaan papan tulis pintar (Smart Board),
Chromebook, tablet, laman Frog VLE, Google Apps, E-Book dan peranti elektronik yang
lain. Permintaan kepada konsep pembelajaran tanpa sempadan seperti u-pembelajaran, e-
pembelajaran dan m-pembelajaran melambangkan transformasi berterusan dalam bidang
pendidikan di era digital (Mohd Nasaruddin Parzi, 2016). Penggunaan ICT dalam
pendidikan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam hasil pengajaran dan
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah, ringkas dan
padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan persembahan yang menarik serta
mudah untuk difahami.

Dalam pada itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


terutamanya dalam anjakan tujuh telah memfokuskan kepada tindakan memanfaatkan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran
dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi celik IT. Menurut Timbalan Menteri
Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
menggariskan bahawa ICT berpotensi besar, memacu dan memperkukuh proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai
kemahiran abad ke-21 (Sarah Aina Shawal, 2017).

Dalam usaha menerajui pembangunan digital dan global, Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif dan kristis. TMK dijadikan pemangkin untuk membolehkan
pelajar-pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri mengikut kadar pembelajaran
kendiri. Usaha ini bagi mencapai matlamat Pembestarian Sekolah pada 2020 dalam
memastikan 100 peratus sekolah mencapai tahap bestari, berdasarkan ciri-ciri yang
ditetapkan, sekali gus persediaan untuk mengorak langkah memacu pembangunan modal
insan melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) (Sarah Aina Shawal, 2017).

TMK berperanan sebagai satu sistem yang membolehkan pengumpulan,


pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.
Penggunaan TMK juga diyakini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah
agar lebih efektif dan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih dinamik. Seperti
disentuh dalam bajet 2018, penggunaan TMK menjadi sangat penting dalam pendidikan di
Malaysia (Wahid Hashim, 2017).
3.0 Aplikasi TMK dalam Pendidikan di dalam bilik darjah dan di luar bilik
darjah

Konsep teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) penting bagi menyokong teras dalam
pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan
sepanjang hayat. Menurut Datuk Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI), penggunaan TMK dalam bidang pendidikan membuka ruang dan peluang baru
untuk pembelajaran secara maya (Utusan Online, 2017).

Pengaplikasian TMK di dalam bilik darjah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan


dalam Bajet 2018 yang memperuntukan RM 190 juta untuk pembinaan kelas pintar di
sekolah kebangsaan (SK), sekolah menengah kebangsaan(SMK), sekolah jenis kebangsaan
Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT)
melalui program Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Ini jelas memaparkan usaha
kerajaan melakukan transformasi dalam dunia pendidikan dengan mengaplikasikan TMK
dalam pendidikan di dalam bilik darjah. Transformasi dalam sektor pendidikan telah
mengubah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional seperti ”Chalk and Talk”
kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan kreatif bersesuai dengan
perkembangan semasa.

Penggunaan TMK dalam proses pengajaran di dalam kelas boleh memberi kesan
yang positif dalam hasil pembelajaran pelajar-pelajar. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk
Seri Mahdzir Khalid (Utusan Online, 2018), sebagai contoh, dulu guru menggunakan
papan putih tetapi kini smart board (papan putih interaktif) ditambah dengan alat peranti.
Menerusi PAK-21, pengaplikasian TMK di dalam bilik darjah dinaikkan taraf dengan
penggunaan papan mengajar pintar, kerusi serta meja canggih dan komputer riba.

Penggunaan papan putih interaktif atau papan tulis pintar (Smart Board) yang
terdiri daripada komputer, perisian Smartboard, papan putih interaktif dan projektor
membolehkan para guru memberi penerangan tentang pelajaran yang hendak disampaikan
dengan lebih mudah dan jelas. Persembahan grafik berwarna dan animasi dapat memberi
gambaran menyerupai dunia sebenar dengan kandungan pengajaran yang lebih relevan
dalam perkembangan semasa kepada para pelajar. Ini dapat menarik perhatian dan minat
pelajar-pelajar dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, kondusif dan dinamik.

3.1 Di Dalam Bilik Darjah

Guru menyampaikan pengajaran bertemakan haiwan. Dengan menggunakan


rangkaian Internet, Google Apps, YouTube dan alat bantu mengajar seperti papan putih
interaktif, guru dapat menunjukkan gambar haiwan-haiwan yang ada di bumi ini dengan
lebih mudah dan jelas. Guru juga boleh mendapatkan maklumat tentang haiwan-haiwan
tersebut dengan mengakses internet. Selain grafik haiwan yang menarik, guru boleh
menyampaikan pengajaran melalui lagu, muzik, dan tayangan dokumentari menerusi audio
visual. Ini dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pelajar-pelajar tidak semestinya pergi ke zoo atau masuk ke dalam hutan untuk melihat dan
mengenali haiwan-haiwan, tetapi mereka boleh mengeksplorasi dunia haiwan di dalam
bilik darjah dengan mudah dan jelas. Dengan mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran, pelajar-pelajar akan lebih berminat dan cenderung untuk mengalami
pengalaman menggunakan teknologi maklumat terkini untuk menambahkan ilmu
pengetahuan serta pencapaian dalam pelajaran sama ada dalam mata pelajaran Sains
mahupun Linguistik.

Hal ini terbukti melalui beberapa kajian. Antaranya, kajian Ting Suh Ping (2009)
mendapati penggunaan bahan bantu mengajar Power Point dan klip video berjaya
membantu keempat-empat orang murid Tahun 3 Biru dalam meningkatkan minat dalam
pembelajaran Sains.

Menurut Norfarizah & Mohd Zazril (2016), keputusan temubual terhadap beberapa
orang murid Tahun Tiga di sekolah-sekolah rendah di sekitar Pulau Pinang telah mendapati
bahawa mereka lebih berminat untuk belajar mata pelajaran Sains dengan menggunakan
teknologi dan alatan terkini yang mempunyai unsur interaktif dan bukan hanya belajar
dengan menggunakan cara lama iaitu sekadar membaca buku sahaja.
Menurut jurnal yang berjudul Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan
Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif) Terhadap Peningkatan
Penguasaan Konsep Sains dalam tajuk Sel Untuk sains Tingkatan 1 menyatakan bahawa ia
juga berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari
sains dan membantu mereka mempelajari sains melalui pengalaman yang menyeronokkan
(Aszoura Binti Mohamed Salleh, 2007).

Hasil kajian Khor & Noraini (2016) telah menunjukkan bahawa


penggunaan papan putih interaktif (Smart Board) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam bidang penulisan
di kalangan murid tahun 3 secara signifikan berbanding kaedah konvensional.

3.2 Di Luar Bilik Darjah

Aplikasi TMK di luar bilik darjah diperlukan apabila guru menyampaikan bidang ilmu
yang memerlukan penerokaan di luar bilik darjah.

Sebagai contoh, ilmu astronomi merupakan salah satu cabang daripada ilmu Sains
yang berkaitan dengan bintang, planet, bulan dan matahari. Dalam proses pengajaran ilmu
Falak atau dikenali ilmu sains angkasa, penggunaan teleskop adalah diperlukan agar para
pelajar dapat menerokai bidang astronomi terutamanya mereka yang baru hendak
mengenali alam cakerawala. Pengalaman menggunakan peralatan TMK untuk mengalami
dan melihat gerhana bulan, gerhana matahari dan hujan meteor dapat menanam minat
pelajar di samping mencapai pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Contohnya, untuk melihat gerhana bulan yang berlaku pada 31 Januari 2018,
pelajar dan guru Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud telah berkumpul di
padang dengan penyediaan teleskop bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam untuk
aktiviti pencerapan. Mereka turut membuat rakaman peristiwa yang jarang berlaku.
Rakaman tersebut boleh disimpan atau dikongsi bersama guru-guru dan pelajar-pelajar dari
seluruh negara menerusi media TMK sebagai salah satu bahan pengajaran atau rujukan
pembelajaran. Sila rujuk lampiran 1.

Melalui program lawatan ke Balai Cerap Selangor, pelajar sekolah rendah


didedahkan cara dan teknik menentukan arah kiblat dengan betul serta berpeluang untuk
membuat cerapan angkasa menggunakan teleskop canggih untuk mencerap planet Neptun,
Zuhal, bulan dan matahari. Program cerapan angkasa menggunakan teleskop canggih
mampu merangsang minat murid sekolah bagi menanam cita-cita menjadi ahli astronomer
(Mohd Izzatul Izuan, 2017). Sila rujuk Lapiram 2.

Selain itu, penggunaan Chromebook di peringkat sekolah dapat mewujudkan Kelas


Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) (https://frogasia.com/en/frog-vle/)
berasaskan Web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar untuk membudayakan
Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21). Menurut Guru Besar SK Kayang (2017), menerusi
Kelas Frog VLE, murid-murid berpeluang belajar secara maya menggunakan komputer
riba Chromebook dan tidak lagi hanya tertumpu di dalam kelas semata-mata.

Pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku setiap masa di mana-mana sahaja


dengan mengakses Internet. Misalnya, pelajar membawa Chromebook ke perpustakaan,
makmal sains, bilik muzik, mahupun ke Taman Sains sekolah. Skop pengajaran menjadi
lebih meluas dan bahan pengajaran dapat diperoleh dengan mudah dan tepat mengikut
perkembangan semasa tanpa hanya berpandukan pada buku teks sahaja. Guru boleh
mengadakan forum, memberikan nota penting dan tugasan kepada pelajar-pelajar menerusi
Apps tersebut. Pengajaran dapat disampaikan dengan pendekatan yang lebih menarik dan
menyeronokkan berbanding kaedah pengajaran tradisional dan konvensional yang
mengehadkan waktu dalam jadual pembelajaran harian.

Pelajar-pelajar juga boleh membuat latihan, kuiz dan permainan serta mendapatkan
maklumat yang dikehendaki dengan mudah dan fleksibel. Pembelajaran akan berlaku
setiap masa dan wujud perkongsian ilmu secara dua hala dalam kalangan guru dengan
pelajar.
Di samping itu, guru menggunakan Facebook, Whatsapp, Wechat atau Telegram
sebagai salah satu platform pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memuat naik
(upload) bahan-bahan pengajaran seperti nota dan tugasan dalam bentuk slide Power Point
dalam rangkaian sosial Facebook, Blog, Wechat dan Telegram untuk menyampaikan isi
pengajaran. Pelajar-pelajar boleh mendapatkan informasi dan mengadakan perbincangan
dalam kumpulan di mana-mana sahaja dengan adanya Wifi ataupun Internet.

Ekoran itu, teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan kemudahan


pembelajaran sepanjang hayat yang tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Konsep
pembelajaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi ini telah membenarkan
pelajar mengakses sumber pendidikan secara fleksibel, tenang dan lancar, di samping
berpotensi merevolusikan pendidikan dan mengurangkan kekangan fizikal pembelajaran
tradisional (Mohd Nasaruddin Parzi, 2016).

4.0 Persamaan dan Perbezaan Pembelajaran Semasa (Synchronous


Learning) dan Pembelajaran Bukan Semasa (Asynchronous Learning)
dalam Konteks TMK dalam Pendidikan.

Pembelajaran semasa (Synchronous Learning) melibatkan pembelajaran dalam


talian secara Online pada waktu yang nyata. Contohnya, bersembang dalam talian (online
chat) dan konferensi video (videoconferencing). Pelajar boleh berhubung dengan guru dan
pelajar-pelajar yang lain dengan media pembelajaran seperti mesej segera (instant
messaging) dan forum langsung (Live Forum). Pembelajaran semasa membolehkan pelajar
berinteraksi dengan guru atau sesama pelajar secara langsung atau serta-merta melalui
talian. Proses pembelajaran lebih seragam dan disiplin mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

Pembelajaran bukan semasa (Asynchronous Learning) merujuk kepada


pembelajaran pengajar menyediakan bahan kursus sebelum kursus berlangsung. Pengajar
dan pelajar tidak perlu berada dalam talian pada masa yang sama. Pembelajaran boleh
dijalankan secara online atau offline. Pembelajaran ini melibatkan kursus yang dihantar
melalui web, e-mel dan mesej untuk dimuatnaikkan di forum dalam talian. Pelajar tidak
dapat berinteraksi atau mendapat maklumbalas secara langsung atau serta-merta. Dalam
keadaan sedemikian, pelajar biasanya akan menyelesaikan pelajaran dan tugasan dengan
sendirinya menggunakan internet sebagai alat sokongan dan bukan hanya menggunakan
media pembelajaran dalam talian untuk kelas interaktif.

Pembelajaran bukan semasa membenarkan pelajar mengikuti kurikulum atas kadar


kemampuan mereka sendiri tanpa perlu risau tentang penjadualan yang konflik.
Pembelajaran jenis ini sesuai untuk pelajar yang bebas medan dan berdikari dalam
pembelajaran. Pembelajaran bukan semasa boleh membawa kepada perasaan pengasingan
kerana tidak ada persekitaran pendidikan interaktif yang nyata.

4.1 Persamaan Pembelajaran Semasa (Synchronous Learning) dan


Pembelajaran Bukan Semasa (Asynchronous Learning)

Pembelajaran semasa (Synchronous Learning) dan pembelajaran bukan semasa


(Asynchronous Learning) melibatkan pembelajaran elektronik yang menggunakan sistem
E-pembelajaran (E-Learning). Isi k andungan pembelajaran, pengetahuan pembelajaran
dan sistem belajar adalah sama. Kedua-dua jenis pembelajaran ini bercirikan pembelajaran
kolaboratif, iaitu berpusat kepada aktiviti pelajar untuk meneroka sesuatu sesi
pembelajaran. Kedua-dua pembelajaran ini melibatkan 3 mod, iaitu pengajar (Tutor),
pelajar (Tutee) dan alat (tools) atau media Teknologi maklumat dan komunikasi.

4.2 Perbezaan Pembelajaran Semasa (Synchronous Learning) dan Pembelajaran


Bukan Semasa (Asynchronous Learning)

Pembelajaran Semasa Pembelajaran Bukan Semasa


(Synchronous Learning) (Asynchronous Learning)

 Pengajar dan pelajar tidak perlu


 Memerlukan pengajar dan pelajar
dalam talian pada masa yang sama
dalam talian (online) pada masa
yang sama
 Pengajar menyediakan bahan atau
 Pembelajaran berlaku atau
maklumat pengajaran, ujian dan
dijalankan di mana pengajar
tugasan yang boleh diakses oleh
sedang mengajar dan pelajar
pelajar pada bila-bila masa
sedang belajar

 Pembelajaran berlaku pada masa


 Pembelajaran berlaku pada masa
yang berlainan di tempat yang
yang sama tetapi di tempat yang
berbeza
berbeza
Pembelajaran Bukan Semasa
Pembelajaran Semasa
(Synchronous Learning) (Asynchronous Learning)

 Pelajar bebas mengakses (online)


 Memerlukan pengajar dan pelajar
kursus yang diambil mengikut
dalam talian pada jam tertentu
fleksibiliti dan jadual masa sendiri
kerana pembelajaran hampir sama
dengan pembelajaran di ruang
kelas, hanya kelasnya bersifat
virtual dan menggunakan media
dan teknologi komunikasi
menerusi internet
 aktiviti-aktiviti yang dilakukan
 aktiviti-aktiviti yang dijalankan
seperti membaca, menonton dan
seperti persidangan video, bilik
mendengar pelbagai jenis
sembang dalam talian,
kandungan
perbincangan muka-ke-muka dan
perbualan Skype
(http://www.skype.com/)

 Pembelajaran yang bebas


 Pembelajaran yang lebih seragam
mengikut keupayaan dan
dan disiplin kerana mengikut
fleksibitili pelajar tanpa rasa takut
jadual yang ditetapkan
atau malu

 Contoh media: bahan digital, mel


 Contoh media: ruang sembang
elektronik (e-mel), kursus yang
(chat), Mesenger, telefon,
diambil melalui internet atau CD
streaming langsung, mendengar
Rom, kelas videotaped,
siaran radio atau menonton siaran
penyampaian atau seminar web
televisyen secara langsung,
audio / video disimpan, rakaman
persidangan audio / video,
audio, mentoring Q & A dan
panggilan internet, kuliah dalam
membaca mesej e-mel
talian dan siaran satelit langsung
dua hal

5.0 Peranan TMK Sebagai Pendorong Bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang
Berkesan di Dalam Bilik Darjah dan di Luar Bilik Darjah

Di era globalisasi ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau dikenali
sebagai ICT (Information Technology and Commuication) memainkan peranan yang amat
penting sebagai pendorong kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
dunia pendidikan sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Tidak ada
sesiapa pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam
PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang
sungguh mencabar (Hayati Ismail, 2018).

Peralatan atau media TMK memudahkan para guru membuat persediaan bahan
pengajaran. Guru boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos untuk mendapatkan maklumat
dengan menggunakan komputer dan perisian internet. Maklumat dan bahan pengajaran
boleh didapati dengan mudah dan efisien dengan mengakses laman web. Sebagai contoh,
guru boleh memuat turun (download) pelbagai latihan dan nota (www.mykssr.com)
sebagai latihan pengukuhan pelajar-pelajar dan memaparkan kepada pelajar-pelajar
menggunakan projektor ataupun Smart Board. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga
serta kos cetakan, sebaliknya cara pernyampaian yang berlainan ini boleh menarik
perhatian pelajar. Maklumat yang terkini dan sesuai dengan perkembangan semasa boleh
diperoleh dan disimpan dalam bentuk CD-ROM atau pendrive yang mudah dibawa ke
mana-mana sahaja. Sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan
kepada pengguna untuk tujuan e-pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul,
2002).

Di samping itu, bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula
pada masa akan datang. Sebagai contoh, guru menggunakan Power Point untuk
menyediakan slaid dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Fakta sejarah tidak akan
berubah buat selama-lamanya. Bahan pengajaran tersebut bukan sahaja boleh digunakan
pada masa hadapan, malah maklumat seperti nota dan grafik boleh ditambah (edit) dengan
mudah sahaja bagi tujuan penambahbaikan. Perkongsian maklumat tanpa sempadan turut
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam meransang minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran yang
agak membosankan seperti mata pelajaran Sejarah yang memerlukan banyak hafalan,
TMK boleh dikatakan antara penyelesaian yang terbaik. Sebagai contoh, Permainan
Pendidikan Multimedia Interaktif Sejarah (PPMIS) yang menekankan konsep, bermain,
berhibur dan pada masa sama belajar. Permainan digital seperti ini memberi peluang
kepada pelajar untuk memahami secara jelas peristiwa setiap topik kerana kaedah
pengajaran interaktif ini memerlukan mereka menyelesaikan halangan atau masalah
berlaku sebelum dapat meneruskan permainan ke peringkat seterusnya. Potensi permainan
digital ini sangat luas kerana ia dapat memotivasi serta meningkatkan kemahiran pelajar
dari aspek penyelesaian masalah, menggalakkan interaktif serta kerjasama dalam
kumpulan (http://www.sinarharian.com.my/, 2014).

Selain itu, penggunaan TMK memudahkan para guru menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Persembahan grafik, video, audio dan animasi menerusi aplikasi TMK dapat
memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar-pelajar seperti dunia sebenar. Ini dapat
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pengajaran yang hendak disampaikan oleh
guru tanpa hanya bertumpu pada buku teks, nota dan catatan sahaja. Misalnya, guru
mengajar tentang kitaran hidup nyamuk aedes boleh mendapatkan maklumat berbentuk
klip video yang memaparkan visual yang jelas dari Apps YouTube
(http://www.astroawani.com/video-malaysia/kitaran-hidup-nyamuk-aedes-26698).
Persembahan menggunakan visualiser atau projektor boleh memberi kesan positif
daripada mengajar secara lisan sahaja. Media TMK merupakan salah satu saluran
komunikasi yang amat berkesan. Media boleh digunakan untuk mendorong perbincangan
dan memudahkan guru memindahkan kepakaran kepada pelajar, menarik perhatian dan
minat pelajar tentang teori dan konsep yang diperbincangakan (dirkmateer.com).

Dengan adanya penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


pelajar-pelajar tidak akan berasa bosan sebaliknya lebih berminat dan menumpukan
perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kombinasi persembahan grafik,
video, teks, animasi dan audio dapat menarik perhatian pelajar-pelajar. Gabungan elemen
teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan
pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003). Suasana pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan pelajar-pelajar akan lebih aktif mengikuti
aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Penggunaan peralatan multimedia dan teknologi
digital dalam pengajaran dan melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan juga dapat menjana bakat dan daya kreativiti mereka
serta mendorong kepada pembelajaran kendiri.
Integrasi TMK dalam pendidikan memperluas proses pengajaran dan pembelajaran
tidak hanya terhad di dalam bilik darjah , malah di luar bilik darjah. Penggunaan Telegram,
Whatsapp, Blog dan Facebook membolehkan guru memuat naik (Upload) maklumat
pengajaran seperti peta minda (mind map), carta, slaid dan nota ringkas untuk rujukan
pelajar-pelajar di rumah sebelum memulakan perbincangan di dalam bilik darjah. Ini dapat
membimbing pelajar-pelajar berdikari dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dua
hala. Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid
bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak
kira masa sepanjang hayat mereka (Hayati Ismail, 2018).

Pendedahan TMK kepada pelajar-pelajar di sekolah dapat mendorong mereka


membiasakan diri dengan bahan dan media IT (Information Technology) untuk
mendapatkan maklumat dari seluruh dunia untuk perbincangan di dalam bilik darjah
bersama guru dan rakan-rakan yang lain di samping melaksanakan tugasan atau projek
sekolah. Mereka dapat belajar mengikut kemampuan diri dan meluaskan pengetahuan tidak
hanya terhad di dalam buku teks. Justeru melahirkan generasi yang celik IT dan
menggalakkan pembelajaran kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif dan komunikasi.
Pembelajaran akan terus berlaku sehingga ke peringkat yang lebih tinggi tanpa mengira
usia. Misalnya Pendidikan Jarak Jauh OUM.

6.0 Rumusan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau lebih dikenali sebagai Information
Information and Communication Technology (ICT) jelas memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan dan kemajuan dunia pendidikan negara. Pengaplikasian TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sewajarnya dilaksanakan dan diguna dengan sebaik-
baiknya bagi memanfaatkan guru-guru dan pelajar-pelajar dalam usaha menyampai dan
menuntut ilmu tanpa sempadan. TMK membolehkan perkongsian maklumat terkini agar
para guru dan pelajar tidak ketinggalan dalam kemajuan global yang penuh cabaran.
Integrasi TMK merupakan langkah mengubah kaedah pengajaran tradisional (spoon
feeding) kepada kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 yang lebih menarik dan bercirikan
pembelajaran kolaboratif dalam melahirkan geberasi yang berkeyakinan, berdikari,
berkemahiran IT, berfikiran kritis dan kreatif.

Anda mungkin juga menyukai