Anda di halaman 1dari 18

1

TAJUK TUGASAN:
PENYALAHGUNAAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

KOD KURSUS:
NBWU3172 BAHASA MELAYU 4

SESI PENGAJIAN:
2021/2022

NAMA PELAJAR:
NOR DALILA DAYANA BT MAD NAFIAH (21BB02021)
SYAFIQAH AMAT SAIMIN (21BB02024)
NURFARRAH SYAZRIENA BT ABDUL HALIM (21BB02029)

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER INSAN (KEPUJIAN)

NAMA PENSYARAH:
DR. NORFAZILA ABD HAMID

TARIKH DIHANTAR:
MINGGU KE-10
2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

Abstrak 4

1.1 Pendahuluan 5

2.1 Objektif Kajian 6

3.1 Metodologi Dan Pendekatan Kajian 6

4.1 Kajian Kepustakaan 7

5.1 Jenis-Jenis Aplikasi Yang Digunakan Di Malaysia


8, 9
5.2 Whatsapp
5.3 Instagram
5.4 Twitter
5.5 Facebook
5.6 TikTok

6.1 Jenis-Jenis Penyalahgunaan Bahasa Melayu Di Media Sosial


10, 11
6.2 Bahasa Rojak
6.3 Bahasa Slanga
6.4 Bahasa Basahan
6.5 Bahasa SMS
Punca-Punca Penyalahgunaan Bahasa Melayu Di Media
7.1 12, 13
Sosial
7.2 Masa Menaip
3

7.3 Percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


7.4 Pengaruh Trend Di Media Sosial
7.5 Kurang Ilmu Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu

8.1 Kesan Penyalahgunaan Bahasa Melayu Di Media Sosial 14

Kaedah Penyelesaian Masalah Penyalahgunaan Bahasa


9.1 15, 16
Melayu Di Media Sosial
9.2 Peranan Individu
9.3 Peranan Ibu Bapa
9.4 Peranan Sekolah
9.5 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

10.1 Kesimpulan 17

Rujukan 18
4

ABSTRAK
Dasawarsa ini, terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk berkomunikasi dengan orang, sama
ada dekat ataupun jauh dengan kita. Salah satu cara untuk berkomunikasi adalah dengan
menggunakan aplikasi media sosial, sebagai contoh, WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram
dan TikTok. Pelbagai lapisan masyarakat yang kini aktif berinteraksi melalui media sosial, dan
kebanyakkannya adalah dari golongan remaja. Namun begitu, terdapat kesan sampingan yang
negatif apabila berlakunya komunikasi di media sosial, iaitu penyalahgunaan Bahasa Melayu
iaitu bahasa kebangsaan kita menjadi berleluasa. Kajian ini dibuat untuk mengkaji apakah
antara punca dan kesan apabila terjadinya penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial.
Penyalahgunaan bahasa seperti pencampuran banyak bahasa dalam satu struktur ayat, yang
dikenali sebagai bahasa rojak, adalah penyalahgunaan bahasa yang paling sering dilakukan
oleh pengguna media sosial. Selain itu, terdapat juga penyalahgunaan bahasa dari segi
penggunaan bahasa slanga, bahasa basahan dan bahasa SMS. Isu ini adalah merupakan suatu
isu yang membimbangkan dan berpunca akibat berlakunya pengaruh bahasa asing dan juga
golongan masyarakat yang tidak mementingkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara kita, Malaysia. Penyalahgunaan Bahasa Melayu ini mengakibatkan
lahirnya golongan masyarakat yang kurang pandai menggunakan Bahasa Melayu yang baku
dan betul serta kekuatan Bahasa Melayu juga akan terhakis dan membuka peluang untuk
berlakunya kepupusan Bahasa Melayu. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak, seperti
individu, ibu bapa, sekolah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amatlah penting agar
martabat Bahasa Melayu kekal terpelihara.

KATA KUNCI: media sosial, penyalahgunaan bahasa, kepupusan bahasa, pengaruh bahasa
asing, bahasa kebangsaan
5

1.1 PENDAHULUAN

Tajuk ini menjelaskan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang salah digunakan oleh
masyarakat Malaysia di media sosial. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam,
kita pasti ingin mengetahui asal usul Bahasa Melayu. Beberapa sarjana daripada Eropah seperti
Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah menyelidik secara kasar
tentang latar belakang masyarakat Melayu kuno. Setelah membuat penyelidikan, mereka dapat
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia. Kelompok ini
berasal daripada China iaitu daerah Yunan. Seterusnya berhijrah dalam beberapa gelombang
pergerakan dan pada akhirnya mereka menduduki wilayah Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini
dicipta daripada rumpun bahasa Austronesia. Manakala Bahasa Austronesia ini daripada
keluarga Bahasa Austris. Bahasa Melayu telah dibahagikan kepada tiga tahap utama setelah
Bahasa melayu berkembang iaitu pertama sekali Bahasa Melayu Kuno, kedua Bahasa Melayu
Klasik dan ketiga Bahasa Melayu Moden.

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan di dalam talian yang membolehkan
para penggunanya mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri.
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kumpulan
aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan
yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Seterusnya, jaringan sosial merupakan laman atau aplikasi yang membolehkan


penggunanya berkongsi maklumat mereka dengan rakan-rakan di media sosial mereka. Ini
membolehkan sesiapa sahaja memberikan komen, maklum balas secara terbuka dan berkongsi
gambar dan maklumat dengan masa yang sangat pantas. Lebih-lebih lagi pada zaman moden
kini, setiap manusia menjadikan telefon pintar itu sebagai keperluan untuk berhubung dengan
orang sekeliling mereka. Di dalam telefon pintar pula terdapat banyak aplikasi yang kita boleh
muat turun memudahkan kita berkomunikasi dan berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan
seluruh pelusuk dunia.
6

2.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan yang salah digunakan
oleh pengguna sosial media. Selain itu, kami akan mengupaskan punca pennyalahgunaaan
Bahasa Melayu di media sosial. Seterusnya, kesan penyalahgunaan Bahasa Melayu di media
sosial serta langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan Bahasa Melayu di Malaysia. Justeru,
tujuan kajian ialah menyenaraikan dan menjelaskan perkataan seerti yang telah disalahgunakan
di media sosial bagi menyedarkan pengguna media sosial dan memartabatkan Bahasa Melayu.

3.1 METODOLOGI DAN PENDEKATAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan metodologi dapat ditakrifkan


sebagai sebuah sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan, disiplin, dan sebagainya. Dengan penggunaan metodologi, pengkaji boleh
menjalankan penyelidikan mengenai sesuatu perkara dengan lebih tepat, jelas dan terperinci.
Menurut L.R. Gay (1996), metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti untuk menyokong kajian
yang dibuat. Selain daripada itu, metodologi merupakan ilmu mengenai metod yang digunakan
untuk mencapai sesuatu tujuan yang tertentu semasa penyelidikan atau kajian berlaku.
Metodologi amat penting untuk menghasilkan suatu kajian yang berkualiti.

Di dalam kajian mengenai penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial ini, pengkaji
menggunakan kajian kepustakaan dengan membaca sumber-sumber seperti jurnal, kajian
lampau, akhbar dan kamus untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam mengenai
tajuk kajian pengkaji. Selain daripada itu, kami turut menggunakan kajian tinjauan seperti
meninjau jenis-jenis media sosial yang banyak digunakan pada masa kini serta mengenalpasti
jenis-jenis penyalahgunaan Bahasa Melayu yang kian berleluasa di media sosial.
7

4.1 KAJIAN KEPUSTAKAAN

Menurut kajian lampau yang dilakukan oleh Mohd Sheffei (1991), kajian perpustakaan
merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk mendapatkan data dan bukti
melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Beberapa kajian lampau lain juga telah dirujuk
untuk mencari maklumat-maklumat mengenai penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial.
Sumber-sumber daripada kajian kepustakaan boleh memberikan gambaran awal kepada
pengkaji menegenai tajuk kajian serta mengelakkan pengkaji daripada melakukan kajian yang
sama seperti dalam kajian lampau.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan penyalahgunaan bermaksud perihal


menyalahgunakan sesuatu, sebagai contoh, dadah, kuasa, tenaga dan kepakaran.
Penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial pula merujuk kepada para pengguna internet
yang tidak menggunakan pertuturan dalam Bahasa Melayu yang betul, seperti berlakunya
penggunaan bahasa rojak, iaitu pencampuran bahasa di dalam satu ayat. Melalui satu kajian
lampau yang telah dibuat oleh Shafiee, H. et. al (2019) pula, penggunaan bahasa yang
bercampur atau bahasa rojak adalah suatu jenis penulisan atau percakapan di Malaysia yang
didefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan.

Kajian kepustakaan membolehkan kami mendapat maklumat daripada jurnal dan kajian
lampau yang menyatakan pencemaran dan penyalahgunaan bahasa kebangsaan kita ini
semakin berleluasa oleh kerana banyak media seperti drama atau filem yang ditayangkan di
kaca televisyen mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang tidak formal dan mempunyai
unsur bahasa rojak atau slanga, dan ini merupakan pengaruh yang kuat terhadap penonton
(Shafiee, H. et. al, 2019).
8

5.1 JENIS-JENIS APLIKASI YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA

5.2 Whatsapp

WhatsApp merupakan aplikasi yang paling ramai pengguna untuk berhubung dengan
orang sekeliling kita. WhatsApp Messenger membolehkan kita untuk menghantar maklumat
dalam bentuk pesanan ringkas, gambar, video dan audio. Aplikasi WhatsApp Messenger juga
memerlukan internet untuk menghantar dan menerima mesej. Aplikasi ini digunakan hampir
seluruh manusia di Malaysia kerana kemudahan yang ditawarkan. Pelajar dan guru juga
berkongsi maklumat di aplikasi Whatsapp. Aplikasi ini diasaskan oleh Jan Koum yang berasal
daripada Ukraine. Whatsapp ini adalah satu aplikasi yang terdapat penyalahgunaan Bahasa
Melayu dalam perbualan penggunanya.

5.3 Instagram

Instagram adalah rangkaian media sosial yang penggunanya dapat memuat naik gambar
dan video. Aplikasi ini dapat digunakan diseluruh negara, jadi sekiranya pengguna memuat
naik gambar atau video, semua pengguuna Instagram dapat mengakses gambar atau video
tersebut. Pengasas instagram iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger telah memperkenalkan
keluaran pertama instagram melalui App Store pada tanggal 6 oktober 2010. Setiap gambar
atau video yang dimuat naik boleh penggunanya meletakkan “kapsyen”.

5.4 Twitter

Twitter juga merupakan aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna telifon pintar.
Tetapi secara puratanya, pengguna aplikasi ini adalah remaja dan orang dewasa. Aplikasi ini
boleh muat naik gambar, video dan menghantar ‘tweet’ di media sosial mereka. Pengguna
twitter sering menggunakan Bahasa Rojak dan perkataan kesat apabila membincangkan hal-
hal semasa. Pengasas aplikasi ini pula adalah Jack Patrick Dorsey pada tahun 2006.
9

5.5 Facebook

Facebook telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan
rakan-rakan sekursus dengannya. Mereka mengambil jurusan sains computer pada waktu itu.
Facebook berkembang merangkumi mana-mana pelajar universiti, orang dewasa dan aplikasi
ini memastikan penggunanya adalah 13 tahun dan ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh
lebih 1.9 bilion pengguna aktif di seluruh dunia.

5.6 TikTok

Aplikasi TikTok adalah aplikasi untuk membuat dan menyebarkan pelbagai video durasi
pendek. Video-video yang dimuat naik di aplikasi TikTok juga boleh diakses oleh mana-
mana pengguna TikTok tidak kira dimana mereka berada. Di dalam aplikasi ini kita dapat
lihat banyak video yang memberi kebaikkan dan keburukkan kerana video yang ditayangkan
tidak kira tajuk dan isi. Video yang ditayangkan terlalu rawak seperti video rutin harian
seseorang, video memasak, video ceramah, video percutian dan banyak lagi. Setiap video
yang dimuat naik boleh dikomen oleh semua penggunanya, dan diruang komen itu terdapat
penyalahgunaan Bahasa Melayu yang diucapkan oleh masyarakat Melayu.
10

6.1 JENIS-JENIS PENYALAHGUNAAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL


6.2 Bahasa Rojak

Penyalahgunaa Bahasa Maksud


1. Cuba try test Maksud ketiga-tiga perkataan ini adalah
sama iaitu “Cuba”
2. Nak buat assignment Nak buat tugasan
3. Kita kena spread love kepada semua Kita kena sebarkan kasih sayang kepada
orang semua orang
4. Program ni free Program ini percuma
5. Course HR adalah course yang baik Jurusan Sumber Manusia adalah jurusan
yang baik
6. Kau ni lambat catch up la Awak ni lambat tangkap la
7. Inform kepada dia, saya nak Beritahu kepada dia,saya mahu berjumpa dia
berjumpa dia selepas waktu lunch selepas waktu makan tengahari

Bahasa slanga

Penyalahgunaan bahasa Maksud


1. Ko dmana sda tdi (Sabah) Kamu dimana tadi
2. Ko kenapa bah (Sabah) Kamu kenapa

3. Kamek sayang kitak (Sarawak) Saya sayang awak


4. Bah bangun bah (Sabah) Bangunlah
5. Aok orang mana (Pahang) Awak orang mana
6. Depa kata (Perak) Mereka berkata
7. Kamek sik tau Saya tidak tahu
11

Bahasa basahan

Penyalahgunaan bahasa Maksud


1. Okay je bosku Perkataan ‘bosku’ adalah ditambah untuk
menyedapkan lagi ayat .maksud sebenar
ayat itu adalah ‘okay sahaja’
2. Bisa diatur Boleh disusun
3. Boleh jer Boleh
4. Gais siapa boleh bantu saya? Kawan,siapa boleh bantu saya
5. Cerita ari ni Cerita hari ini
6. Ape de hal Tiada hal apapun
7. Ko banja ah Awak belanja lah

Bahasa SMS

Penyalahgunaan Bahasa Maksud


1. Awq bwat apew Awak buat apa
2. Cikit nyew awak makan Sikitnya awak makan
3. Okey tak pew Okay tidak mengapa
4. Okey jew Okay sahaja
5. Saya xtau larh Saya tidak tahu
6. Takpela gtu Tidak mengapalah kalau begitu
7. Nape Kenapa
12

7.1 PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

Antara punca penyalahgunaan Bahasa melayu di media sosial adalah masalah individdu
pengguna media sosial itu tersendiri kerana mereka ingin mempercepatkan masa dan perbualan
mereka dengan menaip secara singkat, contohnya di aplikasi Whatsapp, mereka sering
menggunakan perkataan “yang” menjadi “yg”, seterusnya perkataan “saya” menjadi “sy”.
Mereka beranggapan bahawa semua pengguna media sosial memahami perkataan tersebut
kerana perkataan-perkataan itu telah mnejadi perkataan yang selalu digunakan ketika berbual
di media sosial. Perbualaan di ruang komen atau status aplikasi Facebook dapat dibaca atau
dilihat oleh rakan-rakan internet yang lain. Perkara ini akan mnjejaskan akan anak-anak muda
yang baru sahaja menggunakan aplikasi-aplikasi media sosial ini dan mengikuti cara perbualan
singkat itu. Kadangkala terdapat pelbagai versi ejaan perkataan yang boleh mengelirukan
pembaca. Hal ini kerana penggunaan Bahasa singkatan ini dikatakan lebih cepat dan lebih
bersifat mesra pengguna.

Pada masa kini, semua lapisan masyarakat sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa
Inggeris yang menybebakan perbualan mereka kini sudah bercampur aduk dengan Bahasa
melayu sendiri. Contohnya, penggunaan perkataan “jadi” sering dibiasakan dengan “so” iaitu
perkataan dari Bahasa Inggeris. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat kini seperti
menjatuhkan Bahasa Melayu Rasmi. Ibu bapa yang mendidik anak daripada kecil dengan
membiasakan penggunaan bahasa Inggeris sehinggakan mereka tidak tahu bercakap Bahasa
Kebangsaan sendiri. Menurut Fadzlina Sha’ari (2001), rata-rata masyarakat di Malaysia ini
lebih mementingkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dan ini membawa kepada
penggunaan bahasa rojak dalam perbualan mereka. Daripada pandangan mereka, penggunaan
bahasa Inggeris dianggap sebagai lambang keintelektualan dan kemodenan. Kita dapat lihat di
media sosial rata-rata masyarakat Melayu lebih suka bercampuk aduk dengan bahasa Inggeris.
Perkara ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu seperti tidak dibanggakan oleh
masyarakat Melayu sendiri.
13

Seterusnya, bahasa kesat yang berleluasa di media sosial dianggap sebagai trend dan
sering digunakan tidak kira umur atau jantina. Mereka menggunakan bahasa-bahasa kesat ini
untuk memberi komen di media sosial kerana di setiap aplikasi membenarkan penggunanya
memberikan pendapat atau komen. Antara perkataan kesat adalah “bodoh”, yang dilemparkan
oleh netizen di ruang komen. Perkataan yang kesat ini menunjukkan bahawa mereka tidak
setuju dengan “status” yang dimuat naik di media sosial atau meluahkan perasaan mereka.
Selalunya perkataan yang kesat ini dilemparkan oleh golongan yang cetek ilmunya. Sekiranya
tinggi ilmu mereka, pasti mereka tidak akan mengucapkan perkataan yang merosakkan bahasa
rasmi mereka sendiri. Perkataan-perkataan ini tidak sedap untuk pengguna di media sosial
ucapkan kerana penggunaan bahasa Melayu mereka salah digunakan dan secara tidak langsung
hal ini merosakkan imej mereka sendiri di media sosial.

Kebanyakkan pengguna Bahasa rojak, Bahasa basahan dan Bahasa SMS ini kurang ilmu
pengetahuan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang tepat. Mereka sudah terbiasa dengan
penggunaan bahsaa harian mereka iaitu bahsasa basahan yang pastinya mereka akan
menggunakan di media sosial juga. Mereka beranggapan bahawa semua masyarakat
memahaminya tetapi ahli akademik dan golongan professional pasti tidak akan memahaminya.
Ahli akademik ini menyedari bahawa Bahasa kebangsaan perlu dijaga kerana mereka sebagai
ahli akademik perlu mendidik generasi muda yang akan datang. Penulis-penulis artikel di
media sosial juga sudah membiasakan penggunaan bahasa rojak ini di dalam artikel rasmi
mereka. Ini dapat memberi kesan yang buruk kepada pembaca kerana mereka menganggap
bahasa Melayu yang digunakan oleh penulis adalah rasmi dan tepat. Malah generasi akan
datang juga akan terbiasa dengan penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial ini
sehinggakan tidak mengetahui bahasa Melayu sebenar.
14

8.1 KESAN PENYALAHGUNAAN BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

Pada era abad ke-21 ini,penyalahgunaan bahasa melayu adalah sangat berleluasa.Ini
berlaku diakibatkan oleh sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri dalam melakukan
sesuatu.Terutamanya dalam berkomunikasi sama ada di dalam media sosial dan realiti.Pada
tajuk kajian kami kali ini adalah difokuskan pada media sosial. Penyalahgunaan bahasa Melayu
ini akan mengakibatkan kekuatan bahasa Melayu itu akan terhakis.Ia juga akan menyebabkan
bahasa Melayu semakin dilupakan dan ditinggalkan oleh masyarakat dan anak-anak muda
terutama yang berbangsa dan berbahasa melayu akan tidak mengenali bahasa ibunda mereka
pada masa hadapan.

Impak seterusnya ialah,penggunaan bahasa Melayu yang betul akan terjejas.Hal ini
dikatakan demikian kerana masyarakat akan terbiasa untuk menggunakan bahasa melayu
dengan tidak betul dan melakukan banyak kesalahan dari segi penggunaannya.Dari sudut lain
pula,penyalahgunaan bahasa ini akan memberikan kesan kepada komunikasi secara langsung
setiap masyarakat itu. Kesannya,masyarakat akan terbiasa untuk berkomunikasi sepertimana
mereka berkomunikasi di dalam media sosial.Apabila kita terbiasa dengan penyalahgunaan
bahasa,tidak mustahil kita akan bercakap secara tidak formal di dalam urusan urusan yang
formal seperti mesyuarat,perbincangan antara syarikat dan majlis raja-raja.

Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung,ianya akan menjadi sebati di dalam diri
setiap masyarakat.Ini adalah sangat berbahaya kerana apabila hari-hari disogok oleh pelbagai
perkataan dan istilah ia akan mengakibatkan masyarakat akan menjadi keliru dengan
penggunaan bahasa yang betul terutama pada kalangan kalangan remaja.Apabila remaja sudah
terbiasa dengan penyalahgunaan bahasa ,ia tidak mustahil,akan digunakan pada apa-apa jenis
penulisan di sekolah serta akan mengakibatkan pengetahuan Bahasa Melayu akan menjadi
kurang.
15

9.1 KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH PENYALAHGUNAAN BAHASA


MELAYU DI MEDIA SOSIAL

Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial, semua pihak
daripada setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing agar Bahasa
Melayu kita kekal terpelihara dan tidak terhapus ditelan zaman.

9.2 Individu

Setiap individu perlu menjadi lebih berhati-hati sewaktu berinteraksi di media sosial
dengan menggunakan Bahasa Melayu yang baku dan formal, terutama sekali apabila
berkomunikasi dengan seseorang yang tidak rapat atau kenal. Perkara ini amat penting untuk
mengelakkan daripada tanggapan yang negatif daripada orang lain, iaitu seperti menganggap
bahawa pengguna yang tidak menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul tersebut
sebagai seseorang yang tidak menghormati orang lain serta kurang berpendidikan. Sebagai
contoh, setiap individu hendaklah mengurangkan penggunaan perkataan singkatan semasa
menghantar pesanan atau memuatnaik sesuatu di media sosial. Penggunaan bahasa rojak yang
mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu ayat juga perlu dielakkan kerana bimbang
menimbulkan kekeliruan dalam suatu komunikasi tersebut dan akhirnya membawa kepada
salah faham antara banyak pihak.

9.3 Ibu bapa

Peranan ibu bapa amat penting dalam mengajar anak mengenai cara untuk berinteraksi
dalam Bahasa Melayu dengan betul dan berkesan. Pertuturan anak dapat dibentuk semenjak
mereka kecil lagi. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, ibu bapa perlulah berkomunikasi dengan
anak melalui pertuturan ayat Bahasa Melayu yang lengkap. Ibu bapa juga perlu menyediakan
sumber bacaan yang sesuai untuk anak-anak mereka belajar dan ini boleh menghasilkan impak
positif kepada anak tersebut, seperti menanam sifat rajin membaca sambil menambahkan ilmu
pengetahuan. Dengan ini, anak-anak yang telah dididik dengan baik oleh ibu bapa mengenai
penggunaan Bahasa Melayu, dapat mengaplikasikan perbualan mereka seharian secara realiti
ke dalam media sosial, atau juga dikenali dengan alam maya, dengan baik.
16

9.4 Sekolah

Pihak sekolah pula boleh menganjurkan pelbagai jenis pertandingan di media sosial
yang menggunakan Bahasa Melayu, seperti pertandingan syarahan, pidato, pengucapan awam
dan pantun. Hadiah-hadiah yang menarik perlulah disediakan bagi menarik minat pelajar untuk
menyertai pertandingan tersebut. Inisiatif ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri
pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. Selain itu, pada setiap minggu, pihak sekolah boleh
menjadikan satu hari khas yang mana pelajar perlu bertutur dengan menggunakan Bahasa
Melayu baku sepanjang hari tersebut. Apabila pelajar telah diajar dengan baik mengenai istilah
dan tatabahasa yang betul oleh pihak guru, mereka boleh menerapkan ilmu tersebut ke dalam
media sosial.

9.5 Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak tertentu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga memainkan peranan yang
penting dalam usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, sama
ada secara kehidupan realiti ataupun di media sosial. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
boleh menghasilkan perkataan-perkataan baharu dalam Bahasa Melayu. Hal ini dapat
mengelakkan masyarakat daripada mengamalkan budaya penggunaan bahasa rojak dan juga
dapat mengurangkan pengaruh bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris, Arab, Tamil dan Cina.
Semua lapisan masyarakat dapat mengamalkan komunikasi Bahasa Melayu yang baik dan
betul apabila pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan maklumat mengenai
sesuatu perkataan Bahasa Melayu, dari segi ejaan, tatabahasa, istilah dan sebutan.
17

10.1 PENUTUP

Menerusi kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji dapat simpulkan
bahawa aplikasi media sosial yang banyak digunakan pada masa kini adalah seperti, Instagram,
Twitter dan WhatsApp. Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan oleh pengkaji,
penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial kian berleluasa. Antara punca berlakunya
penyalahgunaan Bahasa Melayu di media sosial adalah dengan pengaruh daripada orang
sekeliling dalam kehidupan seharian dan bahasa asing. Di samping itu, kesan yang berlaku
apabila penggunaan Bahasa Melayu tercemar adalah kekuatan bahasa Melayu akan terhakis
dan terjejas. Kesan-kesan ini perlu dititikberatkan agar setiap lapisan masyarakat dapat
berwaspada dan mengelakkan daripada menyalahgunakan Bahasa Melayu kerana Bahasa
Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita.

Oleh demikian itu, semua pihak daripada setiap lapisan masyarakat seperti individu, ibu
bapa, sekolah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlulah memainkan peranan penting
untuk membanteras penyalahgunaan Bahasa Melayu sama ada di kehidupan secara realiti
ataupun di media sosial agar martabat Bahasa Melayu dapat dijaga.
18

RUJUKAN

Azuar Fahmi Mohd Ali. (2021). Sikap pengendali media sosial antara punca Bahasa Melayu
rosak, kata pakar. Artikel Majoriti. Diakses daripada
https://majoriti.com.my/berita/2021/12/01/sikap-pengendalimedia-sosial-antara-
punca-bahasa-melayu-rosak-kata-pakar

Bahasa Rojak Media Sosial Cabar Bahasa Melayu, (2 Oktober 2017). Berita Harian. Diakses
daripada https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/10/332837/bahasa-rojak-
media-sosial-cabar-bahasa-melayu

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.

L. R. Gay (1996), Educational Research, Merrill, Englewood Cliffs, New Jersey; halaman 92

Mohd. Sheffei Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan untuk Ekonomi dan Bidang-
Bidang Berkaitan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Hardeah Ahmad Sukiman. (3 Mac 2022). Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia.
Artikel Sinar Harian. Diakses daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/15938/khas/pendapat/bahasa-melayu-bahasa-
rakyat-malaysia

Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar,
Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., & Ali, M. E. M. International Journal of Law,

Government, and Communication, 4(15), 141-153. PENGARUH BAHASA ROJAK


DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN, 15 [June, 2019]
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-15-06-15.pdf

Zuraidah Mohamed, 3 November 2016. DBP teruskan program audit elak pencemaran
Bahasa Melayu. Diakses dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11/208882/dbp-teruskan-program-
audit-elak-pencemaran-bahasa-melayu

Anda mungkin juga menyukai