Anda di halaman 1dari 29

TAJUK:

TINDAK BALAS ASERTIF DALAM


RETORIK INTERPERSONAL,
MENGESAN MAKNA TERSIRAT
DALAM RETORIK PERSONAL DAN
PRINSIP KERJASAMA
TINDAK BALAS ASERTIF DALAM
RETORIK INTERPERSONAL
• Zulkifli Yusof (2000:23)-kenyataan-kenyataan yang
asertif hendaklah disebut dengan betul, suara
bersahaja, nada suara lembut, tegas tetapi ramah.
• Kamus Dewan (1994)-
• Retorik -merupakan kajian tentang taknik
pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan
atau pertuturan, seni menggunakan atau memakai
bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk
atau mempengaruhi pemikiran pendengar.
• Interpersonal- berkenaan hubungan sesama
manusia.
• Oleh itu, Retorik Interpersonal merupakan
satu bentuk pemakaian bahasa dalam
pertuturan dalam bentuk komunikasi lisan
yang bertujuan untuk mempengaruhi
pendengar yang berkait rapat dengan bidang
pragmatik, iaitu sesuatu ujaran itu haruslah
mengambil kira konteks sosial.
PANDUAN UNTUK ASERTIF
• Tunjukkan bahawa anda memahami sesuatu
perkara mengikut sudut pandangan mereka.
• Tidak semestinya kita bersetuju tetapi untuk
memahami, kita memerlukan kesabaran
mendengar dan empati.
• Menyatakan sesuatu yang kita fikir dan rasai
secara tidak apolopgetik.
• Katakan yang apa yang kita suka. Ini akan
menjelaskan lagi apakah tindakan atau hasil akhir
yang kita ingini.
CONTOH ASERTIF
• “Saya tahu Encik mungkin sibuk pada masa ini.
Barang ini saya membelinya kelmarin, tetapi
telah pecah walaupun saya belum
menggunakannya. Kalau boleh saya memohon
gantinya daripada Encik”.
• “ Saya kurang jelas dengan apa yang anda
cuba terangkan. Ermm, boleh kita
bincang semula pasal ni?”
MENGESAN MAKNA TERSIRAT
DALAM RETORIK INTERPERSONAL

• Menurut Jack G.Mc Auley (1988), jika anda


dapat mengesan perasaan disebalik kata-kata
yang diucapkan, barulah orang lain
menganggap anda telah mendengarnya.
• Reaksi secara semulajadi akan berbentuk
defensif dan kita selalunya akan bertindak
memujuknya supaya bertenang.
* Kita tidak semestinya bersetuju dengan
isi-isi atau mesej daripada orang lain.
*Kita perlu menghargai dan
mengagumi pendapat orang lain.
CONTOH:

“Saya mengagumi pendapat anda mengenai hal


yang dibincangkan ini, tetapi saya percaya anda
akan rasa berlainan setelah mendengar
penerangan daripada saya nanti.”

• Jangan sesekali kita menggunakan ayat seperti


berikut:
“Saya tidak bersetuju” atau “Anda salah”

• Penggunaan ayat di atas akan mengurangkan


peluang anda untuk didengari oleh orang lain.
CONTOH DIALOG AGRESIF
Ali: Kita memerlukan warna baru untuk produk
ini.
Abu: Saya cadangkan warna kuning, ia terang
dan menarik apabila dilihat.
Ali: Ya, tetapi warna kuning senang nampak
kotor dan pelanggan tidak menyukainya.
Abu:Diam dan merajuk. Terasa ‘dihina’ kerana
ideanya ditolak.
CONTOH DIALOG YANG ASERTIF
Ali : Kita memerlukan warna baru untuk produk ini.
Abu: Saya cadangkan warna kuning, ia terang dan
menarik apabila dilihat.
Ali: Benar Abu, kita memerlukan warna yang terang
dan menarik. Boleh Abu cadangkan satu warna
lain yang dapat mengatasi masalah senang
nampak kotor seperti rungutan pelanggan.
Pelanggan nampaknya kurang menyukai warna
kuning.
PRINSIP KERJASAMA (PK)
• Grice (1975)-mencetuskan PK berasaskan
penggunaan implikatur perbualan dalam
meneroka sesuatu ujaran.
• ‘jadikan sumbangan sebagaimana yang
dikehendaki sahaja, di tahap apabila perbualan
itu mengambil tempat, dan tepat pula dengan
arah tujuan perbualan yang berlangsung.
• Rankema (1993)- prinsip yang terjalin antara
pembicara dan penerimaan (pendengar atau
pembaca) agar komunikasi dapat berjalan
dengan baik.
• Menurut Leech (1983) pula, Prinsip Kerjasama
adalah satu cara untuk membantu kita
memahami pertalian antara maksud dengan
kuasa dalam sesuatu ujaran.
• Kesimpulannya, Prinsip Kerjasama adalah
merupakan satu hubungan yang terjalin di
antara kedua-dua belah pihak yang bersifat
rela dalam proses perhubungan perbualan
yang berlangsung.
PERANAN PRINSIP KERJASAMA
• Mengekalkan kesinambungan sosial dan
pertalian mesra.
• Membolehkan kita mengandaikan bahawa
seseorang atau sesuatu itu adalah bersifat rela
bekerjasama dengan kita apabila diajak dalam
sesuatu perbualan.
UNSUR-UNSUR DALAM PK
• Grice (1975)- mengemukakan 4 maksim:
a) Maksim Petunjuk Kualiti (betul)
b) Maksim Petunjuk Kuantiti ( sempurna)

c) Maksim Petunjuk Pertalian / Hubungan


(relevan)
d) Maksim Petunjuk Cara ( sejelas mungkin)
• Rankema (1993), aturan- aturan itu
diwujudkan dalam beberapa bidal yang
disesuaikan dengan konteks perbualan yang
berlaku di antara kedua-dua belah pihak.
Terdapat 4 bidal dalam prinsip kerjasama
iaitu:
a)bidal kuantitas
b)bidal kualitas
c) bidal relevan
d)bidal cara penyampaian.
a) Maksim Petunjuk Kualiti
(betul)
• maksim perbualan yang bersifat betul atau benar.
• Keberkesanan dan kemantapan makna ujaran yang
disampaikan oleh penutur kepada penerima adalah
bergantung kepada bukti-bukti yang telah
dinyatakan.
• bukti-bukti yang kurang mantap akan
menyebabkan makna ujaran yang diujarkan kepada
penerima kurang berkesan dan kurang bermakna.
• Sebagai contoh, setelah melihat bilik
berselerakan, Siti berkata kepada Aminah;

‘kemasnya bilik kamu.’

• Berdasarkan contoh, jelas menunjukkan bahawa


terdapat kontra dalam konteks sebenar keadaan
yang dilihatnya.
• Oleh itu, Siti telah disifatkan telah melanggar
maksim kualiti kerana telah menyatakan sesuatu
yang palsu dan sama sekali telah melanggar
kenyataan sebenar tentang bilik tersebut.
• Aminah membuat kesimpulan bahawa
kenyataan tersebut merupakan satu sindiran
kepadanya.
• Dengan kata lain, dalam proses untuk kita
menyatakan ucapan yang berunsur ironi atau
sindiran, kita boleh melanggar maksim kualiti
dengan menyatakan sesuatu yang orang lain
tahu bahawa ianya palsu.
b) Maksim Petunjuk Kuantiti
( sempurna)
• maklumat yang tepat dan sangat informatif
serta menepati maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh penutur.
• lebih bersifat sempurna dan maklumat yang
ingin disampaikan tidak melebihi perkara yang
sepatutnya atau menepati kehendak
penerima.
• bertujuan sebagai pertukaran maklumat
dalam proses perbualan.
CONTOH 1:
Ahmad : Bila tarikh akhir untuk pembayaran yuran
kuliah semester depan ya, Aisyah?
Aisyah : Kalau tak silap saya, pembayaran perlu
dibuat sampai 29 Disember ini. Kalau lewat, kita
akan dikenakan denda oleh pihak pengurusan.
Maksudnya buat masa sekarang ni, kita boleh
bayar di mana-mana bank saja. Tapi, jika nak
buat pembayaran secara debit, biasanya
dilakukan mulai 1 hingga 14 Disember ini. Jika
melebihi tarikh tersebut, kita perlu membuat
bayaran di bank yang terdapat dikampus sahaja.
• Berdasarkan maksim petinjuk kuantiti, jelas
menunjukkan bahawa jawapan yang telah
diberikan oleh Aisyah telah memberi
maklumat yang diperlukan oleh Ahmad.
• Jadi, dialog tersebut telah mematuhi syarat
dalam maksim Petunjuk Kuantiti.
• pelanggaran maksim ini boleh berlaku apabila
penutur memberikan maklumat yang terlampau
banyak sehingga melebihi perkara yang
diperlukan oleh penerima.
• Contoh jawapan yang diberikan oleh Aisyah ialah:

“…Setelah kamu membuat pembayaran


tersebut, kamu boleh mula menyemak
keputusan peperiksaan kamu pada semester
lepas. Kamu juga boleh mendaftar beberapa
subjek yang boleh diambil pada semester depan
dengan pensyarah pembimbing masing-masing.
Semua perkara terebut boleh diuruskan
dibahagian fakulti.”
c) Maksim Petunjuk Pertalian /
Hubungan (relevan)
• ujaran yang dituturkan oleh penutur yang
mempunyai kesinambungan dan relevan pada
setiap peringkat ujaran yang dikemukan oleh
penerima.
• Tahap kerelevan yang berlaku dalam
perbualan boleh dilihat berdasarkan perkaitan
yang berlaku antara topik perbualan dengan
perkara yang dibualkan dalam topik tersebut.
CONTOH 1:
• Suami bangun dari tidur pada awal pagi dan
bertanyakan kepada isterinya.
Suami: Pukul berapa ya sekarang ni?
Isteri : Dah pukul 9.00 pagi. Semua orang
pejabat dah masuk kerja, bang.
• Jawapan yang diberikan oleh isterinya
menepati maksim ini kerana terdapat
kesinambungan dengan soalan yang
dikemukakan.
CONTOH 2:
• Suami bangun dari tidur pada awal pagi dan
bertanyakan kepada isterinya.
Suami: Pukul berapa ya sekarang ni?
Isteri : Semua orang pejabat dah masuk kerja.
• kenyataan yang diberikan oleh isteri telah
menimbulkan implikatur kepada suaminya dan
suami mula membuat andaian dalam dirinya.
• Jawapan yang diberikan oleh isterinya melanggar
maksim ini kerana tidak terdapat kesinambungan
dengan soalan yang dikemukakan.
d) Maksim Petunjuk Cara
( sejelas mungkin)
• sesuatu ujaran yang disampaikan tidak boleh
menimbulkan sebarang kekaburan atau
ketaksaan agar mesej yang ingin disampaikan
dapat diterima dengan baik, tepat dan jelas oleh
penerima dalam sesuatu perbualan.
• lebih berbentuk ringkas dan lebih tersusun secara
berperingkat supaya penerima dapat menghayati
ujaran yang diterima olehnya.
• maksim ini lebih bersifat mengelak daripada
sebarang kesamaraan, ketaksaan, ringkas dan
teratur dalam proses perbualan.
CONTOH 1:
• Encik Hafizul dan isterinya membawa anak-
anak mereka yang masih belum bersekolah
pergi bersiar-siar.
Encik Hafizul: Jom kita berhenti makan. Mesti
semua dah lapar.
Isteri : Okay, jom kita makan K-F-C.
• Ujaran isterinya menepati maksim ini kerana
ianya boleh difahami oleh suami dan ianya
tidak boleh difahami anaknya tanpa sebarang
kesamaran dan bersifat jelas dan tepat.
CONTOH 2:
• Encik Hafizul dan isterinya membawa anak-anak
mereka yang masih belum bersekolah pergi
bersiar-siar.
Encik Hafizul: Jom kita berhenti makan. Mesti
semua dah lapar.
IsterI: Okay, tetapi bukan M-c–D-o-n-a-l-d-s.
• Ujaran isterinya telah melanggar maksim ini
kerana menimbulkan kesamaran, ketidakjelasan,
dan ketaksaan kepada suaminya dan anak
mereka yang tidak tahu mengeja.
KESIMPULAN
• berdasarkan prinsip ini, Grice telah menjelaskan
bahawa dalam proses menginterpretasi makna
sesuatu ujaran dengan tepat, Grice
mengesyorkan penerima untuk mengenalpasti
makna dan istilah yang cuba disampaikan oleh
penutur dengan tepat.
• Menurut beliau juga, sebarang ketaksaan,
kekaburan dan kesamaran, seseorang penerima
boleh mengemukakan persoalan-persoalan bagi
menjelaskan mana-mana bahagian dengan tepat
untuk menghilangkan kesamaran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai