Anda di halaman 1dari 11

PIDATO

Pidato adalah suatu ucapan dengan susunan yang baik untuk disampaikan kepada orang ramai.

Pidato mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.

Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah- hujahnya di depan penonton.

Berpidato merupakan penerangan dan menghuraikan ideaidea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.

Pidato dimulakan dengan kata-kata aluan, kemudian perkenalkan tajuk.

Aktiviti ini menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.


Ketepatan masa diambil kira dalam aktiviti pidato.

SYARAT PERTANDINGAN PIDATO


Setiap pemidato diberi masa 7 minit untuk berpidato. Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya pidato dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah. Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam keduadua bahagian tersebut.

Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim dihadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan.

CIRI-CIRI PENYAMPAIAN PIDATO YANG BAIK


Nada dan intonasi yang sesuai dengan laras pidato. Cekap berbahasa dan kelancaran berbahasa baik. Memulakan pidato dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan sedia ada. Memandang tepat ke arah audiens semasa menyampaikan pidato. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk nota. Kawalan masa, iaitu memulakan pidato pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.

Menyampaikan pidato mengikut tempo sederhana dan elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti 'eh','em',atau 'ya'. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Contohnya: nada tinggi (menarik perhatian), nada perlahan (merayu atau bersimpati).

Menggunakan bahasa yang tepat dan indah.

CERAMAH

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.

Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan


umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.

Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

Antara jenis-jenis ceramah ialah :i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.

CIRI-CIRI PENYAMPAIAN CERAMAH YANG BAIK

SYARAHAN

1.

Satu pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk.

2.

Aktiviti jenis ini berformat khusus. Syarahan mestilah mempunyai : (a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan

(c) Isi
(d) Penutup
3.

Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

4.

Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN


Peserta diberi masa 7 minit untuk bersyarah . Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap

kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa
dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah

dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Kesalahan ini akan menyebabkan markah adap dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Peserta syarahan diwajibkan menggunakan seragam sekolah / pakaian kebangsaan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan


di atas.

TATACARA PERTANDINGAN SYARAHAN SPONTAN


1)

2)
3)

4)
5) 6) 7)

Nama peserta dipanggil oleh pengacara majlis Peserta mencabut tajuk syarahan di meja ketua hakim. Ketua hakim membacakan tajuk syarahan Loceng pertama: Peserta diberi masa 2 minit menulis isi penting di meja yang disediakan Loceng kedua: Peserta bersiap sedia memulakan syarahan Loceng ketiga: Peserta memulakan syarahan Loceng keempat (minit ke-6): Peringatan masa syarahan berbaki seminit Loceng kelima (minit ke-7): Masa syarahan tamat

PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM


Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong. Panel hakim diingatkan agar tidak mengumumkan peserta syarahan yang membaca nota/ teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ manamana satu daripadanya) sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Memulakan syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Dari segi gaya penyampaian, gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.

Anda mungkin juga menyukai