Anda di halaman 1dari 1

TOPIK 4: ISU-ISU BAHASA MALAYSIA

1. Kurangnya buku rujukan menggunakan bahasa Melayu.

Buku rujukan atau buku-buku ilmiah yang bermutu tinggi kebanyakannya adalah
berbahasa Inggeris. Sehingga kini, buku-buku rujukan ini tidak banyak diterbitkan oleh
rakyat Malaysia atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kita lihat sahaja buku-buku
yang tersusun di atas rak perpustakaan. Hanya sedikit sahaja buku-buku yang
menggunakan bahasa Melayu. Harapan untuk menjadikan bahasa Melayu adalah bahasa
ilmu nampaknya masih jauh lagi. Menurut Ku Seman di laman web nya
https://kuseman.com/2019/04/13/menutup-itbm-silakan/ , Malaysia belum mencapai taraf
negara maju yang digariskan oleh UNESCO  yang memerlukan  32,000 judul buku
setahun.  Kita hanya menerbitkan lebih kurang 12,000 judul setahun.

Oleh sebab itu, buku-buku rujukan ini perlu diterbitkan atau diterjemahkan dengan
kerjasama semua pihak agar buku-buku rujukan berbahasa Melayu banyak di pasaran dan
diperpustakaan. Melalui buku-buku rujukan ini, akan melahirkan masyarakat yang
sayangkan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Melayu wadah ilmu untuk semua.

2. Bahasa Inggeris di program syarikat swasta.

Alat komunikasi di program-program syarikat swasta, laman web serta alat-alat promosi
kebanyakannya adalah menggunakan bahasa Inggeris. Ini dapat disimpulkan bahawa
bahasa Melayu kurang diminati dan di fahami oleh golongan Bandar. Penggunaan bahasa
Inggeris yang keterlaluan seperti ini dapat mengurangkan minat dan jati diri rakyat
Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum haruslah di terima dan di
amalkan agar matlamat tersebut menjadi realiti sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai