Anda di halaman 1dari 20

TAJUK 2: Kesantunan Berbahasa

Konsep Kesantunan
Takrifan Kesantunan daripada Tokoh-
tokoh Dunia
Konsep kesantunan

 “Tahu bahasa” dan beradab atau berbudi bahasa


 Penggunaan kata/frasa/ayat yang halus dan tidak
menyinggung perasaan orang lain agar orang
KESANTUNAN yang mendengar berasa sejuk hati
 Tutur kata yang halus dan lemah lembut
 Berhubung erat dengan konteks dan pengguna
 "Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan.“
 Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik.
 Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.
 Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan.
 Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
 Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan
hatinya.
 Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap
sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
 Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika
menggunakan bahasa.
 Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri.
 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti
nama.
 Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama
diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
 Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
 Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur
dengan pendengar.
 Nada mestilah rendah dan lembut.
 Gerak laku haruslah lemah lembut
 Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
 Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya
ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram,
bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
 Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan
ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
 Ahli akademik memberi takrifan tentang kesantunan dalam konteks masyarakat Malaysia,
kesantunan itu sebagai peraturan (Asmah Hj. Omar, 2002), kesantunan bermaksud adab dan tertib
(Amat Juhari Moain, 1992; Awang Sariyan, 2007; Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2012), kesantunan
berkait dengan air muka seseorang (Noriati A. Rashid, 2005) dan kesantunan sebagai alat untuk
mengeratkan hubungan sesama manusia (Indirawati Wahid, 2012).
 Abdul Sukor Shaari et al. (2003), mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang
digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar.
 Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
halus dan santun yang dapat melambangkan nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat.
 Amalan kesantunan berbahasa juga dapat membantu untuk mewujudkan suasana dan
perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi dan tidak menimbulkan konflik serta
sentiasa menjaga air muka orang yang dilawan bercakap (Ahmad Khair Mohd. Dan Rohaida
Abdul Gani, 2005).
 Yahya Othman (2005) berpendapat bahawa bahasa yang diujarkan semasa berkomunikasi
dapat menggambarkan budi bahasa penuturnya.
 Kesopanan atau politeness dalam Dictionary of Language Teaching and Applied
Lingusitics (1995) bermaksud (a) “ how language express the social distance between
speakers and their different role relationship (b) how face-work that is, the attempt to
establish, maintain and safe face during conversation, is carried out in a speech in
community”.
Konsep kesantunan
Noriati A. Rashid (2005, 236), kesantunan dinilai menerusi bahasanya, kalau bahasanya
santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang
digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar.

Awang Sariyan (2007, 7) menyifatkan kesopanan berbahasa berdasarkan prinsip Islam


mempunyai hubungan yang erat dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka
bumi ini, iaitu menyeru kebaikan (amar ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar).
Beliau menegaskan bahawa hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta harus
dipelihara kerana dapat memancarkan manfaat selain memberi penekanan terhadap
kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat.
RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
 Kesantunan atau kesopanan merupakan penggunaan bahasa yang berlapik, halus, berhemah,
mengambil kira jarak sosial antara penutur dan pendengar dengan tidak mengesampingkan
perbezaan peranan, budaya dan prinsip agama selain menggunakan kebijaksanaan dalam
pemilihan kata agar dapat memancarkan kesopanan.
 Hal ini termasuklah usaha untuk menjaga atau menyelamatkan air muka semasa
berkomunikasi agar tidak ada pihak yang tersinggung atau berkecil hati sebaliknya semua
pihak mendapat kebaikan atau manfaat. Kesopanan yang mencerminkan budaya masyarakat
sekali gus dititikberatkan dalam agama yang menyeru agar semua pihak menzahirkan
kesopanan dalam perhubungan dengan pihak lain.
 Kesopanan berbahasa memberikan impak yang signifikan kepada minda, jiwa dan aspek
rohani khalayaknya apabila pendengar berasa tenang dan sejuk hati. Pertuturan yang bersopan
santun dapat mengharmoniskan hubungan di antara satu sama lain sekali gus semua pihak
berada dalam situasi bebas konflik.
Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia

Goffman (1955&1975), Brown & Levinson (1987) mentakrifkan kesantunan sebagai


penjagaan “muka” atau imej semasa komunikasi berlangsung. Sarjana-sarjana ini
telah mengusulkan konsep “muka” agar pihak-pihak yang terlibat dalam sesebuah
interaksi memberikan keutamaan terhadap keinginan mencapai sesuatu tujuan yang
melibatkan penjagaan imej. “Muka” bagi sarjana Barat merujuk kepada
penghormatan, iaitu seseorang sentiasa mahu dihormati dan tidak mahu imejnya
terjejas dalam sesuatu komunikasi yang berlangsung. Brown & Levinson telah
meluaskan konsep ini dengan mengemukakan strategi kesantunan positif dan negatif
termasuk Tindakan Ancaman Muka (TAM)-Face Threathening Act).
Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia

Lakoff (1974)- perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam interaksi-3


peraturan
i)Kekalkan jarak
ii) Berikan pilihan
iii)Jadikan pendengar selesa
i)Kekalkan jarak- merujuk pada satu panduan yang digunakan dalam usaha
mengekalkan jarak antara penutur dan pendengar dalam situasi yang formal. Dalam
peraturan ini penutur dan pendengar akan mengujarkan sesuatu yang tidak
mengandungi unsur emosi bagi mengekalkan jarak antara mereka
(ii) Berikan Pilihan pula merupakan peraturan yang digunakan dalam situasi tidak
formal. Peraturan 2 ini menunjukkan bahawa status sosial yang lebih tinggi telah
beralih kepada pendengar kerana pendengar diberi hak untuk membuat pilihan
sementara dalam Peraturan 1, status ini dimiliki penutur.
(iii) Ekspresikan Simpati (untuk menjadikan pendengar selesa) dapat memelihara
hubungan baik dan akrab antara penutur dan pendengar. Peraturan 3 ini bertujuan
menjadikan pendengar selesa dan senang hati apabila penutur menunjukkan ekspresi
yang positif dan bersikap mesra terhadap pendengar.
Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia

Grice (1975)-Kesantunan wujud apabila kedua-dua pihak bekerjasama dalam


komunikasi. Grice- prinsip kerjasama antara penutur dan pendengar menerusi
empat maksimnya
i)Kuantiti
ii)Kualiti
iii)Relevan
iv)Cara
 Maksim Kuantiti : Memberi maklumat yang sempurna 1. Memberi maklumat yang informatif dan
mencukupi 2. Jangan memberi maklumat yang berlebihan daripada yang diperlukan
 Maksim Kualiti : Memberi maklumat yang betul 1. Tidak menyebut sesuatu yang anda tidak tahu atau
benar 2. Tidak menyebut sesuatu yang anda tidak tahu dalil atau kesahihan buktinya
 Maksim Relevan : Maklumat yang relevan 1. Maklumat yang disampaikan haruslah berkaitan dan
mempunyai pertalian
 Maksim Cara : Menyatakan sesuatu dengan cara yang jelas dan mudah difahami dan harus : 1.Tidak
kabur 2.Tidak taksa 3.Ringkas 4.Tersusun
Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia

Leech (1983) - perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan


diri dalam interaksi menerusi maksim-maksim kesopanan. Enam maksim
kesopanan Leech:
i) Kebijaksanaan
ii) Kedermawanan
iii) Sokongan
iv) Kerendahan Hati
v) Persetujuan
vi) Simpati
(i) Maksim Kebijaksanaan (Tact) ialah maksim yang meminimumkan kos bagi orang
lain dan memaksimumkan manfaat kepada orang lain.

(ii) Maksim Kedermawanan (Generosity) ialah maksim yang meminimumkan


manfaat bagi diri sendiri dan memaksimumkan kos bagi diri sendiri atau dengan
kata lain menguntungkan orang lain.

(iii)Maksim Sokongan (Approbation) ialah maksim yang meminimumkan cacian


terhadap orang lain dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain.
(i) Maksim Kerendahan Hati (Modesity) ialah maksim yang meminimumkan pujian
terhadap diri sendiri dan memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri.
(ii) Maksim Persetujuan (Agreement) ialah maksim yang meminimumkan perbalahan
antara diri sendiri dengan orang lain dan memaksimumkan persetujuan antara
diri sendiri dengan orang lain bagi mencapai kesepakatan.
(iii) Maksim Simpati (Sympathy) ialah maksim yang meminimumkan antipati antara
diri sendiri dengan orang lain dan memaksimumkan simpati antara diri sendiri
dengan orang lain.
Takrifan Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia

Sarjana Indonesia- Tenas Effendy (2011) -perilaku yang “tahu diri” atau
“sedar diri”, yakni perilaku yang mencerminkan kearifan dan
kebijaksanaan dalam menilai dan mengukur kemampuan diri agar
dapat menempatkan dirinya dalam kehidupan

Asmah Hj Omar (1996&2000)-penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak


menimbulkan kegusaran dan kemarahan
Ciri-ciri bahasa yang santun:
Pemilihan dan penggunaan kata, frasa dan ayat yang tepat, sesuai dan
betul
Sesuai dengan konteks pengguna dan penggunaannya:
i)Status lawan bicara- pangkat dan kedudukan
ii)Tujuan atau objektif komunikasi
iii) Situasi sama ada formal atau sebaliknya
Bahasa yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaran mahupun
menjatuhkan maruah lawan tutur dan pihak di sekitarnya
Ragam dan gaya-tidak mengejek, mencaci dan mencarut
Ungkapan bertatasusila
i) Bahasa berlapik atau beralas dalam berkomunikasi- peribahasa
ii) Bahasa yang memperlihatkan penghormatan kepada pihak lain-
ucapan-ucapan
iii) Bahasa yang tidak membeban atau memaksimumkan kos kepada
orang lain-menyampaikan arahan dengan cara halus dan sopan
dan lembut
iv) Bahasa yang tidak berlebih-lebihan atau meleret dan lewah-
kuantiti yang mencukupi

Anda mungkin juga menyukai