Anda di halaman 1dari 30

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

1
KESANTUNAN BAHASA – PENGGUNAAN SISTEM SAPAAN DAN
EUFEMISME DALAM KOMUNIKASI
Nafisah Abd Hamid
Sekolah Rendah Qifa

nafisah_abd_hamid@moe.edu.sg

Abstrak

Dalam masyarakat Melayu, unsur kesantunan semasa berkomunikasi amat


dipentingkan. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang
menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan nilai
kesantunan bahasa. Disebabkan ini, masyarakat Melayu mengamalkan pertuturan
yang lemah lembut dan bersopan santun supaya tidak dianggap biadab atau tidak
berbudi bahasa. Oleh yang demikian, kesantunan bahasa dapat mencerminkan
tamadun sesebuah bangsa. Namun demikian, pada zaman yang serba canggih dan
moden ini, kesantunan bahasa terutama sekali dalam kalangan pelajar semakin
terhakis oleh kerana pengaruh-pengaruh asing yang meresap masuk ke dalam
budaya masyarakat Melayu. Pelajar semakin bersikap liberal dan kurang
mengamalkan kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi. Mereka kurang peka
terhadap penggunaan sistem sapaan yang sesuai digunakan semasa berkomunikasi
serta kata-kata eufemisme yang boleh digunakan untuk menggantikan kata-kata
tabu yang dianggap kurang santun. Oleh yang demikian, nilai kesantunan bahasa
harus dipupuk dalam diri murid agar nilai murni masyarakat Melayu ini tidak hilang
dek ditelan zaman. Dalam bahan pengajaran di sekolah, unsur kesantunan bahasa
terpelihara dengan penggunaan kata-kata yang santun dan sesuai digunakan oleh
murid. Oleh itu, bahan-bahan pengajaran boleh dijadikan wadah oleh guru untuk
mendidik murid berkomunikasi secara santun di samping menyampaikan nilai-nilai
murni dalam diri mereka.

Kata Kunci: Kesantunan Bahasa, Sistem Sapaan, Eufemisme, Komunikasi

6
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pengenalan

Kesantunan termaktub dalam ciri kemanusiaan yang mementingkan ketinggian


moral, jati diri dan pembentukan akhlak. Terdapat banyak ragam mengikut konteks
negara, bangsa, falsafah dan agama membentuk pelaksanaan yang mencerminkan
pemikiran dan praktis budaya tinggi. Ragam ini menyumbang kepada peradaban
dan identiti sesebuah tamadun. Apabila manusia yang berbangsa Melayu
berinteraksi, sudah pasti terdapat kod-kod sosial, nilai dan norma. Perkara ini
menggambarkan kesantunan Melayu dalam segala aspek kehidupan dan
menggarap keseluruhan entiti kemelayuan termasuk kosmologi, penampilan dan
daya pemikiran. Maka itu, kesantunan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan oleh
sesiapa sekalipun yang ingin mendalami dan menghuraikan kompleksiti yang sedia
ada sebelum mendalami kajian-kajian berkaitan seni, masyarakat dan budaya orang
Melayu.

Namun, dalam zaman yang moden dan canggih ini, pelbagai pengaruh telah
meresap dalam kehidupan masyarakat Melayu kita. Pengaruh-pengaruh ini ada
yang bersifat positif dan tidak kurang juga yang negatif. Dan tidaklah berlebihan
sekiranya dikatakan unsur budaya masyarakat Melayu semakin terhakis dek
pengaruh-pengaruh negatif yang mengaburi pandangan masyarakat kita. Salah satu
budaya yang kelihatan semakin hilang dalam masyarakat kita kini ialah budaya
kesantunan.

Masyarakat Melayu memang sudah dikenali sebagai satu masyarakat yang


mempunyai nilai kesantunan yang amat tinggi. Nilai ini telah diturunkan semenjak
zaman nenek moyang kita. Namun, amat menyedihkan apabila nilai ini semakin
kurang diamalkan lagi pada zaman ini. Oleh yang demikian, sebelum budaya ini
terus hilang, masyarakat haruslah mengambil langkah agar nilai kesantunan dalam
masyarakat Melayu akan terus terpelihara.

Pernyataan Masalah

Dalam kehidupan seharian, kita digalakkan bertutur secara bersantun apabila


berbahasa dan berbicara. Perkara ini sangat penting untuk dipraktikkan kerana
membentuk sebahagian daripada nilai dan norma masyarakat. Di samping itu juga,

7
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

apabila kita santun dalam berbahasa, kehalusan budi bahasa dan kesopanan jelas
terpancar pada diri penuturnya.

Kebelakangan ini, terdapat fenomena kontemporari dan trend yang


memperlihatkan kesantunan ketika berbahasa tidak diamalkan sepenuhnya dalam
kalangan masyarakat hari ini. Perkara ini lebih membimbangkan apabila golongan
muda mudah terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif yang boleh membawa
kepada keruntuhan akhlak mereka. Oleh itu, masyarakat dilihat semakin kekurangan
nilai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Tiada lagi sikap menjaga hati dan
perasaan orang semasa berinteraksi. Malah jika dilihat dengan lebih dekat lagi
penggunaan bahasa kasar dan kesat dianggap bukan lagi menjadi suatu
perlanggaran terhadap adat dan budaya masyarakat Melayu.

Budi bahasa dan kesopanan semasa kita berinteraksi menunjukkan


keperibadian kita yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan semasa
berkomunikasi sudah tentu melibatkan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa
yang dimaksudkan di sini ialah penggunaan bahasa yang baik dan dianggap sopan.
Bahasa yang dimaksudkan bukan sekadar dari aspek lisan ataupun tulisan sahaja
malahan juga melibatkan gerak tubuh individu dan unsur perlambangan.

Dalam erti kata lain, kesantunan dapat dibahagikan dalam dua pembahagian,
iaitu kesantunan verbal ataupun non-verbal. Kesantunan verbal merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, beradab ataupun intonasi sopan yang secara tidak
langsung memberikan penghormatan kepada teman bicara. Kesantunan non-verbal
pula merujuk kepada tingkah laku yang tidak menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi tetapi melihat pergerakan badan dan mimik muka.

Selain itu, kesantunan atau politeness, dikaitkan dengan sifat budi pekerti
atau budi bahasa. Penggunaan bahasa yang santun dapat menonjolkan
keperibadian yang mulia melalui kesopanan dan adab. Perkara ini menunjukkan
penghormatan penutur kepada penerima. Kesantunan bahasa seseorang itu boleh
dilihat dari segi tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan
bukan hanya menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir
penuturnya (Sapir-Whorf,1921). Oleh yang demikian, bahasa turut mempengaruhi
perilaku penuturnya. Ibrahim Ahmad (2012) pula menetapkan bahawa kesantunan
bahasa mempunyai dua ciri, iaitu penggunaan bahasa halus dan penggunaan kata
8
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

ganti nama, bentuk sapaan, dan gelaran. Bahasa halus mencakup bahasa diraja
atau bahasa dalam ungkapan yang menerima bahasa Arab dan ungkapan
bertatasusila.

Kesantunan bahasa ini meliputi amalan berbudi bahasa, sopan santun, lemah
lembut dan memiliki segala ciri yang baik dan murni serta dapat menimbulkan
keramahan dan kemesraan. Antara aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian
semasa bertutur dalam mana-mana situasi ialah penggunaan ganti nama, sistem
sapaan dan panggilan serta pemilihan perkataan yang betul, tepat, dan tidak
menyinggung perasaan pendengar.

Maka itu, seseorang yang berinteraksi menggunakan bahasa yang halus dan
sopan dikatakan tinggi budi bahasanya, manakala seseorang yang menuturkan
kata-kata yang kasar dan kurang sopan dikatakan biadab atau kurang ajar. Menurut
Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan
dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau
tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan
mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Pada umumnya, bahasa yang sopan
mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau
perasaan, seperti ibarat kata pepatah pujangga:

“Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga


Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.”

Tujuan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:


1. mengenal pasti unsur-unsur kesantunan berbahasa dalam buku teks
Rakyat Budiman darjah 1;
2. menganalisis unsur kesantunan berbahasa yang terdapat dalam buku teks
dari aspek penggunaan kata ganti nama diri; dan
3. menganalisis unsur kesantunan berbahasa yang terdapat dalam buku teks
dari aspek pemilihan kata.

9
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Kajian Literatur

Santun ditakrifkan sebagai halus yakni tingkah laku berbudi bahasa ataupun
mempunyai adab dan sopan yang tinggi. Kesantunan dalam skop yang lebih luas
bermakna sifat dan sikap kehalusan berbudi bahasa dan budi pekerti. Brown dan
Levinson (1978) pula mentakrifkan kesantunan sebagai konsep menjaga air muka
yang harus dijaga dengan baik. Konsep ini dibahagikan kepada dua, iaitu
kesantunan positif dan kesantunan negatif.

Kesantunan positif menurut Brown dan Levinson (1978), merupakan


keinginan seseorang untuk disukai, dikagumi dan tidak gemar dihiraukan.
Kesantunan positif lazimnya dikaitkan apabila penutur dan pendengar mempunyai
hubungan yang rapat seperti sahabat ataupun adik-beradik. Kesantunan positif ini
akan melibatkan bahasa yang sopan agar tidak berkonflik antara satu sama lain.
Oleh itu, ayat-ayat yang terangkum dalam kesantunan positif termasuklah ayat-ayat
puji-memuji, keharmonian, sokong-menyokong dan juga motivasi. Dalam erti kata
lain, kesantunan positif sering dikaitkan dengan self-esteem ataupun harga diri
seseorang.

Kesantunan negatif pula merupakan keinginan seseorang yang cekap yang


mengharapkan tingkah lakunya tidak menghalang orang lain dan mempunyai
keinginan untuk menuntut hak peribadi mahupun teritori. Hubungan kesantunan
negatif berbeza dengan positif kerana penutur dan pendengar lazimnya tidak
mempunyai hubungan yang rapat. Oleh sebab hakikat ini, komunikasi antara
penutur dan pendengar akan menjadi canggung atau awkward. Kesantunan negatif
seolah-olah mempunyai keinginan untuk kekal berautonomi semasa berkomunikasi.
Dengan kata lain, kesantunan negatif sering dikaitkan dengan kebebasan hak
seseorang untuk bertutur mahupun bertindak. Kedua-dua kesantunan negatif dan
positif ini menurut Brown dan Levinson (1978), merupakan keinginan yang asas
dalam interaksi sosial. Oleh itu, kerjasama antara penutur dan pendengar untuk
menjaga air muka masing-masing akan berlaku dalam sesebuah komunikasi.

Robert Sibarani (1999) berpendapat bahawa kesantunan ialah tatacara, adat


atau kebiasaan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat beradab untuk memelihara
hubungan baik sesama manusia. Menurutnya, kesantunan merupakan aturan
perilaku yang ditetapkan dan disepakati oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
10
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

sekaligus menjadi syarat yang dipersetujui dalam perilaku sosial. Beliau


membahagikan kesantunan kepada tiga jenis perlakuan iaitu, kesantunan perbuatan,
kesantunan berpakaian dan juga kesantunan bahasa.

Kesantunan perbuatan merupakan perilaku yang perlu dilakukan pada waktu


menerima tetamu yang bertandang ke rumah, tatacara duduk dalam kalangan
golongan tertentu, gerak dan sikap semasa berbicara, perlakuan ketika berada di
tempat umum, budaya beratur dan etika makan atau minum. Kesantunan
berpakaian menurut beliau pula harus selaras mengikut keadaan dan suasana.
Pakaian haruslah sopan di khalayak umum dan kelihatan rapi dan sesuai mengikut
keadaan. Sebagai contoh, memakai baju kurung ke tempat kematian atau kenduri
dan bukanlah skirt ataupun t-shirt. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada ragam
bahasa, waktu dan keadaan pertuturan berlaku, kenyaringan suara dan juga waktu
untuk senyap dan tidak berbicara.

Robin Lakoff (1973) menulis mengenai logik dalam kesantunan. Beliau


seorang profesor linguistik di Universiti California dan beliau menemukan tiga prinsip
kesantunan ataupun politeness principles iaitu ‘Don’t Impose, Give option, Make
your receiver feel good’. Dengan kata lain, prinsip yang pertama ialah jangan
memaksa, kedua ialah beri pilihan atau cadangan dan akhir sekali ialah pastikan
pendengar berasa tidak tersinggung. Ketiga-tiga prinsip ini mendasari konsep
kesantunan yang dilakarkan oleh Robin Lakoff.

Kajian tentang kesantunan juga dilakukan oleh pengkaji di rantau ini untuk
memperincikan konsep kesantunan. Za’ba (1950) telah menulis nilai dalam kelakuan
dan etika Melayu di dalam jurnal Malayan Branch. Za’ba mengeluarkan konsep
kesantunan percakapan dalam pengawalan suara. Menurut beliau, seseorang itu
tidak boleh menjerit ataupun meninggikan suara, bercakap terlalu banyak ataupun
memuji diri sendiri. Seseorang itu akan dianggap tidak mempunyai kesantunan jika
dia menjerit ataupun bertutur dengan berlebihan.

Selain Za’ba, terdapat pelbagai kajian tentang kesantunan yang dilakukan


oleh pengkaji di rantau ini. Antaranya ialah Jamaliah Ali (1995) yang mengkaji
konsep air muka yang mempengaruhi ciri bahasa verbal. Beliau mendapati bahawa
setiap manusia mempunyai keinginan untuk menjaga air muka untuk mengekalkan

11
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

keharmonian dan perhubungan. Jika seseorang itu berada dalam keadaan malu,
keadaan ini akan mempengaruhi bahasa verbal dalam pertuturan itu.

Suraiya Mohd Ali (1998) mengkaji kesantunan masyarakat Jepun. Beliau


meneliti kesantunan orang Jepun semasa beliau berada di Jepun. Antaranya adalah
kesantunan dari aspek perlakuan. Orang Jepun ketika bertutur sering
membongkokkan badan ataupun menundukkan kepala tanda hormat dan merendah
diri. Mereka juga menghargai kesenyapan. Oleh itu, orang Jepun jarang bertutur
berlebih-lebihan. Demi menghormati ruang peribadi orang lain, orang Jepun tidak
menjawab panggilan telefon bimbitnya ketika berada di dalam kereta api.
Demikianlah kajian dapatan Suraiya Mohd Ali mengenai kesantunan masyarakat
Jepun.

Norhashimah Haji Jalaluddin (1994) dalam tesis kedoktorannya yang berjudul


Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit memberikan tumpuan terhadap
implikatur dan ganti nama diri yang dianalisis mengikut kerangka pragmatik dan
semantik. Menurut pengkaji, implikatur mempunyai dua fungsi iaitu sebagai
kemahiran berbahasa orang Melayu dan juga strategi kesantunan dalam perbualan.
Strategi ini digunakan untuk menyampaikan mesej dengan cara yang teratur dan
meyakinkan. Kaedah ini juga merupakan suatu kaedah yang telah digunakan oleh
penutur dan pendengar untuk memastikan tujuan mereka tercapai. Pengkaji
mendapati bahawa suasana jual beli berjalan lancar dan berada dalam suasana
harmoni. Dapatan ini berkait rapat dengan pandangan Asmah Hj. Omar (1986) yang
mengatakan bahawa orang Melayu mempunyai strategi berbahasa yang secara
tidak langsung menyampaikan hasrat mereka.

Khadijah Ibrahim (1993) menerusi tesis M.A. yang berjudul Politeness in


Malay directives telah mengkaji kesantunan dengan menggunakan teori Brown &
Leech. Pengkaji mendapati bahawa masyarakat Melayu mengutamakan konsep air
muka dalam menjaga keharmonian hubungan. Seperti masyarakat Cina, orang
Melayu didapati mengutamakan Strategi Kesantunan Positif dalam pertuturan
mereka. Pengkaji juga mendapati bahawa masyarakat Melayu suka berkongsi
perasaan dengan orang lain dan oleh itu amat prihatin terhadap kebajikan orang lain
ketika bercakap.

12
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Secara kesimpulan, kesantunan sebenarnya telah lama wujud dan dididik


kepada masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Pada waktu itu, pusat-pusat tamadun
Melayu telah menghasilkan banyak ulama, pemikir, pujangga dan karya-karya dalam
bentuk prosa mahupun puisi. Hasil karya-karya para ulama, pemikir dan pujangga
mengetengahkan kesantunan dan adab bangsa yang santun. Sebagai contoh, karya
Raja Ali Haji, Gurindam 12, mempunyai muatan yang padat mengenai nasihat,
kesantunan bahasa, adab bangsa dan panduan hidup yang sopan.

Kesantunan bahasa mencerminkan tamadun sesebuah bangsa. Bahasa


Melayu merupakan bahasa yang telah lama wujud sejak dua alaf yang lalu. Bahasa
Melayu sebenarnya adalah bahasa yang mencerminkan kehalusan budi dan adab
masyarakat Melayu. Tambahan pula, kedatangan agama Islam di Tanah Melayu
telah membangkitkan tamadun yang berteraskan tauhid dan aqidah Islam. Ajaran-
ajaran Islam yang mengajarkan kesopanan berbahasa telah sedikit sebanyak
membentuk budaya dan pemikiran masyarakat Melayu zaman itu sehinggalah ke
hari ini.

Kaedah Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kaedah. Kajian kepustakaan merupakan


langkah pertama yang dilakukan kerana merupakan asas kepada pendedahan
aspek-aspek yang ingin dikaji. Kajian secara kepustakaan ini dilaksanakan bagi
mendapatkan data-data untuk dianalisis. Kaedah kepustakaan juga dibuat untuk
tujuan pemilihan teori-teori yang dianggap sesuai untuk kajian ini. Melalui kaedah
kajian kepustakaan ini, pengkaji sentiasa memperbaharui dan mempertingkatkan
pengetahuannya dalam bidang-bidang tertentu melalui pembacaan yang dilakukan.

Banyak buku dan bahan disertasi yang terdapat di Perpustakaan Za’ba,


Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu
serta Perpustakaan Awam Singapura (NLB) digunakan untuk membantu pengkaji
dalam kajian ini. Hasil bahan kajian dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif.

Dapatan Kajian dan Perbincangan: Kata Ganti Nama Diri

Budaya hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan satu budaya yang
masih kekal khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu yang memang dipupuk
13
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

sejak dari kecil lagi. Budaya ini memang sudah sebati dalam jiwa masyarakat
Melayu sehingga diperlihatkan dalam setiap komunikasi. Dalam masyarakat Melayu,
kesantunan dapat dilihat melalui interaksi seseorang dengan orang yang lain
semasa berkomunikasi. Budaya dan agama Islam merupakan antara pengaruh yang
menjadikan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang mementingkan
kesantunan dalam kehidupan seharian mereka. Disebabkan ini, masyarakat Melayu
mengamalkan pertuturan yang lemah lembut dan bersopan santun supaya tidak
dianggap biadab atau tidak berbudi bahasa. Salah satu aspek kesantunan
berbahasa dalam bahasa Melayu ialah sistem sapaan.

Menurut Awang Sariyan (2007)1, sistem sapaan ialah kaedah yang digunakan
oleh sesuatu masyarakat atau bangsa semasa menyapa seseorang sama ada
dalam konteks yang rasmi mahupun yang bukan rasmi. Dalam masyarakat Melayu,
sistem sapaan memainkan peranan sebagai penghubung langsung antara pihak
yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan yang berbeza menjadi
unsur wacana yang penting dalam berbagai-bagai komunikasi manusia dan harus
digunakan dengan sesuai berdasarkan budaya sesuatu masyarakat atau oleh pihak
yang diberi wibawa menentukannya.

Menurut Amat Juhari Moain dalam bukunya Sistem Panggilan dalam Bahasa
Melayu (1989), sistem sapaan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga yang
utama iaitu:

1. Susunan kata-kata yang digunakan semasa membuat sapaan dan


panggilan (yang terbahagi kepada dua, iaitu: (a) sapaan yang lengkap
dengan kata rujukan kehormat, gelaran dan/atau pangkat yang disandang
dan nama peribadi yang lengkap dan (b) sapaan ringkas yang menyebut
nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi);
2. Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan
hingga peringkat yang di bawahnya; dan
3. Penggunaan kata ganti nama diri.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis bahagian penggunaan kata


ganti nama diri dalam sistem sapaan bahasa Melayu.

1
Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Aspek Kesantunan dalam Kata Ganti Nama Diri

Menurut Nik Safiah, et al. (1996) dan Asmah Hj. Omar (1986), kata ganti nama ialah
perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas atau nama am ataupun kata
yang berdiri di tempat kata nama. Menurut Nik Safiah Karim di dalam bukunya,
Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu (1990), kata ganti nama
digunakan silih berganti berdasarkan beberapa faktor. Beliau menjelaskan bahawa
penggunaan kata ganti nama bergantung pada taraf sosial, darjah rapatnya
hubungan, suasana persekitaran dan judul yang diperkatakan. Hal ini juga
dinyatakan oleh Brown dan Gilman (1960) yang berpendapat bahawa status sosial
dan tahap kemesraan akan menentukan kata ganti nama yang digunakan. Bagi
Brown dan Gilman, status sosial ditentukan oleh beberapa faktor seperti gelar,
pendidikan, umur dan status ekonomi.

Selain daripada faktor-faktor seperti status sosial, keakraban hubungan dan


suasana persekitaran, faktor masyarakat yang berbeza budaya juga memainkan
peranan dalam menentukan penggunaan sistem sapaan. Menurut Robinson (dalam
Kamal, 1990), penggunaan sistem sapaan berkaitan dengan adat resam sesuatu
masyarakat dan sesuatu bentuk sapaan itu terbatas pada masyarakat pemakainya
sahaja. Dalam erti kata lain, setiap masyarakat atau kebudayaan mempunyai sistem
sapaan yang berbeza dengan masyarakat atau kebudayaan yang lain. Sebagai
contoh, sistem sapaan masyarakat Barat amat berbeza dengan masyarakat Timur
kerana kedua-duanya mempunyai budaya yang berbeza. Masyarakat Timur seperti
bangsa Melayu, mengamalkan budaya yang lebih konservatif berbanding dengan
masyarakat Barat.

Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris, perkataan ‘you’ dan ‘I’ boleh
digunakan untuk semua orang kerana bersifat umum (Ainon Mohd.: 1997). Kedua-
dua kata ini apabila dipinjam ke dalam bahasa Melayu, mempunyai sama taraf
dengan ‘awak’ atau ‘kamu’. Dalam masyarakat Melayu, kedua-dua kata ganti nama
ini hanya boleh digunakan antara dua pihak yang mempunyai status sosial yang
sama ataupun digunakan oleh orang yang lebih tinggi status sosialnya kepada orang
yang mempunyai status sosial yang rendah daripadanya. Namun, kata ganti nama
ini tidak boleh digunakan oleh orang yang berstatus rendah kepada yang berstatus
tinggi. Kata sapaan yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini adalah seperti

15
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

‘encik’ dan ‘tuan’. Hal ini menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu, kita
menggunakan nama sapaan sebagai salah satu cara menunjukkan bahawa kita
menghormati orang itu. Dalam tiap-tiap nama sapaan yang kita pilih, tersirat makna
yang sangat dalam. Orang yang kita sapa boleh membaca dengan jelas sama ada
kita memuliakannya atau menghinanya, hanya berdasarkan nama sapaan yang kita
gunakan untuknya.

Oleh yang demikian, dalam masyarakat Melayu, penggunaan kata ganti nama
diri yang salah boleh menimbulkan salah faham. Dalam situasi tertentu, orang
dikatakan “kurang ajar” atau “tidak tahu bahasa” jika menggunakan kata ganti nama
diri yang salah. Penggunaan kata ganti nama yang salah dapat menyebabkan
timbulnya rasa kurang senang dalam diri orang yang menyapa mahupun yang
disapa. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Vetter (1925), pemilihan sistem sapaan
dalam masyarakat di sebelah Timur lebih kompleks berbanding dengan pemilihan
sistem sapaan dalam masyarakat di Barat. Maka itu, masyarakat Melayu harus peka
dan sensitif terhadap penggunaan sistem sapaan semasa berkomunikasi antara
satu sama lain agar penggunaannya tidak dianggap biadab sebaliknya menunjukkan
unsur kesantunan. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem sapaan seperti kata
ganti nama merupakan unsur terpenting dalam sistem sapaan masyarakat Melayu.

Awang Sariyan (2007) membahagikan kata ganti nama diri kepada tiga iaitu
kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama ketiga.
Kata ganti nama pertama digunakan oleh yang berbicara atau menulis sebagai ganti
namanya. Kata ganti nama ketiga pula digunakan untuk merujuk atau menyapa
pihak yang menjadi teman bicara. Kata ganti nama diri ketiga pula digunakan untuk
merujuk pihak ketiga. Rajah di bawah menunjukkan senarai kata ganti nama bagi
setiap kategori.

Jadual 1: Penggolongan Kata Ganti Nama Diri oleh Awang Sariyan (2007)

KATA GANTI TUNGGAL JAMAK


NAMA DIRI RASMI TIDAK RASMI RASMI TIDAK RASMI

Pertama saya aku kita, kami kita, kami

tuan, puan, abang, kakak, tuan-tuan, anda, awak,


Kedua
encik, cik, pakcik, puan-puan, kamu, kalian

16
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

saudara, makcik, hadirin,


saudari engkau, kamu hadirat, Dato-
dato, Tan Sri-
Tan Sri

beliau, dia, ia,


Ketiga - mereka -
-nya

Dalam konteks sosiolinguistik, Asmah Hj. Omar (1980:67) membahagikan


kata ganti nama kepada tiga golongan mengikut darjah keakraban antara pihak-
pihak yang berinteraksi iaitu:

a. Hormat : saya, tuan, puan, beliau


b. Neutral : saya, kami, kita, anda, saudara, saudari, dia, mereka
c. Kasar/intim : aku, kamu, engkau, awak, dia, mereka

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama Tunggal

Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan oleh orang yang menulis
atau bertutur sebagai ganti namanya. Kata ganti nama ini terbahagi kepada dua iaitu
bentuk tunggal dan bentuk jamak. Bentuk tunggal digunakan oleh penulis atau
penutur bagi pihak dirinya sendiri. Bentuk jamak pula digunakan oleh penulis atau
penutur untuk mewakili dirinya dan pihak lain juga.

Kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dan bersifat umum ialah
‘saya’. Kata itu boleh digunakan dalam situasi dan urusan rasmi dan juga tidak rasmi.
Kata ganti nama diri ini menunjukkan penggunaan yang bersifat neutral dan boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja yang berbicara yang merujuk kepada diri pengguna
sewaktu berkomunikasi. Dalam erti kata lain, kata ganti nama ‘saya’ tidak terikat
dengan faktor status sosial. Kata itu boleh digunakan tanpa mengira umur,
pendidikan, dan status ekonomi. Di samping itu, kata ganti nama itu juga
memelihara aspek kesantunan semasa berkomunikasi.

Dalam data kajian, bagi tema Riang Bersama, Pelajaran 3 dan 4, kata ganti
nama diri pertama ‘saya’ merupakan salah satu daripada empat kata ganti nama
yang digunakan dalam buku teks ini. Kata ganti nama itu telah digunakan sebanyak
50%. Sebagaimana yang telah dijelaskan, penggunaan kata ganti nama ini bersifat
neutral dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dalam segala situasi. Oleh yang
demikian, penggunaan kata ganti nama saya amat bersesuaian untuk digunakan

17
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

dalam buku teks ini. Di samping ingin memperlihatkan sifat hemah dan santun,
penggunaan kata ganti nama ini juga bertujuan menonjolkan kemesraan, yang
merupakan salah satu unsur kesantunan dalam masyarakat ataupun budaya Melayu.

Antara contoh penggunaan kata ganti nama ‘saya’ dalam buku teks yang
dapat dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

1. Saya menunjukkan rasa hormat terhadap ahli kumpulan apabila saya


bercakap secara bergilir-gilir dan mendengar secara aktif. (hlm. 57)
2. Saya menunjukkan rasa hormat apabila saya bercakap dengan hormat
dalam perbincangan terutama sekali apabila timbulnya perbezaan
pendapat. (hlm. 62)
3. Saya suka cerita “Sang Kancil”. (hlm. 63)
4. Cerita kegemaran saya ialah “Pak Pandir”. (hlm. 63)
5. Saya ingin memilih cerita “Si Luncai”. (hlm 63)

Selain daripada kata ‘saya’, terdapat kata ganti nama pertama berbentuk
tunggal yang lain seperti ‘aku’. Namun demikian, kata ganti nama ‘aku’ selalunya
digunakan dalam situasi tidak rasmi yang mana si penutur dan pendengar
mempunyai hubungan yang rapat. Kata ganti nama ‘saya’ boleh dipakai dengan
sesiapa saja pada semua masa, tetapi kata aku hanya boleh dipakai untuk bercakap
dengan sahabat karib atau orang yang lebih lama kita kenal (Liaw Yock Fang &
Abdullah Hassan, 1995:14). Kata ganti nama ‘aku’ juga dianggap kasar dan tidak
sopan apabila digunakan khususnya sesama orang yang tidak mempunyai
hubungan peribadi ataupun digunakan antara pihak-pihak yang mempunyai status
sosial yang berbeza.

Disebabkan hal ini, dalam buku teks ini tidak terdapat penggunaan kata ganti
nama ‘aku’ untuk merujuk kepada diri watak-watak. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa kebudayaan masyarakat Melayu menganggap kata ganti nama ‘aku’ itu
kasar apabila digunakan dalam sesuatu komunikasi. Maka itu dalam bahan kajian
yang dikaji ini, tiada penggunaan kata ganti nama itu malahan hanya kata ganti
nama saya sahaja yang digunakan dalam bahan kajian ini.

18
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

b. Kata Ganti Nama Pertama Jamak

Dalam komunikasi rasmi sama ada berbentuk lisan mahupun tulisan, kata ganti
nama diri pertama jamak ialah ‘kita’ dan ‘kami.’ Kata ‘kita’ digunakan oleh seseorang
apabila dia merujuk kepada dirinya dan juga pihak yang menjadi teman bicara atau
khalayaknya. Selalunya kata ‘kita’ digunakan untuk menyatakan adanya persamaan
kepentingan, keanggotaan dan sebagainya. Kata ‘kami’ pula digunakan apabila
pembicara atau penulis menyatakan sesuatu atas nama dirinya sendiri dan juga
pihak lain. Dalam erti kata lain, kata ‘kami’ digunakan untuk merujuk kepada orang
pertama dan juga melibatkan orang kedua.

Berdasarkan pengkategorian kata ganti nama oleh Awang Sariyan (2007),


hanya terdapat dua kata ganti nama pertama jamak iaitu kata ‘kita’ dan ‘kami’.
Dalam konteks sosiolinguistik pula, kedua-dua kata ini tergolong dalam kategori
neutral yang telah dinyatakan oleh Asmah Hj. Omar (1980). Maka itu, dapat
dikatakan bahawa penggunaan kedua-dua kata ini dalam komunikasi berbentuk
lisan mahupun tulisan ataupun dalam situasi rasmi mahupun tidak rasmi adalah
dianggap santun.

Berdasarkan data kajian, kata ganti nama ‘kita’ telah digunakan sebanyak
14%. Antara contoh penggunaan kata ganti nama ‘kita’ dalam bahan kajian yang
dapat dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

6. Kita mesti pilih cerita “Pak Pandir”. (hlm. 64)


7. Bagaimana kita hendak tunjukkan Si Luncai terjun ke dalam laut nanti?”
(hlm. 64)
8. Saya cadangkan kita semua baca cerita yang kita sebutkan tadi
sebelum membuat keputusan. (hlm. 66)
9. Saya fikir kita harus mendengar pendapat ahli kumpulan yang lain.
(hlm. 66)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat juga kata ganti nama
pertama jamak lain yang merupakan sinonim kepada kata ‘kami’, iaitu ‘kita orang’.
Namun demikian, kata itu tergolong dalam bahasa percakapan iaitu bahasa yang
digunakan sehari-hari dan tidak boleh digunakan dalam tulisan dan juga dalam
keadaan rasmi. Penggunaan kata ‘kita orang’ lebih sesuai digunakan oleh dua pihak
yang mempunyai hubungan rapat dan dalam bentuk lisan. Maka itu, penggunaan

19
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

kata ganti nama ‘kita’ lebih sesuai digunakan dalam bahan kajian kerana menjaga
kesantunan bahasa.

c. Kata Ganti Nama Kedua

Kata ganti nama kedua digunakan untuk merujuk atau menyapa pihak yang menjadi
teman bicara. Kata ini juga terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri kedua
tunggal dan kata ganti nama diri kedua jamak. Berdasarkan penggolongan yang
dibuat oleh Awang Sariyan (2007), kata ganti nama diri kedua tunggal dalam situasi
rasmi ialah seperti ‘tuan’, ‘puan’, ‘encik’ dan ‘cik.’ Dalam situasi yang tidak rasmi pula,
kata ganti nama diri engkau dan kamu digunakan. Bagi kata ganti nama diri kedua
jamak dalam situasi rasmi ialah seperti ‘tuan-tuan’, ‘puan-puan’, ‘hadirin’ dan
‘hadirat’. Kata ganti nama diri kedua jamak dalam situasi tidak rasmi pula adalah
seperti ‘anda’ dan ‘kalian’.

Secara keseluruhan, masyarakat Melayu beranggapan bahawa kata ganti


nama ‘awak’, ‘kamu’ dan ‘engkau’ sebagai bentuk kasar kalau digunakan dalam
komunikasi dengan orang-orang yang lebih tua, berstatus, dihormati dan hal-hal
seumpamanya. Ketiga-tiga ganti nama ini boleh digunakan oleh mereka yang sudah
pun mempunyai hubungan intim semasa berkomunikasi antara satu sama lain atau
orang yang lebih tua atau berkuasa ketika berkomunikasi dengan mereka yang lebih
muda atau kurang berkuasa. Sebagai contoh, kata ‘awak’ digunakan untuk bercakap
dengan orang kedua yang sangat rapat dengan kita seperti kawan karib dan juga
digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru kita kenal. Kata ‘awak’
digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita
(Asraf 1998: 8).

Menurut Ainon Mohd. (1997) pula, kata ganti nama ‘awak’ dan ‘kamu’ hanya
boleh digunakan dalam tiga keadaan. Pertama, kalau orang itu sangat kita kenal dan
sama tarafnya dengan kita, seperti apabila bercakap dengan sahabat baik dan rakan
sebaya kita sendiri. Kedua, kalau orang itu sama umurnya dengan kita dan sama
taraf sosialnya dengan kita, seperti seorang jururawat bercakap dengan jururawat
lain yang sama usia, atau seorang pengarah bercakap dengan pengarah lain yang
sebaya. Ketiga, kalau orang itu lebih muda umurnya, seperti orang yang berumur 40
tahun bercakap dengan orang lain yang berumur 38 tahun.

20
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Oleh yang demikian, kata ganti nama ‘anda’ lebih sering digunakan untuk
menjaga kesantunan semasa berkomunikasi. Menurut Teo Kok Seong dalam
artikelnya, Kesopanan Bahasa (1996), masalah ‘kekasaran’ kesemua kata ganti
nama orang kedua telah disedari oleh pakar bahasa, maka itu, bentuk ‘anda’ telah
diperkenalkan pada 1960-an sebagai bentuk halus untuk menggantikan kesemua
ganti nama itu dalam wacana sopan. Walau bagaimanapun, menurut beliau,
masyarakat Melayu masih berasa kurang selesa dengan penggunaan kata anda
untuk menggantikan ‘awak,’ ‘kamu’ dan ‘engkau’. Oleh itu, bentuk ini hanya diterima
pakai dalam beberapa bidang sahaja seperti pengiklanan dan surat pekeliling.
Awang Sariyan (2007) juga mempunyai pendapat yang sama iaitu kata ‘anda’ hanya
sesuai digunakan kepada khalayak yang umum seperti dalam iklan. Antara
sebabnya kata itu tidak sesuai digunakan dalam situasi-situasi lain ialah kata ‘anda’
menggolongkan mereka yang dimaksudkan ke dalam satu kumpulan umum tidak
mengira umur, status dan seumpamanya, sedangkan masyarakat Melayu amat
mengambil berat tentang perbezaan-perbezaan ini.

Dalam bahan kajian, hanya terdapat dua sahaja penggunaan kata ganti nama
kedua iaitu ‘kamu’. Penggunaan kata ‘kamu’ ini telah digunakan dalam bentuk
soalan yang mana telah ditujukan kepada murid-murid sekolah rendah. Oleh itu,
soalan itu telah ditujukan kepada orang yang lebih muda. Maka itu, penggunaan
kata ganti nama ‘kamu’ boleh digunakan dalam keadaan ini. Contoh penggunaan
kata ganti diri nama kedua dalam data kajian adalah seperti yang berikut:

10. Ayah kamu yang buat. (hlm. 58)

11. Pada pendapat kamu, adakah Arif dan kawan-kawannya merupakan ahli
kumpulan yang baik? Mengapa? (hlm. 61)
d. Kata Ganti Nama Ketiga

Kata ganti nama diri ini merujuk kepada pihak ketiga. Bentuknya juga terbahagi
kepada dua iaitu bentuk tunggal dan jamak. Kata ganti nama diri ketiga tunggal yang
umum digunakan dalam komunikasi rasmi ialah ‘beliau’, ‘dia’ dan ‘ia’. Kata ‘beliau’
digunakan untuk merujuk kepada orang yang dihormati seperti pemimpin, guru,
ketua dan ibu bapa. Kata itu tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-
kanak atau remaja. Kata ganti nama diri ketiga jamak pula hanya terdapat satu
bentuk iaitu ‘mereka’. Kata ini sesuai digunakan dalam segala situasi dan untuk

21
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

setiap golongan masyarakat. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Asmah Hj. Omar
(1980) dalam aspek sosiolinguistik yang mana penggunaannya dianggap neutral.
Dalam data kajian, kata ganti nama diri ketiga ini telah digunakan sebanyak
29%. Contoh-contoh di bawah merupakan penggunaan kata ganti nama diri ketiga
yang dikenal pasti dalam data kajian.

12. Mereka berhenti bercakap. (hlm. 61)


13. Mereka mematuhi peraturan semasa perbincangan dan bersetuju
untuk main peran. (hlm. 61)
14. Pada keesokan hari, kumpulan Arif berbincang lagi untuk memilih
cerita yang mereka akan lakonkan. (hlm. 63)
15. Tiba-tiba, dia teringat penanda bukunya. (hlm. 60)
16. Dia tahu apa yang harus dilakukannya. (hlm. 60)
17. Dia mengingatkan mereka tentang peraturan semasa perbincangan.
(hlm. 65)

Berdasarkan contoh-contoh di atas, kata dia dan mereka merujuk kepada


watak-watak dalam buku teks. Dalam contoh (11), (12) dan (13), ‘mereka’ merujuk
kepada para murid yang sedang dalam perbincangan. Dalam contoh (14), (15) dan
(16) pula, kata ‘dia’ merujuk kepada watak utama dalam cerita tersebut yang sedang
mengetuai perbincangan. Penggunaan kata ‘mereka’ dan ‘dia’ dalam data kajian ini
adalah bersesuaian dengan konteks dan menunjukkan bahawa nilai kesantunan
berbahasa masih terpelihara kerana penggunaan kata itu adalah yang bersifat
neutral.

Penggunaan ganti nama merupakan salah satu aspek penting dalam


kesopanan bahasa Melayu. Sekiranya, kata ganti nama ini digunakan dengan salah,
maka boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam diri si penutur atau penulis dan
pendengar ataupun pembaca. Dalam buku teks khususnya, penggunaan kata ganti
nama diri yang betul adalah penting dalam memastikan murid-murid didedahkan
kepada penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai semasa berkomunikasi.
Sekiranya terdapat penggunaan kata ganti nama diri yang tidak bersesuaian
terutama sekali yang sopan, mereka tidak dapat membezakan dan menggunakan
kata ganti nama diri yang sesuai semasa berkomunikasi dengan teman-teman
mahupun dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

22
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Secara keseluruhan penggunaan kata ganti nama diri dalam data kajian
menampakkan penggunaan yang bersesuaian dan sopan. Buku teks Rakyat
Budiman tidak menggunakan kata ganti nama diri yang dianggap kasar untuk
merujuk kepada diri watak ataupun kepada para pembaca. Dalam data kajian, kata
ganti nama diri yang dikenal pasti ialah ‘saya’, ‘mereka’, ‘kamu’, ‘dia’ dan ‘kita’.
Kesemua bentuk kata ganti nama diri ini telah digunakan bertepatan dengan konteks
iaitu dalam mendidik dan memupuk nilai-nilai moral dalam diri murid-murid.
Kekerapan penggunaan kata saya adalah sebanyak 50%, kata ‘mereka’ sebanyak
18%, kata ‘kita’ sebanyak 14%, kata ‘dia’ sebanyak 11% dan kata ‘kamu’ sebanyak
7%.

Dapatan Kajian dan Perbincangan: Aspek Pemilihan Kata

Perkara yang paling penting dalam pertututuran ialah cara penutur mengungkapkan
tutur kata. Dalam proses pertuturan, ini melibatkan pemilihan kata dan ungkapan
yang sesuai agar dapat membawa suasana sopan. Pengungkapan tutur kata yang
bersopan mampun menarik perhatian orang lain. Malah, dengan bahasa sopan,
mesej yang mahu disampaikan akan lebih mudah difahami. Dalam situasi formal, ia
memerlukan strategi komunikasi seperti panggilan gelaran yang betul, penjagaan air
muka, mengiktiraf kewujudan kuasa sebelum menyampaikan niat atau hasrat.
Sekiranya penjagaan tertib kesantunan ini berlaku, seseorang perunding atau
usahawan itu akan mencapai matlamat dan meraih keuntungan. Begitu juga
permintaan atau usaha dalam situasi rasmi seperti dalam majlis dan sebagainya.
Cara penerimaan dan penolakan perlu berlaku dalam konteks yang penuh beralas
dan mencapai kebahagiaan dan kesenangan bagi kedua pihak. Maka itu barulah
kesantunan berkendala tercapai.

a. Tabu

Kata tabu berasal daripada bahasa Polinesia, tapu. Tapu bermaksud sesuatu yang
dilarang untuk digunakan dan sesuatu yang kudus. Menurut Ullmann (1962), kata
tabu ini pada mulanya digunakan oleh Kapten Cook semasa beliau mengenal
perkataan ini daripada orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kapten Cook
mengatakan bahawa “the term has a very comprehensive meaning: but, in general,
signifies that a thing is forbidden” (Ullman 1977: 204). Kata ini kemudian diserap ke

23
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lain sehinggalah ke dalam


bahasa Melayu (S.Nathesan, 2008: 61).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata tabu bermaksud “sesuatu yang
dilarang, pantang larang atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakakpan”.
Tesaurus Linguistik Bahasa pula mendefinisikan tabu sebagai “suatu keadaan untuk
mengelakkan penggunaan kata yang tidak sopan atau dilarang”. Dari aspek bahasa,
tabu merujuk kepada situasi yang menjadi sekatan kepada anggota masyarakat
supaya tidak menggunakan perkataan atau bahasa tertentu dengan sewenang-
wenangnya. Menurut Teo Kok Seong (1996), topik-topik yang sering dianggap tabu
dalam masyarakat Melayu selalunya ialah yang berkaitan dengan seks, fungsi
badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis.

Dalam buku Indah Budi Kerana Bahasa (2010), tabu dibahagikan kepada dua
iaitu bahasa kesat dan bahasa kasar. Bahasa kesat dikatakan sebagai bahasa yang
paling rendah dan tidak boleh digunakan sama ada dalam situasi yang rasmi
ataupun tidak rasmi. Sekiranya bahasa ini digunakan, ia boleh menyakitkan hati
apabila mendengarnya dan boleh menyinggung perasaan orang lain. Selalunya,
bahasa ini digunakan oleh orang yang sedang marah dan tidak mampu mengawal
perasaannya, serta untuk menghina seseorang.

Bahasa kasar pula ialah bahasa yang tidak sopan dan tidak manis dituturkan
atau digunakan. Bahasa ini hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu dan
dengan orang yang tertentu, seperti semasa berhubungan antara dua atau lebih
kawan rapat dan setaraf, serta dalam situasi tidak rasmi, bersifat peribadi dan tiada
kehadiran pihak ketiga. Secara umum, tabu menandakan sesuatu yang dilarang
atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Larangan itu berlaku kerana beberapa sebab
iaitu seperti kekudusan dan berbahaya, menyeramkan atau yang dilarang, ataupun
kerana perkara itu tidak bersih.

Menurut S. Nathesan (2008), tabu-tabu bahasa wujud disebabkan beberapa


perkara. Antaranya ialah:

a. tabu berkaitan dengan adat dan kepercayaan


b. tabu berkaitan dengan rasa takut
c. tabu berkaitan dengan kesopanan

24
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu amat mempercayai tentang


animisme iaitu hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur ghaib dan magis. Asmah
Haji Omar dalam Susur Galur Bahasa Melayu mengatakan bahawa sebelum orang-
orang Melayu memeluk agama Islam, mereka beragama Hindu dan amat percaya
pada semangat sama ada pada makhluk bernyawa mahupun tidak bernyawa seperti
batu, pokok-pokok, kayu-kayu besar dan sebagainya. Mereka menganggap benda-
benda itu mempunyai semangat yang boleh mempengaruhi mereka. Justeru,
mereka haruslah bersopan santun terhadap benda-benda itu. Mereka mempercayai
bahawa sekiranya mereka berkelakuan tidak sopan dan kasar, sama ada dalam
bentuk percakapan atau perbuatan, ini akan memudaratkan diri mereka sendiri. Oleh
yang demikian, segala perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut dianggap
tabu oleh masyarakat Melayu. Disebabkan hal ini, masyarakat Melayu mengenakan
larangan-larangan dalam berbahasa tentang perkara-perkara tersebut dan
muncullah istilah-istilah yang dianggap lebih sopan dan manis didengar untuk
menggantikan ungkapan-ungkapan yang dianggap tabu. Sebagai contoh, kata
‘datuk’ atau ‘nenek’ digunakan apabila seseorang melalui tempat tertentu yang
dipercayainya wujud ‘penunggu’ atau hantu yang dipercayai tinggal di tempat itu. Hal
ini dilakukan untuk menjaga ‘semangat’ yang ada pada ‘penunggu’ dan menghormati
‘penunggu’ itu.

Selain daripada faktor adat dan kepercayaan, kewujudan tabu juga adalah
disebabkan rasa takut. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, mereka percaya
akan kekuatan semangat haiwan liar. Haiwan yang biasa menjadi ketakutan
masyarakat Melayu adalah seperti buaya, ular, harimau, gajah dan tikus. Haiwan-
haiwan ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya
bertembung di hutan. Oleh yang demikian, apabila berada di dalam hutan, kita
dilarang menggunakan perkataan ‘harimau’ atau ‘ular’ kerana bimbang sekiranya
haiwan-haiwan yang buas dan berbisa akan muncul dan membawa kemudaratan
kepada kita. Sebaliknya, kata ‘harimau’ dan ‘ular’ itu digantikan dengan perkataan
‘pak belang’ dan ‘akar’. Masyarakat Melayu percaya sekiranya tabu ini dilanggar,
maka mereka akan menerima akibat yang buruk. Oleh itu, mereka menjadikan tabu
sebagai amalan hidup harian untuk menjaga keselamatan diri mereka.

Selain faktor adat dan kepercayaan dan rasa takut, faktor terakhir yang
menyebabkan kewujudan tabu ialah yang berkaitan dengan unsur kesopanan.
25
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Masyarakat Melayu ialah masyarakat Timur yang masih berpegang teguh dengan
adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya. Lebih-lebih lagi, dengan kedatangan
agama Islam sejak abad ke-13, ajaran yang diterapkan oleh Islam yang berkenaan
dengan akhlak dan moral sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu yang
lemah lembut dan sangat mementingkan soal harga diri dan maruah. Justeru, soal
yang berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan kaum
wanita serta hal rumahtangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu.

Selain daripada kata tabu yang berkaitan dengan anggota tubuh badan, kata-
kata yang berkaitan dengan fungsi badan manusia seperti kencing, berak, kentut
dan tahi juga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata ini dianggap kasar
dan kotor. Oleh yang demikian, kata-kata itu digantikan dengan kata-kata yang
bersifat lebih halus seperti buang air kecil, buang air besar, buang angin dan najis.
Terdapat juga kata tabu yang merujuk kepada kata luaran atau kata biasa (bukan
tubuh badan) seperti jadual di bawah ini:

Jadual 2: Kata Tabu dan Eufemisme

Kata Tabu Eufemisme


mati meninggal dunia
jamban bilik air
jaga pengawal keselamatan
amah pembantu rumah
janda ibu tunggal
gemuk orang yang sihat
Pada dasarnya, aspek kehalusan bahasa yang menunjukkan nilai kesantunan
lebih tertumpu pada tutur kata atau percakapan. Masyarakat Melayu amat prihatin
dan seringkali berhati-hati semasa bertutur dengan orang lain kerana tidak mahu
menyinggung perasaan orang lain. Sebagai contoh, perkataan ‘bodoh’ apabila
ditujukan kepada orang lain, pastinya orang itu akan berasa rendah diri ataupun
marah. Hal ini dapat dikaitkan dengan konsep tabu yang mana kata-kata yang
dianggap kasar apabila dituturkan, bahasa yang mempunyai unsur-unsur negatif,
lucah atau tidak santun harus dielakkan dalam pertuturan. Sekiranya dipertuturkan,
sudah tentu yang mendengarnya akan berasa kecil hati atau berasa terhina.

26
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

b. Eufemisme

Eufemisme membawa maksud elegan, lemah lembut dan halus. Ia merupakan


sebuah gaya bahasa yang menunjukkan ungkapan-ungkapan yang bersifat baik dan
sopan. Eufemisme digunakan bagi mengganti bahasa atau perkataan yang tidak
menyenangkan. Ini juga dinyatakan oleh Teo Kok Seong (1996) yang menyatakan
eufemisme ialah perkataan atau frasa yang lebih sopan dan halus sifatnya untuk
menggantikan perkataan atau frasa yang dianggap sebagai kasar dan tidak sedap
didengari.

Wujudnya eufemisme disebabkan oleh wujudnya tabu dalam bahasa. Unsur


eufemisme atau boleh juga dikatakan sebagai kesantunan dalam berbahasa
membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan tidak menyinggung perasan
orang lain. Ini bermakna ungkapan-ungkapan eufemisme berfungsi dengan cara
menggantikan ungkapan-ungkapan yang memiliki konotasi ofensif dengan
ungkapan-ungkapan yang positif (Leech, 2003:71).

Sebagai contoh, apabila seseorang itu mengeluarkan atau mengungkapkan


kata-kata yang tidak sopan atau bersifat baik, maka ia telah melanggar konsep tabu
sesebuah masyarakat itu. Perkataan-perkataan seperti berak, beranak ataupun
jamban boleh dikatakan tidak sopan dan tidak sedap didengar dalam kalangan
masyarakat Melayu dan secara tidak langsung, wujudlah unsur eufemisme atau
kesantunan dalam berbahasa. Justeru, perkataan-perkataan tabu tersebut boleh
digantikan dengan perkataan-perkataan yang lebih sopan seperti buang air besar,
bersalin atau tandas. Ini tampak jelas bahawa fungsi eufemisme amat penting bagi
memastikan ia dapat menutup atau menangkis hal-hal tabu tersebut dan sekaligus
mewujudkan konsep kesantunan bahasa yang sopan dan tidak akan menyinggung
perasaan mana-mana pihak. Daripada contoh yang dijelaskan di atas, kita boleh
lihat bahawa walaupun ungkapan-ungkapan tabu itu sudah wujud sejak berzaman
dahulu dan digantikan dengan ungakapan-ungkapan yang mantap. Ungkapan-
ungkapan tersebut masih tetap digunakan oleh masyarakat Melayu sehinggalah
pada hari ini.

Kita juga sering mendengar pada zaman ini, masyarakat Melayu kita masih
menggunakan perkataan tabu ‘janda’ yang bermaksud seorang wanita yang telah
diceraikan suaminya. Masyarakat Masyarakat Melayu akan memandang serong
27
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

terhadap seseorang wanita yang berstatus janda. Fungsi eufemisme dalam konteks
ini memainkan peranan yang penting bagi menjaga martabat wanita yang disebut
janda tersebut dan mengganti perkataan tabu ‘janda’ itu kepada ibu tunggal.
Perkataan ibu tunggal ini mempunyai unsur-unsur yang positif dan lebih sopan
kerana ia memberi gambaran bahawa wanita tersebut menjalankan hidupnya tanpa
seorang suami.

Sudah menjadi lumrah hidup masyarakat Melayu untuk sentiasa


menitikberatkan cara percakapan atau komunikasi kerana tidak mahu menyinggung
perasaan orang lain. Masyarakat Melayu juga terkenal dengan bangsa yang
mementingkan budi bahasa yang tinggi. Ini boleh dilihat dengan jelas selepas
wujudnya ajaran Islam dalam masyarakat Melayu yang mana agama Islam mengajar
seseorang itu untuk sentiasa mengambil berat tentang isu adab sopan dan sikap
yang baik bukan sahaja dalam perbuatan, malah dalam pertuturan harian juga.
Ajaran Islam juga mengajar seseorang itu bahawa apabila ia menggunakan kata-
kata yang dianggap tabu dalam sesebuah masyarakat itu, ia boleh dianggap tidak
beradab dan ini sama sekali bukan sifat dan sikap yang diajari oleh agama Islam.

Sebagai contoh, jika seseorang lelaki itu menggunakan kata-kata yang tidak
sopan berkaitan dengan hal wanita ia boleh dianggap tidak manis dan sopan. Ia juga
boleh condong kepada unsur lucah apabila seseorang lelaki itu menggunakan kata-
kata tersebut di hadapan seorang wanita. Kata-kata seperti haid, pantat dan tetek
boleh dianggap sebagai mengandungi unsur-unsur lucah jika seseorang lelaki itu
menggunakannya di hadapan seorang wanita. Oleh itu, fungsi eufemisme boleh
menutup atau menangkis unsur-unsur lucah itu dengan menggantikan dengan kata-
kata seperti datang bulan, pinggul dan payudara.

Namun tidak mudah bagi seseorang itu untuk sentiasa berwaspada akan
kata-kata dalam penuturan hariannya supaya ia tidak melanggar kata-kata yang
dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Rahman Shaari (1993:45) berpendapat
bahawa kemahiran seseorang itu menggunakan ungkapan-ungkapan eufemisme
menunjukkan bahawa seseorang itu mahir berbahasa dalam penuturannya.

Secara kesimpulan, dengan wujudnya perkataan-perkataan tabu tersebut, ia


memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk mencipta banyak perkataan yang

28
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

baru yang berunsurkan eufemisme. Ini akan menyebabkan perkataan-perkataan


tabu tersebut hilang daripada penggunaannya dan akan digantikan dengan
perkataan-perkataan yang jelas lebih sopan dan mempunyai konotasi yang halus.
Secara tidak langsung, ia memberi ruang kepada masyarakat Melayu mencipta
perkataan-perkataan sinonim dan menambahkan kosa kata bahasa Melayu.

Berdasarkan data, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat penggunaan


eufemisme untuk menggantikan kata-kata tabu yang wujud dalam masyarakat
Melayu dalam buku teks. Namun demikian, pengkaji berpendapat bahawa
eufemisme harus diajar kepada murid-murid untuk memastikan agar nilai
kesantunan semasa berkomunikasi dapat dikekalkan. Hal ini sedemikian kerana
masih terdapat murid-murid yang masih tidak tahu menggunakan kata-kata yang
lebih santun yang menggantikan kata-kata tabu semasa berkomunikasi.

Dengan ini, pengkaji telah menjalankan soal selidik melibatkan 38 orang


murid Darjah 1 tentang penggunaan kata yang sering mereka gunakan semasa
berkomunikasi. Borang soal selidik yang diberikan kepada murid-murid adalah
seperti berikut:

TABU DAN EUFEMISME

SOAL SELIDIK

NAMA: _________________________________________

KELAS: ___________________

Arahan: Tandakan  pada perkataan yang lebih sopan.

a. kencing buang air kecil


b. mati meninggal dunia
c. buang air besar berak
d. buang angin kentut
e. tahi najis
f. jamban tandas

29
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, pengkaji telah mengumpulkan


data berkenaan dengan penggunaan kata yang sopan oleh murid-murid. Data yang
telah dikumpulkan dapat dilihat dalam rajah berikut:

Rajah 3: Data yang Dikumpulkan

No. Tabu Jumlah Eufemisme Jumlah


a. kencing 15 buang air kecil 23
b. mati 8 meninggal dunia 30
c. berak 11 buang air besar 27
d. kentut 16 buang angin 22
e. tahi 18 najis 20
f. jamban 5 tandas 33

Berikutan dengan data yang dikumpulkan di atas, pengkaji dapat


merumuskan bahawa terdapat sebilangan murid yang tahu menggunakan kata-kata
yang sopan ataupun eufemisme untuk menyatakan sesuatu yang dianggap tabu
dalam masyarakat Melayu. Namun demikian, terdapat juga sebilangan murid yang
tidak tahu penggunaan kata-kata yang sopan untuk menggantikan kata-kata tabu.
Seramai 15 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘kencing’ yang dianggap
tabu dan 23 orang murid memilih kata ‘buang air kecil’ yang merupakan eufemisme
bagi menggantikan kata tabu ‘kencing’. Seramai 8 orang murid telah memilih
penggunaan kata ‘mati’ yang dianggap tabu dan 30 orang murid memilih kata
‘meninggal dunia’ yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu mati.
Seramai 11 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘berak’ yang dianggap tabu
dan 27 orang murid memilih kata ‘buang air besar’ yang merupakan eufemisme bagi
menggantikan kata tabu berak. Seramai 16 orang murid telah memilih penggunaan
kata ‘kentut’ yang dianggap tabu dan 22 orang murid memilih kata ‘buang angin’
yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu ‘kentut’. Seramai 18
orang murid telah memilih penggunaan kata tahi yang dianggap tabu dan 20 orang
murid memilih kata ‘najis’ yang merupakan eufemisme bagi menggantikan kata tabu
‘tahi’. Seramai 5 orang murid telah memilih penggunaan kata ‘jamban’ yang
dianggap tabu dan 23 orang murid memilih kata ‘tandas’ yang merupakan
eufemisme bagi menggantikan kata tabu ‘jamban’.

Berdasarkan dapatan di atas, dapat dirumuskan bahawa masih terdapat


murid-murid yang tidak menggunakan kata-kata yang sopan semasa menyatakan
sesuatu perkara. Ini lebih jelas dilihat dalam penggunaan kata tabu ‘kencing’, ‘kentut’

30
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

dan ‘tahi’ yang mempunyai bilangan yang tertinggi dalam pemilihan kata yang dipilih
oleh murid-murid. Oleh itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mendidik murid-
murid tentang penggunaan eufemisme semasa berkomunikasi. Hal ini adalah kerana
penggunaan eufemisme merupakan sebahagian daripada komponen penting untuk
memastikan bahawa sesuatu perbualan dianggap sopan.

Secara kesimpulan, pengetahuan anggota masyarakat dalam aspek


kesantunan berbahasa terutamanya aspek tabu dalam masyarakat Melayu adalah
penting. Pengetahuan masyarakat terhadap kesantunan berbahasa akan menjadi
ukuran sama ada seseorang itu berbudi bahasa, bersopan santun, beradat atau
berbudi pekerti bukan sahaja dalam pertuturan tetapi juga dalam tingkah laku.
Seseorang yang tidak tahu akan kesantunan berbahasa dalam masyarakatnya akan
menyebabkan dirinya dipandang rendah oleh masyarakat. Selain daripada itu,
pengetahuannya terhadap hal ini juga menunjukkan bahawa dia peka dengan
pekara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dalam bermasyarakat dan
berbahasa.

Dalam konteks ini, guru-guru harus prihatin terhadap unsur tabu yang
terdapat dalam masyarakat Melayu dan mengelakkan daripada menggunakan
unsur-unsur ini dalam bahan pengajaran mereka. Sebaliknya, guru-guru harus
menggunakan eufemisme yang sudah sedia digunakan dalam masyarakat sejak
berzaman lagi yang mewujudkan penggunaan bahasa yang lebih halus dan sopan.
Dengan cara ini, kita dapat memastikan agar peraturan yang berkaitan dengan
kesantunan dan keperibadian mulia masyarakat Melayu akan sentiasa terpelihara.
Hal ini bertepatan dengan masyarakat Melayu yang masih kuat berpegang pada
nilai-nilai ketimuran.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, budaya kehidupan orang Melayu memang selalu dikaitkan


dengan aspek kesantunan. Malah, kesantunan memang sudah menjadi identiti
bangsa Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui cara hidup orang Melayu yang penuh
dengan penghormatan, tutur kata lembut, berbudi bahasa dan bersopan santun. Ciri-
ciri terpuji atau nilai murni ini sudah sebati dalam diri orang-orang Melayu.

31
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Salah satu cara yang boleh menonjolkan nilai kesantunan dalam masyarakat
Melayu adalah melalui penggunaan bahasa semasa berkomunikasi. Penggunaan
bahasa yang santun semasa berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan,
rasmi atau tidak rasmi dan bersemuka atau tidak bersemuka adalah penting. Hal ini
kerana bahasa adalah alat komunikasi massa. Sebagai alat komunikasi, bahasa
memegang peranan penting dalam memastikan interaksi antara manusia sentiasa
terjalin. Komunikasi yang terjalin antara manusia menjadi lebih terarah dan lancar.

Dalam bahan pengajaran, penggunaan bahasa merupakan satu aspek yang


amat penting. Hal ini kerana guru-guru menggunakannya untuk mengajar murid-
murid. Oleh yang demikian, murid-murid harus didedahkan kepada bahasa yang
baik agar mereka dapat menggunakannya dalam penggunaan seharian mereka.
Sekiranya bahasa yang digunakan tidak baik, murid-murid akan terpengaruh untuk
menggunakan bahasa tersebut kerana mereka tidak diajar bahasa yang betul yang
harus digunakan seharian. Dalam memastikan bahawa bahasa yang digunakan
merupakan bahasa yang santun, maka teori Asmah Hj Omar mengenai kesantunan
dapat diaplikasikan.

Kesantunan asas dan berkendala yang diperkenalkan oleh Asmah Hj. Omar
boleh diaplikasikan dalam banyak konteks dan situasi komunikasi harian tidak kira
sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Situasi formal sudah tentu
memerlukan strategi komunikasi dan kesopanan asas bagi mengecapi kesantunan
berkendala. Bermula daripada pendidikan awal tentang nilai dan norma masyarakat
yang merangkumi aspek besar kesantunan. Seseorang individu Melayu dalam
masyarakat sedar kepentingan kesantunan dalam melaksanakan tutur, cara dan
tingkah laku bagi membentuk penerimaan terhadap pihak yang lain. Seperti yang
dinyatakan Asmah Hj Omar, kesantunan merupakan ciri budaya orang Melayu yang
tidak boleh dielakkan atau dinafikan hak kedudukannya.

Maka itu, situasi formal dan tidak formal akan menentukan cara pelaksanaan
strategi komunikasi dan kesopanan berkendala. Contoh-contoh seperti perkaitan
peranan, perbezaan taraf sosial, kewujudan kuasa dan penjagaan air muka
menitikberatkan peranan dan tanggungjawab sosial membuktikan bahawa
kesantunan asas dan kesantunan berkendala adalah sebahagian daripada ciri
budaya orang Melayu. Strategi komunikasi dalam kesantunan berkendala

32
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

memerlukan individu Melayu tersebut untuk menjadi waras, peka dan bertindak
menuruti sistem budaya yang ditetapkan baik dalam situasi rasmi atau tidak.

Kesantunan berkendala secara tidak rasmi juga penting demi mengekalkan


hubungan baik antara kaum keluarga, sahabat handai dan kejiranan demi menjamin
masyarakat yang hidup makmur dan sejahtera. Dalam semua aspek dan konteks
yang dikaji, kesantunan berkendala didapati sangat penting dan wajar digunakan
dalam usaha mengelakkan konflik, peperangan, prasangka dan bertindak selaku
kriteria diplomasi tinggi antara negara, organisasi sosial dan individu. Maka itu,
kesedaran sedia ada perihal persekitaran sosial menjadi ujian utama bagi sesiapa
sahaja yang ingin mengaplikasikan pendekatan tersebut.

Kertas penyelidikan yang dihasilkan ini diharapkan dapat dijadikan bahan


rujukan kepada pembaca berkenaan kesantunan dalam bahan pengajaran. Pengkaji
juga mengharapkan agar kertas penyelidikan ini akan menjadi bahan rujukan dan
panduan kepada pengkaji lain yang ingin menjalankan kajian dalam bidang
kesantunan bahasa.

Rujukan

Ab. Razak Ab. Karim. (2012). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang (2003).
Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd. “You yang tidak sopan” dlm Pelita Bahasa 9:8, hlm. 28-29, Ogos 1997.
Amat Juhari Moain (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: suatu analisis
sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Arbak Othman (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar (1986). Nahu Melayu Mutakhir (edisi baru). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1996). Wacana Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. “Managing Languages in Conflict Situation: A Special Reference
to the Implementation of the Policy on Malay and English in Malaysia” dlm
Jurnal Asian Pacific Communication 10, hlm. 239-253, Februari 2001.

33
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa. Perak: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan
Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Brown, P. & Levinson, S. C., (1987). Politeness: Some Universals in Language
Usage. Cambridge: Cambridge University Press.
Brown, R. G., & Gilman, A. A., (1960). “The Pronouns of Power and Solidarity”. Style
in Language. New York: John Wiley.
Grice, H. P., (1975). “Logic and Conversation” dlm Cole, P. & Morgan, J. L. Syntax
and Semantics, Vol. 3: Speech Acts, hlm. 41-59. New York: Academic
Press.
Jamaliah Md. Ali (1995). “Malaysian Student Seminar: A Study of Pragmatic
Features in Verbal Interaction”. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.
Khadijah Ibrahim (1993). “Politeness in Malay directives”. Disertasi tidak diterbitkan.
University Malaya.
Lakoff, R. “Language and woman’s place” dlm Jurnal Language in Society 2, hlm.
45-79, April 1973.
Leech, G., (1993). Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh Azhar
M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan (1994). Nahu Melayu Moden. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lutfi Abas (1995). Kritikan Karya Sastera: Keindahan Ragam-ragam Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mustapa Kamal (1990). Sistem sapaan bahasa Iban. Kuala Lumpur: Pusat
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Jabatan Pendidikan dan
Kebudayaan.
Nik Safiah Karim (1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et. al., (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nor Hashimah Haji Jalaluddin. “Implikatur: Satu Aspek Seni Berbahasa Orang
Melayu” dlm Jurnal Dewan Bahasa hlm. 676-690, Ogos 1992.
Nor Hashimah Haji Jalaluddin (1994). “Bahasa jual beli dalam perniagaan runcit:
satu analisis semantik dan pragmatik”. Tesis Ph. D. Universiti Malaya.
Parera, J. D., (2004). Teori Semantik. Jakarta: Erlangga.
Rahman Shaari (1993). Memahami gaya bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa Melayu untuk Pelatih
Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Rozmi Ismail (2013). Metodologi Penyelidikan: Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
S. Nathesan (2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sibarani, R., (1999). Warisan Leluhur Sastra Lama dan Aksara Batak. Jakarta:
Kepustakaan Populer Gramedia.
Sulaiman Masri (1997). Media dan Komunikasi dalam Bahasa Melayu. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

34
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Teo Kok Seong. “Kesopanan Bahasa” dlm Pelita Bahasa hlm.40-43, Oktober 1996.
Vetter, H. J., (1925). Language Behavior and Communication: An Introduction.
Itasca, F.E: Peacock Publishers.
Wijana, I. D. P., (1996). Dasar-dasar Pragmatik. Yogyakarta: Penerbit Andi.
Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba). “Malay Manners and Etiquette” dlm Jurnal
Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 23(3), hlm. 43-74, Ogos 1950.
Zulkifley Hamid (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

35

Anda mungkin juga menyukai