Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2
2.0 ETIKA KOMUNIKASI DALAM ERA DIGITAL 3
3.0 KESAN KOMUNIKASI TIDAK BERETIKA 5
4.0 CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI TIDAK BERETIKA 6
5.0 KESIMPULAN 7
6.0 RUJUKAN 8

1
1.0 PENGENALAN

Kesantunan berbahasa adalah penggunaan bahasa yang sopan dan halus ketika
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja sama ada secara lisan atau tulisan . Amalan
kesantunan berbahasa ini dapat mewujudkan perpaduan serta sikap saling menghormati
dalam kalangan masyarakat tanpa mengira warna kulit dan status seseorang .

Komunikasi pula merupakan satu proses berterusan di mana manusia bertukar-tukar


maklumat , perasaan , idea dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu kepada
individu yang lain . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , komunikasi ditakrifkan
sebagai perhubungan secara langsung atau perantaraan seperti surat , radio dan telefon
. Tujuan komunikasi adalah untuk menghasilkan pemahaman kerana tanpa adanya
komunikasi yang baik dan berkesan , sukar untuk manusia menjalani kehidupan
seharian mereka .

Semenjak penularan pandemik COVID-19 melanda , masyarakat kini lebih banyak


berkomunikasi secara alam maya berbanding bersemuka . Pelbagai aplikasi yang dicipta
menjadi medium untuk memudahkan mereka dalam berkomunikasi seperti Whatsapp ,
Telegram , Instagram , Twitter dan sebagainya .

Rajah 1.0 : Contoh medium komunikasi digital

2
2.0 ETIKA KOMUNIKASI DALAM ERA DIGITAL
2.1 ETIKA KOMUNIKASI – “WHATSAPP DAN TELEGRAM”

Pada realitinya , memang tidak dinafikan bahawa masih ada sebilangan masyarakat
yang masih menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi , sama ada
secara bersemuka mahupun secara alam maya . Apabila sebut sahaja bahasa yang
kurang sopan , tergambar perkataan yang kurang senang seperti mencarut dan ayat-
ayat kesat yang keluar daripada tulisan mereka . Penggunaan perkataan ini seakan
telah diterima pakai dan menjadi biasa dalam perbualan harian mereka terutamanya

dalam kalangan remaja .


Rajah 2.0 : Contoh komunikasi tidak Rajah 2.0.1 : Contoh komunikasi tidak
beretika di media sosial Whatsapp beretika di media sosial Telegram

Berdasarkan Rajah 2.0 dan Rajah 2.0.1 , kita dapat menyaksikan betapa kurang
sopannya penggunaan bahasa yang digunakan . Penggunaan bahasa yang tidak
beradab ini akan menyebabkan perasaan pengguna lain yang membacanya berasa
tersinggung . Namun begitu , kita tidak boleh membiarkan budaya mencarut ini menjadi
kebiasaan kerana ini akan menghancurkan keharmonian komunikasi dalam masyarakat
kita . Maksudnya di sini , setiap masyarakat hendaklah bersama-sama memperkasakan
kesantunan berbahasa dan menggunakan bahasa yang mudah difahami serta formal
oleh pembaca yang lain .

3
2.1 ETIKA KOMUNIKASI – “INSTAGRAM DAN TWITTER”
Rajah 2.1 : Contoh komunikasi tidak Rajah 2.1.1 : Contoh komunikasi tidak
beretika di media sosial Instagram beretika di media sosial Twitter

Berdasarkan Rajah 2.1 dan Rajah 2.1.1 , dapat dilihat bahawa sesetengah masyarakat
menggunakan bahasa yang ringkas atau dikenali sebagai “Short Form” untuk berkomunikasi
. Walaupun sebutan perkataan itu mungkin sama tetapi ejaannya akan mengelirukan para
pembaca . Hal ini secara tidak langsung , akan menyebabkan kita tidak memahami apa
yang ingin disampaikan serta membuatkan kita terpaksa berulang-ulang kali membaca ayat
tersebut . Bukan itu sahaja , ada juga yang menggunakan bahasa rojak iaitu
mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris . Penggunaan bahasa ini tidak
sepatutnya wujud atau digunakan oleh masyarakat kerana ini akan menggugat bahasa
kebangsaan serta menjejaskan kesantunan berbahasa dalam masyarakat .

4
3.0 KESAN KOMUNIKASI TIDAK BERETIKA DALAM ERA DIGITAL

Dasawarsa ini , ketiadaan etika semasa berkomunikasi telah memberikan impak


yang negatif pada orang lain sekali gus terhadap diri sendiri juga . Komunikasi yang
berlaku secara maya ini telah membuka ruang untuk masyarakat menyuarakan
pendapat mereka terutamanya di aplikasi seperti Instagram dan Twitter . Namun begitu ,
jika kita keterlaluan dalam berkomunikasi , ini akan mengundang ke arah berlakunya
jenayah . Dengan erti kata yang lain , tidak salah untuk seseorang itu memberikan
pendapat tetapi biarlah dengan bahasa yang baik dan tidak mempunyai unsur yang
negatif .

Salah satu impak yang negatif ialah mereka akan mengalami kemurungan yang
melampau akibat membaca komen-komen yang negatif . Komen negatif merupakan satu
jenayah buli siber yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat . Apabila
adanya netizen yang tidak bermoral , mereka akan menulis komen yang negatif yang
memalukan individu tersebut sehingga boleh menyebabkan individu tersebut mengalami
kecelaruan emosi sehingga ingin membunuh diri . Oleh itu , jika tiada sebarang
keperluan untuk kita memberikan komen , adalah lebih baik untuk kita membiarkan
sahaja isu tersebut .

5
4.0 CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI TIDAK BERETIKA

Masalah komunikasi tidak beretika ini boleh dibendung dengan kerjasama semua
pihak . Lantaran itu , setiap pihak mempunyai peranan yang tertentu dalam memastikan
kesantunan berbahasa dalam komunikasi dapat diterapkan dalam diri masyarakat .

Salah satu cara untuk mengatasi masalah komunikasi tidak beretika ini ialah ibu
bapa hendaklah menjadi role model yang boleh dicontohi oleh anak-anak . Pada
permulaannya , mereka perlulah menggunakan bahasa yang mudah , ringkas dan tepat
agar lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dengan baik . Hal ini secara tidak
langsung , dapat mempengaruhi penggunaan bahasa yang lebih baik . Bertitik tolak
daripada kenyataan di atas , percakapan yang kurang sopan dan mencarut perlu
dititikberatkan dan diberi perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa supaya anak-anak
tidak terikut dengan bahasa tersebut .

Di samping itu , kempen kesedaran dalam meningkatkan kesantunan berbahasa


yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
penggunaan bahasa yang sopan bagi mengelakkan perkara-perkara yang buruk
daripada berlaku seperti jenayah siber yang semakin berleluasa . Hal ini menyebabkan
masyarakat lebih menyedari akan impak-impak negatif yang akan berlaku kepada
mereka . Tambahan pula , masyarakat mudah terpengaruh akan kempen-kempen yang
dijalankan berbanding penyampaian maklumat melalui poster .

6
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , komunikasi menyentuh hampir keseluruhan dari segi aspek perilaku


serta kehidupan seharian kita . Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kesantunan
berbahasa ketika berkomunikasi adalah untuk mewujudkan hubungan harmoni dalam
masyarakat serta ianya juga menggambarkan personaliti seseorang individu itu .
Sejajar dengan itu , jika kita mengamalkan kesantunan berbahasa ini , kita akan
dipandang tinggi dan tergolong sebagai orang yang peramah , bersopan santun ,
bertoleransi serta bermoral . Menyedar hakikat di atas , penggunaan bahasa yang
sesuai dan bertetapan akan meninggalkan makna yang mendalam semasa kita
berkomunikasi secara maya mahupun bersemuka .

7
6.0 RUJUKAN

Ranjene Ramaya . (2013 , Oktober 8) . Kesantunan berbahasa . Diambil semula daripada


https://www.slideshare.net/ranjeneramaya/kesantunan-berbahasa-3-26968224

Aqilah Mior Kamarulbaid . (2021, April 3) . Jagalah adab di Alam Maya . Utusan Malaysia .
Diambil semula daripada April 3 , 2021 , daripada
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/04/jagalah-adab-di-alam-maya/

Wendyana . (2020, Disember 12) . Etika berkomunikasi di Media Whatsapp . Diambil semula
daripada
https://smpn9kotabanjar.sch.id/etika-berkomunikasi-di-media-whatsapp

Hariyati Ariffin . (2019, November 18) . Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja
masa kini . Sinar Harian . Diambil semula daripada November 18 , 2019 , daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/khas/pendapat/bahasa-kurang-sopan-ubah-
cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Borneo Corner , (2015, Mac 18) . Komunikasi “Short Form” . Diambil daripada
https://borneocorner.wordpress.com/2015/03/18/bila-di-atas-talian-itu-bukan-saya/

Azimah Ghazali . (2019 , Jun 12) . Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan .
Sinar Harian . Diambil semula daripada Jun 12 , 2019 , daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/32135/sinar-aktif/kesan-buruk-media-sosial

8
9

Anda mungkin juga menyukai