Anda di halaman 1dari 2

Kempen `Belilah Barangan Buatan Malaysia” bukanlah perkara baru di negara kita.

Kempen ini dibuat secara besar-besaran oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.
Namun, hasil yang diperoleh tidaklah membanggakan. Hal ini demikian kerana masih
ramai di kalangan masyarakat yang seakan-akan tidak mengendahkan kempen
tersebut.

Salah satu punca masyarakat lebih mengutamakan barang import adalah kerana
masyarakat lebih yakin terhadap kualiti barang import. Masyarakat kita mendewa-
dewakan harang import kerana menganggap penggunaan barang import dapat
memperlihatkan gaya iidup yang tinggi. Hal ini membuatkan barang tempatan
dipandang rendah dan masyarakat menganggap akan berlaku suatu pembaziran
sekiranya mereka membeli barang keluaran tempatan.

Punca kedua berkaitan dengan aspek status. Masyarakat negara kita yang
berkedudukan tinggi gemar menggunakan barang import dengan tujuan untuk
memperlihatkan kedudukan mereka itu kepada rakan-rakan dan pihak-pihak
tertentu. Tidak kira sama ada mereka berbelanja di dalam negara atau di luar
negara, mereka lebih mengutamakan barang import. Mereka akan berasa puas hati
sekiranya dapat menggunakan barang import yang lebih mahal harganya. Mereka
menganggap semua ini dapat menunjukkan suatu status yang tinggi dalam
masyarakat.

Kedudukan kewangan atau kuasa beli turut mempengaruhi minat masyarakat


terhadap barang tempatan. Golongan kaya atau mewah gemar akan barang import
sesuai dengan kedudukan ekonomi mereka. Mereka juga memandang rendah
terhadap barangan tempatan yang dianggap tidak bermutu, rendah taraf dan boleh
menjejaskan kedudukan ekonomi atau status mereka dalam masyarakat.

Kesan mendewa-dewakan barang import telah membimbangkan pelbagai pihak,


terutamanya kerajaan yang znemandang sikap ini boleh membawa kepada
pengaliran keluar wang negara walaupun barang yang dibeli itu murah.

Antara langkah yang boleh dibuat adalah dengan memperluas lagi kempen supaya
masyarakat dapat memahami kedudukan sebenar akibat daripada sikap
mementingkan barang import. Selama ini, kempen itu tidak dibuat secara meluas
dan hanya mengikut musim sahaja. Kempen ini boleh dibuat menerusi media massa.
Kempen mengenai faedah membeli barang tempatan, mutu barang tempatan dan
sebagainya perlu ditingkatkan supaya masyarakat lebih yakin dengan barang
tempatan.
Di samping itu, cukai bagi barang import perlu dinaikkan supaya harga barang
tersebut menjadi lebih mahal dan hal ini akan dapat mengalihkan minat masyarakat
tempatan terhadap barang tempatan. Apabila cukai sesuatu barang dinaikkan,
dengan sendirinya harga barang itu akan meningkat dan pembeli terpaksa
mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkannya.

Satu langkah lain yang boleh diambil adalah dengan memberi galakan kepada
industri tempatan yang mengeluarkan barang tempatan. Galakan ini boleh dibuat
melalui pinjaman kewangan dan khidmat nasihat supaya industri yang
mengusahakan barang tempatan ini boleh berjalan dengan lancar dan barang
keluaran mereka juga bermutu dan diyakini.

Kesimpulannya, dengan membeli barang buatan tempatan, kita akan dapat


membantu mengukuhkan ekonomi negara kita sendiri. Rakyat tempatan bukannya
tidak dibenarkan untuk membeli barang import, tetapi adalah lebih baik kita
mementingkan barang tempatan.

Anda mungkin juga menyukai