Anda di halaman 1dari 5

Tulang-Tulang Berserakan merupakan sebuah novel yang telah ditulis oleh

sasterawan negara, Usman Awang dan telah diterbitkan pada tahun 1966 oleh syarikat
penerbitan Pustaka Melayu Baru (Kuala Lumpur). Novel ini telah dicetak semula oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur) pada tahun 1992.

Karya beliau menceritakan tentang pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan
yang telah ditugaskan sewaktu zaman yang penuh keganasan, pembunuhan dan
menyebabkan penderitaan dan ketakutan kepada rakyat. Zaman ini lebih dikenali sebagai
zaman darurat. Namun begitu, seorang bekas penulis kreatif dan penulis rencana, M. Noor
Azam berpendapat bahawa Usman Awang bukan mahu menaikkan semangat nasionalisme
dan anti penjajah dalam penulisannya ini tetapi beliau sebenarnya cuba untuk membawa
mesej yang lebih besar di dalam penulisannya iaitu nilai perikemanusiaan yang bersifat
universal dan telah dibawa melalui watak utama novel ini iaitu, Leman seorang anak muda
yang sentiasa memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan dalam masyarakat.

Pelbagai resensi telah ditulis mengenai novel Tulang-Tulang Berserakan dan saya
telah memilih resensi yang ditulis di sebuah blog iaitu Nukilan Budaya yang dikendalikan oleh
A Rahim Abdullah. Keutuhan wacana semantik dan leksikal yang terdapat dalam penulisan
resensi beliau akan dinilai oleh saya. Keutuhan semantik telah dibahagikan kepada dua
hubungan semantik diantara bahagian-bahagian wacana dan juga hubungan semantik dari
segi konteks atau latar wacana.

Hubungan Semantik diantara bahagian-bahagian wacana

“ Aspek kebahasaan menjadi asas penting penelitian ini, bagi memungkinkan kelihatan ciri-
ciri romantis dan nasionalisme yang dimiliki sasterawan Usman Awang. ”

Pernyataan yang diatas menunjukkan hubungan dari segi sebab dan tujuan di mana
sebab aspek kebahasaan ditekankan di dalam penelitian penulisan Usman Awang adalah
dengan tujuan untuk menunjukkan ciri romantik dan nasionalisme sasterawan tersebut.

“Ini kerana menerusi aspek kebahasaan yang digunakan oleh seseorang pengarang itu kita
akan dapat melihat sejauh mana hakikat seni dan pemikiran yang terbungkus di dalamnya”

Pernyataan ini juga menunjukkan hubungan dari segi sebab dan tujuan. Sebab di
dalam ayat di atas adalah penggunaan aspek kebahasaan oleh pengarang manakala tujuan
pula dalah untuk melihat hakikat seni dan pemikiran yang dimiliki pengarang sewaktu
menghasilkan penulisannya.
“Berbanding dengan kawan-kawannya, Leman tidak pernah membesarkan kesalahan kecil
orang ramai, kerana ia tidak mungkin boleh mengugat keamanan sosial.”

Hubungan sebab dan hasil boleh dilihat di dalam ayat tersebut di mana perbuatan
leman yang tidak membesarkan kesalahan kecil yang merupakan sebab yang menunjukkan
hasil di mana perbuatan tersebut tidak mungkin akan menggugat keamanan sosial.

“Anuar, lelaki Melayu yang ditangkap tengah malam oleh polis kerana berjuang dalam
PKMM.”

Kerana berjuang dalam PKMM adalah sebab manakala akibat kepada perbuatan
tersebut adalah Anuar telah ditangkap oleh polis pada waktu tengah malam. Hubungan sebab
dan akibat adalah untuk menunjukkan akibat ke atas sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh
watak di dalam novel.

Hubungan Semantik dari segi konteks atau latar wacana

“Ah, lima puluh sen bolehlah,” Mamat menjawab.

“Ya, aku pun setuju.”

Hubungan yang ditunjukkan adalah dari segi hubungan sosial antara penutur dan
pendengar di mana dalam pernyataan di atas tidak dinyatakan tentang tujuan kegunaan lima
puluh sen tersebut. Walaubagaimanapun, hanya Mamat dan rakannya yang memahami
tentang percakapan tersebut tanpa diketahui orang luar.

“Dan umur mereka semakin banyak ditelan masa dan perubahan-perubahan datang
melingkupi hidup mereka yang diterima dan dihadapi dengan tidak pernah memikirkan sebab
musababnya!”

Dalam pernyataan di atas, penulis menunjukkan hubungan dalam kestuan tajuk atau
topik di mana ayat di atas membincangkan tentang polis-polis yang semakin berumur dan
juga mereka hanya menerima setiap perkara yang terjadi tanpa menyoal akan kesannya
terhadap diri mereka.
Hubungan aspek leksikal pula memperlihatkan hubungan berdasarkan wujudnya
hubungan diantara perkataan atau kosa kata dalam satu wacana dan diperincikan dalam
beberapa aspek.

Sinonim

“Barangkali insiden atau hal yang serupa dapat kita selami pemikiran penyair ini yang tersirat
pada sajak Usman Awang yang bertajuk ‘Kubur Tak Bernesan’ (Utusan Zaman, 28 Februari
1954).”

Penggunaan kata yang sama atau sinonim telah digunakan oleh penulis iaitu
perkataan insiden dan hal. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.

“Wak Stop yang berpuas hati dengan keadaan hidupnya, mendapat tempat tinggal (berek
polis) semasa Mahmud dan Leman melawat ke rumahnya.”

Penulis menggunakan kosa kata tempat tinggal dan perkataan yang mempunyai
maksud yang sama dengannya iaitu rumah yang juga membawa maksud sebagai tempat
yang menjadi rumah kediaman watak di dalam novel ini.

“Dalam mimpinya, Leman menghadiri majlis pemakaman para sahabatnya yang gugur
dengan tembakan tiga das ke udara dan di dalam lenanya itu, fikiran dan perasaannya
bersambung pula apabila dia bermimpi mengusung keranda Majid, dalam perbarisan pasukan
slow march yang panjang dan diiringi para pembesar.”

Penggunaan kosa kata dalam mimpinya dan dalam lenanya juga menunjukkan
pembawaan maksud yang sinonim di mana kedua-duanya merujuk kepada gambaran yang
berada di dalam minda watak novel sewaktu dalam tidurnya.

Antonim

“Berdasarkan analisis secara rambang terhadap deskripsi bahasa yang digunakan


pengarang, maka dapat dikatakan bahawa nasionalisme Usman Awang adalah nasionalisme
yang terbalut segala rupa kasih sayang kepada sesama manusia, terhambur segala
kebencian dan kutukan kepada kolonialisme, penentangan terhadap segala bentuk
kekejaman dan kezaliman!”

Dalam pernyataan di atas, kasih sayang adalah kosa kata yang menentang kepada
perkataan kebencian dan telah ditulis oleh penulis untuk memaparkan perbezaan diantara
maksud perkataan dan kosa kata tersebut.
Pengulangan kata yang sama

“Karya-karya yang bersifat bukan fiksyen tetapi masih bersifat naratif, tidak dapat digolongkan
ke dalam karya sastera, seperti juga biografi atau karya-karya yang menonjol kerana bentuk
dan gayanya.”

Penulis telah menggunakan pengulangan kata ‘karya-karya’ pada permulaan ayat dan
juga pada pengakhirannya dan kedua-duanya membawa kepada satu maksud yang sama.

Kolokasi

“Sementara Mohd. Yusof Hasan (2006: 243) menganggap TTB membawa persoalan
perjuangan, ideologi, tindak tanduk, gambaran suasana, manusia-manusia, pengorbanan,
tempat dan masa, pengalaman, isu-isu kehidupan dan sebagainya, melalui bahasa dan stail
yang berunsur estetika dan keindahan.”

Kosa kata tindak tanduk adalah merupakan contoh kolokasi di mana ia terdiri daripada
dua perkataan atau lebih yang masing-masing mempunyai maksud tersendiri tetapi pada
kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain dan tanpa salah satu perkataan akan
menyebabkan kehilangan makna yang dimaksudkan pada asalnya.

Intihannya, keutuhan wacana wujud dalam setiap penulisan atau pertuturan yang kita
lakukan setiap hari dengan tujuan supaya komunikasi menjadi lebih mudah difahami. Saya
berpandapat bahawa tanpa adanya keutuhan wacana dalam sesuatu ayat maka ayat tersebut
tidak akan menjadi lengkap dan tidak mampu difahami dengan baik.
Rujukan

Dr Harun Jaafar. (2011). Kesusasteraan Melayu. Open University Malaysia: Selangor


Darul Ehsan.

Halilah Haji Khalid. (2004). Usman Awang Dalam Esei Dan Kritikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika Sastera Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Rahman Shaari. (1987). Penilaian Dan Penghayatan Sastera. Marwilis Publisher:


Selangor.

Usman Awang. (1992). Tulang-tulang Berserakan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

Usman Awang. (2005). Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20: Kami Yang
Terlibat. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

(Abdullah, A. Rahim, 2015). http://arahimabdullah.blogspot.my/2015/02/ideologi-dan-


semiotik-melayu-tulang2.html

Anda mungkin juga menyukai