Anda di halaman 1dari 5

DIALOG BERBENTUK SINDIRAN

Menurut Sofuan (2012), bahasa sindiran adalah bahasa yang ditujukan


bagi menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tanpa disebut atau
dinyatakan secara tepat. Sindiran ini hanya disampaikan secara berkias dan
tidak dinyatakan secara berterus terang. Orang melayu terutamanya
menggunakan bahasa sindiran ini untuk menyatakan sesuatu yang terbuku
di hati melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang secara
tidak berterus terang dan penuh hormat. Sebagai contoh bahasa sindiran
tersebut ialah (hai,sekejap sahaja dah berhenti?)

yang ditujukan

kepada seseorang yang cepat letih daripada melakukan sesuatu pekerjaan.


Bahasa sindiran adalah bahasa yang ditujukan untuk menyatakan
sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara
tepat. Bahasa sindiran hanya disampaikan secara sinis dengan dikiaskiaskan atau dilambangkan dengan perkara lain kerana ia tidak dinyatakan
atau disebut secara terus-terang serta ditujukan tepat terhadap seseorang.
Oleh itu, bahasa sindiran sesuai dengan tujuannya untuk menyindir
seseorang dengan tidak menyebut secara tepat kerana penggunaanya
hanya dikiaskan kepada perkara lain. Percakapan yang bernada menyindir
adalah percakapan yang mengacu pada maksud percakapan untuk mencela
atau mengejek pihak lain secara tidak lansung atau tidak terus terang
(syuhada majid,2012).
Kebanyakan perkataan sindiran lazimnya digunakan oleh pihak yang
memiliki kuasa penuh di mahkamah seperti hakim. Keadaan ini berlaku
kerana mempunyai lebih kebebasan dalam memperkatakan sesuatu kepada
individu yang terlibat bersesuaian dengan kes yang dibicarakan. Kebebasan
ini turut dikaitkan dengan status dan kuasa seseorang hakim itu. Bahasa
sindiran

menurut

Zaba

(1965,206)

ialah

perkataan

yang

ditujukan

maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat hanya


1

dengan kiasan atau ditjukan kepada orang lain kerana sifat tidak suka
berterus terang. Orang yang menyindir itu akan menggunakan bahasa yang
umum sifatnya atau menggunakan perkataan yang tidak lengkap ketika
berkomunikasi. Kata-kata yang dituturkan juga mempunyai makna tersirat di
sebaliknya.

Artikel Dialog Berunsur Sindiran


Melalui artikel dialog yang telah diperolehi tersebut, ianya membawa
pengajaran dan pengertian seperti majoriti individu yang menegur kesalahan
bukannya

menegur

sememangnya

ingin

tetapi

menjatuhkan

menegur,

tetapi

air

muka, ada

turut

juga

menyelitkan

yang
unsur

sindiran. Contoh ayat yang dinyatakan dalam artikel ini ialah menunjukkan
cara

kita

berkomunikasi.

Kadang-kadang

komunikasi

yang

berlaku

menggunakan ayat yang tidak sesuai untuk diujarkan atau diajukan


disebabkan beberapa

faktor yang memungkinkan orang yang mendengar

perkara yang kita akan ujarkan berkecil hati. Sebaliknya kita perlu
menggunakan bahasa yang santun bagi menggantikan beberapa perkataan
yang dianggap sensitif jika bertujuan untuk menegur atau memberi
nasihat. Jika teguran yang menggunakan ayat yang berbaur sindiran ianya
akan menjejaskan komunikasi dan menyebabkan komunikasi tersebut
2

terganggu. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati ketika berkomunikasi dan
jikalau perlu selidiklah dahulu latar belakang orang yang ingin ditegur kerana
bukan semua manusia yang mampu menerima teguran sebagai nasihat.
Dalam

artikel

ini

menunjukkan

bahawa

sindiran

yang

ditujukan

itu

sememangnya mendalam kepada seseorang yang mendengarnya walaupun


secara tidak langsung. Kadangkala tanpa kita sedari,percakapan kita yang
berunsurkan sindiran itu akan terkena balik dengan kita. Selain itu, dialog
perbualan artikel tersebut juga seakan-akan menjatuhkan air muka rakan
sepejabatnya dengan perkataan yang kurang sopan. Hal ini membolehkan
orang yang berada dalam situasi tersebut

berasa kecil hati dan marah

dengan perkataan yang ditujukan tersebut walaupun bukan secara langsung.


Bahasa sindiran juga kadangkala menunjukkan kelemahan yang pada diri
kita apabila bercakap atau menyindir seseorang. Contoh ayat lain yang
merupakan sindiran dalam komunikasi seseorang ialah seperti dialog
pertama :
Aminah: Amboi! tebalnya mekap, banyak sangat ke bedak di rumah kau
Minah?
Asmah : Ya?aku rasa tidaklah tebal sangat, sekadar pakai bedak sahaja.
Kau hendak menyindir aku ke atau hendak bagi teguran sahaja?
(Sepatutnya

menegur

secara

berhemah

contohnya, "kau

tak

perasan banyak bedak yang kau pakai hari ini di muka?") .


Contoh ayat dialog yang kedua pula ialah Alan: Wah! semakin gemuk kamu
sekarang. Makan berapa kali dalam sehari?
Aziz : Aku tahu badan aku gemuk. Tidak perlulah kamu memerli aku.
(Seeloknya perkataan gemuk ditukarkan kepada bahasa yang lebih
sopan iaitu sedikit berisi atausemakin sihat)

Secara kesimpulannya, bahasa sindiran ini baik digunakan untuk


menyedarkan seseorang selain tidak memalukan orang tersebut dengan
menggunakan

bahasa

yang

betul

dan

tidak

menjatuhkan

air

muka

seseorang. Jika bahasa sindiran ini tidak digunakan dengan baik dan betul,
maka keadaan lebih buruk seperti pergaduhan akan berlaku kerana tahap
penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara itu adalah berbeza antara
satu sama lain. Sekiranya kita hendak menggunakan setiap contoh bahasa
sinidiran ini, kita perlulah memastikan bahawa orang yang hendak kita
tujukan sindiran tersebut dapat menerima sindiran kita tanpa sebarang
prejudis dan maksud yang lain.

RUJUKAN
Syuhada majid (2012). Kisah bahasa,situasi 20 bahasa sindiran. Penerbit
Graha Ilmu.
Ragam bahasa dalam perbicaraan bab 3, Diakses pada 12.11.2015.
http://studentsrepo.um.edu.my/1125/6/BAB_3.pdf

Anda mungkin juga menyukai