Anda di halaman 1dari 4

Sistem bahasa antara

Selinker (1969) menggunakan istilah Interlanguage (seterusnya bahasa antara)


untuk menerangkan peringkat peralihan bahasa, iaitu dari bahasa pertama ke bahasa
kedua. Bahasa antara bersifat sementara, sentiasa berubah-ubah, dan dibentuk oleh
pelajar-pelajar B2 semasa menuju ke arah penguasaan bahasa sasaran.

Istilah ‘bahasa antara’ membawa dua makna. Makna yang pertama ialah sistem
tatabahasa pelajar di satu tahap dalam satu masa (lihat Rajah 2).

B2

Acrolect 90
Pasca Sistematik

Mesolect 50Sistematik

Basilect 05Prasistematik

Selinker (1969) Corder & Allen (1979)

Rajah 2: Tahap-tahap Bahasa Antara

Di tahap Basilect/Prasistematik, pelajar belum menghayati sistem B2. Kesalahan


bahasa dilakukan secara rambang. Kadangkala pelajar menghasilkan struktur bahasa
yang betul tetapi pelajar tidak dapat menerangkan sebab dia menggunakan sesuatu
struktur bahasa atau membetulkan kesalahannya.

Di tahap Mesolect/Sistematik, kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar adalah


tetap. Pelajar telah mempelajari sistem peraturan bahasa kedua tetapi belum
menguasai bahasa tersebut. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasa, pelajar
tidak dapat melakukannya tetapi sedikit sebanyak dapat menerangkan mengapa dia
menggunakan peraturan-peraturan tersebut.
Di tahap Acrolect/Pasca Sistematik, pelajar telah dapat menghasilkan bentukbentuk
bahasa yang betul tetapi masih tidak mampan. Pelajar telah menghayati peraturan-
peraturan tatabahasa B2 tetapi kadangkala membuat kesalahan kerana kurang
prihatin atau terlupa. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasanya, pelajar
sedikit sebanyak dapat berbuat demikian dan dapat menerangkan peraturan
tatabahasa yang digunakannya.

Makna istilah ‘bahasa antara’ yang kedua ialah barisan sistem tatabahasa yang
kunci-mengunci antara satu dengan lain sebagai tanda perkembangan bahasa pelajar
yang telah melewati batas waktu. Misalnya, fosilisasi. Fosilisasi merupakan satu
keadaan yang wujud apabila pelajar berhenti menghuraikan bahasa antara meskipun
terdapat pendedahan bahasa yang cukup, data yang baru atau pengajaran yang baru.
Terdapat tiga jenis fosilisasi yang sering dilakukan oleh pelajar B2, iaitu nafian,
simplifikasi, dan generalisasi berlebihan. Nafian biasanya melibatkan ayat yang
diringkaskan dengan menggunakan kata nafi.

Contohnya:

1. Dalam tapi sikarang tiada lagi.


(Luka itu dalam tapi sekarang parutnya telah hilang)

2. Tida takut linta.


(Saya tidak takut lintah)

3. Tida siap karja ruma.


(Saya didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah)

4. Tida sekola, tida kering.


(Saya tidak pergi ke sekolah kerana baju saya tidak kering)

5. Tida cakap, pandang saja.


(Dia tidak bercakap, cuma memandang saja)

Simplifikasi merupakan perihal memudahkan tugas berbahasa. Unsur-unsur B2


dikurangkan yang berkesudahan dengan penggunaan struktur linguistik yang lebih
mudah daripada apa yang sepatutnya dianggap sebagai norma B2.

Contohnya:

1. Parna sasat dalam hutan. (Saya pernah tersesat dalam hutan)

2. Mungkin tula kunun. (Mungkin begitulah konon)

3. Lima stanga balik jam tuju.


(Kami bertolak pada pukul lima setengah pagi dan balik pada pukul tujuh malam)
4. Mimpi Ani jatu dari bukit.
(Saya bermimpi si Ani jatuh dari puncak bukit)

5. Di jalan simpang tu kan nini Abai.


(Nenek Abai tinggal di persimpangan jalan itu)

Generalisasi Berlebihan merupakan penggunaan peraturan linguistik yang


melampaui kelaziman domain peraturan linguistik sesuatu B2.

Contohnya:

1. Sana sajala tu carita dia.


(Demikianlah kesudahan cerita itu)

2. Dia dakat talanggar karita la. (Dia nyaris-nyaris dilanggar kereta)

3. Saya jatu naik basikal.


(Saya jatuh dari basikal )

4. Dia talah manjadi saurang yang sadang bartani. (Dia telah menjadi
petani)

5. Dia cepat tersentu begitu.

Kesimpulan

1. Teori Pemerolehan Bahasa Pertama


a. Hipotesis LAD:
Sejak dilahirkan ke dunia, manusia dilengkapi alat pemerolehan bahasa yang
dinamakan LAD (Language Acquisition Device) – Chomsky (1965).
LAD inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.

b. Hipotesis Tempoh Kritikal:


Selepas akil baligh pemerolehan bahasa yang semula jadi terhalang oleh
pematangan fungsi verbal di bahagian otak sebelah kiri – Lenneberg (1967).

2. Peringkat-peringkat Pemerolehan Bahasa Pertama


a. Kanak-kanak Normal:
Vokalisasi, pertuturan satu kata, pertuturan dua dan tiga kata, kata-kata
fungsi dan infleksi, dan perkembangan ayat-ayat kompleks.
b. Kanak-kanak tidak Normal:
Legenda, Kes Victor: Budak liar dari Aveyron, Kes Genie: Dibesarkan
dalam pengasingan, Kes Isabelle: Dikurung bersama ibunya yang pekak dan
bisu, dan Kes Helen: Budak perempuan yang pekak dan buta.

3. Teori-teori Pembelajaran Bahasa Kedua


a. Pembelajaran B2 yang Terpimpin:
Pembelajaran B2 menggunakan bahan-bahan dan latihan-latihan yang
dirancang.
b. Pembelajaran B2 Secara Semula Jadi:
Pembelajaran B2/asing yang terjadi dalam komunikasi sehari-harian, bebas
dari bimbingan guru.
c. Komunikasi Sehari-harian:
Menggunakan B2 secara pragmatik, yakni sesuai dengan tujuan, situasi, dan
si disapa-si penyapa.
d. Hipotesis Kesamaan Pemerolehan:
Pemerolehan B1 dan pembelajaran B2 melalui proses yang sama, yang
direncanakan oleh aturan-aturan yang sama.
e. Teori Monitor:
Tiga faktor dalaman beroperasi dalam minda manusia sewaktu belajar B2,
iaitu filter, organizer, dan monitor.
f. Sistem Bahasa Antara:
Peringkat peralihan bahasa, iaitu dari bahasa pertama ke bahasa kedua.
Bahasa antara bersifat sementara, sentias berubah-ubah, dan dibentuk oleh
pelajar B2 sewaktu menuju ke arah penguasaan bahasa sasaran.
Peringkat-peringkat bahasa antara dinamakan basilect, mesolect, dan
acrolect. Terdapat tiga jenis fosilisasi di kalangan pelajar B2, iaitu nafian,
simplifikasi, dan generalisasi berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai