Anda di halaman 1dari 14

PBS 2233 Analisis Wacana/Discourse Analysis

Semester 2, 2020-2021

Tugasan 2/Assignment 2
Analisis Wacana/Discourse Analysis (30%)

Nama dan no matrik Tandatangan

Abdul syukur bin ahmad sabri (68872)

Mohammad noorhanif bin Abd rahman (70416)

Tarikh penghantaran tugasan: 20/4/2021

Markah Keseluruhan:
1. Pengenalan

Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan
dan juga dalam penulisan. Hal ini boleh dikukuhkan lagi melalui pendapat sahih oleh harimurti
Kridalaksana (1992) mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dalam hierarki
tatabahasa, wacana merupakan kesatuantatabahasa tertinggi atau terbesar. Dalam sesuatu
wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran, iaitu pertautan dan perkaitan
semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran dari segi komunikasi dan konteks.
Objektif tugasan ini ialah untuk membandingkan pelbagai jenis wacana khususnya dalam
wacana tulisan. Hal ini demikian kerana wacana tulisan mempunyai pelbagai jenis dari pelbagai
sumber yang dapat diperolehi. Tugasan ini telah menganalisis dua wacana tulisan dari dua
sumber yang berbeza. Wacana yang pertama ditulis oleh Ksumen yang bertajuk “Kebaikan
bergotong–royong” yang dapat diakses dari laman sesawang Scribd, manakala wacana yang
kedua ditulis oleh Yusop Teppo yang bertajuk “Gotong royong perdana tingkat kesedaran
penduduk” yang dimuat turun daripada laman sesawang Utusan Borneo Online. Tugasan ini
berfokuskan untuk menganalisis wacana terhadap pengelasan wacana, ciri-ciri wacana dan juga
struktur yang terdapat dalam wacana yang dianalisis. Da;am tugasan ini, esei yang bertajuk
“Kebaikan bergotong-royong” akan dirujuk sebagai W1. manakala berita yang bertajuk
“Gotong-royong perdana tingkat kesedaran penduduk” akan dirujuk sebagai W2.

2. Analisis pengelasan wacana


Esei karangan (W1)
Pengelasan untuk W1 adalah seperti berikut. Dari segi wacana, W1 boleh dikategorikan
sebagai wacana tulisan. Hal ini demikian kerana W1 telah ditulis oleh Ksumen kepada pembaca.
Perkara ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan diantara penulis dan juga pembaca. W1 ini
bersifat tidak interaktif kerana walaupun terdapat hubungan diantara penulis dan juga pembaca,
pembaca tidak aktif kerana tidak berlakunya soal jawab dengan penulis.
Disamping itu, situasi penggunaan yang dapat diaplikasikan dalam W1 ini ialah komuniti
akademik. Terdapat beberapa contoh yang menunjukkan W1 tergolong dalam komuniti
akademik yang digunakan oleh pewacana iaitu “Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan
nawaitu materialistik dan individualistik marcapadaini, kita seyogianya memahami maksud
amalan bergotong royong” (Br. 1, Pn 1), melalui ayat ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan
bahasa formal dan menceritakan tentang sesuatu perkara atau kejadian dalam wacana yang
ditulis. Jenis dan bentuk yang digunakan oleh pewacana dalam W1 ialah berbentuk argumentasi.
Hal ini demikian kerana terdapat penghujahan atau pengemukakan pendapat daripada pewacana
ini sendiri seperti “Amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak. Dengan
mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara
tidak langsung” (Br. 74, Pr. 7), ayat ini menunjukkan pendapat daripada pewacana tentang
faedah amalan gotong royong ini kepada pembaca melalui perkataan “dengan mengamalkan
semangat ini” yang berbentuk hujahan.
Seterusnya, terdapat penggunaan teknologi komunikasi dalam W1 iaitu sehala
berpengantara. Hal ini demikian kerana W1 mempunyai interaksi diantara penulis dan pembaca
dengan menggunakan medium teks bercetak. Perkara ini jelas menunjukkan berlakunya sehala
berpengantara dengan hanya menggunakan teks bercetak. Contohnya, penulis iaitu Ksumen
menulis esei dan memuat naiknya di laman sesawang yang dapat diakses oleh pelbagai pihak.

Berita akhbar (W2)


Wacana yang diambil adalah penulisan berita. Penulisan berita ini hasil penulisan asal
oleh Yusop Teppo dibawah lembayung kata "Gotong Royong Perdana Tingkat Kesedaran
penduduk". Struktur bagi teks berita ini ialah Orentasi berita yang mana pembukaan bagi
penulisan berita ini merupakan penjelasan singkat dari intipati informasi atau peristiwa yang
ditulis. Orentasi menentukan arah pemberitaan yang ingin di sajikan kepada pembaca. Hal ini
akan menjadikan pembaca dapat mengetahui kira-kira apa sahaja yang akan menjadi isi berita.
Contohnya, " SANDAKAN: Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie
Poon Ming Fung berkata, 'Program Komunitiku Sihat: Gotong Royong Perdana' merupakan satu
inisiatif oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang melibatkan jalinan
kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi bertujuan untuk membudayakan program
bergotong-royong di kalangan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang awam menjaga
kesihatan diri dan keluarga serta persekitaran". Melalui orentasi penulisan berita oleh Yusop
Teppo ini telah memberi gambaran awal kepada pembaca arah pemberitaan dan isi berita yang
ingin disampaikan.
Saluran penyampaian bagi wacana yang dipilih ialah wacana penulisan. Hal ini dikatakan
kerana penulisan W2 ini melibatkan pemeran iaitu Yusop Teppo sebagai penulis penulis dan
masyarakat sebagai pembaca. Dengan adanya dua ciri ini maka jelaslah bahawa wacana ini
merupakan saluran penyampaian secara tulisan. Selain itu, W2 ini bersifat wacana tidak
interaktif kerana wacana yang bertulis ini tidak memerlukan pemeran pembaca secara aktif.
Tidak berlaku sebarang sesi temubual atau penukaran idea antara penulis dan pembaca maka W2
ini boleh diklasifikasikan sebagai wacana tidak interaktif.
Disamping itu, W2 ini tergolong dalam komuniti media dari sudut situasi penggunaanya.
Terdapat bukti yang melabelkan W2 ini sebagai komuniti media, “Komuniti di Kampung Sim-
Sim ini amat bertuah kerana tempat ini terpilih untuk gotong royong pada hari ini”, (Br. 6, Pr. 2).
Selain itu, “Maka itu, inisiatif ini diilhamkan bukan sahaja untuk membanteras penularan kes-kes
penyakit yang disebabkan oleh makhluk perosak memandangkan terdapat peningkatan kes-kes
wabak penyakit berbahaya yang disebabkan oleh makhluk perosak seperti tikus, lalat dan
nyamuk seperti yang disebarkan di dada akhbar,” (Br.7-9, Pr. 3). Melalui bukti ini ialah hasil
ucapan Datuk Frankie Poon Ming Fung semasa merasmikan program tersebut. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa W2 ini merupakan komuniti media kerana ia merupakan medium
penyampaian berita melalui penulisan yang diambil hasil daripada ucapan seseorang untuk
dituliskan didalam berita.
Selain itu, W2 ini ialah berbentuk narasi. Hal ini dikatakan kerana secara keseluruhan
penulisan W2 ini adalah maklumat yang berunsur berdasarkan kepada peristiwa sebenar yang
berlaku. Buktinya, “Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Komuniti sihat –
Gotong Royong Perdana di Gelanggang Futsal Berbumbung Kampung Sim-Sim Sandakan,
semalam”, (Br. 11-12, Pr. 4). Merujuk kepada bukti tersebut menunjukkan bahawa hasil
penulisan berita ini ialah hasil daripada tinjauan pewacana yang diambil hasil daripada peristiwa
yang berlaku. Jika dapat dilihat kepada bukti tersebut adanya siapa, iaitu beliau yang merujuk
kepada Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, semalam iaitu masa program
tersebut dan Kampung Sim-Sim Sandakan pula merujuk kepada tempat program tersebut
dilaksanakan. W2 ini juga mempunyai perutusan pengetahuan dan perutusan aktiviti. Buktinya,
“Sementara itu, Frankie memberitahu pada hari ini 2 November 2019 merupakan hari yang
cukup bertuah kepada masyarakat di daerah Sandakan kerana saya diberi kesempatan untuk
melancarkan Program COMBI atau ‘Communication For Behavioural Impact’ dan 'Program 1
Rumah 1 Juara' peringkat Negeri Sabah,” (Br. 22-24, Pr. 9). Manakala bagi perutusan aktiviti
pula ialah “beliau menyeru kepada semua masyarakat khususnya di daerah Sandakan supaya
menyertai program 1 RUMAH 1 JUARA…,” (Br. 40-41, Pr. 16). Bagi bukti pertama
menfokuskan kepada fakta manakala bukti kedua pula adalah arahan atau permintaan untuk
melakukan aktiviti yang dirancang.
W2 ini juga menggunakan teknologi komunikasi dua hala berpengantar. Hal ini kerana
pemeran menulis wacana tersebut dan diupload melalui laman sesawang Utusan Borneo online
hal ini telah menjadikan berita yang disampaikan oleh pemeran berpengantara dengan laman
sesawang sebelum pembaca dapat membaca berita tersebut.

3. Analisis ciri-ciri wacana


Esei karangan (W1)
W1 memiliki beberapa ciri wacana. Dari segi ciri berkesinambungan, pewacana
menggunakan idea teras yang sentiasa berkait dari pendahuluan sehingga penutup. Contohnya
terdapat penggunaan kata, frasa dan klausa yang berulang dalam wacana seperti “Amalan
gotong-royong” (Br. 13, Pr. 2), “Amalan kemasyarakatan ini” (Br. 14, Pr. 2) untuk menunjukkan
idea teras yang sentiasa berkesinambungan yang menceritakan tentang amalan gotong-royong
dalam wacananya. Seterusnya, ciri yang terdapat dalam W1 ialah berpautan. Pewacana juga
kerap menggunakan ciri berpautan iaitu tetenunan nahuan dalam wacananya iaitu penggunaan
kata rujukan seperti “Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu” (Br.
2, Pr. 1), dan penggunaan kata hubung seperti “Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong
kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing” (Br. 44, Pr. 4), selain itu, pewacana juga menggunakan tetenunan
leksikal iaitu penggunaan penggulangan kata sama iaitu amalan gotong-royong dalam wacana
“Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal” (Br. 13, Pr. 2) dan “Selain itu,
amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting”
(Br. 28, Pr. 3), dan juga penggunaan penggulangan kata sinonim iaitu indah dan cantik dalam
wacana. Contohnya, “Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal” (Br. 13, Pr.
2) dan “Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh
orang lain” (Br. 15, Pr. 2).
Seterusnya, ciri yang terdapat dalam W1 ialah bertujuan. Pewacana telah mengemukan
maklumat dan menghujahkan pandangannya dalam wacananya seperti “Dalam meniti kehidupan
yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya
memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan
sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas” (Br. 1,
Pr. 1) yang dapat menyatakan tujuan sebenar wacana yang ditulis oleh penulis untuk menyatakan
tentang faedah amalan gotong-royong. Seterusnya, ciri kebolehterimaan. pewacana telah
menggunakan perkataan yang mudah difahami kerana pewacana ini memberikan definisi dan
juga huraian dalam setiap perkara yang dinyatakan. Contohnya, “Kegiatan bergotong-royong
memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian
kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah
antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain”
(Br.41, Pr. 4), ayat ini menunjukkan pewacana memberikan contoh yang biasa dalam konteks
kehidupan harian pembaca.
W1 juga mempunyai ciri bermaklumat dalam wacananya. Hal ini demikian kerana W1
menggunakan maklumat yang berfakta untuk diutarakan kepada pembaca. Pewacana telah
menggunakan ayat seperti “ Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi
dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas” (Br. 2, Pr. 1) yang
merupakan fakta yang benar dan bermaklumat dalam wacananya. W1 juga mempunyai ciri
berkonteks. Ciri berkonteks yang digunakan oleh pewacana ialah konteks linguistik. Terdapat
penggunaan kata, frasa, klausa dan juga dalam wacananya seperti “Melaui kegiatan bergotong-
royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri.
Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing” (Br. 48, Pr. 4), yang jelas
menunjukkan kesempurnaan struktur ayat.
Ciri wacana yang terdapat dalam W1 ialah berintekstualiti. Pewacana telah menggunakan
konsep metawacana iaitu metafora dan peribahasa seperti “ Amalan ini juga mampu
memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat” (Br. 58, Pr. 5) untuk mengambarkan hubungan wacana yang ditulis. W1 juga
mempunyai ciri berkesepadanan. Pewacana telah mengembangkan idea dalam wacananya
dengan menggunakan contoh-contoh dan huraian yang sesuai seperti “Pembahagian tugas akan
dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai
semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan
sebagainya” (Br. 63, Pr. 6).

Berita akhbar (W2)


Jika dapat diperhatikan ciri wacana yang terdapat didalam W2 ini ialah
berkesinambungan. Buktinya, peghasilan idea dari satu perenggan ke perenggan yang lain adalah
berkesinambungan atau berhubung secara sistematik agar penulisan wacana tersebut kelihatan
lancar dengan idea dan fakta sebagai intipatinya. Contohnya, “Sementara itu, Frankie
memberitahu pada hari ini 2 November 2019 merupakan hari yang cukup bertuah kepada
masyarakat di daerah Sandakan kerana saya diberi kesempatan untuk melancarkan Program
COMBI atau ‘Communication For Behavioural Impact’ dan 'Program 1 Rumah 1 Juara'
peringkat Negeri Sabah,” dan “Program ini merupakan pendekatan dalam usaha menangani
masalah Penyakit Demam Denggi di daerah ini,” (Br. 22- 27, Pr. 9&10).
Seterusnya, dari aspek berpautan pula “Beliau juga telah dimaklumkan bahawa di Kg Sim-
Sim ini pernah belaku kejadian penyakit demam denggi yang menyebabkan kematian,” (Br. 46-
47, Pr. 18). Perkataan “Beliau” itu adalah berpaut kepada Dr Frankie ini adalah tetenunan
leksikal yang merupakan pengulangan kata yang bersinonim manakala “Sehubungan dengan
itu,” (Br. 40-41, Pr. 23) kata hubung yang digunakan oleh pemeran iaitu ‘Sehubungan dengan
itu..” merupakan tetenunan nahuan.
Disamping itu terdapat juga ciri-ciri bermaklumat contohnya “Program 1 RUMAH 1 JUARA
bertujuan untuk memperkasa peranan isi rumah atau suri rumah dalam mencegah dan mengawal
kejadian penyakit demam denggi,” (Br. 31-32, Pr. 20). Melihat kepada potongan ujaran tersebut,
ia merupakan sebuah maklumat yang disampaikan kepada masyarakat dan pembaca. Penulis
mengambil intipati daripada ucapan Dr Frankie adalah untuk menyampaikan maklumat kepda
masyrakat luar yang tidak dapat menyertai program tersebut.
4. Analisis struktur wacana
Esei karangan (W1)
W1 memiliki tiga jenis struktur iaitu makrostruktur, mikrostruktur dan superstruktur. Dari
segi makrostruktur, pewacana telah menggunakan cara generalisasi seperti “ Yang berlaku
sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu
dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-
royong” (Br. 6, Pr. 1) untuk menukarkan ayat-ayat yang khusus menjadi satu ayat yang umum.
Pewacana juga menggunakan cara pemadatan seperti “Intihanya , amalan bergotong-royong
membawa faedah yang banyak” (Br. 74, Pr. 7) untuk menjadikan suatu ayat lengkap dan padat
yang terdiri daripada perkara-perkara yang kecil.
Dari segi mikrostruktur pula, pewacana telah menggunakan alat tetenunan nahuan dalam
wacananya. Hal ini demikian kerana W1 terdapat penggunaan alat tetenunan penghubung seperti
dan, selain itu dan oleh hal yang demikian. Contohnya, “Selain itu, amalan bergotong-royong
seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah
membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit” (Br. 28, Pr.3) untuk
menghubungkan perkataan dengan perkataan yang sebelumnya. Selain itu, terdapat penggunaan
alat tetenunan rujukan seperti “Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak
akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa” (Br. 15, Pr. 2), melalui perkataan amalan
kemasyarakatan ini yang merujuk kepada aktiviti gotong-royong. W1 ini juga mempunyai unsur
tetenunan penghilangan kerjaan seperti” Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak
mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya?” (Br. 8, Pr. 1), perkataan “nya” telah
merujuk kepada kata kerja aktiviti gotong royong pada perkataan sebelumnya.
Dari segi superstruktur, W1 telah mengandungi struktur hierarki iaitu menegak. Hal ini
demikian kerana bentuk W1 ini terdiri daripada pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3, isi 4 dan penutup.
Dari segi pendahuluan, pewacana telah menggunakan ayat seperti “Tepuk dada, tanya selera;
berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya?
Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk
membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah
bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini” (Br. 8, Pr. 1) yang
menunjukkan tajuk wacana yang ingin dibahaskan oleh penulis. Seterusnya, idea dikembangkan
lagi pada isi 1 iaitu “Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal” (Br. 13, Pr.
2) dan isi 2 iaitu “Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti
kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor
penyakit” (Br. 28, Pr 3). Seterusnya, idea dikembangkan lagi pada isi 3 iaitu “Kegiatan
bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan” (Br. 40, Pr.
4) dan isi 4 iaitu “Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam
sanubari kita” (Br. 52, Pr. 5) dan seterusnya isi 5 iaitu “Aktiviti bergotong-royong sememangnya
dapat menghidupkan semangat kejiranan” (Br. 61, Pr. 6). Akhir sekali, penulis telah
menyimpulkan idea-ideanya dalam perengan yang terakhir iaitu “Intihanya , amalan bergotong-
royong membawa faedah yang banyak” (Br. 74, Pr. 7) untuk membuat kesimpulan terhadap
wacana yang ditulis.
Berita akhbar (W2)
W2 memepunayi tiga struktur wacana iaitu macrostruktur, mikrstruktur dan
superstruktur. Didalam W2 ini macrostruktur ini dapat dikesan contohnya “Program ini
merupakan pendekatan dalam usaha menangani masalah Penyakit Demam Denggi di daerah ini,”
(Br. 25, Pr. 10). Melalui ayat ini telah berlaku penyingkaran terhadap usulan yang tidak penting
iaitu perkataan “program ini” pemeran telah menyingkan nama program dan menggantikan
dengan tetenunan nahuan dengan menggunakan perkataan “ini” yang merujuk kepada nama
program yang sedang dilaksanakan.
Selain itu, didalam W2 ini juga berlakunya macrostruktur generalisasi iaitu “Sukacitanya
saya mengingatkan kembali akan kepentingan amalan gotong royong supaya diangkat semula
sebagai sebahagian daripada budaya atau adat resam masyarakat kita,” (Br. 16-17, Pr. 6) melalui
potongan ayat tersebut telah berlakunya generalisasi di mana penggunaan kata kepentingan
amalan bergotong royong hal ini menjadikan skop penggunaan ayat menjadi kecil akan tetapi
mudah untuk difahami. Penulisan juga tidak perlu untuk menyatakan apa itu kepentingan amalan
bergotong royong satu persatu.
Manakala superstruktur juga terdapat didalam W2 ini dimana terdapat pendahuluan, isi dan
penutup mengikut format penulisan akhbar. Contoh pendahuluan ialah “SANDAKAN: Menteri
Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, 'Program
Komunitiku Sihat: Gotong Royong Perdana' merupakan satu inisiatif oleh Kementerian
Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat yang melibatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan
dan agensi bertujuan untuk membudayakan program bergotong-royong di kalangan masyarakat
bagi meningkatkan kesedaran orang awam menjaga kesihatan diri dan keluarga serta
persekitaran,” (Br. 1-5, Pr. 1). Bagi format penulisan berita pendahuluan mestilah dimulai
dengan nama Kawasan atau lokasi dimana maklumat berita yang ingin ditulis didapatkan.
Sejurus dengan itu, pemran boleh terus kepada isi pertama yang berkaitan dengan pendahuluan
dan semestinya tidak lari dari tajuk dan topik berita tersebut. Contohnya “Komuniti di Kampung
Sim-Sim ini amat bertuah kerana tempat ini terpilih untuk gotong royong pada hari ini.” (Br. 6,
Pr. 2). Isi yang diberikan merupakan salah satu contoh dimana pemeran meneruskan penulisan
dengan idea dan topik yang berkaitan. Penutup bagi W2 adalah merupakan ujaran terakhir bagi
Dr Frankie semasa memberi ucapan di program tersebut. Buktinya, “Dalam hal ini, pencegahan
adalah paling berkesan bagi memerangi penyakit demam denggi dan pencegahan ini bukanlah
peranan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan
semata tetapi dari diri kita sendiri.” katanya. (Br.54-56, Pr. 21) pemeran memilih untuk
meletakkan ujaran berbaur nasihat sebagai penutup bagi penulisan wacana 2 ini.

5. Perbincangan
Kedua-dua wacana ini berbentuk tulisan. Hal ini kerana W1 disampaikan dalam bentuk
karangan manakala W2 disampaikan dalam bentuk akhbar jenis rencana. Kedua-dua wacana ini
tidak bersifat interaktif kerana tidak melibatkan penulis dengan pembaca secara aktif dan ia
merupakan satu hala sahaja. W1 tergolong dalam komuniti akademik manakala W2 tergolong
dalam komuniti media dan akademik. W1 juga berbentuk argumentasi manakala W2 pula
berbentuk narasi. Kedua-dua wacana ini juga menggunakan teknologi sehala berpengantara yang
menggunakan medium teks sebagai penghubung diantara penulis dan pembaca, seperti karangan
akademik untuk W1 dan berita untuk W2.

Seterusnya, kedua-dua wacana ini berpautan dan berkesinambungan kerana


menggunakan tetenunan nahuan dan leksikal yang bertujuan untuk mengembangkan idea yang
sama iaitu “Kebaikan bergotong-royong”. Walaupun mewacanakan idea yang sama, namun
penulis menggunakan kaedah retorik yang berbeza seperti W1 menggunakan peribahasa dalam
beberapa perenggan manakala W2 pula menggunakan statistik dalam wacana.Penggunaan
peribahasa dalam W1 disebabkan komuniti akadamik yang mementingkan penggunaan bahasa
yang tinggi berbanding dengan W2 yang menggunakan statistik untuk mentalikan tajuk yang
dibincangkan dalam wacana. Hal ini dapat dibuktikan bahawa terdapat perbezaan retorik yang
digunakan namun masih membincangkan tajuk yang sama iaitu “Kebaikan gotong-royong”.
Dalam pada itu, kedua-dua wacana ini mempunya perbezaan dalam menyampaikan tujuan
wacananya. W1 lebih menjurus dalam menghujahkan pandangan dari pewacana itu sendiri
manakala W2 lebih menceritakan aktiviti atau perkara yang telah berlaku dalam wacananya.

Menurut Asmah Hj Omar (1980), wacana mestilah mempunyai tujuan dan tujuan
itulah yang menentukan penggunaan bahasa. Pastinya didalam penulisan wacana ini, kedua-dua
wacana ini mempunyai struktur yang tersendiri. Menerusi W1, wacana tersebut mempunyai
makrostruktur dimana adanya intipati yang dapat diangkat mengikut topik utama manakala bagi
W2 pula kelihatan subtopik atau intipati yang menfokuskan kepada topik atau tajuk yang
dibawakan adalah tidak jelas. McCabe (1991) mendefinisikan naratif atau makrostruktur sebagai
sesuatu peristiwa nyata yang telah berlaku dalam urutan kronologi. Hal ini kerana, W2 adalah
penulisan akhbar yang sememangnya tidak tertumpu kepada topik utama sahaja seperti penulisan
akademik (W1). Contohnya, W1 mempunyai topik dan mempunyai intipati yang selaras dengan
topikya. Topik bagi W1 ialah Kebaikan bergotong-royong (Tajuk), dikaitkan dengan Amalan
bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal (Br. 12, Pr. 2). Akan tetapi, bagi W2 pula,
hanyalah isi kandungan kepada peristiwa yang berlaku dan tidak mempunayi subtopik yang jelas
untuk dikaitkan dengan tajuk wacana tersebut. Namun, walaupun penulisan W2 ini tidak
mempunyai subtopik yang jelas tetapi masih ada intipati dari penulisan tersebut yang mempunyai
perkaitan dengan tajuk. Contohnya, meningkatkan tahap kesedaran masyrakat mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta mengeratkan lagi silaturahim dan
Kerjasama dengan penduduk -penduduk setempat. (Br. 14-15, Pr. 5).

Selain itu, W1 mempunyai perbezaan daru sudut superstruktur atau penyusunan struktur format
penulisan. Hal ini kerana, W1 menggunakan format penulisan karangan akademik iaitu adanya
pendahuluan contohnya, “Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan
individualistik marcapadaini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong.”
(Br 1-2, Pr. 1), isi Amalan bergotong royong dapat memperindah tempat tinggal.” (Br 12, Pr.
2), dan disudahi dengan penutup. Berbeza dengan penulisan W2 iaitu format penulisan akhbar
iaitu adanya tajuk seperti Gotong Royong Perdana tingkat kesedaran penduduk, kemudian
pendahuluan seperti “SANDAKAN: Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk
Frankie Poon Ming Fung berkata...” (Br. 1, Pr. 1), peristiwa utama iaitu “membudayakan
program bergotong-royong di kalangan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang awam
menjaga kesihatan diri dan keluarga serta persekitaran.” (Br. 4-5, Pr. 1), latarbelakang contohnya
“inisiatif ini diilhamkan bukan sahaja untuk membanteras penularan kes-kes penyakit yang
disebabkan oleh makhluk perosak…” (Br. 7-8, Pr 3), konsikuensi seperti “ianya juga bertujuan
untuk membersihkan kawasan sekitar dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta mengeratkan lagi silaturahim dan
kerjasama dengan penduduk-penduduk setempat.” (Br. 14-15, Pr. 5).

Disamping itu juga, terdapat perbandingan dalam penggunaan mikrostruktur bagi kedua-
dua wacana ini. Bagi W1 kebanyakanya penulis menggunakan peribahasa untuk mengindahkan
lagi penulisan disamping dapat mengukuhkan isikandungan pada perenggan tersebut.
Contonhnya, “tak basah dek hujan, tak lekang dek panas” (Br.3, Pr. 1) manakala W2 langsung
tidak menggunakan peribahasa mahupun simpulan bahasa dalam penulisannya. Selain itu juga,
penggunaan bahasa dalamkedua-dua wacana ini juga adalah berbeza. W1 telah menggunakan
bahasa formal sepenuhnya kerana W1 merupakan penulisan akademik manakala W2
menggunakan bahasa informal hal ini kerana ia merupakan penulisan akhbar yang mempunyai
dialog dan lebih kepada berita untuk disampaikan kepada pembaca maka cara penyampaiannya
juga adalah secara bersahaja.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kedua-dua wacana ini kurang mempunyai perbezaan dari beberapa aspek
akan teteapi masih ada beberapa aspek yang dapat dibezakan hal ini kerana penulisan akademik
adalah berbeza format dengan penulisan akhbar. Selain itu, cara dapatan data juga adalah
berbeza hal ini kerana penulisan akademik lebih merujuk kepada buku-buku ilmiah dan kajian-
kajian lepas dalam mengemukakan hujah berbeza dengan penulisan akhbar yang menfokuskan
kepada situasi atau peristiwa yang berlaku dan kebiasaanya akan disertakan dengan bukti
bergambar. Oleh hal yang demikian setiap pengkaji haruslah menilite setiap wacana yang
diambil dengan menggunakan kaedah imbasan agar wacana yang ingin analisis adalah tepat.
7. Rujukan
Adnan. F., & Md Saad. S. (2020). Analisis Wacana Kritis Bahasa Dan Kuasa: Kepimpinan dan
Permuafakatan. Jurnal Wacana Sarjana Volume 4(3). Di ambil daripada
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/320/269

Anwar soebah (2021). Wacana dalam bahasa melayu. Academia. Di ambil daripada lama
sesawang https://www.academia.edu/10706554/Wacana_Dalam_Bahasa_Melayu

A Razak. R., Chan C. E., Lim H. W & Lixian, J. (2011). Analisis struktur makro dan mikro
kemahiran bercerita dalam kalangan kanak-kanak Melayu berumur 5 dan 6 tahun. Jurnal
Linguistik, Jilid 12.
https://www.researchgate.net/publication/305767390_Analisis_Struktur_Makro_dan_Mi
kro_Kemahiran_Bercerita_dalam_Kalangan_Kanak_Kanak_Melayu_Berumur_5_dan_6_
Tahun_Rogayah_A_Razak

Ksumen. (2010, March 21). “Karangan kepentingan gotong royong”. Scribd.


https://www.scribd.com/doc/28702029/Karangan-Kepentingan-Gotong-royong

Teppo, Y. (2011, November 3). Gotong royong perdana tingkat kesedaran penduduk. Utusan
Borneo Online.
https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/03/gotong-royong-perdana-tingkat-
kesedaran-penduduk
8. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai