Anda di halaman 1dari 5

Puisidrama

Gaya baru dalam Persembahan Puisi

Ulasan oleh Prof Madya Dr Andika Aziz Hussin, Pensyarah Teater

Menurut Awang Karim Abdul Kadir, seorang penggiat teater yang aktif di Sabah, puisi adalah kata-

kata terbaik dalam susunan yang menarik dan puisi haruslah dihayati bahasanya yang penuh dengan

unsur personafikasi atau metafora dan manipulasi bahasa. Puisi dilahirkan oleh penulis bernama

penyair. Banyak pembicaraan mengenainya telah dilakukan. ada yang berpendapat bahawa penyair

memperolehi ilham daripada Yang Maha Kuasa atau sebaliknya ia adalah seorang yang kurang

siuman. Penyair pernah juga dikatakan sebagai peniru alam atau atau sebagai penganjur kepada

yang baik dan benar. Walau apapun tafsiran yang diberikan terhadap penyair, yang pasti diterima

umum, penyair adalah seorang seniman dari golongan sasterawan. Sebagai seorang sasterawan, ia

mestilah kreatif mencipta mengikut kemampuandaya ciptanya, daya fikiran dan imaginasinya.

Sebagai manusia dia adalah perasa, halus pandangannya terhadap sesuatu peristiwa, tajam

tafsirannya terhadap alam sekeliling. Ciptaannya lahir oleh motivasi yang kuat, tujuan tertentu dan

pengubahan sendiri. Penyair datang dari golongan manusia yang sensitif tetapi bukanlah memiliki

naluri sensitif seorang kanak-kanak yang sentiasa peka kepada sensai fizikal tetapi tidak mempunyai

kuasa untuk menyatakan apa yang ia rasakan.Penyair mempunyai keupayaan yang tidak difahami

dimana datangnya dan ia mempunyai kesediaan untuk memperkatakan apa yang ia rasakan. Penyair

bukans ekadar mengucapkan kesedarannya tentang suasana di sekeliling atau pengalaman dirinya,

tetapi kebolehan untuk mengucapkan 'sensasinya'. Ini merupakan asas kepada sifatnya yang

istimewa.
Barangkali perlu ditimbulkan disini apakah yang kita mahu dari sebuah deklamasi puisi atau

sajak? Adakah kita perlukan suara yang keras menengking sehingga hampir pecah telingan atau

suara yang mendayu-dayu sehinggakan mereka mendengar terlena? Bukankah kita memerlukan

seseorang itu memahami apa yang telah dibaca dan diperdengarkan melalui deklamasi puisi atau

sajak?

Mengapa puisidra? Puisidra pula adalah persembahan puisi yang disertai dengan lakonan.

Dengan lain perkataan puisi adalah ahannya dan puisidra adalah alat persembahannya. Sebenarnya

istilah Puisidrama atau puisidra bukanlah sesuatu yang baru di dalam dunia pementasan teater. Pada

zaman Yunani lagi telah kelihatan unsur-unsur puisidrama ini. Dalam upacara penyembahan Dewa

Dionysus, akan dilakukan upcara yang diiringi dengan tarian dan nyanyian semasa mengelilingi

pelantar biara Dionysus. Seorang ketua agama akan bercerita tentang kisah-kisah suci yang diambil

dari dongeng ode. Selepas itu ia disusuli dengan sayembara deklamasi puisi. Tokoh-tokoh penyair

akan tampil menyampaikan puisinya dengan pelbagai gaya tersendiri yang melibatkan ekspresi

wajah dan pergerakan anggota badan. Di Barat iaitu abad ke 19, telah wujud pementasan

berunsurkan puisi yang dikenali sebagai poetic drama. Pementasan di ketika it banyak bersifat

mendeklamasikan lakon seperti Shakespeare dan Lady Gregory telah menghasilkan persembahan

puisi yang digabungkan dengan teknik pendramaan. Ketika itu bentuk persembahan yang

menggabungkan elemen puisi dan drama amat popular sehinggakan kebanyakan karya yang

dihasilkan oleh Shakespeare bersifat poetic tragedy dan poetic comedy. Begitu juga abad ke 20,

beberapa orang tokoh dramatis telah menghasilkan drama puisi seperti John Masefield (The Tragedy

of Nan) (1908) dan Drink Water Rebellion (1914), Gordon (Bottomley Gruach) (1923), T.S Elliot

(Murder in the Cathedral) (1935).


Corak persembahan puisidra Kembara Puisi IPT anjuran Berita Harian, Baca Puisi Pena dan Baca Puisi

Darul Takzim, kebanyakannya menggunakan teknik drama semasa mendeklamasikan sajak dan puisi.

Cuma sesetengah pengamal teater tidak mengklasifikasikannya sebagai puisidra tetapi pantomin,

sketsa atau drama puisi. Walau bagaimanapun di sini penulis gemar menggelarkan bentuk drama

yang menggabungkan lakonan dan puisi ini sebagai puisidra.

Cara persembahan puisi yang diadakan sudah menjadi satu kebiasaan dan sekiranya kita

ingin memperkembangkan dan menanam semangat cintakan seni puisi, cara pembacaan dan

penyampaian puisi perlulah diperluaskan. Pelbagai cara telah digunakan untuk menyampaikan puisi.

Antaranya ialah dengan mempersembahkan puisi melalui nyanyian, persembahan solo, improvisasi

dan sebagainya. Memang pernah dibuat persembahan puisi berbentuk teater iaitu pada tahun 1971

iaitu 'Malam Genta Rasa'"Tan Sri Bulan". Sewaktu penyair membaca puisi Latif Mohidin yang

berbadan kecil dengan sayap berbentuk layang-layang berlari pusing keliling di atas pentas Panggung

Anniversary mengikut bunyi ang-ngang-ngang aung-ung-ung-nnnggggggg. Persembahan ini dibuat

secara main-main dan hanya disaksikan oleh beberapa orang penonton yang kemudiannya ikut serta

menyanyi. Begitu juga sempena "Hari Alam" yang disambut pada tahun 1986 Ghaffar telah

mementaskan "GakGakGak" sebagai sebuah teater. Kelihatan lembaga-lembaga bertopeng dan

berjubah hitam bertenggek diatas pokok dan berdiri di atas bonggol-bonggol di Taman Budaya

sambil menjerit-jerit gakgakgak gakgakgak sehingga gemanya membingitkan telinga. Mereka terus

menjerit sehinggalah mereka ditembak dan jatuh ke tanah sambil berbunyi "akkk akkk akkk akkk

akkk aakkk aakkk". Dengan menggabungkan unsur lakonan dan puisi, akan dapat mengenengahkan

mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dengan lebih berkesan disamping mengajak penonton

supaya terus bersama menikmati keindahan kata-kata dan huruf-huruf yang berirama untuk

membayangkan gambaran-gambaran yang diutarakan. Ini kerana kebanyakan tujuan penyair


menulis berlegar dalam beberapa andaian. Antaranya kerana ingin mengajar dan dan baiki akhlak.

Seperti kata Usman Awang;

"...puisi itu jauh menjelajahi ruang dan waktu, menjangkau keawanan biru, menyelami samudera

sejarah, meresapi denyut nadi dan detak jantung kehidupan semata-mata untuk mencari kebenaran

yang hakiki tentang kewujudan manusia."

Dari segi nada bahasa pula, pendeklamasian puisi konvensional lebih mengutamakan

lenggok dan irama. Bahasa-bahasa puisi ini penuh dengan paradoks; pada penglihatan kasar

bertentangan tetapi secara halusnya adalah benar. Contoh lain ialah sajak "Air Minum" oleh Kassim

Ahmad;

Inilah ajalku

Kakiku berlari

Badanku tak bergerak

o temanku

kau dengarlah cakapku?

Frasa "kakiku berlari" dan "badanku tak bergerak" adalah bertentangan tetapi kenyataan ini tidak

dapat dinafikan kerana selalu kita terasakan yang kita sudah begitu pantas berjalan tetapi yang nyata

adalah kita belum berada dimana-mana pun. Keadaan ini boleh menimbulkan banyak tanggapan di

kalangan pendengar atau penonton dan kemungkinan tanggapan itu akan menyimpang dari maksud

asal penyair. Adapun sifat bahasa yang digunakan oleh penyair amat pendek. Dalam kependekan itu,

cuba dirangkumkan semua pengalaman perasaan, tanggapan, falsafah dan intelek seorang penyair.

Bahasa puisi itu sentiasa memberikan implikasi ini lain daripada apa yang biasa difahamkan secara

referential dan kognitif. Implikasi ini dilahirkan oleh kompleks peribadi, perasaan dan fikiran penyair.

Tidak semua penyair menggunakan perkataan-perkataan yang sama dengan maksud yang serupa.

Contoh petikan dari sajak "Cintaku Jauh Di Pulau" oleh Chairil Anwar.
Manisku jauh dipulau,

kalau kumati, dia mati Iseng sendiri

Perkataan 'pulau' tidak semestinya beerti sekeping tanah besar yang dikelilingi oleh air menurut

pengertian sehari-harian geografi. Kadangkala ia boleh juga dianggap sebagai bukan langsung

sebuah 'pulau'. Mungkin kasih Chairil Anwar berada di gunung, di hutan atau dimana-mana, amat

jauh, kesepian, tidak mungkin dapat dihubungi. Malah 'manisku' sendiri membawa konotasi sebagai

kedamaian jiwa atau hidup yang selama ini dicari-cari oleh penyair tetapi sehingga kini belum

ditemuinya. Bahasa puisi memerlukan kehalusan visual dan auditory (penglihatan dan

pendengaran). Menurut Usman Awang di dalam Koleksi Terpilih Sasterawan Negara;Usman Awang

menyatakan penyair membina perbendaharaan kata untuk mengungkap pandangan dan

pengalaman baru yang dilalui , dirasai dan dihayatinya. Sekiranya dia berjaya, maka pembaca atau

pendengar akan menyambut dan menikmati bersama pandangan dan pengalaman baru sang

penyair. Sekiranya tidak, memungkinkin

Anda mungkin juga menyukai