Anda di halaman 1dari 9

BSS3153 SASTERA ANTARABANGSA

(KUMPULAN C)

TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR

NAMA PENSYARAH :
DR ROHAYATI BINTI JUNAIDI

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA SITI NORFAIEZAH BINTI MOHD AHMAD
PELAJAR
NO MATRIK D20172080738
PROGRAM AT33 – IJAZAH SARJANA MUDA (GEOGRAFI)
PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN

TARIKH PENGHANTARAN:
27/01/2021
1

SOALAN 1 (a)

Secara umumnya, kesusasteraan antarabangsa ataupun kesusasteraan dunia merupakan


kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah di seluruh dunia dan juga merupakan seni
bahasa dalam menyampaikan sesuatu perkara melalui penciptaan karya-karya lisan ataupun
bukan lisan. Antarabangsa bermaksud melibatkan dua atau lebih negara. Sebagai contoh,
kesusasteraan dunia dari Indonesia, Arab, Rusia, Mesir, India, China. Yunani. Mesopotamia
dan Alam Melayu. Kesusasteraan antarabangsa juga memperlihatkan hasil seni yang
menggunakan bahasa sebagai medium yang membentuk tamadun dan peradaban sesebuah
negara selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarang. Kesusasteraan bermaksud
hasil karya bertulis yang menggunakan bahasa yang indah untuk memberi manfaat kepada
masyarakat. Sastera mengandungi semua hal yang berkaitan sejarah, ilmu, konsep dan
falsafah alam serta masyarakat. Hal ini kerana pencapaian tertinggi tamadun sesebuah
tamadun tersimpan dalam karya sastera. Sastera juga menyimpan keindahan bahasa, nilai-
nilai hidup, kekayaan ilmu pengetahuan dan lain-lain.

Sastera dunia seringkali digunakan untuk merujuk kepada jumlah keseluruhan


literatur kebangsaan di dunia, tetapi biasanya ia merujuk kepada yang lebih luas di luar
negara asal. Pada masa lalu digunakan untuk mengklasifikasikan karya-karya seni Barat.
Kesusasteraan dunia hari ini semakin dilihat dalam konteks global. Pembaca hari ini
mempunyai akses kepada pelbagai karya yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari seluruh
dunia dalam terjemahan yang sangat baik.

SOALAN 1 (b)

Perkembangan Kesusasteraan Melayu merangkumi penghasilan prosa dan puisi moden. Ada
ketikanya, genre prosa iaitu cerpen dan novel itu lebih berkembang jika dibandingkan dengan
puisi moden, dan ada masanya sebaliknya yang berlaku. Kesusasteraan Melayu dikatakan
berkembang sekiranya karya-karya bermutu dapat dihasilkan dan perancangan-perancangan
yang tertentu dijalankan, demi menggalakkan dan menyemarakkan lagi penghasilan karya.
Sastera memainkan peranan penting dalam menentukan budaya dan nilai dalam masyarakat.
Karya sastera juga tidak dapat lari daripada membawa nilai yang berkait dengan keagamaan,
kebudayaan dan kemasyarakatan. Pembangunan Kesusasteraan Melayu diperingkat
antarabangsa mendapat sokongan padu daripada badan kerajaan dan swasta. Terdapat
2

beberapa peranan institusi sastera dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu di peringkat


antarabangsa. Dalam keadaan gelodak pandemik COVID-19 ini, terdapat juga beberapa
aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956
sebagai balai pustaka. Pada masa itu, DBP diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Pada
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III (Kongres Sastera dan Bahasa Melayu Ketiga)
yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada 16 dan 21 September 1956 Balai Pustaka
telah dijenamakan semula sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Melalui Ordinan Dewan
Bahasa dan Pustaka 1959 telah memberi kuasa kepada DBP untuk membentuk dasar-dasar
mengenai bahasa Melayu, bertanggungjawab menyebarkan bahasa tersebut dan dapat
memasuki perniagaan penerbitan buku. Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur (Ibu
Pejabat), Wilayah utara di Pulau Pinang, Wilayah Timur di Kelantan, Wilayah Selatan di
Johor Bahru, Selangor, Sabah dan Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan aktif
dalam menerbitkan buku-buku Kesusasteraan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. DBP
turut memainkan peranan aktif dalam menterjemahkan karya sastera Bahasa Melayu ke
bahasa-bahasa lain dan karya sastera masyarakat luar ke Bahasa Lain. Sebagai contoh, novel
Salina (Gerhana) karya A. Samad Said (1961) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
Perancis, Cina, Korea dan Jepun; novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad
(1982) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia, Iceland,
Belanda dan Denmark; Mukadimah karya Ibn Khaldun telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu; novel Luka Naning karya Malim Ghozali yang diterjemahkan ke dalam Bahasa
Inggeris Tree of Sorrow telah tercalon dalam Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin. DBP
menjadi urus setia bagi program penggalakan sastera negara seperti Hadiah Sastera Malaysia,
Anugerah Sastera Negara. DBP juga bekerjasama dengan sektor awam, swasta, universiti
awam dan persatuan penulis untuk mengadakan pelbagai kegiatan seperti seminar
antarabangsa, bengkel, hadiah bahasa dan sastera, pengucapan puisi dunia Kuala Lumpur,
pertemuan sasterawan Nusantara, kegiatan penyelidikan dan kajian sastera lama, sastera
semasa dan sastera rakyat, pendokumentasian bahasa dan sastera daerah.

Selain itu, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) ditubuhkan di Universiti


Malaysia, Kuala Lumpur pada 12 Februari 1961 dan disahkan oleh kerajaan pada 2
September 1962. Sebuah persatuan penulis yang sangat penting pada awal zaman merdeka
dengan berhala tuju kepada menyatukan penulis-penulis tanah air dari semua peringkat dan
segala aliran pendapat dan berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, kesusasteraan
3

dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan kepentingan-kepentingan nasional dengan tidak


terikat kepada dasar politik kepartian dan terkeluar daripada bidang undang-undang negara.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh PENA dalam memartabatkan Kesusasteraan
Melayu iaitu Perhimpunan Penulis Nasional (PPMN) yang dimulakan pada 2005 yang
berfungsi untuk melihat perkembangan dunia sastera tempatan, cabaran masa kini dan fungsi
pengarang muda. Aktiviti berkala seperti Dialog Orang Muda, Borak Buku, Kata Pengarang
Kata Pembaca (K-PAP), Baca Puisi PENA bersama DBP dan ITBM.

Seterusnya, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) yang telah ditubuhkan


pada 23 Oktober 1970. GAPENA merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan
budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu dan berperanan mengusahakan
penerbitan karya sastera dan menjadi wakil kepada penulis tanah air dalam persidangan dan
jawatankuasa yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Terdapat beberapa kegiatan yang
dilakukan oleh GAPENA dalam peranannya memartabatkan Kesusasteraan Melayu, iaitu
mengadakan persidangan dan pertemuan-pertemuan dengan penulis di dalam dan luar negeri,
mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga yang ada
hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan, menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat
membantu golongan penulis dan menjalankan langkah-langkah yang bersesuaian dengan cita-
cita gabungan dari semasa ke semasa. GAPENA juga berusaha untuk memajukan bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan kebangsaan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa,
menyatupadukan persatuan-persatuan penulis Malaysia yang bergiat dalam bahasa
kebangsaan, mempertahankan dan mempertahankan dan memperjuangkan hak dan
kepentingan penulis, memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan cita-cita
gabungan dan mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat
mereka.

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) ditubuhkan pada 12 September 1993
untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia. ITBM
ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal
berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat,
kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan
memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan
negara. ITBM merupakan salah satu badan swasta yang memainkan peranan penting
memartabatkan Kesusasteraan Melayu dengan berperanan menterjemahkan karya-karya
sastera terbaik negara ke dalam bahasa-bahasa lain dan juga menterjemahkan karya besar
4

dunia ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, Faust karya Johann Wolfgang Von Goethe
yang paling awal dikesan pada tahun 1790 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh
Latiff Mohidin dan telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Terdapat beberapa contoh yang boleh dilakukan bagi memartabatkan Kesusasteraan


Melayu meskipun dunia dilanda pandemik COVID-19 iaitu melalui Persatuan Penyair
Malaysia (PENYAIR) telah mengadakan Acara Baca Puisi Dunia: COVID-19 yang
melibatkan seramai 300 orang penyair dari 17 buah negara. Acara yang diadakan serentak
pada jam 8.30 malam waktu negara masing-masing pada 12 April 2020 lalu telah
membangkitkan rantaian suara masyarakat dunia untuk bersama-sama menentang wabak
COVID-19 dan melahirkan penghargaan kepada barisan hadapan. Seterusnya, PENYAIR
juga agak proaktif dengan mengadakan Kempen Duduk Rumah: Membaca dan Menulis
melibatkan beberapa aktiviti seperti penghasilan Antologi COVID-19 dan Resensi Buku
ASEAN yang telah menarik penyertaan sebanyak 3 500 penyertaan. Selain itu mereka juga
sedang giat menjalankan Program Muhibbah Puisi Ramadan Siri 2 dengan menampilkan
seramai 16 orang panel pembicara dalam negara dan nusantara untuk membicarakan hal-hal
puisi dan kepenyairan secara dalam talian.

Selain PENYAIR, terdapat juga badan dan pertubuhan lain yang agak giat
menjalankan aktiviti seperti Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang
mengendalikan forum setiap Jumaat secara dalam talian dengan membariskan ahli panel yang
membincangkan seputar pembacaan dan dunia buku. Persatuan Pemuisi Nasional (PEMUISI)
menganjurkan Baca Puisi Ramadan Dunia dan Persatuan Penulis Johor mengadakan Baca
Puisi Hari Guru ASEAN. Masakini Theatre, melalui laman Facebook (di bawah arahan
Sabera Shaik) telah mengabungkan elemen tradisi wayang kulit yang diberikan nafas baharu
untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui persembahan pelbagai isu semasa.

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam


memartabatkan Kesusasteraan Melayu di peringkat antarabangsa. Peranan institusi sastera
perlu dipertingkatkan bagi membuka peluang lebih banyak kepada masyarakat dalam
menghasilkan karya-karya sastera yang lebih berkualiti. Dalam keadaan pandemik ini,
institusi sastera telah banyak menganjurkan aktiviti ataupun program secara maya bagi
mempertingkatkan semangat berkarya dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan mewujudkan
suasana persahabatan erat dalam kalangan sasterawan dan budayawan di Malaysia, Nusantara
5

dan dunia Melayu dalam membina peradaban dunia berbahasa Melayu yang harmoni dan
dinamik.

SOALAN 2 (a)

Kesusasteraan Melayu telah melalui proses asimilasi dengan kesusasteraan luar seperti
kesusasteraan Hindu, Islam dan Barat. Hal ini kerana kedatangan unsur luar yang berbentuk
kepercayaan, agama dan penjajahan bukan sahaja mempengaruhi cara hidup dan budaya
masyarakat setempat, namun turut mempengaruhi Kesusasteraan Melayu. Kehadiran
pengaruh tersebut telah mewarnai dan membentuk dan memperkayakan kesusasteraan
Melayu seperti hari ini, namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisi yang menjadi identiti
Kesusasteraan Melayu. Perkembangan sesebuah kesusasteraan mempunyai kaitan yang rapat
dengan peranan yang dimainkan oleh pengaruh asing. Pengaruh sama ada yang bersifat
‘inter’ mahupun ‘intra’ sebenarnya saling bertindak sekaligus, ataupun secara timbal balik di
dalam proses perkembangan kesusasteraan berkenaan. Kedatangan barat ke Tanah Melayu
pada sekitar abad ke-16 Masihi bermula dengan penawanan Portugis ke atas Melayu pada
tahun 1511, namun kedatangan Portugis lebih kepada untuk menguasai ekonomi. Manakala
kedatangan penjajah Inggeris bukan sahaja untuk menguasai dan mempengaruhi kebudayaan
Melayu meliputi aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik bahkan sastera.

Apabila Inggeris menduduki Tanah Melayu melalui gerakan politik pada abad ke-18
kesedaran peribumi terhadap peranan kuasa penjajah itu telah mengalami proses penjernihan.
Sumbangan dan unsur kemodenan serta naungan yang lebih halus diberikan oleh British telah
menimbulkan sedikit sebanyak tanggapan positif dalam kalangan peribumi terhadap British,
apatah lagi sekiranya karya itu ditulis oleh orang yang mendapat naungan daripada British.
Hubungan individu dengan Barat sememangnya telah menghasilkan teks yang mengikut
acuan persuratan Barat yang mengutamakan bentuk realisme dan mendefinisikan Barat
dengan imej positif.

Hal ini ketara dalam karya Alaudin, Ahmad Rijaludin dan Abdullah Munsyi
merupakan seorang jurutulis yang berkhidmat dengan pegawai kolonial. Hubungan antara
penjajah Belanda dan Inggeris dengan peribumi tidak harmoni, tetapi pada peringkat individu
hubungannya lebih mesra, sehingga mewujudkan aksi peniruan dari segi penulisan. Corak
hubungan ini penjajah menjadi penyebar ilmu pada tahap epistemologi dan mengekalkan diri
sebagai orang yang cinta akan ilmu pengetahuan dan memiliki keinginan untuk tahu. Oleh
itu, pengarang peribumi Tanah Melayu menerima konsep realisme untuk menyampaikan idea
6

mereka kerana telah terpengaruh dengan persuratan gaya Eropah yang berpaksikan
rasionalisme.

Sehubungan dengan tanggapan ini, contoh pengarang yang telah terpengaruh ialah
Alauddin, anak Ki Demang dari Semangka Sumatera, iaitu pedagang lada hitam dan ejen
kepada Belanda dan Inggeris sekitar hujung abad ke-18. Alauddin telah menulis Hikayat
Nakhoda Muda pada sekitar tahun 1770-an, hasil daripada permintaan sahabatnya, iaitu orang
Inggeris yang bernama Tuan Butter Hunnings. Marsden kemudian menterjemahkan karya itu
dengan judul Memoirs of a Malayan Family pada tahun 1830. Walaupun menggunakan nama
hikayat, kisahnya tidak berisikan cerita dongeng sebagaimana karya sastera tradisional lain,
sebaliknya memuatkan peristiwa yang berlaku semaasa Syarikat Belanda menduduki
Semangka pada tahun 1756-1766. Alauddin memaparkan pengalaman diri dan keluarganya
yang hidup dalam kesusahan sehingga bercerai-berai. Bentuk memoir yang dihasilkan oleh
Alauddin merupakan bentuk pinjaman atau ambilan daripada persuratan Barat.

Kelahiran genre baharu ini memperlihatkan betapa pengaruh Barat telah meresap
dalam jagat persuratan Melayu sebagai bentuk reaksi positif pada tingkat epistemik. Jika
tidak bergaul hidup dengan individu Barat, mungkin teks individualistik seperti ini tidak
terzahir daripada orang Melayu yang secara tradisinya terikat dengan budaya kekitaan dan
hidup selesa dalam lingkungan komunal. Lanjutan daripada itu, dalam dekad yang sama lahir
sebuah lagi karya yang merupakan pembenihan daripada hubungan individu peribumi dengan
individu Barat, iaitu Adat Raja-Raja Melayu yang ditulis dalam tahun 1779 dan kemudian
disunting oleh Abdullah Munsyi sebelum diterbitkan pada tahun 1839. Pengarangnya tidak
diketahui tetapi naskhah ini ditulis atas perintah de Bruyn, Gabenor Belanda di Melaka
(1777-1785). Teks ini mengungkapkan deskripsi terperinci tentang kebiasaan adat istana
Melayu yang mencakup rentang masa dari saat kelahiran sehingga dewasa, dari zaman
lampau sehingga zaman naskhah ini ditulis. Keunikan karya ini berbanding dengan Sulalat al-
Salatin mahupun Bustanus Salatin terletak pada unsur realismenya. Sesuai dengan kehendak
orang Eropah yang menjunjung aliran realisme, menyebabkan karya ini juga telah
meninggalkan unsur mitos.

Sebuah lagi karya yang terhadir daripada hubungan peribumi dengan tradisi dan
individu Barat adalah Hikayat Perintah Negeri Benggala, karangan Ahmad Rijaluddin Ibn
Hakim Long Fakir Kandu ialah India Muslim yang telah bermastautin di Tanah Melayu sejak
beberapa keturunan. Dia bekerja dengan pegawai-pegawai Syarikat Inggeris di Pulau Pinang
7

dalam urusan surat-menyurat dengan orang Melayu di samping menjadi guru bahasa Melayu
kepada mereka. Ahmad Rijaluddin lahir di Kedah sekitar tahun 1780 dan besar kemungkinan
meninggal dunia dalam tahun 1811 ketika berlakunya wabak Taun di Pulau Pinang.

Teks setebal 97 halaman tersebut mendeskripsikan perjalanan Ahmad Rijaludin


dengan Captain Robert Scott dari Pulau Pinang ke Calcutta, India dan tempat-tempat yang
dilawatinya termasuklah petempatan orang Eropah di sepanjang Hooghly, lawatannya ke
sebuah rumah kerajaan bersama-sama dengan Dr. Lydan, catatan ringkas tentang ekspedisi
Lord Minto ke Pulau Mauritus dan diakhiri catatan tentang permulaan ekspedisi Raffles ke
Tanah Melayu. Pengalaman kembara itulah yang ditulis dan kemudian diberi nama Hikayat
Perintah Negeri Benggala. Walaupun gaya penulisannya masih disaluti lenggok bahasa
Melayu lama, isinya sudah keluar daripada konvensi sastera tradisional dan membentuk genre
baharu dalam persuratan Melayu iaitu diari kembara atau travelogue. Genre memoir atau
autobiografi sudah lama lahir dalam persuratan Barat tetapi dalam sejarah persuaran Melayu
inilah teks pemula genre diari kembara. Unsur modeniti yang dibawa dalam teks ini ialah
paparan gambaran kehidupan sebenar atau memenuhi konsep realisme.

Walaupun realisme sudah dimulai oleh Alauddin, pengarang anonim Adat Raja-Raja
Melayu, dan Ahmad Rijaluddin, mereka gagal menerima pengiktirafan sebagai pelopor
sastera Melayu moden. Oleh itu, Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Bapa Sastera
Melayu Moden, iaitu seorang peribumi yang bekerja dengan individu Eropah.
Bagaimanapun, tidak kurang juga anggapan yang mengatakan bahawa Abdullah ialah tali
barut Inggeris kerana tulisannya banyak memuji budaya Inggeris dan mencela kebiasaan
buruk raja-raja Melayu. Hal ini berkemungkinan disebabkan atas dasar mempunyai hubungan
yang erat dengan budaya tulis Barat yang mengangkat realisme, Abdullah telah menyambung
tradisi tersebut sehingga mendapat pengiktirafan yang meluas. Tetapi lebh 100 tahun
kemudian tanggapan itu disanggah oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengiktiraf
Hamzah Fansuri, penyair abad ke-17 sebagai pencetus sastera Melayu moden.

Abdullah bin Abdul Kadir atau Abdul Kadir Munsyi digelar bapa sastera melayu
moden kerana hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik atau gaya penulisan moden
yang lazimnya tidak terdapat dalam karya sastera Melayu tradisional. Tema karya juga tidak
lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan, sebaliknya berlatarbelakangkan
persoalan tentang masyarakat yang hidup di bumi nyata serta mesej-mesej yang berbau kritis,
positif dan progresif. Abdullah Munsyi diiktiraf sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden
8

kerana hasil karya beliau yang meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun
menggunakan ganti nama diri ‘aku’ atau ‘ku’ yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat
bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Berbanding sastera tradisional yang
bersifat kolektif. Karya beliau merupakan penulisan Melayu pertama yang dicetak. Karya
yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah
(1848).

Kesimpulannya, pengaruh Barat telah wujud sejak sebelum munculnya sastera moden
lagi tetapi tidak diperincikan. Imej Barat dalam karya sastera sejarah hanya menjadi titik
hitam yang hadir sebagai pencemar keagungan kesultanan Melayu. Pengaruh yang lebih
ketara dapat dilihat dalam karya realisme yang dihasilkan oleh pengarang peribumi pada abad
ke-19 oleh Abdullah Munsyi baik dari sudut bentuk mahupun pemikirannya yang condong
kepada nilai Inggeris dan Eropah. Menjelang abad ke-20 pengaruh Barat yang didatangkan
dari Perancis melalui Timur tengah semakin menyebar dan membantu perkembangan
persuratan Melayu baik dalam bentuk terjemahan, saduran, mahupun karya asli yang
berpaksikan nilai Barat.

Anda mungkin juga menyukai