Anda di halaman 1dari 1

Fungsi kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam

kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Antara fungsi kesusasteraan ialah sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsurunsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung. Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya. Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat . Karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian. Malah, kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan. Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi . Karya-karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktuwaktu lapang bagi menghilangkan kebosanan.

Anda mungkin juga menyukai