Anda di halaman 1dari 58

1.

PENDAHULUAN Orang Melayu telah menggunakan tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam. Terdapat pelbagai jenis sistem tulisan pernah digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang riwayatnya. Tetapi, mengikut kajian sejarah sistem tulisan Jawi adalah sistem tulisan yang paling lama dan luas digunakan oleh bahasa Melayu. Bersandarkan kepada perkara tersebut, orang Melayu mula menggunakan tulisan Arab atau tulisan Jawi kirakira pada abad ke-3 Hijrah atau abad ke-10 Masihi di Kedah. Kemudian, pada abad ke11 , tulisan jawi ini telah mula digunakan di Phang-Rang (Vietnam), Pahang, Brunei, dan Gerisik di Jawa Timur. Tidak lama selepas itu, tulisan Arab dalam bentuk Jawi Melayu telah wujud pada batu bersurat, prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang sangat banyak jumlahnya. Bukan itu sahaja, bahan bahasa Melayu yang bertulis jawi ini juga boleh didapati pada buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, perubatan dan lain-lain lagi. Istilah tulisan jawi ini telah digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam. Selain daripada itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), istilah tulisan jawi ini dikenali dengan nama tulisan Melayu huruf Arab ataupun Tulisan Melayu Arab di Indonesia. Tulisan jawi telah mengalami evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk huruf yang membinanya. Evolusi sistem tulisan jawi ini dapat di banding bezakan melalui Kitab Pengetahuan Bahasa hasil karya Raja Ali Haji pada tahun 1859 dengan Kitab Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan pada tahun 1996 oleh Dewan Bahawa dan Pustaka (DBP). Tulisan Jawi ini telah mengalami berbagai-bagai-bagai peringkat perubahan dan perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya. Berdasarkan perkembangan tulisan jawi ini, asal usul kedatangan sistem tulisan ini dalam sesuatu kelompok atau masyarakat itu dapat dikaji melalui bidang etimologi. Bidang ini merupakan satu bidang yang penting dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), etimologi merupakan cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Konsep bahasa purba dan salasilah bahasa, yakni konsep yang asasi dalam perkembangan ilmu linguistik moden hanya tercapai dengan menerapkan pendekatan etimologi. Oleh itu, berdasarkan pendekatan etimologi ini cara pemilihan istilah bahasa Melayu dapat

dipilih dengan jelas dan tepat. Selain itu, bidang penterjemahan dari segi penguasaan serta penerokaan proses, kaedah dan teknik penterjemahan adalah amat penting bagi mengenal bentuk tulisan dalam manuskrip klasik dan proses pemilihan istilah bahasa Melayu untuk pembentukan kamus. Justeru itu, secara berpasangan atau bertiga, para pelajar Pengajian Melayu PISMP Ambilan Januari 2011 dikehendaki untuk menghuraikan perbezaan Sistem Tulisan Jawi Klasik yang ditulis oleh Raja Ali Haji dalam buku Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain daripada itu, para pelajar juga perlu menerangkan cara pemilihan istilah bahasa Melayu dalam kamus berdasarkan pendekatan etimologi. Bukan itu sahaja, tugasan ini juga meliputi penyataan tentang kaedah dan proses penterjemahan dengan memberikan huraian lengkap satu teknik penterjemahan. Tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh enam minggu.

2.0

SISTEM TULISAN JAWI Salah satu pengaruh agama Islam yang telah meresap dalam alam Melayu ialah tulisan jawi. Tulisan jawi ini telah dikenali sebagai tulisan Melayu, tetapi menggunakan hurufhuruf Arab. Pada awal kedatangan Islam di Tanah Melayu, penggunaan tulisan jawi ini boleh ditemui pada batu bersurat, manuskrip-manuskrip lama, surat-surat perjanjian dan lain-lain. Pada masa kini, terdapat dua rujukan tulisan jawi yang boleh digunakan iaitu Kitab Pengetahuan Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBP. 2.1 Sistem Tulisan Jawi Kitab Pengetahuan Bahasa

Kitab Pengetahuan Bahasa telah dihasilkan pada tahun 1859 Masihi oleh Raja Ali Haji. Raja Ali Haji dilahirkan tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Kitab Pengetahuan Bahasa ini merupakan sebuah kamus Melayu. Bahagian awal bagi Kitab Pengetahuan Bahasa ini telah membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun begitu tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian perkataan ca. Kitab Pengetahuan Bahasa ini hanya tamat ditulis sehingga abjad ( ca) iaitu abjad keenam dalam jawi tetapi merangkumi 465 halaman. Selain daripada itu, pada 32 halaman awalnya, Kitab Pengetahuan Bahasa mengandungi keterangan mengenai tatabahasa Arab yang cuba diterapkan dalam bahasa Melayu. Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan kaedah dalam Bahasa Arab. Berdasarkan Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji ini, penggunaan titik abjad ( ga) adalah lebih sempurna berbanding dengan manuskrip Bustan A-Katibin yang telah dikaji oleh beliau. Perbezaan ketara yang terdapat dalam kedua-dua kitab ini ialah kebanyakan titik bagi abjad ( ga) tidak lagi digunakan dalam manuskrip Bustan Al-Katibin ini. Selain itu, bagi sejumlah perkataan yang bersuku kata akhir tertutup, Raja Ali Haji lebih gemar menggunakan abjad vokal. Hal ini adalah mungkin bertujuan untuk, mengelakkan kesamaran dan percanggahan seperti mana yang telah dianjurkan dalam kaedah Jawinya. Raja Ali Haji menamakan abjad alif, wau dan ya apabila digunakan untuk huruf vokal. Contoh penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir tertutup adalah seperti berikut :

Padanan Rumi orang pahlawan gandum tidur

Ejaan Jawi Kitab Pengetahuan Bahasa

Selain daripada itu, penggunaan titik ( pa), iaitu tiga titik yang terdapat di dalam Bustan Al-Katibin tidak dibezakan dengan titik ( fa) iaitu dengan satu titik. Oleh itu, hal ini membawa maksud bahawa Kitab Pengetahuan Bahasa masih menggunakan abjad titik ( fa) iaitu dengan satu titik bagi perkataannya. Hal ini berbeza dengan ejaan abjad ( pa) yang terdapat dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan kerana, dalam buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini huruf ( pa) telah pun menggunakan tiga titik pada abjadnya. Sebagai tambahan lagi, dalam Kitab Pengetahuan Bahasa banyak abjad ( qaf) bersilih ganti dengan abjad ( hamzah) pada akhir kata. Sebagai contoh :

ayak onak adik

Menurut Zaba sistem ejaan jawi yang digunakan oleh Raja Ali Haji merupakan a strange mixture of modern and his own terutamanya apabila dia menggunakan irab. Tanda irab merupakan baris-baris Arab secara terbalik atau diubahsuaikan untuk menandakan sebutan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, hal ini telah bermaksud bahawa dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, sistem ejaan jawi adalah melibatkan pencampuran daripada elemen-elemen yang ganjil selain daripada apa yang telah dikaji oleh Raja Ali Haji itu sendiri. Secara umumnya juga, Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji ini menggunakan banyak sistem ejaan lama selain telah menggunakan tanda baris bagi membunyikan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu, abjadabjad tulisan jawi yang digunakan dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ini juga turut mengalami perubahan berbanding dengan manuskrip Bustan Al-Katibin yang turut diteliti oleh Raja Haji Ali.

2.2

Sistem Tulisan Jawi Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBP

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan pada masa sekarang ialah sistem yang terkandung dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan ini telah diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 untuk edisi yang pertama. Kemudian, pada tahun 1987 edisi kedua diterbitkan dan diikuti dengan terbitan edisi ketiga pada tahun 1993. Sistem tulisan jawi ini merupakan satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dan disempurnakan daripada buku Kaedah Ejaan Jawi yang telah digunakan sebelum buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan ini digunakan. Buku Kaedah Ejaan Jawi ini pula, berasaskan kepada Kaedah Ejaan Jawi Zaba sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi tahun 1949.

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Kemudian, hasil rumusan daripada konvensyen tersebut, buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Setelah itu, semua maklumat tersebut akan disemak dan disahkan oleh beberapa orang Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 hingga1994. Selain daripada itu, Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini juga merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan maklumat-maklumat dalam pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989

Rajah 1 : Terbitan Buku-Buku Panduan Ejaan Jawi 5

Menurut Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tulisan jawi adalah sejenis sistem tulisan yang ditulis dari kanan ke kiri. Sistem, tulisan ini tidak mempunyai hukum huruf besar dan huruf kecil. Bagi tulisan jawi ini, perubahan bentuk huruf-huruf dapat dilihat apabila ditulis secara tunggal atau berangkai. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti yang berikut :

Huruf Jawi

Nama Alif Ba Ta ta marbutah sa [tha] Jim Ca a],ha [h kha [khO] Dal zal [dhal] ra [rO] zai sin syin Od],sad [s Od],dad [d O],ta [t O],za [z ain [ain] ghain nga fa 6

Padanan Rumi a b t t/h s, (th) j c h, (h) kh d z, (dh) r z s sy, (sh) s, (s) d, (d) t, (t) z, (z) awal: a, i, u akhir: k, () gh ng f

pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha hamzah ya ye [ye] ny

P k, q, (q) k g l m n w, u, o v h awal: gugur akhir: k, () y, i, e taling e pepet akhir ny

Jadual 1 : Huruf-huruf Jawi dan Padanan Rumi buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Oleh itu, secara amnya sememangnya tulisan jawi pada masa kini merupakan tulisan jawi yang mengikut sistem buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malahan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengehendaki Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini digunakan di seluruh negara seperti yang dinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 seperti di bawah: ...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara... (Kementerian Pelajaran Malaysia)

2.2.1

Bentuk Huruf dan Cara Penulisan

Berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini, huruf-huruf jawi yang disenaraikan telah dipecahkan kepada tiga kelompok utama iaitu :

Kelompok A

Kelompok B

Kelompok C

(i) Kelompok A

Ciri-ciri

Contoh biar - Huruf ( ) tidak boleh dirangkaikan dengan ( ) bola Huruf ( ) tidak boleh dirangkaikan dengan ( )

1) Tidak boleh dirangkaikan dengan huruf-huruf selepasnya.

ada - 2) Perkataan yang terbina oleh huruf-huruf dalam kelompok ini tidak boleh ditulis berangkai. dara - deru - duda -

3) Huruf-huruf dalam kelompok ini boleh dirangkaikan sebelumnya dengan hurufhuruf dalam kelompok B sahaja

baru Huruf ( ) dirangkaikan dengan sebelumnya. tidak huruf dirangkaikan dengan sebelumnya

Jadual 2 : Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok A. 8

(ii) Kelompok B Ciri-ciri Contoh debar Huruf tidak boleh dirangkaikan dengan huruf sebelumnya. kupas Huruf tidak boleh dirangkaikan dengan huruf sebelumnya.

1) Tidak boleh dirangkaikan sebelumnya dengan hurufhuruf kelompok A.

kakuHuruf boleh dirangkaikan dengan 2) Huruf-huruf boleh dirangkaikan huruf dan selepasnya selepasnya dengan huruf tertawahuruf dalam kelompok A. Huruf boleh dirangkaikan dengan huruf dan selepasnya

3) Perkataan-perkataan yang terbina dalam kelompok ini boleh ditulis berangkai.

sembahyang pimpin gambir jambangan

Jadual 3: Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok B.

(iii) Kelompok C Ciri-ciri Contoh

1) Huruf dalam kelompok ini boleh hadir di awal perkataan dan ditulis dengan tidak dirangkaikan dengan huruf-huruf lain selepasnya. Dalam penulisan, huruf ini mestilah diletakkan separas dengan huruf-huruf lain.

- Ng - Ong

2) Jika huruf ini hadir di tengah sesuatu rangkaian perkataan, perlulah disediakan rumah untuknya dan dirangkaikan dengan huruf-huruf sebelumnya atau selepasnya. masalah malaikat chng

3) Huruf ini hendaklah ditulis bersendirian dan letaknya separas dengan huruf-huruf lain apabila huruf ini bertugas sebagai pemisah di antara dua bunyi vokal.

- (ai) aising - (au) aur - (ui) buih

4) Kata-kata pinjaman bahasa Arab atau istilah yang mengandungi huruf hendaklah ditulis seperti kedudukan dalam bahasa asalnya. - wudu - ambiya - mamum

Jadual 4: Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok C.

2.2.2

Pelambangan Vokal

Sistem tulisan jawi mempunyai perlambangan vokal yang sedikit. Oleh itu, dalam sistem ejaan jawi pada masa kini, terdapat empat huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan bunyi-bunyi vokal iaitu [a], [e], [], [i], [o] dan [u]. Lambanglambang yang digunakan ialah alif [ ] , ya [ ] , dan wau [ ] . Berikut merupakan cara-cara perlambangan huruf vokal dalam sistem tulisan jawi:

10

(i)

Vokal a Terdapat dua cara bagi membunyikan vokal a dalam sistem tulisan jawi ini. Cara-cara tersebut ialah : Cara Pertama vokal [a] dilambangkan dengan huruf alif ( ) apabila membuka suku kata atau terletak suku kata terbuka. Contoh - satu - pasu - angkat Jadual 5 : Pelambangan Vokal (a) - kembang - lambang - songsang Cara Kedua vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf alif apabila hadir di suku kata tertutup

(ii)

Vokal i Terdapat dua cara untuk membunyikan vokal i dalam sistem ejaan tulisan jawi. Contohnya ialah : Cara Pertama Dilambangkan Jika hadir di awal perkataan Cara Kedua Dilambangkan oleh kata tertutup Contoh - ikan - isi - imbas Jadual 6 : Pelambangan Vokal (i) - dinding - kiri - ganding jika hadir

pada suku kata terbuka atau suku

(iii)

Vokal e Dalam fonem bahasa Melayu, vokal e melambangkan dua sebutan vokal iaitu e-pepet [] dan e-taling [e]. Cara perlambangan kedua-dua vokal e ini adalah seperti berikut :

11

(a) Vokal e-pepet [] Cara Pertama Dilambangkan dengan huruf alif ( ) jika hadir di awal perkataan Contoh - emak - emping - embun Jadual 7 : Pelambangan Vokal (e) bagi bunyi vokal e-pepet [] - tempat - tendang - gendang Cara Kedua tidak dilambangkan apabila hadir pada suku kata tertutup

(b) Vokal e-taling [e] Cara Pertama Dilambangkan jika hadir di awal perkataan Contoh - elok - enak - enjak - leceh - becak - dendang Cara Kedua Dilambangkan oleh jika hadir

pada suku kata terbuka atau suku kata tertutup

Jadual 8 : Pelambangan Vokal (e) bagi bunyi vokal e- taling [e] (iv) Vokal o Terdapat dua cara dalam perlambangan vokal (o). Cara perlambangan vokal (o) ini adalah seperti berikut :

12

Cara Pertama

Cara Kedua Dilambangkan oleh

Dilambangkan jika hadir di awal perkataan

jika hadir

pada suku kata terbuka atau suku kata tertutup

Contoh - ombak - orang - oleh Jadual 9 : Pelambangan Vokal (o) - kota - goda - pidato

(v)

Vokal u Terdapat dua cara dalam perlambangan vokal (i). Cara perlambangan vokal (i) ini adalah seperti berikut : Cara Pertama Cara Kedua Dilambangkan oleh

Dilambangkan jika hadir di awal perkataan

jika hadir

pada suku kata terbuka atau suku kata tertutup

Contoh - ubat - udara - utus Jadual 10 : Pelambangan Vokal (o) - suku - duku - tuang

13

2.2.3

Pelambangan Diftong

Huruf ini hendaklah ditulis bersendirian dan letaknya separas dengan huruf-huruf lain apabila huruf ini bertugas sebagai pemisah di antara dua bunyi vokal. Vokal yang terkandung dalam kumpulan diftong ialah [ai] [oi] dan [au]. (a) Diftong [ai] dilambangkan dengan dua cara yang berikut : (1) Huruf alif-hamzah-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya seperti berikut: Ejaan Jawi Aising Aileron Kiai Padanan Rumi

(2) Huruf alif-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di tengah kata atau di akhir kata. Contohnya : Ejaan Jawi Baiduri Kailan Serai Jadual 11 : Pelambangan Vokal (o) Padanan Rumi

(b) Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut : (1) Huruf alif-hamzah-wau digunakan apabila diftong [au] berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Misalnya : Ejaan Jawi Audio Automatik audit 14 Padanan Rumi

(2) Huruf alif-wau digunakan apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di akhir kata. Misalnya : Ejaan Jawi saudara Baucar Tauge Jadual 12: Pelambangan Vokal (o) Padanan Rumi

(b) Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut : (1) Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di awal kata. Contohnya : Ejaan Jawi oidium (2) Huruf wau-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di akhir kata. Contohnya : Ejaan Jawi boikot sekot kaloi Padanan Rumi Padanan Rumi

Jadual 13 : Pelambangan Vokal (o)

15

2.2.4

Pelambangan Konsonan

Sejumlah 34 huruf (daripada 36 huruf - tidak termasuk alif dan ye serta wau dan ya yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa Melayu adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang satu lawan satu antara huruf dengan fonem konsonan. Huruf ( va) digunakan sebagai lambang fonem atau bunyi [v] yang terdapat dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Misalnya : Ejaan Jawi Padanan Rumi variasi video universiti

Huruf ( qaf) digunakan sebagai lambang bagi semua bunyi hentian glotis [] di akhir kata jati bahasa Melayu. Misalnya : Ejaan Jawi Padanan Rumi budak naik pokok

Huruf ta-marbutah iaitu ( huruf ta simpul) dalam kata serapan daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan sekiranya kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna. Contoh : Ejaan Jawi Padanan Rumi akibah/akibat hidayah/hidayat musibah/musibat

16

2.2.5

Pengejaan Kata Dasar Ekasuku

Dalam Daftar Ejaan Jawi Rumi Zaba, ejaan bagi kata dasar ekasuku ini sudah seragam. Oleh yang demikian itu, tiada keselarasan atau perubahan yang perlu dilakukan. Contoh bagi kata dasar ekasuku ialah : (a) (b) (c) (d) am bab khas hal _ _ _

2.2.6

Pengejaan Kata Pinjaman daripada Bahasa Arab

Terdapat beberapa kategori pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Arab. Kategori-kategori tersebut ialah :

(a)

Kata-kata pinjaman yang merupakan istilah agama Islam hendaklah dieja seperti ejaan Arab yang asal. Contohnya : wudu wuquf tayammum sujud zakat _ _ _ _

(b)

Kata-kata pinjaman Arab yang sudah diserap menjadi kata-kata umum dalam bahasa Melayu hendaklah dieja mengikut bunyi bahasa Melayu. Contohnya : sabun ahli izin peduli kertas -

Bunyi vokal [a], [i], atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis dengan huruf alif, ya atau wa pada kata serapan yang digunakan dengan pengertian umum. Misalnya :

17

arif al-arif hakim al-hakim

2.2.7

Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris

Bagi pengejaan kata serapan daripada bahasa Inggeris, situasi-situasi yang berikut perlulah diberi perhatian:

(a) Kata-kata yang merupakan istilah hendaklah ditransliterasikan daripada ejaan rumi Bahasa Melayu. Contohnya : Ejaan Jawi Padanan Rumi abstrak geometri psikologi

(b) Kata-kata pinjaman yang sudah merupakan kata-kata umum dalam bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu. Contohnya : Ejaan Jawi Padanan Rumi bus faktor stesen

2.2.8

Penulisan Kata Ulang

Dalam sistem ejaan jawi ini, penulisan kata ulang hendaklah dibuat seperti pada ejaan rumi iaitu diulang-ulang kata tersebut dan diberi sempang. Rentetan itu, tanda () untuk menunjukkan pengulangan pada daftar Zaba telah dihapuskan. Contohnya : Ejaan Lama kupu-kupu buah-buahan Ejaan Baru

18

2.3

Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Tulisan Jawi yang kita lihat pada hari ini adalah berbeza ejaannya berbanding ejaan Jawi pada suatu masa dahulu. Ejaan Jawi kini telah banyak melalui perubahan mengikut arus peredaran zaman. Jawi kini mengalami evolusi kerana berbanding zaman dahulu, ejaan Jawi kini perlu menyaingi ejaan Melayu moden (Rumi) dengan pelbagai istilah moden, terutamanya dalam sains dan teknologi yang banyak menggunakan kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Daripada Jawi lama pengaruh Arab yang menggunakan baris, kini ejaan Jawi moden telah menggantikan baris tersebut dengan huruf vokal atau dipanggil sebagai huruf saksi, iaitu alif, wau dan ya.

Perubahan daripada Jawi lama kepada Jawi moden hari ini memerlukan satu transliterasi mesin yang cekap agar hasilnya lebih tepat. Kajian ini melihat kepada isuisu yang terdapat di dalam transliterasi mesin manuskrip Melayu yang menggunakan ejaan Jawi lama kepada Jawi baru. Di antara isu yang cuba diketengahkan di sini adalah perkataan Jawi lama yang homograf, perkataan yang dieja secara bersambung, penggunaan huruf yang tidak konsisten, kedudukan huruf yang berubah-ubah dan pelbagai lagi. Semua isu ini perlu ditangani dalam membangunkan transliterasi mesin Jawi lama kepada baru.

Oleh itu, kami telah melaksanakan analisis bagi mengenal pasti perbezaan sistem tulisan jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji dengan Pedoman Ejaan Jawi yang telah disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 10 perbezaan yang telah dikenal pasti seperti yang tertera di bawah ini: 2.3.1 Perlambangan Vokal

Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji, beliau telah menggunakan tanda baca seperti baris atas, bawah dan depan untuk membezakan bunyi setiap huruf bagi perkataan yang ditulisnya. Hal ini juga menjadi perlambangan sebutan vokal dalam perkataan. Meskipun setiap perkataan turut hadir dengan huruf vokal seperti `alif`, wau` dan `ya`, namun Raja Ali Haji tetap menggunakan tanda baca bagi membunyikan huruf-huruf dalam perkataan tersebut. Walaupun penggunaan ini tidak terlalu ketara, 19

namun turut digunakan beberapa kali oleh Raja Ali Haji dalam penulisannya sebagai contoh untuk perkataan yang bertanda depan iaitu perkataan jamu untuk membunyikan sebutan `u`. Contohnya dapat dilihat dalam Kitab Pengetahuan Bahasa halaman 416 iaitu:

Gambar 1: Petikan halaman 416 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859) Jika dilihat pada perkataan jamu di atas, tanda baris atas digunakan untuk membunyikan suku kata ja. Selain itu, suku kata mu juga turut diletakkan baris depan yang turut sama dibunyikan dalam sebutan bahasa Melayu. Walaupun begitu, tidak semua perkataan diletakkan tanda baris sama ada baris atas, bawah dan depan.

Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tanda baris tidak lagi digunakan sebagai perlambangan vokal. Kita dapat melihatnya dengan pada contoh halaman tujuh pada perkataan elok, enak dan enjak di bawah. Ternyata dengan jelas bahawa, vokal tidak lagi digandingkan dengan tanda baris bagi membunyikan hurufhuruf vokal tersebut.

Gambar 2: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 20

2.3.2 Sistem

Perlambangan Konsonan tulisan jawi dalam Kitab Pengetahuan Bahasa sememangnya

menggunakan sistem ejaan jawi klasik. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat dari segi penggunaan huruf jawi `fa` yang mewakili ejaan bagi sebutan bahasa Melayu `pa`. Contohnya bagi perkataan ceper dan juga celupar di bawah ini:

Gambar 3: Petikan halaman 365 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859) Jika kita melihat gambar di atas, perkataan ceper dan celupar masih menggunakan huruf jawi fa. Penggunaan tulisan seperti ini menunjukkan bahawa Kitab Pengetahuan Bahasa masih lagi menggunakan sistem tulisan jawi klasik yang menggunakan sistem ejaan lama. Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, huruf jawi pa telah mula digunakan bagi menggantikan fa. Kita dapat melihat dengan jelas pada contoh halaman 14 di bawah. Perkataan-perkataan seperti perli, pergi, perdu, dan perlu, huruf konsonan p telah dieja dengan menggunakan huruf jawi pa tidak lagi fa.

Gambar 4: Petikan halaman 14 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 21

2.3.3

Hentian Glotis

Seterusnya, perbezaan antara Sistem Tulisan Jawi dalam Kitab Pengetahuan Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ketara dan dapat dilihat dengan jelas ialah bagi aspek hentian glotis. Bagi Kitab Pengetahuan Bahasa yang ditulis oleh Raja Ali Haji, kebanyakan perkataan yang berakhir dengan hentian glotis akan dieja dengan menggunakan huruf hamzah, kaf atau qaf seperti perkataan pokok di bawah. Perkataan pokok yang diakhiri dengan hentian glotis dieja dengan huruf hamzah.

Gambar 5: Petikan halaman 403 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859) Walau bagaimanapun huruf qaf, kaf dan hamzah tetap digunakan di akhir kata serapan daripada bahasa Arab seperti dalam ejaannya yang asal mengikut Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya:

Gambar 6: Petikan halaman 9 dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) 22

Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, huruf qaf telah digunakan bagi menggantikan huruf hamzah pada semua perkataan bahasa Melayu yang berakhir dengan huruf konsonan k. Kita dapat melihat dengan jelas pada contoh perkataan baik, naik dan pokok di bawah.

Gambar 7: Petikan halaman 26 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 2.3.4 Pertukaran Ta Marbutah ( )kepada Ta ()

Selanjutnya, perbezaan yang boleh dilihat setelah dianalisis ialah pertukaran ta marbuta( )kepada ta (). Raja Ali Haji menggunakan ta marbutah ( )bagi setiap perkataan yang berakhir dengan fonem t. Setiap hujung perkataan yang diakhiri dengan fonem t, akan ditulis dengan menggunakan huruf tamarbutah pada setiap perkataan tersebut. Contoh yang jelas dapat dilihat pada perkataan bulat di bawah ini.

Gambar 8: Petikan halaman 440 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859) 23

Seterusnya, bagi perkataan sempat dan tempat di bawah ini tidak lagi dieja dengan menggunakan Pta marbutah (). Sebaliknya, kedua-dua kata ini dieja dengan menggunakan ta ().

Gambar 9: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 2.3.5 Pengguguran ( )pada huruf ( )

Di samping itu, terdapat perbezaan lain yang dikenal pasti antara Kitab Pengetahuan Bahasa dan juga Buku Pedoman Ejaan Jawi bagi pengejaan perkataan yang mengandungi huruf ( )di atas huruf (). Raja Ali Haji telah menetapkan syarat pengejaan terhadap beberapa perkataan supaya diletakkan ( ) di atas huruf (). Contoh bagi petikan di bawah ialah pada perkataan iaitu, perkataan, perbuatan dan juga pendengaran.

Gambar 10: Petikan halaman 416 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859)

Namun

begitu,

dalam

buku

Pedoman

Ejaan

Jawi

yang

Disempurnakan DBP, kebanyakan perkataan yang bukan kata pinjaman atau serapan, huruf hamzah di atas huruf alif akan digugurkan. Contoh yang jelas dapat dilihat pada perkataan emak, emping, embun dan juga empat di bawah: 24

Gambar 11: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986)

2.3.6

Penggunaan Diftong

Diftong dalam bahasa Melayu terdiri daripada tiga jenis iaitu au, oi dan juga ai. Oleh yang demikian, Raja Ali Haji dalam Kitab Pengetahuan Bahasa telah menggariskan prinsip pengejaan supaya hanya menggunakan tanda baris sahaja pada perkataan diftong sama ada baris atas atau depan. Contoh perkataan cabai di bawah ini, beliau hanya meletakkan baris atas supaya perkataan itu dapat dibaca dan difahami dengan baik oleh pembaca.

Gambar 12: Petikan halaman 463 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859)

Namun begitu, pengejaan perkataan yang mempunyai diftong tidak lagi digandingkan dengan tanda baris atau depan dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP. Walau bagaimanapun, pengejaan perkataan-perkataan yang mengandungi diftong akan

ditambahkan huruf alif agar tidak keliru dengan pengejaan perkataan yang serupa tetapi berlainan maknanya seperti contoh di bawah ini.

25

Gambar 13: Petikan halaman 28 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 2.3.7 Penulisan Kata Ulang

Bagi aspek yang terakhir iaitu penulisan kata ulang juga mempunyai perbezaan yang ketara antara pengejaan dalam Kitab Pengetahuan Bahasa dan Buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP. Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, penulisan kata ulang berimbuhan akan ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Arab iaitu minuman-minuman di bawah.

( )

seperti perkataan tumbuh-tumbuhan dan

Gambar 14: Petikan halaman 440 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859)

Namun begitu,

dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

disempurnakan DBP telah menyatakan bahawa tanda angka dua Arab iaitu

()dihapuskan

dan dieja penuh seperti yang dapat dilihat dengan

pada contoh-contoh perkataan di bawah. Tiada lagi penggunaan angka dua Arab digunakan bagi penulisan kata ulang. 26

Gambar 15: Petikan halaman 35 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986) 2.3.8 Pemisahan Partikel yang

Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji, beliau telah menulis perkataan yang bersambung dengan perkataan yang lain seperti yang tertera pada contoh di bawah iaitu frasa orang yang. Namun, penulisan perkataan yang bagi sistem tulisan jawi sekarang tidak ditulis secara bersambung dengan perkataan yang lain.

Gambar 16: Petikan halaman 328 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859) Pengguguran Huruf Hamzah ( )pada Huruf Kaf ()

2.3.9

Kebanyakan perkataan yang mengandungi huruf ( )pada sistem ejaan jawi lama dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji ditulis dengan huruf ( ) iaitu ditambah huruf Hamzah ( ). Contoh perkataan di bawah ialah cuka.

27

Gambar 17: Petikan halaman 450 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859)

Setelah dikaji dan dianalisis berdasarkan sistem tulisan jawi sekarang, huruf hamzah ( )pada huruf kaf ( )digugurkan dan ditulis seperti contoh perkataan bingka di bawah.

Gambar 18: Petikan halaman 15 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP (1986)

2.3.10 Penambahan Huruf Vokal Alif (), Wau ( )dan Ya () Berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan, kami mendapati perbezaan yang jelas dapat dilihat pada aspek penambahan huruf vokal pada huruf vokal alif (), wau ( )dan ya ().Contoh perkataan yang ditulis oleh Raja Ali Haji dalam karyanya Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu segala dan sesuatu. Berdasarkan sistem ejaan Jawi lama, huruf vokal alif ( ), wau ( )dan ya ( )ini tidak ditambah pada kebanyakan perkataan berbanding buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

28

Gambar 19: Petikan halaman 321 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji (1859)

Oleh itu, berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap kedua-dua kitab Pengetahuan Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) terdapat banyak perbezaan yang ketara dalam sistem tulisan jawinya. Secara umumnya, semua perbezaan ini dapat dilihat menerusi pelambangan vokal, pelambangan konsonan, pertukaran Ta Marbutah ( )kepada Ta (), penggunaan ( ) pada huruf ( ) , hentian glotis, penggunaan diftong, penulisan kata ulang dan pemisah partikel yang. 2.5 Rumusan Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Berdasarkan perbezaan-perbezaan yang telah dianalisis dan dinyatakan seperti di atas, rumusan perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah :

29

No

Perkara

Kitab Pengetahuan Bahasa Menggunakan tanda baca seperti baris atas, bawah dan depan untuk membezakan bunyi setiap huruf bagi sesuatu perkataan

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Perlambangan 1 vokal dengan pengguguran baris pada perkataan

Tanda baris tidak lagi digunakan sebagai perlambangan vokal

Pelambangan konsonan dengan 2 penggunaan huruf pa ( ) dan fa ()

Masih lagi menggunakan sistem tulisan jawi klasik yang menggunakan sistem ejaan lama. Bunyi vokal pa masih menggunakan huruf jawi fa dari segi ejaannya. Perkataan yang berakhir dengan hentian glotis akan dieja dengan menggunakan huruf hamzah, kaf atau qaf huruf qaf telah digunakan bagi menggantikan huruf hamzah pada semua perkataan bahasa Melayu Namun, huruf qaf, kaf dan hamzah tetap digunakan di akhir kata serapan daripada bahasa Arab seperti dalam ejaannya yang asal yang berakhir dengan huruf konsonan k huruf jawi pa ( ) telah mula digunakan bagi menggantikan fa ()

Hentian Glotis iaitu penukaran hamzah 3 ( ) dengan qaf ( )

seperti perkataan pokok.

Pada masa kini, setiap Pertukaran Ta 4 Marbutah () kepada Ta () Ta marbutah ( )ditulis bagi setiap perkataan yang berakhir dengan fonem t. perkataan yang berakhir dengan fonem t tidak lagi menggunakan Ta marbutah ( )tetapi ditukar dengan Ta ().

30

Syarat pengejaan terhadap beberapa perkataan supaya 5 Penggunaan ( ) pada huruf ( ) diletakkan ( ) di atas huruf (). Contohnya pada perkataan iaitu dan perkataan. Kebanyakan perkataan yang bukan kata pinjaman atau serapan, huruf hamzah ( ) di atas huruf alif (). akan digugurkan

Prinsip pengejaan menggunakan tanda baris sahaja pada perkataan 6 Penggunaan diftong diftong sama ada baris atas atau depan supaya perkataan itu dapat dibaca dan difahami dengan baik oleh pembaca.

tidak lagi digandingkan dengan tanda baris atau depan dalam Buku ditambahkan huruf alif ( ) agar tidak keliru dengan pengejaan perkataan yang serupa tetapi berlainan maknanya

Penulisan kata ulang 7 penulisan kata ulang berimbuhan akan ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Arab iaitu

Tanda angka dua Arab iaitu ()dihapuskan dan dieja penuh

( )

Berdasarkan sistem ejaan Jawi lama, huruf vokal alif ( ), Penambahan huruf 8 vokal ya ( ) , wau ( ) dan alif ( ) wau ( )dan ya ( )ini tidak ditambah pada kebanyakan perkataan Contohnya perkataan segala dan sesuatu. Kebanyakkan perkataan ditambah huruf vokal alif (), wau ( )dan ya () dalam ejaan jawi yang baru.

31

Sistem ejaan jawi lama ditulis Penguguran huruf 9 hamzah ( ) pada huruf kaf ( ) dengan huruf ( ) iaitu ditambah huruf Hamzah ( ) di atas huruf () . Contoh perkataan di bawah ialah cuka. Pada masa kini, huruf hamzah ( )pada huruf kaf ( )digugurkan. Contoh perkataan bingka .

menulis perkataan yang bersambung dengan Pemisah partikel yang perkataan yang lain seperti yang tertera pada contoh di bawah iaitu frasa orang yang.

Perkataan yang dalam sistem tulisan jawi sekarang tidak ditulis secara bersambung dengan perkataan yang lain.

10

Jadual 14 : Rumusan Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

32

3.0

PEMILIHAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM KAMUS Pada abad yang ke-19, etimologi dianggap sebagai tugas yang paling mulia untuk para sarjana bahasa. Konsep bahasa purba dan salasiah bahasa yakni konsep yang asasi dalam perkembangan ilmu linguistik moden, hanya dicapai dengan menerapkan pendekatan etimologi. 3.1 Konsep Etimologi

Secara umumnya, etimologi atau asal usul kata merupakan satu aspek yang penting dalam sesebuah kamus. Bagi kebanyakan kamus ekabahasa pemasukan unsur etimologi kadangkala bukanlah satu kemestian. Hal ini kerana penuntutan suatu penyelidikan yang rapi dan wawasan ilmu yang gigih perlu untuk menelurusi unsur serapan bahasa asing atau bahasa serumpun dalam bahasa asli.

Jika dilihat dalam kamus dewan edisi keempat, etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Bagi mengetahui etimologi sesuatu perkataan, kita perlu mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Kata etimologi sendiri berasal daripada bahasa yunani yang bermaksud ilmu yang mencari kebenaran. Pada zaman Yunani Kuno, dipercayai bahawa makna yang paling tua adalah makna yang benar, seakan erti yang diberi pada sesuatu kata meleset daripada erti yang tepat. Walaubagaimana pun, anggapan kuno ini tidak diterima lagi kerana konsep falsafah yang melatarinya sudah lenyap.

Menurut tokoh Bynon, (1997), beliau menyebut bahawa etimologi ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang edaran zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua atau seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman, sehingga mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupi rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu.

Dengan

landasan

definisi

ini,

dapatlah

disimpulkan

bahawa

etimologi

menyangkut tiga persoalan utama yang dapat dirumuskan dalam rajah di bawah:

33

Etimologi melibatkan masalah bentuk dan makna

Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata segala senarai kata dan kata daftar kata asing masih belum mencukupi yakni belum menangani tugas etimologi. perubahan bahasa merupakan sejenis proses yang hidup yang berakar pada masyarakat yang berubah-rubah (faktor yang mempengaruhi perubahan bunyi kata)

Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata etimologi tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja. kajian kata pinjaman itu termasuk dalam etimologi tetapi etimologi lebih besar daripada itu. secara umumnya, etimologi yang tulen memberi tekanan yang sama berat dua unsur iaitu kata asli dan kata asing.

Dua syarat penentuan etimologi iaitu: syarat formal atau syarat bentuk, iaitu kesepaduan bunyi kata itu, mesti teratur syarat semantik atau syarat maknawi iaitu perkembangan makna kata itu, mesti munasabah.

Rajah 2: Persoalan dalam Etimologi 3.2 Prinsip Etimologi

Sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan, beberapa prinsip harus dikemukakan iaitu keseimbangan bentuk dan makna, terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta bidang cakupan etimologi yang merangkumi kata warisan dan kata pinjaman.

Prinsip Kata Kembar Etimologi a) Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada sumber yang sama. b) Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam rumpun atau keluarga bahasa lain. c) d) Terdapat kata pinjaman antara dialek yang menghasilkan kata kembar etimologi. Contoh: kerja karya Kegiatan melakukan sesuatu Buatan atau ciptaan seni 34

Prinsip Etimologi Rakyat a) Suatu usaha memberi peringatan baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata atau morfem yang sudah lazim. b) Kadangkala seseorang individu menciptakan etimologi untuk sesuatu kata dengan mereka-reka sejarah atau mempercayai persamaan palsu. c) Contoh: Ada yang berpendapat kata itu berasal daripada kinabalu frasa 'balu Cina' kerana kononya dahulu ada orang Cina yang meninggal di sana.

Prinsip Hiperkoreksi a) Kecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan pembetulan itu merupakan kesalahan. b) Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola pembetulan ditetapkan dalam lingkungan yang salah. c) Contoh: Kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan petai: petal kepada /l/ maka bunyi bertukar menjadi petal. Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang beasal dari Kedah

3.3

Cara Pemilihan Istilah Bahasa Melayu Dalam Kamus Berdasarkan Pendekatan Etimologi.

Sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan, beberapa prasyarat harus dipatuhi. Prasyarat utama melibatkan data yang hendak dikaji. Data yang dimaksudkan ini boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu terbitan atau naskhah yang memuatkan katakata yang hendak diteliti serta tulisan lain yang menampilkan teori tentang kesepaduan bunyi atau kajian etimologi tertentu.

Merujuk kepada penelitian etimologi tentang kata-kata Melayu, rujukan tertumpu pada terbitan dalam bahasa Melayu terutamanya tulisan purba. Telah diperkarakan bahawa lebih kurang 600 buah karya Melayu klasik baik dalam bentuk terbitan mahupun 35

naskhah yang belum diterbitkan lagi. Selain itu, banyak tulisan dalam bahasa Melayu moden mesti dirujuk juga. Data yang sudah diterbitkan hendaklah dikumpul. Data yang belum terbit seharusnya diterbitkan secara bertahap atau berperingkat.

Namun begitu, kekurangan yang sangat terasa dalam usaha etimologi adalah kekurangan data dialek. Pentingnya data dialek dalam menentukan etimologi sudah lama diketahui bagi menambah pengetahuan berbahasa. Jika dibandingkan dengan negara luar, kamus etimologi Inggeris telah mengumpul etimologi dialek berbanding di negara Malaysia. Tambahan lagi, belum ada usaha yang maksimum dijalankan bagi mengumpul dan menerbitkan naskhah-naskhah dialek. Oleh pihak-pihak berwajib hendaklah mengambil tindakan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menerbitkan etimologi dialek. Hal ini kerana Projek Kosa Kata yang dilaksanakan oleh DBP tidak berlandaskan kajian dialek dan boleh dianggap tidak munasabah.

Bukan itu sahaja, usaha etimologi lain merupakan data rujukan yang penting. Kamus-kamus lama serta catatan etimologi dahulu mestilah dihimpunkan bagi penelitian yang lebih lanjut. Walau bagaimanapun, di Malaysia masih tiada mana-mana perpustakaan yang menyimpan atau mempunyai koleksi kamus Melayu yang lengkap. Sekiranya data dan sumber rujukan sudah lengkap maka kaedah etimologi boleh diterapkan. Kaedah ini tidak lain daripada kaedah linguistik sejarah. Hal ini kerana ilmu linguistik komparatif memerlukan pemisahan kata pinjaman daripada kata asli dengan sendirinya etimologi merupakan sebahagian linguistik sejarah.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa cara pemilihan istilah bahasa Melayu dalam kamus berdasarkan etimologi boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Pertama, terbitan bahasa Melayu melalui tulisan purba dan yang kedua adalah data dialek.

3.3.1

Pedoman Kaedah Lingustik Sejarah

Penerapan metodologi linguistik sejarah dengan teratur dan malar adalah asas segala usaha etimologi. Lanjutan daripada itu, terdapat enam pedoman yang dilihat mampu memberikan penjelasan atau melengkapi kaedah linguistik sejarah. Keenam-enam pedoman ini melibatkan aspek-aspek praktis dan teoretis. 36

Pedoman 1 Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu muncul untuk pertama kalinya.

Pedoman 2 Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan

Pedoman 3 Kesepadanan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan usaha etimologi

Pedoman 4 Tekanan harus diberi pada kata lisan

Pedoman 5 Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi

Pedoman 6 Setiap unsur kata harus diterangkan

Rajah 3: Pedoman Kaedah Linguistik Sejarah

Pedoman 1: Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu muncul untuk pertama kalinya.

Terdapat beberapa contoh yang boleh dikemukakan antaranya ialah kata beta iaitu kata ganti diri pertama agak sukar untuk dijelaskan. Asal bentuknya juga tidak dapat diterangkan atau belum ditentukan. Berkemungkinan kata ini berasal daripada gabungan ba+ita iaitu kata pinjaman daripada bahasa Hindi. Pada hari ini, kata ini hanya boleh diutarakan kepada golongan tertentu sahaja iaitu golongan diraja yang menggambarkan titah raja. Namun begitu, menurut naskhah-naskhah Melayu lama perkataan beta tidak terbatas pada raja tetapi dipakai oleh pedagang biasa. Oleh itu, dapatlah disimpulkan pada masa dahulu perkataan beta bererti saya (tidak formal).

Seterusnya dalam dialek Melayu Ambon, misalnya, terdapat dua forna, 'acuan untuk memanggang roti daripada tepung sagu'. Dengan f pada awal kata, 37

sudah pasti bahawa forna ini merupakan kata pinjaman. Ada yang berpendapat bahawa 'forna' yang sebetulnya ialah fornuis 'dapur, tungku dapur' dalam bahasa Belanda. Pengaruh Belanda di Pulau Ambon amat besar sejak abad ke-17. Namun, kalau kita berpegang pada Pedoman 1 ini, kita mesti mencari forna dalam naskhah Melayu. Ternyata de Houtman mencatat forna di Sumatera Utara pada akhir abad yang ke-16. Dengan ini bererti forna sudah digunakan dalam Bahasa Melayu sebelum Bahasa Belanda berpengaruh di Nusantara. Maka, kita meragukan fornius sebagai sumber forna dan meneliti, umpamanya kata Arab furn 'tempat panggang' sebagai sumber ahli forna.

Pedoman 2: Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan: kata kata hanya dapat dipinjam melalui pertembungan sosial

Sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan ini, bahasa Tagalog mengandungi banyak kata Arab. Tetapi secara dasarnya orang yang berbahasa Tagalog sekarang tidak beragama Islam manakala Pulau Luzon terletak jauh daripada Jazirah Arab. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa andaian bahawa pernah berlaku pertemuan antara kedua-dua bahasa tersebut iaitu Tagalog dan Arab. Sejarah telah membuktikan bahawa ketika orang Sepanyol sampai ke Kepulauan Filipina, seterusnya Manila dan pesisir Pulau Luzon menjadi daerah Islam di bawah naungan Brunei. Maka dapatlah dijelaskan bahawa pertemuan ArabTagalog terjadi dengan pengantaraan bahasa Melayu. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan fakta sejarah dan budaya yang menyokong bentuk fonetik kata-kata pinjaman itu.

Terdapat juga beberapa cetakan awal dalam bahasa Melayu yang menunjukkan hubungan antara sejarah kata dan sejarah bahasa. Buktinya ialah banyak cetakan Melayu digunakan sebagai teks dan kitab agama Kristian kerana orang Belanda cepat menerapkan teknologi pencetakan kepada usaha penyebaran agama Kristian Protestan yang diperkenalkan di Nusantara pada abad ke-16. Contoh kitab yang terawal adalah buku terjemahan Genesis iaitu taurat Kristian.

38

Pedoman 3: Kesepaduan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan usaha etimologi

Berdasarkan beberapa rujukan didapati terdapat beberapa huruf yang boleh digabungkan atau disatukan bagi membentuk perkataan baharu. Contohnya dalam bahasa Melayu berdasarkan huruf /b/ dan /w/ antara dua vokal /a/ bersatu menjadi /w/ seperti [karban] menjadi [kawan]. Apabila timbul suatu pasangan yang bertentangan dengan aturan ini maka faktor yang menyebabkan penyimpangan itu harus dikemukakan. Kekecualian ini mungkin disebabkan kata pinjaman atau faktor lain.

Kata Kembar Etimologi mempunyai perkaitan dengan ilmu linguistik Austronesia komperatif dirujuk bagi memperjelaskan hubungan antara dua patah kata Melayu. Contohnya datuk dan ratu. Segala kemusykilan boleh diatasi dalam kosa kata Melayu dapat diterangkan melalui penerangan prinsip kesepaduan bunyi. Berdasarkan bunyi Melayu asli /d/ sepadan dengan bunyi Jawa asli /r/ dan kedua-duanya diturunkan daripada bunyi dalam bahasa rumpun yang sama iaitu bahasa Austronesia Purba (BAP). Dengan landasan kesepaduan yang teratur ini, kata Melayu yang diwarisi dapat dibezakan secara jelas daripada kata Melayu yang diserapkan dalam bahasa Jawa.

BAP

MELAYU

JAWA

CONTOH KATA KEMBAR MELAYU

*d *j *R *Z

D D R J

r r

datuk/ratu belida/belira urat/otot

jarum/pedoman

Jadual 15: Kesepaduan empat konsonan BAP dalam bahasa Melayu dan Jawa. Pedoman 4: Tekanan harus diberi pada kata lisan: Sebutan dapat menjelaskan percanggahan teks dan menyoroti etimologi yang betul

39

Kekhilafan mungkin sahaja terjadi kalau kita mengabaikan sebutan kata Melayu. Contohnya, Jones, 1984, telah membezakan homonim bahasa Indonesia. Menurutnya aggar 'gudang kapal terbang' berasal daripada kata Belanda hangar dengan erti yang sama. Tetapi menurut beliau, anggar 'permainan dengan pedang' adalah kata 'Nusantara' iaitu kata asli kepulauan Melayu.

Seandainya Profesor Jones pernah mendengar sebutan anggar, mustahil beliau mengemukakan pendapat salah itu. Dalam bahasa Indonesia, anggar itu disebut dengan tekanan pada suku akhir, iaitu anggar. Dengan menginsafi bahawa anggar ini hanya merujuk kepada sejenis olahraga yang berasal daripada Eropah, iaitu seni melawan dengan pedang Eropah, tidak

menghairankanlah kalau asal anggar ini sebenarnya daripada bahasa Perancis en garde melalui bahasa Belanda. Frasa en garde ini adalah seruan wajib pada permulaan permainan itu; ertinya 'Awas! Bela diri! Kata anggar ini bukan "Nusantara" seperti dugaan Jones, tetapi kata pinjaman daripada bahasa Eropah. Bahasa Lisan membuktikannya. Pedoman 5: Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi: Sering kata-kata purba dikekalkan dalam sesuatu dialek Umumnya, peranan dialek sebagai khazanah kosa kata Melayu. Meskipun bahasa Melayu di Malaysia tidak mengekalkan kata purba [buSk] yakni rambut, sekurang-kurangnya dua dialek Melayu memperlihatkan bentuk turutannya. Oleh itu, tanpa maklumat daripada sumber dialek Melayu, berbagai-bagai tafsiran yang salah akan disuarakan.

Tambahan lagi, dalam dialek Melayu Brunei terdapat bentuk seperti adinta iaitu adik kita dan dalam dialek Melayu Bacan rumanta bermaksud rumah kita. Perkataan [-ta] dalam dua dialek Melayu ini tetap berfungsi sebagai tanda kata ganti nama diri pertama (tanda milik diri pertama) jamak iaitu tambahan huruf [-n] sesudah vokal. Oleh yang demikian, maklumat dialek Melayu menunjukkan rekonstruksi yang tepat untuk morfologi bentuk milik Melayu.

40

Pedoman 6: Setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian kata sahaja tidak meyakinkan).

Sepintas lalu, pada tahun 1996 telah berlaku salah faham di antara birokrasi bahasa dan ahli linguistik dengan pihak kerajaan atau kabinet, disebabkan penggunaan kata kecapaian dalam tema Hari Kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang diambil dalam bahasa Indonesia yang membawa maksud kelelahan atau keletihan. Fenomena ini boleh dikaji dari pelbagai aspek antaranya ialah morfologi, sosiolinguistik, perancangan bahasa dan politik bahasa. Punca masalah ini boleh terjadi berpunca daripada tafsiran etimologi yang tidak tepat iaitu tafsiran yang tidak mengendahkan setiap unsur kata. 3.4 Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

Konsep Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu dapat dilihat seperti di bawah : Etimologi bukan suatu usaha yang semata-mata mengumpulkan bahan lama (koleksi antik atau pameran muzium). Etimologi bertujuan menyoroti sejarah kata tetapi hasil penyorotan dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

Hasil kajian asal usul kata dapat disalurkan kepada perancangan bahasa.

Etimologi memberi sumbangan terhadap tiga bidang perancangan bahasa iaitu perkamusan, penciptaan istilah dan penyelarasan ejaan.

Rajah 4: Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

3.5

Pemilihan dan Penciptaan Istilah

Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.

41

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan. Penggunaan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan. Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah: Takrif Istilah Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2010), Istilah ialah kata gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis dan lain-lain. Istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Selain daripada itu, menurut Buku Bahasa Melayu Tinggi pula, istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Tata Istilah dan Tata Nama Tata istilah ialah perangkat peraturan pembentukan istilah dan kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tata nama istilah ialah perangkat peraturan penamaan beberapa cabang ilmu seperti kimia, dan biologi serta kumpulan nama yang dihasilkannya. Istilah Umum dan Istilah Khusus Istilah umum adalah istilah yang berasal dari bidang tertentu yang karena dipakai secara luas menjadi unsur kosa kata umum.Istilah khusus adalah istilah yang maknanya terbatas pada bidang tertentu saja. Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu :
Kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan. Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

Kata dalam bahasa Inggeris.

Pilihan sumber yang terbaik iaitu antara pilihan (1-5).

Rajah 5: Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu 42

Dengan mengecualikan kata-kata yang "sudah diserap" tanpa petunjuk untuk menentukan kata yang "diserap" itu, maka masalah sistem ejaan sudah timbul. Kekacauan ini mulai kelihatan dalam Daftar Ejaan Rumi (Dewan Bahasa dan Pustaka 1981). Ketentuan-ketentuan tentang ejaan kata pinjaman disenaraikan dengan panjang lebar. Namun begitu, daftar tersebut telah menghasilkan banyak kata kembar etimologi baru. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

munasabah

ilmu mantik

lojik

logik

agen pelaku (linguistik)

ejen wakil

Rajah 6: Kata kembar Etimologi Baru

Terdapat juga beberapa petunjuk baru berdasarkan bahan rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka 1981. Huruf /q/ digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contoh-contoh kata kembar etimologi : kadar daya kiblat arah

keupayaan

mata angin

Rajah 7: Kata Kembar Etimologi Padanan Huruf Jawi qaf 43

Sejak dahulu bahasa Melayu telah membezakan istilah agama daripada istilah umum yang kebetulan berasal daripada kata Arab yang sama. Pasangan seperti yang berikut menunjukkan kecenderungan tersebut:

petua fatwa

nasihat, petunjuk keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau mufti

perlu fardu

harus, mesti kewajipan yang ditentukan agama

Jadual 15: Kecenderungan Membezakan Istilah Agama dengan Istilah Umum Daripada Kata Arab yang Sama

Setelah merujuk kepada dialek-dialek Melayu, terdapat banyak lagi kata kembar etimologi yang berlainan sebutan menurut klasifikasi sebagai istilah agama atau istilah umum. Berikut merupakan contoh kata kembar etimologi menurut sumber bahasa Arab:

dajal al-Dajjal

nakal, jahat syaitan yang turun ke dunia pada hampir hari kiamat

dikir zikir

nyanyian dengan berpantun ramai-ramai mengingati Allah dan menyebut kalimat tertentu

Jadual 16: Kata Kembar Etimologi Yang Berlainan Sebutan Menurut Klasifikasi Sebagai Istilah Agama atau Istilah Umum

Pasangan kata Melayu lain juga ada memperlihatkan perbezaan antara makna agama dan makna sekular. Contohnya, perkataan syok yang digunakan dalam satu program hiburan iaitu M-TV Asia sudah lama menggunakan perkataan tersebut sebagai tajuk utama. Program ini juga turut menyiarkan video lagu pop Malaysia. Maka jelaslah bahawa rancangan ini telah memanfaatkan kata Melayu yang membawa maksud sangat tertarik hati. Namun begitu, perkataan ini tidak terdapat dalam Kamus

44

Dewan Indonesia tiada tersenarainya perkataan tersebut. Di Indonesia perkataan ini digunakan sebagai bahasa percakapan sahaja. 3.6 Perkembangan Peristilahan Bahasa Melayu

Istilah Melayu juga diwariskan daripada Bahasa Austronesia Purba seperti bini, inang, (b)apa dan (per)empu(an) sudah kekal selama 6000 tahun. Contoh lain seperti aku dan kau, kami dan kita boleh dicatat juga dalam senarai kata yang sudah ribuan tahun berlanjutan dalam keluarga Austronesia hingga kosa kata Melayu sekarang terbina.

Selain itu, setiap istilah dalam Daftar 20 terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Inggeris walhal istilah dan tatanama kata telah dilihat utuh yang saling terikat yang kini berfungsi dalam bahasa Melayu bukan dengan bahasa Inggeris. Dapat diperhatikan bahawa kerangka tutur yang mendukung peristilahan itu sudah berubah dan ketika ini bahasa Melayu menduduki posisi unggul dalam bidang perkamusan dan yang paling berwibawa dalam hampir setiap bidang di Malaysia. Maka dapatlah dijelaskan bahawa kerangka sesuatu kata adalah berasal daripada asal usul berbeza yang tetap namun istilah dan tatanamanya boleh berubah serta berkembang.

Berikut merupakan beberapa istilah pra-DBP yang dilihat berubah setelah beberapa tahun.

Tahun 1948 Chawangan Pelajaran Chawangan Pejabat Juru Kira Chawangan Iktisad Chawangan Siasah

Tahun1998 Bahagian Pendidikan Bahagian Perakaunan

Bahagian Ekonomi Bahagian Politik

Jadual 17: Istilah Pra-DBP yang Dilihat Berubah Setelah Beberapa Tahun

45

Senarai di bawah merupakan beberapa istilah sains yang perkembangan di Malaysia.

telah mengalami

Kata Asal biology archaeology cytology ornithology

Pilihan 60-an KAJIHAYAT KAJIPURBA KAJISEL KAJIBURUNG

Pilihan 80-an biologi arkeologi sitologi ornitologi

Jadual 18: Istilah Sains yang Mengalami Perkembangan Di Malaysia

Kesimpulannya,

pembentukan

peristilahan

berkait

rapat

dengan proses

pemodenan bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu. Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.

46

4.0

KAEDAH PROSES TERJEMAHAN Bidang terjemahan merupakan satu bidang yang penting dalam sejarah bahasa Melayu. Bidang terjemahan ini merangkumi konsep, proses dan kaedah tersendiri. 4.1 Konsep Terjemahan

Kata ini berasal daripada perkataan al-tarjamah daripada bahasa proto-semitik (alArab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Perkataan tarjamah itu sendiri mempunyai dua pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi. Bagi tarjamah yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Kadangkala terjemahan yang dilakukan tidaklah begitu tepat. Malahan terjemahan itu bersifat satu ulasan pandangan penulis asal atau lebih tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas. Tarjamah dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep baharu. Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan tarjamah datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok bahasa Akadia. Istilah ini sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional dan Arab moden. Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa. Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai ...pindahan dari suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan .... Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut. Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan mengehendaki penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. 47

Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan emosi daripada pembaca itu diutamakan. Seterusnya, menurut G.Van Slype (1983) dari segi tradisional, beliau beranggapan bahawa penterjemahan dilihat sebagai proses penggantian teks bertulis dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna semaksimum mungkin. Dari segi pandangan moden pula, penterjemahan membawa maksud proses pemindahan mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Hal ini juga mengambil kira pemaksimuman persamaan dari segi kandungan mesej, ekspresif, konotatif, metalinguistik, fatik, dan puitis. Ian F. Finlay (1971) pula menyatakan pendapat bahawa terjemahan boleh didefinisikan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada tulisan asalnya. (Modul BMM 3112) Selain itu, Tyler (1790) berpendapat, Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah- olah karya itu karya asli. Sehubungan itu, Benjamin (1923) telah menamakan terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula. Beliau juga mengatakan bahawa tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula. Pendapat Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan. Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan perkataan demi perkataan. Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe (1813/14),Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), dan Nietzsche(1882). Takrif yang dikemukakan oleh af Khal (2000: 14) juga turut menitikberatkan lafaz, makna dan gaya. Ia boleh dilihat dalam kenyataan berikut: " " . Takrif ini mengatakan bahawa terjemahan ialah satu seni yang indah. Ia memindahkan perkataan, makna dan gaya daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, dan penerima atau pembaca teks sasaran pula hendaklah dapat memahami dan 48

menghayati teks itu dengan mudah dan jelas sebagaimana yang dinikmati oleh pembaca teks asal. Jelas bahawa takrif yang dikemukakan oleh Khal ini berkait dengan terjemahan sastera. Catford (1965: 20; 1996: 24) mengatakan bahawa penterjemahan ialah penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT). Menurut Nababan (1999: 20), takrif ini lemah kerana seorang penterjemah tidak akan mungkin dapat menggantikan teks bahasa sumber dengan teks bahasa sasaran. Ini kerana struktur kedua-dua bahasa itu adalah berbeza antara satu sama lain. Bahan teks bahasa sumber juga tidak pernah dapat digantikan dengan bahan teks bahasa sasaran, bahkan dalam penterjemahan, ditekankan agar teks bahasa sasaran tetap setia dengan isi teks bahasa sumber. Akan tetapi dengan pendekatan strukturalnya, Catford menyedarkan kita bahawa dua bahasa yang terlibat, iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran ini selalu mempunyai hubungan timbal balik walaupun hubungan itu tidak selalunya harus simetri. Dengan lingkungan budaya, persekitaran dan geografi yang berbeza, sudah tentu kedua-dua bahasa itu mempunyai padanan terjemah, walaupun ada kemungkinan sesetengah perkataan tidak mempunyai padanan terjemah dalam bahasa sasaran. 4.2 Proses Penterjemahan

Seseorang penterjemah akan melalui tiga proses atau pun prosedur yang tertentu, iaitu mentafsir dan menganalisis teks sumber, memindahkan warta, dan menstrukturkan semula teks sasaran mengikut gaya bahasa sasaran itu. Oleh itu, rajah di bawah menggambarkan mengenai proses menterjemah yang dilaksanakan oleh kebanyakan penterjemah. Bahan Sumber Bahan Sasaran

Pemindahan X Y

Rajah 8: Proses-proses Menterjemah.

49

4.2.1

Analisis Teks

Apabila kita menganalisis teks bermakna teks asal dikaji dari dua sudut, iaitu hubungan-hubungan gramatis kata-kata yang membawa mesej itu dan kedua, makna-makna perkataan atau kombinasi perkataan tertentu seperti kiasan killing two birds with one stone - sambil menyelam minum air, ungkapan stereotaip (yours sincerely) yang boleh dikatakan norma sesuatu bahasa itu untuk memastikan makna linguistik, makna rujukan dan makna emosi dalam teks asal. Menurut Nida dan Taber, Analysis begins with a set of procedures which are employed in Adiscovering the kernels underlying the source texts and the clearest understanding of the meaning, in preparation for the transfer. (1969:197). Sebagai seorang penterjemah, apabila menghadapi sesuatu teks, perlulah membaca dan memahami kandungannya. Anda perlu juga menguasai bahasa sumber dengan baik supaya pemahaman tentang teks tidak

menyeleweng. Dalam proses menganalisis terdapat tiga aspek, iaitu : (a) Menentukan makna, hubungan makna dengan perkataan dan golongan perkataan; (b) Mengkaji makna rujukan sesuatu perkataan atau golongan perkataan seperti peribahasa; (c) Menganalisis makna emosi perkataan yakni mengkaji apakah reaksi pembaca sama ada positif atau negatif. Sebenarnya pemahaman merupakan satu proses mental, iaitu semasa anda membaca, anda sebenarnya mentafsir apa yang dimaksudkan oleh penulis teks itu. Pencarian maksud ini merupakan dialog antara pembaca dengan teks. Dalam mentafsir sesuatu teks, mula-mula makna setiap perkataan perlu dicari. Pengetahuan leksikon sesuatu bahasa membolehkan penterjemah mencari dalam ingatannya makna tiap-tiap perkataan yang dibacanya atau anda boleh mendapat bantuan daripada kamus ekabahasa. Untuk memahami sesuatu teks, kita bukan sahaja mencari makna setiap perkataan secara berasingan tetapi mengaitkannya dengan perkataan-perkataan lain untuk mendapatkan makna keseluruhan ayat. Seterusnya makna boleh pula ditentukan mengikut tempat ayat itu wujud. 50

Masalah pertama yang akan dihadapi ialah pemahaman teks bahasa sumber. Apabila anda telah dapat mengatasi masalah ini, halangan berikutnya merupakan ialah semantik dan budaya teks sumber. Kualiti karya terjemahan bergantung kepada kualiti penterjemah itu sendiri yakni kemahiran,

pengetahuan, latihan, latar budaya, kecekapan dan juga emosinya. Newmark (1981) dalam Approaches to Translation menghuraikan beberapa beberapa perkara yang penting yang perlu ada bagi seorang penterjemah yang baik ialah pemahaman dalam bahasa sumber, pengetahuan mendalam tentang subjek, kepekaan kepada bahasa teks dan bahasa sasaran, dan kemahiran menulis dalam bahasa sasaran dengan lancar, jelas dan tepat. Kadangkala penterjemah mendapati sukar untuk menganalisis sesuatu ayat yang panjang. Bagi menyelesaikan masalah ini ayat tersebut boleh dipecahpecahkan kepada beberapa unit ayat. Jika jenis frasa yang hendak diterjemahkan dapat dikesan pada awalnya maka mudahlah penterjemah itu membayangkan persamaan atau padanan yang tepat dan semula jadi atau natural bagi sesuatu kata atau frasa bahasa sumber itu. Sekiranya anda mendapat teks informatif yang ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas mungkin boleh diterjemahkan secara literal sahaja kerana dalam teks yang demikian apa yang lebih penting ialah persamaan dari segi kandungannya bukannya gaya bahasa. Tetapi ada kalanya teks informatif perlu diterjemahkan secara dinamik sekiranya ditulis dengan menggunakan ayat-ayat yang kompleks dalam bahasa sumber. Oleh itu, beberapa penyesuaian perlu dibuat. Misalnya, teks agama dan undang-undang, perlu dilakukan terjemahan secara literal kerana persamaan struktur dan persamaan makna harus dipelihara sebaik-baiknya. Ini dilakukan untuk mengelakkan penyelewengan maksud asal yang terdapat dalam bahasa sumber. Cara penterjemahan yang sesuai bagi sebuah novel ialah menggunakan persamaan dinamik, yakni maksud teks asal dipindahkan ke dalam bahasa sasaran mengikut gaya bahasa sasaran, supaya bunyinya yang idiomatik dapat pula memberikan kesan emosi sama seperti pembaca dalam teks asal. Satu lagi maklumat penting dalam analisis teks ialah penentuan pembaca sasaran

51

sesebuah teks itu. Dengan maklumat ini, penterjemah dapat menentukan gaya bahasa yang perlu digunakan semasa menterjemah sama ada tadika, universiti, sekolah rendah dan lain-lain. 4.2.2 Pemindahan

Setelah menganalisis teks, pemindahan maklumat pula dilakukan. Pemindahan berlaku dalam fikiran penterjemah. Seringkali masalah besar yang mungkin timbul ialah diri penterjemah itu sendiri yakni sikap tidak objektif dan mudah salah faham. Pemindahan di sini tidak membawa maksud pertukaran atau penggantian. Sebagai seorang penterjemah, anda memindahkan sesuatu teks daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam hal ini, segala ciri yang terdapat dalam teks asal itu haruslah terdapat dalam teks yang diterjemahkan. Jelasnya, warta yang ditafsirkan melalui proses analisis tadi dipindahkan ke bahasa sasaran. Sebagai penterjemah, hanya anda sahajalah yang mengetahui bagaimana warta yang ditafsirkan itu hendak dipindahkan ke bahasa sasaran mengikut bentuk bahasa itu. Umpamanya, sekiranya terdapat ciri-ciri kelucuan atau sedih dalam teks sumber, maka dalam terjemahan harus ada ciri kelucuan dan kesedihan itu. Namun begitu anda perlu menyedari bahawa dalam pemindahan, anda perlu membuat penyesuaian semantik dan struktur mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa sasaran. Beberapa masalah salah tafsir mungkin berlaku semasa pemindahan disebabkan faktor-faktor berikut: (a) Seseorang itu mempunyai pengetahuan yang terlalu tinggi tentang subjek yang hendak diterjemahkan akan menyebabkan penterjemah secara tidak disedarinya menghasilkan terjemahan terlalu tinggi bagi

pembacanya. Ini mengakibatkan hasil terjemahan mungkin tidak boleh difahami oleh pembaca sasaran terjemahan itu. Sebagai penterjemah anda faham apa yang ditulis, dan anda membuat anggapan bahawa pembaca pun faham maksudnya. (b) Seseorang itu juga mungkin mempunyai pengetahuan yang kurang dalam bahasanya sendiri. Hal ini berlaku sekiranya anda dipengaruhi pendidikan bahasa asing. Hal ini akan menyebabkan wujudnya sikap

52

membelakangkan kekayaan perbendaharaan kata yang ada dalam bahasa penerima. (c) Seseorang itu mungkin mempunyai sikap tidak yakin dengan kemampuan bahasa sendiri. Sekiranya sebagai penterjemah, anda prejudis terhadap bahasa ibunda dan menganggap bahasa asing lebih baik dan meniru bulat-bulat unsur asing kerana memikirkan bahasa sumber itu lebih tinggi martabatnya daripada bahasa sendiri, hal ini boleh menjejaskan mesej yang ingin disampaikan. (d) Seseorang itu kurang pengetahuan tentang penterjemahan. Sebagai penterjemah, anda perlu mengetahui tujuan sebenar penterjemahan. Andaian yang dibuat oleh kebanyakan kita bahawa bahasa itu terdiri daripada perkataan-perkataan dan terjemahan hanyalah menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Ini tidak seharusnya berlaku. Sebagai

penterjemah, anda perlu mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan hubungan waktu (temporal), hubungan jarak (spatial) dan hubungan sebab akibat (logikal) perlulah diambil kira. Penterjemahan sebaik-baiknya dilakukan setelah seluruh perenggan dianalisis dan difahami dan ada kalanya seluruh jalan cerita dan mesej difahami.

Apabila memindahkan sesuatu teks daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, kita haruslah mengambil kira isi dan makna, stail atau gaya, dan bahasa. Penterjemah perlu memastikan bahawa makna atau semantik dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Asas bagi penyesuaian ialah kebolehan untuk membezakan antara bentuk dengan isi. Isi ialah konsep atau nilai yang cuba disampaikan oleh teks sumber manakala bentuk hanyalah sifat luaran yang digunakan dalam teks untuk menyampaikan warta.

Penyesuaian semantik berlaku apabila dalam memindahkan mesej dari satu bahasa ke bahasa yang lain, yang penting ialah isi bukan bentuk. Apa yang perlu difahami ialah yang diterjemahkan ialah makna bukannya kata.

Teori terjemahan menghujahkan bahawa apa yang dipentingkan ialah isi bukannya bentuk. Namun demikian sebagai penterjemah, anda antara dua pilihan sama ada hendak mengekalkan isi atau bentuk. Ada kalanya isi boleh 53

disampaikan dalam bahasa sasaran dalam bentuk yang hampir sama dengan teks sumber. Tetapi ada kalanya pula bentuk terpaksa diubah untuk mengekalkan isi. Seperkara yang perlu anda sedari ialah dalam penterjemahan sedikit sebanyak kandungan semantik akan hilang. Walau bagaimanapun, seboleh-bolehnya penterjemah harus memastikan supaya kehilangan itu hanya berlaku pada tahap yang minimum sahaja. Masalah sering berlaku dalam membuat penyesuaian semantik, peribahasa, makna figuratif, perubahan tumpuan makna, makna am dan makna khusus, penyebaran semula komponen semantik, peruntukan pada tanda-tanda konteks dan formula istimewa. 4.2.3 Menstruktur Semula

Proses ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur semula. Dalam proses ini terdapat tiga perkara yang dianggap penting, iaitu: (a) (b) (c) Kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai Ciri-ciri utama yang terdapat dalam gaya bahasa tersebut Kaedah tersebut yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa

Setelah membuat analisis dan penyesuaian dalam proses pemindahan, maka warta yang hendak disampaikan itu distrukturkan semula dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini, gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Faktorfaktor yang perlu anda berikan perhatian ialah perbezaan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan, kepelbagaian aspek sosial, gaya bahasa yang melibatkan keadaan pemakaian dan hubungan antara penutur dan pendengar, dan loghat tempatan. Ciri-ciri yang berbeza pula ialah ciri-ciri yang memudahkan kefahaman dan ciri-ciri yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti menarik minat, menambahkan kesan atau memberatkan bahasa. Penstrukturan semula bergantung kepada kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa itu dan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa yang dikehendaki.

54

Dari segi gaya bahasa pula, seseorang penterjemah hendaklah menggunakan gaya yang memudahkan pembaca memahami terjemahan. Hal ini bermaksud struktur ayat hendaklah ringkas dan mudah, supaya jalan cerita cepat difahami dan tidak membosankan. Ayat yang anda gunakan hendaklah jelas dan tanda baca yang betul untuk memudahkan pembaca berhenti di tempat-tempat tertentu serta memudahkan kefahaman. Kelemahan dalam terjemahan sering berlaku dalam menstruktur semula. Selesai menjalani ketigatiga proses di atas bukanlah bermakna terjemahan itulah yang terbaik. Langkah selanjutnya yang perlu diambil ialah menyemak semula terjemahan itu berdasarkan tiga unsur, iaitu: (a) (b) (c) Apakah anda telah berjaya mentafsir teks sumber dengan betul? Adakah terjemahan anda boleh difahami? Apakah terdapat persamaan gaya antara kedua-dua teks sumber dengan terjemahan anda? (d) Apakah anda berjaya menimbulkan reaksi yang sama dalam kalangan pembaca seperti yang ditimbulkan oleh teks sumber. Katakanlah teks itu suatu arahan yang keras, adakah kesan kerasnya sama dengan teks sumber atau sekiranya cerita asal teks boleh menyebabkan pembaca mengalirkan air mata apabila membacanya dapat meninggalkan kesan yang serupa dalam teks terjemahan.

Selain itu, menurut Koh Boh (1987), proses penterjemahan boleh dilihat dari empat sudut, iaitu: (a) Persediaan awal, bacaan pertama sepintas lalu untuk

menanggapkan tema buku dan merasai gaya bahasa pengarang, menyediakan istilah termasuk buku istilah, kamus dan bacaan kedua secara teliti dan perinci untuk bahasa buku itu serta menaksirkan sejauh mana setiap bahagian; (b) Penterjemahan benar, menterjemah secara sistematik untuk ensiklopedia, isi dan sukar

menghayati mudah

atau

mendapat draf pertama, menyemak atau memeriksa semula draf

55

pertama untuk mengesan kekurangannya, dan memperbaiki draf pertama untuk menghasilkan manuskrip; (c) Manuskrip dinilai mutunya oleh seorang penilai yang berkelayakan,

komen dan cadangan penilai dipertimbangkan oleh penterjemah (d) Penterjemah menulis semula manuskrip dengan membaiki semula bahagian yang perlu. 4.3 Teknik Terjemahan

Terjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber kepada bahan teks dalam bahasa sasaran. Dalam aktiviti terjemahan, penterjemah akan menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Dari segi teknik terjemahan pula, terdapat tiga teknik yang terdiri dari terjemahan terus, terjemahan structural, dan terjemahan global. Tuntutan tugasan pada kali ini juga menuntut setiap kumpulan memilih satu teknik terjemahan dan menghuraikannya secara terperinci dan lengkap. Oleh itu, kami telah bersepakat dan sebulat suara memilih Teknik Terjemahan Global sebagai skop tugasan yang akan diperincikan. 4.3.1 Teknik Teknik Terjemahan Global terjemahan global lebih mengutamakan pemahaman pembaca.

Penterjemah akan menyesuaikan dan mengubah perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran secara bebas dan keseluruhan agar pembaca memahami teks tersebut. Walaupun penterjemah bebas menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsure-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran, idea, makna atau maksud asal teks tersebut masih kekal dan terpelihara dari asal. Secara keseluruhannya, teknik terjemahan global lebih mementingkan pemahaman kepada pembaca. Teknik ini sesuai untuk menterjemah karya-karya kreatif. Berikut adalah contoh teknik terjemahan secara global.

56

Teks Asal : Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise, having dequate rest, reducing stress and not smoking.

Terjemahan teknik global : Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stress dan tidak merokok. Kesimpulannya, teknik terjemahan global merupakan Terjemahan secara

global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

57

5.0

PENUTUP Sesungguhnya, bahasa mencerminkan bangsa dan sejarah bahasa seterusnya dapat membayangkan sejarah bangsa. Sejalan dengan penelitian sejarah sesuatu bahasa, ilmu etimologi menyingkap tabir zaman, memberikan gambaran tentang masyarakat penutur bahasa dahulu kala. Konsep etimologi dilihat sangat penting bagi menentukan sejarah atau asal usul sesuatu kata. Pemilihan dan pembentukan istilah juga berkembang dari semasa ke semasa. Etimologi sesuatu istilah tidak boleh diubah namun maksud istilah itu boleh dikembangkan atau dipelbagaikan. Sistem perkamusan dan istilah tidak boleh dipisahkan kerana keduanya saling berkaitan. Umumnya, dalam konteks penterjemahan atau alih bahasa, hal ini merujuk kepada perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitkannya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan teks sasaran yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing teks sumber. Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

58

Anda mungkin juga menyukai