Anda di halaman 1dari 5

Pada peringkat sekolah rendah, pelajar sering diberi pendedahan kepada penulisan naratif dari segi struktur pembinaan

cerita dan fungsinya. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar pelajar yang memulakan alam persekolahan mempunyai kemahiran menulis yang amat rendah. Pelajar bermasalah penulisan perlu diberi bimbingan melalui pengajaran. Guru perlu prihatin terhadap aspek kelemahan penulisan yang dihadapi pelajarnya. Satu bentuk ujian penaksiran yang membolehkan guru mengenal pasti kelemahan aspek penulisan pelajar-pelajarnya, khususnya dari segi aspek tatabahasa, organisasi struktur penulisan atau susunan kandungan dan sebagainya

1.

2.

3.

menulis sesetengah huruf secara terbalik atau berlainan arah daripada biasa. Abjad-abjad yang dikesan ditulis terbalik oleh murid ini adalah abjad a, d, b dan g mengalami masalah dalam membezakan huruf b dan d, j dan g, m dan w, p dan q, a dan o ketika menulis Tulisan murid ini juga sangat mengelirukan kerana cara tulisan untuk sesetengah abjad hampir sama. Contohnya adalah menulis huruf u dan o seperti a. Ini juga berlaku pada abjad n dan h.

cara tulisan yang yang ditulis tidak teratur dan tidak kemas. Murid ini kerap menggunakan pemadam sehingga mengakibatkan kertas kotor dan comot. Murid ini mempunyai masalah untuk membezakan penggunaan sebenar abjad besar dan abjad kecil. Kesan daripada masalah ini murid ini sering bercampur tulisan berabjad besar dan kecil di dalam satu ayat. Sebagai contoh murid ini akan menulis perkataan yang diberi seperti epaL.

Persekitaran keluarga yang tidak harmoni. Ibubapa tidak mementingkan pelajaran dan mengabaikan pelajaran anak. Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap seperti kekurangan alat tulis dan buku. Kebanyakkan murid menghadapi masalah kewangan di dalam membeli peralatan untuk menulis.

Murid tidak melakukan latihan yang berterusan. Mereka hanya mendapat didikan dan latihan di sekolah semata-mata. Apabila pulang ke rumah mereka tidak mengulangkaji pelajaran yang diajar dan tidak membuat kerja sekolah atau lembaran kerja yang diberikan. Murid sering tidak fokus kepada pembelajaran di kelas. Mengakibatkan murid ini malas untuk belajar dan mengganggu proses pembelajaran Kurang pendedahan dari awal. Hal ini berkaitan dengan pendedahan dari awal. Murid pemulihan ini lahir dari golongan yang susah dan tidak berpelajaran tinggi. Jesteru itu, Murid ini tidak pernah mendapat pendidikan awal seperti kelas tadika. Apabila mesuk ke kelas darjah satu murid ini menghadapi masalah kerana tiada pengalaman belajar.

Anda mungkin juga menyukai