Anda di halaman 1dari 8

NAM : AISHA BALQIS BINTI MOHD ZUKI

A
NO.K : 041031030386
P
NO. ANGKA : 2022102310073
GILIRAN
KUMPULAN / : PPISMP BM4
UNIT

BMMB 1134
KETERAMPILAN BERBAHASA

NAMA
PENSYARAH : HAJI FUADI BIN HAJI ABDUL RAZAK

JABATAN : JABATAN PENGAJIAN

MELAYU TARIKH
HANTAR : 16 FEBRUARI 2023

Wajaran Pentaksiran MARKAH


KESELURUHAN
Tugasan 1 : / 45

1
LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN MIZAN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: Aisha Balqis binti Mohd Zuki Angka Giliran: 2022102310073


Nama Kursus: Keterampilan Berbahasa
Kod: BMMB 1134

Pensyarah : Haji Fuadi bin Haji Abdul Razak


Tarikh Hantar: 16 Februari 2023 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah:
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 16 Februari 2023

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 16 Februari 2023

2
KANDUNGAN

Kandungan
Penghargaan

1.0 Pengenalan..........................................................................................................................5

2.0 Kepentingan keterampilan berbahasa

2.0.1 Bidang pentadbiran..............................................................................5

2.0.2 Bidang pekerjaan..................................................................................5-6

2.0.3 Bidang sosial.......................................................................................

3.0 Bentuk keterampilan berbahasa........................................................................................6

3.0.1 Penyampaian bentuk mendidik...........................................................6

3.0.2 Penyampaian bentuk memujuk...............................................................................6

3.0.3 Penyampaian bentuk perbincangan...................................................6

3.0.4 Penyampaian bentuk syarahan umum....................................................................7

3.0.5 Penyampaian bentuk menghibur.....................................................................

4.0Teori-teori keterampilan berbahasa ........................................................8

4.0.1 Teori behaviorisme..................................8

4.0.2 Teori biologis........................................8

4.0.3 Teori mentalistik................................................................................

5.0 Kesimpulan........................................................................................................................9

6.0 Rujukan...............................................................................................................................9

3
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat nyawa,masa
dan juga tenaga yang dianugerahkan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ilmiah ini dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah tercinta, En. Fuadi bin Haji Abdul Razak
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ilmiah ini dengan suksesnya.Hanya Allah sahaja yang mampu
membalasnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu saya menyempurnakan tugasan ini terutamanya kedua ibu bapa
saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha menyelesaikan tugasan ini
dengan memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga kepada
saya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap
apa yang saya alpa mahupun lupa.Mereka banyak membantu saya dengan menjawab
pertanyaan dan persoalanan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ilmiah ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

4
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keterampilan dapat didefinisikan sebagai


kecekapan atau kemampuan untuk melaksanakan sesuatu manakala bahasa pula
merupakan sistem lambang bunyi suara yang dijadikan sebagai satu alat untuk
berkomunikasi atau berhubung dengan orang lain. Secara umumnya, keterampilan bahasa
ini membawa maksud kecekapan dan kemahiran menggunakan bahasa sama ada secara
lisan mahupun tulisan. Seseorang yang mempunyai keterampilan berbahasa yang baik
akan mampu untuk menguasai bahasa yang dituturkan dengan mantap. Keterampilan
bahasa terdiri daripada empat aspek kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
juga menulis. Hal ini demikian kerana keterampilan berbahasa ini melibatkan atau
membabitkan perlakuan harian kita seperti berkomunikasi. Oleh itu, perkembangan
komunikasi ini amat penting bagi melengkapi segenap kehidupan manusia. Pengkajian
tentang pengajian komunikasi pula mula mendapat tempat di negara-negara Asia Tenggara
sekitar tahun 1960-an ( Mohd Zulkifli, 2018).

2.0 KEPENTINGAN KETERAMPILAN BERBAHASA

2.0.1 BIDANG PENTADBIRAN

Keterampilan berbahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam bidang
pentadbiran supaya manusia dapat mengenal dan menjalinkan hubungan ataupun ukhwah
yang baik dengan pihak luar. Sebagai contoh, pentadbiran sesebuah perniagaan bukan sahaja
memerlukan komunikasi antara warga kerja atau organisasi itu sahaja malah memerlukan
komunikasi dengan pihak lain seperti pembekal, pelabur, pelanggan dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, keterampilan berbahasa amat diperlukan agar proses perniagaan dan urusan
kerja dapat berjalan dengan lancar. Pelanggan juga akan turut senang dan gembira apabila
sesebuah pentadbiran perniagaan mengamalkan keterampilan berbahasa yang baik seperti

5
menggunakan bahasa yang sopan tanpa mengira latar belakang pelanggan atau menilai
pelanggan dari segi luaran sahaja.

2.0.2 BIDANG PEKERJAAN

Selain itu, keterampilan berbahasa juga penting dalam bidang pekerjaan. Seperti yang
kita sedia maklum, kebanyakan kriteria pengambilan pekerja pada masa kini tidak mengambil
kira dari segi kecemerlangan akademik sahaja malah diukur juga daripada aspek keterampilan
berbahasa yang dipamerkan oleh setiap individu sewaktu temuduga seperti mampu
berkomunikasi dengan lancar. Misalnya, seorang guru memerlukan keterampilan berbahasa
yang baik untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Hal ini kerana pengucapan
dan penyampaian yang berkesan dapat diumpamakan sebagai sebuah percintaan. Kedua-dua
pihak iaitu guru dan murid perlu saling berkomitmen dan memahami antara satu sama lain.
Dengan ini, murid akan mudah faham apa yang disampaikan oleh guru. Maka, seorang guru
seharusnya menjadi motivator dan pendamping murid-murid (Pamuji et al., 2021). Guru juga
sepatutnya mampu menumbuhkan minat berbicara para murid ketika mengajar di dalam kelas
(Ilham & Wijati, 2020).

2.0.3 BIDANG SOSIAL

Keterampilan berbahasa juga berguna dalam bidang sosial agar perkara yang
disampaikan mudah difahami oleh orang lain. Hal ini dikatakan begitu kerana manusia
berkomunikasi untuk saling memahami antara satu sama lain. Keterampilan berbahasa juga
akan membantu murid lebih berkeyakinan dalam berhadapan dengan orang (Ibrahim &
Mahbob, 2021). Hal ini menyebabkan murid-murid mampu bersosial dengan baik tanpa rasa
berdebar mahupun gelisah. Dengan adanya keterampilan ini, murid-murid juga dapat
melahirkan kemahiran bekerja dalam sepasukan yang sudah pasti dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara mereka tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat
berkumpulan melalui aktiviti sosial ini juga dapat menjimatkan masa dan meringankan beban.
Hal ini berlaku kerana pembahagian tugas telah dilaksanakan dan diberikan kepada ahli
kumpulan masing-masing.

6
3.0 BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA

3.0.1 PENYAMPAIAN BENTUK MENDIDIK

Komunikasi dan pendidikan ini dapat diibaratkan seperti isi dan kuku. Ianya tidak dapat
dipisahkan. Komunikasi adalah pendidikan dan pendidikan adalah komunikasi (Ismail et al.,
2020). Komunikasi sebagai fungsi ‘mendidik’ ini bermaksud komunikasi memainkan peranan
penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau mendidik seseorang. Seorang guru
menggunakan teknik penyampaian bentuk mendidik di dalam kelas untuk menyampaikan
maklumat kepada murid-murid. Guru berperanan sebagai penyampai atau pendidik untuk
membimbing murid manakala murid pula berperanan sebagai penerima. Contohnya, guru
mengajar murid-murid di dalam kelas menggunakan bahasa yang mudah difahami tentang
cara efektif memelihara alam sekitar. Melalui pengajaran tersebut, murid akan dididik untuk
menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

3.0.2 PENYAMPAIAN BENTUK MEMUJUK

Penyampaian bentuk memujuk ini bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran seseorang


untuk mempercayai sesuatu perkataan yang dituturkan. Penyampaian jenis ini perlu
dilaksanakan dengan menggunakan nada suara yang rendah dan perucap berperwatakan
peramah atau periang. Perwatakan ini merupakan sifat dalaman bagi watak seseorang sama
ada baik atau sebaliknya yang dapat dikenal pasti melalui perbuatan dan percakapan (Hamimi,
2015). Sebagai contoh, seorang guru menggunakan kaedah ini bagi memujuk murid yang
sering tidak hadir ke sekolah untuk datang ke sekolah. Guru tersebut perlu menggunakan
bahasa yang sopan dan berwajah manis ketika bercakap agar murid tidak terasa dimarahi.
Guru juga boleh menawarkan hadiah yang menarik seperti memberi bungkusan coklat kepada
murid-murid yang berjaya menghadirkan diri sebulan penuh pada setiap bulan.

3.0.3 PENYAMPAIAN BENTUK PERBINCANGAN

7
8

Anda mungkin juga menyukai