Anda di halaman 1dari 1

Jenis-jenis bacaan terbahagi kepada empat iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis,

bacaan intensif dan bacaan ekstensif.

Bacaan mekanis merupakan satu aktiviti membaca dimana ia disuarakan dengan


jelas dengan tujuan untuk menangkap dan memahamkan suatu informasi, buah
fikiran, dan perasaan seseorang pengarang atau penulis. Oleh itu, si pembaca
mestilah mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa saja yang tersirat dalam
bahan-bahan bacaannya. Secara lazimnya, bacaan mekanis merupakan satu
kemahiran yang rumit dan kompleks. Tujuan utama dalam bacaan mekanis dalam
PdP adalah untuk memastikan murid-murid boleh membaca secara cekap dan
pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul. Mereka juga mestilah tahu
menggunakan tanda baca serta penggunaan jeda dan mora yang tepat. Hal ini demi
memastikan murid-murid mampu mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
secara bersuara.

Seterusnya, bacaan mentalis yang merupakan aktiviti membaca secara senyap atau
membaca dalam hati dimana ianya melibatkan ingatan secara visual. Bacaan
mentalis juga merupakan kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Aktiviti membaca
secara senyap ini melibatkan bacaan dari segi intensif dan ekstensif. Tujuannya
utamanya adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman melalui bahan
bacaan.Dalam dunia pendidikan, bacaan mentalis ini penting untuk melatih murid-
murid supaya boleh membaca sendiri dan memahami apa yang dibacanya. Ianya
juga bertujuan untuk melatih murid-murid membaca dengan senyap dan pantas
untuk mendapatkan pengetahuan. Murid-murid dapat menggunakan kemahiran
membaca secara senyap ini bagi hiburan.

Bacaan intensif pula merupakan aktiviti membaca yang dilakukan secara teliti di
mana isi bahan bacaan ditelaah secara terperinci. Bahan bacaan yang digunakan
haruslah sesuai dengan si pembaca. Bacaan intensif ini bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Dalam pendidikan, bacaan intensif ini penting bagi
membolehkan murid-murid dapat membaca dengan baik, betul dari segi sebutan,
intonasi, kelancaran dan menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. Ianya juga
untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu.
Murid-murid juga dapat membuat rumusan atau kesimpulan berdasarkan bahan
bacaan yang dibacanya.

Akhir sekali, bacaan ekstensif yang merupakan aktiviti membaca secara meluas
serta meliputi bahan bacaan yang sebanyak mungkin dalam jangka masa yang
singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting secara pantas dan cekap.
Bacaan intensif meliputi aspek-aspek seperti membaca tinjauan, membaca sekilas,
dan membaca dangkal. Bacaan ekstensif ini merupakan aktiviti membaca yang
dilakukan oleh murid-murid di luar kelas dan secara bersendiri sahaja. Ianya
bertujuan untuk membantu murid untuk membaca sesuatu bahan bacaan tanpa
menghadapi kesukaran. Bahan bacaannya pula haruslah bersifat meluas dan
merangkumi pelbagai aspek dan daripada bahan-bahan yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai