Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang
merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya
muzik,sastera dan seni,rekacipta dan simbol, nama,imej dan reka bentuk yang digunakan dalam
perniagaan termasuk hak cipta,cap dagangan,paten dan hak-hak lain yang berkaitan.Di bawah
undang-undang harta intelek,pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini
mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi,ekonomi
dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang
harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang
mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan
pengetahuan.
Objektif Dasar Harta Intelek Negara.
Membangunkan sistem perlindungan harta intelek yang cekap dan berkesan untuk
memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma
penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian
pelanggaran-pelangaran hak-hak harta intelek dan juga untuk mencegah berlakunya
pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah,pelindungan harta intelek yang
cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih
panjang untuk pengeksploitasian harta intelek yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada
daya usaha dan pelaburan mereka.Oleh itu,pemilik digalakkan untuk membangunkan lagi harta
intelek dan mencipta yang baru.Daripada perspektif undang-undang,semua undang-undang dan
peraturan-peraturan harta intelek perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian
yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai.
Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek dengan memberi fokus kepada pengurusan
inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan intitusi-intitusi
penyelidikan,universiti-universiti,industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan
juga dengan perolehan harta intelek asing dalam bidang keutamaan tertentu.Untuk memajukan
aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan,suasana
yang menyediakan insentif-insentif,geran-geran,pengurusan,kewangan,urusniaga,penguatkuasaan
dan penyelesaian pertikaian.
Memajukan pengekploitasian komersial harta intelek sebagai aktiviti utama penghasilan nilai
yang diperlukan untuk pembangunan industri harta intelek.Tujuan muktamad adalah untuk
menbangunkan industri harta intelek yang giat dan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi
Malaysia pada millennium baru ini.
Membangunkan Kemampuan Mengurus Harta Intelek.
Membangunkan kemampuan mengurus harta intelek yang mahir di sektor awam dan
swasta,untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti harta intelek daripada peringkat
ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan,penilaian,pelesenan,perolehan, penguatkuasaan dan
penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri harta intelek
yang matang dan sofistikated.
Industri harta intelek yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju
terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan.Oleh itu, infrastruktur perniagaan,urusan
bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan harta intelek semasa dan masa
depan,terutamanya perdagangan, pelesenan,pencagaran dan pensekuritian perlu dikaji.
Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan memberi jaminan
piawaian perlindungan harta intelek tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan
perlindungan harta intelek yang dibawa ke Malaysia,peluang untuk memperolehi pulangan
daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapatkan
pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran.Dengan adanya teknologi yang diperlukan
dapat digalakkan melalui perolehan,pelesenan,francais dan lain-lain.
Matlamat Dasar Harta Intelek Negara.
Matlamat utama dasar harta intelek negara adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan
sosial masyarakat dengan mempergunakan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi
yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan
penghasilan,melindungi,penguatkuasaan yang efektif,mengurus dengan baik dan
memaksimumkan pengeksploitan komersial harta intelek.
Memperkukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri harta
intelek sebagai industri matang dan termaju yang menghasil,mengurus dan memperdagangankan
harta intelek.
Membangunkan Malaysia sebagai hab harta intelek terkemuka di mana penghasilan nilai
ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan berasaskan harta intelek memperkukuhkan
keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia.dengan industri harta intelek yang matang dan termaju
Malaysia boleh menjadi pengeksport harta intelek.
Memaju dan menanamkan budaya harta intelek di kalangan masyarakat perniagaan dan industri
serta orang awam.Harta intelek perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam
pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan
teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara.Sebagai aset berharga,harta
intelek perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi,dibangunkan selanjutnya
dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.
Strategi Dasar Harta Intelek Negara.
Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif-objektif yang
telah ditetapkan:
Pembangunan sistem perlindungan harta intelek yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-
strategi berikut:
Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar dan mahir
dalam pendaftaran dan penguatkuasaan harta intelek.
Tahap sistem perlindungan harta intelek terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-
hak yang segera,mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih
baik serta memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.
Pusat sumber MylPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh
industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data petan
dan reka bentuk yang berharga serta mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau
teknologi terkini dalam dunia serta trend dunia dalam bidang teknologi tertentu.
Memperbesarkan tabung harta intelek nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada
penciptaan dalam Malaysia.
Memperolehi harta intelek asing dalam bidang priority tertentu dan juga menggalakkan usaha-
usaha niaga(ventures) asing yang intensif dalam harta intelek supaya membawa harta intelek
mereka ke Malaysia.
Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta dan antara
insttitusi-intitusi penyelidikan dan industri-industri.
Mengambil kesempatan tabung harta intelek sedia ada dan memperolehi nilai komersial yang
lebih tinggi.
Mengenal pasti pencipta-pencipta harta intelek di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka
supaya perolehan nilai harta intelek dimaksimumkan.
Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai
untuk memudahkan pengeksploitan komersial harta intelek.
Memajukan pelepasan hak-hak harta intelek yang tidak dieksploitasi oleh kerajaan atau syarikat-
syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersial melalui
pelesenan atau serahan hak.
Menggalakkan sektor awam dan sektor swasta supaya menguruskan harta intelek yang dimiliki
dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas.
Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan
kewangan berasaskan harta intelek bagi tujuan pencagaran dan pensekuritian aset harta intelek.
Mewujudkan bursa harta intelek bagi mengiatkan perdagangan harta intelek dan untuk
membangunkan pasaran lebih cair untuk perdagangan harta intelek.
Mengulangkaji undang-undang dan amalan perniagaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan
suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan harta intelek termasuklah
penubuhan badan pembiyaan harta intelek yang khusus.
Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-
agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.
Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam.
Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai harta intelek
memerlukan strategi-strategi berikut:
Penubuhan Intitusi Harta Intelek Negara untuk menyediakan program latihan harta intelek yang
khusus seperti perolehan hak-hak,penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian,pengurusan,penilaian
dan pelesenan serta kesedaran am.
Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap,yang memberi fokus
kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.
Menyebarkan maklumat mengenai harta intelek melalui media massa,penerbitan dan lain-lain.
Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.
Tahap sistem perlindungan harta intelek terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak harta
intelek, memastikan pelabur-pelabur berpeluang memperolehi pulangan daripada pelaburan
mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapatkan pembetulan dan
penyelesaian pelanggaran.
Memudahkan industri tempatan memperolehi harta intelek asing yang diperlukan melalui
pelesenan, francais dan lain-lain.
Rasional Dasar Harta Intelek Negara.
Dasar harta intelek negara diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang
berkaitan dengan harta intelek bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harta intelek
oleh agensi-agensi kerajaan,intitusi-intitusi penyelidikan,intitusi-intitusi pengajian
tinggi,organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan
penggunaan harta intelek untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi.Dasar harta intelek
negara juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi
atau sosial negara.
Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan
memupuk ciptaan,perlindungan,penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum harta
intelek bertujuan untuk membangunkan industri harta intelek yang cergas sebagai pendorong
pertumbuhan masa deepan negara.Tujuannya ialah untuk menempatka dasar harta intelek negara
sebagai komponen penting dan bersepadu dengan dasar ekonomi negara untuk meningkatkan
daya saingan Malaysia.
Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya harta intelek dalam kalangan
masyarakat perniagaan dan juga orang awam.tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat
yang menghargai harta intelek sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik
harta intelek.
Dasar ini juga penting untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan(Bil of
Guarantees)Koridor Raya Multimedia(MSC)-untuk “menjadi pemimpin rantau dalam
perlindugan harta intelek dan undang-undang siber.”,Dasar Bioteknologi Kebangsaan,Dasar
Kepelbagaian Biodiversiti dan lain-lain dasar yang berkaitan dengan harta intelek.
Kandungan.
PENDAHULUAN
PENGENALAN
DEFINISI KONSEP
SKOP KAJIAN
RUMUSAN/PENUTUP
BIBLIOGRAFI
Pengenalan.
Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja
perkembangan muzik,kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.
Tujuan Utama Dasar Intelek Negara adalah untuk memanfaatkan harta intelek sebagai enjin
pertumbuhan baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial.
Dasar Harta Intelek Negara memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan harta intelek
dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan
suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan harta intelek,menyediakan sistem
perlindungan harta intelek berpiawaian tinggi,memajukan pengeksploitasian harta intelek
berpotensi komersial,memupuk pembangunan industri-industri sokongan dan membangunkan
keupayaan sumber manusia untuk melaksanakan dasar dengan jayanya.
Pentingnya harta intelek untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari.Dalam ekonomi semasa
yang berasaskan pengetahuan,harta intelek adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan
kritikal yang boleh memberi daya saingan.Mengurus dan memanfaatkan harta intelek secara
strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi
pengetahuan.
Bibliografi.
http://www.myipo.gov.my/files/ip_policy_bm1.pdf
http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/06/perlindungan-harta-intelek-di-malaysia.html
Azizah Hamzah. Pelanggaran Hak Cipta Dari Zaman Cetak Gutenberg Hingga Zaman Siber. Dewan
Sastera,Mac 2005
Mahkamah Harta Intelek Beroperasi Bulan Depan, Utusan Malaysia, 21 Jun 2007
http://zalisamaz.blogspot.com/2009/12/kepentingan-harta-intelek.html
NORkhadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Perlindungan Harta Intelek.
Mulai bulan Julai ini dua puluh satu buah Mahkamah Harta Intelek akan beroperasi di
seluruh negara merangkumi 15 Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Tinggi.
Kelulusan penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini telah diluluskan Kabinet pada 6 Jun
lalu dilihat bakal menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Thailand
yang mempunyai kaedah dan sistem mahkamah khas bagi melindungi aset harta intelek.
Perbincangan mengenai harta intelek masih dianggap baharu walaupun harta berbentuk
intelek sebenarnya sudah lama wujud di seluruh dunia.Namun masalahnya ialah undang-
undang mengenainya masih belum mantap dan berkesan.Pengkajian mengenai harta
intelek dikenal pasti bermula dengan berlangsungnya Paris Convention pada 20 Mac
1883 di Paris,Perancis.Sejak itu,para sarjana undang-undang telah memberi tumpuan
yang mendalam terhadap isu-isu berkaitan harta intelek.Usaha ini semakin rancak ekoran
perkembangan drastik teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) di samping globalisasi
yang semakin melebar dalam ekonomi dunia pada akhir abad ke-20.
Malaysia tidak terlepas daripada arus harta intelek ini dan dengan kewujudan
peningkatan kes berkaitan harta intelek di negara kita,operasi dan inisiatif Mahkamah
khas ini dijangka dapat menyelesaikan lebih 1,600 kes harta intelek tertunggak mengikut
rekod Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah sehingga tahun 2006.Statistik menunjukkan
terdapat 515 kes tertunggak di Mahkamah Majistret sehingga Jun 2006 manakala
sebanyak 1,030 kes lagi di Mahkamah Sesyen dan 67 kes di Mahkamah Tinggi sehingga
31 Disember 2006.
Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Mohd Shafie
Apdal,dengan adanya sistem baru mahkamah ini,ia bukan sahaja akan mempercepatkan
lagi proses penggendalian kes-kes yang melibatkan pelanggaran harta intelek di negara
ini malah kita akan memperoleh kepakaran dari perundangan seperti hakim dan peguam,
sekali gus akan meletakkan negara kita di landasan yang setanding dengan negara luar
dari segi kelengkapan bagi memutuskan kes-kes berkaitan.
Kerajaan juga yakin dengan kewujudan operasi mahkamah ini akan menyakinkan para
pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia amat serius memerangi
perompak,pencuri dan pelanggar harta intelek yang tidak bertanggungjawab serta tidak
berperikemanusiaan yang giat menceroboh hak kepunyaan orang lain seperti memuat
turun tanpa kebenaran,mengubahsuai dari karya asal,menciplak,mencuplik,mencetak
rompak,memplagiat,meniru,mencedok,menyebar karya secara bebas dan banyak lagi
pencabulan harta intelek.Inisiatif ini adalah bukti keprihatinan dan usaha terbesar
kerajaan melindungi entiti dan identiti harta intelek di negara kita secara yang lebih
konsisten dan holistik.
Semua 15 Mahkamah Harta Intelek akan membicarakan kes di setiap ibu negeri dan
pusat pentadbiran negara Putrajaya.Enam Mahkamah Tinggi Bahagian Harta Intelek
dengan bidang kuasa sivil dan rayuan akan bersidang secara mahkamah khusus di negeri
yang mempunyai banyak kes harta intelek seperti Kuala Lumpur,Selangor,Johor,Perak,
Sabah dan Sarawak.Setakat ini projek mahkamah harta intelek ini tidak membabitkan
sebarang kos membina kemudahan atau bangunan baru,sebaliknya menggunakan
kemudahan dan prasarana sedia ada di kompleks mahkamah di negeri terbabit.
Pada masa ini,projek perintis ini telahpun dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah (4)
di Kuala Lumpur untuk mendengar secara khusus kes-kes jenayah harta intelek mulai 1
Januari 2006 lalu dan hasilnya banyak kes-kes berkaitan telah berjaya dilupuskan dengan
lebih efektif dan cepat di mana sehingga tahun 2006 hampir 99 kes berkaitan harta intelek
telah dilupuskan dan pihak yang kerugian serta teraniaya mendapat keadilan melalui
perintah penghakiman dan pampasan yang sewajarnya daripada mahkamah.
Penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini juga disifatkan tepat pada masanya
memandangkan peningkatan kes-kes baharu melibatkan jenayah harta intelek secara
mendadak setiap tahun.Di samping itu,pindaan Akta Hakcipta 1987 pada 15 Ogos 2003
juga telah memberikan kuasa penuh kepada pegawai kementerian menangkap pesalah
yang terlibat dalam jenayah ini tanpa melibatkan agensi kerajaan lain.Keadaan ini
membantu melicinkan lagi usaha penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang pihak
kementerian ke atas penjenayah harta intelek dan bagi mengekang jenayah moden ini
daripada terus berleluasa di negara kita.
Sehingga ke hari ini Malaysia masih lagi tidak mampu mengatasi dan menghalang
sepenuhnya jenayah pelanggaran hak cipta yang tinggi terutamanya kes cetak rompak
yang kian hari semakin bertambah di seluruh negara.Ini adalah kerana jenayah
perdagangan ini membabitkan mereka yang bukan hanya mempunyai keupayaan
kewangan yang mantap,sistem perhubungan yang cekap,penglibatan 'orang dalam' dan
petugas yang terlatih malah kebolehan luar biasa serta strategi melepaskan diri dengan
pelbagai helah dan teknik yang mampu mengkaburi mata pihak penguatkuasaan.
Pembeli atau pengguna yang turut sama bersubahat dengan penjenayah ini melalui
pembelian barangan cetak rompak atau memuat turun sesuatu aplikasi tanpa kebenaran
juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika sabit kesalahan.Ini adalah
kerana tanpa sokongan dan kerjasama daripada pengguna,penjenayah ini tidak mungkin
dapat melebarkan sayap kegiatan perniagaan haram mereka.Hukum penawaran dan
permintaan dalam perniagaan menjadi asas kepada masalah ini.Oleh yang demikian,
pengguna yang bijak perlu bertindak sewajarnya membantu kerajaan membanteras
jenayah harta intelek dan bukannya terus menerus berganding bahu dan membantu
penjenayah dalam hal ini.
Berdasarkan kepada senario semasa,jenayah harta intelek kini semakin berkembang dan
bermaharajalela melalui medium maya terutamanya internet di samping kaedah
tradisional,menuntut kerajaan bersedia melaksanakan inovasi mahkamah siber
sepenuhnya berteraskan keupayaan ICT terkini bagi memberikan impak dan momentum
positif kepada sistem perundangan dan kehakiman di negara kita setanding negara maju
lain dalam mengadili jenayah harta intelek.
Kepentingan Harta Intelek.
Harta intelek terdiri daripada empat cabang utama iaitu hak cipta,cap dagang,reka bentuk
industri dan paten.
Antara yang sering berlaku adalah kes yang melibatkan penghasilan cakera padat (CD)
atau video cakera padat (DVD) sesebuah filem atau album yang dihasilkan oleh
karyawan seni di Malaysia mahupun di luar negara.
Selain itu,banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
terhadap sesuatu 'produk' harta intelek seperti menggunakan perisian komputer palsu,
meniru logo,plagiat penulisan buku atau tesis.
"Sukar untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa membeli barangan cetak rompak
sebenarnya satu kesalahan yang besar.Ia secara tidak langsung menggalakkan pihak yang
tidak bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak barangan sedemikian," kata
Gameladha ketika ditemui Kosmo! di Cyberjaya baru-baru ini.
Kesemua empat perkara itu mempunyai pengkhususan tersendiri yang menjurus kepada
pemilikan hak eksklusif terhadap harta intelek yang dihasilkan di bawah zon masing-
masing.
"Ia direka semata-mata untuk melindungi hak dan nilai eksklusif sesuatu produk
berkaitan harta intelek.Contohnya lirik lagu,penulisan buku,skrip drama,lukisan dan
gambar.Kesemuanya terletak di bawah perlindungan hak cipta,manakala logo atau tanda
nama pula disebut sebagai trademark.
"Bagi melindungi proses penghasilan sesuatu produk,ia dipanggil paten dan rekaan
industri pula melibatkan perlindungan harta intelek terhadap aspek fizikal produk yang
dihasilkan," jelas beliau lagi.
Secara umumnya,harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi
pelbagai bidang seperti karya muzik,sastera dan seni,hasil reka cipta,simbol,nama,imej
dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan.
Ia termasuklah hak cipta,cap dagang,paten dan hak-hak lain yang berkaitan.Di bawah
undang-undang harta intelek,pemegang salah satu daripada 'harta-harta' yang bersifat
abstrak itu mempunyai hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Gameladha yang telah berkecimpung di dalam bidang harta intelek sejak tahun 2003
mengakui salah satu faktor penyebab mungkin disebabkan penguatkuasaan yang lemah
dalam memperkukuhkan undang-undang harta intelek.
"Tetapi,di negara kita,masih ada berlaku kes-kes yang mana seseorang itu termasuk
profesional menyalin hasil hak cipta seseorang tanpa berasa bersalah," tegas Gameladha
sambil menambah bahawa sebenarnya ramai orang melakukan kesalahan harta intelek
tanpa mereka sedari.
Memberi contoh tentang perkara di atas,Gameladha membangkitkan satu isu yang sering
dilakukan dalam kalangan pelajar universiti iaitu mencetak buku-buku rujukan tanpa
kebenaran penulis sebenar.
"Begitu juga jika seseorang itu memuat turun gambar daripada Internet dan
menyebarkannya,ia juga satu kesalahan jika perkara itu tidak mendapat keizinan daripada
tuan punya gambar.
"Jika gambar tersebut telah didaftarkan untuk hak cipta,individu berkenaan boleh
dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya lebih lanjut.
MASALAH cetak rompak sudah sekian lama membelenggu industri tanah air.
Ujarnya, masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni hiburan tanah air sukar
untuk diselesaikan jika khalayak sendiri tidak menunjukkan keprihatinan terhadap isu
tersebut.
"Di kalangan karyawan,kami memang tahu mengenai kepentingan hak cipta atau harta
intelek,cuma mungkin masyarakat tidak melihat masalah harta intelek sama seperti kami.
"Masyarakat sepatutnya memahami bahawa cetak rompak adalah musuh utama dalam
dunia hiburan kerana ia mampu menjejaskan periuk nasi kami.Saya harap pandangan dan
sikap mereka terhadap isu cetak rompak akan berubah," kata Norman ketika dihubungi
Kosmo!.
Tambah Norman,kemudahan jalur lebar yang semakin meluas secara tidak langsung turut
menyumbang kepada peningkatan masalah cetak rompak digital.Walaupun terdapat akta
yang digubal untuk melindungi golongan karyawan,namun kesannya tidak begitu dirasai.
"Bayangkan jika satu ketika dahulu penjualan CD atau VCD boleh mencecah
RM300,000 hingga RM400,000 tetapi sekarang hendak dapatkan RM100,000 pun terlalu
susah.
"Untuk industri perfileman pula,kerugian boleh mencapai RM100 juta hingga RM200
juta setahun disebabkan masalah cetak rompak ini," tutur Norman sambil berharap minda
orang ramai lebih ke hadapan dalam melihat isu perlanggaran harta intelek itu.
Kesimpulan.
Harta Intelek adalah aset strategik utama dan pengekploitannya yang efektif adalah satu
daripada kunci untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia.
Pelaksanaan Dasar Harta Intelek Negara yang berkesan dan berjaya adalah satu daripada
langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan
Malaysia akhirnya menjadi negara maju.