Anda di halaman 1dari 25

Abstrak

Isu kesalahan berbahasa tiada kesudahannya. Banyak persoalan berhubung kait terutama dalam
konteks negara bangsa yang pelbagai latar belakang, kebudayaan, bahasa dan agama. Usaha untuk
memupuk perpaduan diterapkan terutamanya dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat
komunikasi utama. Namun di sebalik usaha yang dijalankan, wujud isu lain yang perlu diambil
perhatian iaitu masalah berbahasa dalam kalangan Masyarakat Malaysia. Objektif kajian untuk
membincangkan kesalahan bahasa, menghurai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
kesalahan bahasa dan mengenal pasti cara mengatasi masalah tersebut. Masyarakat majmuk di
negara ini menjadi rujukan utama kajian. Oleh itu, kaedah pemerhatian dan pembacaan bahan ilmiah
digunakan. Walaupun fenomena masalah yang dikaji amat luas tetapi kajian hanya tertumpu kepada
kesalahan bahasa yang wujud dalam sebuah negara yang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan
di Malaysia. Kajian akan merujuk kepada faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan
bahasa dari segi pertuturan dan penulisan. Hasil kajian yang dijalankan akan dapat mengetahui
tentang kesalahan bahasa ketika pertuturan atau kesalahan mengeja dalam penulisan. Kesalahan ini
terjadi akibat faktor dialek , pengaruh media, pengaruh bahasa lain, pencemuhan dan bahasa slanga.
Selain itu, kesalahan bahasa juga boleh wujud disebabkan oleh keanekaan latar belakang, kurang
pemahaman aspek tatabahasa dan faktor laras iklan.
PENGENALAN
Kesalahan bahasa merupakan kombinasi dua perkataan kesalahan dan bahasa. Kesalahan
merujuk perbuatan salah atau kesilapan. Perkataan bahasa pula, bermakna sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Menurut
seorang sarjana Jerman, Wilhem Von Humbodt, bahasa ialah satu sintesis daripada bunyi yang
dibentuk oleh lautform bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh idenform bentuk dalaman.
Hasilnya, pelbagai ragam ujaran yang tidak terbatas jumlahnya dapat diterbitkan. Sementara itu,
seorang lagi sarjana linguistik Amerika, John B. Carol, mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem
berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau yang
digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Hasilnya, bahasa dapat dirumuskan
sebagai satu struktur yang unik daripada bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenangwenangnya untuk digunakan oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. Pada
keseluruhannya bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan terdiri daripada kalimah. Bahasa
mempunyai ciri unik. Antara ciri-cirinya:
a. Bahasa mempunyai bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi iaitu mulut, hidung dan paru-paru.
b. Bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai susunan bunyi, perkataan, nahu ataupun sintaksis
yang tertentu.
c. Bahasa mempunyai bentuk tertentu seperti ayat, rangkai kata, perkataan,imbuhan dan lain-lain.
d. Bahasa mempunyai makna yang ditugaskan untuk menyatakan sesuatu.
e. Bahasa itu berubah.
f. Bahasa arbitrari yang mempunyai hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda yang
dimaksudkan.
g. Bahasa itu linear.
George (1973), berpendapat bahawa kesalahan bahasa ialah .an unwanted form which a
particular course designer or teacher does not want. Menurutnya kesalahan bahasa adalah mengikut
pertimbangan cita rasa seseorang guru. Penggunaan bahasa tidak formal dalam penggunaan formal
mengakibatkan kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa bererti kesilapan yang berlaku sama ada
melalui pertuturan atau tulisan. Nak Safiah Karim (1980:10) berpendapat, kesalahan bahasa bererti
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang dipersetujui, sama ada pada
peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Nik Safiah Karim dalam Dewan Bahasa,
turut menyatakan terdapat tiga peranan utama yang dimainkan oleh bahasa Melayu iaitu sebagai
bahasa kebangsaan yang berjaya direalisasikan dengan beberapa dasar yang digubal oleh kerajaan.
Begitu juga sebagai bahasa ilmu yang mampu bersaing dengan bahasa Inggeris. Namun fungsinya
sebagai bahasa perhubungan dengan penggunaan bahasa rojak (salah satu kesilapan bahasa)
mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu. Selain itu banyak kesalahan bahasa juga wujud kerana
kurangnya pengetahuan tentang bahasa Melayu dan pengaruh bahasa kaum lain di Malaysia.
Budaya merujuk kepada peraturan yang dikongsi bersama. Budaya Melayu adalah satu set nilai,
kepercayaan dan sikap yang dikongsi bersama oleh kebanyakan ahli bangsa Malaysia. Budaya
Melayu mempengaruhi banyak aspek kehidupan bangsa Malaysia. Perkongsian paling nyata adalah
penggunaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan aset penting bagi memupuk kesatuan

dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa penting dalam menghapuskan
polarisasi etnik dengan memupuk penyatuan menyeluruh dengan nilai persefahaman yang
dipersetujui bersama. Oleh itu, bahasa Melayu merupakan platform dalam memupuk agenda ini
dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia meskipun wujud sifat kepelbagaian budaya dan
kaum. Seirama dengan pemakaiannya yang semakin meluas, kesalahan-kesalahan penggunaan
bahasa oleh bangsa Malaysia merupakan fakta yang menonjol. Kesilapan yang dianggap
pencemaran bahasa akan serta-merta mengingatkan semua pihak kepada pencemaran udara dan
alam sekitar yang menjadi fenomena zaman moden yang menakutkan. Bangsa Malaysia terdiri
daripada berbilang kaum yang masing-masing mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Rakyat
berbilang kaum ini telah mengalami sistem persekolahan dan bahasa penghantar yang berlainan.
Dialek daerah berlainan di Malaysia juga memerlukan proses standardisasi kerana turut menjadi
punca kesilapan penggunaan bahasa. Sejauh mana kita bergerak ke arah Negara cemerlang,
gemilang dan terbilang, harus ada usaha supaya bahasa Melayu kekal berdaulat sebagai bahasa
yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi tetapi entitinya harus ada
supaya bahasa Melayu terus bersaing dan disegani di mata masyarakat dunia.
Kesalahan Bahasa Secara Umum
Bahasa Melayu atau disebut bahasa Malaysia di dalam buku Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
oleh Ishak Saat dinyatakan sebagai bahasa penyatuan. Bahasa jiwa Bangsa berperanan penting
membentuk jati diri dan identiti sesebuah bangsa. Bangsa yang dimaksudkan adalah bangsa
Malaysia. Usaha memartabatkan bahasa Melayu juga perlu diperkasa semaksimum mungkin bagi
menjayakan gagasan satu bahasa, satu bangsa, satu Malaysia. Semua pihak daripada pucuk
pimpinan sehinggalah ke akar umbi perlu menggembleng tenaga untuk menjayakan matlamat ini.
Sehubungan itu kesalahan bahasa yang terjadi perlu diperbetulkan. Sejak bahasa Melayu diangkat
sebagai bahasa rasmi (kebangsaan) dalam perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka, dengan
sendirinya bahasa Melayu menjadi milik orang Melayu, orang Cina, orang India dan semua penduduk
warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Maka, untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu
memilih bahasa yang diketahui oleh semua pihak. Kesalahan sering timbul ketika komunikasi
berlangsung antara bangsa yang berlainan. Yang pertama kesalahan penggunaan kata. kesalahan
penggunaan kata menimbulkan rasa kurang senang tetapi tidak menjejaskan makna kerana
kebanyakan kita dapat memahami maksud yang hendak disampaikan. Kesalahan seperti ini kerap
terjadi kerana kurang pemahaman tentang tatabahasa.
Contoh 1. Baru dengan baharu.
1a. Ayah baru sampai dari kampung.
1b. Baju baru yang dibelinya berwarna kuning.
Penggunaan ejaan baru dalam ayat 1a betul yang merujuk kepada masa. Tetapi baru pada ayat 1b
salah kerana ayat merujuk kepada benda. Sepatutnya dieja baharu.
Contoh 2. Penggunaan di sebagai kata sendi dan imbuhan
2a. Buku itu disimpan di dalam almari.
2b. Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.
2c. Sila letakkan borang di dalam kotak ini.
Kata sendi di ditulis berpisah daripada Kata Nama yang mengikutnya. Dalam hal ini. Ayat 2a betul
tetapi penggunaan di dalam ayat 2b salah. Bagi ayat 2c penggunaan di dijadikan kata imbuhan dan
dirapatkan adalah salah tetapi yang dikesalkan ayat 2c menjadi label yang dipaparkan di salah
sebuah pejabat imigresen di negara kita. Hanya di yang berfungsi sebagai kata imbuhan perlu
dirapatkan. Kedua, kesalahan frasa. Kesalahan frasa kerap berlaku kerana melanggar Hukum D-M,
iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan. Contohnya Chan Restoran sepatutnya Restoran
Chan. Frasa terbitan sering kedengaran menerusi radio, televisyen dan surat khabar. Contohnya
Johor leads by 2-0. Ayat tersebut diterjemahkan menjadi Selangor mendahului 2-0 dan membawa
maksud yang tidak jelas. Sepatutnya, pasukan Selangor mendahului pasukan lain dengan mata 2-0.
Ketiga kesalahan ayat. Kesalahan ayat turut berlaku terutama ayat tergantung. Walaupun maksud
yang ingin disampaikan mungkin dapat difahami tetapi ayatnya tidak lengkap.
Contoh 3. Tidak lebih dan tidak kurang.
Contoh 4. Lebih penerbangan. Lebih pilihan.
Contoh 5. Hanya satu calitan.
Contoh 6. Alimah guru.
Ayat lengkap mesti mengandungi subjek yang bersifat frasa nama dan predikat. Predikat ialah
kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh 6 adalah ayat tunggal yang lengkap kerana Alimah adalah subjek dan guru adalah predikat.
Ini berbeza dengan contoh ayat 3, 4 dan 5.
Kesalahan Bahasa Dalam Kalangan Masyarakat Majmuk

Corder 1973 berpendapat bahawa sebab terjadi kesalahan bahasa ialah kerana terdapat banyak
peraturan yang ada pada sesuatu bahasa iaitu formal dan tidak formal. Kadang-kadang, jika tidak
berhati-hati, dalam masa menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk
yang tidak formal. Penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal adalah dianggap kesalahan bahasa.
Malah sesuatu bahasa lazimnya mempunyai dialek-dialek. Penggunaan dialek adalah tidak formal.
Oleh itu jika dialek dicampuradukkan dengan bahasa formal atau standard maka terjadilah kesalahan
bahasa. Sharma (1981), berpendapat bahawa kesalahan bahasa dibahagikan kepada 3 kategori.
Pertama kesalahan bahasa disebabkan faktor lupa, gangguan emosi, kelalaian dan kurang latihan.
Kedua, kesalahan bahasa berpunca daripada kekacauan atau kekeliruan kerana wujudnya faktorfaktor kelainan bentuk dalam penggunaan sesuatu bahasa formal (bahasa persuratan, bahasa
akademik dan bahasa kesusasteraan) dan tidak formal (dialek dan bahasa pasar). Ketiga kesalahan
bahasa khas bagi penggunaan bahasa kedua iaitu bahasa yang dikuasai terkemudian daripada
perolehan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda. Kesalahan umum memang luas jika diperkatakan
tetapi kesalahan disebabkan pengaruh masyarakat bangsa Malaysia berlaku disebabkan banyak
faktor. Faktor-faktor yang mengundang kesilapan dalam penggunaan bahasa antaranya:
i. Faktor dialek
ii. Faktor pengaruh media
iii. Faktor pengaruh bahasa lain
iv. Faktor pencemuhan
v. Faktor bahasa slanga
vi. Faktor keanekaan latar belakang
vii. Faktor kurang pemahaman tatabahasa
viii. Faktor pengaruh bahasa iklan
Faktor pertama pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972), ialah sejenis kelainan
bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa standard.
Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek itu
mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur. Bahasa dialek sebenarnya ialah
tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat
lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh
penutur asal dari daerah dialek yang sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan
oleh penutur di Terengganu.
Contoh 7. Ali menangkap ikang.
Contoh 8. Adik melukis bulang.
Contoh ayat 7 dan 8 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja mengikut
sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan.
Contoh 9. Ambo suka makan di kedai bersih. Demo lagu mano? Ayat betul: Saya suka makan di
kedai bersih? Awak macam mana?
Contoh 10. Cakna pendidikan Kelantan tersohor. Di dalam Kamus Dewan perkataan cakna
bermaksud ambil berat atau ambil tahu tetapi jarang digunakan dan menjadikan ayat tersebut janggal
bagi masyarakat negeri lain. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi Ibu bapa harus cakna pelajaran
anak supaya Kelantan tersohor dalam bidang pendidikan.
Contoh 11. Maghi pakat gi jale. Maksud ayat: Jom kita pergi melancong.
Contoh 12. Sudoh slaluh. Ayat tersebut bermaksud siap dengan segera.
Contoh ayat 9 hingga 12 adalah salah jika dinilai daripada sudut penggunaan perkataan yang
dientrikan dalam kamus. Papan tanda dan kain rentang yang dipamerkan membuktikan bahawa
bahasa dialek ini diterima pakai di negeri atau daerah tertentu. Persoalannya, siapakah yang harus
dipersalahkan? Adakah kita perlu mengorbankan kedaulatan bahasa Melayu demi menaikkan taraf
bahasa daerah? Umum mengetahui terdapat banyak bahasa dialek tetapi hanya bahasa Melayu
Baku ditetapkan untuk dijadikan bentuk bahasa rasmi. Bahasa dialek memberi maksud berbeza yang
sukar ditafsirkan.
Contoh 13. Sudah banyak kali saya bilang sama dia.
Contoh 14. Mama saya belum pulang lagi.
Contoh 15. Saya akan pulang jam tiga.
Perkataan bilang dalam ayat 13 bermaksud memberitahu. Mama dalam ayat 14 merujuk kepada ibu
atau emak di sabah tetapi tidak diterima dalam bahasa Melayu kerana kata mama sebenarnya
mengikut Kamus Dewan ialah bahasa percakapan bagi kata ibu. Kata jam di dalam ayat 15, merujuk
Kamus Dewan edisi keempat adalah sejenis alat untuk menunjukkan waktu. Kata jam biasanya
diganti dengan pukul yang lebih jelas merujuk kepada waktu. Dalam bahasa Melayu, kata jamban
membawa makna tempat membuang air atau tandas tetapi dalam dialek Pahang membawa maksud
tempat mandi atau basuh kain. Di Kelantan dan Terengganu dialeknya lebih sukar difahami.

Contohnya kata bidas bererti memantul menurut Kamus Dewan tetapi membawa maksud lastik
mengikut fahaman dialek masyarakat di negeri tersebut. Kata bahang yang bermaksud hawa panas
akan berubah maksud menjadi bahagian, hal dan kepunyaan mengikut maksud dialek Perak.
Rumusan daripada contoh di atas dapat disimpulkan bahawa pengguna kata dialek mendukung
maksudnya sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat luar lingkungannya dan membawa maksud
berbeza daripada maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Ini menimbulkan banyak kekeliruan
dan kesalahan penggunaan kata bahasa Melayu. Faktor kedua, pengaruh media. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen, memainkan peranan penting
dalam perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak. Melalui radio dan televisyen, mereka
mempelajari aspek bahasa seperti sebutan, perbendaharaan kata, intonasi dan sebagainya. Bunyi
vokal dan konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul kerana jika tidak, akan timbul
masalah. Di dalam bahasa Melayu banyak perkataan yang akan bertukar maksud jika salah
sebutannya. Misalnya tempoh dengan tempuh, dadah dengan dada, marah dengan mara, belot
dengan belut, masakan dengan masakkan, mengubah dengan menggubah atau tumbuk dengan
tembok. Salah sebutan akan merubah maksud yang ingin disampaikan. Hal ini terjadi terutamanya
bagi penutur bukan Melayu. Selain itu, terdapat juga kesalahan pengulangan kata jamak seperti
mereka menjadi mereka-mereka atau para penulis menjadi para penulis-penulis. Kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh media turut menjadi ikutan khususnya bagi mereka yang tidak mendalami
tatabahasa. Kadangkala pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar masih meyakini tatabahasa dan
ejaan yang digunakan oleh media meskipun salah. Contohnya:
Contoh 16. Van yang mereka naiki telah terbabas.
Contoh 17. Alya melaporkan dari Johor.
Contoh 18. Lain-lain perkara akan dibincangkan kemudian.
Contoh 19.Usaha memperluaskan jalan sedang dijalankan.
Contoh 20. Bagaimanapun ada perkara yang tidak jelas yang mana ramai orang tidak
mengetahuinya.
Bagi ayat 16 dianggap tidak menepati struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga. Kesalahan di
dalam ayat 17, Kata kerja transitif hendaklah diikuti oleh objek. Bagi ayat 18 berlaku kesalahan
hukum D-M. Bagi ayat 19, berlaku kesalahan kerana penggunaan apitan memper.. kan pada kata
adjektif. Ayat 20 yang tertulis pada akhbar Harian Metro 23 Januari , yang mana adalah terjemahan
terus which dalam bahasa Inggeris. Pihak media massa sepatutnya lebih prihatin mengelak daripada
melakukan kesalahan bahasa. Media perlu memainkan peranan mengetengahkan sesuatu kosa kata
baharu dan menggunakan ayat yang betul untuk dimanfaatkan oleh pengguna. Faktor ketiga,
pengaruh bahasa lain. Kesalahan bahasa turut berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini
berlaku kerana sesetengah anggota masyarakat yang menguasai bahasa Inggeris kadangkala
cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu menurut peraturan bahasa Inggeris. Sebagai contoh
penggunaan di mana (where) dan yang mana (which) sebagai kata hubung dalam ayat begitu meluas
seolah-olah diterima dalam bahasa Melayu. Malah golongan intelektual dan individu yang dianggap
berpengetahuan dalam bahasa Melayu turut mengamalkan kesalahan tersebut. Demikian juga
penggunaan frasa yang tidak mematuhi hukum D-M, misalnya lain-lain hal dan mini maraton.
Pengaruh bahasa Inggeris juga sering dicampur aduk dalam bahasa Melayu sedangkan istilah
tersebut telah sedia ada dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, ori (asli atau tulen), live (langsung
atau terus), breakfast (sarapan), lunch (makan tengah hari) dan dinner (makan malam). Kita bangga
jika bangsa Malaysia boleh berbahasa Inggeris tetapi janganlah menggunakan bahasa rojak sesuka
hati yang merosakkan imej bahasa kebangsaan. Sesetengah orang pula sukar menyebut sesuatu
perkataan berdasarkan sebutan yang diseragamkan, terutamanya bagi perkataan pinjaman daripada
bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, masih banyak orang menyebut perkataan tertentu seperti sebutan
Inggeris walaupun dieja dalam bahasa Melayu. Misalnya, struktur (structure), aktif (active),dan
psikologi (psychology). Amalan demikian akan menjadi ikutan generasi baharu. Kesalahan ejaan pasti
berlaku jika salah sebutan. Misalnya, agenda dieja ajenda, unit dieja yunit dan teknologi dieja
teknoloji. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu dalam era globalisasi. Namun mengagungagungkan bahasa Inggeris akan menyukarkan usaha untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa
yang kerap berlaku. Penggunaan bahasa campuran atau rojak dalam pelbagai situasi termasuklah
situasi rasmi menyebabkan kekeliruan. Selain pengaruh bahasa Inggeris, kesalahan bahasa juga
sering berlaku akibat pengaruh bahasa Cina dan India. Antara ayat yang sering kita dengar seperti:
Contoh 21. Jangan takut menderma dara (darah).
Contoh 22. Ramai pelajar sekarang yang ditangkap menghisap dada (dadah).
Contoh 23. Jangan mara-mara (marah-marah), nanti cepat tua.
Contoh 24. Saya mahu membeli telo (telur).

Penggunaan kata lain seperti senarai disebut senarai, cendekiawan disebut can-dia-kawan dan
pengarah disebut pen-ga-rah. Pada kain rentang dan papan tanda gambar 2,4 dan 5 terdapat
kesilapan ejaan seperti salapan (sarapan), negera (nagara) dan memjual (menjual). Kesalahan ejaan
sebegini kerap berlaku kerana dieja mengikut bahasa Cina. Campur aduk penggunaan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu juga dapat dilihat. Contohnya bagi perkataan tingkat 2 dan floor 2,
plumber paip air & tandas dan lori sewa 24 hour dalam gambar 1, 3 dan 6. Faktor keempat,
pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin mendapat tempat
terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan bahasa ini sering
kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni. Penggunaan perkataan lucah
bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi membunuh nilai seni budaya. Apabila
berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya
digunakan untuk meluahkan emosi berang atau ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan
lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung. Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan
kehadiran unsur tertentu perlu dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun
budaya bangsa Malaysia. Faktor kelima, bahasa slanga. Bahasa slanga adalah kelainan bahasa yang
dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Misalnya bahasa pelajar di universiti
dan golongan muda mempunyai slanga tersendiri semasa bertutur dan ada kalanya kita sebagai
golongan dewasa tidak memahami apa-apa yang diperkatakan oleh mereka. Penggunaan bahasa
slanga atau frasa seperti very fantastic di saluran Astro, jika dibiarkan tanpa teguran akan menjadi
sebati dengan bahasa Melayu. Ini akan mengancam bahasa kerana bermula dengan perkataan
slanga lama kelamaan diterima oleh semua masyarakat. Contoh lain perkataan gay, sekitar 1960-an
digunakan tanpa sebarang masalah. Namun begitu sekarang perkataan itu akan membawa erti yang
agak negatif iaitu orang yang homoseksual. Sistem pesanan ringkas (SMS) yang banyak
meringkaskan perkataan hakikatnya merosakkan bahasa jika tidak dipantau penggunaannya dan
dipraktikkan dalam situasi formal. Perkataan yang digunakan juga sama seperti bahasa slanga yang
sering berubah mengikut peredaran zaman. Dahulu kita menggunakan perkataan kekasih, kini
pelbagai perkataan baharu digunakan seperti makwe, cewek dan awek. Namun maksudnya masih
sama. Ko pula digunakan untuk awak dan gua untuk saya.. Faktor keenam keanekaan latar belakang.
Keanekaan latar belakang ialah warisan kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan
kebudayaan. Ini merupakan keunikan bangsa Malaysia tetapi jika dilihat dari satu sudut yang lain, hal
tersebut merupakan masalah dan cabaran untuk memastikan semua bangsa dapat menguasai dan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan betul. Di peringkat awal iaitu
melalui pembelajaran di sekolah dapat dikesan kesalahan berlaku dalam semua bidang kemahiran
bahasa dan aspek bahasa. Gangguan bahasa ibunda berlaku kerana penggunaan bahasa Cina,
bahasa Tamil, bahasa Jawa, bahasa Inggeris dan lain-lain sejak kecil. Gangguan sistem bunyi
bahasa ibunda mereka boleh menyebabkan kesukaran dalam aspek sebutan dan intonasi bahasa
Melayu yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Masalah ini pernah dibicarakan oleh Jack C Richards
(1980) sebagai masalah antara bahasa atau interlanguage problems. Bagi kaum Cina, masalah
sebutan dan intonasi berlaku apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Masalah ini boleh didengar di
kelas, kedai, di pasar atau 288 melalui media elektronik seperti radio atau televisyen. Yang berikut
adalah sebahagian contoh kesalahan sebutan yang kerap dilakukan oleh penutur Cina.
BIL PERKATAAN BAHASA MELAYU SEBUTAN SALAH
1. Banyak Manyak
2. Cakap Ciakap
3. Dahulu Lulu
4. Duit Luit
5. Dengan Degan
6. Lebih Lebeh
7. Sudah Suda
8. Semua Suma
9. Sedang Sidang
10. Zaman J aman
Kesalahan penutur kaum India akibat pengaruh bahasa ibunda agak berbeza dengan kaum Cina.
Contoh-contoh di bawah adalah antara kesalahan sebutan yang biasa dituturkan oleh bangsa
Malaysia berketurunan Cina dan India. Namun tidak dinafikan, sistem pendidikan mampu mengubah
fenomena ini dan ramai di kalangan bangsa lain di negara ini mampu bertutur bahasa Melayu dengan
lancar dan betul.
BIL PERKATAAN BAHASA MELAYU SEBUTAN SALAH
1. Apa Appa
2. Boleh Bole

3. Darah Dara
4. Enam Annam
5. Getah Keta 6
. Hisap Isap
7. Murah Mura
8. Puluh Pulu
9. Pergi Pigi
10. Sendiri Sindri
Selain aspek sebutan, aspek intonasi juga merupakan masalah kerana dilagukan mengikut intonasi
bahasa ibunda Cina dan India. D.A.Wilkins (1981:24) menegaskan bahawa: Peranan guru amat
penting sebagai ejen pengajar yang paling berpengaruh dan merupakan model atau sumber teladan
yang akan ditiru oleh murid-murid. Guru bahasa Melayu terutamanya tidak boleh bersikap seperti
ketam dan menyuruh murid-muridnya berjalan betul, sedangkan guru sendiri berjalan senget.
Sekiranya guru bahasa Melayu sendiri menghadapi masalah ketika bertutur atau mengajar, mereka
perlu mengatasinya dengan segera. Faktor ketujuh, kurang pengetahuan bahasa Melayu. Faktor ini
jika dinilai terjadi kepada semua bangsa Malaysia. Kurangnya pemahaman bahasa Melayu
menyebabkan banyak kesalahan bahasa yang dilakukan. Salah satu kesalahan yang berlaku adalah
penggunaan kata tunjuk itu dan ini. Menurut Prof. Slametmuljana, dalam percakapan bahasa yang
kurang teratur, kata tunjuk ditempatkan di depan kata yang ditunjuk seperti:
Contoh 25. Ini kereta Honda City.
Contoh 26. Itu hari saya sudah pulang ke kampung.
Penggunaan kata tunjuk seperti contoh ayat 25 dan 26 adalah seperti ayat berunsur bahasa basahan
dan kolokial. Dalam aspek penulisan, amalan kelewahan amat jelas. Leweh menurut Kamus Dewan
2004 bermakna terlalu banyak hingga berlimpah-limpah. Dalam konteks bahasa, amalan kelewahan
dapat diertikan sebagai penggunaan kata, frasa ataupun ungkapan secara berlebihan dalam
penulisan dan jika digunakan tidak menambah maksud, malah merosakkan kelancaran dan
kepersisan sesuatu ayat. Selain itu. penggunaannya tidak pula menjadikan bahasa itu indah ataupun
melancarkan proses komunikasi. Kelewahan juga terjadi kerana pengguna bahasa tidak tahu atau
tidak berfikir dahulu ketika hendak menggunakan bahasa.
Contoh 27. Hadiah percuma itu diberi kepada semua peserta.
Contoh 28. Nelayan yang menangkap ikan telah ditangkap kerana memasuki perairan negara jiran.
Penggunaan kata hadiah tidak perlu diikuti dengan kata percuma kerana sesuatu hadiah adalah
percuma. Dalam ayat 28 pula, penggunaan kata nelayan cukup menjelaskan tugas menangkap ikan.
Jadi ungkapan yang menangkap ikan tidak diperlukan dan dianggap kelewahan dan mubazir. Contoh
lain penggunaan frasa pada masa ini (kini), penghuni yang tinggal di (penghuni) dan sekolah tempat
kami belajar (sekolah kami). Frasa yang ditulis panjang hanya perlu ditulis seperti di dalam kurungan
supaya menjadi ayat yang tepat. Dalam hal kelewahan, Yeop Johari Yaakob (1987) menggolongkan
ulangan kata sebelum penanda jamak sebagai amalan mubazir. Umpamanya, semua pegawaipegawai, sebilangan besar kakitangan-kakitangan kerajaan dan pokok-pokok itu tinggi-tinggi belaka,
ditakrifkan sebagai mubazir. Amalan ini dikelaskan sebagai kesalahan bahasa yang harus
diberhentikan oleh pengguna bahasa Melayu demi kebakuan dan ketulenan bahasa Melayu. Selain
itu kelewahan lain seperti menjamakkan kata bilangan seperti banyak kereta-kereta sepatutnya
banyak kereta atau kereta-kereta. Kelewahan imbuhan adjektif memper.. kan dan diper .;kan
berlaku kerana kecenderungan untuk menggandingkan kedua-dua imbuhan dengan kata dasar yang
terdiri daripada kata adjektif seperti memperkemaskan sepatutnya memperkemas atau
mengemaskan dan dipertingkatkan sepatutnya dipertingkatkan atau ditingkatkan. Kelewahan apitan
memper.-i, mengikut Tatabahasa Dewan edisi baharu hanya ada empat bentuk sahaja yang wajar
iaitu memperingati, memperkawani, memperisteri dan mempersuami. Bentuk memperisteri dan
mempersuami sebenarnya mengalami pengguguran i kerana sebenarnya berbentuk memperisterii
dan mempersuamii. Faktor usia juga menjadi salah satu sebab berlakunya kesalahan bahasa.
Kurangnya pemahaman yang sudah menjadi kebiasaan menyebabkan golongan ini kekok mengubah
sesuatu yang telah sebati. Komunikasi mereka terganggu sekiranya mencuba untuk menggunakan
bahasa baharu yang betul tetapi dianggap asing. Masalahnya, kesalahan bahasa yang digunakan ini
akan menjadi ikutan orang lain yang mendengarnya. Kesalahan bahasa yang agak luas
penggunaannya akan berterusan. Malah sesetengah pelajar menyedari kesalahan tersebut, tetapi
masih melakukannya kerana terpengaruh oleh penggunaan bentuk lazim orang tua mereka. Antara
contoh kesalahan bahasa termasuklah yang berikut:
i. Ramai murid-murid sekolah
ii. Semua pekerja-pekerja kilang..
iii. Di saat-saat akhir .

iv. Kedua ibu bapa..


v. Demi untuk negara..
vi. Senarai nama-nama calon
vii. .dari masa ke semasa..
vii ..adalah merupakan.
Semua pihak tidak menyangkal kepentingan tatabahasa dan sistem ejaan sesuatu bahasa, tetapi
penguasaan bahasa Melayu di negara ini masih kurang memuaskan. Jika dilihat dengan teliti aspek
tatabahasa bahasa Melayu memang sukar dikuasai dan perlu dipelajari oleh semua lapisan
masyarakat. Faktor kelapan, laras iklan. Iklan berfungsi untuk mempromosikan sesuatu produk atau
perkhidmatan kepada pengguna. Penguasaan bahasa merupakan komponen penting dalam
sesebuah iklan kerana tanpa bahasa sesebuah iklan tidak mungkin terhasil. Penggunaan bahasa
dalam iklan memberi pengaruh yang besar kepada pengguna dan sebagai pengguna kita sepatutnya
berupaya memahami tugas penulis iklan di ruangan sempit. Contohnya slogan sehingga menjilat
jari. Umum mengetahui slogan tersebut digunakan oleh Kentucky Fried Chicken sebagai usaha
melariskan jualan. Penghargaan seharusnya diberi kepada penulis yang kreatif dan berusaha
menggunakan bahasa Melayu. Gaya penulisan iklan menitikberatkan bahasa yang betul dan
gramatis. Namun ramai penulis yang gagal memastikan ayat yang ditulis betul tatabahasanya. Salah
guna bahasa iklan berlaku kononnya untuk menyesuaikan bahasa yang digunakan masyarakat
semasa bertutur iaitu mengikut kesesuaian taburan demografinya. Contohnya menyerapkan bahasa
slanga golongan remaja dalam iklan. Bahasa Melayu standard dan formal dianggap kaku dan ini
berbeza dengan kehendak DBP. Iklan bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan ayat yang
tergantung dalam iklan hanyalah taktik untuk menarik perhatian masyarakat. DBP sepatutnya dapat
bekerjasama dengan pihak pengiklanan untuk memastikan bukan sahaja keuntungan yang terhasil
tetapi juga dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pengiklanan.
Cara Mengatasi Masalah Kesalahan Bahasa
Dalam usaha mempercepat penguasaan bahasa Melayu di kalangan bangsa Malaysia, Kementerian
Pelajaran harus melentur buluh dari rebungnya dengan memperkasakan sekolah kebangsaan di
negara ini. Cara ini dapat menggalakkan ibu bapa agar menghantar anak masing-masing ke sekolah
kebangsaan untuk memantapkan penguasaan bahasa dan seterusnya mewujudkan integrasi antara
murid daripada pelbagai kaum. Di dalam dunia pekerjaan dan dunia sosial, kemahiran berbahasa
menentukan kejayaan seseorang. Sekeping ijazah tidak bernilai tanpa kecekapan berbahasa.
Profesion perguruan berperanan mengajar bahasa khususnya aspek sebutan dan ejaan yang saling
berkait dengan betul. Aspek kesantunan berbahasa harus diterapkan. Amalan dan nilai budi bahasa
perlu dikekalkan walaupun terdapat pengaruh barat.
Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi;
Yang indah itu bahasa,
Yang elok itu budi
Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.
Corak pembelajaran ilmu sebagai proses menghafal untuk mengambil peperiksaan perlu diubah.
Sebaliknya dilaksanakan sebagai proses memahami apa yang dipelajari. Seseorang yang faham
dalam bahasa akan dapat menggunakan bahasa dengan baik, tersusun dan lengkap. Pelajar
khususnya diberi peluang mengungkap ilmu yang diterima dan menggunakan bahasa sebagai
saluran pernyataan buah fikiran dan ilmu pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Pihak media massa dan dunia pengiklanan harus lebih prihatin dan memberi penekanan kepada
penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pakar-pakar sosiobudaya pula perlu membuat kajian
menstandardisasikan aspek budaya selaras dengan perkembangan bahasa Melayu atau bahasa
Malaysia sekarang. Ungkapan bahasa jiwa bangsa dan bahasa menunjukkan bangsa,
menunjukkan hubungan erat di antara bahasa dengan kebudayaan dan tingkah laku bangsa
Malaysia. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu tidak perlu
diragui. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional pada bilabila masa pasti boleh diminta pandangan tentang sesuatu isu bahasa. GAPENA pernah
mengeluarkan penyataan cadangan agar bahasa Melayu wajib diambil oleh pelajar sebagai syarat
memasuki institusi pengajian tinggi awam. Sebagaimana syarat yang ditetapkan untuk bahasa
Inggeris melalui Malaysian University English Test. Sebagai rakyat, kita seharusnya menyokong
usaha pejuang bahasa untuk mempertahankan kedaulatan bahasa. Kesalahan bahasa dapat
dikurangkan dan dihapuskan jika mendapat kerjasama semua pihak. Perancang bahasa perlu
memperbaiki atau merancang unsur-unsur bahasa untuk meningkatkan keefisienan, mengurangkan
sebarang perbezaan yang menghalang fungsi bahasa sebagai bahasa kebangsaan . Sistem ejaan

perlu diperbaiki dan menstandardkan sebutan kata-kata pinjaman. Proses penciptaan istilah oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka harus diteruskan untuk membolehkan pengungkapan konsep-konsep
teknikal dan sains dilakukan. Usaha DBP amat jelas dengan penghasilan buku panduan tatabahasa
seperti buku Tatabahasa Dewan. Penghasilan buku ini diharap dapat membantu memperbaiki
penggunaan tatabahasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. DBP juga melakukan penyelaras
bentuk ejaan melalui sidang yang dianggotai oleh negara seperti Indonesia dan Brunei. Kesalahan
penggunaan bahasa sebenarnya hanya akan selesai jika masyarakat dapat menerima hakikat
bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia iaitu bahasa kepunyaan semua warganegara yang menjadi
cerminan bangsa Malaysia. Tanpa keinginan dan kesungguhan yang luhur selari dengan dasar
perlembagaan segala usaha tidak akan berhasil.
KESIMPULAN
Hasil perbincangan dapat dirumuskan bahawa kesalahan bahasa di kalangan bangsa Malaysia
memang tidak dapat disangkal. Semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus
menerima hakikat kesilapan bahasa berlaku kerana kesilapan bangsa Malaysia sendiri yang kurang
menghargai dan menghayati konsep satu bangsa satu bahasa. Kesalahan bahasa tidak sepatutnya
berlaku kerana bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan 1996.
Semua bangsa Malaysia sepatutnya perlu mempelajari, menguasai dan menggunakan bahasa
Melayu dengan lancar dan betul jika mereka benar-benar bangsa Malaysia. Langkah kerajaan
mendaulatkan bahasa Melayu diharap dapat memastikan bahasa Melayu digunakan secara meluas
oleh bangsa Malaysiaseterusnya dapat mengurangkan kesalahan bahasa dalam pertuturan dan
penulisan. Antara langkah yang diambil termasuklah:
I. Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam segala bentuk urusan rasmi.
II. Mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa Penghantar di semua sekolah kebangsaan dan
institusi pengajian tinggi awam.
III. Menyeru pihak swasta menggunakan bahasa Melayu sewaktu berurusan dengan pelanggan.
Selain itu, sebarang borang bahasa Inggeris disertakan terjemahan bahasa Melayu.
IV. Iklan perniagaan mesti menggunakan bahasa kebangsaan.
V. Para pemimpin kerajaan pelbagai kaum diwajibkan menyampaikan ucapan dalam bahasa
Kebangsaan dalam majlis yang melibatkan warga tempatan.
Kegemilangan bahasa Melayu mesti dikembalikan seperti kedudukan bahasa Melayu zaman lampau,
seperti yang pernah diterangkan oleh William Marsdern. Menurutnya, bahasa Melayu yang dianggap
berasal dari semenanjung Tanah Melayu telah berkembang melalui kepulauan-kepulauan timur dan
menjadi lingua franca di dunia bahagian tersebut, dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai
Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di negara kepulauan Minangkabau dan tanah
jajahannya dan difahami ke setiap bahagian pulau. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk
hanya dapat disatukan melalui bahasa. Hasrat ini tercatat dalam Perlembagaan. Yang menjadi
penghalang dan menimbulkan masalah kesalahan penggunaan bahasa hanyalah sikap masyarakat
yang mengetepikan bahasa Melayu. Segala usaha telah dilakukan untuk mengurangkan kesalahan
penggunaan bahasa. Faktor yang menjadi penyebab kesalahan bahasa seperti faktor dialek, faktor
media, faktor bahasa slanga dan faktor kurang pemahaman dapat diatasi jika seseorang itu berusaha
untuk mengubahnya. Langkah mengatasi masalah kesalahan bahasa hanya dendangan kosong jika
bangsa Malaysia tidak mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa sendiri. Malah usaha mengangkat
bahasa Melayu melalui Hari Pejuang Bahasa disambut julung-julung kalinya pada 15 Februari 2010
bertukar menjadi medan melontarkan kritikan pedas kepada golongan yang menganggap bahasa
Melayu adalah bahasa kolot yang menyekat pembangunan. Kritikan daripada ahli panel seperti Datuk
Dr Hassan Ahmad, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Dewan
Bahasa dan Pustaka membuktikan ramai bangsa Malaysia tidak menghargai bahasa sendiri iaitu
bahasa Melayu.
BIBLIOGRAFI
Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader. (1987).
Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Noor & Muhammad Azaham. (2000). Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Kelana Jaya: Pelanduk
Publications.
Mhd. Amin Arshad. (2000). Bahasa Slanga: Pembentukan dan Ciri-cirinya. Selangor: Jabatan Bahasa
Melayu.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul
Hamid Mahmood. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Noor Azilawati Mohd Sabda. (2007). Integrasi Dalam Pembinaan Bangsa. Melaka:Associated
Educational Distributors (M) Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu, Agama, Budaya dan Bahasa.
Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.
S. Nathesan. (1995). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu Dan Penyelesaiannya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Nathesan. (1995). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zanaria Syukor. (2006). Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum. Subang Jaya Selangor: Penerbit
Pinang Sdn Bhd.

Sunday, 12 June 2011

CABARAN BAHASA MELAYU


CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21
Rozali bin Rajab
Abstrak
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21.
Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa
Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan
dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa global. Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran
bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa
Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus
membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu. Melalui kertas kerja ini,
perbincangan akan ditumpukan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam
abad ke-21 supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa Melayu pada
masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan mengancam kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan
dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran tersebut.
PENDAHULUAN
Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad
ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang
Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan
bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara
152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua
bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan

dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah
diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya sekolah
yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat yang terkemudian, apabila
kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan
untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa
Malaysia telah digunakan.
Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu
cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam
menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai era
globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu
di negara ini.
Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan dalam abad ke-21. Adakah
cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian,
harapan kita terhadap bahasa Melayu terlalu besar.
Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti dan aktiviti besar bangsa
Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati
supaya bahasa Melayu terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa.
Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dengan perbincangan tertumpu kepada cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi
maklumat, cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam
penggunaannya.
Skop perbincangan kertas kerja ini menumpukan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa
Melayu dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini membataskan tentang
cabaran bahasa Melayu dalam menghadapi abad ke-21.
CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21
Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di persada dunia dalam
abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks
nasional atau antarabangsa. Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada
suatu ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan bahawa bahasa
Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad ke-7 Masihi
sehingga abad ke-19 Masihi. apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca dirantau ini. Malahan
bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa.
Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada masa itu apabila bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau
berkenaan.
Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan
Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan
Sumatera, Jawa,selatan Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan
Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah menyebabkan bahasa
Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai
lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa
mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka.
Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini.
Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga
apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah
muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam
semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu
mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152.

Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.
Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit atau
cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi, dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran yang
bahasa Melayu hadapi pada abad ke-21.
Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa, dominan, kuat,
hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru,
pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat,
terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan ilmunya, keintelektualannya,
keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009]
Pada masa ini, sistem pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat
dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad
ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik
dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang bahasa telah
bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar,
pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan di
luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut bersama-sama untuk
memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa
pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah
ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara
dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau
negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara
lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka,
telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat.
Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah
sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan
mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa
Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam
jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan seharihari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain
timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih
diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu
bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa
Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada
dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.
Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat
Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang
besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi
maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi
kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya
mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat
dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah
berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah negara
yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda
dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.
Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam

semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan
bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis,
Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen
dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat
dan maruahnya.
Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan
dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan
teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya.
Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi
bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks,
bunyi, grafik dan video.
Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan
bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan
menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan
Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan
terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.
Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna
penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di
Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti
Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa
Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu
digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh
masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai
alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan
untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing
khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi muda atau setahun
jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya
bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya
mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan
langkah ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita
bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita
boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.
Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan
berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan,
[ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran
secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber
Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada
pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains,
teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan
perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu
seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang
terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa
Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi
maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan
tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia
patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber
ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.
Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda.
Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana
menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang demikian, bagi
bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi ,
abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat
terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa
Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu
menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan
tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh
memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila
ada seminar atau pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia,
mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur
merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa
Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih,
Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang
sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah
hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Jadi, yang tidak
dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa.
Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa
Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan
bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan
kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana
kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi.
Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya,
langkah ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.
Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu
Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa
Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan
bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi
satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup
membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak
kedengaran atau berkumandang lagi.
Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program di
televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk
mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan,
pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya
telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan
penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa
Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu.
Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik
Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa
diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi,
then I thought I should consult my father. Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu
Dalam hal ini you paling best. How are you today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi
kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya
permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada
kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan
boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada
abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka
menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa,

kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi
sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan
ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di
sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms.
Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam
(waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga
telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga
dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).
Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan
keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya
yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan
kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi,
yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna
bahasanya.
KESIMPULAN
Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21? Daripada perbincangan di atas,
kita telah membincangkan cabaran bahasa Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara
ringkas.. Pada peringkat ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi masalah. Namun,
semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan tidak bermaya. Pejuangpejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan
universiti.
Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan dan ada pihak-pihak
tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang
demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa Melayu terhadap
sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu menjadi isu
perbincangan dalam abad ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara berhati-hati agar
permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap bahasa Melayu. Pada masa ini,
pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan dikenali sebagai bahasa antarabangsa.Untuk berhubung
pada peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi keutamaan.
Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita terhadap bahasa Melayu.
Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran, bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata
demikian, bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat antarabangsa. Namun ,
tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa berdaulat seperti yang tercatat dalam
Perlembagaan Negara. Paling penting rakyat Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang betul
terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mempunyai perasaan bangga terhadap
bahasanya, jikalau rakyat Malaysia tahu bila hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula
keadaan penggunaan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan dan tidak akan
timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti mengetahui tempat penggunaannya
supaya permasalahan tidak timbul.
Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-cabaran bahasa Melayu
dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting, masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga
diri terhadap bahasa ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa
yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar Srivijaya. Pada hari ini, bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa Melayu telah
menjadi bahasa rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.
Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah berkumandang buat kali pertama di
Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama ini perlu
diikuti,dicontohi dan diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan. Saya
percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa Melayu menongkah arus pada
abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu akan kembali di landasan yang kita ingini.
BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. [Penyelenggara]. (2004). Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Darwis Harahap[ Penyelenggara] (2004) . Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Rosnah Haji Ahmad. (2001). Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture,
Kuala Lumpur: Golden Books Centre.
Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi?
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
David, Wade. (1999). Vanishing Culture dalam National Geographic
Jil.196 , No.2 hlm 62-89,
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1982). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Deawan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan [Penyusun] (2002). Prosiding Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Had Salleh. (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Hj. Musa. (2009). BBM 5203 Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra Malaysia..

Bahasa adalah sarana untuk kita makhluk hidup untuk berinteraksi sosial
dengan makhluk hidup lain baik yang sejenis maupun tidak sejenis. Seperti
contohnya kita sebagai manusia mempunyai bahasanya sendiri yang dapat di
mengerti oleh manusia lain yang ada di sekitar kita.

Dan ini adalah pengertian bahasa menurut beberapa ahli,


1. WIBOWO (2001),
Bahasa adalah sistem simbol bunyi yang bermakna dan berartikulasi (dihasilkan
oleh alat ucap) yang bersifat arbitrer dan konvensional, yang dipakai sebagai alat
berkomunikasi oleh sekelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan pikiran.
2. KERAF SMARAPRADHIPA (2005),
Memberikan dua pengertian bahasa yaitu:
Pertama, menyatakan bahasa sebagai alat komunikasi antara anggota
masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
Kedua, bahasa adalah sistem komunikasi yang mempergunakan simbol-simbol
vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer.
3. MACKEY (1986),
Bahasa adalah suatu bentuk dan bukan suatu keadaan (lenguage may be form and
not matter) atau sesuatu sistem lambang bunyi yang arbitrer, atau juga suatu sistem
dari sekian banyak sistem-sistem, suatu sistem dari suatu tatanan atau suatu
tatanan dalam sistem-sistem.
4. WALIJA (1996),
Mengungkapkan definisi bahasa ialah komunikasi yang paling lengkap dan efektif
untuk menyampaikan ide, pesan, maksud, perasaan dan pendapat kepada orang
lain.
5. SYAMSUDDIN (1986),
Memberi dua pengertian bahasa yaitu :
Yang Pertama, bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk pikiran dan
perasaan, keinginan dan perbuatan-perbuatan, alat yang dipakai untuk
mempengaruhi dan dipengaruhi.
Yang Kedua, bahasa adalah tanda yang jelas dari kepribadian yang baik maupun
yang buruk, tanda yang jelas dari keluarga dan bangsa, tanda yang jelas dari budi
kemanusiaan.

6. PENGABEAN (1981),
Berpendapat bahwa bahasa adalah suatu sistem yang mengutarakan dan
melaporkan apa yang terjadi pada sistem saraf.
7. SOEJONO (1983),
Bahasa adalah suatu sarana perhubungan rohani yang amat penting dalam hidup
bersama.
8. BILL ADAMS,
Bahasa adalah sebuah sistem pengembangan psikologi individu dalam sebuah
konteks inter-subjektif.
9. WITTGENSTEIN,
Bahasa merupakan bentuk pemikiran yang dapat dipahami, berhubungan dengan
realitas, dan memiliki bentuk dan struktur yang logis.
10. FERDINAND DE SAUSSURE,
Bahasa adalah ciri pembeda yang paling menonjol karena dengan bahasa setiap
kelompok sosial merasa dirinya sebagai kesatuan yang berbeda dari kelompok yang
lain.
11. PLATO,
Bahasa pada dasarnya adalah pernyataan pikiran seseorang dengan perantaraan
onomata (nama benda atau sesuatu) dan rhemata (ucapan) yang merupakan cermin
dari ide seseorang dalam arus udara lewat mulut.
12. BLOCH & TRAGER,
Bahasa adalah sebuah sistem simbol yang bersifat manasuka dan dengan sistem itu
suatu kelompok sosial bekerja sama.
13. CARROL,
Bahasa adalah sebuah sistem berstruktural mengenai bunyi dan urutan bunyi
bahasa yang sifatnya manasuka, yang digunakan, atau yang dapat digunakan dalam
komunikasi antar individu oleh sekelompok manusia dan yang secara agak tuntas
memberi nama kepada benda-benda, peristiwa-peristiwa, dan proses-proses dalam
lingkungan hidup manusia.
14. SUDARYONO,
Bahasa adalah sarana komunikasi yang efektif walaupun tidak sempurna sehingga
ketidaksempurnaan bahasa sebagai sarana komunikasi menjadi salah satu sumber
terjadinya kesalahpahaman.

15. SAUSSURE,
Bahasa adalah objek dari semiologi.
16. Mc. CARTHY,
Bahasa adalah praktik yang paling tepat untuk mengembangkan kemampuan
berpikir.
17. WILLIAM A. HAVILAND,
Bahasa adalah suatu sistem bunyi yang jika digabungkan menurut aturan tertentu
menimbulkan arti yang dapat ditangkap oleh semua orang yang berbicara dalam
bahasa itu.

Bahasa sangat penting karena bahasa adalah salah satu cara untuk berkomunikasi
individu satu dengan individu lain. Sekianlah 161 Pengertian bahasa
menurut para ahli Semoga Bermanfaat

1.

Menurut Mc. Carthy, bahasa adalah praktik yang paling tepat untuk
mengembangkan kemampuan berpikir.

2.

Menurut William A. Haviland, Bahasa adalah suatu sistem bunyi yang jika
digabungkan menurut aturan tertentu menimbulkan arti yang dapat ditangkap
oleh semua orang yang berbicara dalam bahasa itu.

3.

Menurut Wibowo (2001), Bahasa adalah sistem simbol bunyi yang bermakna
dan berartikulasi (dihasilkan oleh alat ucap) yang bersifat arbitrer dan
konvensional, yang dipakai sebagai alat berkomunikasi oleh sekelompok
manusia untuk melahirkan perasaan dan pikiran.

4.

Menurut Keraf Smarapradhipa (2005), ia memberikan dua pengertian


mengani bahasa, yakni 1) menyatakan bahasa sebagai alat komunikasi antara
anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap
manusia; 2) Bahasa adalah sistem komunikasi yang mempergunakan simbolsimbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer.

5.

Menurut Mackey (1986), bahasa adalah suatu bentuk dan bukan suatu
keadaan (lenguage may be form and not matter) atau sesuatu sistem lambang
bunyi yang arbitrer, atau juga suatu sistem dari sekian banyak sistem-sistem,
suatu sistem dari suatu tatanan atau suatu tatanan dalam sistem-sistem.

6.

Menurut Walija (1996), bahasa ialah komunikasi yang paling lengkap dan
efektif untuk menyampaikan ide, pesan, maksud, perasaan dan pendapat
kepada orang lain.

7.

Syamsuddin (1986), memberi dua pengertian terhadap istilah bahasa, 1)


bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk pikiran dan perasaan,
keinginan dan perbuatan-perbuatan, alat yang dipakai untuk mempengaruhi dan
dipengaruhi; 2) bahasa adalah tanda yang jelas dari kepribadian yang baik
maupun yang buruk, tanda yang jelas dari keluarga dan bangsa, tanda yang
jelas dari budi kemanusiaan.

8.

Menurut Pengabean (1981),

bahasa

adalah

suatu

sistem

yang

mengutarakan dan melaporkan apa yang terjadi pada sistem saraf.


9.

Menurut Soejono (1983), bahasa adalah suatu sarana perhubungan rohani


yang amat penting dalam hidup bersama.

10.

Menurut Bill Adams, bahasa adalah sebuah sistem pengembangan psikologi


individu dalam sebuah konteks inter-subjektif.

11.

Menurut Wittgenstein, bahasa merupakan bentuk pemikiran yang dapat


dipahami, berhubungan dengan realitas, dan memiliki bentuk dan struktur yang
logis.

12.

Menurut Plato, bahasa pada dasarnya adalah pernyataan pikiran seseorang


dengan perantaraan onomata (nama benda atau sesuatu) dan rhemata
(ucapan) yang merupakan cermin dari ide seseorang dalam arus udara lewat
mulut.

13.

Menurut Block & Trager, bahasa adalah sebuah sistem simbol yang bersifat
manasuka dan dengan sistem itu suatu kelompok sosial bekerja sama.

14.

Menurut Carrol, Bahasa adalah sebuah sistem berstruktural mengenai bunyi


dan urutan bunyi bahasa yang sifatnya manasuka, yang digunakan, atau yang
dapat digunakan dalam komunikasi antar individu oleh sekelompok manusia dan
yang secara agak tuntas memberi nama kepada benda-benda, peristiwaperistiwa, dan proses-proses dalam lingkungan hidup manusia.

15.

Menurut Sudaryono, bahasa adalah sarana komunikasi yang efektif


walaupun tidak sempurna sehingga ketidaksempurnaan bahasa sebagai sarana
komunikasi menjadi salah satu sumber terjadinya kesalahpahaman.

Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga


membentuk katadengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki
berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:
1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran
orang lain
3. satu kesatuan sistem makna
4. satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan
makna.
5. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat,
dan lain lain.)
6. satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik.
Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah
fungsikognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut
sebagailinguistik, atau pakar bahasa.
Menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat
sukar.Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan

bahasaBelanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain,
khususnya Jerman.

Definisi Bahasa Menurut Pandangan Ahli Linguistik Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu
kaedah yang bukan naluri (noninstinct) manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan
keinginan melalui simbol - simbol yang lahir secara sedar. Bloch dan Trager (1942) menyatakan
bahasa ialah suatu sistem lambang - lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh
anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Chomsky (1957) mendefinisikan bahasa ialah suatu set
ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.
Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat yang mempunyai
bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya
bersifat psikologi. Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik melayu menyatakan bahasa merupakan
firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan
kebudayaan penuturnya. Persoalan tentang bahasa telah mendapat perhatian ramai tokoh linguistik,
pelbagai definisi telah diberikan berdasar sudut pandangan yang berbeza-beza mengikut perspektif
masing- masing daripada hasil kajian mereka, jelaslah bahasa digunakan untuk bergabung atau
berhubung sesama manusia. Posted by nurul at 2:49 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share
to Facebook Share to Pinterest
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu
1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi
atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur ,
bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu
cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik
atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah
bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada
kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata
dan bahagian kata.
Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009

Satu entiti yang tidak boleh disangkal adalah pelaksanaan kempen kesedaran secara
berterusan. Rakyat Malaysia perlu menjulang bahasa Malaysia demi jati diri, maruah dan
martabat bangsa. Justeru, kempen kesedaran secara besar-besaran perlulah diadakan
sepanjang masa bukannya bermusim atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Kempen

ini

patut

diuar-uarkan

dalam

laman

sosial,

iaitu

tempat

murid-murid

memperuntukkan masa yang banyak dalam rutin harian mereka. Walau bagaimanapun,
orang ramai tidak boleh mengharapkan tindakan daripada pihak DBP sahaja sebaliknya
mereka perlu bekerjasama dan berganding bahu seia sekata ibarat sejunjung bak sirih dan
serumpun bak serai bagi menjayakan setiap inisiatif yang dirancang oleh pihak DBP dalam
usaha membendung masalah penggunaan kata yang tidak mengikuti peraturan. Semua

pihak seperti sekolah, komuniti kampung dan bandar perlu memberikan idea yang bernas
dalam memastikan prakarsa yang berkesan dalam menangani masalah ini. Bukan itu
sahaja, pihak media massa juga harus mengelakkan penggunaan bahasa rojak dan slanga
supaya kempen yang diadakan akan memberi impak yang maksimum ke arah
memartabatkan penggunaan kata Bahasa Melayu.

Namun, kita sebagai masyarakat Malaysia mengaibkan Bahasa kita sendiri yang
mendabik dada dengan kemegahannya dengan mencemarkannya bersama
penggunaan bahasa rojak dan slanga, sehingga meranapkan status bahasa baku
itu sendiri. Jjembel ilmu ataupun pengetahuan cetek tentang peraturan
tatabahasa bahasa Melayu menyebabkan penutur bahasa hanya bertutur untuk
menyampaikan mesej tanpa mengambil kira bentuk bahasa yang digunakannya
sama ada betul ataupun salah. Cabaran seterusnya yang mengeruhkan lagi
keadaan ialah penggunaan bahasa ibunda yang dicalitkan dengan bahasa
Melayu dan mengubah terus kata yang digunakan disebabkan sistem
persekolahan dan bahasa pengantar yang berlainan sejak mereka darah
setampuk pinang lagi. Dialek daerah berlainan di Malaysia yang memerlukan
proses standardisasi dan kelewahan dalam bahasa juga turut menjadi punca
kesilapan penggunaan kata dalam Bahasa Melayu. Itulah perkara-perkara yang
akan dibincangkan dalam kajian tugasan kali ini secara ringkasnya.

Anda mungkin juga menyukai