Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN Permuafakatan membawa maksud berjemaah, perpaduan, kesepakatan, integriti dan kerukunan (Kamus Dewan Edisi 4).

Permuafakatan anggota merangkumi maksud permuafakatan di atas di kalangan anggota, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan pegawai koperasi seperti yang ditakrifkan di dalam seksyen 2 dan seksyen 42A(3) Akta Koperasi 1993. Di dalam situasi sekarang, urusan tadbir urus koperasi dan perancangan pembangunan ekonomi dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Ahli Lembaga dan pengurusan koperasi. Manakala anggota hanya tunggu dan lihat perkembangan koperasi. Anggota hanya hadir di Mesyuarat Agong Tahunan dan mengharapkan dividen koperasi tanpa memberi komitmen berterusan kepada koperasi. Hakikatnya anggota tidak memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai anggota seperti yang terkandung di dalam prinsipprinsip koperasi. Mereka juga tidak mengetahui yang mereka adalah pemilik koperasi hakiki. Sikap sebeginilah boleh mengundang berlakunya penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa maupun kewangan di kalangan pegawai koperasi. Bagi mengelak dan mengekang budaya pasif di kalangan anggota dan budaya penyilangan kepentingan serta pecah amanah di kalangan pegawai koperasi, permuafakatan anggota merupakan pendekatan yang konstruktif kepada perkara tersebut. Permuafakatan adalah kata hikmah utama dalam menetapkan sesuatu kejayaan. Permuafakatan wujud di antara sekumpulan individu yang mempunyai azam dan usaha yang diselaraskan dalam satu kaedah untuk mencipta keseimbangan. Keseimbangan ini penting untuk meningkatkan produktiviti dengan memendekan masa, usaha dan wang jika dibandingkan dilakukan seorang diri. Berasaskan nilai-nilai koperasi yang menekankan pentingnya nilai-nilai moral dan kerohanian dalam setiap aktiviti yang dijalankan telah menjadikan koperasi berbeza dengan entiti perniagaan lain. Perikatan Koperasi Antarabangsa atau International Co-operative Alliance(ICA) di Manchester, United Kingdom pada tahun 1995 di dalam deklarasi Penyataan Identiti Koperasi telah menggariskan sepuluh nilai-nilai yang perlu diberi perhatian yang khusus oleh setiap anggota koperasi. Penekanan terhadap nilai-nilai asas dan nilai-nilai etika di kalangan anggota koperasi merupakan anjakan pembentukan anggota koperasi yang berkualiti dan berkompetitif. Nilai-nilai asas yang dimaksudkan adalah berteraskan kepada pembentukan peribadi diri sendiri, demokrasi, kesamarataan, keadilan dan perpaduan. Manakala nilainilai etika pula adalah kecenderungan perubahan tingkahlaku anggota koperasi melalui penglibatan dalam aktiviti ekonomi koperasi dan aktiviti komuniti. Konsep koperasi yang tulen iaitu bekerja bersama-sama untuk pembangunan dari segi rohani dan jasmani manusia selaras dengan kehendak asas manusia yang perlu kepada keperluan fisiologi keselamatan, sosial, keakuan dan kepuasan boleh dicapai melalui konsep bekerjasama. Penekanan aspek ini seharusnya ditekankan dalam penglibatan anggota dan kepimpinan koperasi tanpa mengira demografik individu. Kegiatan kedai koperasi contohnya, adalah satu bentuk kegiatan yang dilihat boleh membentuk kerjasama yang erat antara anggota dan pengurusan koperasi. Semangat kerjasama ini diperkukuhkan

melalui pembentukan jawatankuasa yang berusaha untuk mencapai matlamat yang sama. Untuk mencapai matlamat ini, maka anggota haruslah bekerjasama untuk memastikan ia berjaya. Permuafakatan anggota diperkukuhkan lagi melalui mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan dalam membina interaksi serta sikap keterbukaan serta saling bekerjasama untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi itu sendiri. Berdasarkan tujuh (7) prinsip-prinsip koperasi yang diistiharkan semasa kongres Perikatan Koperasi Antarabangsa(ICA) di Manchester pada 23 September 1995 telah menekankan kewujudan permuafakatan di kalangan anggota koperasi. Kesinambungan kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi, dapat di rangkumkan bahawa kedua-duanya telah menjelaskan tentang kewujudan permuafakatan di dalam gerakan koperasi. Namun kepentingan permuafakatan tidak diaplikasikan secara menyeluruh di dalam kerangka untuk menjanakan ekonomi koperasi. Pemuafakatan anggota akan menyumbangkan kesepakatan secara musywarah (syura) dalam aktiviti-aktiviti koperasi samada bercorak kemasyarakatan dan ekonomi. Di dalam konteks organisasi berkoperasi, kerja secara berkumpulan (team work) merupakan pendekatan secara muafakat. Permuafakatan merupakan jaringan dalam membentuk kerjasama di dalam pengembelengan pengetahuan, kemahiran, kepakaran, pengalaman, kebolehan dan kreativiti di kalangan anggota, JAD dan pegawai koperasi. Menurut kajian yang jalankan oleh Amat Taap, Marzuki dan Maimun (2003) telah menunjukkan bahawa konsep pengurusan di Malaysia lebih bercorak kepada group-oriented (orientasi pemuafakatan anggota) yang mengharapkan suasana kerja yang harmoni dalam hubungan kerjasama dan komunikasi. Manakala menurut Mohd Bahruddin Othman (2003), kerja secara muafakat telah berjaya membuktikan kewajaran dalam penyelesaian masalah serta membawa kemajuan di dalam sesebuah organisasi. Konsep pemuafakatan sememangnya konsep yang termaktub di dalam AlQuran dan juga telah menjadi budaya kerja yang diamalkan oleh rakyat Jepun. The success of Japanese team work is due to the harmonious coordination that members of a group a able to work out themselves, and their natural ability to understand one anothers expectation and fulfils obligations without thinking of the self (Wilson, 1985) Di dalam Al-Quran telah jelas menerangkan kepada manusia supaya hidup secara bermuafakat di dalam apa jua urusan amal maruf demi mencapai keredaan Allah SWT. bertolonglah antara kamu dalam berbuat kebaikan dan takwa dan jangan bertolongtolongan dalam berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Dalam konteks pemuafakatan berkoperasi ianya melibatkan jalingan dikalangan anggota, JAD dan pegawai dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan seperti mana yang terdapat di dalam Akta Koperasi 1993 (Akta (502)) dan Undang-Undang Kecil Koperasi. KOMPONEN PERMUAFAKATAN DALAM MENJANA EKONOMI KOPERASI Asas kejayaan sesuatu bentuk permuafakatan juga bergantung kepada kesediaan anggota koperasi. Joyce (2004, ms.82) menegaskan bahawa kejayaan tercapai "... if they had paid

more attention to their successful sites, worried more about their failures, and borrowed ideas from their sisterinitiatives... if they had embedded research in their strategies." Wan Mohd Rashid (1999) mendapati bahawa asas permuafakatan perlu dinyatakan secara jelas. Permuafakatan merupakan perkataan yang tidak begitu difahami oleh anggota koperasi sedangkan budaya permuafakatan sememangnya termaktud di dalam nilai-nilai dan prindip-prinsip koperasi. Malahan koperasi sendiri membawa makna kerjasama. Asas kefahaman mengenai kerjasama, kesepakatan, persefahaman dan kesediaan untuk bermuafakat membolehkan proses perancangan pembangunan modal insan (human capital) dapat digerakkan seimbang dengan perancangan ekonomi koperasi. Hala tuju permuafakatan dalam perancangan modal insan termasuklah perkongsian tanggungjawab (Fountain & Evans, 1994; Welch, 1998), kepercayaan pentadbiran koperasi terhadap penglibatan dan kesediaan JAD dan pegawai koperasi berkorban masa lapang (Fenwick, 2004), dan tolak ansur, autonomi dan kebebasan dalam perbezaan pendapat (Clift, 1990; Immant, 2001). Aspek utama permuafakatan dalam perancangan sumber manusia meliputi penggunaan sumber dalaman, berdasarkan perkongsian pengetahuan, profesionalisma, perancangan strategik ekonomi dan tanggungjawab sebagai asas kecemerlangan ekonomi koperasi dan anggota. Permuafakatan juga diasaskan kepada perubahan amalan, pengurangan beban, pengorbanan masa, perkembangan intelektual, generaliti dan rasa kepunyaan terhadap perancangan strategik ekonomi koperasi. Berikut adalah komponen permuafakatan yang perlu diberi penghayataan dan menjadi amalan setiap anggota koperasi: a. b. c. Kepimpinan Koperasi Keusahawan Korporat Pembangunan Akal dan Penguasaan Ilmu

Kepimpinan Koperasi Corak kepimpinan yang mengutamakan persamaan dan kebebasan merupakan pembuka peluang kepada setiap anggota melibatkan diri dalam koperasi tanpa mengira demografik individu. Dalam gerakan koperasi, kepimpinan merupakan nilai kemasyarakatan yang datangnya daripada sikap bekerjasama dan muafakat di kalangan anggota. Barisan kepimpinan yang terpilih dalam koperasi perlu mempamirkan nilai dan kredibiliti yang baik dan sentiasa berusaha sesuci hati (bona fide) dalam meningkatkan tahap ekonomi koperasi. Budaya kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan anggota di kalangan kepimpinan dan masyarakat koperasi semakin berkurangan. Malah berdepan dengan penyilangan kepentingan di kalangan pemimpin gerakan koperasi. Permuafakatan juga adalah landasan terbaik untuk menghormati perbezaan pendapat dan mengurus konflik (Hall, 2001; Winitzky, 1995). Dalam memastikan gerakan koperasi berada di landasan penjanaan ekonomi yang berterusan, kepimpinan koperasi perlu meletakkan kepentingan ahli melampaui kepentingan peribadi. Barisan kepimpinan dalam koperasi merupakan peneraju yang bertanggungjawab dengan mengamalkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. Kawalan demokrasi anggota adalah kesinambungan kepada keanggotaan sukarela dan terbuka dalam koperasi serta autonomi dan kebebasan yang merupakan prinsip pertama, ke

dua dan ke lima koperasi. Kejayaan gandingan ke tiga-tiga prinsip koperasi tersebut bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dan muafakat yang padu dari semua pihak. Permuafakatan yang terjalin di kalangan anggota akan memastikan kebajikan anggota akan dibela oleh barisan kepimpinan koperasi. Konsep kepimpinan di dalam membina permuafakatan gerakan koperasi merupakan suatu perkara yang subjektif dan luas ertinya. Menurut Hisham AlTalib (1992: 4), kepimpinan adalah satu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Manakala Mustafa Hj. Daud (1994: 74) berpendapat bahawa kepimpinan adalah satu proses untuk menyelaraskan arahan, mengatur dan mengelakkan penggunaan pendapat sendiri yang boleh merosakkan sesebuah organisasi. Dalam erti kata lain pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga keperluan organisasi secara keseluruhannya. Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), kepimpinan ialah penyusun interaksi seluruh anggota organisasi untuk mencapai matlamat bersama. Fungsi pemimpin ialah menyatu dan menyelaraskan semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat penubuhan kopersi. Konsep kepimpinan yang berupaya mencetuskan ombak permuafakatan adalah konsep yang memfokuskan kepada menggerakkan anggota koperasi di atas satu landasan yang sama dengan dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan juga bertindak untuk mengajak anggota koperasi terlibat secara langsung dalam kepelbagaian aktiviti koperasi demi menerapkan budaya permuafakatan secara bersifat terbuka dan konsep persaudaraan serta perhubungan kemanusiaan di antara pemimpin dan anggota koperasi dalam usaha untuk mencapai matlamat bersama. Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), ketua hendaklah menunjukkan kemampuan bekerjasama dalam mengurus organisasinya menuju matlamat yang dicita-citakan. Kerjasama dan permuafakatan tidak akan tercapai melainkan dengan wujudnya jalinan erat antara pemimpin dengan pihak yang dipimpin tanpa adanya garis pemisah ataupun tembok penghalang di antara satu sama lain. Permuafakatan semua anggota dalam melaksanakan dan memantau pelaksanaan tadbir urus koperasi secara lebih dekat akan membantu barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi melaksanakan kerja secara perkongsian bebanan. Pegawai koperasi perlu meningkatkan pengurusan dan pentadbiran koperasi. Permuafakatan yang jitu di kalangan warga koperasi, modal koperasi dapat ditingkatkan melalui penambahan syer dan peningkatan bilangan anggota koperasi yang baru. Peningkatan modal juga perlu bagi membantu kepimpinan dan pengurusan koperasi mengenal pasti kegiatan baru yang lebih mencabar sejajar dengan matlamat penubuhan. Jentera pemimpin gerakan koperasi harus menerima saranan, teguran yang membina dari kalangan anggota agar dapat meningkatkan pencapaian ekonomi koperasi keseluruhannya. Di dalam gerakan koperasi gandingan dan permuafakatan di kalangan generasi muda dan veteran meupakan aset penting dalam memastikan koperasi mampu mengharungi gelombang ekonomi yang mencabar. Gabungan elemen kebijaksanaan yang dimiliki oleh golongan veteran dan elemen tenaga serta minda yang dimiliki oleh generasi muda sedikit sebanyak dapat dijadikan benchmark atau penanda aras kepada kejayaan dan kemajuan sesebuah koperasi.

Sikap kebertanggungjawaban di kalangan anggota merupakan aset keharmonian permuafakatan. Sikap memberi dan menerima pendapat dan pandangan merupakan satu unsur penting dalam institusi kepimpinan. Penekanan kepada konsep permuafakatan di dalam gerakan koperasi akan membentuk jaringan interaksi di kalangan anggota koperasi. Permuafakatan yang erat di kalangan anggota koperasi, akan mewujudkan suasana kondusif dan perancangan pembangunan ekonomi koperasi dapat di rancang dengan baik demi menjana ekonomi koperasi. Keusahawanan Korporat Penglibatan ekonomi oleh anggota yang menjuruskan budaya keusahawanan koperasi sememangnya dituntut di dalam prinsip ke tiga koperasi. Model keusahawanan yang disarankan oleh Schumpter (1934) telah membuka jalan kepada konsep ekonomi melalui keusahawanan korporat dan membezakan usahawan dengan pelabur dan pengurus (Stevenson dan Jarillo, 1990). Jennings dan Lumpkin (1989) dan Stevenson dan Jarillo (1990) sependapat dengan Zahra (1990) telah mendefinisi keusahawanan sebagai suatu proses mewujudkan usaha niaga baru dalam sesebuah organisasi korporat demi meningkatkan daya maju dan daya saing atau pembaharuan strategi dalam perniagaan yang sedia adadalaman sebagai sebahagian daripada aktiviti keusahawanan korporat. dalam mendifinisikan keusahawanan korporat. Mereka berpendapat bahawa keusahawanan korporat merangkumi usaha mewujudkan perniagaan baru daripada dalam organisasi dengan menyemak semula produk atau perkhidmatan atau pasaran yang sedia ada. Berdasarkan penyelidikan dan penulisan McClelland (1961), Miller dan Friesen (1978), Miller (1983), Covin dan Slevin (1988) dan Stopford dan Baden Fuller (1994), 8 ciri penting usahawan korporat yang perlu di amalkan oleh barisan pengurusan dan kepimpinan koperasi seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. Bersikap proaktif Bersikap inovatif Mempunyai kecenderungan untuk mengambil risiko perniagaan secara terancang Mempunyai aspirasi yang melebihi keupayaan semasa Berorientasi ke arah kerja berpasukan Menyelesaikan masalah secara kreatif Berkemampuan untuk belajar berdasarkan maklumbalas Mempunyai kehendak yang tinggi terhadap pencapaian cemerlang

Penghayatan ciri-ciri seperti di atas amat berguna dalam usaha membudayakan keusahawanan korporat dalam Koperasi. Usahawan dan keusahawanan korporat dalam konteks pandangan dan realiti koperasi perlu dilihat dari sudut pembangunan ekonomi koperasi. Koperasi merupakan sebuah institusi ekonomi yang perlu diusahawankan bagi memastikan koperasi berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat awam di era globalisasi. Koperasi harus kreatif dan inovatif dalam merancang sama ada dalam

penghasilan dan pemasaran produk. Koperasi merupakan penjana sosioekonomi dan merupakan instrumen ekonomi bagi membangunkan ekonomi para anggotanya. Koperasi seharusnya memberi penekanan efektif kepada aspek keusahawanan korporat seperti mentadbir aktiviti perniagaannya di atas prinsip-prinsip ekonomi dengan menerapkan ciriciri keusahawanan korporat dan budaya keusahawanan dalam setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan. Di dalam gerakan koperasi setiap anggota mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang berbeza, malah kedapatan juga anggota yang sememangnya adalah usahawan tulin. Oleh yang demikian dengan permuafakatan kemahiran dan kepakaran di dalam kepelbagaian bidang (diversify) dapat digembelengkan demi kemakmuran ekonomi koperasi. Kesepakatan dalam merancang dan mengenalpasti peluang perniagaan akan menyumbang keputusan yang terbaik. Kesepakatan anggota bukan sahaja dapat menjana peningkatan pendapatan malah membantu Lembaga Koperasi mengimbangi kegiatan sedia ada. Pembangunan Akal dan Penguasaan ilmu Perspektif kepentingan pendidikan berterusan di kalangan anggota, ALK dan JAD adalah sangat penting sejajar dengan pembangunan akal dan penguasaan ilmu sebagaimana keperluan prinsip ke lima koperasi iaitu keperluan pendidikan, latihan dan maklumat. Memandangkan tahap pendidikan setiap anggota koperasi adalah berbeza-beza, sudah tentu pemahaman tentang nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi, pemuafakatan dan tanggungjawab sebagai anggota turut berbeza. Melalui pendidikan yang berterusan akan memastikan anggota sentiasa menambah nilai informasi dalam pelbagai bidang terutama dari segi tadbir urus dan budaya keusahawanan koperasi. Oleh itu, untuk menjadikan anggota yang berpengetahuan dalam gerakan koperasi, akal (intelek) adalah sebagai pengimbang dan penghubung antara kehendak jasmani dan rohani yang perlu berteraskan ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis sebagai petunjuk. Pembangunan akal yang seimbang akan membolehkan anggota bersepakat mengoptimumkan potensi keupayaan diri seperti berfikir secara produktif, membuat penakulan, melakukan penganalisisan dan melebarkan horizon pandangan dalam merangka aktiviti koperasi dan membuat keputusan yang efektif. Keadaan ini akan membolehkan barisan kepimpinan, pengurusan dan anggota koperasi bermuafakat menyusun atur perjalanan koperasi yang berkepentingan seiring dengan desakan situasi dan memastikan keharmonian di kalangan anggota koperasi merupakan insan terbina (Abdun Noor, 2001). Melalui pembangunan akal di kalangan warga koperasi akan menjelaskan tentang kaedah pencapaian matlamat dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh semua anggota koperasi demi membangunkan ekonomi koperasi. Tanpa pembangunan akal yang seimbang di kalangan warga koperasi, perjalanan pengurusan koperasi akan menemui kebuntuan kerana proses berfikir akan hanya memberi jawapan secara logik dan terhad kepada pengetahuan dan pengalaman yang ada tanpa menerobosi peluang terkini. Barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi perlu menggunakan kekuatan akal untuk merebut peluang perniagaan dan melaksanakanya berdasarkan ciri-ciri usahawan korporat demi memakmurkan ekonomi koperasi.

Permuafakatan anggota dalam mempertingkatkan pemikiran imiginatif, kreatif dan inovatif melalui pendidikan berterusan mampu mengeluar produk yang kreatif dan inovatif. Permuafakatan idea dalam merancang program perkembangan ekonomi koperasi, akan mendorong budaya permuafakatan di kalangan anggota, pegawai dan Ahli Lembaga Koperasi (Winitzky, 1995, ms. 114). Himpunan idea dan bahan menjimatkan masa perancangan, di samping kekuatan pengetahuan yang dimiliki oleh sebahagian anggota dapat berkongsi pengetahuan dengan sebahagian anggota yang lain. Kerenggangan dan kecurigaan dalam hubungan di kalangan anggota akan dapat di atasi. Akhirnya permuafakatan mewujudkan suatu persekitaran koperasi yang menginstitusikan perkongsian nilai, tradisi dan sumber. Kepentingan menguasai ilmu pengetahuan merupakan suatu pendekatan pembangunan manusia sebagai individu dan manusia di dalam gerakan koperasi sebagai kumpulan yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup gerakan koperasi, bagi melahirkan anggota dan pegawai koperasi yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat kehadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal. (Mohamed Sharif Bashir, 2006). Pembangunan akal dan penguasaan ilmu merupakan daya lonjakan bagi memastikan semua anggota dapat merancang pembangunan ekonomi secara lebih teratur dan produktif agar ianya selari dengan misi dan objektif penubuhan koperasi. Kelima-lima prinsip koperasi yang disentuh di atas adalah lebih menjuruskan komitmen dalaman koperasi iaitu anggota, JAD dan pegawai koperasi. Kejayaan dalam membina permuafakatan berlandaskan kelima-lima prinsip koperasi akan memberi kelangsungan esprit de corps di dalam koperasi. Permuafakatan anggota melalui esprit de corps yang menunjangi koperasi akan mempunyai sukses kredibiliti melaksanakan komitmen luaran koperasi iaitu kerjasama antara koperasi dan mengambil berat terhadap masyarakat sebagaimana terkandung di dalam prinsip ke enam dan ke tujuh koperasi. Dengan mendokong kelima-lima prinsip (komitmen dalaman) dan sokongan dua prinsip (komitmen luaran) sudah tentu koperasi ammpu menjana pendapatan melampaui kecemerlangan (beyond excellence) dan konsisten. RASIONAL PERMUAFAKATAN MENJANA EKONOMI KOPERASI Dalam konteks pengurusan kerjasama yang berorientasikan permuafakatan meliputi perkara-perkara seperti saling membimbing, saling membantu, menghormati dan seiring dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip koperasi. Ini kerana sesungguhnya kerja yang dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik dan berkesan berbanding kerja secara bersendirian. Ini jelas dilihat bahawa Islam menggesa penganutnya memberi dan menerima pendapat serta membuat sesuatu mengikut amalan syura maupun musyawarah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barang siapa mengkehendaki mengerjakan sesuatu lalu dia bermesyuarat dengan Muslim, maka Allah akan memberi taufik baginya memilih yang paling baik baginya (Riwayat Bukhari dan Muslim) Oleh yang demikian, jelaskan disini bahawa jemaah dalam setiap aspeks yang kita lakukan akan memberi impak yang positif kearah pencapaian matlamat dalam gerakan koperasi dan juga kehidupan. Permuafakatan anggota merupakan kesepakatan ataupun kerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dilakukan secara beristiqamah dan penuh rasa tanggungjawab yang tinggi. Jika dilihat dalam konteks pengurusan permuafakatan merupakan salah satu pendekatan pengurusan kearah membangunkan semangat saling bekerjasama dalam mengembelengkan kepakaran, pengalaman dan kreativiti yang ada pada barisan kepimpinan dan anggota di dalam koperasi bagi memastikan pencapaian matlamat koperasi. Urusan kerja yang dilakukan secara bermuafakat telah membuktikan keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya membawa kemajuan serta kejayaan yang telah dicapai oleh organisasi Jepun adalah kerana budaya kerja mereka yang mengutamakan kerja berpasukan dan kesepakatan. Budaya kerja seperti ini bukan merupakan satu perkara yang asing kepada barisan kepimpinan koperasi dan setiap anggota di kalangan mereka perlu saling bantu membantu dan memperkukuhkan di antara satu dengan yang lain sebagiamana firmanNya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berjuang untuk membela agamaNya dan barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh (Surah: al-saf:61:4) Dalam konteks pengurusan perniagaan berkoperasi, analogi permuafakatan adalah gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung di antara satu sama lain samada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Menyedari akan kepentingan peranan permuafakatan Monir Toyeb (1997) telah menjelaskan bahawa melalui permuafakatan akan membangkitkan kerjasama di kalangan kumpulan kerja, saling memberi galakkan dan saling memastikan kemakmuran koperasi yang diterima sebagai tanggungjawab bersama. Manakala Hasan (1984) yang dipetik dari Zahid dan Pervaiz (2004), barisan kepimpinan, pengurusan dan anggota koperasi bertanggungjawab membuat keputusan perlu melakukanya secara syura dengan mengutamakan tindakan koletif dalam usaha untuk mencari kebenaran secara objektif. . Setiap daripada mereka mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap pencapaian koperasi serta bersedia untuk melaksanakan tugas yang mencabar. Anggota yang bermuafakat akan mempunyai perasaan pemilikan dan kesatuan yang tinggi sehingga mereka bersedia untuk saling membantu dan saling berkorban di antara satu dengan yang lain. Permuafakatan akan menjadikan anggota, JAD dan pegawai koperasi bertanggungjawab untuk menggabung, menyelaras, membangun dan memantau setiap usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap anggota secara sinergitik bagi menghasilkan prestasi kerja melangkaui input yang dilakukan secara bersendirin. Melalui permuafakatan, ia akan membolehkan koperasi meningkatkan lagi pencapaian dalam menjanakan ekonomi koperasi. Kecemerlangan dalam menjana ekonomi

koperasi sememang memerlukan permuafakatan di kalangan anggota, JAD dan pegawai koperasi. KESIMPULAN Permuafakatan berjaya membentuk struktur kesepakatan kerja yang paling berkesan di mana anggota koperasi bersedia untuk saling membantu dan bertolak ansur. Melalui permuafakatan, anggota yang berhadapan dengan pertikaian dapat menyelesaikannya berdasarkan kepada semangat persaudaran yang tinggi (domestic remedies) dengan mengutamakan rasa kasih sayang dan muhibah. Permuafakatan di kalangan anggota koperasi akan dapat melindungi pegawai koperasi dari penyilangan kepentingan (conflict of interest), perasaan hasad dengki dan tamak di kalangan mereka. Mereka akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan secara sesuci hati (bona fide). Permuafakatan anggota adalah salah satu titik tolak untuk kejayaan gerakan koperasi pada masa akan datang. Setiap anggota koperasi perlulah menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berani mengkritik tetapi biarlah secara yang berhemah serta bijaksana. Penyerahan tanggungjawab dalam menguruskan perjalanan koperasi secara keseluruhan kepada pegawai koperasi adalah merupakan sikap yang perlu dikikiskan dikalangan anggota. Ini kerana peranan dan tanggungjawab anggota adalah sama berat seperti pegawai koperasi. Anggota koperasi perlulah bersatu, kritis dan kreatif, berani menyuarakan pandangan serta berganding bahu dalam apa jua bidang yang dijayakan oleh koperasi. Seperti kata peribahasa melayu : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada permuafakatan di kalangan anggota-anggotanya. Hanya dengan penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari anggota-anggota sahaja yang mampu menjamin koperasi ini maju serta berdaya saing bukan sahaja dalam lingkungan koperasi malahan di dalam ekonomi yang bersifat global ini. Perancangan strategik dapat dilaksanakan berpandukan idea-idea yang bernas yang dikongsikan bersama untuk menjana ekonomi koperasi.

Anda mungkin juga menyukai