Anda di halaman 1dari 1

NAMA MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN NASARUDIN

ANGKA GILIRAN 2021012310125


NO MATRIK P21014760
PROGRAM PPISMP
OPSYEN RBT (SK)
NAMA KURSUS GPAD 1032 PENGENALAN KEPADA PEMBELAJARAN ASAS
DIGITAL
TAJUK TUGASAN TUTORIAL M1 (PEMBELAJARAN KENDIRI) (INDIVIDU)

SINOPSIS TENTANG DASAR PEMBELAJARAN DIGITAL IPG


Dasar pembelajaran digital adalah satu dasar baharu yang bermatlamat untuk
melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing selaras dengan perubahan dunia ke arah
era digital. Jadi, dasar ini akan membantu generasi akan datang dalam penggunaan digital
dengan betul supaya mereka tidak kekok malah mahir dalam setiap aspek digital. Seterusnya,
kepentingan dasar pembelajaran digital kepada pendidikan ini ialah memupuk bakat digital
yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital.
Secara tidak langsung, dasar ini akan meningkatkan kualiti generasi akan datang dalam
mengeluarkan kandungan digital yang berkualiti, memperkasa kompetensi gutu dan
membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan generasi baharu dan pemimpin
pendidikan. Selain itu, kepentingan dasar pembelajaran digital ini turut membantu dalam
memperkasa ekonomi digital negara. Sebagai contoh, jika dasar ini berjaya diaplikasikan oleh
generasi yang baharu, ia dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran digital yang berupaya
menghasilkan inovasi menggunakan teknologi digital dalam masa yang sama dapat
mewujudkan generasi yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat
berlandaskan nilai murni.
Seterusnya, kita dapat lihat bahawa dasar pembelajaran digital ini sudah diterapkan
oleh Institusi Pendidikan Guru Malaysia menerusi laman sesawang DASAR
PEMBELAJARAN DIGITAL IPG (DAPED IPG). Ini adalah satu langkah yang bagus yang
dilakukan oleh IPGM kerana berjaya mencipta satu laman sesawang mengenai Dasar
Pembelajaran Digital. Hal ini menyebabkan segala informasi mengenai dasar pembelajaran
digital mudah diperolehi bagi warga IPGM malah, orang ramai turut mampu untuk
mengetahuinya. Laman sesawang DAPED IPG ini amat mudah untuk dicapai dan difahami
kerana susun atur di laman sesawang itu memudahkan orang ramai mencapainya.
Perkataan-perkataan yang digunakan dalam laman sesawang tersebut juga mudah difahami,
ia kerana pihak IPGM menggunakan laras bahasa yang sesuai dan terus difahami. Dalam
laman sesawang tersebut juga mempunyai maklumat yang memberi penerangan tentang
DAPED IPG, visi dan misi DAPED IPG, pengenalan, peranan, tanggungjawab DAPED IPG
dan pelbagai lagi maklumat penting yang boleh diperolehi. Selain itu, penggunaan tema dan
warna laman sesawang DAPED IPG juga mampu menarik minat orang ramai untuk
mengetahui DAPED IPG dengan lebih lanjut.
Ianya jelas bahawa dasar pembelajaran digital ini amat penting pada masa kini kerana
ia mampu melahirkan generasi yang fasih digital, meningkatkan kompetensi dan
pembangunan profesional bagi generasi akan datang. Pihak Institut Pendidikan Guru
Malaysia telah melakukan langkah yang baik dengan mencipta satu laman sesawang
mengenai Dasar Pembelajaran Digital yang mampu menarik minat orang ramai
mengetahuinya. Syabas IPGM!

Anda mungkin juga menyukai