Anda di halaman 1dari 5

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEE VYGOTSKY

 pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui interaksi sosial


 lebih memberi penekanan kepada persekitaran kanak-kanak, terutamanya persekitaran
sosial,
 guru harus menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta
memanipulasi objek sedia ada.
 menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak
merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka. 
 Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka
bergaul dengan masyarakat
 ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak sejak awal lagi supaya
perkembangan mereka dapat dijana dari awal
 guru memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-
murid yang mempunyai latar belakang budaya, kebolehan, minat, pengalaman, dan
pengetahuan juga berbeza.
 Sehubungan dengan teori Vygotsky yang mengatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh
orang lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam
perkembangan kognitif mereka,

KONSEP UTAMA TEORI

BIL KONSEP PENERANGAN


1. Pendekatan Sosio-  Perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial
Budaya iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi
oleh orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sedari
dilahirkan.
 Melalui interaksi orang dewasa, kanak-kanak dapat
menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya Bahasa,
penulisan dan symbol-simbol budaya sejurus itu mendorong
perkembangan kognitif dengan memberi makna membina
atau konstruk pengetahuan.
 Hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan
kognitivisme
2. Zon Perkembangan  Kawasan di mana kanak—kanak dapat memahami atau
Proksimal melakukan sesuatu dengan bantuan tetapi tidak pada diri
sendiri, dan mereka hamper dapat melakukannya
 Jarak antara perkembangan sebenar dan tahap
perkembangan berpotensi
3. Konsep Perancah  Bimbingan yang diberikan oleh seseorang dewasa (guru)
(scaffolding) dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-
soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif
4. Perkembangan  Bahasa yang berkembang dari interaksi social, untuk tujuan
Bahasa komunikasi.
 Kanak-kanak menggunakan Bahasa bukan hanya untuk
komunikasi social, tetapi juga untuk merancang dan
mengawal perilaku dengan cara mereka sendiri yang
dinamakan pembicaraan batin(inner speech)
1. Pendekatan Sosio-Budaya.

Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan
budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui
persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan
mereka sejak mereka dilahirkan.

Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui interaksi dengan orang dewasa di
sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa,
penulisan serta simbol-simbol budaya.  Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka
dengan memberi makna membina atau konstruk pengetahuan. Ini dapat dijelaskan apabila kanak-
kanak banyak berinteraksi dengan orang sekeliling mereka, mereka akan dapat mengenali budaya
mereka dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat pengetahuan
tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan tangan kerana mereka telah melihat
perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan memahami keadaan itu dan
menghormati budaya tersebut. Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak
dalam perkembangan seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan kemampuan
untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Namun
demikian, mereka tidak banyak memiliki fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran
berfikir tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. 

Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat-alat
kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menerusi aktiviti seperti berbicara,
berbahasa, dan menulis. Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga yang lebih tua
di mana semua pengalaman pembelajaran dibimbing. Pengalaman dengan orang lain yang
diperolehi melalui aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin mendalam dan
membentuk gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian kekeluarga di mana sikap
tolong-menolong dan saling hormat menghormati antara ahli keluarga muda dengan yang lebih
berumur ditonjolkan. Apabila kanak-kanak yang sedang membesar melihat bagaimana abangnya
memanggil adik bongsu kepada ibunya dengan gelaran Pak Usu. Kanak-kanak tersebut secara tidak
langsung memahami bahawa gelaran itu perlu dipanggil kepada adik bongsu ibunya akibat daripada
penonjolan budaya Melayu yang mementingkan sikap hormat-menghormati dengan ahli keluarga
yang lebih tua melalui panggilan yang betul.  

Secara keseluruhannya boleh dirangkumkan bahawa pendekatan sosio-budaya ialah hasil gabungan
antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil
kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli
kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh
dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga
mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan
identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

Zon perkembangan Proksimal

Dalam teori perkembangannya. Vygotsky bercakap tentang Zon Perkembangan Proksimal, yang
merujuk kepada kawasan di mana kanak-kanak boleh mencapai tugas-tugas tertentu dan dapat
mencapai kebolehan kognitif tertentu tetapi hanya dengan bantuan sebaliknya. Zon perkembangan
proksimal adalah kawasan di mana kanak-kanak dapat memahami atau melakukan sesuatu dengan
bantuan tetapi tidak pada mereka sendiri, dan mereka hampir dapat melakukannya (Christine &
Penny,2005).  Dalam kata lain, zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara
perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi.Terdapat dua tahap perkembangan
murid-murid yang boleh dibahagikan iaitu :

-          Tahap perkembangan sebenar

-          Tahap perkembangan berpotensi

Dalam kata lain, zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara perkembangan sebenar
dan tahap perkembangan berpotensi, ringkasnya boleh dikatakan rakan yang mempunyai lebih ilmu
akan berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan untuk merapatkan jurang
antara apa yang dia ketahui dan apa yang belum diketahui. Apabila ilmu itu telah meningkat, maka
perubahan terhadap Zon Perkembangan Proksimal telah berlaku dan bertambah luas. Bagi
menggalakkan Zon Perkembangan Proksimal dalam pembelajaran, kita perlu menyediakan perancah
(scaffolding).

Konsep Perancah (Scaffolding)

Merujuk kepada bimbingan yang diberikan oleh seseorang dewasa (guru) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif. Guru yang
berperanan sebagai perancah hanya perlu memberi sokongan minimum yang penting sahaja bagi
membolehkan murid tersebut Berjaya. Jika kemahiran tersebut telah pun dikuasai oleh murid, guru
bolehlah “menghilangkan diri” atau berhenti dalam membantu. Penting juga agar kita berada satu
langkah ke hadapan daripada murid-murid supaya mencabar mereka untuk berusaha mencapai ke
tahap kebolehan yang melebihai tahap pada masa kini.

Perkembangan bahasa

Vygotsky percaya bahasa yang berkembang dari interaksi sosial, untuk tujuan komunikasi. Vygotsky
dilihat bahasa sebagai alat besar manusia, satu cara untuk berkomunikasi dengan dunia
luar. Menurut Vygotsky (1962) bahasa memainkan peranan 2 kritikal dalam perkembangan kognitif:

·         Ini adalah cara utama di mana orang dewasa menghantar maklumat kepada anak-anak.

·         Bahasa itu sendiri menjadi alat yang sangat kuat berasaskan penyesuaian intelek.

Menurut Vygotsky lagi, anak-anak menggunakan bahasa bukan hanya untuk komunikasi sosial,
tetapi juga untuk merencanakan, dan memonitor perilaku dengan cara mereka sendiri yang
dinamakan pembicaraan batin (inner speech). Kita sering memperhatikan bahawa anak-anak sering
berbicara sendiri dan seolah-olah berbicara dengan orang lain. Menurut Vygotsky hal ini merupakan
pembicaraan batin, tetapi menurut Piaget hal ini menunjukan bahwa anak tersebut belum dewasa.

Pola pembicaraan bantu (inner speech) merupakan transisi awal untuk lebih berkomunikasi sosial.
Menurut Vygotsky bahawa bahasa merupakan bentuk dan asas bersosial. Menurut beberapa
penelitian, inner speech yang diungkapkan oleh Vygotsky memang merupakan salah satu faktor
perkembangan kanak-kanak. 
Teori Perkembangan Kognitif Lee Vygotsky

Anda mungkin juga menyukai