Anda di halaman 1dari 23

Komponen-komponen.

Perkembangan bahasa juga melibatkan kefahaman dan peraturan bahasa. Di antara komponen-komponen: Fonologi Semantik Sintaksis Pragmatik

Perbendaharaan kata
Perbendaharaan kata kanak-kanak berkembang dengan pesat. Dua tahun setengah ke empat tahun setengah:2 1/2 tahun ke 4 1/2 tahun:kanak-kanak memperolehi 2 4 perkataan dalam sehari. 3 tahun- mempunyai 900-1000 4 tahun- mempunyai 1500-1600 5 tahun- mempunyai 2100-2200 6 tahun-sehari 5-10 dan mempunyai 10,000 ke 14,000.

Fonologi
Penguasaan sistem fonologi dikatakan bermula apabila kanakkanak dapat mengungkap kata yang pertama untuk tujuan komunikasi . kanak-kanak telah terdorong untuk mengujarkan bunyi bahasa yang diperlukannya, mereka akan memerhatikan korelasi antara bunyi dan tempat beradanya alat artikulasi yang dapat dilihat iaitu mulut dan lidah. Maka tidak hairanlah bahawa kanak-kanak cenderung menghasilkan bunyi-bunyi seperti /m/, /p/, dan /b/ sebelum bunyibunyi lain. Bunyi hentian /k/ dan /g/ dan bunyi geseran seperti /f/ dan /s/ yang melibatkan penggunaan alat-alat artikulasi yang tidak dapat dilihat agak lambat dipelajari. biasanya bunyi vokal yang mudah dihasilkan adalah bunyi yang terdekat dengan tempat kedudukan biasa alat artikulasi. Kanakkanak akan menguasai bunyi /a/ lebih dahulu daripada bunyi /i/ kerana bunyi /a/ lebih senang dihasilkan. Rohani Abdullah (2001) menggambarkan perkembangan fonologi seperti berikut;

0-1 tahun
Boleh mengeluarkan bunyi mendekut seperti o-o, a-a Bunyi vokal berubah menjadi bebelan seperti mamama apabila menghampiri setahun Boleh menyebut sukukata mama apabila berumur setahun

1-2 tahun
Mengulang sukukata, menampilkan sedikit pengetahuan tentang beberapa perkataan. Berminat untuk berbual dan tidal lagi membebel Mengeluarkan bunyi paling mudah, bermula dengan konsonan berakhir dengan vokal. Mengetahui kesinambungan bunyi.

2-5 tahun
Kematangan peralatan vokal dan berusaha mengatasi masalah sebutan Sebutan bertambah baik dan dapat dikawal Mengulangi seni kata lagu atau puisi yang mudah

Kesimpulan
Oleh itu dapat disimpulkan perkembangan bagi fonologi berlaku secara berperingkat-peringkat dan juga perkembangan di peringkat awal adalah bergantung kepada kematangan kawalan artikulasi kanak-kanak. Namun begitu setelah kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas biasanya mereka telah mencapai kematangan dalam kawalan artikulasi dan pada peringkat ini sememangnya kanak-kanak terkenal dengan sikap petah berkata-kata.

Semantik
Berkaitan dengan pemaknaan perkataan ataupun erti kata Kanak-kanak memperolehi erti sesuatu kata dengan cara menguasai ciri-ciri semantik kata itu satu demi satu sampai semua ciri-ciri semantik itu tercapai seperti yang dikuasai oleh orang dewasa

Perkembangan erti kata


i- Peringkat penyempitan erti kata. Kanak-kanak hanya menganggap satu benda yang tertentu dicakup oleh satu erti yang seolaholah menjadi nama diri benda itu seperti doggy hanyalah anjing yang dipelihara di rumah sahaja. ii- Peringkat pemanjangan berlebihan Mulai memanjangkan erti sesuatu kata secara berlebihan iaitu yang dimaksudkan doggy itu adalah semua haiwan berkaki empat.

iii- Peringkat medan semantik Kanak-kanak menggolongkan kata-kata yang berkaitan ke dalam satu medan semantic. doogy hanya untuk anjing, kitty untuk kucing. iv- Peringkat generalisasi Pada usia 5 tahun dan seterusnya di mana kanak-kanak mengenal benda-benda mempunyai ciri-ciri semantik yang sama seperti yang dimaksudkan haiwan adalah semua binatang.

Menurut Nelson (1973; dalam Rohani Abdullah, 2001) pula perkembangan semantik kanakkanak pada dua tahun pertama tertumpu kepada menggunakan kata nama berbentuk objek dan kata perbuatan, kata sifat objek, rujukan tempoh masa, perkataan menunjukkan emosi dan perhubungan sosial dan perkataan yang semata-mata berfungsi sebagai tatabahasa seperti mana dan apa. Rohani Abdullah menerangkan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Baru lahir -1 tahun


Praperkataan awal disebutkan merujuk kepada orang yang terdekat, benda yang dapat bergerak dan aksi yang biasa Menggunakan variasi perkataan untuk memberi maksud yang sebenar Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang dinamakan

2-4 tahun
Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan seperti marah atau sifat nama seperti comel

5-10 tahun
Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan Memahami cerita lisan atau yang dibaca dalam buku Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi

Kesimpulan
Kesimpulannya perkembangan semantik juga bermula secara berperingkat di mana di peringkat awal erti perkataan bermula dengan keperluan dan persekitaran kanak-kanak itu sendiri dahulu dan berkembang keluar.

Sintaksis
Berkaitan dengan peraturan tatabahasa ataupun struktur bahasa. Pemerolehan sintaksis hanya bermula apabila kanak-kanak mulai menggabungkan dua atau lebih kata-kata semasa berusia lebih kurang dua tahun.

Perkembangan sintaksis
Steinberg (1990) membahagikan peringkat perkembangan sintaksis kepada tiga tahap iaitu: Tahap telegraf iaitu pengucapan gabungan kata secara amat ringkas Tahap morfem yang menggunakan ayat dengan lebih lengkap Tahap transformasi iaitu kanak-kanak telah menguasai kemahiran membentuk ayat yang lebih kompleks seperti ayat pasif.

MLU
Brown (1973) telah mencadangkan mean length utterance (MLU) ataupun purata panjang unjaran bagi setiap ayat (PPU) bagi mengukur perkembangan sintaksis kanak-kanak. Purata panjang ujaran ini mengukur purata perkataan yang terdapat di dalam ayat. Semakin bertambah usia kanak-kanak semakin bertambah purata panjang ayat yang digunakan.

MLU (Brown)
Tahap Tahap I (1 ke 2 tahun) Tahap II (2 ke 3 tahun) Tahap III (3-4 tahun) Tahap IV (4 tahun) PPU 1.75 - 2.25 Penerangan Juga dikenali sebagai peringkat telegraf

2.25 -2.75

Tidak menitik beratkan tatabahasa. Banyak menggunakan perkataan yang menunjukkan ekspresi. Menggunakan ayat yang mudah. Mula menggunakan ayat pertanyaan dan penafian. Menggunakan ayat yang kompleks .

2.75 - 3.5

3.5 - 4

Kesimpulan
Namun begitu perkaitan antara umur dan PPU ini tidak begitu relavan bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas. Pengukuran yang diberikan oleh Brown (1973) ini mampu membantu guru dan ibu bapa untuk menentukan samada pertuturan kanak-kanak di usia tertentu ini adalah dalam ukuran yang normal bagi kanak-kanak yang biasa. Kini PPU ini digunakan dengan meluas bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah pertuturan.

Pragmatik
Komunikasi yang berasaskan keperluan sosial. Kanak-kanak belajar mengambil giliran semasa berkomunikasi iaitu ada masa mereka perlu mendengar dan ada masa pula mereka akan bercakap. Mereka juga akan menggunakan gaya bahasa yang berlainan untuk situasi yang berlainan; Bagi susu tu. (Kepada kawan) atau Cikgu, saya nak susu.

Kesimpulan
Bahasa kanak-kanak berkembang pesat daripada megeluarkan bunyi, kepada perkataan, kepada ayat yang memberi makna dan seterusnya menggunakan ayat bagi situasi tertentu.

Mengapa kita perlu mengetahui tentang semua ini?

Anda mungkin juga menyukai