Anda di halaman 1dari 19

1.

0 TAJUK

INTERAKSI ANTARA PELAJAR DAN GURU DALAM BILIK DARJAH DI SMK BUKIT
SENTOSA

Definisi interaksi

Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, interaksi adalah suatu jenis tindakan yang terjadi ketika
dua atau lebih objek mempengaruhi atau memiliki kesan satu sama lainkesan dua arah ini penting
dalam konsep interaksi, sebagai lawan dari hubungan satu arah pada sebab akibat. Kombinasi dari
interaksi-interaksi sederhana dapat mempengaruhi pada suatu fenomena baru yang mengejutkan. Dalam
berbagai bidang ilmu, interaksi memiliki makna yang berbeza.

Definisi Guru

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah
merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru
merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat
dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus
pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai
keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

Definisi pelajarMenurut Kamus Dewan (1998), pelajar ialah orang yang belajar seperti murid sekolah,
penuntut di maktab dan sebagainya atau orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

Definisi bilik darjah


Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan
merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan
perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996).
Secaranya amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang melibatkan sekumpulan murid
atau pelajar yang mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh
guru. Bagi konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk
proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar
dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya

1
2.0 PENGENALAN

Thibaut dan Kelly mengemukakan maksud interaksi, interaksi ialah suatu peristiwa yang
mempengaruhi satu sama lain ketika dua orang atau lebih hadir bersama, kemudian mereka
menciptakan komunikasi antara satu sama lain. Menurut Homans interaksi sebagai satu kejadian ketika
suatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang terhadap individu lain diberi ganjaran atau hukuman
dengan menggunakan satu tindakkan oleh individu lain yang menjadi pasangannya.

Menurut Wentzel, K. R. (2009), guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina
hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat, dan boleh dipercayai.
Sebelum itu, Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam membina hubungan guru dan pelajar,
sewajarnya melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara berperikemanusiaan. Hal ini
dibahaskan Wentzel, K. R. (2009), bahawa hubungan yang berkualiti, mampu menyokong
perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif, dan motivasi dalam mencapai hasil
akademik. Selain itu, kemahiran- kemahiran sosial yang sebenar juga dapat diperolehi.

Berdasarkan pendapat Ismail Abbas (2007], sekolah atau mana-mana institusi


pendidikan diibaratkan sebagai rumah tangga dan keluarga yang besar. Asas pembinaan sebuah
rumahtangga yang bahagia dibina berdasarkan nilai kasih sayang. Kasih sayang adalah sifat semulajadi
dalam diri manusia yang menjadi tali penghubung yang kuat antara sesama manusia. Justeru itu,
pendapat al-Ghazali (1987] telah menegaskan bahawa setiap pendidik seharusnya memiliki sikap keibu
bapaan dan bertindak selaku seorang ayah dan ibu dalam berhubungan dengan pelajar. Hal ini dapat
dilakukan dengan menganggap setiap pelajar yang dididik seperti anak mereka sendiri. Oleh itu, sifat
dan nilai kasih sayang (Arifin Mamat etal, 2011] perlulah disemai dalam diri setiap pendidik supaya
para pendidik dapat menghormati harga diri manusia termasuk para pelajar. Mereka ini perlu dilayan
seperti barang yang bernilai, yang mengangkat maruah, kebanggaan dan kehormatan mereka (Ismail
Abbas, 2007].

Nyatalah guru yang paling berkesan adalah guru yang paling mudah didekati oleh semua
pelajarnya (Mohd Sahandri Gani et al, 2010]. Hal ini dapat dilakukan dengan sentuhan peribadi
(Personal Touch). Contohnya, guru-guru berhubung dengan murid secara profesional di mana
berkongsi pengalaman semasa dalam PdP serta memahami setiap muridnya secara peribadi untuk
memahami masalah murid-murid. Selain itu, guru melawat ke alam murid-murid seperti makan bersama
di kantin sekolah, bersukan bersama di padang serta menziarahi murid yang sakit di rumah dan hospital.
Perkara ini akan menyebabkan secara tidak langsung memperkenalkan guru-guru dengan ibu bapa
pelajar untuk berinteraksi mengenai anak-anak mereka sama ada di dalam atau di luar sekolah (Mohd
Sahandri Gani etal, 2010].

2
Keperibadian guru terhadap murid juga dapat ditunjukkan dengan tidak memalukan murid-
muridnya sama ada secara bersemuka atau di hadapan kelas. Tindakan ini bermaksud para guru melayan
pelajar-pelajarnya dengan penghormatan yang tinggi. Pendidik juga perlu bersifat pemaaf, positif,
menaruh harapan tinggi, menanamkan rasa dipunyai, belas kasihan, mengaku kesalahan sendiri,
penyayang, bertanggungjawab, meletakkan kepercayaan terhadap pelajar, jenaka, sabar, adil dan
saksama, serta ikhlas (Mohd Sahandri Gani et al, 2010]. Maka semua ini akan memberikan satu
motivasi kepada pelajar untuk lebih berusaha kerana mempunyai hubungan yang erat dengan guru
mereka.

3
3.0 LATAR BELAKANG

Bagi subjek pengurusan pembelajaran kali ini, kumpulan kami telah menghantar kertas kerja
bertajuk “ Interaksi antara pelajar dan guru di dalam bilik darjah di SMK Bukit Sentosa’ sebagai tajuk
kajian kami. Kertas kerja tersebut telah diterima oleh pensyarah kami iaitu DR. Norwaliza Abdul
Wahab.

Kumpulan kami telah bertolak ke SMK Bukit Sentosa pada 29 Mac 2017 dan telah tiba di
sekolah terbabit tepat jam 9 pagi. Ketibaan kami telah disambut oleh guru penolong kanan pentadbiran
(GPKP) serta guru penolong kanan ko kurikulum (GPKK) sekolah terbabit.

Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat awal mengenai sekolah terbabit.
Kami juga turut menerangkan dengan lebih lanjut tentang kedatangan kami ke sekolah terbabi dan
menerangkan dengan lebih lanjut tajuk yanga kan kami laksanakan di sekolah terbabit bagi
mendapatkan data yang jelas dan tepat.

Kami telah meminta kebenaran bagi merakamkan audio, video serta mengambil gambar
sebagai bahan bukti bagi laporan yang akan kami sediakan. GPKP telah menyambut baik tujuan
kedatangan kami dan telah mencadangkan supaya kami melawat kelas bagi pelajar kelas hadapan dan
belakang bagi menengah rendah dan menengah atas supaya kumpulan kami akan dapat melakukan
pemerhatian dan perbandingan yang lebih jelas dengan tajuk kajian yang bakal kami laksanakan.

GPKP telah membawa kumpulan kami melawati kelas terbabit dan kami telah mendapat
kerjasama daripada guru serta pelajar kelas yang kami lawati bagi melakukan temubual, melakukan
pemerhatian serta melihat sendiri suasana interaksi didalam kelas yang sedang berlangsung.

GPKP mengalu-alukan kedatangan para pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN


IDRIS bagi melakukan lawatan supaya para bakal guru dapat melihat sendiri dan didedahkan dengan
suasana pembelajaran di sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa atau nama ringkasnya SMK Bukit Sentosa,
merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Bukit Sentosa.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa memiliki 1495 pelajar lelaki dan
1481 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2976 orang. Ia mempunyai
seramai 164 orang guru.

Tarikh Pembinaan Sekolah ini bermula pada 21 Mei 1996 dan telah dibuka dengan rasminya
pada 1 Januari 1998. Bangunan Sekolah ini adalah sumbangan daripada Syarikat Talam Industries
Sdn.Bhd yang telah bertanggungjawab membangunkan kawasan Bukit Sentosa.

4
Keluasan Sekolah ini adalah Seluas 11 ekar dan memakan belanja sekitar rm4.25 juta .
Bangunan Sekolah ini telah didirikan di atas Lot 1069 dan sebanyak 6 blok telah dibina ketika itu .
SMKBS juga menjadi mercu tanda kepada Pekan Bukit Sentosa kerana terletak di tengah-tengah Pekan
Bukit Sentosa

SMK Bukit Sentosa atau SMKBS merupakan antara sekolah yang disegani di Hulu Selangor .
Rekod kecermelangan yang berterusan dari pelbagai aspek seperti Choral Speaking,Pancaragam,Debat
dan lain-lain. Selain,menjadi antara sekolah luar bandar yang diperkenalkan dengan subjek Bahasa
Jepun untuk pelajar di Kelas Rancangan Khas khususnya.

Bilangan responden yang kami temubual adalah 6 orang secara keseluruhan dan 2 daripada
mereka adalah guru mata pelajaran sejarag dan matematik tambahan selebihnya adalah murid tingkatan
dua hingga tiga.

5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penghalang dalam komunikasi antara guru dengan
murid di dalam bilik darjah.
4.2 Mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan interaksi sosial pelajar
di dalam bilik darjah.
4.3 Mengenal pasti bagaimana guru mewujudkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah.

6
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tajuk masing-masing. Pelbagai kaedah digunakan dalam
menkaji tajuk kajian yang dilaksanakan bagi mendapatkan data yang lengkap dan sahih.

I. TINJAUAN
Kaedah tinjauan adalah penndekatan diskriptif yang digunakan dengan meluas di dalam bidang
penyelidikan bagi mengumpul data dan maklumat (Azizi Yahaya, 2007). Menurut (Finik,
2000) tinjauan adalah satu sistem mengumpul data untuk menghuraikan, membandingkan atau
menjelaskan sikap serta tingkah lakua yang dilakukan oleh individu.
II. TEMUBUAL
Kaedah temubual dilaksanakan oleh pengkaji menurut (Openheim ,1983) kaedah temubual
ialah dengan bertanya soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dilakukan bagi mengumpul
data terhadap respenden yang telah dipilih.
III. DOKUMENTASI
Menurut (R.Kuberanet al,2013) Kaedah ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan
yang bertulis yang sudah diterbitkan seperti jurnal, tesis, akhbar, dan sumber daripada internet
bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan tajuk kajian yang dijalankan supaya
pemahaman awal dapat dilakukan.
IV. KEPERPUSTAKAAN
Pengkaji telah ke perpustakaan ….. di UPSI bagi mendapatkan maklumat dan data yang lebih
terperinci dan mendalam berkaitan tajuk kajian yang dijalankan.

7
6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penghalang dalam komunikasi antara
guru dengan murid di dalam bilik darjah.

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada
orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenal sebagai
komunikasi. Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang
dihantar dengan tepat.
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. komunikasi
lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur menggunakan bahasa yang difahami.
Manakala komunikasi bukan lisan pula adalah penyampaian idea yang melibatkan pergerakan
anggota badan seperti menganggukkan kepala tanda setuju. Oleh itu, seorang guru perlu menguasai
kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
berkesan dan mencapai objektifnya.
Antara faktor yang menjadi penghalang dalam komunikasi antara guru dengan murid di dalam
bilik darjah adalah suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor utama
mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Jika murid-murid di dalam kelas tidak dikawal
dengan baik, mereka akan membuat bising seperti bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit. Dalam
situasi bising yang melampau, guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran
dengan jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang disampaikan oleh
guru.
Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai di dalam bilik darjah juga turut menjadi
penghalang dalam komunikasi antara guru dengan murid di dalam bilik darjah. Bilangan murid
yang terlalu ramai akan menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-murid sukar
untuk bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran guru kurang efektif kerana
banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra juga sukar diwujudkan kerana kelas
yang tidak kondusif.
Hasil kajian kami ke sekolah tersebut, kami dapati suasana kelas yang bising dan hiruk-pikuk
sebenarnya hadir daripada kawasan sekeliling seperti keadaan kelas yang ketiadaan guru. Pelajar
di dalam kelas tidak duduk diam dan membuat bising. Kami dapati kelas tersebut ialah kelas yang
kebelakang yang bermaksud pelajar yang kurang cemerlang di dalam akademik. Semasa kami
melintasi kelas tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar yang menegur kami dan kami
membalasnya dengan senyuman. Oleh disebabkan itu, ianya sedikit sebanyak telah mengganggu
proses pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar di kelas lain. Tambahan pula, bilangan pelajar
di dalam kelas juga ramai dan menjadikan kelas kelihatan sempit. Menurut Marland (1975) suasana

8
fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pembelajaran. Kebanyakan
kelas-kelas menggunakan teknik pembelajaran abad ke-21 di mana susun atur meja berkumpulan.
Hal ini telah menyukarkan pergerakan para pelajar dan guru di dalam kelas tersebut.
Menurut akhbar Sinar Harian (9 Mac 2014) yang bertajuk “Saya bosan dengan cara cikgu
mengajar” begitu menyentuh hati nurani para pendidik yang begitu banyak menabur bakti dalam
dunia keguruan. Oleh disebabkan itu, guru perlu lebih fokus teknik pengajaran untuk menarik
minat belajar dan tidak ponteng sekolah lagi. Menurut salah seorang pembentang kertas kerja
dalam seminar mantik itu, pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England
sejak tahun 1970-an lagi. HAl ini menggambarkan pendidikan Barat begitu mengambil berat
tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid mereka pada abad ke-21 kelak.
Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan
pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014,
iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025). Oleh itu, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama
iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum.
Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif menjadi impian pelajar pada arus
perdana ini kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan
peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari.
Respon daripada guru pula, terdapat beberapa pelajar yang lemah dalam penguasaan Bahasa
Melayu. Hal ini kerana sekolah tersebut mempunyai pelajar yang berbilang kaum. Mereka juga
ada yang pandai membaca. Ada yang pandai membaca tetapi mereka tidak memahaminya. Hanya
tahu membaca tetapi tidak memahaminya. Menurut guru lagi, segelintir pelajar sukar untuk
didekati. Tambahan pula, mereka kurang berminat terhadap bidang akademik. Jadi, mereka kurang
untuk bertanya dan berkomunikasi dengan guru.

9
6.2 Mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan interaksi
sosial pelajar di dalam bilik darjah.

Selain daripada pedagogi dan penyampaian ilmu di dalam kelas, komunikasi juga
memainkan peranan yang penting kepada seorang guru kerana tanpa komunikasi yang berkesan,
ilmu tidak dapat disampaikan dengan baik dan sempurna. Suara merupakan elemen penting kepada
guru kerana jika guru tidak mampu berinteraksi dengan baik semasa mengajar maka ia akan
membuatkan suasana di dalam bilik darjah tidak harmoni dan proses P&P tidak dapat berlangsung
dengan sistematik.
Menurut Flanders (1970) dalam (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap
interaksi bilik darjah telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku
dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Di
sini kita dapat simpulkan bahawa guru masih lagi mengamalkan komunikasi sehala ketika proses
P&P berlangsung di mana hanya guru yang bercakap dan pelajar bertindak sebagai pendengar
sahaja. Pelajar seolah-olah tidak berpeluang untuk mengemukakan soalan atau sekadar ingin
berkongsi pendapat tentang perkara tertentu. Hal ini akan membuatkan pelajar berasa bosan
sepanjang proses P&P berlangsung dan mereka akan membuat hal masing-masing dan tidak lagi
berminat untuk menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Fanders meletakkan tanggungjawab
utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu kepada guru. Jika guru gagal mewujudkan suasana
dan interaksi yang baik kepada pelajar semasa menyampaikan pengajaran maka proses P&P tidak
akan berjaya dilaksanakan.
Antara strategi yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan interaksi sosial pelajar di
dalam bilik darjah adalah dengan mengelakkan kritikan atau melabel pelajar dengan memberi
nama yang boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan. Perasaan rendah diri
menyebabkan murid mengasingkan diri dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti di dalam atau di
luar bilik darjah. Selain itu, guru sebagai role model di sekolah perlu menunjukkan sifat penyayang
dan mengambil tahu latar belakang setiap pelajarnya. Hindari dari melaksanakan gaya kepimpinan
autokratik yang hanya suka memberi arahan yang mesti dipatuhi tanpa bertolak ansur. Sebaliknya,
guru menggunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan cadangan murid secara
terbuka. Guru hendaklah melakukan interaksi dua hala kerana ia akan mewujudkan hubungan yang
mesra menyebabakan murid akan memberi perhatian kepada pengajarnya. Sebagai guru yang
berkepimpinan hendaklah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
gunakan teknik perbincangan dan penyoalan serta strategi berpusatkan murid. Di samping itu,
bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid untuk belajar
dengan melibatkan diri secara aktif. Pengajaran guru akan lebih berkesan malah interaksi antara
murid akan terbentuk.

10
Hasil kajian yang kami dapat di sekolah tersebut adalah guru menggunakan teknik
pembelajaran secara berkumpulan. Hal ini kerana pembelajaran secara berkumpulan membolehkan
pelajar berbincang tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Terdapat pelbagai idea yang
boleh diutarakan sekiranya menggunakan teknik pembelajaran berkumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada lima orang ahli. Ianya merupakan jumlah ahli kumpulan yang standard dan setiap
ahli diberikan bahagian masing-masing. Pemikiran mereka lebih terbuka dengan idea-idea orang
lain. Pelajar akan dilatih untuk mengajar di hadapan kelas kerana mereka akan membuat
pembentangan di hadapan kelas berdasarkan tajuk yang diberikan. Sebagai contoh, kelas
berkenaan merupakan waktu Sejarah. Jadi, untuk mengelakkan pelajar berasa bosan dan
mengantuk, guru membahagikan kumpulan dan memberikan tajuk-tajuk kecil untuk pelajar
membuat kerja berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjung dan diminta untuk
membuat peta i-think untuk memudahkan pelajar lain memahaminya. Selain itu, terdapat juga guru
yang menggunakan kaedah perbincangan di dalam kelas berdasarkan soalan-soalan peperiksaan
lepas. kita dapat lihat guru lebih bersikap terbuka dan meminta pandangan daripada para pelajarnya
tentang sesuatu isu. Para pelajar memberikan respon yang positif dengan menjawab kesemua
soalan yang ditujukan oleh gurunya itu. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut
digemari oleh pelajar di mana mereka bebas untuk mengemukakan pandangan masing-masing
tanpa halangan daripada guru.

11
6.3 Mengenal pasti bagaimana guru mewujudkan komunikasi yang berkesan di dalam
bilik darjah.

Kata “komunikasi” berasal daripada bahasa Latin, “comunis”, yang bererti membuat kebersamaan
atau membangun kebersamaan antara dua orang atau lebih. Akar katanya “communis” adalah
“communico” yang ertinya berbagi (Stuart,1983, dalam Vardiansyah, 2004 : 3).
Joseph A Devito mengemukakan komunikasi sebagai transaksi. Transaksi yang
dimaksudkannya bahawa komunikasi merupakan suatu proses dimana komponen-komponennya saling
terkait dan bahawa para komunikatornya beraksi dan bereaksi sebagai suatu kesatuan dan keseluruhan.
Dalam setiap proses transaksi, setiap elemen berkaitan secara integral dengan elemen lain (Suprapto,
2006 : 5).
Komunikasi antara manusia merupakan suatu rangkaian proses yang halus dan sederhana.
Komunikasi antara manusia juga merupakan rangkaian proses yang beraneka ragam. Ia dapat
menggunakan beratus-ratus alat yang berbeza, baik kata mahupun isyarat ataupun percakapan peribadi
mahupun melalui media massa dengan audience di seluruh dunia ketika manusia berinteraksi saat itulah
mereka berkomunikas saat orang mengawasi orang lain, mereka melakukan melalui komunikasi (Blake
dan Haroldsen, 2003 : 2-3).
Hasil kajian yang kami dapat dari guru mata pelajaran sejarah beliau mewujudkan komunikasi
yang brkesan dalam bilik darjah, beliau membuat perancangan aktiviti Pengajaran dan pembeljaran
(PdP) yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan membuat perancangan sebelum masuk
ke kelas. Salah satu cara PdP yang guru tersebut lakukan adalah melalui cara membahagikan tajuk
berdasarkan topik-topik di dalam buku teks kepada setiap kumpulan dan meminta mereka untuk
membuat peta minda.
Selain itu, Guru tersebut menggunakan gaya kepimpinan demokratik bagi mewujudkan
komunikasi yang berkesan sebagai contoh Guru meminta pandangan murid tentang sesuatu berdasarkan
apa yang Guru itu mengajar. Sistem demokratik ini lebih kepada interaksi dua hala dimana guru
bertanya dan pelajar menjawab. Dengan sistem ini seseorang guru itu boleh mewujudkan satu
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. Aktiviti soal jawab yang menggerakkan murid berfikir
memerlukan proses interaksi antara guru dan murid.

Kesimpulannya, Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti,
kemahiran komunikasi yang baik serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh
pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang
penyeliaan yang terpaksa dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang, di
antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati

12
hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih
spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.

Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan


dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran
berinterkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi
peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping
memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang
telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang
boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai
dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan
peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

13
7.0 KEKUATAN, KELEMAHAN ,HALANGAN, DAN RUANG PENAMBAHBAIKAN
KAJIAN

Kekuatan

Kekuatan kajian ini adalah guru menggunakan kaedah interaksi dua hala di dalam kelas. Seperti
yang kami lihat guru mata pelajaran sejarah menggunakan pembelajaran berkumpulan di mana guru
tersebut memberikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memberikan masa untuk berbincang
dalam kumpulan. Cara ini boleh membuatkan pelajar tidak mudah bosan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Selain itu kekuatan yang ada pada sekolah tersebut adalah sikap peramah yang ditunjukkan
oleh warga sekolah tersebut termasuk pegawai keselamatan yang menyambut kedatangan kami dengan
sangat baik. Sikap warga sekolah tersebut boleh dijadikan contoh untuk kami semasa di sekolah yang
kami akan ajar nanti.

kelemahan

Kelemahan kajian ini pula adalah ruang kelas yang agak sempit dan menyukarkan pergerakan
guru dari satu tempat ke tempat lain. Kebanyakan kelas menggunakan susun atur mengikut
pembelajaran alaf 21 dimana meja di susun secara berkumpulan dalam kumpulan tersebut di duduki
oleh 5-6 pelajar. Susun atur sebegini sesuai sekiranya ruang kelas tersebut besar.

Seterusnya kelamahan yang terdapat pada sekolah tersebut adalah kemudahan yang ada pada
sekolah tersebut kurang mencukupi. Sebagai contoh yang kami lihat semasa di sekolah tersebut,
terdapat kelas yang tidak selesa kerana kipas yang ada dalam kelas tersebut telah rosak. Selain itu,
keadaan sekolah yang sangat bising yang boleh mengganggu pelajar kelas lain yang sedang
menjalankan kegiatan pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tiada kawalan keatas pelajar
yang bising tersebut. Seperti yang kita tahu, keselesaan di dalam kelas sangat penting untuk pelajar
fokus di dalam kelas.

14
Halangan

Halangan semasa kajian ini adalah responden kurang menjawab soalan yang kami tanya.
Sebagai contoh kami bertanyakan mengenai ape kaedah yang digunakan selain kerja kumpulan di dalam
kelas responden tidak dapat menjawab dengan baik.

Seterusnya halangan yang kami perlu hadapi sebelum sampai ke sekolah tersebut adalah
halangan dalam menentukan sekolah yang kami hendak pergi. Sebelum kami memutuskan ke skolah
terakhir ini kami telah berurusan dengan 3 buah sekolah, banyak halangan yang kami dapat dari ke tiga-
tiga sekolah tersebut. Oleh sebab itu, kami lambat untuk membuat tinjauan ke sekolah. Akhirnya kami
memilih SMK Bukit Sentosa, Rawang ini kerana urusan untuk ke sekolah tersebut sangat mudah.

Penambah baikkan

Penambah baikan dari kami untuk sekolah tersebut adalah susun atur meja di dalam kelas
tersebut. Susun atur yang di lakukan oleh sekolah tersebut mengikut pembelajaran alaf 21 adalah sangat
bagus tetapi tidak sesuai untuk kelas yang sempit. Susun atur meja sebegitu boleh di praktikkan
sekiranya kelas tersebut luas dan besar.

Seterusnya, sekolah tersebut perlu peka mengenai kemudahan di setiap kelas. Sebagai contoh
kelas yang tiada elektrik , pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk membaiki kipas tersebut
supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

Akhir sekali, penambah baikkan untuk diri kami sediri adalah selepas ini kami perlu mangambil
tahu terlebih dahulu latar belakang sekolah supaya mudah untuk mencari sekolah tersebut. Seterusnya,
kami perlu menyusun soalan dengan betul untuk di tanyakan kepada responden. Akhir sekali,
pergerakan kami perlu di ubah kerana semasa di sekolah tersebut kebanyakan dari kami bergerak lambat
untuk memikirkan tindakan yang perlu kami lakukan selepas menemu bual responden.

15
8.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang kami lakukan iaitu Interaksi antara Pelajar dan Guru dalam bilik darjah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa amatlah penting kerana dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran perlukan interaksi dari kedua-dua pihak iaitu Guru dan Pelajar. Apa yang kami dapat dari
hasil kajian kami Disekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa adalah kebanyakkan pelajar dari
kelas yang pertama kurang berinteraksi sesama mereka mahupun sesama pelajar. Hanya guru yang
melakukan interaksi maka disini kita dapat lihat bahawa hanya berlaku interaksi satu hala. Bagi
memperolehi interaksi yang menarik perlu berlaku interaksi dua hala atau interaksi pelbagai hala.
Sebagai contoh yang kami dapat semasa berada di sekolah itu dapat membuat kesimpulan bahawa guru
yang melakukan interaksi berbagai hala atau dua hala merupakan interaksi yang berkesan dimana guru
memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan pembentangan. Jadi disini pelajar dan guru harus
memainkan peranan berinteraksi demi kebaikkan kedua-dua pihak.

16
9.0 RUJUKAN

 Bahagian Pendidikan Guru (2007). Modul 2: Pedagogi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Suprapto, Tommy. 2006 Pengantar Teori Komunikasi. Cetakan Ke-1. Yogyakarta: Media
Pressindo

 Vardiansyah, Dani. 2004. Pengantar Ilmu Komunikasi. Cetakan Ke-1. Bogor: Ghalia
Indonesia,

 Blake, Reed H., and Haroldsen, Edwin O. 2003. Taksonomi Konsep Komunikasi. Cetakan Ke-
1. Terj. Hasan Bahanan. Surabaya: Papyrus.

 http://www.sdbl.edu.my/sdbl_edu_my/media/File/2015/BAHAN%20LDP/1/KELAS%20AB
AD%20KE-21.pdf

 www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/pendidikan-kelas-abad-ke-21-1.367783

 http://axxa9090.blogspot.my/2011/12/komunikasi-berkesan-dalam-bilik-darjah.html

17
Lampiran

Bersama guru penolong kanan pentadbiran

Bersama pelajar tingkatan 3 dan guru

18
Meninjau keadaan kelas

Bersama pelajar (responden)

Ahli kumpulan kami (kumpulan 1)

19

Anda mungkin juga menyukai