Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN REFLEKTIF (MPU 3122)

Melalui kursus ini, saya dapat mempelajari berkaitan proses pembentukan tamadun dari
awal berserta sejarahnya. Secara peribadinya, saya memang seorang yang suka membaca dan
menambah pengetahuan berkaitan sejarah, lanjutan itu menjadikan saya sangat berminat pada
kursus ini.
Sepanjang mempelajari kursus ini, saya dapat menambah lebih pengetahuan berkaitan
Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun China dan Tamadun India yang sememangnya
terdapat di negara kita. Kesemua tamadun mempunyai konsep, ciri dan keistimewaan yang
tersendiri. Ciri-ciri utama bagi Tamadun Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.
Tamadun Melayu pula mempunyai wilayah yang sangat besar sehingga ke Myanmar, Thailand
Filipina dan Indonesia.
Tamadun China terbentuk dengan beberapa zaman , iaitu zaman pembentukan, zaman
keagungan, zaman peralihan, dan zaman moden. Setiap zaman mempunyai ciri-ciri kejayaan
tersendiri. Manakala yang terakhir adalah Tamadun India, yang menekankan nilai-nilai penting
seperti kepercayaan kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan.
Sepanjang mengambil kursus ini, saya dapat rasakan proses pembelajaran nya sangat
mudah dengan adanya tutor yang sangat komited sewaktu sesi kuliah, yang telah memberikan
penerangan yang sangat jelas dan mudah untuk difahami. Begitu juga dengan e-tutor yang
sentiasa bersedia menjawab segala persoalan dari pelajar tanpa mengira masa. Proses
pembelajaran melalui ruangan forum juga sangat membantu kerana ramai rakan-rakan yang
sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing.
Melalui pembelajaran kursus ini, saya mula faham bahawa banyak perkara yang kita
capai dan nikmati pada masa kini bermula dari sumbangan zaman awal pembentukan tamadun
dahulu. Budaya- budaya yang diamalkan oleh masyarakat dulu juga ada yang masih diamalkan
sehingga kini. Bagi menambahkan minat yang mendalam kepada semua para pelajar yang
mengambil kursus ini, dicadangkan supaya sesi pembelajaran disajikan dengan video-video yang
berkaitan dengan topik supaya gambarannya nampak lebih jelas. Video-video tersebut juga perlu
dimuatnaik ke ruangan forum supaya semua pelajar mendapat peluang untuk ekses kepada video
tersebut.
(289 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai