Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR: MIZA MURSYIDAH BINTI ABDUL RAZAK

ANGKA GILIRAN 2019192340007


NO. KAD
000429-07-0272
PENGENALAN
KUMPULAN E1

PROGRAM PISMP

SEMESTER 1

TAHUN AMBILAN JUN 2019


NAMA
PENSYARAH TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
AKADEMIK:
TARIKH HANTAR: 3 SEPTEMBER 2019

Isi kandungan
Penghargaan
1.0 Pengenalan 1

2.0 Peringkat-peringkat teori perkembangan 2-5


kanak-kanak menurut Vygotsky
3.0 Analisis peringkat-peringkat teori perkembangan 6&7
kanak-kanak menurut Vygotsky dan kaitannya
dengan peranan guru di sekolah

4.0 Implikasi teori Vygotsky kepada pembelajaran 8


dan pengajaran (PdP)

5.0 Kesimpulan 9

6.0 Rujukan 10

Lampiran
PENGHARGAAN

Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-
Nya dapat saya siapkan tugasan penulisan ini dengan jayanya. Dengan keberkatan masa
yang diberi,saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Keadaan
kesihatan yang baik juga membenarkan saya menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang
masalah. Saya ingin berterima kasih juga kepada individu-individu yang banyak membantu
dan memberikan kerjasama kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kursus Perkembangan Kanak-Kanak iaitu
Tuan Haji Omar kerana telah meluangkan masa untuk membimbing serta memberikan
penerangan tentang cara melakukan tugasan ini dengan terperinci. Seterusnya,saya juga
amat berterima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah memberikan kerjasama
seperti memberi bantuan kewangan dan menyediakan peralatan yang diperlukan dalam
menyelesaikan tugasan ini. Rakan-rakan juga telah banyak memberikan motivasi kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
1.0 PENG
ENAL
AN

1.0 PENGENALAN
Pengetahuan tentang teori perkembangan kanak-kanak amat membantu dalam proses
pembelajaran. Menurut Siti Farah Idayu Madi (2009) perkembangan merupakan perubahan
secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial. Perubahan secara kualitatif adalah perubahan yang tidak dapat diukur dan dilihat
dengan mata kasar seperti pertambahan otot. Kognitif pula adalah proses mental yang
terlibat dalam perolehan, pembinaan pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan kawalan
proses mental Resnick (1982). Perkembangan kanak-kanak sering kali dikaitkan dengan
perkembangan kognitif kerana kognitif merupakan elemen penting dalam pembentukan
manusia. Kognitif melibatkan organ tubuh badan iaitu otak. Menurut prinsip pertumbuhan
dan perkembangan, struktur berkembang sebelum fungsi. Setiap manusia dikurniakan otak
sebagai alat pemikiran dan fungsi otak boleh dikembangkan jika dimasukkan input-input
yang bersesuaian. Jadi, guru perlu mengenal pasti dominan penggunaan otak pelajar dan
berusaha mengembangkan penggunaan otak mereka. Terdapat ramai tokoh yang
memberikan pandangan masing-masing berkaitan teori perkembangan kanak-kanak. Setiap
teori mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing jadi, guru perlulah mengetahui
kebaikan teori-teori ini yang boleh digunakan dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).
Seseorang guru perlulah mengaplikasikan teori-teori ini mengikut kesesuaian bagi
melahirkan murid sebagai modal insan kelas pertama pada masa hadapan.

1
2.0 PE
RIN
GKA
T-
2.0 PERINGKAT-PERINGKAT TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
MENURUT
VYGOTSKY
PER
Teori Jean Piaget, iaitu seorang ahli biologi dan profesor sastera dalam bidang sejarah
dianggap sebagai asas kepada kemunculan teori-teori
perkembangan
perkembangan
kanak-kanak
sosio-emosi
yang
oleh
lain
Erik
seperti
Erikson,
teori
teori
ING
perkembangan bahasa oleh Chomsky dan teori

KAT
perkembangan personaliti oleh Carl Jung. Piaget dan ahli-
ahli psikologi ini dianggap sebagai ahli struktur kerana
mereka mengkaji dan mementingkan struktur pemikiran
manusia (Gardner, 1973). Piaget (1970) mengaitkan
perkembangan kognitif dengan perkembangan intelek dan
bahasa. Seperti Piaget, Vygotsky yang merupakan ahli TEO
psikologi Rusia juga menekankan tentang perkembangan
kognitif dan bahasa. Beliau menyokong berpendapat
Piaget bahawa gaya berfikir setiap orang adalah berbeza
dan kognitif berkembang secara berperingkat tetapi teori-
RI
teori Vygotsky tidak membahagikan peringkat-peringkat

PER
perkembangan mengikut umur. Walau bagaimanapun,
terdapat kelainan pendapat antara kedua-dua tokoh ini dari
segi pengaruh sosial atau persekitaran terhadap
perkembangan kognitif.

Teori perkembangan kognitif oleh Piaget boleh


dihuraikan kepada empat konsep asas iaitu skema,
KEM
asimilasi, akomodasi, dan keseimbangan. Piaget

BAN
menyatakan bahawa persekitaran tidak memengaruhi kognitif kanak-kanak tetapi, kanak-
kanak itu sendiri yang membina persekitarannya melalui proses penerokaan, manipulasi dan
penilaian terhadap persekitaran. Skema dikatakan sebagai model tingkah laku semasa
proses penyesuaian diri dengan alam sekitar. Sebagai contoh, dalam situasi kanak-kanak
memegang raket badminton, setiap orang mempunyai skema pegangan raket sama ada
dengan cara yang betul ataupun tidak tetapi, teknik pemegangannya akan bertambah baik
sekiranya kanak-kanak ini mempelajari teknik pemegangan yang betul. Skema yang
diperkatakan oleh Piaget ini menunjukkan bahawa beliau percaya proses pembelajaran oleh
individu itu sendiri meningkatkan perkembangan kognitif dan persekitaran tidak
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu. Beliau yakin bahawa perkembangan kanak-
kanak itu bergantung kepada cara dia memperkembangkan kognitif melalui skema yang
telah wujud secara semula jadi dalam diri. Dalam proses menjelajahi dunia oleh diri sendiri
ini, tahap motivasi kepada diri amatlah penting. Semakin banyak perkara yang dipelajari
melalui motivasi daripada diri sendiri, semakin berkembang kognitif kanak-kanak itu

Perkara ini berbeza dengan teori yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky. Vygotsky
berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran
sosiobudaya iaitu interaksi sosial dan tetapan budaya di tempat tinggal mereka. Teori
Vygotsky yang menekankan budaya dan interaksi sebagai elemen pembinaan kognitif ini
merupakan teori konstruktivisme dan bukan nativisme. Teori nativisme adalah bertentangan
dengan teori Vygotsky iaitu mempercayai bahawa perkembangan kognitif merupakan
kemampuan bawaan seperti yang diperkatakan
2 oleh Piaget. Vygotsky meyakini bahawa
sosiobudaya boleh disampaikan melalui tiga cara iaitu pembelajaran melalui peniruan,
membuat pemahaman sendiri lalu mengingat, dan pembelajaran daripada aktiviti
berkumpulan. Teori Vygotsky mengutamakan peranan guru untuk mendidik anak-anak
kerana bimbingan guru amatlah penting bagi meningkatkan tahap pemikiran dan
pengetahuan mereka. Menurut Vygotsky, kanak-kanak yang lahir telah dianugerahkan
fungsi mental secara dasar iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori. Walau
bagaimanapun, mereka masih belum boleh menggunakan fungsi mental pada tahap yang
lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah.

Hidup Vygotsky dikatakan produktif kerana dalam masa hidupnya yang singkat,
beliau dapat mencipta pelbagai teori psikologi yang berkaitan dengan perkembangan
intelektual (Confrey dan Smith, 1995). Vygotsky telah membuat banding beza di antara
pembangunan sebenar dan juga pembangunan potensi. Perbandingan ini telah
memperkenalkan Zon Pembangunan Proksimal atau Zone of Proximal Development (ZPD)
dalam teori Vygotsky bagi menerangkan kepentingan hubungan sosial kepada tahap
perkembangan kanak-kanak. ZPD dapat diterangkan dengan merujuk rajah di bawah.
Had atas
Perkara yang
belum dicapai
ZPD atau dilakukan
oleh kanak-kanak
Kanak-kanak
menerima
bantuan untuk
mengembangkan
Had bawah kognitif
Perkara yang
boleh dibuat
secara sendiri

Perancah (Scalffolding)
Had bawah merupakan pembangunan sebenar (actual development) dan merupakan
proses permulaan. Had ini merujuk kepada sesuatu yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak
sendiri tanpa bantuan dan mereka melaksanakan
3 proses pembelajaran secara mandiri. Had
atas merupakan pembangunan potensi (potential development), merujuk kepada sesuatu
perkara yang belum dicapai oleh kanak-kanak dan sehingga satu tahap, dia tidak mampu
lagi mengembangkan kognitifnya walaupun dengan bantuan orang lain kerana telah
mencapai had (limit). Potensi kanak-kanak itu sendiri memainkan peranan penting untuk
mencapai had atas. Terhadap celahan di antara had bawah dan had atas iaitu ZPD. ZPD
menitikberatkan interaksi sosial di antara kanak-kanak dan golongan pakar untuk
memudahkan perkembangan kognitif mereka. Pakar yang dimaksudkan adalah orang yang
menguasai permasalahan yang dipelajari maka, orang dewasa atau rakan sebaya boleh
dianggap sebagai pakar (Slavin, 2000:270). Dengan bantuan ZPD, kognitif kanak-kanak
akan berkembang dengan jayanya dan pengetahuan juga akan meningkat.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami pembangunan sebenar pada had


bawah tahu menulis tetapi bukan dengan cara yang betul. Apabila dia merentasi ZPD dan
menerima dorongan dari orang yang lebih dewasa serta berpengetahuan, dia akan diajarkan
cara menulis yang betul. Pada tahap pembangunan potensi pula, kanak-kanak tersebut
akan berupaya menulis dengan lancar tanpa masalah. Tetapi, ketika mencapai had atas,
kanak-kanak tidak dapat menulis perkara yang bukan potensi dirinya seperti menulis khat
yang bukan semua orang boleh lakukannya.

Seterusnya, Vygotsky telah memperkenalkan konsep perancah (scalffolding).


Konsep perancah ini mengambil bahagian dalam ZPD . Semasa proses dalam ZPD,
perancah bertindak mengubah tahap sokongan yang diberikan (Santrock, 2012). Konsep
perancah ini memperlihatkan peranan guru dalam memberikan bimbingan kepada pelajar
mengikut tahap potensi pelajar dari masa ke masa. Hal ini memerlukan kepekaan guru
untuk mengenal pasti kebolehan setiap pelajarnya. Sebagai contoh, ketika semua murid
sudah menguasai ilmu matematik, guru boleh mengubah suai soalan yang membolehkan
mereka mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang ilmu matematik tersebut. Misalnya,
kanak-kanak tahu bahawa 1+1=2. Maka, guru boleh menguji pengetahuan mereka dengan
membuat soalan penyelesaian masalah seperti “Seorang guru memberi sebatang pen
kepada seorang murid. Kemudian, ibu murid tersebut membelikannya sebatang lagi pen.
Berapakah pen yang murid itu miliki sekarang ?”. Soalan itu akan membuatkan otak mereka
berfikir serta mengasah kemahiran kognitif mereka untuk menyelesaikan soalan yang lebih
kompleks. Bahasa dan dialog merupakan elemen penting dalam menjayakan konsep
perancah ini. Guru perlulah bijak dalam berkomunikasi dengan murid-murid supaya objektif
sesuatu pembelajaran dapat dicapai. Cabaran-cabaran perlulah diberikan kepada mereka
semasa proses pembelajaran supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dan
berkesan dalam pembelajaran tersebut. Aktiviti-aktiviti yang berasakan konsep perancah ini
4
diharapkan dapat memberikan kebaikan seperti yang dinyatakan oleh McKenzie (2000), iaitu
bagi memupuk minat murid kepada tugasan yang diberikan, meringkaskan tugasan supaya
mudah untuk disiapkan, mengurangkan kekeliruan dengan penerangan yang jelas, memberi
panduan kepada kemahiran yang dipelajari, dan membimbing murid dalam mengenal pasti
standard tugasan, memfokuskan objektif serta mencari langkah penyelesaian bagi sesuatu
tugasan.

Akhir sekali, Piaget memperkenalkan konsep bahasa dan pemikiran yang saling
berkait. Bagi Piaget, kognitif mempengaruhi tahap berbahasa seorang kanak-kanak. Bahasa
muncul ketika anak sudah mencapai suatu tahap kemajuan perkembangan yang cukup
tinggi. Vygotsky pula memberi pendapat bahawa interaksi sosial merupakan perkara yang
mempengaruhi perkembangan bahasa. Kanak-kanak yang berinteraksi dengan golongan
yang lebih mahir akan dapat mengasah kemahiran berbahasanya. Bahasa ini dapat
digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi. Bahasa juga dapat digunakan untuk
mengawal tingkah laku kanak-kanak itu sendiri dengan cara pembicaraan batin (inner
speech). Kita sering melihat kanak-kanak bercakap seorang diri seolah-olah sedang
bercakap dengan orang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak sering bercakap dengan anak
3.0
patung dan berperanan seperti penjaga patung tersebut. Vygotsky menyatakan bahawa

ANALI
perkara ini merupakan pembicaraan batin yang akan membantu kemahiran berbahasa
mereka. Tetapi, menurut Piaget, perkara ini menunjukkan ketidakmatangan kanak-kanak
tersebut. Perkembangan bahasa yang berkait rapat dengan kognitif ini seterusnya dapat

SIS
digunakan sebagai alat untuk membantu menyelesaikan masalah.

PERIN
GKAT-
PERIN
GKAT
5

TEORI
3.0 ANALISIS PERINGKAT-PERINGKAT TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
MENURUT VYGOTSKY DAN KAITANNYA DENGAN PERANAN GURU DI SEKOLAH

Berdasarkan analisis, teori Vygotsky tidak dinyatakan mengikut peringkat umur tertentu

PERK
tetapi, kesemua konsep yang diperkenalkan oleh beliau adalah saling berkait dan sesuai
digunakan bagi kesemua peringkat umur seperti yang dinyatakan oleh Dr. Ayob bin Sukani,
seorang pensyarah yang merupakan pakar dalam bidang kanak-kanak. Menurut beliau, teori
sosiobudaya yang dikemukakan oleh Vygotsky memberi kesan kepada semua peringkat

EMBA
umur tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan warga emas. Sekiranya seseorang
individu hidup dalam persekitaran sosial yang terhad seperti kurangnya perbualan antara
dengan ibu bapa, sukar mendapatkan rakan baharu dan mempunyai perasaan takut apabila

NGAN
berhadapan dengan khalayak ramai, perkembangan individu itu akan terbantut dari pelbagai
aspek seperti emosi, kognitif, dan sebagainya. Hal ini disokong oleh sarjana Barat, Berne
(1964) yang menyatakan bahawa tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia pada
asasnya tidak terlepas daripada pengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan

KANA
desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan diri mereka seperti rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat dewasa. Tegasnya, persekitaran amat mempengaruhi setiap
tindakan yang diambil oleh seseorang individu. Kebanyakan individu belajar melalui
peniruan daripada orang sekeliling. Jadi, orang dewasa seperti guru terutamanya perlulah
menunjukkan contoh yang baik dari segi perilaku, pemakaian dan termasuklah percakapan
ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih muda. Hal ini demikian kerana golongan
muda sering menganggap setiap perkara yang dilakukan oleh orang dewasa adalah benar
dan wajar ditiru. Jika contoh yang baik diperlihatkan, maka perkembangan mereka juga
akan ke arah yang positif.

Perbualan berkaitan perkembangan kanak-kanak dalam teori Vygotsky telah


dibicarakan dalam satu temu bual bersama beliau dan dialog temu bual tersebut boleh
dilihat di halaman lampiran. Seperti yang kita tahu, Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
pada peringkat pembangunan sebenar melibatkan usaha pelajar sendiri untuk
mengembangkan pemikiran. Kemudian, dari segi pendidikan, guru akan menyediakan
perancah iaitu bantuan atau sokongan kerana guru merupakan golongan yang terampil
dalam bidang tersebut. Menurut Dr. Ayob lagi konsep perancah digunakan dalam
pembelajaran abad ke-21. Walaupun teori beliau telah lama diperkenalkan, tetapi teori ini
masih relevan untuk digunakan dalam pendidikan hari ini. Sebagai contoh, guru memberikan
soalan yang mempunyai elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang telah
diperkenalkan dalam PPPM 2013-2025 sebagai satu anjakan tranformasi untuk membentuk
suatu pendidikan bertaraf antarabangsa. Kemahiran berfikir telah dinyatakan sebagai salah
satu daripada enam ciri utama bagi murid yang mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa (PPPM 2013-2025, KPM 2013). Elemen KBAT ini dikatakan sebagai
perancah kerana mendidik pelajar supaya berupaya membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, menginovasi dan mencipta sesuatu. Penyediaan soalan berasaskan KBAT ini
6
merupakan usaha guru menyediakan scalffolding bagi pelajar selama mereka melalui ZPD.
Menurut Rajendran (2010) Bloom juga mengkritik tindakan guru yang menggunakan soalan
atau objektif pengajaran aras rendah kerana perkara ini akan melahirkan pelajar-pelajar
yang tidak kreatif atau kritis. Semakin tinggi tahap penyoalan, semakin tinggi tahap
pemikiran seseorang individu. Maka, guru perlulah menyediakan soalan-soalan yang
mencabar pemikiran pelajar supaya mereka dapat memerah otak dan mengasah pemikiran
mereka berdasarkan Taksonomi Bloom seperti yang diperkatakan oleh Dr. Ayob. Tindakan
ini akan melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi. Hal ini demikian kerana, untuk
menjawab soalan yang mencabar itu, mereka perlu berusaha mencari maklumat daripada
pelbagai sumber. Hal ini secara tidak langsung akan menambahkan informasi-informasi
yang sedia ada dalam diri mereka. Jadi, soalan beraras tinggi ini dianggap sebagai usaha
guru menyediakan perancah kepada pelajar supaya mereka memasuki ZPD.

Selain itu, konsep bahasa dan pemikiran yang diperkenal oleh Vygotsky juga terlihat
saling berkait. Fikiran dan bahasa menurut beliau berkembang secara asing atau terpisah
sehinggalah mencapai umur dua tahun. Pada umur dua tahun, kanak-kanak menggunakan
bahasa sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan sekali gus mengembangkan
pengetahuan berbahasa. Proses interaksi menggunakan bahasa dengan rakan sebaya dan
orang dewasa mampu meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan cetusan
idea, menguasai kemahiran menjalankan aktiviti antara kumpulan, menguasai daya reka
cipta melalui pemikiran dan dapat menyatakan perasaan. Perlu diketahui bahawa bahasa
merupakan sistem simbol yang mempunyai makna dan menjadi alat komunikasi antara
penutur dan pendengar. Dengan bahasa, seseorang akan dapat bertukar idea atau
pemikiran jadi, maklumat yang banyak akan diperoleh. Guru perlulah merancang strategi
dan teknik pembelajaran untuk mengembangkan potensi bahasa murid-murid seperti
mengadakan aktiviti lakonan, simulasi, dan perbincangan yang memerlukan penglibatan
murid. Bahasa merupakan bentuk asas dalam bersosial. Pembicaraan batin iaitu
pembicaraan terhadap diri sendiri akan mendorong individu untuk melakukan interaksi
sosial. Setiap persoalan yang timbul dalam minda akibat pembicaraan batin memerlukan
pengetahuan orang lain untuk menjawabnya. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak
tertanya-tanya dalam dirinya mengapa pokok layu. Jadi, interaksi antara beliau dengan
orang yang lebih mahir seperti ibu bapa akan dapat menjawab soalannya iaitu pokok layu
kerana tidak memperoleh sumber cahaya yang mencukupi. Maka, terbuktilah bahawa
bahasa dan pemikiran saling berkait. Tanpa bahasa, pemikiran sukar untuk dirangsang dan
melambatkan perkembangan kanak-kanak.

7
4.0
IMPLI
KASI
TEORI
4.0 IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
(PdP)

VYGO
Teori Vygotsky memberikan pelbagai faedah kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Pertama, teori Vygotsky yang berkitan dengan pembicaraan batin (inner speech)
penting untuk pembinaan jati diri pelajar. Interaksi dengan
diri sendiri akan memupuk
kecekalan dan kesabaran.
TSKY nilai murni seperti ketabahan,
Nilai-nilai murni ini penting
untuk mengelakkan putus asa dalam pembelajaran.

KEPA
Misalnya, jika pembicaraan batin seseorang pelajar yang
cekal mengatakan bahawa “Aku mesti selesaikan
masalah ini!” maka, otaknya akan dikerahkan untuk
mencari jalan penyelesaian dan seterusnya
menyumbang
menyelesaikan
kepada
masalah DA tindakan
tersebut.
dia
Sebagai
untuk
contoh,
pembicaraan batin mengatakan bahawa “Aku
boleh siapkan tugasan subjek Matematik ini
walaupun
memikirkan
susah”
jalan
maka,
bagi
PEMB pelajar akan
menyiapkan tugasan tersebut
berusaha

seperti bertanyakan golongan yang lebih pakar.

ELAJA
Pembicaraan batin yang positif ini akan mendidik
pelajar menjadi seorang yang bersangka baik dan selalu
berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya
mengeluh ketika memperoleh masalah berkaitan pelajaran.
Hal ini dapat mengelakkan
ketinggalan dalam pelajaran RAN perkara seperti stress akibat
dan tidak mahu meneruskan
pembelajaran lagi. Tegasnya, pembicaraan batin amatlah

DAN
penting bagi membina jati diri seseorang pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran
dan pengajaran hingga ke menara gading.

Seterusnya, teori Vygotsky mengimplementasikan konsep pembelajaran secara


peer tutoring atau rakan sebaya sebagai guru. Konsep peer tutoring ini akan mampu
menyumbang pelbagai idea kepada golongan pelajar yang lemah dari segi pembelajaran.
Walau bagaimanapun, peer tutoring yang telah lama wujud sejak abad ke Sembilan belas ini
jarang digunakan sehinggalah abad ke 1960-an (Webb, Nemer & Ing, 2006). Pada abad ini,
peer tutoring mula digunakan secara meluas terutama di sekolah-sekolah kawasan bandar.
Tahap perkembangan kognitif pelajar adalah berbeza dan sesetengah murid mempunyai
sifat malu untuk bertanya perkara yang tidak difahami kepada guru. Maka, rakan-rakan
sebaya yang lebih mahir boleh menolong pelajar yang lemah ini supaya pengetahuan
mereka sama-sama berkembang. Keselesaan untuk berinteraksi dengan rakan sebaya ini

5.0
akan membuatkan mereka mudah untuk memahami perkara yang dibincangkan. Rakan
yang menerangkan akan dapat mengukuhkan kefahaman dan rakan yang lemah pula akan
memperoleh pengetahuan baharu.

KESIM
PULA
8

N
5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, teori Vygotsky dilihat amat membantu dalam proses pembelajaran dan
pengajaran masa kini. Guru-guru boleh menggunakan mana-mana teori berdasarkan mana-
mana tokoh yang didapati sesuai dengan tahap perkembangan seseorang murid.
Sebenarnya, guru perlu memahami setiap teori perkembangan kanak-kanak oleh setiap
tokoh. Walaupun penekanan yang diberikan oleh setiap tokoh adalah berbeza, tetapi
kesemuanya penting bagi memastikan perkembangan kanak-kanak adalah sangat baik.
Guru yang mengausai teori-teori perkembangan kanak-kanak pastinya akan dapat
mengawal keadaan kelas dengan baik. Hal ini penting bagi menarik perhatian murid supaya
fokus terhdap pembelajaran. Hal ini demikian kerana pelajaran adalah penting bagi mendidik
mereka menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru perlulah mendedahkan kepada
mereka kaedah pembelajaran yang pelbagai. Misalnya, memperkenalkan peta i-think dalam
membuat nota supaya pengetahuan dan idea yang ingin disampaikan adalah dalam
keadaan yang teratur serta mudah difahami. Pelajar yang menguasai kemahiran abad ke-21
dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk
bersaing di peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015).

9
6.0
RUJU
6.0 RUJUKAN

Berne, E. (1964) Games KAN People Play: The Psychology


of Human Relationships. Grove
Press, New York.

Confrey, J., & Smith, E. (1995). Splitting, covariation, and their role in the development of
exponential functions. Journal for Research in Mathematics Education, 26(1), 66-86.

Gardner, H. (1973). The quest for mind: Piaget, Levi Strauss, and the structuralist
movement.
New York: Knopf.

Ismail, N.H., Sidek, S., & Mahbib, U.K. (2015). Faktor Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Abad Ke-21 bagi Pelajar Sains.
Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15
September 2015, p.228-238. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
2025, (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), KPM, Putrajaya, Malaysia.

Mckenzie, J. (2000). Learning to question, to wonder, to learn. Bellingham, WA: FNO Press.

Piaget (1970). Piaget’s theory. In P.H. Mussen (Eds.) Carmichael’s manual of child
psychology. New York: Wiley.

Rajendran, N. S. (2010). Teaching thinking skills at institutions of higher learning: Lesson


learned. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 18, 1- 14.

Resnick, L. B. (1982). Syntax and Semantics in Learning to Subtract. In T. P. Carpenter, J.


M.
Moser & T. A. Romberg (Eds.), Addition & Subtraction: A Cognitive Perspective (pp.
136-155). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates Pulishers.

Santrock, J.W. (2012). Topical Life-Span Development (Ed. 6). New York: McGraw-Hill.

Siti Farah Idayu Binti Madi (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Institut Perguruan Kota
Bharu.

Slavin, R. E. (2000). Educational psychology: Theory and practice (Ed. 6). Boston: Allyn &
Bacon.

Webb, N., Nemer, K., & Ing, M. (2006), Small-group reflections : Parallels between teacher
discourse and student behaviour in peer-directed groups. Journal of the Learning
Sciences, 15(1), 63-119.

10
LAMPI
RAN

Perbualan dengan pensyarah yang pakar dalam bidang kanak-kanak iaitu Dr. Ayob
bin Sukani.

Miza : Assalamualaikum dr., bolehkah saya bertanyakan beberapa soalan berkaitan teori
perkembangan kanak-kanak kepada dr. ?

Dr. Ayob : Boleh, silakan cik.

Miza : Baiklah. Soalan pertama daripada saya, teori Vygotsky tidak membahagikan
perkembangan kanak-kanak secara berperingkat umur jadi adakah teorinya sesuai bagi
semua peringkat umur.
Dr. Ayob : Ya, cik. Teori Vygotsky adalah sesuai bagi kesemua peringkat umur kerana
beliau menekankan tentang sosiobudaya yang mampu memberi pengaruh besar kepada
kognitif. Dia yakin walaupun seseorang itu sudah berpengetahuan, tetapi jika dia bersikap
peramah dan berinteraksi secara aktif dengan orang lain, dia akan dapat menambahkan
tahap kognitifnya.

Miza : Baiklah. Soalan yang kedua, teori Vygotsky telah diperkenalkan bertahun-tahun
lamanya. Adakah teori beliau masih digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 ?

Dr. Ayob : Ya, semestinya. Kita dapat melihat pelbagai usaha yang dilakukan yang boleh
dikatakan sebagai perancah. Sebagai contoh, kita telah mempelajari Taksonomi Bloom yang
telah diperkenalkan oleh Bloom. Bloom memperkenalkan enam aras pemikiran bermula
daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Soalan-soalan
KBAT yang diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah dibina
berdasarkan taksonomi Bloom. Usaha ini melahirkan murid yang berfikirran kreatfi dan kritif
dan berupaya memasuki ZPD. Pelajar yang mencapai zon itu akan dapat menyelesaikan
sebarang masalah berkaitan pelajaran. Pada awalnya, bimbingan guru akan membantu
mereka menyelesaikan soalan-soalan bertaraf tinggi ini. Lama-kelamaan, mereka akan
dapat menyelesaikan permasalahan soalan dengan sendiri. Hal ini akan diyakini akan
melahirkan ramai pelajar berualiti dari segi pendidikan.

Miza : Baiklah setakat itu sahaja. Terima kasih Dr. Ayob kerana sudi meluangkan masa
menjawab pertanyaan-pertanyaan saya.
3

Anda mungkin juga menyukai