Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan

Boneka bukanlah suatu benda asing bagi setiap orang kerana boneka merupakan salah satu
permainan tertua di dunia. Boneka dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga
boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Boneka
mempunyai ciri-ciri tersendiri mengikut tempat atau negara serta kegunaannya. Ia juga
berkembang mengikut peredaran masa. Tetapi ada juga boneka yang dikekalkan seperti asal
bentuk, corak dan fungsinya sebagai satu bentuk warisan tradisi seperti wayang kulit dan
sebagainya.

1.1 Maksud Boneka


Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang membawa maksud hidup atau
sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwanMerujuk
kepada

kamus

Dewan

Bahasa

Edisi

Ke

(sumber

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka ), boneka bermaksud anak patung, anak-anakan,


patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan
menggerakkannya. Manakala menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang.

Berdasarkan maksud yang diberi dalam bahan-bahan rujukan yang dinyatakan di atas, dapatlah
didefinisikan bahawa boneka adalah merupakan sebarang benda atau objek yang digerak atau
dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
mesej. Boneka ini dihidupkan wataknya oleh pemain sama ada dengan dialog atau tanpa dialog.

Selain itu, setiap negara mempunyai boneka yang tersendiri dengan pelbagai panggilan. Selain
itu, ia juga terdapat dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Sebagai contoh, di Malaysia,
Indonesia dan juga Thailand terkenal dengan wayang kulit. Watak-watak dalam wayang kulit
tersebut berbentuk dua dimensi dan wataknya digerak dan diberi suara oleh pak dalang yang
mengendalikannya. Di Thailand, boneka ini dipanggil sebagai Hun Krabok,

Sumber :http://www.thaiembassy.no/News/joe_louis/en_About_Thai_Puppet.html

2.0 Kegiatan Membentuk dan Membuat Boneka

Boneka adalah merupakan satu aktiviti yang terdapat dalam kegiatan membentuk dan membuat
binaan yang terkandung dalam pendidikan seni visual. Membentuk dan membuat boneka adalah
merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kreativiti dan tahap imaginasi kanak-kanak.
Boneka mempunyai sejarah pembuatan, fungsi dan kegunaannya yang tersendiri sejak zaman
berzaman. Malahan boneka juga dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik, penggunaan alatan
dan bahan yang sentiasa berubah mengikut zaman. Selain itu, boneka juga terdiri daripada
pelbagai jenis sama ada terbina dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi.

2.1 Membentuk dan membuat boneka dari Aspek Sejarah

Boneka telah mula wujud semenjak kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir
dan Cina. Pada zaman ini, boneka atau patung diperbuat daripada bahan seperti kayu, tanah liat
atau tulang binatang. Pada masa itu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk
kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.
Pada gambarajah 1, ditunjukkan beberapa contoh boneka yang tertua di Mesir dan ditemui di
makam-makam sejarah.

Patung/ boneka yang ditemui di perkuburan Egypt 2080 - 1990 SM


Sumber : http://wwwdollmuseum.blogspot.com/

Pada masa dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangat menyeramkan serta
menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untuk memilikinya.Boneka tersebut sangat kaku
dan tidak boleh digerakkan.
Pada 600 tahun sebelum masihi, pembentukan dan pembuatan boneka semakin maju apabila kaki
dan tangan boneka sudah boleh digerakkan. Walau bagaimanapun, fungsinya masih sama iaitu
untuk tujuan keagamaan dan upacara-upacara tertentu. Contohnya ialah seperti gambarajah
dibawah yang menunjukkan salah satu contoh boneka yang boleh digerakkan kaki dan tangannya
dengan menggunakan dawai ataupun benang yang telah dijumpai di sebuah pusara kanak-kanak
Rom.

Patung yang boleh digerakkan kaki dan tangannya menggunakan tali


Sumber : http://www.johnnydepp-zone.com/boards/viewtopic.php?f=103&t=50991&start=0
3

Boneka dengan kaki dan lengan yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahun
sebelum masihi.Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk keperluan
keagamaan dan ritual.
Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15 iaitu di Kota
Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boneka tersebut diperbuat daripada kayu,
lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi menggambarkan wanita di zaman itu.
Sementara di British, Perancis, Itali, dan Belanda, membuat pakaian khas mengikut daerah bagi
boneka daripada jenis yang sama. Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati.

Sumber : http://blogs.orlandoweekly.com/index.php/the-gist/culture-2-go/selection-reminderorlando-puppet-festival/
Seterusnya boneka telah menjadi alat permaianan dan di jadikan satu perusahaan . Boneka
moden dicipta dengan lebih realistik dengan mengenakan rambut dan turut menggunakan kaca
yang dijadikan mata dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup. Selain itu, boneka
yang dapat menangis dan berjalan telah dicipta pada 1710 1735.Manakala boneka yang boleh
mengerdipkan mata dan mulutnya dapat dibuka pula telah dicipta antara tahun 1925 dan 1941.
2.2 Jenis-Jenis Boneka
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka selagi
objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu
untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada
haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam
persembahan mereka. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka dalam bentuk 2 dimensi dan 3
dimensi yang telah direka oleh manusia. Contoh bagi boneka berbentuk 2 dimensi ialah watak
yang digunakan dalam wayang kulit manakala bagi boneka 3 dimensi pula adalah seperti patung
4

Barbie, patung beruang dan sebagainya. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan
ekspresi, informasi, eksplorasi, persuasi dan melayan. Berikut merupakan beberapa contoh jenisjenis boneka, antaranya ialah :

2.2.1 Boneka sarung tangan / jari

Boneka sarung tangan atau jari boleh digubah menjadi badan atau anggota boneka. Jari-jari
digunakan untuk menggerakkan watak-watak boneka yang dibina. Adakalanya kesemua jari
digunakan dan ada juga hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai fungsi dan peranan
tertentu. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat boneka jari ini biasanya lebih ringkas dan
mudah di sediakan. Antaranya ialah tutup botol, perca kain, bola ping pong dan sebagainya.
Kebanyakan boneka jari adalah berbentuk watak manusia ataupun haiwan. Di bawah merupakan
beberapa contoh boneka jari.

Sumber : http://craftandchilrenarts.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

2.2.2 Boneka tangan


Boneka tangan hampir sama dengan boneka jari. Bezanya, boneka jari digerakkan hanya oleh
jari-jari sahaja, tetapi boneka tangan digerakkan dengan memasukkan tangan dan sebilangan jari
tertentu ke dalam boneka tangan. Pergelangan tangan pula berfungsi untuk menghidupkan
anggota boneka dengan menggerak-gerakkannya mengikut gerakan yang sesuai dengan watak.

Bahan untuk membuat boneka ini terdiri dari bahan yang lembut, seperti kain flannel, span dan
sebagainya. Bahan untuk boneka ini juga biasanya boleh dicuci.
Boneka tangan ini biasanya berbentuk manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya . Boneka
tangan ini banyak digunakan dalam awal pendidikan kanak-kanak kerana ia menarik dan dapat
menghiburkan kanak-kanak. Selain tu, boneka jenis ini dapat melatih kanak-kanak berekspresi,
berinteraksi, dan meningkatkan proses komunikasi yang lebih cepat di kalangan mereka .

Sumber : http://craftandchilrenarts.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

2.2.3 Boneka Wayang Kulit

Boneka wayang kulit bukanlah asing bagi masyarakat asia tenggara ini khususnya negara kita
Malaysia. Ini kerana wayang kulit merupakan seni kraf tradisional berbentuk 2 dimensi yang
terdapat di negara-negara seperti Malaysia, Tahiland dan juga Indonesia. Konsep boneka wayang
kulit ialah bayang dan cahaya. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan
menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Oleh itu, biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus pula diletakkan
pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu sebagai penggerak kepada boneka tersebut.
Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin. Bahan yang
digunakan biasanya ialah kulit, kertas dan sebagainya. Contoh boneka wayang kulit ialah:

Sumber : http://wayang.wordpress.com/category/seputar-wayang/

2.2.4 Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Rupa bentuk boneka dilukis di atas
kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada anggota-anggota

tertentu yang bakal digerakkan semasa

menggunakannya. Boneka ini dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan
untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut. Watak-watak bagi boneka ini juga terdiri
dari pelabagai watak antaranya ialah manusia dan haiwan. Manakala bahan yang digunakan
untuk membuat boneka ini antaranya ialah kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

Contoh Boneka Lidi yang digunakan dalam mata pelajaran Matematik

Contoh Boneka lidi


Sumber : http://craftandchilrenarts.blogspot.com/2012/01/boneka-puppet.html

2.3.5 Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat sebagai penyokong. Tongkat tersebut
terdiri daripada kayu, rotan, buluh dan sebagainya. Watak-watak manusia, bunga dan haiwan
sering dijadikan tema dalam membina boneka ini. Boneka ini dimainkan dengan menggunakan
konsep wayang. Berikut adalah merupakan beberapa contoh boneka tongkat.

Contoh boneka tongkat


Sumber : http://craftandchilrenarts.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

2.2.6 Boneka Bertali

Boneka bertali merupakan boneka yang boleh digerak-gerakkan dengan menggunakan tali yang
disambungkan kepada anggota badan boneka. Boneka bertali ini biasanya diperbuat daripada
bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Setelah boneka dibina
lengkap dengan anggotanya, tali-tali halus akan disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh bergerak. Tali-tali ini kemudiannya ditarik untuk membolehkan anggota
badan boneka bergerak. Boneka jenis ini sangat popular di negara Barat dan Cina. Pengendali
boneka ini perlu pantas dan peka dengan pergerakan boneka bagi menghidupkan lagi pergerakan
boneka tersebut. Latihan yang berterusan dan kerap amat diperlukan untuk mendapatkan
kemahiran memainkan boneka jenis ini. Berikut merupakan contoh boneka bertali.

Contoh Boneka Bertali


Sumber : http://malay.cri.cn/781/2012/09/19/181s134469_1.htm

2.2.7 Boneka Penuh


Boneka penuh sejenis boneka 3 dimensi, di mana boneka ini mempunyai anggota yang lengkap
seperti kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Boneka-boneka penuh ini sering dijadikan sebagai
alat mainan kanak-kanak dan terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz dan warna. Ia juga
mempunyai pelbagai tema seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Bahan yang di
gunakan juga terdiri dari pelbagai bahan seperti kain, flannel, plastik dan sebagainya.
9

Contoh Boneka penuh


Sumber :http://www.mainanadik.com/1580/.html

2.3 Alat dan Bahan

Alat dan bahan untuk membuat boneka bergantung kepada jenis boneka yang hendak dihasilkan.
Contohnya seperti untuk membuat boneka jari dan tangan, bahan serta alatan yang diperlukan
adalah seperti kain, sarung tangan, gunting, jarum, benang dan sebagainya. Bahan dan alat ini
juga boleh diganti mengikut kreativiti pembuat boneka.

2.4 Teknik Pembuatan Boneka

Dalam memnghasilkan boneka, teknik pembuatan juga bergantung kepada jenis boneka yang
hendak dihasilkan. Antara teknik yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah boneka ialah
jahitan, gam, kimpalan dan skru.

2.4.1 Teknik Jahitan dan gam


Jahitan biasanya digunakan pada bahan-bahan yang lembut seperti kain, kain flannel dan
sebagainya.
Contoh jahitan dan gam untuk membuat boneka.

10

Teknik jahitan digunakan untuk mencantum

Teknik gam digunakan untuk melekatkan manik

Sumber : http://makromatutorial.blogspot.com/2010/01/tutorial-membuat-boneka-flanelbagian.html
2.4.2 Teknik kimpalan dan skru

Teknik kimpalan dan skru biasanya digunakan untuk membuat boneka yang lebih kukuh dan
diperbuat dari bahan seperti besi dan juga kayu. Teknik ini digunakan untuk mencantumkan
antara bahagian-bahagian boneka. Berikut merupakan beberapa contoh boneka yang diperbuat
menggunakan teknik kimpalan bagi sebuah pesta boneka raksaksa antarabangsa.

Contoh boneka menggunakan teknik kimpalan dan skru


Sumber : http://lihatlahsaja.blogspot.com/2012/11/festival-boneka-raksasa.html

11

2.5 Aplikasi Alat, Media dan Teknik

Sebelum meghasilkan sesebuah karya, adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang
rapi agar seseorang pengkarya tidak menghadapi masalah semasa proses meghasilkan karya
tersebut. Begitu juga dalam penghasilan boneka, beberapa perkara perlu dikenalpasti terlebih
dahulu sebelum memulakan proses membuat boneka. Antaranya ialah :

2.5.1 Membuat Lakaran Idea


Lakaran idea amat penting dalam menghasilkan sebuah boneka. Ini kerana boneka berkaitan
dengan watak-watak tertentu. Dengan adanya lakaran idea, proses menghasilkan boneka akan
lebih lancar seterusnya menghasilkan karya seperti yang diinginkan. Selain itu, lakaran idea juga
memberikan idea keseluruhan dan membantu pengkarya dalam memilih bahan, alat dan teknik
yang sesuai untuk menghasilkan boneka.

Contoh Proses Lakaran Idea :


Tajuk : Kuda Kepang

Contoh lakaran idea menghasilkan kuda kepang


Sumber : http://darlingliana.blogspot.com/2009_12_01_archive.html

2.5.2 Pemilihan Alat dan Bahan


Proses seterusnya adaah proses memilih bahan dan alat yang akan digunakan dalam
menghasilkan boneka. Bahan dan alat yang dipilih perlu mengambil beberapa faktor, antaranya
ialah :

12

a) Jenis boneka
Bahan dan alat yang digunakan untuk membuat boneka bergantung kepada jenis boneka. Jenis
yang berlainan memerlukan bahan dan alat yang berlainan.

b) Ketahanan bahan
Pemilihan bahan asas membuat boneka perlu mengambil kira ketahanan bahan tersebut. Sebagai
contoh sekiranya boneka jari dibina menggunakan kertas, ia tidak akan tahan lama berbanding
dengan boneka jari yang diperbuat daripada kain flannel.

c) Kos dan kesesuaian bahan


Pemilihan bahan juga perlu mengambil kira bahan yang mudah untuk didapati, murah, dan
mudah digunakan. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk menghasilkan sebuah boneka wayang
kulit, secara tradisinya, kulit digunakan untuk membuat boneka tersebut. Tetapi bahan tersebut
boleh digantikan dengan kertas, plastic dan juga bahan lain yang sesuai megikut kreativiti
pengkarya.

2.5.3 Pemilihan Teknik Penghasilan Boneka

Setelah proses melakar idea dan pemilihan bahan dan alat dibuat, teknik penghasilan perlu
dipilih bersesuaian dengan bahan dan alat yang telah dipilih. Teknik ini juga banyak bergantung
kepada jenis boneka yang hendak di bina. Antara teknik yang biasa digunakan dalam
penghasilan boneka ialah gam, jahitan, kimpalan dan juga skru.

2.6 Persembahan Hasil Kerja

Persembahan sesebuah hasil karya, boneka khususnya perlu mengambil kira beberapa faktor. Ini
kerana hasil karya boneka yang menarik perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a) Menepati Tema dan Tajuk
Boneka yang dihasilkan perlu menepati tema dan juga tajuk yang diberi. Ini kerana jika
kurang menepati tema atau tajuk ia akan mengurangkan tahap penilaian terhadap hasil
karya tersebut.
13

b) Kesesuaian bahan
Pemilihan bahan yang sesuai dan relevan dengan boneka yang hendak dihasilkan akan
mempengaruhi persembahan karya. Selain itu, bahan yang sesuai dengan tujuan boneka
itu dihasilkan juga perlu diambil kira.

c) Ketahanan dan Keselamatan


Ciri ketahanan dan faktor keselamatan adalah amat penting diberi perhatian dalam
penghasilan boneka. Ketahanan dan keselamatan banyak bergantung kepada bahan dan
teknik yang digunakan dalam proses penghasilan karya.

d) Gubahan Bahan Yang Menarik


Boneka yang dihasilkan dengan menggunakan kepelbagaian bahan dan dan digubah
dengan baik dan menarik sudah tentu akan menghasilkan sebuah boneka yang menarik
dan berkualiti.

e) Ketulenan
Selain itu, ketulenen dalam mengasilkan sesebuah karya amat bermakna dalam
pendidikan Seni Visual. Ini kerana sesuatu yang tulen akan mempunyai daya tarikan yang
tersendiri. Bagi boneka juga, cara watak boneka itu dimain atau dilakonkan juga akan
mempengaruhi penilaian terhadap boneka tersebut.

f) Memenuhi Prinsip Rekaan


Prinsip rekaan dalam seni mempersembahkan hasil karya boneka juga amat penting,
antaranya ialah dari aspek warna, imbangan, rentak, pergerakan, kontra dan kesatuan
yang menarik.

2.7 Proses Apresiasi

Proses apresiasi dalam kegiatan seni amat penting terutamanya kepada pelajar. Ini kerana proses
apresiasi akan melibatkan sepenuhnya deria rasa, deria sentuh dan juga deria pandang. Dalam
kegiatan membentuk dan membuat binaan khususnya membuat boneka, deria-deria tersebut akan
14

digunakan semasa membuat apresiasi. Untuk membuat apresiasi seni, seseorang perlu
mempunyai pengetahuan dalam bidang seni dari aspek perbendaharaan atau bahasa seni, prinsip
rekaan dan juga mampu berkomunikasi dengan baik untuk meluahkan apa yang difikir dan
dirasakan mengenai sesuatu hasil karya.
Antara sebab perlunya proses apresiasi ini adalah untuk :
(a)

memahami dan bertindak terhadap aspek seni;

(b)

mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan;

(c)

menghasilkan karya (produk seni);

(d)

memahami seni dan hubungannya; dan

(e)

membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Apresiasi seni membolehkan aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilainilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf lebih difahami. Ianya juga dapat
menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi
visual. Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu
hasil seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat
pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Sebagai contoh membuat apresiasi bagi boneka yang telah dibuat, penilaian dari aspek berikut
boleh dibuat:
1. Tajuk dan tema bersesuaian
2. Peralatan dan bahan yang sesuai untuk membina boneka
3. Proses stailisasi atau proses penambahbaikan agar bersesuaian dengan watak.
4. Mengikut prinsip rekaan terutamanya dari segi pemilihan warna dan padanan imej
5. Kesesuaian secara keseluruhan

3.0 Sorotan Kajian / contoh penghasilan boneka

Berikut merupakan contoh penghasilan beberapa jenis boneka yang boleh dibuat di sekolah
bersama murid-murid. Antaranya ialah boneka jari, boneka tangan dan boneka tiang.
15

3.1 Boneka jari


Boneka ini merupakan boneka yang paling mudah dan ringkas untuk dihasilkan. Ia juga boleh
dihasilkan dengan menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati. Berikut adalah contoh
boneka jari yang diperbuat dari kertas yang boleh dibuat bersama murid.

Bahan dan alat yang digunakan:


i.

Kertas lukisan

ii.

Gam

iii.

Warna krayon/pensel warna

iv.

Gunting

v.

pensel

Teknik yang digunakan :


1. Teknik gunting dan gam

Langkah-langkah Mmembuat Boneka:


Tajuk : Boneka Jari
Tema : Boneka Haiwan

Sediakan bahan dan alat

Ambil sehelai kertas, lipat menjadi dua bahagian

16

Lukis bentuk jari di atas permukaan kertas yang telah dilipat. Jadikan jari sendiri sebagai
acuan.

Lukis apa sahaja watak yang dipilih dan warnakan.

Gunting mengikut bentuk yang telah diwarna. Ini akan menghasilkan dua bentuk yang
sama seperti berikut:

17

Sapu gam pada bahagian tepi bentuk, kecuali bahagian bawah untuk memasukkan jari.

Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

Kegiatan membuat boneka jari amat sesuai dijalankan di dalam kelas kerana ia mudah dan
menyeronokkan kepada pelajar. Selain itu, boneka ini juga boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran lain seperti lakonan watak dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris.

3.2 Boneka Span

Boneka span juga amat popular disekolah kerana ia juga menggunakan bahan yang murah dan
mudah didapati selain mudah dibuat oleh murid. Berikut ialah cara untuk membina boneka span.
18

Bahan dan alat :


i.

Span

ii.

Gelang Getah

iii.

Pen

Teknik yang digunakan :


1) Ikatan dan gam

Langkah membina boneka span:


Tajuk : Boneka span
Tema : Haiwan
1) Sediakan bahan dan alat

2) Gunakan getah untuk membentuk bahagian kepala kucing

3) Gunakan getah untuk membentuk telinga kucing.

19

4) Lukiskan mata, hidung, misai dan mulut kucing.

5) Bentuk kaki kucing menggunakan getah

6) Boneka span juga boleh dihias menggunakan reben, butang dan hiasan lain.

Selain watak haiwan, boneka span juga boleh dibentuk mengikut watak buah-buahan dan juga
watak kartun. Warna span yang pelbagai dan di hiasi pula dengan pelbagai aksesori yang
mempunyai warna yang kontras akan menjadikan boneka tersebut lebih menyerlah dan menarik.

3.3 Boneka Penuh

20

Boneka orang salji merupakan contoh boneka penuh. Boneka orang salji juga mudah untuk
dibuat.

Bahan dan alatan:


a. Kain flannel ( 2 warna - warna putih dan apa sahaja warna yang disukai)
b. Kapas
c. Benang
d. Jarum
e. Gunting
f. Gam
g. Manik

Teknik :
i.

Jahitan

ii.

Gam

iii.

Ikat

Cara Membuat Boneka Salji:


Tajuk : Boneka Penuh
Tema : Orang Salji

Sediakan bahan
Kain flannel telah dipotong kepada :
Bulatan kecil dan besar (badan dan kepala)
Segiempat tepat ( Topi )

Jahit jelujur di sekeliling kedua-dua kain flannel yang telah dipotong bulat.

21

Letakkan gumpalan kapas ke atas bulatan yang telah dijelujur. Tarik kedua-dua lebihan
benang agar ia menjerut. Rujuk gambar di bawah:

Gamkan bahagian bulatan kecil (kepala) ke atas bulatan yang lebih besar ( badan).

Lipat sedikit flannel berbentuk segiempat tepat untuk membuat topi. Gamkan di atas bulatan
kecil. Pastikan bahagian berwarna putih terkeluar sedikit sebagai wajah orang salji.

Ikat bahagian atas kepala orang salji. Jika mahu lebih menarik, kain lebihan boleh digunting
menjadi berjurai.

22

Akhirnya hiasi boneka salji dengan manik untuk mata dan hidung. Ikatkan sehelai potongan
kain flannel pada bahagian leher boneka salji.

Dipotong berjurai

Ikatan kain flannel

Boneka orang salji bukan sahaja boleh dilakonkan, malahan ia juga boleh dijadikan mainan dan
juga sebagai hiasan. Warna putih yang menjadi asas kepada boneka ini akan tetap menyerlah
apabila digabungkan dengan warna-warna lain. Boneka salji yang dipaparkan di atas merupakan
asas sahaja. Sebenarnya, pembuat boneka ini boleh menggunakan kreativiti dalam menghias
boneka tersebut agar lebih menarik seperti menambahkan butang dan hiasan-hiasan lain.

4.0 Kesimpulan

Boneka merupakan salah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Ia merupakan
salah satu kemahiran yang telah sedia ada pada masyarakat dahulu dan terus berkembang maju
sehinggalah ke hari ini. Aktiviti atau kegiatan membentuk dan membuat boneka ini sebenarnya
salah satu bidang yang boleh digunakan oleh pengkarya untuk menyampaikan apa yang
23

dihasratkannya. Ini dapat dilihat dari aspek pemilihan watak, warna, jenis dan bahan yang
digunakan oleh pencipta boneka tersebut.

Boneka mempunyai kepentingan sendiri dalam dunia pendidikan seni dan visual kerana ia amat
menarik bagi pandangan seoarang kanak-kanak. Dalam bidang kurikulum misalnya, boneka
boleh digunakan dalam mana-mana mata pelajaran sebagai satu kaedah mempengaruhi kanakkanak menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian dan meredakan
tekanan semasa belajar.
Selaian itu, membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Oleh itu, perancangan rapi dan
kebolehan mengaplikasikan bahan dan alat juga perlu dikuasai terlebih dahulu untuk
mendapatkan satu penampilan watak atau boneka yang benar-benar relevan dengan apa yang
dihasratkan. Justeru itu, guru pendidikan seni khususnya dalam bidang membentuk dan membuat
boneka haruslah memainkan peranan yang penting dalam membentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi perkembangan kreativiti yang lebih
positf dan tidak terhalang

24

Rujukan :

Maksud Boneka, Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Dirujuk pada 20 Februari 2014,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka

Pergerakan tangan mesti pantas , Siti Salmiah Abd Hamid, dirujuk pada 20 Februari 2014, .
http://www.hmetro.com.my/articles/Pergerakantanganmestipantas/Article
Han Krabok Tahiland, dirujuk pada 20 Februari 2014,
http://www.thaiembassy.no/News/joe_louis/en_About_Thai_Puppet.html

Sejarah Pembuatan Boneka, dirujuk pada 20 Februari 2014,


http://wwwdollmuseum.blogspot.com/
http://www.johnnydepp-zone.com/boards/viewtopic.php?f=103&t=50991&start=0

Orlando Puppet Festival, Dirujuk pada 21 Februari 2014.


http://blogs.orlandoweekly.com/index.php/the-gist/culture-2-go/selection-reminder-orlandopuppet-festival/
Dirujuk pada 21 Februari 2014,
http://craftandchilrenarts.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

Dirujuk pada 21 Februari 2014,


http://wayang.wordpress.com/category/seputar-wayang/

Dirujuk pada 21 Februari 2014,


http://malay.cri.cn/781/2012/09/19/181s134469_1.htm

Dirujuk pada 21 Februari 2014,


http://www.mainanadik.com/1580/.html

Dirujuk pada 21 Februari 2014,


25

http://makromatutorial.blogspot.com/2010/01/tutorial-membuat-boneka-flanel-bagian.html
Dirujuk pada 21 Februari 2014,
http://lihatlahsaja.blogspot.com/2012/11/festival-boneka-raksasa.html
Dirujuk pada 25 Februari 2014,
http://darlingliana.blogspot.com/2009_12_01_archive.html

26

Anda mungkin juga menyukai