Anda di halaman 1dari 12

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

SOALAN 2 Berdasarkan rujukan dari pelbagai sumber, hasilkan satu penulisan


ilmiah (artikel jurnal akademik) yang bermutu dengan menggutarakan pandangan
anda dan disokong oleh pandangan penulis lain.

Tajuk : Membentuk kreativiti kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai


aktiviti seni .
Pengenalan.
Creativity is matter of talent there is nothing you can do about it except get
creative people
Menurut kamus dewan edisi keempat, kreativiti didefinisikan sebagai
kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan. Manakala kreativiti
kanak-kanak membawa maksud kanak-kanak yang dikenalpasti memiliki atau
menunjukkan potensi dan kebolehan intelektual dan kreativiti yang tinggi dalam
bidang akademik, kempimpinan dan kesenian. Jelasnya di sini kreativiti berkait
rapat dengan kebolehan individu dalam mencipta sesuatu yang baru dari pelbagai
bidang yang dipilih. Sesungguhnya seseorang yang dilahirkan kreatif ini adalah
secara semulajadi namun ianya juga boleh dipupuk dan dibentuk oleh ibu-bapa dan
guru.
Menurut jurnal kemanusiaan bertajuk Pemurnian Kreativiti Dalam Pendidikan
Prasekolah Sebagai Asas Pembinaan Bangsa Malaysia Yang Kreatif Satu Kupasan
Awal oleh Mohd Azhar b Abd Hamid dan Othman b A.Kassim dari Jabatan Sumber
Manusia menyatakan kreativiti amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia
mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif dan negara kreatif. Ini menjadi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk merealisasikannya. Hidup dalam
masyarakat yang pantas dan segala maklumat hanya dihujung jari, peranan guru
ditagih untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan celik IT.
Ini

disokong

Berasaskan

dalam

Komputer

jurnal

Dalam

pendidikan

Pendidikan

Seni

bertajuk

Penggunaan

Peringkat

Awal

Latihan

Kanak-Kanak

(Prasekolah) oleh Siti Zuraida bt Maaruf, Khadijah bt Said Hashim dan Syamsul
NurAzlan bt Mohamed dari Fakuliti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
1 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

Dalam jurnal ini menyatakan, menurut Konstelnik, Soderman, dan Wiren (1993)
berpendapat

bahawa

peringkat

prasekolah

adalah

masa

terbaik

untuk

perkembangan kanak-kanak di mana banyak perubahan-perubahan yang penting


berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara
struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka dengan
persekitaran fizikal dan sosial. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima
pengaruh persekitaran, sama ada positif ataupun negatif berbanding pada masamasa lain. Apabila kanak-kanak tidak diberi pengalaman yang menggalakkan pada
masa perkembangan yang terbaik ini, mereka mungkin
tidak bermotivasi dan tidak berjaya memperolehi potensi.
Ini jelas menunjukan peranan guru dan ibu-bapa dalam membentuk kreativiti
kanak-kanak untuk mencungkil potensi yang ada dalam diri mereka. Dalam hal ini,
kreativiti perlu dipupuk seawal peringkat Prasekolah. Pelbagai cara dan teknik boleh
dilakukan dalam membentuk bakat kanak-kanak. Ianya merangkumi aktiviti seni
dan kraf, bercerita, mereka cipta cerita, muzik dan boleh dilaksanakan dengan
bantuan teknologi komputer. Seperti yang sedia maklum dewasa ini teknologi
komputer digunakan dalam semua matapelajaran termasuklan seni visual dan seni
muzik. Ini boleh dipraktikkan juga dalam semua aktiviti seni.
Apa itu aktiviti seni .
Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan
kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti
seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi,
membentuk arca dan sebagainya.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan
asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan
hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam
keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi
persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri
dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan

2 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi
sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan
pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan
dan mendengar bunyi.
Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk
kanak-kanak menyampaikan perasaan, kerya dan keupayaan mereka dalam
pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya,
selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka,
mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan
mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka
berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh
digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti
seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan
perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanakkanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.
Aktiviti seni boleh dikategorikan seperti di bawah :1) Perkembangan seni dan kraf kanak-kanak. Ianya merangkumi lukisan dan
kraf termasuk aktiviti melukis garis dan bentuk, melukis dan mewarna,
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk binaan dan kraf
tradisional.
2) Mari bercerita bersama kanak-kanak yang tergolong dalam drama dan puisi.
Bercerita meggunakan boneka, buku, kad gambar bersiri, bahan maujud dan
teknik teater bercerita.
3) Reka cerita bersama kanak-kanak yang juga boleh diadaptasi dalam drama
dan puisi. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan bahan maujud, perkataan dan
bunyi, sambil bermain, buku skrap dan menyelesaikan puzzle.
4) Muzik dan perkembangan kanak-kanak yang tergolong dalam muzik,
nyanyian dan pergerakan kreatif. Aktiviti ini boleh dijalankan mengikut tema
seperti tema diri saya, nombor, haiwan dan sebagainya,

3 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

5) Bahan warisan budaya yang merangkumi menyambut perayaan di Malaysia,


mengenali pakaian masyarakat Malaysia, menghayati lagu dan muzik
tradisional, mengenali permainan dan peralatan tradisional dan kraf.
6) Persekitaran dan keindahan alam. Ianya mampu idea untuk berkarya bukan
sahaja kepada orang dewasa malah kepada kanak-kanak.
Ini merupakan antara pengertian aktiviti seni yang boleh digunaka oleh guru
bagi membentuk potensi mereka. Ianya tidak terikat malah boleh menggunakan
perisian komputer dan teknologinya bagi menghasilkan sesebuah karya seni. Ini
akan menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif. Seperti yang dinyatakan
dalam jurnal pendidikan bertajuk Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam
Pendidikan Seni Peringkat Awal Kanak-Kanak (Prasekolah) oleh Siti Zuraida bt
Maaruf, Khadijah bt Said Hashim dan Syamsul NurAzlan bt Mohamed dari Fakuliti
Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahawa teknologi komputer amat
penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Jurnal tersebut juga menyatakan
bahawa di alaf baru pembangunan globalisasi negara yang berteraskan kepada
kemajuan teknologi berasaskan komputer berhasrat bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segenap aspek boleh dilaksanakan dengan cara mengintegrasikan
penggunaan komputer dalam pendidikan bersama dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara konvensional yang sedia ada seawal peringkat Prasekolah.
Bagaimana membentuk kreativiti .
Kreativiti seseorang individu boleh dibentuk dan digilap potensinya. Terdapat
juga dilahirkan kreatif secara semula jadi. Ini adalah kurniaan Allah swt. Terdapat
beberapa cara untuk membentuk kreativiti dan memperkemaskan lagi bakat
seseorang. Antara faktor yang boleh dilakuan ialah :1) Persekitaran
Di sekolah atau rumah persekitaran memainkan peranan yang cukup penting membantu
membentuk kreativiti kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dan selesa memberi impak yang
positif kepada perkembangan kanak-kanak. Mereka akan merasa selesa untuk melakukan
aktiviti dan berani untuk meluahkan kreativiti. Persekitaran yang amat membantu kanak-kanak
membina keyakinan dan potensi diri. Hal ini penting agar anak anda boleh fokus dalam
menerokai dunia ini tanpa gangguan tetapi dengan panduan dan bimbingan dari guru dan ibu-

4 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

bapa. Ruang dan peluang diberikan kepada kanak-kanak untuk meluahkan idea tanpa rasa
takut. Ini amat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak.
2) Suasana kebersamaan
Guru atau ibu-bapa turut serta dalam melakukan aktiviti bersama kanakkanak. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk lebih kreatif. Aktiviti seperti
berkebun, melukis, menyanyi menggunakan komputer dan sebagainya dapat
digunakan oleh guru malah ibu-bapa untuk bersama kank-kanak. Minta pendapat
mereka untuk membuat keputusan seperti aktiviti berkebun apa yang perlu dibuat
untuk menyuburkan tanaman. Idea mereka mungkin dapat membantu dan secara
tidak langsung melatih mereka untuk berfikir dengan kreatif. Suasana kebersamaan
ini, bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan dengan lebih mesra malah dapat
melihat magis yang ada pada kanak-kanak ini. Kanak-kanak tidak takut atau
teragak-agak dalam meluahkan idea mereka dalam bentuk yang pelbagai seperti
lukisan, pembinaan dan sebagainya. Mereka mempunyai idea sendiri dan boleh
menyatakan kenapa sesuatu itu berlaku.
3) Soalan yang mencabar minda (menjurus ke arah KBAT)
Kaedah lain yang boleh dipraktikkan oleh guru atau ibu-bapa ialah selalu
bertanya kepada kanak-kanak dengan pelbagai soalan yang menjurus ke arah KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Ini mempu memberi rangsangan kepada kanakkanak untuk berfikir diluar kotak. Sebagai contoh, sebab dan akibat sesuatu itu
berlaku atau terjadi dan sering mengemukakan soalan yang relevan. Bagi kanakkanak ini, setiap yang terjadi pasti ada sebabnya. Dalam hal ini, setiap pendapat
atau idea kanak-kanak perlu diterima dan tidak dipersalahkan serta merta. Jika
sesuatu yang dilakukan itu salah, perlu ada penjelasan dari guru atau ibu-bapa.
Jawapan salah yang diberikan oleh kanak-kana tidak sepatutnya ditolak,sebaliknya
perlu fleksible dengan jawapan dan respons yang diberikan oleh kanak-kanak ini.
Perkara ini boleh dijadikan topik perbincangan di dalam kelas. Melalui kaedah,
kreativiti murid atau kanak-kanak boleh dibentuk dan diperkemaskan lagi. Inilah
peranan guru, ibu-bapa dan masyarakat dalam menyediakan generasi celik ilmu di
era yang mencabar ini.

5 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

Melalui aktiviti seni, elemen kreativiti juga boleh digunakan. Seni ialah
sesuatu yang universal dan subjektif. Kanak-kanak juga boleg meluahkan persaan
mereka melalui aktiviti seni. Contohnya, kesedihan dan kegembiraan boleh
diluahkan melalui lukisan. Setiap garisan yang dilukis menggambarkan sesuatu.
Begitu juga dengan warna, setiap warna yang calit di atas kertas atau kanvas
membawa maksud tersendiri. Menurut Jung (Nystul,2003) dalam artikel Terapi Seni
dan Muzik, warna boleh dikaitkan dengan presepsi dan pertimbangan. Warna merah
menggambarkan

perasaan

(berani,patriotik,

marah

dan

sebagainya),

hijau

membawa maksud sensasi, kuning pula menggambarkan gerak hati seseorang


(intuisi) dan biru memberi erti pemikiran seseorang. Jelas sekali, melalui seni kanakkanak boleh meluahkan perasaan dan kreativiti mereka. Guru atau ibu-bapa boleh
mengemukan soalan pada setiap hasil kerja mereka.
4) Kesediaan guru dan murid
Faktor ini juga memainkan peranan dalam membentuk kreativiti bermula dari
peringkatan prasekolah. Guru perlu bersedia dengan pelbagai pengetahuan untuk
memacu

kreativiti

kanak-kanak.

Peranan

ini

cukup

penting.

Kesediaan

ini

termasuklah dari aspek menyediakan bahan untuk meransang minat dan kreativiti,
persekitaran serta memberi dorongan untuk kanak-kanak ini. Ini turut dipersetujui
oleh Puan Sri Prof. Dr. Rohaty bt Mohd Mazjub, Pensyarah Fakuliti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM) dalam artikel akhbar Utusan Melayu, beliau
memberitahu

dua

perkara

yang

perlu

diutamakan

dalam

usaha

untuk

merangsangkan kreativiti kanak-kanak. Pertama, ia harus dimulakan pada peringkat


prasekolah kerana itu merupakan masa yang cukup sesuai bagi menggalakkan
pembangunan kanak-kanak. Katanya, di situlah letaknya cabaran kepada guru
mahupun pengasuh dan ibu bapa untuk menggalakkan kanak-kanak ini melalui
pengalaman

yang

membantu

mengembangkan

daya

kreativiti.

Keduanya,

kumpulan pemikir juga perlu merancang untuk membangunkan modal insan


menjelangnya Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula
peringkat prasekolah lagi.
Di sini, jelas menunjukkan bahawa kesediaan guru amat penting dalam
merangsang kreativiti kanak-kanak. Guru dan ibu-bapa perlu memberi galakkan dan

6 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

motivasi untuk kanak-kanak ini lebih cemerlang dalam bidang yang diminati oleh
mereka.
Selain itu, kesediaan murid juga menjadi faktor untuk membentuk kreativiti
mereka. Murid yang sentiasa bersedia dan dirangsang mampu memberi sesuatu
yang bermakna. Mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima
apa yang disampaikan oleh guru.
Penghalang kreativiti kanak-kanak.
Dalam membentuk potensi kanak-kanak bagi melahirkan insan yang kreatif,
masih terdapat penghalang untuk mencapai hasrat itu. Biarpun persekitaran yang
baik, suasana kebersaman dipupuk, penyoalan yang diberi berunsur KBAT serta
kesediaan guru dan murid telah diamalkan namun masih terdapat unsur-unsur
untuk menghalang keberkesanannya. Menurut Goleman, Kaufman dan Ray (1993)
menyatakan terdapat beberapa cara orang dewasa menghalang kreativiti kanakkanak. Antara yang dilihat mempengaruhi kreativiti kanak-kanak ialah:1) Sumber manusia
Stigma masyarakat terhadap dunia kreativiti. Mereka tidak menganggap
kreativiti dapat memajukan diri anak-anak. Ini turut dinyatakan oleh Puan Sri Prof.
Dr. Rohaty bt Mohd Mazjub, Pensyarah Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malayasia (UKM) dalam artikel akhbar Utusan Melayu, biasanya guru akan tertekan
dengan bebanan kurikulum akademik sehingga tidak mempunyai masa untuk
membangunkan kreativiti kanak-kanak. Tambahan pula tekanan daripada ibu-bapa
sendiri yang mengharapkan anak-anak mereka lulus cemerlang dalam bidang
akademik. Bagi ibu-bapa, prospek kejayaan anak-anak hanya dalam bidang
akademik sahaja.
Begitu juga kanak-kanak, mereka takut untuk mengambil risiko. Takut gagal
dalam pelajaran. Kurang keyakinan diri dalam membentuk potensi diri sendiri.
Gagal untuk melihat potensi mereka.
2) Sumber fizikal

7 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

Ini juga menjadi penghalang dalam membentuk kreativiti. Sumber fizikal


seperti peralatan untuk aktiviti seni tidak mencukupi, rosak dan tidak berfungsi
menjadi faktor utama kegagalan ini. Begitu juga suasana yang tidak kondusif juga
menjadi penyumbang utama. Keselesaan menjadi faktor penting dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) termasuklah aktiviti seni. Jika ini tidak diabaikan, ianya
boleh memberi kesan yang tidak baik kepada potensi kanak-kanak.
3) Persekitaran
Persekitaran juga memainkan peranan dalam menghalang kreativiti kanakkanak. Faktor tempat tinggal seseorang juga menjadi penyebab kepada kejayaan
atau kegagalan seseorang. Sebagai contoh, kawasan setinggan tidak membantu
membentukkan

kreativiti

seseorang.

Begitu

juga

dengan

sosioekonomi

seseorang. Ini juga boleh menyumbang kepada kegagalan membentuk kreativiti


seseorang. Contohnya, jika taraf ekonominya rendah, pasti masa yang terluang
akan digunakan untuk mencari duit daripada membina kreativiti dan potensi diri.
Penutup
Memupuk kreativiti sangat penting bermula dari peringkat prasekolah lagi. Ini
kerana, setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti secara semulajadi
(Ainon dan Abdullah, 2003). Oleh itu potensi ini perlu dipupuk dan dibajai. Melalui
pelbagai aktiviti seni yang ada, Guru dan ibu-bapa mempunyai pilihan untuk
melihat potensi ini terus berkembang. Seperti yang semua tahu, kanak-kanak
merupakan aset negara dan masa depan untuk agama, keluarga, bangsa dan
negara. Untuk melihat kemajuan sesebuah negara, maka lihatkan potensi kanakkanak dan anak muda mereka.
Disini, guru dan ibu-bapa memainkan peranan yang cukup penting bagi
membentuk potensi dan kreativiti kanak-kanak ini melalui pelbagai aktitiviti seni
seperti melukis, menyanyi, bercerita, merekacipta dan sebagainya. Potensi dalam
diri mereka dapat dilihat dari awal dan ianya perlu berterusan.

8 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

RUJUKAN
BUKU
Azila binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina binti Che Mustafa, Norly binti Jamil (2011).
Perkembangan Seni Dan Kraf Kanak-Kanak. Shah Alam, SELANGOR: Gerak Ilmu Sdn Bhd .
Azila binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina binti Che Mustafa, Norly binti Jamil (2011). Muzik Dan
Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam, SELANGOR: Gerak Ilmu Sdn Bhd
Azila binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina binti Che Mustafa, Norly binti Jamil (2011) Reka Cerita
Bersama Kanak-Kanak . Shah Alam, SELANGOR: Gerak Ilmu Sdn Bhd
9 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

Norly binti Jamil (2011). Mari Bercerita Bersama Kanak-Kanak. Shah Alam, SELANGOR: Gerak
Ilmu Sdn Bhd

JURNAL
Jurnal Pendidikan Norsita Ali dan Zainal Madon : Tinjauan Awal Interaksi Guru Kanak-Kanak
Dalam Pemupukan Pemikiran Kreatif Kanak-Kanak Prasekolah. Jabatan Pembangunan
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Jurnal Kemanusiaan Mohd Azhar b Abdul Hamid dan Othman b Kassim : Pemurnian
Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah Sebagai Asas Pembinaan Bangsa Malaysia
Yang Kreatif : Satu Kupasan Awal. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Jurnal Pendidikan - Siti Zuraida Bte Maaruf, Khadijah Said Hashim dan Syamsul
NurAzlan Mohamed : Penggunaan Latihan Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan
Seni Peringkat Awal
Kanak-Kanak (pra- sekolah). Fakuliti Pendidikan, UiTM Malaysia .
Jurnal Pendidikan Musli b Ton : Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak .Pusat
Pengajian OUM Sarawak.

MEDIA ELEKTRONIK
Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/
Guru memupuk kreativiti sikecil
http://www.utusanonline.com
Usaha tingkatkan kualiti prasekolah
http://www.utusanonline.com
PPPM tingkat kualiti pendidikan prasekolah
http://www.utusanonline.com
10 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

PPPM 2013-2025
http://www.moe.gov.com
membina imaginasi kreatif anak
www.keluargabaru.com
www.slideshare.net

11 Ku hafidzoh 751202-02-5140

PRA3143 KUALITI PENDIDKAN PRASEKOLAH

12 Ku hafidzoh 751202-02-5140

Anda mungkin juga menyukai