Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KOMPONEN SATU
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Tarikh : 21 Februari 2017
Masa : 11.20 pagi 12.20 tengah hari (60 Minit)
Kelas : 2M
Bilangan Murid : / 24
Modul : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Gasing (Bahagian 1)
Tema : Objek Buatan Manusia
Tajuk : Gasing Mudah

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

i. Menghasilkan gasing dengan teknik lingkaran mengikut kreativiti.


(psikomotor)
ii. Menyemai sikap ketekunan dan sabar tidak kira melakukan apa-apa perkara.
(efektif)
iii. Menguasai kemahiran melukis lingkaran gasing dan dapat mewarnakan
lingkaran tersebut dengan baik. (kognitif)

Media : Alat gunting


Bahan gambar salinan fotostat rupa bulatan pada
kertas A4, kad manila, gam, pensel pendek, dan
krayon
Bahan Bantu Mengajar : Contoh Gambar, Contoh Karya Lukisan, Carta Langkah
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melukis dan mewarna
Penerapan Nilai : Menjaga keselamatan, Kesabaran, Berdikari,
Menjaga kebersihan
KBKK : Menjana Idea, Membanding beza, Menilai

1
KOMPONEN DUA

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, warna, dan
imbangan dalam penghasilan gasing muda.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan gasing muda.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan
gasing muda.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa
seni visual yang ada pada gasing.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 bentuk konkrit
4.1.1.2 warna sekunder / tertier
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 imbangan simetri

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,
media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing mudah.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat gunting
4.2.1.2 Bahan gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, kad
manila, gam, pensel pendek, dan krayon..
4.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan
gasing mudah.
4.2.2.1 Teknik lingkaran

2
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menzahirkan idea melalui pelbagai sumber kajian
dan teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing mudah yang kreatif.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif (Murid bebas)
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan gasing mudah (Murid
memperkenalkan hasil karya)
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gasing
mudah. (Guru membuat demonstrasi)

4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual serta menghubungkait seni dengan disiplin
ilmu yang lain, kehidupan dan budaya.
4.4.1 Mempamerkan gasing mudah yang dihasilkan
4.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan gasing mudah
(Masalah yang ditemui)
4.4.3 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan. (Murid membuat
penilaian)

3
KOMPONEN TIGA

Langkah/
Pelaksanaan PdP Ilustrasi Bahan/Catatan
masa
Set 1. Murid ditanya tentang BBM: Gambar
Induksi permainan tradisional di Permainan
(5 Minit) Malaysia. Tradisional
2. Guru membimbing murid
menyatakan permainan
Teknik
tradisional di Malaysia
Mengajar: Soal
seperti gasing, congkak,
Jawab
wau dan sebagainya.
3. Murid dikaitkan set induksi
Tahap Kognitif:
dengan tajuk pelajaran hari
Kefahaman
ini adalah menghasilkan
gasing mudah.
KBKK: Menjana
Idea

(Perkemb Persepsi Estetik BBM: contoh


angan) (Pengenalan) gambar gasing
Langkah 1 1. Guru menerangkan mudah
(5 Minit) permainan gasing kepada
murid-murid. Teknik
2. Guru menunjukkan
Mengajar:
beberapa contoh gambar
Kuliah, Soal
gasing mudah kepada
Jawab,
murid.
Perbincangan
3. Guru membincangkan
bahasa seni visual yang
KBKK:
terdapat pada contoh
Mengenal pasti
gasing mudah.
maklumat

Tahap Kognitif:
Kefahaman
Langkah 2 Aplikasi Seni BBM: krayon,
(10 Minit) (Tunjuk Cara) gambar salinan
1. Guru memperkenalkan fotostat rupa

4
media yang diperlukan bulatan pada
semasa menghasilkan kertas A4
gasing mudah.
2. Guru memperkenalkan Teknik
teknik lingkaran kepada Mengajar:
murid-murid. Membuat
3. Guru berinteraksi tentang demostrasi,
bahasa seni visual: bentuk, Penerangan
warna, imbangan yang teliti
4. Guru mendemostrasikan
langkah-langkah melukis Tahap Kognitif:
corak pada gasing mudah. Kefahaman,
i) Melukis corak pada Penumpuan
salinan bulatan yang
disediakan oleh guru KBKK: Menjana
dengan krayon. Idea
ii) Menggunakan warna
yang disukai untuk
mewarnakan corak
yang dilukis.

Langkah 3 Ekspresi Kreatif BBM: gambar


(25 Minit) (Gerak Kerja) langkah
1. Guru menunjukkan penghasilan
teknik melingkar
kepada murid. Teknik
2. Murid menghasilkan Mengajar:
karya gasing mudah Demonstrasi
dengan bimbingan
guru. Nilai:
3. Guru meronda di Berdikari
dalam kelas dan
memberi tunjuk ajar. EMK:, Kreatif

5
4. Murid diberi dan Inovasi
kebebasan untuk
mengolah hasil karya KBKK: Menjana
Idea
Kemuncak Apresiasi Seni BBM: hasil
(10 Minit) (Refleksi dan Pentaksiran) kerha guru, hasil
1. Guru memberi murid satu kerja murid.
minit untuk memikir cara
membuat apresiasi seni Nilai:
tentang karya diri. -Mendengar
2. Beberapa orang murid arahan guru
menjadi sukarela untuk -Keyakinan
membuat penerangan
tentang karya sendiri Strategi:
dengan menggunakan Main Peranan
bahasa seni visual.
3. Selepas membuat
persembahan, murid
memberi penilaian tentang
persembahan tersebut.
4. Guru membuat rumusan
tentang hasil yang telah
dibuat.
Penutup 1. Murid ditanya tentang BBM: Hasil
( 5 Minit) pengalaman mereka murid
sepanjang menghasilkan
karya gasing mudah ini. Teknik
2. Guru menerapkan nilai Mengajar:
menghargai budaya Soal Jawab
tradisional yang
ditinggalkan oleh nenek Nilai:
moyang kita. Menghargai
budaya
tradisional

Anda mungkin juga menyukai