Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Seni China

Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini
termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.
Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara
unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan
dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan
perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua unsur yang
berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat
China
Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan
atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu
dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat
mengikut suatu upacara adat istiadat.
Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab
dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat
dan negara.
Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang
paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang
diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan kefahaman rakyat.
Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains
dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang
kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.
Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan, kesabaran menanggung
penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di
China.
Seni Tembikar
Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina.
Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan
perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut
tebal berbadan kecil. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam
dan berkilat. Tembikar Dinasti Zhou mempunyai lapisan glaze yang terang pada
permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze kelabu
kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.

Tembikar semasa Diasti Zhou

Seni Tembaga
Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian
tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentukbentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik tuangan
bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan
bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian
dan istiadat keagamaan

Anda mungkin juga menyukai