Anda di halaman 1dari 52

1.

0 Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran dilaksanakan untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran serta untuk mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran guru dapat memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa prinsip pentaksiran. Antaranya

Prinsip
Pentaksiran

Kumpulan Kumpulan
Instrumen Respons yang
Skor
yang
ditaksir menaksir

Terdapat banyak kaedah dan bentuk pentaksiran bagi melaksanakan proses pengujian dan
pengukuran ini mengikut kesesuaian situasi pengajaran dan pembelajaran. Bagi Pendidikan Seni
Visual saya telah membuat pentaksiran bagi keempat bidang kegiatan dalam PSV dengan
menggunakan pentaksiran autentik dan pentaksiran ‘Perfomance Based’.

1.1 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks
yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner &
Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan
atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pentaksiran autentik digunakan seperti
yang disebut oleh seperti yang disebut oleh Hills (1993) bahawa pentaksiran autentik ini meliputi
pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap
situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses
yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran
pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace (1992) pula, menjelaskan bahawa penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan
terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students).

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan
kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.


ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Carta Alir Perlaksanaan Pentaksiran Autentik dalam PSV

Merancang (Menentukan
Konstruk dan Kaedah)

Membina Instrumen (Membina


Instrumen dan Menentukan
Standard Prestasi)

Melaksanakan Pentaksiran
Autentik

Merekod

Menganalisis Data Terkumpul

Tindakan Susulan/ Tidak Ya


Bolehkah Tindakan Susulan/
Aktiviti murid
Aktiviti
menguasai?

Kemahiran
Seterusnya
1.1.1 Bidang 1 Menggambar (Lukisan dengan menggunakan Teknik Titik)

Langkah 1 Langkah 2

Pilih objek yang sesuai dan menarik. Tentukan sudut pandangan,


mengambil kira komposisi, perspektif,
ton, bentuk, ruang dan bayangan

Langkah 3

Pilih media yang sesuai dengan


pilihan kertas

Langkah 4 : Lukis lakaran kasar


objek.

Langkah 5 : Lakarkan ton nipis dan


ruang yang sesuai dengan
menggunakan teknik titik.

Langkah 6 : Gunakan teknik titik


dengan komposisi yang sesuai
untuk menunjukkan kesan cahaya,
bentuk dan ruang.
Langkah 7 : Gunakan teknik titik dengan
Langkah 8 : Peringkat memperincikan objek yang
komposisi yang sesuai untuk menunjukkan
dilukis. Perincikan bahagian-bahagian objek yang
kesan cahaya, bentuk, ruang serta
dijadikan fokus supaya membentuk jalinan, dan
bayangan. ton yang berkesan.

Hasil

Gambar Lukisan ‘Buah Pear’ yang telah siap.


1.1.1.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Borang Pemerhatian

Borang Pemerhatian

Dunia Seni Visual

SK Gopeng, Taman Gopeng Baru.

Nama : Mathivathini a/p Sarkunan


Aktiviti : Melukis dengan menggunakan teknik titik
Bidang : 1 Menggambar
Tajuk : Buah-buahan (Alam Semula Jadi)
Tahun : 5
Bil Aktiviti Ya Tidak
Psikomotor
1 Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru /
2 Murid dapat melakar gambar dengan baik. /
3 Murid dapat melukis lakaran kasar objek. /
4 Murid dapat melukis dengan menggunakan teknik titik. /
5 Murid mengambil lebih daripada masa yang ditetapkan /
6 Murid menyiapkan hasil karya. /
7 Kemasan hasil karya yang baik. /
Kognitif
8 Murid dapat menentukan sudut pandangan, mengambil kira /
komposisi, perspektif, ton, bentuk, ruang dan bayangan (Sebelum
melukis dengan menggunakan teknik titik)
9 Murid dapat menggunakan teknik titik dengan komposisi yang /
sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.
(Semasa melukis dengan menggunakan teknik titik)
10 Murid dapat memperincikan bahagian-bahagian objek yang /
dijadikan fokus supaya membentuk jalinan, dan ton yang
berkesan.
(Kemasan)
11 Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya. /
12 Teliti dan sabar semasa meyiapkan tugasan. /
13 Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara /
tersusun dan terancang
Sosial
14 Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah /
15 Murid menghormati guru yang sedang mengajar /
16 Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /
Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.1.1.2 Dapatan

Pentaksiran pemerhatian murid telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan


pembelajaran berlaku di dalam kelas.Sewaktu menjalankan aktiviti, Mathivathini telah dipantau
bagi merekodkan penguasaan kemahiran daripada aspek psikomotor, kognitif dan sosial.
Pentaksiran melalui pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan
melalui kaedah lisan dan penulisan seperti sikap, perlakuan dan amalan, amali, kemahiran
manipulatif, kemahiran sosial, kemahiran belajar, kemahiran mereka cipta dan sebagainya.

Melalui instrumen pentaksiran autentik jelas dilihat bahawa Mathivathini sememangnya


dapat menguasai kemahiran psikomotor, kognitif dan sosial dengan baik walaupun pengambilan
masa untuk menyiapkan hasil karya mengambil masa yang agak lama. Ini menunjukkan ketelitian
Mathivathini dalam menghasilkan karya dengan teknik titik secara teliti. Apabila diteliti hasil karya
Mathivathini jelas dilihat bahawa dia telah menguasai unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan
dimana dia telah mengapliksaikannya dalam karya. Sebelum melukis murid dapat menentukan
sudut pandangan, mengambil kira komposisi, perspektif, ton, bentuk, ruang dan bayangan.
Semasa melukis murid tersebut menggunakan teknik titik dengan komposisi yang sesuai untuk
menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang. Jelas sekali Mathivathini menguasai ilmu seni
dan mengapliksikannya dengann betul.

Berdasarkan rubrik pemarkahan Mathivathini akan mendapat gred A kerana dapat


menyiapkan karya yang mengikut tema dan penggunaan bahan media yang sesuai. Kemahiran
yang sangat kreatif dengan menggunakan teknik yang betul serta mempunyai kekemasan dalam
hasil karya. Markah yang diberikan adalah 82 kerana menepati kriterian dalam rubrik
pemarkahan.
1.1.2 Bidang 2 Corak dan Rekaan (Renjisan)

Langkah 1 Langkah 2

Pilih satu konsep yang sesuai dan Meneroka dahulu di laman maya
menarik berdasarkan tema/tajuk yang tentang teknik renjisan yang kreatif
dipilh. dan mendapatkan idea.

Langkah 3

Pilih media yang sesuai dengan


pilihan kertas

Langkah 4 : Cetak satu gambar


yang sesuai berdasarkan
konsep lalu potong bahagian
gambar tersebut dengan pisau
dengan berhati-hati.

Langkah 5 : Letakkan gambar yang


dipotong bahagian dalamnya
diletakkan di atas kertas lukisan
dan sediakan media untuk renjisan
dan percikan.

Langkah 6 : Celupkan berus


gigi di dalam warna yang
telah dibancuh.
Langkah 7 : Percikkan warna di
Langkah 8 : Ulang langkah 6 dan
atas kertas lukisan.
7 dengan menggunakan warna
yang harmoni.

Langkah 10 : Buat alas untuk Langkah 9 : Angkat kertas yang


penanda buku dengan dipotong tersebut dan
menggunakan kadbod yang mengeringkannya.
sesuai.
Langkah 11 : Potong gambar Langkah 12 : Membuat lubang
yang wujud dan melekatkannya di atas penanda buku lalu
di atas penanda buku dan mengikatkannya dengan
menghiaskannya. riben.

Langkah 13 : Tuliskan
Hasil yang telah siap. sebarang nota tentang konsep
penanda buku yang dibuat.
1.1.2.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Borang Soal Selidik

Borang Soal Selidik

Dunia Seni Visual

SK Gopeng, Taman Gopeng Baru.

Nama : Fatin Dalila binti Zainuddin


Aktiviti : Tidak Terancang – Renjisan dan Percikan
Bidang : 2 Membuat Corak dan Rekaan
Tajuk : Penanda Buku
Tahun : 3
Bil Aktiviti 1 2 3 4 5
Psikomotor
1 Murid membawa media dan bahan yang /
diarahkan oleh guru
2 Murid dapat menghasilkan karya dengan /
menggunakan teknik renjisan
3 Murid dapat merenjis menggunakan alat /
4 Murid dapat menggunakan alat yang tajam /
dengan selamat
5 Murid menggunakan masa dengan padat /
6 Murid menyiapkan hasil karya. /
7 Kemasan hasil karya yang baik. /
Kognitif
8 Murid dapat mengenal, memahami dan /
menyatakan Bahasa seni visual yang ada
pada corak teknik renjisan dan percikan.
Unsur Seni
Jalinan – tampak
Warna –Primer atau sekunder
Prinsip Rekaan
Harmoni – warna atau jalinan
Kepelbagaian – warna
9 Murid dapat mengetahui dan memahami /
Bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik
renjisan dan percikan.
1.Mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media
Alat – berus lukisan, palet, berus gigi, pisau
dan alatan lain yang sesuai
Bahan – Kertas lukisan dan cat poster
2. Mengetahui penggunaan media serta
proses dan teknik dalam penghasilan lukisan
Teknik – renjisan dan percikan
10 Murid menghasilkan karya dengan idea /
mereka yang baharu.
Sosial
11 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan /
dan kefahaman Bahasa seni visual, media
serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
1.Memilih dan memanipulasi bahan secara
kreatif
2.Menggunakan Bahasa seni visual dalam
penghasilan karya
3.Mengaplikasikan proses dan teknik yang
sesuai dalam penghasilan corak teknik
renjisan dan percikan.
12 Murid dapat membuat apresiasi terhadap /
karya sendiri dan rakan dengan menumpukan
pada aspek Bahasa seni visual
1.Mempamerkan karya yang dihasilkan’
2.Menghargai dan menceritakan karya sendiri
dan rakan secara lisan

1- Lemah
2- Kurang Memuaskan
3- Memuaskan
4- Baik
5- Cemerlang
Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.1.2.2 Dapatan

Pentaksiran dengan menggunakan instrumen boring soal selidik dilaksanakan. Murid


bernama Fatin Dalila telah menghasilkan karya penanda buku dengan menggunakan hasil
renjisan dan percikan. Guru telah menilai murid tersebut sebelum, semasa dan selepas
penghasilan karya bagi merekodkan penguasaan kemahiran daripada aspek psikomotor, kognitif
dan sosial. Didapati Fatin menghasilkan karyanya dengan cemerlang mengikut rubrik
pemarkahan yang ditetapkan. Berdasarkan kriteria pemarkahan murid perlu menghasilkan karya
yang mengikut tema iaitu objek buatan manusia (penanda buku) dan penggunaan bahan media
yang sesuai. Kemahiran yang sangat kreatif dengan menggunakan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan dalam hasil karya. Markah yang diberikan adalah dalam gred A bagi
Fatin Dalila.

Fatin Dalila telah mengenal, memahami dan menyatakan Bahasa seni visual yang ada
pada corak teknik renjisan dan percikan berdasarkan unsuru seni jalinan – tampak dan warna –
primer atau sekunder sebelum memulakan aktiviti renjisan dan percikan. Di samping itu, Fatin
telah menaplikasikan prinsip rekaan dari segi harmoni antara warna primer dan sekunder berserta
mempelbagaikan warna mengikut kesesuaian hasil karyanya. Dari segi psikomotor dan kognitif
Fatin mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik renjisan dan percikan. Fatin mengenal dan menyatakan jenis-jenis
media yang hendak digunakan untuk penghasilan karyanya. Alat seperti berus lukisan, palet,
berus gigi, pisau dan alatan lain yang sesuai berserta bahan kertas lukisan dan cat poster
dibawanya ke sekolah. Kesungguhan Fatin dapat dilihat dalam aspek ini. Idea Fatin juga
merupakan idea yang berbeza daripada rakannya dimana murid-murid lain menghasilkan karya
renjisan tanpa ada sebarang corak mahupun tema mereka sendiri. Tetapi, Fatin telah memilih
tema penanda buku khas untuk ‘Women day special’ dan menghasilkan karya yang begitu
memikat hati.

Di samping itu, Fatin dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya dengan memanipulasikan bahan
secara kreatif. Berus gigi dan berus cat warna air digunakan dengan betul untuk menghasilkan
renjisan yang halus dan kepelbagaian warna yang harmoni. Selepas karya corak dan rekaan
dihasilkan maka Fatin telah menjadikannya sebagai penanda buku. Untuk menilai murid ini dari
segi sosial guru meminta murid untuk karya yang dihasilkan dengan menghargai dan
menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan. Guru memberi markah berdasarkan
pembentangannya tentang hasil karyanya.
1.1.3 Bidang 3 Membentuk dan Membuat Binaan (Menghasilkan Topeng Muka)

Fasa 1

Langkah 1 – tiup belon sebesar bentuk Langkah 2 – Koyakkan surat khabar lama
muka murid-murid. menjadi cebisan kecil lalu merendam di
dalam air dalam bekas buat sementara
waktu.

Langkah 4 –Letakkan gam di atas tampalan Langkah 3 – Tampalkan cebisan surat


tersebut. khabar lama di atas separuh belon.
Langkah 5 – Ulang langkah 3 dan 4 Langkah 6 – Keringkannya.
sehingga kertas yang ditampal setebal 4
mm.

Fasa 2

Langkah 1 – Pecahkan belon dan keluarkan Langkah 2 – potong mata dan hidung
bentuk muka yang dibuat. dengan menekankan aspek simetri.
Langkah 4 – Tebuk lubang di tepi topeng Langkah 3 – Warnakan topeng muka

muka lalu ikat tali di kedua-dua belah. dengan kreativiti

Hasil
1.1.3.1 Pentaksiran dengan menggunakan instrumen Rekod Anekdot
Borang Rekod Anekdot
Nama murid : Hasrshini a/p Visvanathan
Sekolah : SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
Tarikh : 22 Feb 2018
Masa : 10.00 pagi-11.00 pagi
Kelas :2
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Ulasan Guru :

Murid menghasilkan asas topeng muka dengan menggunakan cebisan surat


khabar lama. Murid dapat meniup belon dan meletakkan gam di atas belon lalu
melekatkan cebisan surat khabar lama sebanyak 5 lapisan lalu
mengeringkannya. Murid dapat menyatakan rupa, bentuk topeng muka yang
akan dihasilkannya. Di samping itu, murid dapat menyatakan prinsip rekaan
imbangan simetri yang sepatutnya perlu ada pada suatu topeng muka yang
bakal dihasilkan. Tetapi, asas topeng yang dihasilkan kurang dari segi simetri.
Tindakan Guru :

Guru membimbing untuk menghasilkan asas topeng muka secara betul dan kuat.
Guru memastikan proses penghasilan topeng muka yang mempunyai jalinan
sentuh mempunyai aspek unsur seni dan prinsip rekaan yang sesuai. Guru
meminta untuk membuat kerja rumah dengan mencari gambar topeng muka
haiwan yang bakal dihasilkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................... ..................................
( ) ( )
Guru Pendidikan Seni Visual Guru Panitia PSV
Borang Rekod Anekdot
Nama murid : Hasrshini a/p Visvanathan
Sekolah : SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
Tarikh : 25 Feb 2018
Masa : 11.00 pagi-12.00 pagi
Kelas :2
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Ulasan Guru :

Murid membawa asas topeng muka yang telah kering berserta gambar haiwan
yang akan dihasilkan. Murid diminta untuk menggunakan warna sekunder atau
tertier. Murid mengenal warna sekunder dan tertier dengan betul. Di samping itu,
murid dapat memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif dengan
mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan karya.
Semasa perlaksanaan apresiasi seni murid dapat menggayakan topeng muka
yang dihasilkan sendiri. Murid ini juga didapati menghargai dan menceritakan
karya sendiri dan rakan secara lisan. Apabila rakan lain memberi kritikan tentang
hasil karyanya murid ini mendengar dengan teliti dan ingin memperbaikinya.

Tindakan Guru :
Guru memberikan pujian kepada murid tersebut atas kesungguhan murid
tersebut menghasilkan karyanya. Guru mempamerkan hasil karya murid ini di
sudut pameran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................... ..................................
( ) ( )
Guru Pendidikan Seni Visual Guru Panitia PSV
Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.1.3.2 Dapatan

Karya murid Harshini amat menarik berdasrkan pengolahan idea yang kreatif berdasarkan unsur
seni dan prinsip rekaan yang telah ditetapkan. Unsur seni yang ditetapakan adalah

Rupa – organik atau geometri atau gabungan rupa

Bentuk – konkrit

Warna – Sekunder atau tertier

Jalinan – tampak dan sentuh

Murid ini dapat mengikuti unsur seni yang ditetapkan. Warna jingga (warna sekunder) digunakan
jelas menunjukkan murid ini mengenal unsur-unsur seni dengan betul dan dapat
mengaplikasikannya dalam menghasilkan karyanya. Di samping itu, murid ini mengenal bahawa
penghasilan topeng muka semestinya imbang dari segi simetri. Tetapi, disebabkan ini kali
pertama murid ini menghasilkan karya yang mempunyai jalinan sentuh maka karyanya kurnag
dari segi simetri.

Dari segi sosial murid ini dapat mengayakkan topeng hasilnya di hadapan kelas dengan berani
dan bersifat terbuka untuk menerima komen daripada kawan-kawannya. Murid ini juga berkongsi
ideanya kepada kawan-kawannya apabila proses perlaksanaan hasil karya ini. Sikap bertolak
ansur dan bekerjasama antara rakan sekelas jelas kelihatan.

Psikomotor murid ini sememangnya bagus. Hal ini kerana murid dapat memanipulasikan alatan
dan bahan sepanjang proses penghasilan hasil karya dengan teliti. Murid dapat memotong
bahagian mata dengan menggunakan pisau secara selamat dan diawasi oleh guru.

Murid ini boleh diberikan markah 78 iaitu dalam Gred B ( Baik ) kerana menepati kriteria hasil
karya yang mengikut tema dan menggunakan bahan media yang sesuai serta murid mempunyai
kemahiran dan penggunaan teknik yang betul serta mempunyai kekemasan yang baik.
1.1.4 Bidang 4 Mengenal Kraf Tradisional (Ukiran)

Langkah 1 : Ratakan dahulu Langkah 2 : Lukiskan bentuk


sabun dengan pisau motif yang diukir di atas sabun

Langkah 4 : Ukir dengan Langkah 3 : Ukirkan dengan


berhati-hati di lapisan yang menggunakan pisau kecil.
kedua.
Hasil
1.1.4.1 Pentaksiran dengan menggunakan instrumen Rekod Anekdot

Borang Anekdot

Nama murid : Aiman Zulkifli bin Rohisham


Sekolah : SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
Tarikh : 27 Feb 2018
Masa : 11.00pg-12.00 tgh
Kelas : 4 Intan
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual
Ulasan Guru :
Murid dapat menghasilkan ukiran di atas sabun dengan ideanya tersendiri. Murid
dapat menggunakan pisau dengan selamat untuk meratakan sabun serta
mengukir sabun tersebut dengan menggunakan pisau kecil. Murid dapat membuat
ukiran dengan menggunakan motif bunga. Murid dapat menggayakkan hasil
kerjanya di hadapan kelas dan mampu menceritakan lebih lanjut dengan
menggunakan bahasa seni visual yang betul.

Tindakan Guru :
Guru mengawasi keselamatan murid apabila menggunakan pisau. Guru memberi
pujian kepada murid tersebut atas hasil karyanya yang kemas dan kesungguhan
yang ditunjukkan semasa penghasilan karya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................... ..................................
( ) ( )
Guru Pendidikan Seni Visual Guru Panitia PSV
Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.1.4.2 Dapatan

Aiman murid Tahun 4 menunjukkan kesungguhan yang tinggi apabila menghasilkan hasil
karya ukiran pewangi kereta dengan menggunakan sabun. Aiman dapat mengenal, memahami
dan menyatakan Bahasa seni visual yang ada pada ukiran. Hal ini jelas ditunjukkan hasil kerja
yang dihasilkan menepati unsur seni

Garisan – tebal dan nipis

Jalinan - sentuh

Bentuk – konkrit

Serta prinsip rekaan dari aspek kesatuan yang berunsurkan – motif berserta imbangan
yang tidak simetri. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan Bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan ukiran. Aiman telah menyediakan alat dan bahan yang betul
dan diminta untuk menghasilkan karya ukiran yang sesuai.

Alat – pensel, pembaris, pen mata bola atau pencungkil gigi atau alatan lain yang sesuai

Bahan – sabun buku atau bahan lain yang sesuai

Di samping itu, murid ini telah membuat kerja rumah dengan mencari contoh karya ukiran di
laman web.

Dari segi psikomotor murid ini dapat menghasilkan karya berdasarkan unsur seni dan
prinsip rekaan. Murid dapat melakar motif di atas sabun. Dan mengukir dengan menggunakan
pisau kecil. Dari aspek sosial, Aiman berani menceritakan hasil karyanya di hadapan kelas
semasa sesi apreasiasi seni. Murid ini dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
dengan menumpukan pada aspek Bahasa seni visual serta menghubung kait seni dengan disiplin
ilmu yang lain, kehidupan, sejarah seni dan budaya.

Hasil karya murid ini menepati rubrik pemarkahan gred A dimana penghasilan karya ini
yang mengikut tema dan penggunaan bahan media yang sesuai. Kemahiran yang sangat kreatif
dengan menggunakan teknik yang betul serta mempunyai kekemasan dalam hasil karya.
1.2 Pentaksiran ‘Perfomance Based’
Pentaksiran “Performance Based” ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid
dalam sesuatu aktiviti dijalankan. Kaedah ini memerlukan pelajar untuk menggunakan
pengetahuan secara bermakna serta memerlukan mereka mahir dalam pelbagai kemahiran.
Sebagai contohnya penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
berfikir secara kritis. Kaedah ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk membaiki
serta membuat penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Antara jenis pentaksiran “Performance Based” ialah
melalui portfolio, kaedah pentaksiran berpusat serta mengukur berdasarkan keupayaan.
1.2.1 Bidang 1 Menggambar (Catan Rumah Saya)

Lakarkan rumah Lakarkan pokok

Warnakan Pokok Warnakan Latar Belakang

Warnakan Rumah mengikut Hasil kerja yang sduah siap


Kreativiti
1.2.1.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Pemerhatian Hasil Kerja

Hasil Kerja Murid bernama Gabrilia

Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.2.1.2 Dapatan

Murid bernama Gabrilia murid Tahun 2 telah menghasilkan karya catan bertajuk Rumah
Saya dengan menggunakan media air. Murid ini telah menghasilkan karya yang mempunyai Gred
B kerana berjaya menghasilkan karya yang mengikut tema Objek Buatan Manusia dan
menggunakan bahan media yang sesuai. Mempunyai kemahiran dan penggunaan teknik yang
betul serta mempunyai kekemasan yang baik. Murid ini menghasilkan dengan menggunakan
unsur seni yang sesuai seperti jalinan yang tampak bukan sentuh. Warna yang digunakan untuk
menghasilkan karya ada dua iaitu warna panas dan sejuk. Dan didapati murid ini dapat
mengaplikasikan prinsip rekaan kesatuan dari segi komposisi bahan dalam hasil karya.

Di samping itu, Gabrilia dapat menunjukkan ideanya secara kreatif dengan melukis
gambar rumahnya dengan pandangannya sendiri. Gambar yang dilukisnya mempunyai geometri
seperti segi tiga, segi empat tepat dan sebagainya. Selain itu, jika dilihat berasaskan karya murid
ini didapati murid ini dapat memanipulasikan bahan dan alat untuk menghasilkan catan. Berserta
dapat dilihat murid ini tahu menggunakan teknik basah atas kering semasa menghasilkan karya
ini. Tetapi, terdapat kekurangan dalam hasil karya murid ini. Murid ini belum dapat menguasai
teknik mencatan dengan menggunakan ton warna pada hasil karya untuk menunjukkan ruang
dalam dan ruang luar.
1.2.2 Bidang 2 Membuat Corak dan Rekaan

Sapukan cat poster pada keratin


Capkan secara berselang-seli
batang saderi

Ulangi langkah 1 da 2 dengan warna


Hasil Karya
berbeza

Contoh hasil rekaan


1.2.2.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Pemerhatian Hasil Kerja

Hasil Kerja Karya Murid bernama Sarvin


Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.2.2.2 Dapatan

Hasil kerja murid bernama Sarvin menghasilkan corak terancang dengan menggunakan
daun saderi secara berselang seli menunjukkan bahawa dia memahami konsep bidang corak
dan rekaan dengan lebih jelas. Murid ini manapliksikan prinsip rekaan kontra warna dengan
menggunakan warna merah dan hijau. Susunan motif corak juga berbentuk organik kerana
ideanya menggunakan daun saderi untuk menghasilkan corak dan rekaan.

Murid juga didapati memanipulasikan alat dan bahan dengan lebih baik. Hal ini dapat
dilihat apabila murid menggunakan warna secara pekat dan kejeleketan warna tersebut sesuai
untuk membuat corak dan rekaan. Selepas menghasilkan corak murid tersebut mereka bentuk
muka depan kalender yang baru bagi tahun 2018. Maka, apabila dikaji dengan berasaskan rubik
pemarkahan hasil karya yang mengikut tema objek buatan manusia dan menggunakan bahan
media yang sesuai. Murid ini mempunyai kemahiran membuat corak dan rekaan dengan
penggunaan teknik yang betul serta mempunyai kekemasan yang baik. Gred B yang mempunyai
markah dalam lingkungan 60-79 diberikan untuk menghargai hasil karya yang diberikan.
1.2.3 Bidang 3 Membentuk dan Membuat Binaan (Model Rumah)

Bahan dan alatan bagi


menghasilkan model rumah Lekatkan template rumah di atas
disediakan kad kotak

Potong jendela dan pintu rumah


Hiaskan bahagian rumah dengan
pada template model rumah
kreativiti masing-masing
dengan menggunakan pisau

Gunting model rumah seperti di


atas
Lipatkan model template untuk Lekatkan bahagian yang perlu
menghasilkan model rumah dengan ‘Double Sided Tape’

Lipatkan kertas warna merah


Hasil Kerja yang sudah siap. untuk membuat bumbung.
1.2.3.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Pemerhatian Hasil Kerja
Borang Pemerhatian Hasil Kerja
Dunia Seni Visual
Nama : Bah Adam a/l Bah Musa
Tahun : 3 Pkhas
Tajuk : Projek Model Rumah

Bil Aktiviti Ya Tidak


1. /

Bahan dan alatan bagi menghasilkan model rumah disediakan

2. /

Lekatkan template rumah di atas kad kotak


3. /

Hiaskan bahagian rumah dengan kreativiti masing-masing


4. /

Potong jendela dan pintu rumah pada template model rumah dengan
menggunakan pisau
5. /

Gunting model rumah seperti di atas


6. /

Lipatkan model template untuk menghasilkan model rumah


7. /

Lekatkan bahagian yang perlu dengan ‘Double Sided Tape’


8. /

Lipatkan kertas warna merah untuk membuat bumbung.


9. /

Hasil kerja yang sudah siap


Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.2.3.2 Dapatan

Bah Adam dapat menghasilkan model rumah dengan teliti dan cantik. Bentuk model yang
dihasilkan mempunyai unsuru seni bentuk konkrit dan imbangan simetri bagi menunjukkan
ketahanan sebuah rumah. Murid ini menghias model rumah dengan teliti mengikut warna yang
sesuai mengikut pengetahuan sedia ada. Apabila diteliti hasil kerja murid ini kita dapat menilai
kesabaran dan ketekunan murid ini menghasilkan model rumah secara teliti. Murid ini mengambil
masa yang lama untuk menyiapkan model rumah ini kerana murid ini mengambil masa yang lama
untuk menghias dan mengguntuing kad board yang keras. Kita dapat melihat di sini bahawa murid
ini menghadapi masalah apabila menggunting kad board dengan gunting kerana keras. Oleh itu,
potongan kad board tidak begitu kemas. Idea murid ini pelbagai kerana guru hanya meminta
untuk menghasilkan model rumah. Tetapai, murid ini telah membuat sebuah tapak berserta
kereta untuk menunjukkan model rumah yang diimpikan. Kreativiti murid diserlahkan apabila
diminta memanipulasikan bahan dan alatan dengan selamat. Mengikut rubrik pemarkahan
holistik murid ini layak diberi markah gred A kerana menepati kriteria penghasilan karya yang
mengikut tema Model Rumah dan penggunaan bahan media bahan kitar semula yang sesuai.
Kemahiran yang sangat kreatif dengan menggunakan teknik yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
1.2.4 Bidang 4 Mengenal Kraf Tangan (Bakul Anyaman)

Menyediakan alat dan bahan


yang diperlukan Meletakkan hot glue untuk
melekatkkan straw

Melipat surat khabar lama Meletakkan hot glue untuk


panjang seperti di gambar melekatkkan straw seperti di
dalam gambar

Menggunting surat khabar lama


panjang seperti di gambar Menganyam potongan surat
khabar lama di antara straw
Inilah cara menganyam dengan
betul. Buat 5 template straw
anyaman lalu menggabungkan
seperti di atas

Hasil kerja yang sudah siap.

1.2.4.1 Pentaksiran dengan menggunakan Instrumen Pemerhatian Hasil Kerja

Hasil Kerja Murid Bernama Yuswadi (3 Tiong Pkhas)


Rubrik pemarkahan secara holistik

Gred Markah Takrif Kriteria Keputusan


A 80-100 Cemerlang Penghasilan karya yang mengikut
tema dan penggunaan bahan media Lulus
yang sesuai. Kemahiran yang sangat
kreatif dengan menggunakan teknik
yang betul serta mempunyai
kekemasan dalam hasil karya.
B 60-79 Baik Hasil karya yang mengikut tema dan
menggunakan bahan media yang
sesuai. Mempunyai kemahiran dan
penggunaan teknik yang betul serta
mempunyai kekemasan yang baik.
C 40-59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang
memuaskan. Teknik yang betul.
D 20-39 Kurang Kemahiran dan teknik penggunaan
Memuaskan yang kurang memuaskan. Penghasilan Gagal
karya yang kurang memenuhi
kehendak.
E 0-19 Lemah Kemahiran dan teknik penghasilan
yang lemah. Penghasilan karya yang
perlu diperbaiki.
1.2.4.2 Dapatan

Hasil kerja murid bernama Yuswadi ini cemerlang dan layak mendapat Gred A kerana
menepati penghasilan karya yang mengikut tema iatu tema projek bakul anyaman dan
penggunaan bahan media iaitu bahan kitar semula yang sesuai. Kemahiran murid ini kreatif dari
segi penghasilan bakul anyaman dengan menggunakan straw sebagai template dengan
menggunakan teknik anyaman yang betul serta mempunyai kekemasan dalam hasil karya yang
dihasilkan. Murid ini dapat menunjukkan unsur seni visual melalui hasil karyanya. Hasil karyanya
mempunyai unsur seni jalinan sentuh. Ritma dan pergerakan berselang seliyang merupakan
salah satu aspek prinsip rekaan juga digunakan dalam penghasilan hasil karya murid.

Melalui hasil karya murid ini kita dapat melihat bahawa murid ini dapat mengeluarkan idea
secara kreatif dengan menggunakan bahan kitar semula. Sikap menghargai alam sekitar dapat
dilihat dalam diri murid ini. Di samping itu, hasil karya murid ini menunjukkan bahawa murid ini
mempunyai sikap yang sabar dalam menghasilkan sesuatu.

Psikomotor murid ini juga bagus kerana murid ini dapat menggunakan alat seperti ‘Hot
Glue Gun’ untuk melekatkan straw dengan pengawasan guru. Di samping itu, murid ini dapat
memanipulsikan alat dan bahan dengan lebih baik apabila diteliti hasil karya. Maka, murid ini
layak mendapat gred A kerana hasil karyanya menunjukkan ciri-ciri yang menepati kriteria
tersebut.
2.0 Tugasan 2 Hasilkan satu penulisan reflektif yang menghuraikan perbandingan mana-
mana dua jenis pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual. (700 perkataan)

2.1 Pengenalan

Pembelajaran Pendidikan Seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi
menghargai dan mendiskriminasi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi
keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang mengkehendaki seseorang itu
berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Di samping keupayaan ini, menerusi Pendidikan
Seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai
bidang kemahiran. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk
mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.

Melalui Pendidikan Seni Visual juga, murid-murid diberikan pengalaman seterusnya dapat
membantu murid untuk membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali kekuatan diri.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Selain itu, murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman dan hasil kerja mereka
supaya murid dapat menganalisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajaran sebelumnya.

Sejauh manakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan


memupuk nilai tersebut dapat dicapai? Sejauh manakah pencapaian dan berkesannya
pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab segala persoalan ini, satu proses
penilaian perlu dilaksanakan. Penilaian Pendidikan Seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk
membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah.
2.2 Pentaksiran Auntentik

Pentaksiran autentik bererti menilai pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Ia meliputi pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Menurut Rudner & Boston,
(1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam
konteks atau realiti yang bermakna.

Antara ciri-ciri pentaksiran autentik ialah:

 Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.


 Kayu ukur keberkesanan melalui aktiviti melakukannya.
 Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
 Subjek membina maksud yang tersirat.
 Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik yang boleh dilaksanakan adalah

 Persembahan tarian
 Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
 Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau
Art show ( pertunjukan Seni)
 Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
2.3 Pentaksiran “Perfomance Based”

Manakala Pentasiran Performaced Based ialah proses pentaksiran yang menggunakan subjek
penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar
menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan
pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan
kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan
pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:

1. Portfolio (dapatan hasil kerja)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.
Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya.

2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian
masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3. Mengukur berdasarkan keupayaan.

Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

- Bahan penulisan
- Persembahan /Hasil karya Murid
- Gerak kerja projek
2.4 Perbandingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran “Perfomance Based”

Autentik “Performance Based”

Definisi mengevaluasi pengetahuan proses yang menggunakan


atau keahlian pelajar dalam subjek penglibatan murid dalam
konteks yang mendekati sesuatu aktiviti yang dijalankan.
dunia sebenar atau
kehidupan nyata sedekat
mungkin.
Tujuan Mereflek tahap Merangsang pelajar
pembelajaran pelajar, menggunakan kombinasi
kejayaan, motivasi dan kemahiran, pengetahuan,
sikap pada aktiviti yang kemampuan yang ada dalam
releven. dunia sebenar.

Jenis/ I. Eksperimen I. Portfolio


kategori II. Temu bual II. Kaedah pentaksiran
III. Pemerhatian guru berpusat
III. Mengukur berdasarkan
keupayaan
Masa Selepas pembelajaran Semasa pembelajaran

Pentaksiran berasaskan autentik dan ‘Perfomance Based’ ini digunakan untuk menilai
tahap pencapaian murid dalam penghasilan hasil karya. Aktiviti penilaian yang dilaksanakan
adalah untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Pentaksiran yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat digunakan untuk merancang,
melaksanakan tindakan susulan untuk memperbaiki PdP dan pencapaian murid-murid. Di
samping itu, kedua-dua penilaian ini berbentuk formatif yang berterusan untuk mengesan
kemajuan murid dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, melalui kaedah pentaksiran berdasarkan autentik mahupun ‘Perfomance


Based’, dapatlah kita mengesan masalah yang terdapat dengan murid-murid kita. Hal ini kerana
bukan semua murid memiliki pekembangan dan kemajuan yang sama memandangkan murid ini
datang daripada latar dan pendidikan yang berbeza-beza. Oleh itu, kesediaan guru amatlah
penting dalam menggembleng tenaga bagi memotivasikan murid supaya mengubah sikap negatif
kepada yang lebih baik. Keadaan ini akan mendatangkan impak berguna kepada pengajaran
guru dan pembelajaran murid itu sendiri.
3.0 Bibliografi

Hamid, M. J. (2008). Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam Belajar.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Seni Visual Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual


Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Seni Visual Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual


Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Seni Visual Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual


Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Seni Visual Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual


Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai