Anda di halaman 1dari 21

TAJUK 5

PENGURUSAN BILIK PSV, HASIL KERJA MURID DAN


PERANAN APRESIASI

SINOPSIS

Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan


pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid
untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-
murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu
digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan
bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan
guru.Tajuk ini juga memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan
pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai
kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan
barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik


seni yang baik
2. Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat
dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab
3. Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat
dan bahan bantu serta rekod stok inventori.
4. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti apresiasi seni visual yang
dilaksanakan
KERANGKA TAJUK

Pengurusan Bilik, Peranan Apresiasi Dan Hasil


Kerja Murid

Susun Atur Panduan Etika dan


Inventori Penyimpanan
Bilik PSV Keselamatan Tanggungjawab

Konsep Apresiasi KBSR/ Pendekatan Apresiasi


KSSR KBSR/ KSSR

KANDUNGAN ISI

Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid

Susun Atur Bilik PSV

Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan tempat
di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik Pendidikan Seni Visual
merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran
murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus
rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik
seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus
pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk
Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar
di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam
suasana selamat, kondusif dan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik


yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang efektif.

Susunan Perabot

Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan
sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan
manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah
ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi
antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual,
mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara
menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar
didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada
pembelajaran murid-murid sekolah rendah.
ZON KER JA

STOR

KA BINET B ERTING KAT


SUD UT PAME RA N
LCD

ALMAR I GUR U
SUDUT
PAPANINFO PAMERAN KR AF

Contoh Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda


lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik
yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi
prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi
murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep
pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan
peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku
murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang efektif.

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah
memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah
sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan
dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini
sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada
pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain
hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf
tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-
bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Suasana bilik Pendidikan Seni Visual berupaya memotivasikan murid-murid


Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni visual dan buat
presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut
Sudut-sudut pameran berkaitan
Zon-zon kerja tertentu
Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
Ruang-ruang lain yang berkaitan
Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Tempat Pameran Hasil Kerja

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah
memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah
sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan
dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik pendidikan
seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan
sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan
pelawat.

Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya
contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2 dimensi sesuai
ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi hendaklah disusun di
para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang.
Contoh karya 2 dimensi:

Karya 2 dimensi digantung dan ditampalkan di tempat yang sesuai

Contoh karya 3 dimensi:

Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana


ia menjimatkan ruang
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan
buat presentasi dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut
Sudut-sudut pameran berkaitan
Zon-zon kerja tertentu
Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
Ruang-ruang lain yang berkaitan
Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan
pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab
mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk
menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding,
papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor
penyimpanan.

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan
cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan
kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu
menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna.
Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk
belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik pendidikan seni
visual dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan
hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.

Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai
tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama
dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik
minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan
penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid
menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah
disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni
digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula
jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari
luar masuk ke dalam bilik seni.

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh


memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan
merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk
melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan
daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang
lebih luas.

Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan
di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan
setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah
sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan
perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil
karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu
separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk
diambil.
- Sinki dalam dan Luar Bilik
- Para Gantung
- Almari Pameran

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

Panduan Keselamatan

Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau
kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita
sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di
bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman
rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya
selamat.

Contoh:
Minyak Kain
Kertas Kertas Berus Cecair
Turpentin Linen
Lukisan Warna Lukisan Thinner
e Batik
Fabrik Carta
Cat Air Pisau NT Pisau Ukir Tanah Liat
Dye PSV

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu


mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan
anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil
oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

Etika dan tanggungjawab


Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual:
- Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang
untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang
dirancang dalam Rancangan Tahunan.
- Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli
oleh sekolah.
- Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar
seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka dari
semasa ke semasa.
- Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian
pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
- Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.

Inventori
Penyimpanan
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi
sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam
ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.
Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan
dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan
bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir
tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,
kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada
pihak sekolah.
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,
kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen


langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan
hujah yang relevan.

Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok.
Borang stok untuk peralatan kekal.

Item Bil. Tarikh Tarikh


Bil
( Peralatan Kekal ) Unit masuk lupus

1. Meja guru 2 13/09/2009


15/10/2010
2. Meja guru 2 13/09/2010

Jumlah
Catatan
Item

Peralatan tidak kekal


Contoh Borang untuk penyimpanan stok. borang stok untuk peralatan tidak kekal.

Item Bil. Tarikh Tarikh


Bil
( Peralatan tidak Kekal) Unit masuk lupus
1. Kertas lukisan 200 dozen 22/09/2009
( 1 imperior )

2. Kertas lukisan 100 dozen 10/10/2010


( 1 imperior )

Jumlah
Catatan
Item

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal


dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

Etika dan tanggungjawab

Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-


Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan
seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti
yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.
Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk
dibeli oleh sekolah.
Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan
mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman
menghasilkan karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian
pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu


diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di
atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.

Rumusan:

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami


rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod
stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual
untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan
yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk
membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi
kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan
aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk
menguruskannya dengan sempurna
Konsep dan Pendekatan Apresiasi KBSR/KSSR

Kaedah apresiasi dan kritikan seni.


(David S. Nateman)

Formalis
- Dikenali juga dengan nama judicial atau kritikan objektif.
- Memberi tumpuan kepada intrinsik.
- Melaksanakan apresiasi secara formal seperti menggunakan elemen unsur-unsur
seni dan prinsip rekaan.

Impressionistik
-Karyanya tidak mementingkan disiplin ilmu seperti bentuk figura dengan komposisi
tangan yang dipanjangkan.
- Berlawanan dengan sifat sebenar manusia,

Ekspresif
- Karya memperlihatkan keindahan subjek matter.
- Menonjolkan keindahan seni visual.

Imitationalis
- Kaedah peniruan objek di alam sebenar.
- Memperlihatkan keindahan aktiviti manusia menerusi peniruan senario kehidupan.

Instrumentalis
-Apabila menghayati karya pemerhati dapat mengenalpasti bentuk dan mengenal
ciri-ciri hasil karya seperti tema.
Teori Pengalaman Pelbagai

Penilaian hasil karya seni mengikut Edmund Burke Feldman.

(i) Deskripsi
- Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak
produk seni seperti unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan
struktur rekaan

(ii) Analisis
- Menganalisis perhubungan sifat-sifat tampak produk seni seperti unsur-unsur
seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan
- Menganalisa kualiti ekspresif produk seni seperti mood dan suasana
- Menghuraikan stail sesuatu produk seni

(i) Interpretasi
- Mencari makna-makna yang dikemukakan oleh pereka seni. Sifat-sifat tampak
seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni,
prinsip rekaan dan struktur rekaan.
- Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi (persamaan) yang
diketengahkan oleh pereka seni.

(ii) Pertimbangan
- Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti
keaslian,gubahan, teknik dan fungsi.
- Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial,
agama, kepercyaan, sejarah dan estetika.
Fasa Perkembangan dan Fasa Pelaksanaan oleh Edmund Burke Feldman.

Perkembangan - Pemerhatian
- Kajian Visual
- Perubahan tabiat kerja
- Penerokaan makna atau simbolisme

Pelaksanaan - Kawalan
- Ada
- Pemilihan
- Eksperimentasi

teori apresiasi yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky.

Hal benda primary / semulajadi - Figura manusia


Hal benda secondary / konvensional - Hal kemanusiaan tentang pembunuhan,
kezaliman, kesengsaraan,kemelaratan
Makna intrinsik / kandungan / ikonografi - Objek figura berpakaian putih dengan
tangannya yang terbuka lebar membawa kesan seolah-olah yang ditembak itu
seorang syuhada yang dengan ikhlas menyerlahkan dirinya.
-Dapat mendidik masyarakat mengenali karya seni visual terutama dari bidang dan
jenisnya.
-Dapat mendidik masyarakat menilai karya seni melalui laterasi seni visual.
-Dapat memperkenalkan seniman kepada masyarakat.
-Dapat mengetahui cara bagaimana seniman menghasilkan karya.
-Dapat mengetahui bagaimana seni merupakan wadah untuk meluahkan pendapat.
Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama
ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses


penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali
ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai
pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:


Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:


Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia
Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:


Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta
teknik- teknik mudah.
Apresiasi seni visual secara mudah:
Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi
Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan
mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:


Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka
Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan.

Membuat Apresiasi dan Refleksi

i. Kaedah Hedonistik

Cara melihat jenis ini akan membawa kepada penyataan mengenai nilai suka,
gemar, menarik, benci dan sebagainya.Saya suka corak tersebut.

Penyataan spontan terhadap sesuatu karya.

ii. Kaedah Kontekstualistik

Penyataan merujuk kepada sesuatu aspek

Cara melihat jenis ini menumpukan hubungan karya dengan aktiviti dan aspek
tertentu. Juga hubungan seni dengan pemerhati. Dalam konteks susunan grid
dalam corak...........

iii. Kaedah Organistik

Cara melihat jenis ini lebih menumpukan kepada aspek formal penghasilan
seni. Olahannya begitu harmoni, dinamis dan

Penyataan merujuk kepada hubungan unsur dalam ruang gubahan.


Keperluan Objek, Komposisi, Kandungan Dan Dominan Dalam Apresiasi Karya

Hal Benda - Keperluan objek atau hal benda dalam membuat apresiasi karya
multimedia adalah melibatkan mengenal hal benda (subject-matter) seperti figura,
objek alam semula jadi dan alam buatan manusia. Menyenaraikan objek yang
terdapat dalam karya. Memahami penampilan imej dalam bentuk konteks aliran, stail
atau gaya.Boleh membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya.

Komposisi - Penggunaan asas seni reka seperti harmoni, kepelbagaian,


keseimbangan, kadar banding dan lain-lain. Susunan objek untuk menarik tumpuan
penglihatan ke arah objek utama.

Kandungan - Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan yang bertujuan


menyampaikan hasrat emosi, ekspresi, maksud dan pengertian dalam karya.
Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan dalam karya

Dominan - Pusat penumpuan pada satu tempat untuk menarik perhatiaan


pengguna pada bahagian / objek tertentu di skrin atau sesuatu paparan.
Memberi titik fokus pada sesuatu karya yang dihasilkan.

Latihan

1. Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan


sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar
adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang
dengan menggunakan teknik kolaj dan capan.
2. Cadangkan perkara yang perlu dilakukan oleh guru semasa sesi apresiasi dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai