Anda di halaman 1dari 12

APLIKASI STRATEGI DALAM Nama pembentang:

Nur Shafika Aida

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Hazimah Sofian


Nurdeyana Zamri
PENGENALAN
 Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan
dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan
tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
 Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam
usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran.
 Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan
dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
 Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.
1 KajianMasaDepan

2 Kecerdasanpelbagai

Strategi 3 Pembelajarankontekstual
dalam PdP
PSV 4 Konstruktivisme

5 KemahiranBerfikir

6 PembelajaranMasteri
KAJIAN MASA DEPAN
Pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap
sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa
depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
Contohnya murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid
akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang diinginkan apabila
dewasa kelak.
KAJIAN MASA DEPAN
Pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan
perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
Contohnya murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir
jauh ke hadapan memikirkan rumah yang diinginkan apabila dewasa kelak.
KECERDASAN PELBAGAI
Dalam PdP Pendidikan Seni, kecerdasan visual ruang lebih
difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah
kebolehan mempersembahkan visual ruang secara grafik.
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan
isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam
pekerjaan.
Melalui pembelajaran ini, murid dapat memproses maklumat dan
pengetahuan baru dengan cara bermakna.
Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di
kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.
KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuna baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan
seronok untuk belajar sepanjang hayat.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan
makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah.
Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Kemhiran ini diaplikasikan dalam PSV dengan menggunakan pemikiran
secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluative.
Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif
membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.
PEMBELAJARAN MASTERI
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada
penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran
dahulu sebelum berpindah kepada unit lain.
Pembelajaran ini diaplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang
lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan.
Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah
berpindah kepada kemahiran lain.
Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik
lakaran bentuk asas. Kemudian, barulah murid menghasilkan karya sendiri.
Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan
pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:

Mencari jalan ke arah aktiviti Memahami dan menghormati Meninggalkan paradigma


yang berguna dan idea, penerangan dan lalu dengan menyoal diri kita
menyeronokkan yang pemahaman pelajar-pelajar dan belajar daripada
membolehkan pelajar dengan cara mendengar, mereka melalui cara yang
berkongsi idea serta dapat melihat dan memberi maklum berbeza.
bercakap mengenainya. balas.

Melihat dan mendekati


pelajar-pelajar ketika Berkongsi tentang apa yang
mereka sedang menjalankan telah pelajar-pelajar hasilkan
aktiviti amali di samping melalui pendekatan dan
membantu mereka secara personaliti mereka sendiri.
individu atau kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai