Anda di halaman 1dari 4

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG - Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. - Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain. - Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan . TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Tingkatkan Daya Kreativiti -Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958)) - June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. - Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi 1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. 3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik. 4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen. 5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Arca Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya - JENIS-JENIS ARCA LAND,INSTALASI, STABIL, MOBAIL BINAAN, TIMBULAN, LUAKAN, ASEMBLAJ, ARCA TAMBAHAN

Definisi ARCA: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan. Jenis Jenis Arca Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

ARCA TIMBUL
PENGENALAN

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga menyampaikan sesuatu mesej. Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan. Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj. Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI -Kayu -Plaster of paris -Pahat -Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL

ARCA ASEMBLAJ

PENGENALAN

Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik dan menarik. Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid. Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

DEFINISI ARCA ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. CONTOH-CONTOH ARCA ASEMBLAJ

Anda mungkin juga menyukai