Anda di halaman 1dari 32

PROSES DAN KAEDAH APRESIASI

(FORMALISTIK)
DEFINISI

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai


tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter ’ serta gaya dan
stail mereka.

Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif.

Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap
sesuatu hasil seni itu.

Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat


pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
PANDANGAN TOKOH
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan
Menurut Chapman (1978) “if treat art if it were only a
“logical operation such as defining, valuing and
matter of learning acts an mastering technique, we deny
explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop
its value and character” Kebanyakan pendidik seni
yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni
percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-
beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar
pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu
meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya
masyarakat
seni sahaja.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh


dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan,
Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, cetakan dipandang sementara acra dan binaan
differences in value and belief are expressed through disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan
language an art forms such as dress, architecture an penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang
decoration…” lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini
pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata
yang cukup mengenai seni yang diperlukan.
OBJEKTIF APRESIASI

 Memahami dan bertindak terhadap aspek seni.


 Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan.
 Menghasilkan karya (produk seni).
 Memahami seni dan hubungannya.
 Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.
TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

 Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-
unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga
dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi
visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:
 Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam
apresiasi seni iaitu:
a) Pendekatan secara logik
b) Pendekatan secara psiklogi
LANGKAH- LANGKAH DAN PROSES APRESIASI:

1.Menggambarkan 2. Menganalisis 3. Tafsiran 4. Penilaian


1. MENGGAMBARKAN

a) Mengambil hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna


,garisan, bentuk, rupa, jalinan, dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan
strucktur.
2.MENGANALISIS

a) Menganalisis perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip


dan struktur serta hal benda yang digunakan.
b) Menganalisis kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

c) Menghuraikan style sesuatu karya.


3.TAFSIRAN

a) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti


subjek,symbol,unsur-unsur seni, prinsip, struktur, corak dan bahan.
b) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)
untuk menjelaskan makna tersebut.
4.PENILAIAN

a) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti


keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
b) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu,
social,keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya .
ASPEK FORMALISTIK
(UNSUR SENI)
1. GARISAN

 Garisan merupakan sambungan antara titik-titik dan merentasi dari satu kawasan
ke kawasan yang lain.
 Garisan dapat dihasilkan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan
 Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan. Contohnya garisan
menggunakan pelbagai jenis media.
 Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk
menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.
JENIS GARISAN
2. JALINAN

 Kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan
manusia.
 Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia.

 Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri.


 Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.

 Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak.
i. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian
(alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia).
ii. Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan.
JALINAN TAMPAK CONTOH JALINAN SENTUH
3. RUPA

 Hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.


 Mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.

 Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.


 Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.

 Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada
bentuk yang khusus.
4. BENTUK

 Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa.


 Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai
lebih daripada satu permukaan.
 Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan
bentuk.
 Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
5. RUANG

 Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam
karya seni visual.
 Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek
sama saiz yang berada di bahagian belakang.
 Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di
sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual,
ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk
6. WARNA

 Unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya dan
kehidupan seharian.
 Warna dapat membezakan antara sesuatu benda.
 Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan
warna tertier.
 Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan
warna sekunder dan warna tertier.
 Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan
daripada campuran dua warna asas.
 Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.
WARNA ASAS
WARNA SEKUNDER-

WARNA SEJUK
WARNA PANAS
WARNA TERTIER
ASPEK FORMALISTIK
(ELEMEN & PRINSIP REKAAN)
1. HARMONI

 Difinisi : yang sesuai, selaras sepadan dan mengikut keadaan yang menyenangkan. Maksud

harmoni mengikut prinsip rekaan ialah sesuatu yang berulang-ulang, sewarna, dan seragam.
 Diaplikasikan dalam karya dari aspek susunan, reka letak dan aturan. Dan akan
menimbulkan kesan tenang, indah, menarik dan menyenangkan apabila melihatnya.
 Contoh 1: warna kuning , putih dan biru digunakan berulang-ulang dalam karya. Rupa bulat,

jalinan dan warna diaplikasi berulang-ulang, mengikut aturan dan susunan.


 Keseimbangan warna panas dan warna sejuk memberi kesan yang harmoni.

 Contoh 2 : mempunyai warna yang hampir sama


CONTOH HARMONI DALAM WARNA PANAS
CONTOH HARMONI DALAM SUSUNAN
CORAK
2. KONTRA

 Kontra adalah berkait rapat dengan prinsip rekaan seperti penegasan, iaitu lebih
tinggi kadar kontra, maka lebih menyerlah penegasan dalam sesuatu karya seni
yang dihasilkan.
 Kontra boleh wujud melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, rupa, jalinan dan
garisan.
 Memberikan kesan yang menarik pada sesuatu karya yang telah dihasilkan.
CONTOH KARYA YANG MENGGUNAKAN
KONTRA RUPA DAN WARNA
3. PENEGASAN

 Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu


yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak.
 Penegasan dapat menonjolkan sesuatu unsur atau objek dalam sesuatu hasil
karya yang dapat menarik perhatian.
4. IMBANGAN

 Definisi : keadaan yang seimbang Objek utama terletak di tengah-tengah ruang.


Unsur seni yang dilukis diruang hadapan akan diimbangi di bahagian belakang.
Unsur seni di ruang kanan diulang di ruang kiri. Ini penting dari segi susunan
komposisi supaya kelihatan menarik.
 Imbangan simetri : Bentuk layang yang sudutnya sama apabila kita limpatkannya.
 Imbangan tak semetri: Subjek utama berada dalam keadaan tidak seimbang
Contohnya : objek dalam kedudukan lebih banyak di sebelah kanan daripada kiri
IMBANGAN TIDAK SIMETRI
IMBANGAN SIMETRI
• Sesuatu benda atau olahan komposisi sesuatu karya seimbang
Persamaan pada kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan
atau atas dan bawah sesuatu benda atau olahan dalam karya. tetapi tidak sama pada kedua belah bahagian .
5. IRAMA DAN PERGERAKAN

 Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan.
 Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dan sebagainya.
 Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.
Ia dapat dijelaskan dengan gambar rajah dibawah.
6. KEPELBAGAIAN

 Definisi : keragamaan, kelainan dan keunikan Pelbagaian dalam prinsip rekaan


dari segi raka letak , susunan, aturan unsur seni keunikan dari segi saiz, jenis,
sifat, variasi dan intensiti warna yang menimbulkan kesan menarik.
 Contoh : pelbagai bentuk rama-rama dan warna pada karya ini.
 Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan. Kepelbagaian wujud hasil
penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni
seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.
7. KESATUAN

 Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu
gubahan.
 Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.
RUJUKAN:

Elemen dan Prinsip Rekaan. Diperolehi pada Mac 1,2020 daripada


http://notaanimasi.blogspot.com/2011/01/elemen-dan-prinsip-rekaan.html

Prinsip-Prinsip Rekaan. Diperolehi pada Mac 1, 2020 daripada


http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/p/iprinsip-rekaan-penegasan.html

Unsur-unsur seni. Diperolehi pada Mac 1, 2011 daripada


http://colourexist.blogspot.com/2010/01/unsur-unsur-seni.html

Anda mungkin juga menyukai