Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

TAJUK 6 : APRESIASI KARYA SENI

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan tentang Apresiasi dan kritikan hasil karya seni yang merangkumi
perkara-perkara seperti Analisa hal benda, subjek, unsur seni, prinsip rekaan dan struktur
rekaan, kesan olahan alat dan bahan, ekspresi dan interpretasi.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

Menghuraikan definisi apresiasi dan kritikan karya seni

Membuat apresiasi karya seni

TAJUK 6 APRESIASI KARYA SENI

KANDUNGAN TAJUK 6 : APRESIASI KARYA SENI

6.1 Apresiasi dan kritikan hasil karya seni

6.1.1 Analisa benda subjek dan unsur seni

6.1.2 Analisa prinsip rekaan dan struktur rekaan

6.1.3 Kesan olahan alat dan bahan

6.1.4 Ekspresi dan interpretasi

73
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

6.1 Apresiasi dan kritikan hasil karya seni

Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai
hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana
mereka memilih tema dan subjek matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya
berkait rapat dengan aspek pemahaman merekai aspek-aspek kognitif.

Apresiasi seni membolehkan murid memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-
unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses
apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni,
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap:

(a) Menggambarkan (description)

(b) Menganalisa (analysis)

(c) Tafsiran (interpretation)

(d) Penilaian (evaluation)

(a) Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,
rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan.

(b) Menganalisa

Menganalisa sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen
gubahan iaitu prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan
menghuraikan stail sesuatu karya

(c)Tafsiran

Mencari makna-makna yan terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjrk, simbol, unsur-unsur
seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Mencari kiasan dan persamaan untuk menjelaskan
makna tersebut

(d) Penilaian

Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteri yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan,
teknik dan fungsi.

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertian (‘significance’) dari segi individu, sosial,
keagamaan, dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

74
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Kraf batik

6.1.1 Analisa benda subjek dan Analisa unsur seni

Hal benda adalah subjek matter yang dipilih sebagai motif karya. Pemilihannya mestilah
berdasarkan kepada citarasa pelukis, menarik dari segi rupa, warna dan kemahiran pelukis itu
sendiri dalam menghasilkannya

Unsur seni pula adalahterdiri daripada 6 elemen asas yang penting dalam penggubahan
sesuatu karya seni visual, iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna

Menganalisis karya diatas berdasarkan subjek matter dan unsur seni

Bagi karya batik diatas, subjek matter yang dipilih adalah gabungan pelbagai rupa flora.
Terdapat kepelbagaian hasil garisan pada bahagian daun dan lengkungan yang memaparkan
kesan lembut pada bunga. Tona warna pada bunga dan daun telah memberi kesan cahaya
dan kelihatan realistik

75
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Catan Permandangan

6.1.2 Analisa prinsip rekaan dan struktur rekaan

Prinsip rekaan merupakan kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran
tertentu dalam gubahan seni visual. Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah
karya seni. Ia diperlukan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya menjadi suatu gubahan
yang menarikdan lebih jelas terhadap suatu hasil karya seni. Dengan adanya prinsip-prinsip
ini, dapat memberi kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni. Prinsip
rekaan adalah terdiri daripada kesan harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan,
kesatuan, pelbagaian.

Menganalisis Karya diatas berdasarkan prinsip rekaan.

Lukisan permandangan diatas menggunakan warna oren bagi memberi kesan kontra pada
matahari dan bumi. Kepelbagaian saiz dan rupa pada batang pokok pula dapat memaparkan
pergerakan yang menjadikan lukisan tersebut lebih realistik. Bayangan manusia menaiki
perahu dan matahari senja memberi kesan penegasan yang dapat mengimbangi keseluruhan
lukisan tersebut.

76
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

menggambar teknik mozek

6.1.3 Kesan olahan alat dan bahan

Pemilihan alat dan bahan perlu merujuk kepada kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang ingin
digunakan. Kebolehan menggunakan alat dan bahan dianggap sangat penting kerana ia
berkaitan dengan keberkesanan hasil karya. oleh itu, guru perlu merancang terlebih dahulu
tema yang dingin dijalankan agar alat dan bahan dapat disediakan dan murid boleh
menggunakannya tanpa mengalami kesukaran mahupun kecederaan.

Membuat apresiasi karya diatas berdasarkan olahan alat dan bahan

Merujuk kepada karya diatas, murid telah mahir menggunakan alat pemotong gunting dengan
baik kerana kesan kertas segi empat yang dipotong tidak bergerigi dan sengat. Murid telah
memilih kertas warna yang sesuai untuk tema hidupan laut dimana kertas warna berwarna biru
digunakan untuk menampal bahagian air laut, manakala kertas warna kuning dan oren
digunkan untuk menampal dasr laut dan ikan. Penggunaan kertas warna yang nipis telah
memudahkan kertas warna segi empat ditampal dengan kemas dan mudah.

77
PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PSV2023E

Menggambar menggunakan teknik catan dan kolaj

6.1.5 Ekspresi dan interpretasi

Ekspresi merupakan pengungkapan atau proses menyatakan maksud, perasaan dan


sebagainya. Ekspresi sesorang itu boleh digambarkan dan diluahkan dengan pelbagai cara
seperti melalui perasaan hatinya, kata-kata, air muka atau hasil karya yang dihasilkan

Pengajaran dan dan pembelajaran melalui seni boleh mendidik murid mengawal perasaan dan
mencurahkan perasaan secara terkawal. melalui kegiatan seni, murid-murid dapat meluahkan
perasaan , emosi, idea melalui aktiviti yang dijalankan dan berinteraksi dengan rakan-rakan
secara positif.

Melalui karya seni juga murid boleh membuat interpretasi karya dengan menggunakan
pelbagai alat dan bahan bergantung kepada kebolehan sedia ada mereka. Lukisan
permandangan yang sama, diterjemahkan dengan menggunakan alat bahan yang berbeza,
warna yang berbeza dan teknik yang berbeza seperti contoh gambar diatas.

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan kefahaman anda tentang cara membuat apresiasi


ii. Pilih satu karya murid dan buat analisis berdasarkan prinsip rekaan.

78

Anda mungkin juga menyukai