Anda di halaman 1dari 4

Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni


Mengikut John A. Michael dalam bukunya Art and Adolescense ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi (a) Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

1. Secara Penerangan 2. Secara Pemerhatian 3. Secara Perbandingan 4.Secara Penghasilan

Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar. Analisa, penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

KAEDAH MELIHAT SENI


Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (b) Kontekstualistik (c) Organistik (d) Normistik (e) Elektik a. Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

o o o

suka / tidak. tertarik / tidak pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. b. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c.

Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d.

Kaedah

Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI


Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) (b) (c) (d) Menggambarkan (description) Menganalisa (analysis) Tafsiran (interpretation) Penilaian (evaluation) a. Menggambarkan Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. b. Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail sesuatu karya. c. Tafsiran (i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. d. Penilaian (i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. (ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, s ejarah serta keseniannya.

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) (b) (c) (d) (e) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. Sejarah seni. Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Menggambar (Description)

Warna

Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala.. Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Objek dilukis memenuhi ruang. Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan (movement). Dilukis dengan aksi yang berbeza. Penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan. Idea yang sama dan menyeluruh.

Garisan Ruang Rupa

Prinsip Rekaan Imbangan Kesatuan

(b) Menganalisa (Analyse)

Subjek Unsur-unsur seni

Manusia 1. 2. 3. Warna Rupa Bentuk

Prinsip Rekaan

1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk 1. Mood tolong-menolong. 2. Suasana harmoni dan aman. Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.

Kualiti Ekspresif Bahan / Teknik / Kaedah

(c) Tafsiran (Interpretation)

Makna / Mesej Subjek Simbol Unsur-unsur Seni Prinsip Rekaan

Masyarakat kampung Manusia Perpaduan Warna, rupa dan bentuk.

Penegasan, keseimbangan dan kesatuan.

Metafora/Analogi Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang bagi harmoni dan mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan menjelaskan harian. makna

(d) Penilaian (Evaluation)

Kriteria Keaslian Gubahan Berdasarkan kepada pengalaman. Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam

kehidupan seharian mereka. Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau untuk mengolah dalam bentuk fabrik. Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana harmoni.

Fungsi

Anda mungkin juga menyukai