Anda di halaman 1dari 18

rERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNF

____________ a
KERTAS KERJA
4

|T I PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PEI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVER

Kesinambungan M anifestasi Rupa dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni


3-Dimensi: dari Perspektif Seni Halus
Abdul Halim Husain
Fakulti Seni Dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris1

...Menampilkan kesenian Melayu dalam bentuk asalnya


dengan menggunakan pendekatan ilmiah dan bahasa tampak dalam pengutaranya.

jambatan yang menyambungkan apa yang dianggapkan oleh orang barat


sebagai Seni K ra f dengan sern kontemporari yang dianggap oleh mereka sebagai Seni
Halus. (Awarig Had Salleh,dalam Rupa Dan Jiwa 1992)

Dibentangkan Dalam Seminar Zaba Mengenai Alam Melayu I 12-14 Ogos 2003 di Hotel Renaissance
Kuala Lumpur.

1. Pendahuluan.
Penulisan ini adalah satu pemerhatian terhadap karya seni tampak Malaysia yang
berbentuk 3-Dimensi. Ianya pemerhatian terhadap beberapa hasil karya kraf tradisi serta
karya seni tampak kontemporer. Karya kontemporer berbentuk 3-Dimensi yang dipilih
adalah berasaskan koleksi Balai Senilukis Negara manakala karya kraf tradisi pula adalah
koleksi pameran Rupa dan Jiw a oleh Tuan Syed Ahmad Jam al Ianya adalah satu
penelitian terhadap teijemahan konsep rupa dan jiw a Melayu dalam karya seni tampak
kontemporer berbentuk 3-Dimensi. Penelitian ini melihat kesinambungan kreativiti
seniman tradisi dan seniman kontemporer dalam menghasilkan karya yang berasaskan
konsep rupa dar jiw a Melayu.

Permasalahan rupa dan jiw a dalam penghasilan karya seni tampak sememangnya
menjadi isu perbincangan yang tidak berkesudahan. Walapun ianya dilihat hanya sebagai
permasalahan dalam konteks orang-orang seni namun peranan dan kesedaran terhadap isu
rupa dan jiw a adalah sejagat. Tambahan pula dalam konteks sekarang dimana isu
memperkukuhkan identiti bangsa dan negara serta kekuatan jat: diri adalah sangat
penting bagi generasi muda masa kini bagi mengharungi era globalisasi. Seni tampak
sebenamya dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat jati diri
dikalangan generasi muda bagi membina satu bangsa M alaysia yang kukuh. Dalam
suasana moden dan dunia globalisas hari ini keperluan untuk memperkukuhkan jati diri
serta mengenai budaya bangsa harus diutamakan bagi memudahkan generasi muda
menangani pelbagai isu dan permasalahan dalam kehidupan.

Bagi memahami budaya

dan falsafahnya maka harus dikaji dan diselidiki akan masyarakatnya yang menjadi
wadah kebudayaan.

Hassan Ahmad (2003), dalam ruangan penulis tamu dalam Mingguan Malaysia
ada menyebut bahawa ...orang Melayu perlu melakukan proses pendidikan semula
untuk memahami akal budi mereka, kembali kepada ciri-cin dan nilai budaya mereka
yang sudah bertahan sejak berzaman untuk dijadikan acuan dalam menghadapi pengaruh
dan cabaran zaman sekarang dan dengan demikian dapat melakukan pembaharuan tanpa

memusnahkan asas-asas kekuatan dalaman mereka sebagai bangsa Melayu yang lahimya
dari sejarah ketamadunan sejak lebih 2000 tahun dahulu.

Dalam penulisannya .tu juga ia menyebutkan

bahawa

Bangsa Melayu

menghadapi masalah dalam pelbagai bidang bukan kerana mereka lemah tetapi kerana
mereka membuang acuan mereka, akibatnya mereka kehilangan pertahanan budaya dan
agama untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang tahan dalam keadaan hidup
politik, ekonomi, sosiobudaya dan moral mereka.

Perkembangan Seni Rupa di Malaysia


Sebelum kita berbincang dengan panjang lebar berkaitan dengan seni rupa
rasanya elok iika dapat kita huraikan makna seni rupa itu sendiri. Seni rupa merupakan
penghasilan objek-objek yang melibatkan elemen formal seperti wama, jalinan, garisan,
ruang, tona, bentuk, rupa, ragam hias yang diolah menggunakan bahantara tertentu dan
melibatkan ekspresi perasaan, citarasa,. ilham dan juga kemahiran yang tersendir

Seni rupa dalam masyarakat Melayu begitu banyak dihasilkan semenjak zaman
dahulu dan dapat kita lihat dalam jenis-jenis seperti berikut:
i.

Seni ukir

ii.

Seni seramik

iii.

Seni tekstil

iv.

Sen, any am an

V.

Seni bina

Disamping itu juga seni dapat diklasifikasikan dalam konteks masyarakat sepertimana
yang telah di sebut oleh Jean Durignaud,1972.
i.

Seni primitif

ii.

Seni Teokrasi

iii.

Seni Feudal

iv.

Seni Moden

J ik a d iteliti p e rk e m b a n g a n sen i ru p a di M a la y sia ianya b o le h d ik a te g o rik a n

kepada beberapa fasa yang telah mematangkan seni tampak negara. Antaranya ialah:
1.

Era Prakolonial

2.

Era Kolonial

3.

Peranan Balai Senilukis Negara

4.

Mendefinisikan Nasionalisme

5.

Membina Identiti

6.

Melampaui Sempadan

(Rujukan dari RUPA MALAYSIA: Meninjau seni lukis moden M alaysial5 - 30


September 2001)

1.

Era Pra Kolonial


Dalam melihat perkembangan awal seni rupa Malaysia, anya harus di lihat dari

dua bahagian negara Malaysia. Pertamanya ialah perkembangan seni rupa tradisi di
Semenanjung

Malaysia

yang

dikatakan

Malaysia

Barat

dan

keduanya

ialah

perkembangan seni rupa tradisi di Negeri Sabah Dan Sarawak atau dinamakan Malaysia
Timur.

Seni rupa tradisi yang berasaskan kepada karya berbentuk tiga dimensi di

Malaysia Barat dapat kita lihat umpamanya seperti ukiran batu tugu prasejarah yang
terdapat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. (Gambar | |

Gambar 1
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Malaysia Timur sepertimana yang
terdapat di Gua Niah Di negeri Sarawak. Lukisan tembok dan kapal m aut (Gambar 2)

adalah salah satu paparan tampak seni rupa tradisi yang menggambarkan masyarakat
pada masa itu.

Gambar 2
Selain daripada hasil karya seni rupa tradisi yang berbentuk tiga dimensi terdapat
juga hasil seni rupa tradisi yang berbentuk dua dimensi yang juga mendokumentasikan
secara tampak kebudayaan masyarakat di Sabah. Tikar kain simbolik bersulam Bajau
(Gambar 3) adalah manifestasi budaya masyarakat di negeri Sabah.

Gambar 3
Jika kita lihat secara imbasannya maka kita dapati bahawa perkembangan seni
tradisi sebelum penjajahan banyak membawa kearah bentuk-bentuk ekspresif yang
membawa

pengaruh-pengarah

budaya

yang

berbeza

serta

memanifestasikan

keanekajenisan.

2.

Era Kolonial - Kedatangan Bitish Dan Pengaruhnya


Bermulanya era perkembangan seni moden Malaysia apabila datangnya pihak

British ke Tanah Melayu. Ianya mula dikesani kira-kira awal abad ke20an, British telah
mula menduduki Tanah Melayu pada ketika itu pada pertengahan abad 1800. Mereka
telah mula memperkenalkan corak pemerintahan Barat di Negeri-Negeri Selat. Mereka

juga telah memperkenalkan pendidikan Barat, khususnya sekolah-sekolah berbahasa


Inggeris yang dihadiri oleh berbagai kaum. ( Rupa Malaysia, 2001)

Pendidikan Barat telah membawa pendekatan-pendekatan yang lebih analitikal


dan investigatif dalam mencari ilmu. Maka timbul cara-cara baru dalam persepsi budaya
baru dalam mentafsirkan alam dan realiti. Citarasa budaya Barat telah mula dilihat
berkembang dengan paparan identiti kebaratannya dalam seni bina, cara berpakaian dan
juga seni rupanya. Maka disini mulalah satu penonjolan aliran modems yang mana
seterusnya menjadi gaya persembahan para pengkarya seni rupa pada ketika itu.
Manifestasi terawal adalah gambaran-gambaran naturalistik melalui karya-karya lanskap,
alam benda dan potret.

3.

Peranan Balai Senilukis Negara - Mendefmisikan Nasionalisme, Membina

Identiti.

Hasil daripada proses kematangan perkembangan seni rupa di Malaysia maka


para peluksi juga tidak mahu hanyut dan ketinggalan dalam mempeiiuangkan jati diri
dalam berkarya. Bersandarkan kepada teras Kongres Budaya 1971 dan Seminar Akarakar pribumi para pelukis kontemporer telah cuba untuk mencari kekuatan jati diri dalam
menghasilkan karya seni. Di dalam Kongres Kebudayaan (1971), ada menyebut Malay
culture should form the basis o f national culture, and it is written into the constitution
that Islam is the official religion o f Malaysia, whilst o f course tolerating the existence
and practice o f other religions amongst the non-Muslim sections o f the population,
Petikan daripada hasil Kongres Kebudayaan ini boleh ditafsirkan dengan lebih luas
berdasarkan kepada struktur sosial, ekonomi dan politik negara.

Walaubagaimana pun penyataan hasil daripada Kongres Kebudayaan itu memberi


satu panduan kepada pelukis dan pengkarya untuk berkarya. Sudah tentu ianya berkait
rapat dengan soal etika dalam berkarya walaupun soal seni kadangkala didefmisikan
sebagai hak individu pengkarya. Namun kesedaran terhadap tanggungjawab sosial serta
persoalan seperti apakah peranan seni dalam membangunkan pemikiran masyarakat dan

negara harus diambii kira. Mungkin era dimana peijuangan Seni Untuk Seni sudah
tidak sesuai dalam konteks peranannya didalam sebuah negara yang sedang membangun.

Selain daripada itu penyataan tersebut membuka minda para pengkarya dan
mencabar para pengkarya agar berkarya berlandaskan kesedaran terhadap persekitaran
masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai keunikan hubungan masyarakatnya.

Kekuatan jati diri dalam berkarya sangat penting dalam konteks ini bagi meyakinkan
pelukis terhadap segala proses seni yang dilakukan untuk memegang tanggungjawab
sosial demi memertabatkan seni budaya Melayu. Ianya juga akan meningkatkan
kefahaman pihak luar dalam mengenali pemikiran Melayu melalui Seni Tampak.

Peranan Bentuk dan Makna Dalam Karya Seni Tampak Kontemporer Untuk
Mengenali Jiwa Melayu
Terdapat beberapa aspek yang boleh kita hadkan dalam sesi perbincangan ini yang
boleh kita bawa untuk dikupas berkaitan dengan paparan konsep rupa dan jiwa Melayu
dalam karya seni tampak kontemporer Malaysia. Sebagai orang yang terlibat dalam seni
halus aspek Bentuk memainkan peranan penting dalam membuat persepsi tampak
terhadap sesebuah karya seni. Malah ianya menjadi bahasa utama dalam memberi
pengenalan terhadap apa sebenamya yang dipaparkan dalam karya seni tampak,
umpamanya dari aspek imej, simbol, bahan, teknik, susunan, tajuk dan tema keseluruhan.

Disamping

aspek Bentuk selanjutnya adalah aspek Makna yang secara

keseluruhannya akan dapat mengupas pemikiran serta falsafah yang terdapat dalam
karya-karya seni yang dihasnkan. Ianya pula harus berlaku dalam suasana yang terbuka
dimana mteipretasi penghayat harus di selaraskan dengan interaksi dengan pengkarya
selanjutnya. Kemungkinan-kemungkinan berlaku perdebatan berkaitan dengan karya seni
yang tidak selari dengan intepretasi sesetengah penghayat adalah perkara biasa dan harus
diterima. Ini kerana setiap manusia itu mempunyai perbezaan samada dari segi
budayanya, pemikirannya, status akedemiknya serta persepsinya terhadap sesuatu

perkara. Apa yang penting ialah konsep bemiusyuarah menerima pandangan orang lain
serta berkongsi maklumat ujud dalam suasana berdiskusi secara intelektual dan bijaksana.

Fungsi seni bukan sekadar dilihat dalam konteks susunan formalnya sahaja tetapi
juga dilihat dalam

konteks simbol yang dipaparkan. Lambang atau simbol dalam

kesenian Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek berikut:

i.

Simbol yang dilambangkan sebaga status sosial.

ii.

Simbol yang dilambangkan sebagai nilai dalam etika.

iii.

Simbol yang dilambangkan sebagai ritual.

iv.

Simbol

yang

dilambangkan

sebagai

keperiwaan,

keberanian

dan

Kekuasaan.
(Jahani Ali, 1993)

Kesinambungan Tradisi Kearah Kontemporari

Rajah 1

Menjadi seniman harus peka terhadap arus perkembangan seni. Persembahan


dalam bentuk galeri dan juga kehadiran pelbagai penghayat seni harus disedari oleh

seniman. Kaedah dimana mempertingkatkan bentuk secara mengaplikasikan pengolahan


bahasa seni tampak secara maksimum adalah menjadi kewajiban dan tanggung jawab
seniman untuk seiring dengan gologan seniman seangkatan agar diterima dalam konteks
kontemporer.

Namun

kesinambungan tradisi dalam bentuk konsep dan makna serta aturan

harus diteijemahkan dan dizahirkan samada dalam bentuk yang dapat dikupas secara
visual oleh penghayat atau pun melalui jelmaan secara kesedaran terhadap nilai mengikut
tradisi. Kata-kata yang di petik dari Awang Had Salleh:

Satu sifat yang ketara dalam seni di negara ini ialah kewujudan dua dunia yang terasing;
dunia tradisional dan moden.Yang tradisional adalah, dunia yang bersifat terencat, dan
yang moden terasing. Seolah-olah tiada pertalian diantara keduanya. Dari satu sudut,
terdapat uk'ran-ukiran Melayu tradisional, seni khat, tenunan songket, dll...dari sudut
lain pula kita saksikan seni area moden, seni abstrak yang berlandaskan falsafah Barat
yang asing.

Diatas kesedaran inilah kita dapati sudah mula kesedaran terhadap proses
kesinambungan kerja-keija seni dari budaya Melayu. Kerja-kerja seni contohnya seperti
seni ukiran kayu yang dahulunya telah mengharungi zaman kegemilangannya dan
sekarang ini telah dibawa semula oleh generasi seniman muda dalam bentuk baru
dengan kesedaran terhadap makna dan falsafah serta aturan di dalam budaya Melayu
(Rajah 1). Berpaksikan kepada kesedaran falsafah , makna serta aturan inilah maka
seniman generasi muda mengharungi zaman kontemporer yang penuh dengan isu-isu
teknologi, ICT, cyber world, maya dan bermacam lagi.

AIN l L / r \ 0

U I N l V L r O l 11 r L I N L / t L / i N M I N o

KN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PEN DIE

Gambar 4
Melihat dari segi bahan dan teknik yang digunakan oleh seniman tradisi dalam
penghasilan peralatan seperti jebak (Gambar 4) telah membawa kita kepada suatu
perasaan Melayu itu sendiri. Keindahan artistik ujud didalam peralatan yang dihasilkan
oleh seniman tradisi. Penampilan aspek budaya serta memaparkan cara hidup harian serta
penggunaan masa senggang yang terbaik bersesuaian dengan zaman adalah gambaran
halus yang berseni dipaparkan melalui karya seni tampak tradisi. Hasil karya seniman
tradisi sebenamya memaparkan penceritaan Melayu itu sendiri. Kemahiran pertukangan
serta sensitif terhadap bahan persekitaran menjadikan mereka dapat memaparkan karya
bentuk 3-Dimensi dengan baik. Sepertimana yang disebut oleh Prof. Taib Osman, bahan
dari alam yang dijadikan Tuhan akan senantiasa diolah dan dicipta semula oleh seniman
awal Melayu kepada barangan gunaan bagi memanfaatkan ahli di dalam masyarakatnya.

"The complexity o f tropical forest offered tremendous opportunities fo r the artist and
craftsman to exercise their creativity. Trees, with a multitude o f shapes, patterns, and
sizes o f leaves, fruits, barks and flowers, offered unlimited inspirations to the artist, while
the wood varying from light soft timbers and rattan with unique characteristics offered
tremendous possibilities fo r the craftsman. (Mohd Taib 0sman.2000)

10

Karya bertajuk Benih


Oleh Mad Anuar Ismail
Gambar 5

Perkem bangan senilukis m oden M alaysia terpancar dari dalam keluar


didorong oleh kekuatan dan kekayaan yang terdapat daripada nilai-nilai
tradisi kebudayaan dan unsur alam sekitar dan bukan dipengaruhi dari
aliran seni luar. Dalam kata-kata yang lain aktiviti dan perkem bangan
seni senim an M alaysia digerakan dari kekuatan rohani dan jasm ani
senim an sendiri dan bukan dari pengaruh dangkal dari luar. (Syed Ahmad Jamal. 1993)

Berdasarkan penyataan diatas oleh Tuan Syed Ahmad Jamal serta karya bertajuk
Benih (Gambar 5) oleh pengarca Mad Anuar sudah menampakkan usaha yang begitu
kuat dalam memaparkan konsep dan falsafah serta pemikiran Melayu dalam karya seni
kontemporari. Intipat; dalam karya tersebut sudah tentunya berasaskan kosmologi
Melayu itu sendiri, dan ianya tidak dapat lari dari kenyataan realiti kehidupan. Tokoh
Budayawan Allahyarham Ismail Zain (1979), ada menyatakan bahawa estetik bukan saja
lahir dari pertimbangan falsafah tetapi juga pertimbangan-pertimbangan politik ekonomi
dan sosiologi masyarakat, oleh itu jika kita hendak mendirikan estetik peribumi, kita
perlu menyoal tentang sistem-sistem yang kita amali.

Kemunculan karya-karya beridentitikan seni rupa Melayu atau berlandaskan


konsep rupa budi Melayu telah mula digarapkan dalam karya seni tampak kontemporer
Malaysia. Kita dapat lihat beberapa pameran bertemakan identiti, persoalan jati diri serta

pameran yang mengupas pemikiran dan falsafah Melayu melalui bahasa visual telah
banyak diadakan di Balai Senilukis Negara. Perubahan ini begitu ketara kerana kesedaran
dikalangan pelukis dan penggiat seni terhadap asas berkarya berdasarkan

budaya,

falsafah dan pemikiran masyarakat. Kenyataan perkaitan diantara peranan seniman, karya
seninya serta masyarakatnya adalah menjadi unggul dalam melihat pancaran rupa dan
jiwa. Oleh sebab itu pelukis di Malaysia sudah bergerak lama dalam memertabatkan seni
kontemporer dalam arus budaya sendir: yang lebih bermakna.

Era Pasca-Kemerdekaan pada dekad-dekad enam puluhan dan tujuh puluhan merupakan
suatu saat perubahan penting yang menentukan arah penglibatan para pelukis Malaysia
dengan seni moden sekular. Lebih tepat lagi, mereka memulakan suatu periode
mempersoalkan dan menilai kembali akan usaha untuk membebaskan diri daripada
belengu modenism Barat yang merosakkan tradisi dan kebudayaan mereka (Sulaiman
Isa. 1993)

Alat Muzik Rebab


Gambar 6

Karya bertajuk Pemain Rebab


Oleh Mad Anuar Ismail
( Gambar 7 )

Karya B ertajuk:Generation of Raw


Pengkarya: Ramlan Abdullah
( Gambar 8 )

Kebebasan berkarya dan bereksperimen selama ini dengan pelbagai cara dan gaya
tidak mudah untuk menemukan arah sebenar jati diri jika tidak berpusatkan kearah
matlamat sebenar berkarya. Dalam pencarian rupa dan jiwa Melayu maka timbulah
karya-karya yang mula dilihat dapat mempamerkan pemikiran dan falsafah Melayu
melalui seni tampak Kemunculan karya-karya berteraskan kepada rupa dan jiwa Melayu
telah dapat menggarapkan pemikiran Melayu dalam karya seni tampak moden Malaysia.
(Gambar 6, 7 & 8 )

Namun sejauhmanakah kesedaran dikalangan para pengkarya ,penggiat seni dan


penghayat seni tampak kontemporer terhadap paparan rupa Melayu dapat menunjukkan
kesedaran dan paparan pemikiran Melayu dalam konteks jiwanya masih menimbulkan
persoalan ? Yang menjadi persoalan besar sekarang ini ialah apakah kriteria yang boleh
menentukan bahawa sesebuah karya seni tampak itu sudah mempunyai pencapaian
terhadap memaparkan pemikiran dan falsafah Melayu?

Sepertimana yang diketahui sem ua, ada pendapat yang menyatakan:


- KARYA VISUAL BOLEH MEMBERI SERIBU MAKNA..........
- SUDAH TENTU MAKNA DIBINA OLEH PELUKIS DAN JUGA

13

PENGHAYAT.............
- MELALUI SIMBOLNYA ? IMEJ ? BAHAN ? TAJUK ? TEMA ? .....
- ATAS DASAR....PENGALAMAN, TAHAP AKEDEMIK, BUDAYA,
PERSEKITARAN, PERSEPSI DAN PELBAGAI LAGI YANG TIDAK SAMA

Karya Bertajuk: ICesatuan Dalam Kepelbagaian


Pengkarya: Din Omar
Gambar 10

Manifestasi Jiwa Melayu Dalam Seni Tampak 3-Dimensi


Perkataan manifestasi membawa maksud penyataan atau penjelmaan semula
dalam bentuk karya seni.

Proses penyataan semula serta penjelmaan simbol, imej,

pemikiran dan juga konsep budaya Melayu tradisi seperti raj in, tekun, berhati-hati, kreatif
dan ramah dapat diterjemahkan kedalam bentuk seni tampak Ianya adalah satu proses
penjelmaan yang memerlukan kemahiran antara disiplin. Ianya juga adalah hasil daripada

14

proses penghayatan terhadap pemikiran dan fasafah budaya Melayu melalui pemerhatian
dan kepekaan pelukis dalam kontek seni tampak. Proses penjelmaan pemikiran serta
falsafah Melayu kedalam bahasa tampak memerlukan kebijaksanaan pentafsiran dan
penteijemahan bentuk dan makna. Proses menjelmakan dan menyatakan rupa Melayu
dengan kesedaran terhadap nilai estetika kedalam bentuk seni tampak adalah satu proses
yang memenatkan dan memerlukan usaha-usaha berterusan terhadap menampakkan
kesinambungan karya seni 3-Dimensi berasaskan buds Melayu. (Gambar 9 & 10 )

Nilai Budi Melayu Dalam karya Kontemporer


Masyarakat Melayu begitu menitik beratkan kepada hidup berbudi. Hidup berbudi
dan berbakti adalah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman.
Hilangnya nilai budi menyebabkan hilangnya nilai bangsa. Penghayatan semula terhadap
pentingnya nilai budi dalam kehidupan yang telah digarapkan oleh orang Melayu sejak
zaman dahulu lagi harus di hayati kembali oleh generasi sekarang. Dalam pantun Melayu
ada menyebut;

Tegak rumah kerana sendi


Runtuh sendi rumah binasa
Sendi Bangsa ialah budi
Runtuh budi mntuhlah bangsa

Budi didalam definisi bahasa adalah bermaksud tutur kata, budi bahasa, kejujuran,
keadilan, pemurah, timbangrasa, perangai yang baik, watak yang baik, budi pekerti,
berterima kasih dan akhlak yang terpuji.

Budi juga memberi maksud kelakuan yang baik, kesopanan, keadapan, adapt
istiadat dan tingkahlaku.

Didalam Kamus Dewan pula menteijemahkan budi sebagai

perbuatan yang baik, sifat yang baik, watak yang baik, perangai yang baik, kebajiakn,
akal, kebijaksanaan dan akhlak yang terpuji.

15

Kesimpuian
Kekuatan karya yang bercirikan budaya dan kesenian tradisi adalah menjadi satu
kepuasan dalam menghasilkan karya dikalangan pelukis kontemporer. Tidak berlakunya
keraguan dalam persoalan berkarya serta memaparkan keyakinan terhadap karya yang
dihasilkan adalah sesuatu yang memberi nikmat kepuasan kepada pelukis untuk
berkongsi llham dengan masyarakat. Seterusnya akan dapat memberi keyakinan kepada
pelukis untuk memperjelaskan falsafah dan pemikirannya dalam berkarya serta
mempunyai

dasar

yang

kuat

bagi

memperkukuhkan

lagi

penyataan

pelukis.

Kesinambungan bahan, pemikiran, falsafah serta teknik sebenamya adalah menjadi teras
dalam menampakkan rupa dan jiw a Melayu dalam penghasilan karya sen, tampak
kontemporari.

Bibliografi:

Art and Spiritual: 1995. Kuala Lumpur: alai Seni Lukis Negara.

Mohd Taib Osman (1983). Kajian Budaya Dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jahani Ali. Kesenian Melayu Dari Perspektif Sosiologi - Budaya. Ceramah Terbuka
Rupa & Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Sezaman: 16 17 Jun 1993.

Jean Duvignaud (1972). The Socialogy O f A r t London: Palladin.

Mohd Taib Osman (2000). Islamic Civilisation In The Malay World. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rupa Dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman, 1993.
Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

16

Rupa Malaysia: Meninjau seni lukis moden Malaysia, 1 5 - 3 0 September 2001. Kuala
Lumpur: Balai Senilukis Negara.

Salah Faham Tentang Melayu: Mingguan Malaysia Ahad 8 Jun 2003. Ruangan Penulis
Tamu.

Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus (2002). Pemikiran Melayu ' entang Alam

>an

Hakikat Diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

W awas an Dan Idea: Katalog Pameran Melihat Semula Seni Lukis M oden Malaysia,
1994. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

17

Anda mungkin juga menyukai