Anda di halaman 1dari 26

Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua

yang mereka diami.Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan


zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.Pada zaman Neolitik juga
menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan
berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan
menggunakan warna.Mereka telah mula menghasilkan warna sendiri dengan
menggunakan bahan-bahan galian.Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat
dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk
wanita.Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi kepercayaan
mereka.Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan
yang bersaiz besar.Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan.
Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain,Wiltshire di England.

Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman


Arkaik(650-480 Sebelum Masihi),Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan
Zaman Hellenistik (323-31 sebelum Masihi).Pada zaman Arkaik,kebanyakan
pelukis pada zaman ini menzahirkan karya-karya mereka pada permukaan pasu
yang dibuat daripada seramik dan juga pada panel-panel pada dinding.Pada
zaman ini juga pelukis menghasilkan karya berdasarkan kepada pemerhatian
secara terus pada subjek daripada pemerhatian yang menyeluruh.Selain itu juga,
pada zaman ini juga telah muncul satu teknik baru dalam menghasilkan catan
pada pasu yang dikenali sebagai “Red Figure”.Pelukis bertanggungjawab dalam
memperkenalkan teknik Andokides.Gaya teknik ini adalah di mana beliau
mewarnakan latar belakangnya kehitaman manakala objek atau figuranya
diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca pada zaman ini juga
tidak kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran batu dan
tembaga yang dibentuk melalui acuan (bronze casting).Kebanyakan arca yang
dihasilkan pada zaman ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(life-
size).Arca-arca yang dihasilkan juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude
figure sculpture).Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda
Greek yang berbentuk gagah perkasa yang dipanggil Kouros.

Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam


penghasilan seni arca.Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini.Di mana
zaman ini arca yang dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan
ketepatan bentuk manusia.Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih
ideal dan natural berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang
memberi penekanan kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura.Sebagai
contoh “Warrior” adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang
dihasilkan begitu ideal dan sempurna sekali.Arca ini dihasilkan dengan
menggunakan tembaga.Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini
menggunakan tembaga dan batu marmar unutk menghasilkan karya-karya
mereka.Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura
manusia yang berbogel.Pada zaman ini,terdapat pengarca yang sangat terkenal
iaitu Myron,Polyclitus dan Phidias.

Pada zaman Hellenistik,bermulanya isu nilai-nilai estetika yang


diperkatakan oleh golongan cerdik pandai.The Laocoon Group adalah arca
yang terkenal pada zaman ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini
menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian,sejarah,mitos,juga potret yang
menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golonga bangsawan.Secara
keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman
kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani,Ia juga menunjukkan
tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah
berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini.
Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah
Partheon yang terletak di Acropolis,Athens.Athens adalah merupakan pusat
perkembangan seni,sastera,seni bina,ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran
kerajaan.Reka bentuknya adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil
tradisi di mana asas binaannya berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak
sebagai tiang sokongan utama iaitu Kolum Doric,Kolum Ionic, dan Kolum
Corinthian.

Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah


pemerintahan Rumawi.Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni
yang mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan
gabungan di antara dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar.Di
zaman ini juga rata-rata pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada
kemuliaan,keutuhan dan keteguhan empayar Rom itu sendiri.Ianya amat
berbeza sekali daripada Zaman Yunani yang lebih mementingkan kepada
kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukis-pelukis pada zaman Roman ini
juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen tambahan bagi
menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan.

Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale


yang menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan
Roman yang begitu tipikal sekali.Dalam catan dinding ini unsur –unsur
penggunaan perspektif lansung tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan
ruang di antara Latar Depan,Latar Tengah dan Latar Belakang.Pelukisnya hanya
menggunakan saiz objek sahaja bagi menunjukkan ketiga-tiga latar ini.Dalam
catan dinding ini apa yang dilukis cuba diketengahkan adalah jalinan diantara
rupa,paten,warna dan kepelbagaian saiz objek daripada menunjukkan ruang ilusi
3 dimensi(3D).Empat gaya utama yang diberikan penekanan dalam penghasilan
catan dinding pada zaman ini ialah Incructation,Architectural,Omate,Intricate.
Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang
karya seni sangat popular di zaman Roman ini.Berdasarkan sikap Rome yang
begitu kuat serta cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal
ianya sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan arca pada zaman
ini.Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah bermotifkan potret
individu,yang mana ia dihasilkan begitu teliti dan sempurna sekali
peniruannya.Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu
penghasilannya,ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female
Potrait yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah
pencapaian terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan
bangunannya adalah banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina
zaman Yunani.Kebanyakan bangunan-bangunan yang dibina adalah
berkonsepkan rugu peringatan sebagai tanda kekuatan,kebesaran dan
kemasyuran empayar Rome.

Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti


zaman Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara
meluas kerana ianya mudah diperolehi.Pada peringkat awal mereka cuba
mencipta bahan-bahan konkrit daripada campuran ‘pazzonala’ iaitu sejenis batu
yang diperolehi daripada kawasan gunung berapi dan mencampurkannya
dengan batu kapur.

Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok,kubah


dan juga lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina.Diantara jenis-jenis
seni pada zaman Roman ini adalah seperti kuil-kuil
ibadat,apartment,Bath,Amphiteater,Jambatan,Basilica dan Truimphal
Arch.Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri
daripada batu dan tufa.Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-
kolum lurus dibina bagi menyokong struktur binaannya.Kolum-kolum ini
bercirikan pada zaman Yunani.Ampiteater ini juga boleh menampung penonton
sehingga 50000 orang.Di bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian
utama iaitu Arena,Porodium,dan Cavea.

Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni


dari zaman Yunani dan zaman Rumawi.Seni dari zaman Renaissanse ini juga
merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman
Pertengahan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan
tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan), mitologi, seja
rah ,potret dan juga tubuh badan manusia.Seni zaman Renaissane terbahagi
kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan
Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance.Pada zaman awal
Renaissance,Giotto di Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan
ini.Beliau juga merupakan seorang pelukis yang menghasilkan karya
berdasarkan kepada perasaan dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku
manusia.Di dalam karya-karyanya beliau banyak menggunakan unsur
cahaya,ruang,mood suasana semula jadi yang realistic.

Dalam karyanya yang berjudul ‘ Lantation’ yang dilukiskan pada dinding di


Padua Arena Chapel,Itali pada sekitar tahun 1305.Dia menggunakan
fresco.Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan.Pelukis lain yang
terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupun
dikenali sebagai Sandro Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai Master of
Mythology .Di antara karyanya yang terkenal ialah ‘The Birth of Venus’ yang
dihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen.
Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak
seni di Itali.Pada zaman ini,corak persembahan hasil karya adalah sama dengan
zaman kebangkitannya.Namun,pada zaman ini,pengkaryanya begitu
memberatkan nilai-nilai estetika yang keterlaluan dan mementingkan
kesempurnaan.
Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman
kegemilangan Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau
meruakan seorang seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau juga
dikenali sebagai ahli sains,pengarca,pereka,penganalisis dan arkitek.Tidak
hairan beliau juga dikenali sebagai “uomo universal” kerana kepintarannya dan
selain itu dikenali sebagai “Master of All Sciences”.Beliau juga adalah merupakan
simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali.Di antara karyanya yang terkenal
ialah Mona Lisa.

Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan,arca,dan seni


bina menjadi fokusutama dalam zaman ini berdasarkan kepada
keagamaan,mitologi dan potret.Di segi penggunaan bahan dan bahantaranya
juga masih sama iaitu cat minyak,kanvas linen,fresco dan marble bagi
penghasilan karya.Pelukis dan pengarca yang terkenal pada zaman ini ialah
Michengelo Buonarroti.Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah ‘The
Creation of Adam’ yang dihasilkan dengan menggunakan fresco.Catan ini
berbentuk mural yang dilukiskan oleh beliau pada siling gereja .Selain itu beliau
juga menghasilakan arca menggunakan teknik pahatan(carving).Di antara
arcanya adalah bertajuk ‘David’ yang menggambarkan tentang seorang lelaki
gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian.

Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni
yang sma pentingnya.Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman
Gothik.Dalam reka bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan
dan juga keseimbangan amat diberi perhatian.Contohnya arkitek Filippo
Brunellesschi adalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem
ini.Contohnya juga seperti Villa Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang
dibina pada tahun 1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah
merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya
Roman dan Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada
zaman tersebut. Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman
Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada keunikan dalam sejarah seni
barat.Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan sejarah seni yang
terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya.

Seni pada zaman awal abad ke19 ini adalah amat penting sekali dalam
perkembangan sejarah seni barat.Zaman ini adalah merupakan zaman transisi
pertukaran gaya,konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman
renaissance.Zaman ini juga berlaku revolusii industri yang telah pun mengubah
masyarakat,teknologi dan juga budaya kehidupan yang begitu ketara serta
drastik sekali.Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di
Barat pada masa ini.Revolusi-revolusi tersebut ialah revolusi Industri di
Britain,Revolusi Industri di Amerika dan Revolusi Industri di Perancis.Zaman ini
juga dikenali sebagai zaman Penyedaran,(The Enligttenment Era @ The Age of
Reason Era).Ekoran daripada revolusi ini berbagai teknologi baru telah ditemui
dan dipraktikkan.Pelbagai perubahan telah berlaku dalam hal-hal
keagamaan,politik,ekonomi dan masyarakat setempat.

Begitu juga dalam bidang seni,revolusi ini juga menyebabkan para


penggiat seni mula memecahkan peraturan-peraturan dan urutan tradisi klasik
seni lukis dalam proses penghasilan karya.Mereka juga telah mula memecah
tradisi lama di mana pelukis ataupun pengarca jarang sekali bercampur gaul
dengan masyarakat marhain.Pada zaman ini juga pelukis ataupun pengarca
adalah sebahagian daripada masyarakat dan menjadi jurucakap serta
perantaraan dengan golongan atasan.Pada zaman ini mereka mendapat sumber
kewangan melalui kormesial,galeri,orang perseorangan,golongan korporat yang
membeli dan mengumpul hasil karya-karya mereka juga daripada muzium-
muzium yang mempromosikan seta menjual hasil-hasil karya mereka.
Seni Barat abad ke 19 ini terbahagi kepada tiga era utama yang terdiri
daripada seni sebelum Zaman Perang Dunia Pertama,seni selepas Zaman
Perang Dunia Pertama,dan seni Akhir Abad ke 19.Seni sebelum Perang Dunia
Pertama terdiri daripada era Neo-Klasik,era Romantisme,era Realisme,era
Impressionisme dan era Post-Impressionisme.Manakala Seni Selepas Perang
Dunia Pertama terdiri daripada era Fauves dan era Ekpressionisme serta era
yang terakhir pula terdiri adalah Seni Akhir Abad ke 19 terdiri daripada era
Kubisme dan era Fturisme.

Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis yang
bermula pada tahun 1789.Era ini merupakan permulaan kepada revolusi
perubahan dalam gaya penghasilan karya seni barat.Era ini juga bermula di
peringkat permulaan revolusi di Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif
sekali sehinggalah ianya diarahkan berhenti oleh mahkamah dengan serta merta
tanpa diberikan sebab-sebab munasabab.

Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya


adalah Jacques –Louis David.Beliau berpendapat bahawa antara seni dan
revolusi adalah dua perkara yang utama dalam memperjuangkan demokrasi di
Perancis.Dengan nada yang penuh semangat perjuangan beliau menolak sistem
pemerintahan cara “aristocratic” gaya Rocco pada masa itu.Dalam karyanya
yang berjudul “Oath of The Horath” beliau menggunakan gaya “penjimatan” yang
dipanggil Neo-Klasikal.Sarah P dan Duane dalam buku mereka Artform
mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan di antara dua gaya
dari Zaman Klasikal Greek dan Zaman Rome.Kebanyakan subjek yang
digambarkan adalah merujuk kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan
empayar Rom.Dalam catan ini juga David mengambarkan tentang keberanian
dan kesanggupan untuk bekorban demi memperjuangkan keadilan.Beliau
mengambarkan bagaimana tiga bersaudara sedang menerima tiga bilah pedang
daripada bapa mereka sebagai senjata untuk berperang bagi mempertahankan
Empayar Rom.Dalam catan ini juga David mengambarkan tiga bersaudara itu
sebagai symbol bagi mewakili masyarakat Perancis yang bersatu-padu berjuang
untuk mempertahankan penindasan dan demokrasi.

Komposisi secara Geometrik Berstruktur pada imej figura yang


memegang pedang menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali
dipengaruhi oleh catan zaman klasik Greek-Rom.Pada catan ini David
menggunakan satu arah cahaya yang kontras bagi menunjukkan kontras
diantara latar hadapan,latar tengah dan juga latar belakang.Pakaian yang
digunakan oleh figura pada catan ini digambarkan seolah-olah figura ini berada
pada zaman Rom.Susunan imej yang menegak dan melintang pada catan ini
juga seolah-olah ianya bagaikan satu pentas opera.

Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia,maka lahirlah era


Romantisme. Era ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era “ekspresi
emosi”.Era ini bermula dari tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di
dalam bukunya mentalrifkan bahawa Romanticism itu adalah bermula dari
perkataan “Romances” yang mana ia adalah istilah yang popular dari cerita epik
percintaan di kalangan penduduk setempat.Romantisme ini juga merujuk kepada
sikap pada seseorang pengkarya itu,di mana perasaan dan emosi adalah lebih
penting berbanding dengan alas an kenapa sesuatu karya dihasilkan.

Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan
pada kebebasan bersuara hak individu.Subjek-subjek utama yang menjadi
pilihan untuk pengkarya adalah keindahan alam semula jadi,kehidupan
masyarakat luar bandar,masyarakat bawahan,figura-figura yang erotik dan juga
sumber-sumber peninggalan sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah
seorang daripada pelukis yang terkenal pada era ini.Dalam catannya yang
bertajuk “The Third of May 1808” yang dihasilkan pada 1814 dengan
menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 8’9” x 13’4”.
Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa
kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera
Napeleon di Puerto del Sol,Sepanyol.Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini
berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei tahun 1808 di mana Napeleon telah
mengarahkan askar-askarnya menembak setiap rakyat tempatan yang berada di
atas jalan raya.Goya menghasilkan catan ini dengan menggunakan teknik cerah
dan gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic.Beliau mengambarkan
bagaimana askar-askar yang ganas dan kejam.Manakala imej igura yang
memakai baju putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula
ialah pemimpin dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak.Catan ini adalah
antara catan yang banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol
terhadap kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh tentera Napeoleon
terhadap mereka.

Selaindaripada Goya,seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini


adalah John Constable.Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam
semula jadi.Di antara catan yang terkenal ialah “The Hay Wain”.Catan ini
dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas.Karya tersebut
mengambarkan tentang landskap dan keindahan alam semulajadi England pada
sekitar tahun 1800an.

Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil


seni yang dihasilkan berdasarkan ideology,erotik dan juga nostalgia.Ia juga
dihasilkan berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar.Era ini
adalah merupakan lanjutan era Romantisme,Cuma yang menbezakan diantara
kedua zaman ini adalah pelukis sudah berani mempamerkan hasil-hasil kerja
mereka telah dihasilkan untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan
masyarakat setempat.Gustave Courbet adalah merupakan seorang pelukis yang
terkenal pada era ini.Beliau berbangsa Perancis.Dalam karyanya yang berjudul “
The Stone Breaker”.Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di
atas permukaan kanvas.Dalam catan ini Courbet dengan terang dan jelas sekali
menolak prinsip-prinsip serta formula yang di praktik oleh pelukis dari era Neo-
Klasikal.Beliau tidak lagi berkarya serta terikat dengan subjek sejarah dan juga
keagamaan tetapi sebaliknya dalam catan ini beliau mengambarkan bagaiman
golongan bawahan bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mencari
rezeki seharian.

Saiz yang digambarkan dalam ctan ini adalah bersaiz sebenar bagi
mendapatkan impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap
dan suram yang mana bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar
suasana tapak kuari.Beliau juga merupakan pelukis yang pertama menyiapkan
catan secara merujuk suasana sebenar dari permulaan catan ini dihasilkan
sehinggalah catan ini siap sepenuhnya,Courbet juga percaya dengamerujuk
terus kepasa suasana sebenar kita akan mendapat merakamkan suasana yang
natural dan bersahaja berbanding dengan pelukis yang melukis di dalam studio
yang bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar yang telah dibut sebelum itu.

Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya
pada pelukis yang menghasilkan catan khususnya.Impressionisme bermakan
hasil catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat
depan mata bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan
imaginasi.Pada zaman ini pelukismenghasilkan catan berdasarkan pada
pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek
yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan serta
pengubahsuaian.Subjek utama ang dilukis yang digambarkan dalam catan
adalah landskap dan alam semulajadi.Bagi mereka cahaya merupakan unsur
penting sekali bagi menimbulkan mood dan suasana pada suatu
keindahan,Pegangan teguh para impressionisme ialah iaitu cahaya adalah
penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana,iaitu tanpa cahaya juga tidak
akan wujud hari yang terang dan gelap.
Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah “Cloude Monet”.Beliau
dilahirkan pada tahun 840,di bandar pelabuhan,Le Havre di bahagian Utara
Perancis.Di antara catannya yang terkenal adalah “ Impression Sunrise”.Dalam
catan Monet tersebut beliau menggunakan warna yang sangat minimum dan
sapuan berus yang agak spontan dan kasar bagi menunjukkan latar depan,latar
tengah dan latar belakang di samping merakamkan suasana ketika matahari
sedang terbit.Selain daripada Monet,Pierre-Auguste juga merupakan salah
seorang pelukis yang penting dalam era ini.Contohnya catan beliau yang
bertajuk “The Luncheon Of The Boating Party” yang dihasilkan pada tahun 1881
dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas yang bertemakan tentang
aktiviti berparti di kalangan masyarakat Perancis di dalam sebuah bot di dalam
Sungai Seine.

Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada


zaman Impre ssionisme.Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris
yang bernama Roger Fry,telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini
seba gai Post-Impressionisme.Istilah Post ini diambil sempena dengan nama
satu kumpulan pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke
18.Daripada catatan yang dibuat oleh Roger Fry,Post-Impressionisme ini
bermaksud pelukis tidak membuat peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta
bentuk.Mereka tidak meniru sesuatu objek yang hidup tetapi mereka mencari
persamaan dengan objek yang hidup.Di dalam proses catan mereka,imej-imej
yang digambarkan adalah secara logic dan nyata.Catan-catan mereka berupaya
menarik daya imaginasi dan pengamatan dan sebagaimana objek-objek dari
kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita.

Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah
landskap,figura manusia,alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti seharian
masyarakat setempat.Walaupun mereka berkarya secara berkumpulan namun
begitu gaya dan corak catan mereka adalah berbeza antara satu sama
lain.Setiap pelukis yang menghasilkan catan yang mempunyai Gaya Peribadi
dan pendekatan tersendiri.Pada era ini juga ketika proses penghasilan
karya,mereka lebih mementingkan penekanan dan perhatian terhadap penilaian
bentuk,(form).Penggunaan warna yang kontras,penggunaan garisan kontur yang
jelas dan rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan
ini.Pada era ini juga lahirlah ramai pelukis-pelukis yang tersohor di seluruh dunia
dan kemasyuran ini keka sehinggalah ke generasi hari ini.Di antara pelukis
tersebut adalah seperti Vincent Van Gogh,Paul Gauguin,Georges Seurat,Paul
Cezanne,Henri de Toulouse-Lautrec,Edward Munch dan Henri Rousseau.

Contoh karya Geoges Seurat dalam catannya ialah “A Sunday on La Grande


Jatte” yang menggunakan teknik Pointilism dan antara hasil karya Van Gogh
terkenal ialah “The Starry Night”

Seni era Fauves ini bermula pada awal abad ke 19.Ianya bermula di
Perancis.Karya-karya daripada era ini banyak dipengaruhi oleh karya daripada
zaman Post-Impressionisme.Ianya merupakan aliran seni yang sangat
mementingkan aspek-aspek keindahan tanpa menitikberatkan pada makna
ataupun mesej yang ingin disampaikan.Menurut Acvirk (1994),istilah Fauves
telah diberikan oleh seorang pengkritik seni berbangsa Perancis yang bernama
Louis Vauxcelless pada satu pameran lukisan di kota Paris.Perkataan Fauves ini
berasal daripada erkataan Perancis iaitu “ De Fauves” yang bermaksud binatang
liar.Liar yang dimaksudkan disini ialah merujuk kepada penggunaan sapuan
berus serta warna dan garisan yang agresif pada catan yang dihasilkan.

Subjek utama pada catan era ini adalh landskap,figura,pemandangan dalaman


dan juga alam benda.Antara cirri-ciri utama yang terdapat pada karya zaman ini
ialah penggunaan warna yang tanpa batasan,warna-warna yang digunakan
adalh warna asal yang tidak campur dengan mana-man warna sampingan yang
lain,penggunaan sepuan berus yang agresif dan karya yang dihasilkan lebih
memetingkan kecantikan dan tidak mempunyai mesej.Henri Matisse merupakan
seorang pelukis yang terkenal pada era in.Beliau juga merupakan pelopor yang
utama dalam memperkenalkan era Fauves ini.Dalam karyanya yang berjudul
“Joy Of Life” yang dihasilkan pada tahun 1905-1906 dengan menggunakan cat
minyak di atas kanvas.

Dalam catan ini Matisse menggunakan warna-warna utma dan campuran


warna kedua bagi menimbulkan suasana yang erotik dan ghairah pada subjek
utama yang digambarkan.Beliau juga tidak mengambil berat tentang unsur ruang
tetapi lebih menumpukan pada penggunaan warna serta sapuan berus yang
agresif.Di samping itu juga beliau tidak memberi penekanan yang sempurna
pada subjek figura yang digunakan.Beliau menggunakan susunan warna-warna
panas dan sejuk bagi menghasilkan komposisi yang baik.Selain daripada
Metisse seorang lagi pelukisayng terkenal pada era ini adalah Andre’
dreain.Catan-catan yang dihasilkan oleh beliau adalah bertemakan landskap dan
pemandangan di pinggiran Sungai Reine di kota Paris.Karya beliau banyak
dipengaruhi oleh Vincent Van Gogh.Penggunaan sapuan berus yang agresif dan
juga penggunaan warna yang tidak terhad adalh cirri-ciri utama hasil karya
beliau.”London Bridge” adalah salah satu hasil karya beliau yang terkenal yang
menggunakan cat minyak di atas kanvas.

Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan


dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu
diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan
masyarakat.Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan
perasaan yang terdapat dalam diri mereka.Mereka juga berkarya mewakili
perasaan masyarakat tentang ketidakpuasan hati,rasuah,penindasan, kemiski
nan dan juga keganasan.Era Ekpressionisme bermula dan berkembang secara
aktif di Jerman.Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du kumpulan yang
pertama kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke).Pelukis Ekpressionis
daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenetepikan dan
menidakkan peraturan akademik.Mereka percaya dengan berkarya secara
demikian mereka telah Berjaya menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru.Di
antara pelukis yang terkenal dari kumpulan ini ialah “Street,Berlin”.Catan ini
menggunakan susunan figura secara menegak dan menggunakan warna-warna
gelap bagi mengambarkan suasana suram dan sedih serta penggunaan sapuan
berus yang kasar menunjukkan masyarakat pinggir bandar mewah dan berkuasa

Kumpulan yang kedua digelar “The Blue Rider”(der blaue reiter).falsafah dan
pegangan daripada kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat tentang nilai-
nilai yang murni dan mesej yang baik pada hasil seni.Beliau percaya bahawa
seni itu merupakan satu replica perasaan dalaman seseorang.

Contoh catannya yang bertajuk “Blue Mountain” yang dipengaruhi oleh catan
dari era Fauves.Warna-warna utama yang tidak campur dengan sebarang warna
lain serta penggunaan sapuan berus yang agresif.Penggunaan warna terang dan
gubahan komposisi yang terancang menyebabkan catan begitu menarik
sekali.Contoh catan yang lain ialah catan yang berjudul “With The Black Arch
No:154”.Catan ini adalah merupakan gambaran beliau tentang perasaan dan
juga penonton pada pentas kehidupan.Catan ini juga gabungan daripada bentuk
dan kombinasi warna panas dan warna sejuk bagi mewujudkan satu komposisi
yang menarik.Catan ini juga yang terawal yang mula mengaplikasikan gaya
abstrak.Di samping nolai estetik yang tinggi,catan ini juga merupakan satu
penggayaanbaru dalam penghasilan catan.Beliau juga merupakan seorang
pelukis yang sangat berpengaruh pada era ini.Malahan beliau juga dikenali
sebagai orang pertama menggunakan pendekatan “nonrepretational” dan juga
“pure abstaraction”
Era Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan
menjadi rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya.Era ini
bermula pada tahun 1902.Danial Kahnweiler seorang pelukis Jerman merupakan
peneraju utama era ini.Menurut Sheppard (1987),Kubisme bermaksud
pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan
kepada abstrak.Era ini bermula selepas era Fauvism.era Kubism ini juga dikenali
sebagai iu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya adalah penggantian kesan
visual imressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warna yang
berkonsepkan intelektual.Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan bentuk
daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satah-satah dari pelbagai sudut
pandangan.

Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya
terang,konsep permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda
ngan dan pengamatan dan mengambarkan bahagian yang terlindung.Era
Kubism ini terdiri juga daripada empat peringkat yang utama iaitu pertama,Proto-
Ciubsm (1908-1908).Pada peringkat ini adalah peringkat awal bermulanya era
Kubisme di mana catan yang dihasilkan oleh Picasso da Georges Braque
banyak dipengaruhi oleh karya dan gaya Cezzanne dan Mattise.Bentuk dan imej
yang digunakan dalam penghasilan catan telah dipermudahkan.Pada peringkat
yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme (1908-1911).Pada peringkat ini
bentuk asal imej telah dipecahkan kepada satah-satah berbentuk
geometric.Sudut pandangan 360 darjah pada objek telah di gambarkan di
samping penggunaan warna monochromatic.Pada peringkat Kolaj (1902-
1912),iaitu peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda sebagai
tema.Pelukis menggunakan teknik tempatan yang dinamakan kolaj.Keratan
akhbar dan majalah dipotong dan dijadikan bahan untuk menghasilkan
karya.Dan peringkat terakhir ialah Sintetik Cubisme(1912-1930) yang mana pada
peringkat ini pelukis mengambarkan kembali bentuk asal imej yang digambarkan
dengan menggunakan warna-warna yang cerah dan terang.
Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada reality
kehidupan dan fakta yang sebenar.Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan
karya yang bersifat revolusi,politik,propaganda ataupun mengkritik seseorang.
Mereka juga menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360
darjah.Seorang pelukis yang terkenal juga dikenali sebagai bapa Kubism dan
juga Bapa Kepelbagaian(Master of Cubisme and Master of Diversiity) adalah
Pablo Picasso.Beliau dilahirkan di Malaga,Sepanyol pada tahun 1881.

Beliau juga terlibat dalam beberapa era seperti Blue Period,Rose Pink
Period,Realism dan Surelism.Di antara catan beliau yang terkenal ialah “Les
Demoiselles D Avignon” yang menggunakan cat minyak.Catan-catan beliau
banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis dari zaman Impressionist dan zaman
Post-Impressionist.Dalam catan ini imej-imej figura manusia telah diubah oleh
Picasso dari bentuk asal kepada bentuk geometrik.Beliay cuba memecah tradisi
klasikal,gambaran figura secara realistic kepada bentuk geometric.Di samping itu
juga beliau menghasilkan mural.Contoh mural yang terkenal ialah
“Guernica”.Arca daripada bahan-bahan buangan juga dihasilkan.Selain
Picasso,Georges Braque juga pelukis terkenal pada zaman ini yang mana
merupakan anak didik Picasso.

Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek dan


tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan
mesin.Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan
kecanggihan teknologi.Diantara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah
Giocomo Balla yang berasal dari Itali.Dalam catannya yang berjudul “Dynamism
of Dog on a Leash”,beliau menggambarkan pergerakan yang begitu ketara dan
terserlah sekali pada subjek yang digunakan.

Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan


kanvas yang dihasilkan pada tahun 1912.Dalam catan ini Balla menghasilkan
catan yang menunjukkan pergerakan pada imej dan objek yang digunakan.Pada
era kini pelukis tidak lansung mempedulikan tentang penggunaan warna dalam
proses penghasilan catan.Bagi mereka,perkara yang paling penting adalah
gambaran pergerakan berbanding dengan elemen-elemen seni visual yang
lain.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Marcel Duchamp,Umberto
Boccioni dan Etienne-Jules Marey.

Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan


perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan
juga negara-negara Eropah.Di abad ini jugalah pelukis,penulis,jurugambar
bergabung bagi menyuarakan bantahan dan menyalurkan ketidakpuasan hati
kepada pemerintahan.Mereka menjadi orang perantaraan di antara masyarakat
bawahan dan golongan pemerintah.Seni pada abad ke 20 ini terdiri daripada era
Dadaism,era Surrealism,era Seni Pop dan era Minimilisme.Kebanyakan catan
yang dihasilkan pada zaman ini adalah bertemakan kearah protes,kritikan serta
luahan ketidakpuasan pada pihak pemerintah dan perjuangan kepada
kebebasan serta demokrasi.

Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang


dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhada kekejaman yang
berlaku semasa perang dunia pertama.Da,Da bermaksud Ya,Ya(yes,yes).Pelukis
pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti
era sebelumnya.Menurut Janco,M Dadasime ini bukannya satu tempat di mana
para pengkarya belajar untuk menghasilkan catan,tetapi ianya adalah satu era
yang memberikan amaran yang tegas di sampingmenidakkan unsur-unsur nilai
yang menidakkan kebiasaan serta spekulasi.Ianya adalah satu bentuk luahan
protes yang digambarkan melalui semua bentuk seni.Pada era Dadaisme ini juga
pelukisnya menolak semua unsur-unsur di sekeliling.Mereka cuma menerima
nilai-nilai estetik sahaja.Di antara subjek yang digunakan bagi menghasilkan
karya pada era ini adalah figura manusia dan alam benda.Di antara pelukis yang
terkenal pada zaman ini ialah Marchel Duchamp.Karya yang berjudul
“L.H.O.O.Q.”,dihasilkan berdasarkan pada catan Monalisa yang dihasilkan oleh
Leonardo Da Vinci.

Catan ini merupakan pandangan dan luahan rasa beliau terhadap hasil
seni.Beliau menghasilkan karya tersebut seolah mempersendakan potret
Monalisa dengan menambahkan misaim dan janggut pada potret tersebut
seolah-olah ia satu penghinaan terhadap karya agung Leonardo.Duchamp
berpendapatbahawa itulah cara baginya untuk menghargai sebuah potret yang
teragung.Teknik “photomontage” yang dicetuskan pada era Kubism telah
diterokai dan dikembangkangkan dengan kreatif sekali oleh Hannah Hoch dalam
catan-catannya kemudian.Beliau adalah merupakan seorang pelukis yang
terkenal dengan karya yang bertemakan pada sindiran terhadap isu-isu
masyarakat sekeliling.Teknik ini adalah merupakan gabungan di antara gambar
foto dengan penambahan objek lain pada gambar tersebut.

Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism.Pada tahun
1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan satu
seminar tentang minda dan pemikiran di bawah sedar.Bertolak dari situlah
wujudnya era Surrelisme ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang
minda di bawah sedar dan imaginasi.Mereka telah mengambil kira pendapat
Singmund Freud,seorang ahli psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan
minda bawah sedar ini.Bertolak daripada situlah pada tahun 1942 mereka telah
bersetuju untuk melancarkan era Surrelisme ini di Paris.Manifesto era ini adalah
setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di
bawah sedar di alam mimpi dan juga di alam fantasi.

Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan
Miro.Kedua pelukis ini berasal dari Sepanyol.Kedua-dua orang pelukis ini
mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza.Di antara catan yang
terkenal pada era ini ialah berjudul “The Persistence of Memory” yang dihasilkan
oleh Salvador Dali.Ianya dihasilkan pada tahun 1931 dengan menggunakan cat
minyak di atas kanvas.Catan ini adalah gambaran Dali tentang ruang dalaman
dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa
lampaunya.Imej jam lembut dan hampir cair mewakili masa dan juga
pengalaman lampaunya.Beliau juga menggambarkan alam semula jadi di
bahagian belakang nagi menunjukkan ruang dalaman yang jelas dalam catan
ini.Di samping itu juga menggunakan gabungan warna panas di bahagian latar
belakang dan warna sejuk di bahagian latar depan bagi menunjukkan perbezaan
ruang hadapan dan ruang belakang.

Dali juga menggunakan pendekatan secra realisme pada setiap objek yang
digambarkan dalam catan ini.Pendekatan beliau ini dikenali sebagai representasi
Surrelisme,berbeza pula dengan catan yang dihasilkan oleh Joan Miro.Beliau
menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai abstraj Surrelisme.Di antara
catannnya yang terkenal ialah “Women Haunted by the Passage of the Dragon-
Fly,Bird of Bad Omen(juga dikenali sebagai “Nusery Decoration” yang dihasilkan
pada tahun 1938.

Era seni pop ini adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan
subjek yang popular dan terkini.Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan
bagi perkataan popular.Era ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang
ianya masih lagi menjadi rujukan pelukis generasi sekarang.Catan yang
dihasilkan pada era ini kebanyakannya lebih menjurus kepada bentuk periklanan
dan komersial.Pada era ini pelukis menggunakan cetakan sutera da ‘air-brush’
sebagai media untuk menghasilkan karya.Era ini sangat popular di London dan
Amerika Syarikat di sekitar tahun 1950an.Richard Hamilton seorang pelukis yang
popular pada era ini mengatakan bahawa seni Pop itu selaunya akan dikaitkan
dengan perkara-perkara berikut iaitu popular,Transient,Expendable,Low-
cost,Mass-Produced,Yong,Witty,Sexy,Gimmicky,Glamorous dan Big
Bussiness.
Dalam catannya yang berjudul “Just What Is It That Make Today’s Home So
Different,So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik
“collage”.Catan ini menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular
dalam masyarakat seharian.Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita
yang berkeadaan seksi dengan gaya fesyen semasa,tanda-tanda iklan dan
potret presiden Amerika yang tergantung di situ.Keseluruhan imej yang
digunakan adalah merupakan gambaran terhadap masyarakat dan corak
kehidupan social masyarakat Amerika ketika itu.Penggunaan ski warna-warna
yang cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan era seni pop
ini.Di samping itu seni pop ini juga merangkumi hasil karya berbentuk
komik,jenama barangan yang terkenal,papan tanda iklan,surat khabar,wayang
dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada zaman kemuncak
kegemilangan era ini ialh Andy Warthol.

Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular sehingga kini.Imej
popular yang digunakan pada catannya termasuklah gambar selebriti terkenal
Elvis Presley dan Merilyn Monroe.Penggunaan jenama makanan seperti
Campbell Soup dan juga pakaian Levis menjadi pilihan beliau dalam
menghasilkan karya.Karyanya yang berjudul “Marilyn” dihasilkan beliau pada
tahun 1967 dengan menggunakan teknik cetakan Serigraph di atas kertas.

Dalam catan ini Warhol menggunakan imej Marilyn Monroe sebagai imej
utama.Pada masa itu Marilyn adalah merupakan seorang pelakon dan penari
yang sangat popular dan Berjaya.Beliau menggunakan skim warna feminine
seperti warna merah cerah dan hijau muda bagi mencerminkan sifat-sifat
kewanitaan yang lembut dan cantik.Pelukis pop yang lain pada masa ini ialah
Jasper Johns dan Roy Lichenstein.
Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni
menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej
utama yang mereka gambarkan.Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak
memetingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur
psikologi dan symbol.Era ini pada awal tahun 1960an.Penggunaan skim warna
juga sangat terhad pada era ini.Di antara pelukis yang popular pada zaman ini
ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir Malevich.Malevich adalah di antara
pelukis yang Berjaya mencipta nama standing dengan Van Gogh dan juga
Jackson Pollock.Di antara karyanya yang terkenal ialah “Suprementist
Composition: White on white” yang menggunakan cat minyak atas kanvas.Dalam
catan ini beliau menggunakan pendekatan yang dipanggil “minimal value” di
mana dia menggunakan tone putih sahaja sebagai nilai pada catannya.Uniknya
tentang catan ini ialah beliau menggunakan dua bentuk saja iaitu bentuk segi
empat segi sebagai latar belakang pada catan itu manakala bentuk empat segi
kecil sedikit saiznya daripada latar belakang diletak di bahagian hadapan.

Bagi menampakkan kontras dua bentuk ini Malavich menggunakan tone putih
yang sedikit gelap pada bentuk diatasnya.Pertukaran nilai tone pada bentuki
yang digunakan itu adalah merupakan konsep utama yang ingin ditonjolkan oleh
beliau.
VINCENT WILLIEM,VAN GOGH

Van Gogh, Vincent Willem (1853-1890), Dutch merupakan salah seorang


pelukis yang terkenal. Van Gogh dilahirkan di Zundert, Netherlands , pada 30
Mac, 1853, iaitu juga merupakan anak lelaki kepada ahli politik,Theodorus van
Gogh. Kebanyakan masa hidup beliau berorientasikan kerjaya di gereja
berbanding d dalam kesenian seperti melukis; dan beliau telah menjadi pelukis
sepenuh masa pada tahun 1880-1881, semasa berumur 27. Kebanyakan
daripada ahli keluarga Van Gohg ,adalah ketua kepada kesenian dan, selepas
tamat pengajian di sekolah pada tahun 1869, beliau menyertai firma Goupil &
Co. di Hague , di mana pakciknya bekerja. Pada awal 1870, beliau berpindah ke
London dan Paris yang mana salah sebuah cawangan di sana. Walau
bagaimanapun,pada tahun 1876, beliau telah disingkirkan, ini adalah kerana ada
pegangan agama di sana mengatakan bahawa beliau tidak sesuai dengan
kehidupan beliau sekarang.

Selepas ituVan Gogh ke England untuk mencari pekerjaan seperti


guru.Bermula di Ramsgate,selepas itu di Kent dan akhir sekali di Islewort
berdekatan London. Beliau mengajar di sekolah pada hari Ahad dan sekali
sekala beliau juga memberikan khutbah tetapi beliau masih tidak mendapat
pekerjaan tetap jadi beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke
Netherlands untuk melanjutkan pelajaran sebagai permulaan ke universiti,
dimana mempelajari theology iaitu berkenaan pendapat atau pandangan
tentang agama. Walaubagaimanapun ini juga membuatkan beliau tidak puas hati
dan berharap untuk mempraktikkan demi kepercayaan agamanya,oleh itu beliau
telah menjadi seorang mubaligh kristian di Borinage,iaitu salah satu industri
perlombongan yang teruk di Belgium.Dari situ juga Van Gogh gagal kerana
Persatuan Mubaligh telah berwaspada tentang fanatisme beliau oleh itu beliau
gagal untuk meneruskan kerjaya

Lebih kurang tahun 1881 dimana pada masa itu beliau hidup dalam
kemiskinan di Borinage,Van Gogh berminat untuk beralih kepada kesenian
berbanding gereja dan selepas beliau menziarahi pelukis iaitu Jules Breton dan
selepas itu Van Gogh diambil sebagai model.Pada tahun 1881,beliau kembali
kepada kehidupan dahilu bersama ibu bapa beliau,sekarang menetap di Brabant
dan menumpukan kerjayanya sebagai pelukis professional.Beliau memperoleh
kemahiran tersebut dengan belajar sendiri,berdasarkan pengumpulan gambar
daripada Millet.Pada awalnya,dia bekerja dengan perlahan-lahan sehingga lama
kelamaan beliau menunjukkan sedikit keaslian dan juga kemahiran dan teknik
dan selepas itu beliau telah menjadi terkenal.Dari situ, Van Gogh telah mendapat
sokongan kewangan daripada abangnya Theo,yang juga bekerja untuk Goupila
beliau dapat meneruskan kehidupan seharian dan idea dalam pekerjaannya

Konflik antara ayah beliau iaitu Led Van Gogh menyebabkan beliau
meninggalkan The Hague lewat tahun 1881.The Huge adalah pusat lukisan
Dutch pada masa itu dan disinalah Van Gogh menerima mendapat pengetahuan
tentang lukisan daripada saudaranya,Anton Mauve.Van Gogh menumpukan
tentang pengenalan lukisan figura,terutama sekali daripada seorang perempuan
iaitu Sien Hoomik dan anaknya.Salah satu daripada lukisan kegemaran beliau
semasa itu ialah Sorrow(1882,Rijiksmuseum van gogh Amsterdam) yang mana
Sien dijadikan sebagai model

Selepas hibungannya dengan Sien Hoomik putus,van gogh brharapan


bahawa mendapat inspirasi baru berseorangan di Drenthe,Netherlands di mana
beliau berpindah pada tahun 1883.Kekecewaan telah dihadapinya semasa
memperkenalkan beberapa lukisan beliau walaubagaimanapun beliau
menumpukan dalam penulisan untuk Theo.Pada Desember 1883,beliau pulang
kepada ibu bapanya yang pada masa itu di Nuenen berdekatan Eindhoven di
mana beliau tinggal sehingga November 1885.Di sini beliau memulakan
menghasilkan hasil karyanya yang dia rasakan bernilai untuk pameran atau
untuk dijual.
Karya yang paling terkenal pada masa itu ialah The Potato Eaters
(1885,Rijksmuseum van Gogh,Amsterdam) menunjukkan di satu kawasan
pedalaman di mana para petani sedang makan makanan yang murah harganya
dan memperlihatkan simpati .Dalam warna kegelapan dan gaya yang sebenar
lukisan Van Gogh berjaya.Selain itu karya lain yang juga penting ialah Open
Bible Extinguished Candle and Novel.

Selepas masa yang singkat menetap di Antwerp pada tahun 1885 dan
1886,beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan Netherlannds dan
tinggal di Paris.Di sana,beliau tinggal bersama Theo dimana merupakan seorang
yang menjual lukisan impressionist seperti Claude Monet dan Camille
Pissarro.Pada jalan ini beliau telah menjadi popular dengan pelbagai gaya
pergerakan dan beliau mula unuk meninggalkan warna hitam dan banyakkan
warna yang terang.Beliau sangat begitu terpengaruh oleh gaya Pointilist iaitu
daripada Georges Seurat di mana teori ini merupakan menggunakan beribu-ribu
titik yang berbeza warna.Pengaruh ini dapat dilihat dalam potret Julien-Franagois
Tanguy (1887-1888,Museum Rodin,Paris) yang mana menggunakan jalinan
pendek yang menggunakan warna yang terang.Satu lagi sumber inspirasi van
gogh ialah karya jepun yang mana garisan yang jelas dan kuat dan warna
sewarna.Beliau juga meminati gaya yang abstrak seperti Paul Gauguin.

.Untuk merealisasikan impiannya,Van Gogh berhijrah ke Arles di Provence


pada tahun 1888 dimana beberapa karyanya yang terkenal yang menggunakan
warna –warna yang terang dan gaya ekpressionis.Ini termasuk lukisan bunga
matahari dimana semuanya dirancangkan untuk menghiasi Yellow House
dimana rumah beliau sewa pada masa itu.Beliau juga mahu membentuk
masyarakat melalui lukisannya dan lewat pada tahun 1888 beliau memujuk
Gauguin untuk meninggalkan Brittany dan menyertainya di
Arles.Walaubagaimanapun perangai mereka tidak sesuai antara satu sama lain
menyebabkan kerjasama antara mereka berakhir dalam perselisihan faham
antara Van Gogh .Gauguin meninggalkan Arles tetapi mereka masih berhubung.
Kesihatan mental Van Gogh merosot dari tahun 1888 dan pada Mei
889 beliau ditempatkan di rumah perlindungan di Saint-Racmy berdekatan
Arles.Di antara masa kesakitan beliau,beliau sempat lagi memperkenalkan
lukisan yang berunsur ekspressionis.Ini ternasuklah karya terkenal, Irises telah
dijual di Sothebya New York di 1987 yang telah mencapai rekod 49 milion dan
Starry Night (1889, Museum of Modern Art,New York.Karyanya terpengaruh
ekkpressionis dan Edvard Munch.Pada akhir 2 dan setengah hidupnya van Gogh
tinggal di Auvers-sur-Oise berdekatan Paris dimana dia dijaga oleh Dr Paul
Gachet seorang homeopati yang berminat karya van Gogh yang popular.Beliau
menggambarkan lukisan kerana melalui hidupnya menunjukkan lukisan di
kampung dan kawasan lading gandum.Crows in a Whefield(1890).Selepas
serangan tekanan van Gogh meninggalkan pada 27 Julai 1890.Abangnya Theo
juga meninggal disebabkan sakit mental selepas Van Gogh 6 bulan selepas itu.

Anda mungkin juga menyukai