Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2011

FOLIO PENDIDIKAN MUZIK 1

NAMA

: YEAP QIAN YU

NO. KAD PENGENALAN : 930504 66 5032 UNIT MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2 : PENDIDIKAN MUZIK 1

KOD MATA PELAJARAN : MU3311P4 PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD RAMIZ BIN OMAR ENCIK KHIR ANNUAR TARIKH HANTAR : 13 SEPTEMBER 2012

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ____________________ : YEAP QIAN YU :

PENGHARGAAN
Saya, Yeap Qian Yu, pelajar dari Pendidikan Prasekolah 2, Program Persediaan Ijazah Sarjana Perguruan (PPISMP) ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah banyak memberi bantuan, sokongan, galakan, tunjuk ajar dan sebagainya sehingga saya menyiapkan folio Pendidikan Muzik tersebut. Pertama sekali inginkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Ramiz dan Encik Khir. Mereka telah memberi taklimat yang begitu jelas bagi saya sebelum memulakan kerja kursus tersebut. Mereka juga selalu membimbing dan memberi panduan kepada saya tanpa berasa jemu semasa saya menghadapi sebarang masalah dalam menyiapkan folio tersebut. Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Pusat Sumber Kampus Sultan Mizan dan pekerjanya kerana telah membekalkan banyak buku rujukan kepada saya untuk merujuk dan dapatlah saya mengumpul informasi atau maklumat yang penting dan berguna untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang selalu berkongsi idea dan berbincang bersama-sama sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Mereka telah memperbanyakkan idea dan kefahaman saya untuk membuat kerja kursus ini. Tidak juga lupakan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi bantuan kepada saya iaitu dari segi kewangan agar membolehkan saya membeli alat-alat bertulis dan sebagainya untuk menyiapkan folio ini. Mereka juga sering memberi galakan dan dorongan kepada saya agar kami mempunyai keyakinan untuk menghasilkan folio tersebut tanpa berputus asa apabila menghadapi halangan. Akhir sekali, sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

MUZIK SINKRETIK

Muzik sinkretik diamalkan oleh budaya Bandar dan budaya desa. Muzik ini merupakan gabungan muzik rakyat dan klasik. Di samping itu, muzik sinkretik juga menggabungkan unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara barat. Biasanya muzik sinkretik terdiri daripada muzik tarian dan muzik vocal. Ia juga bersifat fleksibel dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik, melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong.

1) KERONCONG Keroncong merupakan nama dari instrumen muzik sejenis ukulele dan juga sebagai nama dari jenis musik khas Indonesia yang menggunakan instrumen muzik keroncong, seruling, dan seorang penyanyi wanita.

Ahli muzik mempersembahkan keroncong.

Sejarah Keroncong Di Indonesia Menurut Erant Heins ( dalam Harmunah, 1987 : 7 ) sebelum abad XVI, datanglah kapal - kapal Portugis ke kepulauan ini. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan hampir diseluruh pelosok Indonesia dan mengembangkan agama katolik. Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan kapal-kapal, tetapi menimbulkan perbudakan-perbudakan ( hamba ). Dan akhirnya meninggalkan bekas di Afrika India, Sri Lanka, Malaya (Malaysia ) yang dikenali dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah Portugis Hitam. Orangorang hitam ini merupakan keluarga baru yang disebut Mahardika dalam bahasa Sanskrit.

Dalam masa lampau di Eropah, orang-orang memandang bangsa Indoneisa itu sebagai bangsa yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat tidak baik dari orang tuanya. Pendapat ini ditentang oleh ahli (pakar) dan bukti menyatakan bahawa orang yang berdarah campuran pada umumnya ulung dalam berbagai ilmu, jadi termasuklah orang yang berdarjat tinggi. Pandangan yang salah seperti di atas itulah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga mereka hanya timbul niat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah bahwa muzik keroncong kerana sejarahnya diketepikan oleh para ahli muzikologi serta para ahli sejarah muzik ( Tobing dalam Harmunah, 1987: 8 )

Pada tahun 1511 bangsa Portugis di bawah pimpinan Alfonso d Albuquerque merebut Melaka yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Syah. Setelah 11 tahun berada di Melaka, maka pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis melanjutkan perjalanannya ke Ternate dan Ambon dan telah singgah dibeberapa pulau. Kerana datang dari jauh mereka kesepian disebabkan berpisah dari ahli keluarganya. Untuk mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu seperti gitar kecil.. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan oleh pedagang Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya oleh orangorang peribumi Nusantara, kerana orang peribumi biasa mendengar notasi pentatonik pelog dan slendro sedangkan saat itu yang mereka dengarkan notasi

diatonik.

Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter (dimainkan seorang diri), maka berabad abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat muzik seorang menimbulkan kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan kawan-kawannya dengan menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung bambu, rebana dan lain-lain. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.

Dari riwayat singkat tersebut, kita tidak memungkiri bahawa ada unsur muzik kerocong yang berasal dari luar ialah alat muziknya , tetapi bentuk muziknya (muzik keroncong) bukanlah bentuk muzik asing melainkan benar-benar hasil karya nenek moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap bau muzik yang datang dari luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang patut kita hargai. Sejarah Keroncong Di Malaysia Seni muzik keroncong mulai masuk ke Malaysia sekitar awal abad ini atau tepatnya sekitar tahun 1940. Muzik keroncong dibawa masuk ke negara ini oleh masyarakat orang-orang Jawa yang merantau ke daerah ini untuk berdagang, mencari pekerjaan dan sebagainya.. Para pendatang yang merupakan berbagai bangsa dan kaum ini kebanyakannya terus menetap dan bermastautin di sini secara tidak disedari. Sebagaimana yang berlaku, ramai pekerja itu yang membawa keluarga mereka dan memulakan kehidupan baru di negara yang baru. Seperti kebanyakan para pendatang asing, selain mereka mencari nafkah, mereka juga membawa kesenian mereka. Seperti pendatang dari Sumatera Barat misalnya, mereka membawa kesenian caklempong, demikian juga pendatang dari Jawa. Pendatang dari Jawa membawa kesenian mereka berupa gamelan, wayang kulit, barongan, kuda kepang, ketoprak, silat dan juga keroncong.

Daerah-daerah yang banyak kegiatan-kegiatan seni tradisi Jawa seperti gamelan, barongan, silat dan keroncong ini adalah pastinya daerah yang banyak

didatangi masyarakat Jawa seperti di negeri Johor, Perak, Selangor dan juga Pulau Pinang. Di daerah-daerah ini terutama di negeri Johor masih boleh kita jumpai persembahan-persembahan keroncong. Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong bercorak melayu seperti P.Ramlee Zubir Said, Johan Bahar dan banyak lagi.

Fungsi Keroncong a) Fungsi Pendidikan Karya seni dalam bentuk lagu-lagu keroncong merupakan salah satu media penting untuk pendidikan informal bagi masyarakat. Nilai-nilai pendidikan dapat diperoleh melalui lirik atau syair yang tertuang dalam lagu. Masyarakat dapat memahami ajaran agama, budi pekerti dan ajaran lainnya yang berguna dalam meningkatkan eksistensinya. b) Fungsi Hiburan Muzik atau lagu merupakan salah satu jenis bentuk konsumsi bagi kebutuhan batin manusia yang tergolong kebutuhan sekunder. Ketika mereka mengalami

ketegangan atau kejenuhan setelah menyelesaikan suatu pekerjaan, atau sedang mengalami masalah, dengan mendengarkan muzik merupakan salah satu upaya untuk melepaskan ketegangan. Muzik merupakan salah satu hiburan yang cukup mudah untuk didapatkan baik melalui radio, television, MP3, mahupun telefon bimbit. c) Fungsi Ekonomi Sebelum menjadi sebuah hasil komoditas, musik keroncong hanyalah sebagai karya seni yang berfungsi sebagai penyegar rohani atau hiburan di kala sedang beristirahat. Namun, keberadaannya kini telah beralih fungsi, disamping berfungsi hiburan juga berfungsi ekonomi. Hal ini berkat hasil sentuhan teknologi modern yang merupakan hasil budaya popular sehingga menjadikan lagu-lagu tersebut mulai memperlihatkan eksistensinya melalui bentuk penyajian. Berbagai bentuk

komodifikasi diciptakan untuk mengemas lagu-lagu tersebut agar dikenal dan popular di masyarakat. Kemasan dalam bentuk kaset dan VCD ternyata mendapat

sambutan hangat dari masyarakat, terutama bagi penggemar lagu-lagu keroncong. Larisnya peredaran kaset dan VCD tidak saja menguntungkan bagi pemilik modal iaitu studio rakam, tetapi penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu juga merasakan ikut mendapatkan keuntungan dari segi materi. d) Fungsi sosial Fungsi sosial dalam kesenian dapat dilihat dari isi yang terdapat pada suatu bentuk kesenian yang bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat atau penonton agar bisa berbuat sosial terhadap lingkungan sekitarnya. Fungsi sosial dalam muzik keroncong, biasa dilihat dari peranan lagu-lagu keroncong yang dinyanyikan untuk kepentingan sosial dalam masyarakat seperti misalnya dalam kegiatan syukuran, acara pernikahan dengan tujuan untuk menghibur para undangan yang menghadiri acara tersebut.

Alat Muzik Alat-alat muzik yang lazim digunakan terdiri daripada 7 jenis alat yang kesemuanya berasal dari Eropah. Alat itu ialah :

Biola Flute Gitar Cuk (Alat Asalnya Ukulele) Cak (Banjo atau Mandolin) Cello Double Bass

Kesinambungan alat-alat ini sangat penting kerana ia saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap alat akan memainkan rentak masing-masing kerana setiap alat mempunyai peranan masing-masing.

a) Biola Alat-alat muzik keroncong asli terdiri dari Biola, Flute, Cuk (ukulele), Cak, Gitar, Cello, Double Bass.

Alat muzik berdawai empat ini dimainkan dengan cara digesek dengan alat penggeseknya yang khas. Sebutan umum untuk alat ini ialah biola. Violin dan Viola mempunyai sedikit perbedaan. Viola lebih besar daripada violin dan bunyi viola lebih besar. Violin digunakan dalam muzik keroncong sebagai alat melodi. b) Flute

Sejenis alat muzik tipu. Flute menghasilkan bunyi yan lembut sehingga sesuai dengan muzik keroncong. c) Cuk

Merupakan alat muzik berdawai empat. Cuk adalah alat utama untuk muzik keroncong. d) Cak

Alat muzik berdawai empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan dalam muzik keroncong untuk meningkatkan irama. e) Gitar

Alat muzik berdawai enam ini digunakan dalam muzik keroncong. Biasanya dipergunakan gitar akustik. f) Cello

Sebenarnya cello dimainkan dengan cara digesek. Tetapi dalam muzik keroncong, alat muzik berdawai empat ini dimainkan denganc ara dipetik seperti gitar.

g) Double Bass

Merupakan alat terbesar dalam keluarga biola dan mula terkenal pada awal kurun ke-16 yang mempunyai empat dawai. Dalam orchestra simfoni alat ini dimainkan dengan cara digesek. Tetapi dalam muzik keroncong dimainkan dengan cara dipetik dan hanya tiga dawai sahaja yang dipakai, iaitu G, D, A.

Ragam Irama Pada Musik Keroncong a) Irama Tunggal/ Engkel Jenis ini pada umumnya digunakan pada lagu keroncong. Dipakai pada bagian bait bait awal lagu/ irama awal sebelum koda. b) Irama Ganda/Doubel Jenis ini merupakan tingkat 2 atau 2 kali dari cara pukulan engkel dan biasanya dipakai pada bagian bait bait kedua/ irama kedua setelah koda hingga lagu selesai. c) Irama Petik Jenis ini biasanya dipakai pada bait awal awal lagu keroncong yang ditandai dengan petikan alat alat petik misalnya biola dan gitar. Yang digunakan untuk memainkan melodi.

d) Irama Cakapur Menyesuaikan dari karakter lagu yang akan dimainkan.

Jenis Jenis Muzik Keroncong a) Keroncong Asli Keroncong asli hanya menggunakan 28 bar sahaja iaitu tidak termasuk intro dan terdiri dari 3 bahagian. Pada permulaan lagu hanya satu atau dua alat solo sahaja dimainkan dan ianya menggunakan tempo bebas. Penutup lagu ataupun dipanggil koda, ianya sama sahaja dengan permulaan iaitu menggunakan satu atau dua alat solo sahaja. Manakala pada bar ke 8 dan 9 ianya mempunyai selingan. Muzik keroncong asli tidak diulang dan menggunakan 'key major'. b) Keroncong Langgam Muzik keroncong langgam mempunyai bentuknya tersendiri. Jumlah bar yang terdapat dalam keroncong langgan ialah 32 bar tidak termasuk permulaan dan penutup. Ianya menggunakan tanda masa 4/4, manakala bentuk atau form keroncong langgam ialah A A B A. Ianya berbeza dengan keroncong asli dari segi menggunakan alat semasa permulaan. Keroncong langgam tidak dimulai dengan alat solo dan tidak mempunyai bridge. Keroncong langgam menggunakan tanda nada major atau minor.

c) Stambul Stambul juga dikategorikan dalam jenis-jenis ciptaan. Terdapat 2 jenis stambul iaitu stambul satu dan dua. Jumlah bar yang digunakan oleh stambul satu ialah 16 bar dan menggunakan tanda masa 4/4. Lagu stambul satu tidak begitu terkenal kerana lagunya pendek dan biasanya tidak meninggalkan kesan. Stambul satu

menggunakan form A B. Intro dan penutup adalah bebas. Stambul satu dimainkan dengan tempo yang sederhana dan berbunyi sedih. Stambul dua pula hampir sama dengan stambul satu tetapi jumlah barnya adalah 16x2 iaitu 16 bar pertama di ulang. Stambul dua menggunakan tanda masa 4/4 dan bentuk formnya A B. Senikatanya

berupa rangkap pantun, ada juga yang tidak menggunakan patun sebagai senikata. Ianya bebas menggunakan alat solo atau suara tanpa iringan muzik.

d) Keroncong Ekstra Keroncong ekstra adalah lagu-lagu yang diadaptasikan daripada lagu-lagu tradisional atau rakyat yang sudah ada. Ianya bersifat riang dan jenaka. Keroncong ekstra sangat terpengaruh oleh bentuk-bentuk lagu tradisional. Ianya tidak mempunyai bentuk tertentu pada jumlah bar atau rangkapnya oleh kerana lagu asal boleh diambil dari mana-mana sahaja.

2) GHAZAL

Sejarah Perkataan ghazal dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud bahasa kasih. Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta. Berdasarkan buku Rangkaian Rubait yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib alAttas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama di dalam Rubaiyat yang dinamakan Hajat. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20 atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.

Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18. Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India (Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain. Di Johor(Malaysia), Dato Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) me rupakan tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susul ghazal datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi (dimainkan di istana), India (di

istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga (istana, tidak diubah), Tanjung Puteri (di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat (dimainkan di rumah penghulu dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah daerah lain di Johor. Di Johor, Dato Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan. Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu. Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anak- anak Melayu Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama Alpa iaitu seorang ustaz. Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen. 23 Rentak ghazal pula adalah daripada langam iaitu rentak hindustan tetapi disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar, harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan sharinggi ditukar kepada gitar. Lama- kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu, secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh orang Melayu.

Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagulagu Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan lagu- lagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah baik dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau pula telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal. Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.

Fungsi Ghazal

a) Sarana Mengungkapkan Emosi Muzik mempunyi kekuatan sebagai sarana untuk mengungkapkan perasaan atau emosi pendengarnya. Pendengar muzik seolah-seolah mempunyai hubungan yang kuat dengan lagu yang sedang didengarkan, baik secara muzikal mahupun dari lirik

lagu tersebut. Meskipun demikian, pandangan atau perasaan setiap orang yang mendengar suatu muzik berbeza-beza. Dalam pandangan psikologi umum, emosi merupakan respon yang khusus yang berorientasi untuk merespon pelaku. Emosi muncul sebagai resopn atau reaksi personal terhadap sebuah situasi. Emosi tertentu dapat muncul ketika seseorang mendengarkan muzik Melayu Ghazal. Kita akan secara langsung dan tanpa sedar merespon muzik tersebut ketika mendengarkanny dan mengatakan muzik tersebut bagus. b) Sebagai Hiburan Musik selalu menjadi sarana hiburan bagi sebagian besar orang. Begitu pula dengan musik tradisionalghazal yang dapat menjadi sarana hiburan bagi masyarakat, misalnya ketika menyambut tamu atau sebagai hiburan dalam acara-acara tertentu. c) Kenikmatan Estetis Kenikmatan estetis juga terkandung dalam musik Melayu ghazal, meskipun pandangan antara satu orang dengan yang lain tentunya tidak sama. Namun, secara umum nilai estetis dalam sebuah karya seni dapat diakui secara bersama-sama. Fungsi kenikmatan estetis dalam musik ghazal sangat jelas dan berlaku bagi semua orang. d) Sarana Komunikasi Menurut Asri (2008:39), musik dapat digunakan untuk berkomunikasi dalam hubungannya dengan Tuhan (hablum minallah) dan manusia (hablum minannas). Musik sebagai sarana berkomunikasi dengan Tuhan dapat dirasakan pada waktu para pemain memahami dan menghayati syair dan lagu yang dibawakan. Semakin banyak pemain menguasai nilai dan ajaran dalam syair, semakin tinggi pula ketundukannya kepada Tuhan. Musik ghazal dapat menjadi sarana yang dijadikan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan Tuhan.

Alat Muzik

a) Peti Harmoniun

Iatu sejenis alat muzik yang berasal dari India.Peti Harmonium digunakan sebagai alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal. b) Gambus

Sejenis alat muzik yang berasal dari nereri Arab, juga di kenali dengan sebutan Od. Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam permainan muzik ghazal Johor. c) Biola/ Violin

Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin.Biola tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, Jepun dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi India.

d) Maruas

Maruas adalah gendang kecil yang di gunakkan untuk muzik zapin. e) Tabla

Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil di namakan Din dan yang besar di namakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga tempo. f) Gitar

Sejenis alat muzik dari negeri Barat.Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi dan rentak muzik ghazal Johor. g) Tamborin

Sejenis alat muzik perkusi yang manggantikan alat keroncongan (India). Alat ini digunakan sebagai alat rentak dan tempo. h) Marakas

Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga berperanan sebagai alat tempo dan rentak.

Perbezaan Antara Ghazal Johor dan Ghazal Parti Ghazal Johor Ghazal Parti Membawa lagu-lagu berirama padang pasir seperti lagu alabaladi, anawintal Wahdina, Ahbabinna, Wai Ya, ya Gamil, Istak na ya Albi, Ah-Yazid dan Ifrah Ya Albi.

Banyak membawakan lagu-lagu Melayu asli seperti Sri Mersing, Siti Payung, Patah hati dan Seri Banang.

Lagu

Penyanyi menyanyi secara duduk/tiada lawak.

Cara Persembahan

Penyanyi menyanyi secara berdiri atau ada lawak.

Ada 7 alat muzik iaitu peti harmonium, tabela / tabla, violin, gambus, gitar, tamborin dan marakas.

Alat Muzik

Ada 8 alat muzik iaitu gambus, akordian, violin, seruling flut, bongo, marakas, tamborin dan double bass.

3) BORIA Sejarah

Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb Muharam di perkuburannya. Upacara ini dikenali sebagai takziya. Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu. Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung musuh. Bekalan air dan makanan disekat unuk melemahkan Saidina HUssein r.a. Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukulmukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah. Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Ali Suffian. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang

membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a.

Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina Hussein r.a malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik. Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persebahan.

Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan yang berbau politik, teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh. Sambuan hebat didapati di merata tempat setiap kali diadakan persembahan. Kebiasaanya golongan kaya akan membiayai persembahan serta mengedarkan minuman secara percuma untuk menarik perhatian orang ramai untuk datang menonton. Oleh itu, dikatakan teater ini berkembang selari dengan dengan perkembangan fahaman Syiah. Di manamana sahaja terdapatnya kaum Syiah teater ini pasti wujud. Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan seterusnya menjalar masuk ke Semenanjung Malaysia.

Asal Usul Perkataan Boria Ramai yang sering tertanya-tanya daripada mana timbulnya perkataan boria itu sendiri. Sesetengah sarjana berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'. Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala. Selain itu, ada juga yang berpendapat perkataan boria berasal dari perkataan 'borai'. Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau sasau. Ini disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila. Satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal dari perkataan Bori. Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India. Mereka berpindah serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang. Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama boria lahir hasil dari gabungan bori dan ria, maka terjadilah boria.

Cara Persembahan Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rahmah Bujang (1987), persembahan boria lazimnya terdiri daripada dua persembahan cerita yang berasingan. Tema atau cerita persembahan pertama dihubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu, maka tema persembahan kedua adalah lebih umum lagi. Sesebuah persembahan dibahagikan kepada dua segmen iaitu: 1) Cerita Lucu Atau Lawak Jenaka Bahagian lawak jenaka biasanya dilakonkan oleh 10 hingga 14 orang pelakon. Jenis peranan ( role types) dalam bahagian ini terdiri daripada beberapa orang biasa dari kamoung dan seorang penghulu atau pegawai profesional seperti doktor atau pegawai kerajaan. Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi slapstik dengan dialog yang diimprovisasikan. Lazimnya sebuah pancaragam menghasilkan muzik instumental untuk mengiringi cerita dan membunyikan kesan bunyi apabila diperlukan.

2) Bahagian Lagu Vokal Dan Tarian Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan tarian yang berulang-ulang. Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu seramai 30-40 peserta. Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor, sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai tukang karang. Tukang karang ini berdiri di pentas di hadapan mikrofon, manakala korus/penari berdiri berbaris-berbaris di belakang tukang karang. Bahagian kedua persembahan boria ini bermula dengan muzik instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yang berasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau arian popular Barat yang lain. Serentak dengan muzik insrumental ini tukang karang menyanyikan senikata rangkap pertama. Rangkap ini berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya rangkap pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya. Misalnya: BORIA TERKENAL DI PULAU MUTIARA KINI DIKENALI DI SELURUH NEGARA IRAMANYA CERIA RIANG GEMBIRA BORIA OMARA MEMBUKA ACARA AKHIR KATA KAMI BERPESAN BORIA BUKAN SEKADAR HIASAN SENI BUDAYA SEBUAH BINGKISAN BORIA OMARA MENYAMBUNG WARISAN Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh pancaragam dan pada waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkah tarian tertentu. Korus/penari biasanya akan bergerak serentak. Apabila tukang karang selesai menyanyikan rangkap pertama, korus akan mengulangi senikata dan melodi rangkap itu sambil menari mengikut rentak lagu. Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap kedua pula sementara korus terus menari. Tukang karang dan

korus berselang-seli begini sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan. Tema senikata semua rangkap bertumpu kepada tema utama cerita persembahan boria itu.

Alat Muzik Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam teater boria diiringi oleh pancaragam yang biasanya duduk di bahagian belakang pentas. Ensembel ini biasanya terdiri daripada berbagai-bagai alat muzik kerana peralatan muzik yang digunakan dalam setiap persemabahan boria ini tidak bersifat khusus. Hal ini kerana aspek yang dipentingkan ialah keupayaan para pemuzik untuk mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendnag dan violin sahaja. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. Namun begitu, pada masa dahulu alat muzik yang sering digunakan adalah seperti violin, gambus, marwas, tabla, akordion, gendang, simbal dan harmonika. Sejak kebelakangan ini, pelbagai alat muzik moden dari Barat turut digunakan dalam setiap persembahan boria ini seperti gitar elektrik yang menghasilkan melodi dan irama, set dram Barat, tamborin dan kibord elektrik.

Akordion

Harmonika

Gambus

Tabla

Simbal

Gitar Elektrik

Anda mungkin juga menyukai