Anda di halaman 1dari 42

1.

0 PENDAHULUAN
Pendidikan Seni adalah satu aspek penilaian yang terhasil daipada apa yang
dilihat. Penilaian yang dilakukan mengikut keperluan naluri estetik da fizikal
seseorang manusia itu. Antara faktor yang mempengaruhi penilaian tersebut
seperti keagamaan, kebudayaan, ruangm masa, keadaan sesuatu yang berlaku
atau situasi dan keadaan sekeliling. Oleh itu, pelbagai apresiasi yang boleh di
lihat dari faktor tersebut.
Terdapat dua peranan yang besar di dalam bidang seni iaitu psikologi dan
sosiologi yang juga mempunyai hubungkait antara seni tampak, seni tari, seni
muzik, seni bina dan sebagainya. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi 4( 2011)
seni

bermaksud

kehalusan,

keindahan,

keunikan

sesuatu

objek

yang

digambarkan. Secara keseluruhannya seni adalah satu ciptaan atau ekspresi


terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan naluri ekstetika
dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh aspek keagamaan, kebudayaan,
ruang dan masa.
2.0 PENGERTIAN APRESIASI
Apresiasi boleh ditakrifkan sebagai kajian mengenai pengkarya atau pandai
tukang mengenai hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, pemilihan tema dan subjek matter serta gaya dan stail yang
digunakan. Kesemua aspek ini saling berkait rapat dengan aspek pemahaman
mereka dari aspek kognitif. Ia juga merupakan satu penghargaan terhadap
penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan
sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini
berkait rapat dengan aspek afektif.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa pandangan daripada pengkarya
antaranya Smith (1966), yang menyatakan apresiasi seni memerlukan logical
operation such as defining, valuing and explaining . Beliau juga berpendapat
bahawa pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih meluas. Umumnya
para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar
meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya bahkan seni juga
1

memberikan pendedahan terhadap adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat


pada zaman sebelumnya dan kini ( Chapman: 1996).
Hal ini menunjukkan bahawa apresiasi seni melibatkan keseluruhan
pancaindera manusia untuk menilai. Antaranya deria penglihatan, deria rasa dan
deria sentuh. Bagi deria penglihatan, karya seni seperti catan,lukisan, cetakan
dan sebagainya yang diperlukan manakala bagi karya arca dan binaan ia
melibatkan deria rasa dan sentuhan. Dengan itu, penilaian terhadap karya
tersebut dapat dilakukan secara aktif.
Apresiasi terhadap sesebuah karya amat penting kerana ia memberikan
pendedahan kepada masyarakat umum untuk lebih memahami aspek-aspek
estetika yang terdapat pada sesebuah karya tersebut. Selain itu, ia juga dapat
mempelajari unsur-unsur seni dan nilai sosial budaya yang terkandung dalam
sebuah hasil seni seperti kraf. Apresiasi terhadap seni ini juga dapat
meningkatkan keyakinan dan kefahaman diri seseorang untuk menghargai karya
orang lain melalui pandangan visual mereka. Justeru, apresiasi terhadap seni
tersebut sangat penting untuk mendidik seseorang menjadi individu yang
menghargai sejarah dan keadaan sekeliling.
2.1 PENDEKATAN DALAM APRESIASI SENI
Terdapat 2 pendekatan yang di gariskan oleh John A. Micheal dalam
bukunya yang berjudul art and adolescence iaitu pendekatan secara logik
dan psikologi.

Pendekatan ini menggunakan fakta sejarah, pengalaman

sendiri dan pandangan orang lain sebagai asas perbincangan.


2.1.1 Pendekatan Logik
Pendekatan

ini

adalah

berbentuk

tradisional

dan

memerlukan

pemahaman intelek semata-mata dan benyak berfaktakan kepada aspek


munasabah pada visual yang dilihat.
2.1.2 Pendekatan Psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman
kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya. Pendekatan ini akan
2

meninggalkan satu pengalaman yang berkesan dan mendalam. Ia akan


lebih realistik dan dapat diterima oleh semua pihak. Tindak balas daripada
itu, terkesan daripada penggunaan alat dan bahannya.
2.2 PROSES DAN KAEDAH PENILAIAN
Kepekaan terhadap apresiasi seni akan lebih terkesan apabila
seseorang pengkritik tersebut dapat menggunakan kaedah yang betul.
Terdapat beberapa cara dan peringkat untuk melihat kesenian tersebut
antaranya :2.2.1 Hedonistik
Kaedah ini di nilai melalui luahan perasaan yang di lontarkan secara
spontan terhadap karya tersebut. Penyataan tersebut membawa kepada
nilai

suka, gemar, tidak suka dan sebagainya. Tahap suka atau tidak suka

lebih bersifat individu dan mungkin berubah-ubah dari satu ketika kepada
situasi yang berlainan. Dengan ini, nilai estetika sesuatu karya tidak dapat di
ukur dengan bilangan audien yang menyukainya.
2.2.2 Kontektualistik
Keadah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara ilmiah,
sistematik, dan kefahaman serta kejelasan. Kaedah ini berkait rapat dengan
ilmu pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan dan unsur dan prinsip
seni. Apresiasi dalam kaedah ini lebih terperinci melalui aspek persoalan
fahaman, rentak pengkarya, interaksi pemerhati, konsep, hujah dan penilai
karya.
2.2.3 Organistik
Kaedah organistik merujuk kepada aturan yang mempunyai sistem yang
teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni dengan
mengaplikasikan prinsip seni sendiri seperti keharmonian, keseimbangan,
dan sebagainya. Penekanan criteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang
dan pencahayaan. Dengan ini, prinsip seni kesatuan akan terbentuk melalui
unsur seni yang terlihat pada karya seperti penggunaan warna, jalinan,
garisan, kepelbagaian dan sebagian. Kaedah ini lebih bersifat formalistik.
3

2.2.4 Normalistik
Penilaian bagi kaedah ini dibuat berdasarkan kretiria dan keadaan
sekeliling iaitu norma kehidupan pada masa tersebut. Aspek seperti
kemasyarakatan, keagamaan dan kebuadayaan amat di titikberatkan dalam
menilai karya jenis ini. Penilai yang menggunakan kaedah ini hendaklah
mengetahui latar penceritaan yang sebenar karya tersebut kerana ia lebih
berunsurkan kepada keagamaan tanpa ada unsure sensasi. Contoh seperti
lukisan agama Kristian yang berkaitan unsure ikonografi, naratif, dan niali
akhlak. Kaedah ini menolak peradaan moden di mana pelukis telah
melampai batas yang dibenarkan dalam budaya dan agama.
2.2.5 Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk bersepadu dan holistik. Ia adalah gabungan
persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negative. Kriteria ini
menekankan unsur asas dan prinsip seni, struktur organisasi dan alat bahan
yang digunakan. Pemerhatian di lakukan secara rawak, tidak menjurus
kepada aspek kronologinya. Wajaran penilai hanya kepada baik, sederhna
dan kurang baik.
3.0 TOKOH DAN HASIL KARYA
3.1 Kesenian Islam
Kesenian Islam yang terdapat dalam agama ini sangatlah terhad.
beberapa hukum feqah Islam tidak menyebut tentang kesenian malah
banyak ulama terdahulu tidak menyebut tentang kepentingan kesenian
dalam Islam. Ini di sebabkan Islam tidak memerlukan seni dalam manifestasi
kepada ibadah. Dalam menjalankan ibadah,kesenian seperti lukiasan,
tarianatau muzik tidak diperlukan tetapi kesenian Islam tercetus apabila ada
beberapa tokoh Islam yang melihat seni itu wujud melalui seni bina iaitu
ukiran, tulisan khat dan arabes.
Menurut S.H Nasr, kesenian Islam tidak pernah menjadi satu peringkat
masalah atau pengalaman psikologi individu. Seorang seniman Muslim
4

dengan Islamnya diri maka segala penyerahan , peraturan dan undangundang terletak sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Bagi fikiran muslim, seni
sebenarnya memperingatkan manusia tentang kebesaran TuhanNYA.
Menurut beliau lagi, seni Islam dan Eropah sangat berbeza. Seni Eropah
menjurus kepada keduniaan iaitu lebih kepada penampilan figuratif
manakala kesenian Islam mementingkan pengabdian kepada Allah S.W.T
dengan penonjolan kaligrafi khat, tulisan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kesenian dalam Islam mempunyai hubungan rapat
dengan pengabdian kepada Allah S.W.T sebagaimana yang dinyatakan oleh
Ernst Diez iaitu sebenarnya seni Islam adalah merupakan kesenian yang
menambahkan pengabdian diri kepada Allah. Penyataan ini di kukuhkan lagi
dengan sebuah riwayat hadis dan muslim yang bermaksud Allah itu indah
dan sukakan akan keindahan. Jelaslah bahawa keindahan seni dalam Islam
itu merujuk kepada salah satu zat Allah dengan menghargainya dalam
tulisan.
3.1.1 Ibnu Khaldun
Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin Ibn Khaldun
Al-Malik Al-Hadrami nama diberi. Lahir pada 1
Ramadhan tahun732H bersamaan
27 Mei 1332M dan Tunusia merupakan tempat
kelahiran beliau. Gelaran Khaldun diberikan
kepada beliau sempena nama datuknya yang
membawa maksud interlek, ulama, pemimpin dan
pemikir. Beliau merupakan sarjana Islam yang amat dikagumi oleh kerana
penguasaannya terhadap bidang ilmu seperti ilmu tafsir, hadis, feqah,usul
fiqh, falsafah dan sebagainya. Beliau meninggal dunia pada tanggal 26
Ramadhan tahun 808H bersamaan 18 Mac 1406M pada usia 76tahun.
Seperti sedia maklum, beliau merupakan ahli falsafah tetapi beliau juga
merupakan salah seorang pengkarya kesenian dalam Islam. Ibnu khaldun
berpendapat bahawa seni merupakan suatu kebenaran, keindahan dan
5

kebaikan.Beliau juga berpendapat, kesenian yang berlandaskan Islam


hendaklah mempunyai ciri-ciri estetika,etika dan logika.
Menurut Ibn Khaldun, estetika yang terdapat dalam seni Islam mestilah
mengandungi unsur-unsur kecantikan, susunan yang indah,komposisi yang
menarik perhatian serta keindahan semula jadi yang terlihat pada kerya
yang

telah

dihasilkan.

Manakala

bagi

etika

pula,

Ibn

Khaldun

menterjemahkan sebagai satu elemen-elemen akhlak atau moral yang


menonjolkan keperibadian baik seorang manusia itu dan susuli pula dengan
kebenaran yang hakiki iaitu logika. Ini bermaksud, penghasilan karya seni
dalam Islam hendaklah berlandaskan syiar Islam iaitu menghasilkan sebuah
karya yang memberikan manfaat kepada manusia itu sendiri bukan sekadar
seni sahaja dan melalikan manusia.
Selain itu, Ibn Khaldun juga berpendapat bahawa pengetahuan dalam
sejarah dapat membentuk kerangka kefahaman dalam seni. Pengetahuan ini
tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Ini dibuktikan dengan
lukisan-lukisan yang telah wujud sejak dahulu lagi di Gua Altamira,
Sepanyol. Manusia pada zaman batu tersebut akan melukis di dindingdinding gua untuk melakarkan kejadian yang berlaku pada masa itu.
Bagi kesenian dalam Islam pula, kesenian dalam Islam hendaklah
berpaksikan kepada Allah S.W.T. Kesenian tersebut dicetuskan dengan niat
mendapatkan keredhaan Allah iaitu dengan mementingkan akidah, syarak
dan akhlak. Sumber utama bagi kesenian dalam Islam iailah Al-Quran, AsSunnah, Ijmak dan Qiyas. Contohnya seperti tulisan khat. Tulisan ini sudah
sebati dalam kehidupan kita. Kelahiran tulisan ini bersumberkan tulisan dari
al-Quran yang menunjukkan keEsaan dan keagunangan Allah S.W.T itu
sendiri.

3.1.2 Hasil Karya Seni Islam

Ini merupakan salah satu seni


bina Islam yang terdapat pada
rehal.

Rehal

secara

tradisinya

dicipta sebagai alat meletak bahan


bacaan seperti buku, kitab, dan AlQuran.
Rehal merupakan artifak yang
sering dikaitkan dengan kesucian
Al-Quran

juga

mempunyai

nilai

estetiknya sebagaimana kewujudan


keris, songket dan sebagainya.
Walaupun kegunaannya terhad, akan tetapi juga merupakan salah satu seni
bina Islam yang dipandang tinggi oleh pengkarya Islam. Dalam rajah di atas,
pembuatan rehal ini di buat menggunakan teknik ukiran kayu secara tebuk dan
timbul. Motif yang digunakan adalah motif flora, geometrik dan kaligrafi Islam.
Penggabungan pelbagai teknik ini telah menghasilkan satu ukiran yang unik dan
indah. Kepelbagaian bentuk yang telah ditonjolkan telah menaikkan seri ukiran
tersebut.
Penggunaan warna yang terang memberikan kesan yang menarik ke atas
rehal tersebut. Selain itu, pelbagai jenis garisan telah di gunakan untuk
menggambarkan pelbagai bentuk dan corak. Dengan kepelbagaian itu,
keharmoniaan corak yang ada pada rehal tersebut terserlah. Dengan
penggabungan kesemua elemen ini, rehal tersebut nampak sempurna dan
kesenian seni Islam itu terserlah dengan motif yang telah di ketengahkan.

3.1.3 Imam Al-Ghazali


7

Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450


Hijrah

bersamaan dengan 1058

Taabiran/Ghazalah

di

bandar

Masihi
Tus,

di

at

Khurasan

(Iran).Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena

dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai


pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang
mengatakan

mengambil

kelahirannya,

sempena

Ghazalah.Beliau

kampung

berasal

dari

keluarga yang miskin. Bapanya merupakan


seorang ahli Sufi yang sangat warak.Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi
iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam Al-Ghazali
adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga
kini.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah
( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya
Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana
keluarganya miskin.Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.Beliau seterusnya

mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang
tersebut. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru
yang bernama Ahmad Al- Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr AlIsmail di Jordan. Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau
telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad. Beliau juga
telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan
Jurusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.Sewaktu dalam
pengembaraan,

beliau

telah

menulis

kitab

"Ihya

Ulumiddin"

yang

memberisumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam


semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini.
Imam

Ghazali

sangat

mementingkan

pendidikan

dan

juga

telah

meninggalkan nasihat kepada pendidik supaya dapat bekerja dengan penuh


dedikasi.Nasihat yang diberikan Imam Ghazali ini telah meningkatkan martabat

institut pendidikan.Nasihat yang diberikan oleh Imam Ghazali terdiri dari 7


perkara, iaitu : Para pendidik perlu mempunyai kasih sayang pada murid, walaupun
dalam keadaan marah tetapi sifat kasih saying masih perlu ada dalam diri
pendidik.
Pendidik mestilah bekerja secara ikhlas dengan niat beribadat kerana
Allah S.W.T.
Pendidik mestilah memberikan tunjuk ajar dalam didikan pelajaran dan
juga keperluan social dan sivik.
Pendidik mestilah menegur murid dengan cara kiasan bukan dengan cara
marah atau sebagainya. Mestilah mengekalkan sifat ramah dan kasih
sayang.

Antara pendidik itu sendiri mestilah sentiasa saling hormat menghormati


dan bekongsi ilmu pengetahuan.

Pendidik mestilah memberikan ilmu pengetahuan mengikut kemampuan


murid dan secara berperingkat-peringkat.
Setiap ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh pendidik mestilah diamalkan
olehnya supaya dapat menjadi pedoman atau model kepada murid-muridnya.
Seni menurut pandangan al-ghazali adalah sesuatu yang tidak dinafikan
bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan.
Manusia tidak boleh terpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar tidak
memisahkan akidah manusia. Dalam perspektif islam, seni boleh dibahagikan
kepada dua tujuan iaitu yang pertama ialah suatu alat bagi manusia mencapai
matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan
akhirat manakala yang kedua pula ialah seni merupakan suatu penawar bagi
seseorang yang mengembara di dunia ini dalam menuju alam akhirat

3.1.4 Hasil Karya Seni Islam (Khat Diwani)

Berdasarkan gambar di atas, lakaran khat ini berasal dan berkembang


daripada tulisan Riqah dan menjadi tulisan Musalsal yang hurufnya berjalin.Khat
jenis ini sangat luas penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan seperti kerajaan
Islam di Mesir di bawah pemerintahan Sultan Khedewey sekitar tahun 1220 H.
Oleh kerana sifat-sifat estetiknya yang jelas, Khat Hamayun digunakan untuk
penulisan surat-surat rasmi seperti surat perjanjian,surat penghargaan,surat
keputusan dan sebagainya.
Diwani bererti catatan atau antologi karangan. Ia didapati dari inspirasi
model-model lain. Fungsinya hanya untuk hiasan. Antara ahli-ahli Khat Diwani
yang termashyur dalam sejarah, termasuklah Syeikh Hamadullah al-Amasy,
Jalaluddin dan al-Hafiz Uthman. Penulis seni khat ini ialah Muhammad Munif
tetapi kaedah penulisannya telah diolah semula oleh Syahla Pansha dan alHafiz Othman. Dinamakan Khat Diwani kerana ada di antara pendapat yang
mengatakan khat ini sering digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan
kerajaan. Daripada jabatan kerajaan tulisan ini berkembang ke segenap lapisan
masyarakat.
Bentuk yang terhasil daripada jalinan-jalinan tulisan telah menyempurnakan
bentuk objek yang di bina. Kepelbagaian tulisan ini dan kedudukan perkataan
yang dipilih sangat membantu untuk membentuk rupa dan bentuk objek
10

tersebut.Penggunaan warna asas dan pen khas yang digunakan untuk menulis
tulisan khat ini sudah cukup memadai untuk membentuk rupa yang sempurna.
Walau bagaimanapun, kesenian Islam itu terserlah.
3.2 Seni Barat
Kesenian di negara Barat tidak asing lagi kerana mereka beranggapan seni
merupakan satu bentuk luahan atau ekpresi yang lahir dari diri sendiri. Seni
merupakan

bentuk

tampak

kepada

bentuk

yang

terpendam

lantas

dipersembahkan ke dalam satu bentuk visual yang boleh di pertonton dan di nilai
oleh orang yang melihat. Seni barat juga beranggapan, kesenian merupakan
satu intisari kemanusiaan yang melambangkan kumpulan manusia dan budaya
masyarakat itu sendiri.
Menurut Hebert Read, seni adalah satu penghasilan rupa bentuk yang akan
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan bentuk berdasarkan
estetiknya. Perasaan estetik ini akan terkesan apabila seorang pengkarya itu
berkarya ataupun sedang menikmati hasil karya orang lain. Kedua-dua keadaan
ini akan merasai kesan-kesan tersebut.
Bagi Baumgarten (1735) menyatakan, keindahan mestilah di asingkan
daripada estetika kerana barangan buruk juga boleh diterima oleh sesetengah
pihak dengan cara yang tersendiri. Maka kebudayaan Barat teleh memisahkan
seni dan agama tersebut. Perpisahan dan berbezaan ini wujud apabila lahirnya
sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu bidang yang bebas berdasarkan
kefahaman masing-masing. Oleh yang demikian, lahirnya pelbagai aliran yang
lahir dari seni Barat antaranya aliran ekspressionisme, kubisme, impressionisme
dan sebagainya.
Selepas itu wujud pula Era Romantisme Era ini lahir melalui kesedaran dan
kuasa manusia. Pada era ini lukisan berdasarkan perasaan dan emosi adalah
lebih penting daripada alasan mengapa karya itu dihasilkan.Kebanyakan karya
yang dihasilkan pada era ini bertemakan pada kebebasan bersuara dan hak
kebebasan individu. Subjek-subjek yang menjadi pilihan dalam karya adalah
keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar Bandar, masyarakat
11

bawahan, figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan


sejarah. Pelukis-pelukis pada zaman ini ialah Francisco Goya, John Constable,
Thomas Cole, Robert S.Duncanson dan Eugine Delacroix.
Kemudian wujud pula Era Realism iaitu karya yang dihasilkan berdasarkan
ideology, erotik da juga nostalgia. Sesuatu karya menampilkan subjek dalam
suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan
atau interpretasi tertentu. Karya seni yang dihasilkan memperlihatkan kebenaran,
tanpa menyembunyikan apa-apa walaupun perkara yang buruk. Pada era ini
pelukis sudah berani mempamerkan hasil kerja yang ,mereka telah hasilkan
untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat.
Perubahan paling besar pada pelukis yang menghasilkan catan adalan
pada Era Impressionisme. Lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang
dilihat di depan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda.Pelukis
menghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan
atau pengubahsuaian. Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan alam
semula jadi kerana mereka berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang
tiada tandingannya.Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting
dalam penghasilan karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana
sesuatu keadaan. Prinsip impressionisme ialah cahaya adalah penentu
sesebuah

keadaan

dan

suasana.

Selain

itu,

mereka

mengharamkan

penggunaan warna hitam didalam karya kerana bagi mereka hitam adalah bukan
warna. Pelukis terkenal era ini ialah Claude Monet,Pierre August Renoir,
Camilllie Pisaro, Edgar Degas, Mary Cassat dan Auguste Rodin.
Lanjutan daripada zaman impressionisme ialah Era Post-Impressionisme.
Pelukis tidak membuat peniruan tetapi mencipta bentuk. Subjek utama yang
menjadi pilihan adalah landskap, figura manusia, alam benda dan aktiviti
seharian masyarakat setempat. Mereka lebih menumpukan kepada penilaian
bentuk(form). Penggunaan warna yang kontras, penggunaan garisan kontur
yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama
catan era ini. Penggunaan kaedah titik-titik warna iaitu pointillisme digunakan
12

secara bertindih di antara satu sama lain yang menghasilkan catan. Terdapat
juga penggunaan sapuan berus yang agresif disamping penggunaan warna yang
tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta bertindih antara satu
sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi mewujudkan kesan
tekstur pada permukaan. Antara pelukis-pelukis terkenal pada era ini ialah
Vincent Van Gogh, Paul Gauguin, George Seurat, Paul Cezanne, Henri de
Toulouse-Lautrec, Edward Munch dan Henri Rousseau.
Apabila selepas perang dunia pertama muncul pula Era Fauvesme yang
bermaksud hidupan liar. Liar dalam konteks ini merujuk kepada sapuan berus
serta warna dan garian yang agresif pada catan yang dihasilkan.Fauvesme
adalah aliran yang menghargai ekspresi dalam menangkap suasana yang
hendak dilukis. Tidak seperti karya impresionisme, pelukis fauves berpendapat
bahawa harmoni warna yang tidak terpaut dengan kenyataan di alam tetapi lebih
memperlihatkan

hubungan

peribadiseniman dengan

alam

tersebut.mereka

menggunakan warna-warna asal yang tidak bercampur san sapuan berus yang
agresif. Warna-warna yang dipakai jelas tidak lagi disesuaikan dengan warn
pada

semulajadi,

tetapi

mengikuti

keinginan

peribadi

pelukis.Penggunaan garis dalam fauvesme disederhanakan . Akibatnya bentuk


benda mudah dikenali tanpa harus mempertimbangkan banyak detail.Pelukis era
ini ialah Henri Matisse dan Andre Derain.
Selepas itu muncul Era Ekspresionisme iaitu pelukis meluahkan perasaan
dan ketidakpuasan hati dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama
masyarakat. Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan
perasaan

yang

ada

pada

dirinya

dan

mewakili

masyarakat

terhadap

ketidakpuasan hati, rasuah, penindasan, kemiskinan dan juga keganasan.


Penggunaan

sapuan

berus

yang

kasar

digunakan

bagi

menunjukkan

masyarakat pinggir Bandar yang mewah dan berkuasa. Warna warna yang
digunakan adalah warna utama yang tidak dicampur dengan warna lain dan
sapuan berus yang agresif. Mereka

telah menggunakan unsur simbolik

13

(nonreprentational) bagi menggantikan imej dan subjek. Pelukis terkenal pada


era ini ialah Wassily Kandisky dan Ludwig Kirchner.
Kemudian pula wujud pula era yang lain pada seni akhir abad ke-19. Ketika
ini muncul Era Kubism. Kuibism bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk
asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada bentuk abstrak. Era ini
dikenali sebagai ibu kepada semua jenis seni abstrak. Konsep kuibism ini adalah
untuk membebaskan bentuk daripada rupa semula jadi dan mengubah kepada
satah-satah dari pelbagai jenis sudut pandangan. Terdapat 3 ciri utama konsep
kuibism ini iaitu cahaya dan bayang, konsep permukaan/latar belakang dan
objek

dari

sudut

yang

pelbagai

pandangan

dan

pengamatan

serta

menggambarkan bahagian yang terlindung. Tema yang biasa digunakan adalah


berkisar pada realiti kehidupan dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini
tidak menghasilkan karya yang bersifat revolusi, politik, propaganda ataupun
mengkritik seseorang. Mereka menggambarkan imej yang digunakan dalam
sudut pandangan 360. Namun mereka banyak dipengaruhi oleh pelukis zaman
Impressionisme dan Post-Impressionisme. Pelukis terkenal seperti Pablo Picaso
dan Georges Braque.
Setelah itu muncul Era Futurisme pada abad ini. Era Futurisme ini adalah
merupakan kesinambungan dari era kuibisme. Pelukis menekankan tentang
pergerakan manusia dan mesin. Mereka menggambarkan kembali mengenai
keindahan dan kecanggihan teknologi. Pengalaman tentang pergerakan manusia
seharian, masa dan elemen ruang telah diubahsuai menjadi satu pergerakan
yang berulang ulang dalam satu hasil karya. Pelukis langsung tidak
mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan.
Mereka berpendapat apa yang penting adalah gambaran pergerakan berbanding
elemen-elemen seni visual. Pelukis pelukis terkenal pada zaman ini ialah
Giomcomo Balla, Marcel Duchamp, Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey.
Seterusnya era seni Barat menjadi Era Surrealisme. Pada tahun1920
sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul dan mengadakan satu seminar
tentang minda di bawah sedar. Bertolak dari situlah wujudnya era surrealisme ini.
14

Maniefesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada
idea dan pemikiran di bawah sedar, di alam mimpi dan juga di alam
fantasi.Pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro..
Kedua-duanya mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza.
Biasanya imej dan objek yang digunakan agak sukar dikenali. Namun karya yang
dihasilkan juga membincangkan mengenai perasaan terhadap apa yang berlaku
pada ketika itu. Pendekatan yang digunakan pada era ini ialah reprensentasi
Surrealisme (representational Surrealism) dan abstrak surrealisme (abstract
Surrealism).
Kemudian muncul Era Seni Pop Art yang merupakan satu era yang menggunakan
imej dan subjek yang popular dan terkini. Perkataan pop itu adalah merupakan
singkatan daripada popular. Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakkannya
menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial. Pelukis menggunakan cetakan
sutera saring dan air-brush sebagai media untuk menghasilkan karya. Seni pop juga
menekan perkara seperti popular, kos sederhana, bersifat sementara, lucu, seksi, gimik
dan perniagaan.Kebanyakkan catan yang dihasilkan menggunakan imej-imej yang di
ambil dari budaya popular dalam masyarakat harian. Penggunaan warna-warna yang
cerah merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan. Selain itu juga pada era ini hasil
karya berbentuk komik, jenama barangan yang terkenal, papan tanda iklan, surat khabar
dan lain-lain.Pelukis-pelukis popular pada era ini adalah Richard Hamiliton,Andy Warhol,
Jasper Johns dan Roy Lichenstein.

Oleh yang demikian, perkembangan seni di Barat sangat membanggakan


dan memberi impak yang terbesar dalam dunia seni. Dengan wujudnya pelbagai
aliran, dapatlah dilihat pencambahan karya mengikut aliran masing-masing.

15

3,2,1 Cloude Monet ( Impresionisme )


Claude nMonet merupakan salah satu tokoh yang terkenal di
Barat. Beliau merupakan tokoh bagi aliran Impressionisme.
Nama sebenar beliau ialah

Oscar Claude Monet atau

lebih di kenali sebagai Claude Oscar Monet. Beliau


dilahirkan pada tarikh 14 november 1840 dan telah
meninggal dunia pada tahun 1926 bersamaan 5
disember dan pada ketika itu beliau berusia 86
tahun.
Karya yang di hasilkan oleh beliau merupakan
lakaran yang mementingkan pencahayaan dan pandangan mata yang terlihat
ketika itu. Selain itu, penghasilan bagi karya ini berlaku di luar studio. Ini kerana
rakaman suasana yang semulajadi ingin dilihat dan dipancarkan ke dalam
lukisan para pelukis. Kecepatan merakan suasana dan pencahayaan pada ketika
itu sangat diperlukan kerana apabila cahaya berubah, maka lukisan tersebut
akan berubah serta meta. Di sebabkan lukisan berdasarkan suasana yang di
alami, penggunaan warna yang digunakan juga hendaklah dalam kawalan yang
teliti. Ini kerana, aliran ini sangat mementingkan pencahayaan pada lukisan dan
kebiasaannya

penggunaan

warna

lembut

dan

terang

digunakan

bagi

menampakkan kesan cahaya tersebut.


Pengkarya pada aliran ini tidak mementingkan imej yang ingin dipaparkan
tetapi kesan cahaya yang mempengaruhi lukisan ini. Aliran ini juga menolak
gambaran secara tradisionaldan khayalan dalam keagamaan. Rakaman lukisan
yang terlakar mestilah jujur dengan memperlihatkan kesan berus yang di alun
secara spontandan photografi di dalam lukisan hendaklah mempunyai nilai
poetic dan jiwa. Ini bertujuan untuk menghidupkan suasana lukisan tersebut.
Jenis bagi lukisan ini adalah berbentuk lanskap yang menggambarkan alam
semulajadi dan keadaan sekeliling. Cloude Monet meminati aliran ini kerana
kebebasannya untuk berkarya menjadi faktor utama bagi aliran ini. Claude
Monet juga mengkaji dan menganalisis pengaruh cahaya kepada semua subjek
yang beliau lukis berulang kali di bawah pengaruh cahaya yang berbeza dan
16

pada masa yang berlainan serta beliau telah menghasilkan beberapa siri catan
Rouen Cathedral mengikut pencahayaan yang tertentu.
3.2.3. Apresiasi dan Kritikan karya Seni Claude Monet

Tajuk :
Madame Monet and her Son
Tahun : 1875
Alat dan Media :
Cat Minyak atas Kanvas

Lukisan di atas merupakan lukisan yang agung buat pelukis yang bernama
Claude Monet. Lukisan ini membawa seribu pengertian buat seniman ini kerana
liku-liku kehidupan yang telah di lalui bersama isteri tercinta dan oleh sebab itu
terhasillah lukisan ini.
Lukisan ini di rakamkan semasa isteri beliau Camellia dan anak mereka Jane
pergi bersiar-siar di waktu pagi sambil menghirup udara nyaman Perancis. Selain
itu, lukisan ini juga menceritakan tentang kasih sayang Monet terhadap isterinya
apabila keluarga Monet meminta mereka berdua berpisah dan tidak boleh
berjumpa sehingga ke akhirnya. Pada ketika itu, Monet berasa amat kecewa dan
sedih kerana beliau terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung tanpa
sebarang kelengkapan dan wang yang mencukupi.
Pertemuan Monet dan isterinya terjalin semula apabila beliau memasuki
askar

perncis

dan

terus

berpindah

serta

mengahwini

Camelia

untuk

17

mendapatkan penempatan penuh di Perancis. Di sebabkan oleh itu, lukisan ini


disengajakan dengan tidak memperlihatkan wajah wanita dan budak lelaki itu
kerana Monet ingin menggambarkan kegembiraan beliau semasa bersama
dengan keluarganya. Dengan ini dapatlah dilihat bahawa Monet ingin
memberitahu pada kita bahawa ini merupakan isteri dan anakku kepada
khalayak umum
Bagi lukisan ini, Monet telah menggunakan element warna yang cukup
menyenangkan dan begitu harmoni apabila di tonton. Keharmonian warna
terlihat pada langit yang cerah membiru, daun kering yang serba ijau kekuningan
menaikkan lagi aura bagi lukisan tersebut. Selain itu, kesan berus yang di
alunkan oleh beliau telah memberikan kesan yang mendalam kepada lukisan ini.
sapuan yang sederhana tebal digunakan pada bahagian rumput manakala
sapuan berus lembut digunakan pada bahagian langit.Warna yang dugunakan
pada langit juga menunjukkan semulajadinya lakaran lukisan tersebut.
Imej pergerakkan rumput yang membentuk garisan pendek-pendek dan
menyondong memperlihatkan pengudaraan yang ada pada keadaan semasa
lukisan itu dilkar. Selain itu, terdapat juga kadar banding di antara imej depan
dan imej yang berada di bahagian belakang. Ini dapat dilihat pada kedudukan
wanita dan budak lelaki tersebut. Dengan ini, wujudnya satu ruang pemisah di
antara setiap objek. Lukisan ini juga menunjukkan persepktif ruang dalam di
mana kedudukan antara objek depan dan belakang agak ketara dan ketinggian
pada objek hadapan menampakkan lagi persektif yang jauh bagi objek kedua.
Penggabungan kesemua elemen-elemen seni ini telah membantu lukisan
Monet mendapat tempat di hati pengkarya seni di seluruh negara. Kebebasan
subjek, persekitaran dan gaya serta teknik yang telah digunakan menunjukkan
itu adalah hasil karja Monet. Nilai yang cuba diterapkan oleh Monet dengan
suasana yang nyaman telah menjadikan lukisan itu sempurna dan tenang.

3,2,4 Rembrandt Harmenszon van Rijn ( Baroque )

18

Aliran Boroque meruapakan salah satu aliran yang wujud dalam seni Barat.
Baroque merupakan sebuah istilah untuk mengkategorekan sebuah era dalam
perkembangan peradaban manusia yang terjadi di Eropah. Gerakan ini terjadi
sekitar tahun 1600 sampai 1750. Era ini merupakan bahagian akhir dari zaman
Renaiseance dan merupakan awal gerakan Protestantism yang terjadi di Jerman
Utara dan Belanda.
Seni aliran ini tidaklah begitu rumit tetapi ia lebih kelihatan realistic dan lebih
kepada kesan emosi berbanding aliran lain. Aliran ini lebih menunpukan tentang
bahagian komposisi, aksi, warna dan cahayanya. Dalam hal ini, karya-karya seni
yang tercipta pada zaman baroque juga merupakan cerminan keadaan zaman
tersebut sebingga memiliki ciri-ciri khusus yang menentukan perbezaan dengan
corak seni zaman sebelumnya.
Perkataan baroque berasal dari bahasa Portugis yang membawa maksud
sejenis mutiara besar yang kasar yang kebiasaannya digunakan sebagai alat
perhiasan wanita. Walaupun keadaannya begitu, mutiara tersebut Nampak unik
dan cantik. Menrut Barnes (2005), corak aliran ini mengandungi tekanan yang
kuat, kekuatan emosi dan sesuatu yang elegan. Selain itu, Sullivan (2005) pula
berpendapat karekter seni baroque ini terbentuk dari beberapa unsur seperti
sense of moment, energy, and tension. Secara keseluruhannay kebanyakan
lukisan aliran ini memaparkan situasi keagamaan, sejarah dan potret.
Salah satu teknik visualisasi yang terkenal pada zaman ini adalah teknik
chiaroscuro yang digunakan oleh seorang pelukis terkenal aliran ini yang
bernama Rembrandt Harmenszon van Rijn. Ciri visual yang telah digunakan oleh
beliau adalah penekanan kontras cahaya (gelap-terang) yang dominan dan telah
menghasilkan kesan yang dramatis.
Rembrandt Harmenszoon van Rijn merupakan salah satu tokoh yang
terkenal dengan stailnya yang tersendiri. Beliau dilahirkan pada 5 julai 1606di
Leiden Netherlands dan telah meninggal dunia pada 4 Oktober 1669 pada usia
63 tahun di Amsterdam. Kelebihan beliau terletak padan lukisannya yang ranggi
dan elegan.
3.2.5. Apresiasi dan Kritikan karya Seni Rembrandt Harmenszon van Rijn
19

. Tajuk :
Hendrickjean Bathing in a River
Tahun : 1654
Alat dan Media :
Cat Minyak atas Kanvas

Keunggulan lukisan Rembrandt terlihat pada lukisan ini apabila beliau sendiri
yang merakam keadaan ini ketika menemani isterinya pergi ke sungai untuk
membersihkan diri. Kebanyakkan lukisan beliau adalah mengenai diri sendiri
atau orang lain. Wanita yang berada di lukisan ini adalah isteri kedua beliau.
Jean pada asalnya adalah seorang pembantu rumah kepada beliau tetapi
setelah kematian isteri pertamanya, beliau telah mengahwini Jean.
Pada lukisan ini, Rembrandt telah menggunakan warna gelap sebagai latar
belakang lukisan beliau. Ini kerana lukisan yang beliau lukis akan berfokuskan
kepada subjek utama iaitu figura atau sejarah tersebut. Penggunaan warna
cerah akan digunakan untuk memberi gambaran cahaya dan warna tersebut
akan di letakkan dibahagian subjek utama. Penggunaan warna gelap juga
menggambarkan keadaan masa ketika itu dan bayangan kepada keadaan yang
terlindung.
Penggunaan alat dan bahan yang beliau gunakan adalah cat minyak atas
canvas. Penggunaan cat minyak telah memberikan impak yang besar terhadap
lukisan beliau. Penggunaan cat minyak tersebut telah menampakkan ke
unggulan karya beliau. Teknik impasto yang telah di aplikasikan dalam lukisan ini
20

telah membentuk struktur berus yang cantik dan menggambarkan bahagian


lipatan kain dengan jelas. Penggunaan berus kasar dapat dilihat pada
latarbelakang lukisan tersebut. Garisan-garisan halus yang terdapat pada air,
rambut dan baju wanita itu telah menunjukkan sedikit pergerakan.
Lukisan figura ini agak sempurna dengan wujudnya jalinan pada urat tubuh,
keseimbangan pada tubuh, penegasan pada tubuh dan sebagainya. Lukisan ini
juga menggambarkan kesedihan yang melanda rumahtangga beliau dan dengan
itu, wajah pada wanita itu digambarkan agak sedikit kabur tetapi masih terlihat
raup wajah wanita itu.
Selain itu, perspektif yang wujud pada gambar menunjukkan ruang yang
agak terhad dan cetek. Ini menunjukkan fokus utama dapat ditonjolkan dengan
sempurna. Penggabungan kesemua eleman telah menyempurnakan lukisan ini
dan keadaan dramtis yang ingin di sampaikan juga berjaya dikesan oleh
penonton. Rembrandt telah berjaya mempelopori aliran ini dengan mencipta
teknik chiaroscuro dan menghasilkan lukisan yang mewah serta elegen.

3.3 Seni Tempatan


21

Perkembangan seni di Malaysia bermula pada abad ke 19 yang dipengaruhi


oleh pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris. Pengembara ini telah
meminta pelukis-pelukis negeri selat yang berketurunan China dan Melayu untuk
melukis gambar kehidupan tempatan yang bermotifkan alam flora dan fauna.
Para pedagang Inggeris ini telah memperkenalkan gaya lukisan landskap dalam
aliran realism, zaman pre-raphelites, tumer dan constable. Aliran ini hanya
bertahan selama 1 abad sahaja. Ini di sebabkan oleh pengaruh daripada seni
Perancis yang membawa pengaruh seni terbesar dalam dunia seni tempatan.
Antara

aliran

yang

diperkenalkan

seperti

impresionisme,

Kubisme,

surealisme,futurisme dan konstruktivisme.


Oleh yang demikian, aktiviti seni yang terawal bermula di negeri Pulau
Pinang apabila pengasas Pulau Pinang Sir Francis Light (1786) telah
membenarkan pelukis Inggeris berkarya dengan bermotifkan alam sekeliling
Pulau Pinang. Oleh kerana cinta akan seni tersebut, kebanyakan pelukis
menjadikan lautan dan keindahan pulau tersebut sebagai subjek utama.
Selepas daripada itu, seni tempatan telah berubah arah kepada seni moden.
Ini kerana tertubuhnya kumpulan Penang Impressionist (1920) yang terdiri
daripada para pelukis Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah
bangsa Inggeris. Kumpulan ini tidak disertai oleh pelukis tempatan kerana sikap
perkauman bangsa tersebut. Akan tetapi, mereka telah menerima Abdullah Ariff
sebagai tenaga pengajar dalam akademi tersebut manakala Puan Lim Cheng
Kung diterima kerana bantuan kewangan yang dapat di hulurkan pada masa itu.
Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pudat daya tarikan para
pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd
Hoessin Enas untuk menggesa beliau supaya pergi berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sampai

di

sana,

Hoesin

Enas

telah

menubuhkan

Angkatan

Pelukis

Semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal. Selepas


daripada itu, ramai lagi pelukis-pelukis tempatan yang menjadi terkenal dan
mereka telah memperkenalkan aliran masing-masing di mata dunia.
3.3.1 Harun Mokhtar
22

Harun Mokhtar merupakan seorang pelukis yang


terkenal di Malaysia. Beliau di besarkan di Sungai
Besar , Selangor 1963. Beliau mempunyai pendidikan
Diploma Seni Halus Institut Teknologi Mara pada
tahun 1983- 1988. Beliau pernah mengajar sebagai
Guru Penolong di SMK Meradong Serikei Sarawak
(1989-1990). Pernah berkhidmat sebagai Penyelia Petang
dan Penolng Kanan HEM di SMK Telok Gadong Klang,
Selangor (1994-1998). Mulai Julai 198 sehingga kini
bertugas di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam,
Selangor sebagai Guru Kanan Kemanusiaan.
Beliau lebih dikenali sebagai pelukis yang banyak menceritakan tentang
sejarah yang berlaku di Malaysia. Kebanyakkan lukisan yang beliau hasilkan
mengenai sejarah sesebuah negeri, keunikkan dan sosio-budaya yang terdapat
pada tempat tersebut. Beliau juga banyak menyertai pameran berkumpulan di
dalam dan luar Negara mulai 1985 sehingga kini. Antaranya seperti Pameran
Kelantan Indah,Pameran terbuka Malaysia, Pameran Craf and Flower , Sarawak,
Pameran Landskap Taman Negara , Daya Bumi, Pameran ASEAN BANKERS,
Menara May Bank, Kuala Lumpur, Pameran Women And Women, Pesuruh Jaya
Tnggi Australia, Pameran Pelukis-pelukis Muda Singapura, Thailand, Indonesia,
Filiphina dan Brunei. Pameran Terbuka BSLSA, Pameran Pelukis Malaysia
Argentina,Pameran Philip Morris BSLSA, Pameran Tanpannya Budi, UKM Bangi,
Pameran SAKSI dan lain-lain.Terbaru beliau telah menyiapkan 22 keping karya
(Siri Mengadap Sultan) untuk Koleksi Kebawah Duli Sultan Selangor. Sebagai
pendidik dan ahli masyarakat, beliau juga terlibat sebagai Pengubal Sukatan
Pelajaran Seni Visual (STPM), Jurulatih Utama dan Pentaksir STPM peringkat
Kebangsaan dan Negeri, Penyemak Kertas 2 Lukisan STPM (MPM), sebagai
guru seni Visual Tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah di SMK Ungku Aziz, Sabak
Bernam.

23

3.3.2 Apresiasi dan kritikan karya Seni Harun Mokhtar


Tajuk :
Penang in Days
Tahun : 1963
Alat dan Media :
Arkalik atas Kanvas

Kecenderungan beliau dapat dilihat dari hasil karya beliau iaitu seni bina
bangunan bersejarah yang mempunyai keunikkannya. Berlatar belakangkan
bangunan bersejarah tersebut dan di bahagian depannya beliau selitkan dengan
figuran manusia atau objek yang berkaitan dengan situasi yang hendak
ditonjolkan. Penekanan di buat lebih kepada seni bina bangunan bersejarah
tersebut.
Selain itu, karya beliau juga banyak menggambarkan tentang manusia dan
kebudayaan yang diwarisi melalui media catan tersebut.Catan yang beliau
hasilkan merupakan satu dokumentasi seni bina Melayu,corak kehidupan , tradisi
dan budaya setempat. Kadang kala beliau turut menyelitkan unsur pelbagai jenis
bangsa yang hidup dalam kerukunan dan aman damai. Karya beliau juga banyak
menimbulkan nostalgia yang berkaitan masyarakat kampung terutamanya
masyarakat Melayu.Sehubungan itu, karya beliau ini boleh disifatkan sebagai
karya yang mempunyai nilai sejarahnya. Melalui minat yang ditonjolkan dalam
lukisan beliau, dapatlah kita lihat prinsip seni yang telah di aplikasikan pada
lukisan tersebut iaitu unsur ruang dan perspektif serta keseimbangan kompisisi
yang menarik pada segi susunan objek.

24

Selain itu, sudut bagi bangunan yang ditonjolkan berbeza-beza dan menarik
perhatian untuk di lihat.Ketelitian lukisan beliau dapat dilihat pada jalinan dan
penggunaan garisan yang pelbagai menampakkan lagi struktur bagunan yang
sebenar. Banggunan sejarah tersebut merupakan penegasan bagi lukisan beliau
ini.
Penggunaan warna tanah dan semulajadi digunakan untuk menampakan
keklasikan lukisan ini. Warna yang cerah dan lembut telah digunakan pada
banggunan tersebut untuk menunjukkan kesan cahaya dan memberi fokus
kepada subjek tersebut. Lakaran orang-orang kecil telah memberikan impak
yang menarik pada lukisan beliau.Kesan ini menunjukkan pengaruh aliran Cina
yang terdapat pada lukisan ini kerana penegasan diberikan kepada sejarah
tersebut bukan kepada figura yang terlukis kecil itu.
Secara keseluruhannya, kita dapat lihat beliau merupakan seorang yang
berjiwa rakyat kerana hasil lukisan yang dipamerkan menggambarkan fenomena
masyarakat setempat yang harmoni dan seorang pencinta sejarah yang telah
memberikan informasi tentang zaman sebelumnya.

25

3.3.3 Hoessin Enas


Mohamad Huessin Enas nama diberi. Beliau
dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun
1924. Pada tahun 1947, beliau telah berhijrah ke
Malaysiamelalui Selat Melaka dan mendarat di Ayer
Hitam, Pulau Pinang.
Beliau tidak mempunyai pendidikan seni yang
khusus dan bakat yang beliau perolehi sekarang
melalui bakat semula jadi yang telah wujud sejak
azalinya. Sebelum menjadi karyawan dan tokoh seni yang di kagumi, beliau
adalah seorang insan biasa yang menyara keluarga dengan menjadi seorang
penarik beca. Di atas kepayahan hidup yang di alami, beliau juga menjadi
seorang pelukis jalanan dengan berbekalkan kemahiran sedia ada yang
dimiliknya. Walau bagaimanapun, nasib Hoessin Enas berubah apabila hasil
pertama pameran yang telah beliau sertai semasa di Pusat British Council
berjaya dan habis dijual, beliau telah dilamar oleh Frank Sullivan untuk bekerja di
Jabatan Orang Asli Malaya dan dilantik sebagai pegawai di jabatan tersebut.
Oleh kerana itu, banyak hasil karyanya menggambarkan tentang kehidupan
orang asli dan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak. Antara motif utama
karya beliau ialah wajah pahlawan Bajau, wanita Serani di Melak, penoreh getah,
penari Sumazau dan para nelayan.
Hoessin Enas juga dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik kerana
beliau sering menonjolkan figura dan potret yang berlatarbelakangkan budaya
tempatan masyarakat setempat. Hasil karya beliau di donimasikan oleh
kebudayaan dan kegiatan sosial ekonomi tempatan pada masa tersebut.
Penampilan wajah-wajah ayu perempuan kampung menunjukkan lagi mesej
kebudayaan yang ingin di sampaikan dengan lebih berkesan dan menarik
erhatian masyarakat umum tentang kebudayaan masyarakat Malaysia.
Penghasilan karya beliau tidak akan sempurna dan berkesan jika
penggunaan alat dan bahan yang digunakan tidak dikuasai dengan baik. Maka

26

dari itu, Hoessin Enas menggunakan media pastel dan cat minyak sebagai lat
dan bahan yang utama bagi menghasilkan karya yang sebenar.
Kemahiran yang beliau miliki diperakui oleh orang sekeliling terutamanya
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang
menyatakan hasil karya beliau mempunyai mutu yang tinggi dan ia merupakan
koleksi warisan negara yang cukup indah. Kenyataan itu dibuat atas dasar hasil
tangan beliau yang telah menunjukkan identiti masyarakat Malaysia yang
berlatar belakangkan pelbagai etnik, kekayaan dan kebudayaan masyarakat
setempat. Penghargaan ini amat sesuai dengan gelaran yang telah diterima oleh
beliau iaitu Pelukis Potret DiRaja.
Dengan kemahiran yang dimiliki itu juga, Hoessin Enas telah menjadi
pengasas kepada Majlis Kesenian Melayu @ Angkatan Pelukis Semenanjung
yang bergerak dalam semua bidang seni termasuk seni tari, seni muzik, seni
tampak, seni sasteradan seni lakonan. Pelbagai hasil karya yang telah beliau
hasilkan antaranya seperti Self Potrait (1958), Meminang (1960), Gadis
Melayu(1959), Mengaji (1990) dan sebagainya.
Pada tahun 1995, beliau telah meninggal dunia atas sebab serangan jantung
yang amat kritikal. Dengan pemergian beliau, telah hilangnya satu permata seni
tempatan yang termasyhor dan di kagumi rakyat.

3.3.4 Apresiasi dan kritikan karya Seni Hoessin Enas


27

Tajuk :
Gadis Penumbuk Padi
Tahun : 1959
Alat & Media :
Arang dan Pastel, Kertas

Karya di atas merupakan hasil


karya beliau pada tahun 1959 yang
bertajuk

Gadis Penumbuk Padi. Walaupun lakaran yang dihasilkan sangat

ringkas tetapi di sebalik lukisan tersebut mempunyai cerita yang menarik serta
nilai estetik yang tinggi.
Seperti yang terlihat, subjek utama yang ditonjolkan oleh pengkarya ialah
seorang wanita Melayu yang sedang menumbuk padi selepas menuaian padi
dibuat. Pengkarya memilih tema ini kerana ingin menunjukkan pekerjaan wanita
pada masa itu dan ia merupakan pekerjaan tradisi yang akan di lakukan oleh
semua wanita pada ketika itu. Selain itu juga, pengkarya ingin menonjolkan
semangat jati diri seorang isteri atau anak gadis pada masa itu untuk mencari
sesuap nasi bagi menyara keluarga selain daripada berperanan membantu
suami untuk menjaga keluarga.
Lukisan ini juga menggambarkan sikap berdikari anak gadis yang ingin turut
sama membantu keluarga yang pada ketika itu hidup dalam keadaan yang
sederhana. Nilai gadis Melayu yang gigih berusaha menjadikan lukisan ini
Nampak kelihatan lebih klasik dan realistik. Kemelayuan lukisan ini terserlah lagi
dengan penyesuaian lakaran gadis atau wanita Melayu yang berbaju kebaya
menampakkan suasana masyarakat setempat yang memiliki tradisi Melayu yang
sebenar. Ini juga menunjukan keadaan sebanar pengkarya ketika lukisan ini di

28

lakarkan. Tema yang di ketengahkan oleh pengkarya menggambarkan aturan


kehidupan masyarakat dan bangsa Melayu ketika zaman itu.
Melalui lakaran tersebut, alat dan bahan yang digunakan oleh pengkarya ini
tidak menarik perhatian, Akan tetapi, teknik dan kaedah yang digunakan semasa
melakar amat menimbulkan kesan yang menarik dan berkesan. Unsur seni
seperti jalinan dan garisan digabung sekali dalam lakaran supaya ia kelihatan
seimbang dan harmoni. Penggunaan unsur seni dan prinsip seni tersebut telah
menghasilkan bayangan cahaya yang terpancar ketika mana seorang gadis
sedang melakukan kerja di waktu panas. Selain itu, garisan yang kelihat di baju
gadis tersebut menunjukan kesan corak dan lipatan yang terdapat pada baju itu.
Penggabung jalin antara prinsip dan unsur seni juga telah menampakan lagi
estetiknya sesebuah lukisan tersebut. Pelbagai jenis garisan dan jalinan yang
terdapat pada lukisan itu tidak sedikit pun mencacatkan bahkan ia menimbulkan
kesan yang lebih klasik untuk sebuah karya gambaran dahulu.
Walaupun setitk warna tidak di aplikasikan ke atas karya ini, namun ia tetap
kelihatan seperti hidup dan penggunaan alat media ini melambangkan warna
tanah yang berada di sekeliling gadis tersebut. Penggunaan bahan yang sesuai
dengan gelap terang garisan telah menampakkan kejituan hasil karya pengkarya
ini.

Oleh

yang

demikian,

penggunaan

ton

warna

yang

sesuai

telah

menggambarkan semulajadinya lukisan ini dan ia kelihatan bersahaja dan santai.


Reka bentuk dalam lukisan ini kelihatan harmoni dan penegasan yang di
sampaikan tidaklah begitu ketara tetapi masih lagi terlihat apabila sebahagian
gambar kelihatan agak samar dan gelap manakala sebahagian lagi kelihatan
lebih cerah. Ini menunjukkan kesan cahaya yang ingin diperlihatkan oleh
pengkarya tersebut. Walau bagaimanapun, hasilannya amat menarik.
Pengaplikasian unsur dan prinsip seni amatlah penting dalam sesebuah
karya kerana ia merupakan kesan yang semulajadi dan penggunaannya akan
menimbulkan kesan yang lebih menarik serta memiliki nilai estetika yang tinggi.
Justeru, tidak sempurnalah sebuah karya jika ia di abaikan.

29

3.3.5 Rumusan apresiasi dan kritikan seni tempatan


Secara

keseluruhannya,

dapatlah

diperlihatkan

bahawa

kedua-dua

pengkarya seni tempatan ini mempunyai citarasa yang lebih kurang sama iaitu
dengan menonjolkan masyarakat setempat sebagai tema bagi hasil karya seni
mereka. Ini kerana, kedua-dua pengkarya ini amat mementingkan nilai warisan
budaya yang terdapat dalam masyarakat sekeliling kita. Selain itu, kemungkinan
besar yang menyumbang kepada pemilihan tema ini ialah faktor kehidupan
mereka yang sederhana dan tinggal di kawasan perkampungan orang Melayu
serta menjalani aktiviti kemasyrakatan, sosio budaya, dan taraf ekonomi yang
lebih kurang sama dengan gambaran yang mereka tonjolkan.
Walaupun tema yang mereka gambarkan hampir sama akan tetapi
penggunaan alat dan bahan yang di gunakan untuk melakar lukisan tidak
sama.Bagi pengkarya Harun Mokhtar, penggunaan cat air lebih memberikan
kesan yang menarik pada hasil karya beliau manakala bagi pengkarya Hoessin
Enas, penggunaan cat minyak dan kapur pastel telah memberikan impak yang
besar terhadap karya beliau. Ini menunjukkan berbezaan yang ditonjolkan oleh
kedua-dua pengkarya ini memberikan kesan yang positif terhadap hasil seni
karya tempatan.
Berdasarkan hasil lukisan Harun Mokhtar, latar belakang lukisan beliau
lebih menampakkan seni bina masyarakat Melayu dan penekanan terhadap
perspektif seni bina tersebut dijelaskan. Berbeza pula dengan Hoessin Enas,
karya yang beliau tonjolkan lebih kepada figura manusia. ini menunjukkan
kemahiran beliau terletak pada tektur tubuh badan yang digambarkan pada
lukisan tersebut.
Walau bagaimanapun, pengaplikasian unsur dan prinsip seni dalam hasil
karya pengkarya ini tidak di abaikan. Penggunaan warna yang terang
menampakkan kebaranian dan kedamaian masyarakat yang digambarkan oleh
Harum Mokhtar manakala penggunaan warna yang harmoni dammainan warna
tanah menampakkan perwatakan pelukis Hoessin Enas yang bersahaja dan
santai itu.

30

3.4 Tamadun China


Kesenian Tamadun China sememangnya telah lama mendapat perhatian
dunia. Ketinggian bidang keseniannya merangkumi pelbagai bidang antaranya
tmbikar, seni lukis, seni muzik, kaligrafi, dan seni bina. Kesemua bidang ini
sangat popular dan ia menjadi punca sosio ekonomi masyarakat setempat.
Zaman Zhou merupakan kegemilangan Kesenian dalam Tamadun China. Pada
zaman inilah teknik dan pengetahuan orang Cina terhadap seni berkembang
dengan majunya. Pelbagai motif dan stail telah dicipta dan teknik-teknik yang
digunakan dalam penghasilan seni juga berbeza. Walau bagaimanapun, kesan
daripada pengaruh seni Barat tidak dapat di hapuskan. Ada beberapa teknik,
stail dan lukisan yang terhasil mengandungi unsure-unsur seni Barat itu. Akan
tetapi, pengayaan dan tema utama lukisan masih menggunakan gaya Tamadun
China.
Pada Zaman Neolitik China pula, bidang kesenian yang maju adalah seni
tembikar. Kesenian tembikar yang di hasilkan oleh masyarakat China pada ketika
itu sangat popular dan keindahan seninya masih menjadi kegilaan masyarakat
pada hari ini juga. Tidak ketinggalan juga seni lukis di negara tersebut. Kesenian
yang terdapat dalam lukisan China ini amatlah mempengaruhi bidang seni dunia.
Penggunaan alat dan bahan yang telah digunakan oleh mereka menjadi contoh
kepada seni lukis dunia. Ini kerana kesan yang terhasil daripada penggunaan itu
sangat berbeza daripada lukisan aliran lain.Kegemilangan seni lukis China turut
dibantu dengan kesenian kaligrafi masyarakat itu. Ini kerana, sesetengah para
pelukis akan menyelitkan tulisan kaligrafi tersebut di sebahagian sudut lukisan
bagi menampakkan perbezaan dan keklasikan lukisan tersebut.
Selain itu, lukisan yang terhasil daripada masyarakat ini mempunyai unsurunsur falsafah, nilai dan citarasan masyarakat mereka. Oleh sebab itu,
penggemar seni Cina ini meliputi segenap masyarakat termasuk

golongan

atasan iaitu pihak Istana. Ini dibuktikan apabila pada zaman Dinasti Tang dan
Sung, golongan pemerintah dan elit kelas pertama akan menjadi penaung
kepada seni lukis Cina ini. Kedua-dua dinasti ini mempunyai perbezaan
31

keseniannya apabila pada zaman Dinasti Tang, pengaruh keagamaan lebih jelas
terserlah di dalam lukisan yang dihasilkan oleh para pelukis ketika itu. Pada
ketika itu, corak lukisan yang terhasil dipengaruhi oleh agama Budha. Ini kerana,
agama tersebut merupakan agama yang bersifat terbuka dan bersedia untuk
menerima kemasukan & pengaruh agama dunia yang lain antranya seperti
agama Hindu, Islam, Kristian, Zoroastrian, Manichaean dan Yahudi.
Pada awal abad ke-8, empayar Dinasti Tang merangkumi Laut Kaspia. Laut
China, Korea dan Anam. Oleh sebab hubungan pedaganagan antara mereka
erat, perkembangan seni Cina semakin luas. Ini merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi kegemilangan kesenian tamadun China. Pada masa itu
juga,lukisan-lukisan yang terhasil melambangkan kehebatan dan kemegahan
dinasti tersebut.Antara lukisan yang termasyhur pada ketika itu ialah lukisan hasil
karya Yan Liben yang bertajuk Scroll of the Emperors dan juga beliau digelar
hero artis lukisan. Penghasilan lukisan ini terhasil ketika permulaan kebangkitan
Dinasti Tang dan corak lakaran serta komposisi lukisan memperlihatkan
perubahan kepada seni lukias Cina tersebut.Aspek 3 dimensi yang di
implikasikan adalah berbeza sama sekali dengan stail linear pada lukisan-lukisan
era sebelumnya. Beliau telah menggunakan teknik yang lebih sistematik iaitu
dengan memperlihatkan bayangan yang mempengaruhi teknik daripada pelukis
dari Asia Tengah dan India.
Pada zaman ini juga, era corak keagamaan merupakan penyumbang utama
lukisan landskap. Wang Wei merupakan salah satu pelukis yang mngasaskan
lukisan landskap monokrom ini. hasil karya yang pertama yang telah beliau
hasilkan bertajuk Wangchuan Villa. Lukisan landskap ini menggambarkan
lukisan landskap yang sebenar dengan suasana kampung halaman yang di
luahkan dan beberapa buah bangunan, dan para petani yang berkerja sebagai
penangkap ikan telah menampakkan keindahan kan keunikan lukisan landskap
beliau. Selain itu, terdapat juga menceritaan tersirat yang sukar diungkapkan
bagi sesiapa yang melihatnya. Ini berkemungkinan tem yang dipilih oleh beliau

32

merupakan hasil daripada pengalaman beliau sendiri. Beliau telah menggunakan


teknik topografi bagi menghasilkan lukisan seindah ini.
Kegemilangan Dinasti Tang telihat apabila pelbagai pengaruh dan era corak
keagamaan menjadi sumber utama para pelukis ketika itu, tidak ketinggalan juga
dengan Dinasti Sung. Perkembangan seni pada dinasti ini berfaktorkan dengan
tertubuhnya Pusat Akademi Seni Lukis yang pertama di Asia Timur. Penubuhan
akademi ini bertujuan untuk melatih pengkarya-pengkarya yang cinta akan
kesenian seni China mendapat pendidikan yang secukupnya bagi melahirkan
para pelukis yang berkalibe tinggi. Salah satu pusat akademi yang tertubuh pada
ketika itu telah di naungi oleh Maharaja Hui Zong iaitu seorang Maharaja yang
amat mencintai bidang seni lukis ini serta merupakan salah satu pelukis pada
ketika itu. Kegemilangan kesenian seni lukis ketika itu terlihat dengan keindahan
seni muralnya yang telah menitikberatkan 3 format utama seni lukis Cina iaitu
skrol jantung hanging scroll , skrol tangan handscroll, dan helaian single
sheet. Ketiga-tiga format ini merupakan perkara yang terpenting kepada tradisi
lukisan professional dan formal lukisan mural ini. . Di samping itu, cara-cara
tradisi lukisan dinding di atas permukaan kayu, plaster atau sebagainya
diteruskan sehingga kegunaannya pada masa kini telah di abaikan.
Dalam

abad

ke

10-11,

perkembangan

lukisan

landskap

sangat

membanggakan. Ini kerana, masyarakat Cina pada ketika itu mempercayai


lukisan jenis ini bukan sekadar lukisan semata-mata tetapi ia mengandungi
falsafah dan pengertian yang mendalam disebalik lakaran yang telah dihasilkan
itu. Penggayaan lukisan lanskap pada zaman Dinasti Sung terbahagi kepada 5
bahagian iaitu :a) Courtly Mode iaitu mod yang mempunyai kesinambungan tradisi ceritera
dan seni istana Dinasti Tang dan penghasilannya melibatkan warna.
b) Monumental Mode yang mengisahkan tentang zaman Dinasti Sung Utara
dan

meliputi

beberapa

sekilah

lukisan

landskap

yang

terawal.

c) Literal Mode ( Mod formal) iaitu peralihan daripada mod pertama dan
kedua yang akhirnya membawa beralih kepada zaman Dinasti Sung Selatan.
33

d) Lyric Mode (mod berlirik) yang bermaksud lakaran lukisan yang


diadaptasikan daripada beberapa ciri mod dua dan tiga untuk menghasilkan
lukisan yang lebih menarik serta berkesan.
e) Spontaneous Mode (mod spontan) ini merupakan teknik yang terakhir
yang digunakan oleh pelukis pada zaman Dinasti Sung iaitu dengan
menghasilkan lukisan yang lebih radikal dan spontan.
Kesemua mod ini merupakan teknik yang telah digunapakai untuk menghasilkan
mural yang indah serta mempunyai unsur tradisi yang kekal. Sesebuah karya
akan terhasil dengan penggabungan tiga mod yang telah dipilih oleh pengkarya
tersebut. Ini bertujuan supaya mod yang terhasil pada lukisan itu menjadi lebih
klasik dan natural.
Sungguhpun kegemilangan kesenian seni lukis di Cina membanggakan,
kritikan dan pandangan negatif pelukis Barat tetap diterima oleh mereka. Ini
kerana, kebanyakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dan
pendidikan dalam seni lukis. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina tetap
bangga dengan hasil lukisan mereka kerana setiap lukisan mempunyai maksud
yang tersendiri dan mampu memberi ketenangan apabila melihatnya. Selain itu,
lukisan yang terhasil merupakan penterjemahan kepada kehidupan masyarakat
sekeliling pada ketika itu dan dalam makna yang lain lukisan mereka merupakan
cerminan mereka. Inilah yang membuktikan perbezaan seni lukis Cina dengan
bangsa lain.
Karya-karya Cina amat kuat dipengaruhi fahaman Taoisme yang mengajar
kehidupan ringkas dan spontan, serta mengikut kehendak alam semulajadi. Oleh
yang demikian, lukisan Cina dilukis ringkas dengan tidak menggunakan banyak
warna. Peralatan yang digunakan juga agak mudah seperti dakwat hitam dan
berus yang diperbuat dari buluh berbulu kambing. Lukisan-lukisan dihasilkan
pada kain sutera atau kertas serap yang diperbuat dari pulpa buluh. Pada zaman
klasik, lukisan-lukisan Cina boleh didapati di dinding-dinding istana. Dakwat
hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan bebas dan pantas bagi
34

menghasilkan lukisan secara spontan dan natural. Kebiasaannya lukisan Cina


mempunyai satu subjek sahaja. Pelukis-pelukis Cina akan terlebih dahulu
menghayati semangat subjek sebelum melukis. Pemandangan semulajadi,
binatang seperti ikan, bunga dan manusia adalah di antara tema-tema utama
dalam lukisan Cina. Kuda, contohnya, selain berperanan penting di dalam
ketenteraan Dinasti Tang dan sukan-sukan rekreasi seperti polo dan memburu,
ia juga popular sebagai salah satu subjek lukisan.
3.4.1 Wu Tao- tzu
Wu Tao- tzu dikenali sebagai Wu Tao- Hsuan.Dilahirkan di Yang- ti
berhampiran Loyang,Honan Province.Beliau merupakan pelukis seni khaligrafi.
Beliau telah mempelajari seni tersebut dengan sami Buddha Chang Hsu. Seni
kaligrafi beliau menekankan aspek berus yang tajam dan kasar. Kelajuan
penggunaan berus beliau adalah aspek penting dalam seni Wu Tao- tzu itu.
Beliau adalah antara pelukis pertama yang membangunkan cecair, penebalan
dan

penipisan

brushlineyang

menggambarkan

bentuk

halus

berus.

Wu merupakan pelukis mural yang terkenal dan lukisannya sering di


lakarkan di dinding-dinding kuil agama Budha dan kawasan kuil tersebut.
Kehandalan beliau untuk melukis dan menulis kaligrafi telah menunjukkan
kegemilangan seni pada Dinasti Tang. Ketangkasan penggunaan berus yang
telah beliau guna menjadikan beliau seorang pelukis yang dihormati dan
dikagumi ketika itu.

3.4.2 Apresiasi dan kritikan karya Wu Tao tzu


35

Tajuk :
Emperor
Tahun : Alat & Media :
Berus atas dinding

Lukisan

ini

menceritakan

tentang

sejarah kegemilangan Dinasti Tang. Lukisan ini dilakar ketika majlis yang
berlangsung di dalam kuil Budha tersebut. Kebanyakkan lukisan beliau
menggambarkan keadaan yang berlaku dalam kuil dan keadaan sekelilingnya.
Kebiasaannya,

lukisan

beliau

di

lakar

pada

dinding-dinding

kuil

dan

penghasilannya menggunakan teknik berus halus yang telah digunakan oleh


beliau dalam setiap karyanya.
Penggunaan warna yang terang menunjukkan sifat semulajadi lukisan Cina.
Lukisan ini banyak menggunakan unsur garisan bagi menunjukkan keunikan
yang terdapat pada baju Maharaja tersebut. Walau bagaimanapun, keharmonian
dari segi warna dan garisan telah menunjukkan ketelitian pelukis tersebut.
Penggunaan warna yang agak gelap diletakkan pada bahagian yang terlindung
dan belakang.
Perspektif pada gambar ini menunjukkan satu titik lenyap dimana kedudukan
figura kelihatan seperti condong ke bawah. Kepelbagaian kedudukan figura juga
dapat dilihat dengan jelas dan bentuk figura dilukis dengan baik walaupun dalam
keadaan yang agak terhad.
Penggunaan berus halus digunakan untuk melakar garisan-garisan halus
yang terdapat pada jubah tersebut manakala berus yang agak tebal digunakan
untuk garisan yang tebal. Ini menunjukkan kemahiran pelukis terletak pada
penggunaan berus yang telah beliau gunakan.
Dengan melihat lukisan ini, dapatlah kita lihat bahawa lukisan yang lahir
pada tamadun Cina bersifat semulajadi dan lukisannya mengisahkan tentang
kehidupan sesuatu masyarakat tersebut.
36

3.4.3 Guo Xi
Guo Xi dilahirkan pada tahun 1020 dan telah meninggal dunia sekitar tahun
1090. Guo Xi dilahirkan di negeri Wen wilayah Henan. Beliau merupakan
seorang pegawai istana, ahli sastera dan juga pelukis landskap yang terkenal.
Sebelum menjadi seorang pelukis, beliau merupakan seorang pegawai yang
berkhidmat di sebuah mahkamah dibawah pemerintahan Maharaja Shenzong.
Beliau adalah pelukis landskap yang terkenal pada zaman Dinasti Song. Beliau
juga merupakan ahli terkemuka di Imperial Academy of Painting.
Perkembangan seni lukis pada ketika itu sangat membangun dan lukisan
yang ditampilkan oleh para pelukis bebentuk alam semulajadi. Xi banyak
menggunakan lapisan dakwat yang nipis untuk melihatkan lukisan yang lebih
semulajadi dan hidup. Ini kerana Xi mentafsirkan bahawa alam semulajadi
merupakan tempat utama bagi setiap makhluk yang tinggal di bumi. Dalam
lukisan beliau, gambaran secara langsung amatlah penting dan gambaran
suasana yang tepat memainkan peranan yang penting dalam karya beliau.
Beliau menyatakan

bahawa seorang pelukis haruslah melukis dengan

memperlihatkan landskap yang sebanar tanpa membayangkannya. Seorang


pelukis juga hendaklah menggunakan warna yang sesuai dan kedudukan yang
betul bagi memerlihatkan kejadian sebenar. Bagi beliau, gunung merupakan
aspek yang paling penting dalam lukisan landskap. Kefahaman terhadap alam
sekitar juga penting dalam lukisan landskap kerana ia akan mencerminkan
kadaan semulajadi yang tepat.
Xi juga merupakan seorang penulis buku yang bertajuk Collection of Hermits
in Woods And Spring yang menceritakan akan kepentingan lukisan landskap
Cina dalam seni lukis cina ini. Beliau percaya proses dalam berkarya ialah
perjalanan jiwa yang melibatkan imaginasi yang tinggi dan kebolehan dalam
berfikir bagi melahirkan lukisan yang hidup dan semulajadi. Oleh itu,
kebanyakkan lukisan beliau melihatkan perlbagai perspektif gambar yang
dipanggil sudut keseluruhan. Lukisan Xi juga sentiasa menampilkan pelbagai
bentuk pokok antaranya pokok melentur, membongkok dan menegak. Ini kerana
variasi pokok itu dapat menunjukkan kesan semulajadi alam.
37

3.4.4 Apresiasi dan kritikan karya Guo Xi

Tajuk :
Early Spring
Tahun :
1072

Lukisan di atas merupakan hasil karya Guo Xi yang mengisahkan tentang


keindahan di pagi hari. Dalam lukisan ini, pelukis ingin menggambarkan
ketenangan yang terdapat semasa waktu pagi. Penggabungan di antara gunung
dan sungai menjadikan lukisan beliau kelihatan natural dan harmoni.
Kedudukan setiap gunung juga berbeza kerana beliau ingin menunjukkan
perspektif dekat dan jauh objek tersebut serta kedalaman persepktif ini. Bagi
gunung yang agak jauh, beliau memperhaluskan lakarannya dan penggunaan
warna yang serah menunjukkan objek tersebut lebih jauh. Bagi kedudukan objek
yang berada dihadapan, lakarannya lebih tebal dan garisan yang tebal
menunjukkan terdapatnya kesan cahaya yang berlaku. Kepelbagaian garisan
juga dapat di lihat pada lakaran-lakaran pokok yang terdapat dicelahan gununggunung tersebut.
Penggunaan warna tahah dan cerah digunakan untuk memperlihatkan
keadaan alam semulajadi tersebut. Penggunaan warna ini juga telah
menunjukkan pergerakkan pada lukisan apabila kedudukan gunung yang rendah
diwarnakan dengan warna yang agak gelap dan apbila gunung dilukis semakin
tinggi, penggunaan warna berubah menjadi lebih cerah.

38

Walau bagaimanapun, keseimbangan lukisan ini sesuai dengan sifat


semulajadi keadaan sebenarnya. Bentuk muka bumi yang ditampilkan oleh
pelukis juga tepat dan ia seperti keadaan sebenar apabila melihatnya. Secara
keseluruhannya,

lukisan

landskap

memerlukan

seorang

pelukis

yang

mementingkan alam semulajadi dan menggabungan di antara alam benda yang


lain memberikan impak yang besar kepada lukisan tersebut.

39

3.5 Rumusan
Secara keseluruhannya, perkembangan seni yang berlaku sekarang ini di dorong
oleh pengaruh yang berlaku pada zaman permulaan seni diperkenalkan.
Pelbagai aliran telah dikenalpasti dan oleh sebab itu, penghasilan karya juga
berbagai-bagai mengikut aliran yang dipilih oleh pengkarya. Setiap zaman atau
tamadun mempunyai matlamat yang tersendiri terhadap lukisan mereka. Bagi
pandangan

Islam,

seni

hendaklah

berlandaskan

agama

dan

syarak.

Pengabadiannya sepenuh untuk Yang Maha Esa. Ini berbeza dengan seni Barat.
Seni adalah untuk mengekspresikan diri dan alam yang mereka alami. Seni
mereka hanya untuk manusia semata-mata. Oleh yang demikian, kebanyakkan
pengkarya seni sekarang melukis berpandukan seni yang berada di Barat kerana
seni di Barat merupakan pemulaan seni yang terbesar dan pengaruhnya amat
terkesan sehingga kini. Jesteru penghargaan seni itu sebenarnya terletak pada
diri individu terbabit akan tetapi sebagai seorang muslim, seni hanya lah untuk
merakam keindahan penciptaNya.

40

4.0 Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaaNYA dapat
saya sempurnakan tugasan pada semester kali ini. Setiap individu yang bergelar
seorang pelajar hendaklah menjalankan tugasannya dengan sebaik mungkin.
Seperti itu juga diri saya yang telah menjadi mahasiswi di Institut Perguruan
Darul Aman sejak satu sengah tahun yang lepas. Sebagai seorang pelajar, saya
bertanggungjawab ke atas apa yang telah diamanahkan dan menjadi kewajipan
untuk saya melaksanakannya.
Pada semester ini, tugasan Pendidikan Seni Visual telah diserahkan kepada
semua pelajar PISMP semester 1 untuk dilaksanakan dengan tempoh yang
ditetapkan. Kini tugasan itu telah dilaksanakan sebaik mungkin. Semasa tugasan
itu dilaksanakan, pelbagai ilmu pengetahuan telah ditimba dan pengalaman yang
baru telah dirasai.
Sebelum
Seperti sedia maklum, apabila serahan tugasan diberikan, perkara pertama
yang akan di lihat ialah tajuk tugasan. Tugasan kali ini mengkehendaki saya
untuk mencari 2 orang tokoh seni bagi setiap Aliran Seni yang terdapat di dunia.
Ini merupakan tajuk yang agak sukar untuk saya menyelesaikan. Akan tetapi
saya memanjatkan kesyukuran kerana kemudahan telah diberikan olehNYA.
Semasa
Pencarian bahan dilaksanakan dengan semaksima yang mungkin. Akan
tetapi naib tidak menyebelahi saya apabila bahan tugasan yang dicari sukar
untuk dijumpai dan pelbagai masalah mula timbul.Ini tidak mematahkan
semangat saya untuk melakukan. Pencarian bahan diteruskan di laman
sesawang yang erupakan rujukan utama setiap pelajar.
Alhamdulillah sebarang permasalahan yang besar tidak timbul cuma
kekangan masa yang agak kritikal oleh kerana pada masa itu adalah cuti Hari
Raya Aidilfitri. Akan tetapi, tugasan harus disiapkan sebelum tarikh hantarnya.
41

Apabila sekembalinya di IPDA, tugasan saya masih tidak sempurna dan


maklumat yang saya perolehi tidak mencukupi untuk menyempurnakan tugasan
ini. Dengan adanya rakan yang sudi membantu, maklumat yang saya perlukan
dapat diselesaikan bersama.
Selepas
Alhamdulillah, akhirnya tugaan sempurna sudah dan bersyukur kehadrat
Illahi kerana diberikan kesempatan masa dan kesihatan yang sihat untuk
menyempurnakan tugasan ini.
Sepanjang tugasan ini dilaksanakan, saya telah mendapat pelbagai input
yang berguna dan ilmu tersebut dapat digunakan untuk masa akan datang.
Dengan ini, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang positif kepada diri saya.
Akhir kalam, ucapan terima kasih diberikan kepada Pensyarah Pembimbing Pn.
yang telah membantu dalam pembelajaran dan memberi peluang serta masa
untuk saya sempurnakan tugasan ini. Buat rakan-rakan sekalian serta individu
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sekali lagi ribuan terima
kasih di ucapkan.

42

Anda mungkin juga menyukai