Anda di halaman 1dari 4

SALAM BORNEO

APLIKASI FOTOGRAFI DALAM PEMBELAJARAN

PERSPEKTIF
Komposisi ini melibatkan penggunaan ruang sempit dan ruang luas dalam
menghasilkan satu bentuk pemandangan berbentuk perspektif. Teknik komposisi ini
digunakan jurugambar untuk mengambil satu bentuk pemandangan jarak dekat dan
jarak jauh dalam satu gambar. Gambar juga akan keilihatan mempunyai penghujung
dalam satu-satu subjek.

FRAMING

Gambar yang diambil dengan komposisi ini memerlukan beberapa elemen tambahan
yang akan dijadikan subjek merehatkan mata. Subjek utama akan di fokuskan di
bahagian tengah, manakala unsur subjek tambahan akan memenuhi bahagian tepi di
sekeliling gambar sehingga kelihatan seperti bingkai. Fungsi ini bertujuan untuk
mengelakkan gambar dipenuhi dengan ruang kosong.

SIMETRI
Simetri adalah teknik biasa dalam pengambilan gambar iaitu dengan cara
memfokuskan subjek di tengah-tengah gambar. Teknik ini adalah bertujuan untuk
memberi keseimbangan yang tepat pada gambar. Samaada subjek yang diambil figura
atau pemandangan, fokus subjek adalah berada ditengah gambar, prinsip
keseimbangan perlu diaplikasikan dengan baik untuk mendapatkan susunan subjek dan
latar yang kemas dan seimbang.

FREEZING (PEMBEKUAN)
Freezing adalah teknik pembekuan subjek yang sedang bergerak laju. Contohnya
membekukan air yang terpercik dan gambar akan kelihatan seperti masa sedang
dihentikan. Teknik freezing akan memberi kesan khas yang sangat menarik kerana
keseluruhan subjek utama dan subjek sampingan akan kelihatan membeku ketika
gambar diambil.

Close up
Close Up adalah teknik komposisi yang mengutamakan imej subjek dari jarak yang
dekat, teknik ini juga bertujuan untuk merakamkan subjek secara terperinci, bahagian
latar belakang tidak diberikan tumpuan. Teknik menangkap gambar ini juga baik
digunakan untuk merakamkan ekspresi terutamanya pada subjek figura manusia.
Ketelitian pada kerutan dan permukaan akan kelihatan lebih jelas.

RULE OF THIRD
Rule of third merupakan satu asas disiplin untuk menentukan komposisi menjadi
seimbang. Keseimbangan dalam bentuk ruang perlu diwujudkan bagi mengelakkan
berlakunya tension space atau ruang yang memberi tekanan hingga mewujudkan
ketidakseimbangan dalam gambar. Aturan dalam teori fotografi mengatakan
keseimbangan tidak hanya wujud apabila subjek berada di tengah-tengah gambar.
Selain itu tidak juga menjadi kesalahan sekirannya subjek diletakkan di bahagian
sepertiga gambar. Rule of third merupakan satu teknik komposisi dimana objek
diletakkan diantara garis bersilang dibahagian garisan sepertiga gambar. Komposisi ini
menjadikan gambar lebih mempunyai cerita apabila sepertiga ruang dalam gambar
dijadikan latar belakang dan hanya satu ruang digunakan untuk difokuskan pada
subjek. Komposisi ini juga menekankan prinsip keseimbangan seni sebagai asas dalam
mewujudkan keseimbangan subjek dalam ruang.

MEDIUM CLOSE UP (FOKUS JARAK SEDERHANA)

Medium close up merupakan teknik pengambilan gambar dengan ruang pengambilan di


antara medium shoot dan close up. Medium close up untuk figura biasanya diambil
daripada bahagian dada ke atas. Teknik ini mampu menangkap ekspresi wajah dengan
lebih jelas.

PANNING
Menghasilkan gambar bergerak adalah teknik yang menarik dalam fotografi. Dengan
menggunakan Shutter Speed laju kemudian ikut pergerakan objek atau pelari. Maka
kesannya, kita akan memperolehi bahawa pergerakan objek itu seperti tajam dan latar
belakangnya akan memperlihatkan gambaran kabur.

Anda mungkin juga menyukai