Anda di halaman 1dari 15

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses untuk membantu individu bagi
memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk
mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar.
Peranan guru bimbingan adalah sangat penting bagi membantu para pelajar dengan
menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial
dan kemudahan pendidikan. Ini salah merupakan secara tidak langsung akan
membantu pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang
betul terhadap masalah yang dihadapinya.

Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


adalah suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran
dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu
usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan
halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Banyak program boleh
diatur bagi memberi perkhidmatan membantu pelajar dalam aspek pemulihan,
pencegahan dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan
dan sikap diri pelajar melalui unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
berkesan selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Peranan guru bimbingan amat berat kerana bertanggungjawab dalam usaha


memperkembang segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa pelajar
tersebut bersekolah. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah membuat
suatu perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya
supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan bagi
membentuk pelajar supaya seimbang berjiwa besar, berwawasan dan berketrampilan.

1
1.1.1 Kesesuaian suasana bilik bimbingan dan kaunseling

Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling bergantung


kepada pelbagai aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, warna bilik dan
sebagainya. Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh menjalankan
sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas
malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau tempat khas.
Dengan adanya bilik khas, guru bimbingan dan kaunseling boleh menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang halangan.

Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif, teraputik, selesa dan
menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling
terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan masalah. Oleh
itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang
sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai
objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga dapat meyakinkan dan
mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.

Saya dan rakan sekumpulan saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling
yang terdapat disekolah berpraktikum kami. Terdapat sebuah bilik yang telah
diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang telah dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang seharusnya ada dalam sebuah bilik
bimbingan dan kaunseling. Bilik ini memenuhi keperluan setiap klien dimana terdapat
ruang-ruang khas yang disediakan untuk menjalankan bimbingan sama ada individu
dan kelompok. Selain itu, terdapat seksyen untuk pelajar melepaskan lelah sementara
masa rehat berakhir iaitu di seksyen permainan. Guru bimbingan dan kaunseling
sekolah ini telah menyediakan ruang khas permainan ini untuk mengelak daripada
pelajar bermain dan berlari semasa rehat. Pelbagai permainan yang menguji minda dan
santai telah disediakan antaranya permainan sahiba, catur, jutaria dan sebagainya bagi
merangsang minda pelajar untuk berfikiran kritis walaupun semasa bermainan.

Secara keseluhannya, saya mendapati bilik bimbingan dan kaunseling sekolah


pratikum saya amat bertepatan dengan peraturan yang di gariskan dalam pengurusan

2
bilik bimbingan kaunseling tersebut. Ini kerana, keperluan setiap pelajar di penuhi
dengan jaya dan objektif untuk menarik pelajar mendekati guru bimbingan kaunseling
dan bilik kauseling tercapai dengan maksimum. Perasaan seperti takut di kaunseling
atau segan telah hilang sedikit demi sedikit dalam diri pelajar dan salah satu sebab
adalah keselesaan bilik kaunseling tersebut.

1.1.2 Pencahayaan Dan Pengudaraan

Melalui pemerhatian yang dilakukan ketika melawat ke bilik bimbingan dan


kaunseling kami mendapati bahawa bilik ini memiliki pengudaraan dan pencahayaan
yang baik. Terdapat 8 lampu kalimantang dalam bilik bimbingan dan kaunseling
tersebut. Tingkap di belakang bilik yang dipasang langsir berwarna biru, jelas kelihatan
aspek pencahayaan bilik tersebut baik dan menenangkan. Melalui pemerhatian, saya
dapati bahawa bilik ini sentiasa terang walaupun tidak dipasang lampu. Ini disebabkan
oleh kedudukan bilik tersebut yang menghadap ke kawasan sinaran matahari terbit.
Dari segi aspek pengudaraan pula, bilik ini dilengkapi dengan 2 buah pintu iaitu pintu
masuk dan keluar, 4 kipas yang berfungsi dengan baik dan sejuk serta tingkap yang
banyak. Faktor bilangan tingkap yang banyak telah membantu proses keluar masuk
udara yang bersih kerana apabila pelajar masuk ke bilik kaunseling, pelbagai bau yang
mereka bawa daripada luar telah mengganggu sedikit ketenangan yang terdapat pada
bilik kaunseling tersebut. Oleh demikian, kedudukan bilik kaunseling di sekolah ini amat
strategik dan pengudaraan serta pencahayaan amat memenuhi keperluan semasa dan
ia amat kondusif untuk di duduki.

1.1.3 Susun Atur Perabot Dan Kemudahan

Melalui pemerhatian saya, beberapa susun atur perabot telah pun menepati
kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah rak atau
almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut yang sesuai dan
keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di dalam bilik. Tempat duduk
untuk klien juga selesa dan senang untuk guru bimbingan dan kaunseling menjalankan
perkhidmatan kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu. Kedudukan meja
guru bimbingan kaunseling yang menghadap ke pintu utama bilik amat sesuai kerana

3
guru mudah untuk memerhati keluar masuk murid dan tetamu yang hadir ke bilik
tersebut. Sudut-sudut bacaan dan permainan juga disediakan pada ruang yang selesa
dan luas sesuai untuk sekumpulan pelajar bermaian dengan tenang. Bilangan perabot
yang tidak terlalu padat telah memperlihatkan kawasan bilik tersebut sangat luas dan
bersih. Oleh itu, sudut pandang bilik tersebut sangat menyenangkan mata yang
melihatnya.

1.1.4 Susun atur bahan bacaan dan informasi

Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa informasi dan hasil kerja yang
ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. Selain itu, terdapat juga poster-poster
seperti Poster Anti-Dadah, larangan merokok, kata-kata motivasi dan sebagainya
ditampal pada dinding-dinding bilik tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit. Namun
begitu, bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap dalam penyediaan
bahan-bahan bacaan seperti majalah, buku, risalah dan sebagainya. Sebagai
cadangan, guru bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan lebih banyak bahan
bacaan yang selaras dengan umur murid atau klien yang berkaitan dengan bimbingan
dan kaunseling. Sebagai contoh, guru tersebut boleh menyediakan bahan bacaan
seperti cara mengurangan stres dan sebagainya. Bahan bacaan ini secara langsung
akan membantu pelajar atau klien untuk menyelesaikan masalah mereka yang
berkaitan dengan emosi, sosial dan tingkah laku melalui pembacaan yang dilakukan.

1.1.5 Warna bilik

Warna merupakan perkara yang terpenting dalam sesebuah ruang sama ada
dalam bilik ataupun ruang yang luas. Ini kerana penggunaan warnadapat melahirkan
perspektif-perspektif yang baharu, suasana yang kondusif, susut pandang yang positif
dan penarik sesuatu tempat. Melalui pemerhatian saya, guru bimbingan dan kaunseling
telah memilih warna kuning air untuk melatari setiap ruang di bilik tersebut. Menurut
guru bimbingan dan kaunseling, warna tersebut melambangkan kesucian dan
kebersihan. Walaupun klien atau pelajar yang hadir ke bilik tersebut mempunyai
pemikiran yang agak negetif atau kecelaruan dalam kehidupan akan tetapi semasa
keluar dari bilik tersebut pelajar atau klien mestilah menjadi seorang insan yang

4
berfikiran positif dan bersih. Sebagai penambahbaikkan, guru tersebut boleh
menggunakan warna hijau kerana warna hijau adalah satu warna yang melambangkan
sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan
ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda
yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah
warna kekuatan dan persahabatan. Selain itu, guru tersebut juga boleh menggunakan
warna merah jambu kerana warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna
kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam
aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu
menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak
keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang
mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan

1.1.6 Kesesuaian Lokasi Bilik Kaunseling

Bilik bimbingan dan kaunseling merupakan bilik khas yang memerlukan suasana
yang aman dan damai. Oleh yang demikian, faktor kesesuainan lokasi di setiap sekolah
perlulah diambil kira. Merujuk kepada pelan, bilik bimbingan dan kaunseling terletak di
aras bawah bersebelahan dengan dewan sekolah. Bilik ini juga terletak berhampiran
dengan bilik pendidikan khas dan bilik prasekolah. Pada pendapat saya, lokasi bilik
bimbingan dan kaunseling sekolah ini adalah agak strategik. Ini adalah kerana
kedudukan yang terletak di aras satu bersebelahan dengan bilik bacaan acses kendiri
(SAL) akan memudahkan pelajar untuk mengunjungi bilik kaunseling pada bila-bila
masa sahaja.

Di samping itu, kedudukan bilik yang jauh dari bilik darjah dapat menjamin
kerahsiaan klien, murid-murid dan guru-guru lain tidak mengetahui tentang kehadiran
klien ke bilik kaunseling. Dengan ini, pelajar boleh datang ke bilik bimbingan dan
kaunseling tanpa berasa segan silu. Kehadiran klien dapat disembunyikan daripada
pengetahuan orang lain. Secara tidak langsung. Klien akan berasa senang hati dan
selesa dengan kedudukan strategik ini.

5
1.2 Program Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

Kesesuaian sesuatu program bergantung kepada objektif sesuatu program yang


dijalankan. Jika program yang dirancang telah mencapai objektif yang ditetapkan, maka
program itu sangat sesuai dengan murid-murid. Terdapat banyak program yang
dilaksanakan dibawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah praktikum saya.
Antaranya ialah program transisi tahun 1, program transisi tahun 4, kempen anti dadah,
bulan kemerdekaan dan sebagainya. Kami bersama guru bimbingan dan kaunseling
telah merancang untuk melaksanakan kempen anti dadah selama 1 minggu bermula
pada 2407 28072016 iaitu 5 hari di sekolah tersebut. Kami memilih murid-murid tahap
1 dan tahap 2 sebagai kumpulan sasaran bagi program ini. Objektif program kami
adalah untuk menyedarkan murid-murid tentang betapa bahaya dadah kepada manusia
dan cara mengelakkan diri daripada menagih dadah. Pelbagai persiapan telah
dilakukan untuk menjayakan program kempen anti dadah. Sokongan guru-guru sekolah
tersebut sangat memuaskan.

6
1.2.1 LAPORAN MINGGU ANTI DADAH ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya,
kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian
kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan
dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang
diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk
memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan
modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada
pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan
masyarakat.

2.0 MATLAMAT

Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan
serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan muridmurid
mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan
mengamalkannya;

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup
sihat

3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah
lagi

7
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah

3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Pra sekolah, pendidikan khas, Murid-murid Tahun 1 Tahun 6

5.0 TENTATIF PROGRAM (TEMPAT : Tapak perhimpunan pagi /kelas /dewan )

TARIKH MASA AKTIVITI

24.07.2016 7.30 pagi Pelancaran Minggu Anti Dadah


Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua murid
Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ucapan Perasmian
Taklimat aktiviti Minggu Anti dadah
Persembahan Koir
Persembahan drama
Edaran tajuk & syarat-syarat pertandingan mewarna /melukis
poster/sajak/
Edaran soalan kuiz pencegahan dadah
25.07.2016 10.15 pagi Pertandingan mewarna bagi murid tahap 1, prasekolah dan
pendidikan khas
26.07.2016 10.15 pagi Pertandingan melukis poster bagi tahap 2
27.07.2016 10.15 pagi Kuiz bagi tahap 1 dan tahap 2
28.07.2016 10.15 pagi Majlis penutupan program minggu Anti dadah

1.2.2 Kelebihan dan kekurangan Program Anti Dadah Peringkat Sekolah

8
1 Malaysia Membanteras Dadah, Ini adalah tema bagi minggu anti dadah tahun
2016 yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak
sekolah. Matlamat utama program yang berlangsung pada 2407 -28072016 ini adalah
untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah
Tahun 2016.

Setiap program yang diadakan mempunyai kelemahan dan kelebihan walaupun


dirancang dengan sistematik. Dengan ini, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan
dalam program minggu anti dadah yang telah diadakan di sekolah. Kita sedia maklum
bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan jantina. Dadah akan
menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian
jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi
kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan
keluar. Melalui program seperti ini, pelajar mendapat pendedahan baru tentang dadah.
Para pelajar dapat memahami tentang keburukan dadah, kesan daripada menagih
dadah dan lain-lain lagi. Dengan mempunyai pengetahuan ini, pelajar dapat
mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam unsur negatif sebegini. Mereka sedar
bahawa dadah akan membawa maut kepada mereka yang menagihnya.

Semasa aktiviti dijalankan, pelajar juga dapat mengenalpasti jenis-jenis dadah


yang mudah untuk diperoleh melalui pameran yang dijalankan. Ceramah yang adakan
juga sedikit sebanyak telah membantu pelajar lebih memahami dadah yang ringan
sehingga yang lebih kompleks. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan
yang berlaku sepanjang perlaksanaan program ini dimana masa yang terhad
menyebabkan aktiviti menjadi lebh padat dan singkat. Selain itu juga, penglibatan
agensi luar kurang mendapat sambutan dan oleh itu, pendedahan mengenai isu ini
agak terhad.

Sehubangan itu, penambahbaikan dalam agensi luar perlu dipertingkatkan


supaya para pelajar memperoleh maklumat dengan lebih terperinci dan jelas. Selain itu,

9
masa yag sesuai juga berperlu dipertimbangkan supaya segala aktiviti berjalan lancar
dan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti sediakala. Secara
keseluruhan, program seperti ini amat berguna kepada pelajar dan akan meninggalkan
impak positif pada masa akan datang.

2.0 Peranan Guru Biasa sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling

10
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata
dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malah, semua guru yang terlatih
dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Kita rujuk semula apakah
yang dimaksudkan dengan bimbingan. Bimbingan bermaksud bermaksud memberi
nasihat atau maklumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak dan menggelakkan
masalah supaya tidak menjadi rumit ataupun besar. Dalam hal ini, sudah tentu setiap
guru di sekolah, samada guru matapelajaran atau guru kelas, mampu memainkan
peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi
serta kognitif masing-masing.

Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah


merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru pembimbing, guru biasa
harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat
mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod
tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai
rujukan untuk tindakan susulan, samaada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi
lain. Sebagai contoh, dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1.
Program sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan
yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah.
Mereka juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem
pendidikan kepada murid. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan
matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka
juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah
dan kepentingan mata pelajaran.

Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat


perancangan persekolahan mengikut kebolehan,kemampuan,minat dan perkembangan
murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid pada
peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang.Semangat yang ditabur sejak kecil lagi akan mempengaruhi seseorang
pelajar supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna pada masa akan datang.

11
Selain itu, Guru biasa juga dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka
dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat kerja
yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul. Di sini
guru biasa membimbing atau mengukir pelajar dengan tingkah laku yang baik dan
melahirkan insan yang beraklak mulia. Guru biasa juga menjadi tempat mengadu
masalah pelajar. Mereka perlu menjaga pelajar dengan membantu menyelesaikan
masalah.

Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia, dan
mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih kepada guru
kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka
mengumpul menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling
dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan
dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai.
Sekiranya terdapat apa-apa masalah, guru biasa menjadi medium perantaraan atau
perunding antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat
atau masalah murid, seterusnya membuat perbincangan tentang bagaimana masalah
tersebut harus diselesaikan dengan berkesan.

Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang
dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di
peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka terlibat
dalam perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk
mengelola program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program,
membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru ini
akan membuat penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan program yang
dilaksanakan. Selain daripada itu, mereka juga merancang, melaksana dan mengawal
selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan, pembimbing rakan
sebaya ( PRS) dan jati diri.

Guru biasa berperanan dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh
ketua jabatan dari semasa ke semasa. Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami
tingkah laku murid-murid melalui pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani

12
aktiviti harian dalam kelas. Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan
lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru
matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa
masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami
satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah
tafsir sebagai sifat malu dan segan. Justeru, pada ketika inilah guru kelas atau guru
matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan
kepada murid ini. Mereka perlu merangsang pelajar supaya meluahkan perasaan yang
terpendam dalam jiwa mereka.

Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hamper dengan
murid-murid. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran murid-
murid. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, misalnya mewarna,
menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak
boleh dilakukan oleh sesorang murid, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang
lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Bimbingan boleh dilakukan oleh
guru terhadap murid-murid yang mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami
keciciran atau berasa rendah diri berada di kalangan murid-murid yang lebih
berkebolehan berbanding mereka.

Guru biasa memainkan peranan yang amat besar dengan mendampingi pelajar
dan mengenali pelajar dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, keadaan ini
akan memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi masalah mereka dan
mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada guru. Mereka tidak akan berasa segan
atau teragak-agak untuk berterus-terang. Dengan ini, guru dapat mengelakkan diri
pelajar daripada pelbagai gejala sosial dan sebagainya.

Melalui pemerhatian dan rujukan, amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru
pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan
dan kaunseling memperoleh satu profil awal kanak-kanak melalui teknik-teknik
pengumpulan maklumat yang disarankan. Segala maklumat ini mampu membantu guru
bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar demi kepentingan
guru amnya dan kanak-kanak khasnya.

13
3.0 Analisis Inventori Psikologi Minat Kerjaya

Sewaktu saya menjalini praktikum fasa 3, saya telah memilih kelas 6 IBS yang
mempunyai 25 orang untuk menjalankan ujian minat kerjaya dengan menggunakan 3
kod mata Holland.

Hasil dapatan ujian menunjukkan sebanyak 46% daripada murid kelas tersebut
iaitu seramai 6 orang telah berada di bawah kategori investigatif. Murid-murid dalam
kategori ini merupakan individu yang suka akan aktiviti simbolik, sistematik, dan kerja
penyelidikan. Mereka tidak suka melakukan sesuatu rutin yang berulang setiap hari dan
tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial. Murid-murid dalam kategori ini
mempunyai difat ingin tahu yang tinggi dan sentiasa melakukan sesuatu yang teliti,
berfikiran kritikal, serta lebih menginginkan kebebasan. Ecara ringkas, murid dalam
kategori ini suka berfikir untuk mendapatkan jawapan atau jalan penyelesaian masalah
yang cepat dan tepat. Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang
matematik dan sains serta menganggap diri sebagai penyelidik dalam golongan
intelektual. Dalam kalangan 6 orang tersebut, terdapat 3 orang yang mempunyai kod
mata Holland IAS, IAR, ISE, ISE yang membawa kepada penglibatan kerjaya ke
arah ahli ekonomi, pakar import, aktuari, jururawat, jurutera dan sebagainya.

Selain itu, 23% daripada murid kelas tersebut iaitu seramai 3 orang murid
berada dalam kategori realistic. Murid-murid pada kategori ini merupakan individu yang
mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Mereka lebih berminat untuk bekerja
dengan objek yang dapat disentuh seperti mesin, jentera, peralatan, tumbuhan dan
sebagainya. Mereka lebih suka akan pekerjaan luar daripada bangunan dan akan
menggunakan kebolehan kekuatan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Individu yang
realistic turut menghargai perkara-perkara konkrit seperti wang, kuasa dan status.
Mereka bersifat pemalu, tekun, jujur, meterialistik dan suka diperintah.

Dalam kalangan 3 orang murid tersebut, 1 orang murid mempunyai kad RAI
dan 2 orang murid RAC. Murid yang RAI terlibat dalam kerjaya seperti pengukir
konkrit dan sebagainya. Secara ringkas, pekerjaan yang sesuai dengan mereka adalah
bidang mekanikal, juruteknik, tukang paip dan seangkatannya.

14
Tambahan pula murid yang berada di bawah kategori conventional juga
seramai 4 orang iaitu 24% dalam kalangan murid 6 IBS. Murid dalam kategori ini
biasanya cekap menyusun data dengan sistematik dan lebih mahir dalam bidang
pengkeranian. Individu seperti mereka suka melakukan pekerjaan yang melibatkan
angka dan amat teliti orangnya. Mereka suka mengelakkan diri dari persoalan atau
masalah yang rumit. Murid yang berada dalam kategori ini bersifat teliti, tekun, disiplin,
cekap dalam melakukan sesuatu perkara. Pekerjaan yang biasa dilakukan seperti
akauntan, kerani, penyelidik document, operater komputer, jurwang dan lain-lain yang
melibatkan angka.

Di samping itu, terdapat 8% dalam kalangan 6 IBS yang berada dalam kategori
enterprising. Murid ini merupakan individu yang suka akan aktiviti yang mendatangkan
keuntungan. Biasanya murid ini mempunyai kebolehan dalam perhubungan
persekitaran. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan
mementingkan status serta kepimpinan. Murid kategori ini suka bersosial, menonjol,
optimistic dan bercita-cita tinggi. Kod mata individu kategori ini adalah ECR yang
membawa kepada kerjaya sebagai perniaga.

Secara keseluruhan, murid-murid tahun 6 IBS mempunyai minat kerjaya yang


berlainan mengikut minat mereka. Kebanyakan dalam kalangan mereka berada dalam
kategori investing, seterusnya realistic, convensional, dan interprising. Walau
bagaimapun, setiap bidang yang diceburi akan melagirkan idividu yang berdaya saing,
berfikiran kritis, mempunyai minda yang berinovasi serta kreatif dalam mencipta kerjaya
yang hebat. Justeru, minat mereka haruslah didorong oleh guru supaya mereka
mempunyai panduan pada masa akan datang.

15

Anda mungkin juga menyukai