Anda di halaman 1dari 37

A.

i Latar Belakang Sejarah


a) Catan
Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang
terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan
dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula
memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib.
Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari
pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan
pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang
ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat
daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang
digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan
warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan
warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk
dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak
haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa
itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan
pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu
agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang
diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis.
Kisah seperti The Last Super dan imej Madonna and Child merupakan
subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan
terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk
menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.
b) Catan Media Campuran
Karya catan mixed media atau media campuran dikenali awal abad ke-20
iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan
bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk
karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk
menghasilkan catannya yang bertajuk Three Musicians antara 1910 hingga
1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik
menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan
berupa dalam seni tampak.Karya awal mixed media lebih menggunakan
material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri
dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek
formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan mixed media adalah Carlo Crivelli yang
menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk

St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas


menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg
menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku
dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang
kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis
figurative, alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art
menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan
aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam
catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini
dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern
Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk The Art of
Asemblaj pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah
pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah
gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media
campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahanbahan buangan dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula
kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan
asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam
kesinambungan dari kubisme dan surealime.
Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat
dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini
merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan
orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery
di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk
Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup dOeil, Jouets Surealistes.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik
daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama Art of
Asemblaj menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj
mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair
menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut
mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu
bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis
Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan
memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang
kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan
makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan
mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang
artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di
akhir 50-an dan awal 60-an.

c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.


Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi
perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan
Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni
catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karyakarya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru
dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah
perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat
untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan
konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni
lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.
Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada
tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol
baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi
tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik
motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masingmasing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk
kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang
dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia.
Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang
diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan
bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu
budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana
tercermin dalam Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan (1991) mirip kepada
stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan
menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan
simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia
menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang
lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara
mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan
Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial
menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya
mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi
kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula
membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend
dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan
karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya
mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas
penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.

d) Kajian Teori Yang Berkaitan


Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru
untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan.
Mereka menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai
kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu
yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow
dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan
sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang
menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada
pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada
pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep
kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media
karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme
dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya Tragic of
Blue Night (1991).

e) Jenis Bahan
Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh
digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca
lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi
digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka .
Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu
perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof
bahan-bahannya mixed media.
e.i) Apa Itu Bahan ( Material)
Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk
atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran,
samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada
pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu
sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik,
elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan
terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari
proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah
seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses
pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti
air, minyak atau berbentuk chemical ataupun masih mengekalkan rupa dan
ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.

ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.


iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau
jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari
koleksi lab.
e.ii) Cara Memilih Bahan
Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya.
Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang
jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari
segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa,
pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani
pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani
ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam
pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ready
made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai
jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan
tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui
kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan
melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga
boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik
atau foto dan berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh
dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari
bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan
oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila
memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya
memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya
juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri
melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak
kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu
penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan
'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan
kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan
karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari
industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah
bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan
komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan

ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.


A.ii PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA
Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu
karya itu menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut
seseorang artis itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya.
Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati
samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman
menghasilkan sesuatu yang baru.
Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi
memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah .
Di sini terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik
yang selalu digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua
teknik yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik
seperti Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage,
Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi.
Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap
beberapa pengolahan sahaja.
A.ii.i Collage
Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni
catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang
terkenal di dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula
digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 19061914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya yang
membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi. Ia
merupakan satu era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden
yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso dan Braque
merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada
perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction'
terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat
dan segi tiga sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat
kepada nature ini boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik,
sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah menjadi segi empat.
Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu
jalan pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi
yang dikenali sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang
kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan
berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan
sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai
bentuk dan rupa sendiri.
Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It was

a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that for the
first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth
resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no such thing as any
material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as
long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini adalah sebagai
satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para
pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu
masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.
Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti
keratan akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya
melalui tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu
kebanyakannya masih bersifat 2D.
A.ii.ii Assemblage
Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief.
Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai
(sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya
yang berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahanbahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang
kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti
akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan )
yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the
paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around
in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little
piece of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour
or gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada Max
Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant
realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada
eksplorasi teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman
seseorang itu. Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage
yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan
penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief.
Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di
kompos'kan kembali.
A.ii.iii Combine Painting
Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert
Rauschenberg dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah
dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan
lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan

dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh
golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi
berbentuk relatif tetapi seni kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan
secara total.
Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon'
di mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk
seperti burung dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump',
dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya
oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh
Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti
'casting'.
Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang
hinggalah ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made'
mahupun 'natural object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak
terbatas.
Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh
golongan Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni
berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini,
perkara yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam
pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu
menjalani proses.
A.ii.iv Fabric
Fabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas.
Dalam seni tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian.
Manik-manik, jerami yang disulam dan dijadikan pakaian dan perhiasan.
Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam seni semasa. Ianya
kemudian telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan
karyanya. Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali
sutera sacking dan simen.
Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah
artis menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,
"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess of
paint. painting picture each day and wiping them out each night . I
finished with a massive pile of paint rags. mainly muslim baby napkins,
covered with beautiful colours".17
Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted
and tied, weaving around sticks, weaving a treda mobile, design from string
and nail dan feather.
A.iii Lain-Lain Pengolahan
Setelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ
terdapatnya beberapa pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya

seperti Fumage, Brulage, Decoupage, Dechirage, Froissage dan Frottage. Di


bawah ini diberikan ringkasan secara umum mengenai teknik dan kesan yang
terhasil dari pemerosesannya.
A.iv Jenis Subjek
Motif yang digunakan motif motif abstrak contohnya motif yang digunakan
oleh Zukifli Yusof motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi
kebangsaan. Manakala Tan Chin Kuan juga banyak membicarakan isu-isu
sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru
bagi pelukis muda seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah
memperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan
moden Malayisa. Penggunaan imej serta pembungkusan makanan tempatan
terdahulu daripada ini dapat dihayati dalam karya-karya Hashim Hassan
menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan semiabstrak bagi
mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.

B. KAJIAN TAMPAK
B.i Rujukan Karya Dan Artis
Din Omar
Kepelbagaian
Beliau merupakan salah seorang pelukis Malaysia yang menonjol dan bersifat
inovatif dalam mengemukan simbol dalam karya media campuran. Dalam
karyanya, persoalan gaya tidak terbatas dalam lingkaran permasalahan
bentuk, tetapi meliputi aspek makna seperti tema dan subjek, sama ada
secara representasi mahupun perlambangan. Karya media campuran Din
Omar yang bertajuk Kepelbagaian ini pernah dianugerahkan hadiah kecil
dalam pertandingan seni lukis Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis
Negara pada tahun 1990. Dalam karya ini, Din Omar mengungkap kesatuan
hidup masyarakat majmuk Malaysia menerusi imej nasi bungkus yang
menjadi simbol yang memusnahkan perbezaan bangsa dan warna kulit. Nasi
bungkus bersifat keMalaysiaan, diterima dan digemari oleh berbilang bangsa.
Apa yang menarik dalam karya ini , beliau mengambil suatu perkara yang
lumrah dalam kehidupan lalu dipersembahkan dalam bentuk kesenian.
Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan objek budaya pemakanan seperti
nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Apa yang paling
nyata menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang diolah sama ada
secara papar ataupun dalam bentuk 3 dimensi. Usaha Din mengungkap
mesej budaya dan kemasyarakatan pastinya berbeza daripada
kencenderungan kebanyakan pelukis catan alam benda yang turut
menampilkan objek budaya pemakanan, tetapi hanya berminat pada nilai

keindahan yang tersurat semata-mata. "Kepelbagaian" serta karya lain


daripada siri nasi bungkus itu cukup menarik dan menyegarkan,
mencerminkan sensitiviti pelukis terhadap unsur biasa dalam persekitaran
mereka yang dapat digarap sebagai simbol budaya. Pendekatan Din Omar
dalam karya kepelbagaian ini mungkin bertalian dengan seni popular, tetapi
pemilihan motif dan subjeknya bersifat tempatan. Pemindahan imej dan
bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya memperkaya
penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia seni moden Malaysia di
samping mengetengahkan isu-isu budaya tempatan.

Mohd Fauzin Mustafa


The Lost Horizon

Mohd Fauzin Mustafa antara pelukis Malaysia yang gemar menggunakan


media campuran dalam berkarya. Karya-karya beliau banyak merujuk kepada
alam sebagai subjek dan sumber inspirasi yang kaya. The Lost Horizon
merupakan antara karya beliau yang terkenal. Dalam karya ini beliau
menggunakan pelbagai campuran mediaseperti perca, kepingan timah,
emas, kolaj dan akrilik. Tema yang cuba ditonjolkan
oleh beliau dalam karya ini merujuk kepada alam flora dan fauna sebagai
motif ukiran kayu dan batik. Motif pucuk rebung dan awan larat mengandungi
makna simbolik yang kuat tentang peribadi dan kesopanan Melayu iaitu satu
bangsa yang menghormati pemimpin serta tunduk kepada suruhan Tuhan.
The Lost Horizon mempamerkan beberapa perbezaan dari segi pendekatan,
pengolahan bentuk rakaman, dan terjemahan bahasa visual. Ini menjadikan
karya beliau ini berbeza dengan pelukis lain. Karya Mohd Fauzin ini terbentuk
menerusi pengolahan yang tidak mengongkong dan menyarankan alternatif
baru terhadap eksploitasi media dan bahan. Pelbagai mdia campuran yang
digunakan berjaya mengungkap kemungkinan yang mencabar dalam proses
berkarya. Beliau menggunakan ciri semula jadi bahannya dengan sebaik
mungkin bagi mewujudkan kesan yang diidamkan. Warna perca yang
sememangnya sudah menyerupai alam semula jadi dengan corak bebunga
diperelok menerusi sentuhan dan campuran bahan yang lain. Hasilnya, kesan
yang padu dapat dihayati dalam imej yang yang lebih menyerupai lanskap
dan struktur bumi. Media-media ang digunakan berjaya menyerlahkan simbol
yang merujuk kepada budaya tempatan. Tema dalam The Lost Horizon
merupakan satu penghayatan dan penghargaan pelukis kepada alam ciptaan
Tuhan. Karya ini melukiskan rakaman penghayatan beliau yang bersifat
luaran dan dalaman. Menurut Mohd Fauzin sendiri, alam perlu dihayati zahir
dan batinnya iaitu segala yang tersurat dan yang tersirat. Melalui
penghayatan terhadap alam, akan mendorong kita mengenali kebesaran
Tuhan.

Alias Yusoff
The Fest 1
Pelbagai tema, pendekatan dan unsur formalistik digunakan oleh para pelukis
di
Malaysia dalam menghasilkan karya mereka. Setiap karya yang dihasilkan
mempunyai
kekuatan yang tersendiri menjadikan karya meraka itu unik dan berbeza dan
mempunyai
identiti yang tersendiri. Dalam karya Alias Yussof bertajuk The Fest 1
terserlah dalam
penggabungan ciri-ciri formal yang disusun dengan unik dan menimbulkan
kesan. Unsur-unsur rekaan seperti garis, bentuk, jalinan, warna dan rupa
dihasilkan menerusi sensitiviti, melambangkan keperihatinan beliau terhadap
agama, alam sekeliling, masyarakat dan budaya. Karya ini mengetengahkan
kaedah penerokaan permukaan catan dengan memberi perhatian kepada
komposisi dan dan permasalahan teknikal. Gagasan bahawa setiap sesuatu
berhubung dan dihubungkan dengan sesuatu yang lain dalam alam ini
menjadi titik tolak karya beliau. Di samping mencari perhubungan dan
kesatuan pelbagai bahan, beliau cuba membentuk komposisi yang harmonis
dalam karyanya menerusi percaturan dan perhubungan satah, bentuk, rupa,
warna serta garisan. Unsur-unsur harmoni dan kontras dalam ciri formal seni
lukis diolah dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan komposisi catan
yang menarik dan mengukuhkan struktur yang tersirat. Di samping
menyarankan aspek penerokaan bahan dan permukaan, karya Alias
memperlihatkan sikap ketelitian dan disiplin yang tinggi dalam proses
komposisi. Komposisi catan yang seperti ini tidak terbentuk secara kebetulan,
tetapi memerlukan perancangan yang konstruktif dan teratur. Unsur-unsur
keseimbangan dan pergerakan serta kadar bandingan umpamanya dikaji
dengan teliti. Ini agak berbeza dengan karya abstrak ekpresionisme yang
banyak bersandar pada unsur kespontanan dalam proses berkarya. Karya ini
bukan sahaja mendukung kuat pendekatan formal yang berkaitan dengan
bahan dan permukaan, tetapi juga turut menyarankan makna yang tersirat
tentang perkembangan tamadun yang berlainan zaman serta konsep
keharmonian alam.
Ruzaika Omer Basaree
1981
Sri Dungun
Media Campuran
Karya ini menggabungkan motif seni bina ukiran Melayu tradisi dalam catancatannya yang juga bersifat kearcaan. Pendekatannya telah memperluaskan

pengertian catan yang lazimnya ditakrifkan sebagai aturan warna di atas


permukaan dua dimensi semata-mata kepada karya yang bersifat tiga
dimensi.
Pelukis mendalami nilai-nilai estetika Islam dan menterjemahkan
kefahamannya itu menerusi karya-karya yang selama ini dirujuk oleh pelukis
yang memiliki makna tersirat yang berkaitan dengan Islam. Kedua-dua
konsep yang terjelma dalam kesenian tradisi seperti seni ukiran kayu dan
seni bina Melayu tradisi seterusnya meletakkan kesenian yang berkontekskan
galeri seni.
Pendekatan seperti ini sebenarnya berupaya mengetengahkan keseniankesenian tradisi itu sebelum memindahkannya dalam pengolahan yang baru.
Ketidakfahaman terhadap makna asas serta prinsip-prinsip yang tersurat
hanya akan merosakkan keindahan dan ketulenan seni tradisi apabila ia
diucapkan dalam bahasa visual yang baru.
Dalam karya di atas menggunakan bahan berupa kayu dan arkalik dimana
kayu yang digunakan untuk membentuk daun pintu dan ukiran diwarnakan
dengan arkalik.
Pelukis menggunakan warna yang lembut dan kombinasi warnanya yang
menunjukkan gambaran warna sewarna menyebabkan hasil ini nampak
menarik dan teratur. Warna yang lebih gelap digunakan dibahgian tepinya un
tuk menunjukkan pemidang pada hasil karya ini. Ia juga dapat menimbulkan
bentuk 3 dimensi yang hendak di utarakan.
Selain dari itu pelukis dapat menunjukkan ukiran yang mempunyai ukuran
semetri dimana ukuran setiap ukiran adalah sama dan seimbang. Daun pintu
juga mempunyai ukuran semetri dimana daun pintu itu itu boleh dibuka. Ciriciri tradisi melayu dapat ditonjolkan pada karya beliau.

Louise Nevelson
1962
American Dawn
Media Campuran
Karya assemblage yang bertajuk American Dawn dihasilkan oleh arcawan
Louise Nevelson pada tahun 1962. Tema karya ini berkaitan dengan
kehidupan Amerika / sosial budaya di Amerika.
Material yang digunakan untuk menghasilkan karya ini termasuk pelbagai
jenis kayu dan penggunaan cat yang minimum.
Dari aspek formalistik, didapati tindanan kayu atau susunan kayu telah
memberi kesan pergerakan yang dinamik. Contohnya reka letak kayu di
bahagian tengah disusun dari rendah ke tinggi dan antara setiap unit kecil
juga terdapat pergerakan yang ketara di mana kayu di susun secara
horizontal dan vertikal.

Objek yang terdapat di tengah-tengah karya ini dianggap sebagai penegasan


bagi keseluruhan komposisi, kerana ia terletak di titik tumpuan audien.
Penggunaan warna yang berbeza di sebahagian unit kecil juga berfungsi
sebagai penegasan.
Seniman telah menggunakan warna yang minimum dan ia dapat dibuktikan
di sebahagian kecil karya tersebut. Warna yang dipilih (grey) juga merupakan
warna yang lembut. Seniman cuba mengekalkan warna asal kayu dan ini
telah memberi kesan harmoni.
Karya ini telah mewujudkan satu ruang realiti. Sebahagian daripada karya
tersebut lekat pada dinding , keadaan ini menyebabkan objek tersebut
kelihatan bersaiz kecil. Kadar banding antara unit belakang dan depan telah
mewujudkan satu perspektif yang menuju ke dalam.
Berdasrkan gambar yang dikaji, unsur jalinan sentuh jelas dilihat tetapi
jalinan kayu (urat kayu) tidak kelihatan kerana tidak dikaji secara dekat.
Rupa organik dan geometri digabungkan dalam karya ini. Kontra
pertentangan dan gabungan antara dua unsur ini telah memberi konsep
kesatuan kepada karya tersebut.

Hamidi Ahmad Basaar


1991
Bas Mini
Media Campuran
Karya ini merupakan karya mixed media yang menggunakan cat minyak dan
bentuk
kadbod relief yang dikompos bersama dengan karya atas panel.Isu kesesakan
di kota
menjadi tema kajian pengkarya.

Cornell Joseph
1943
Pharmacy
Media Campuran
Cornell menggunakan barang-barang terbuang untuk dikompos menjadi
karya beliau.
Botol-botol diisi dengan pelbagai jenis bahan memberi gambaran farmasi.

Cornell, Joseph
1936
Soap Bubble Set

Media Campuran
Joseph menggunakan bahan terbuang atau waste material seperti kulit
telur, bekas-bekas sabun dan gambar globe untuk dikompos menjadi karya.

Artis antarabangsa iaitu pelukis wanita dari Argentina Luciana Abait dengan
karyanya Hong Kong Windows(2000)
http://www.artnutASIA.htm

Maslin Md Ramly
2000
Fly Away My Cakubor
91.5 X 91.5 cm.
Rujukan : Anugerah Seni lukis Malaysia&Asean Art Awaeds 2003 Philipmorris

Syed Alwi Syed Abu Bakar


2000
What Is This .... Teacher?
86 x 86 cm
Media Campuran
Rujukan :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Gan Sian Wei


2000
Win Search Of Identity
106 x 106 cm
Media Campuran
Rujukan : Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Karya rujukan bertajuk Mata Duitan yang dihasilkan oleh En. Shamsu
Mohamad. Mata Duitan adalah daripada media campuran iaitu porselin, duit
syiling, resin dan glaze. Karya ini berukuran 60.7 x 79.9 cm
RUJUKAN: :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Din Omar
1991
Nasi Bungkus : Antara Dua Hidangan
Media Campuran
214 x 107 cm

Tan Chin Kuan


1989
Blue Night II
Media Campuran

Noor Azizan Rahman Paiman


1993
Coming Back From North Island Series V
Media Campuran

Mohd Azhar b. Abd. Manan


Sarawak-September 89 : Documentation VI
Media Campuran
308 x 556 cm

Ahmad Shukri Mohamed


1992
Cabinet Series
Media Campuran
183 x 183 cm

Tan Chin Kuan


1991
Tragic of Blue Night

Media Campuran
450 x 300 cm

Thay Tzyh Haur


If You Are Him
Oil on recycled paper
95cm x 95 cm

Zulkifli Yusof
Untitled 1
Media campuran
1988

C. PENYATAAN MASALAH / ISU


C.i Permasalahan Semasa dari Intipati Teks Hikayat Umar Umaiyah
Dalam Hikayat Umar Umaiyah (HUU), menceritakan tentang kehidupan
masyarakat zaman jahiliah iaitu sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab.
Dalam HUU ini ia mengisahkan seorang anak jati Kota Mekah yang
mengembara mencari pengalaman hidup di rantau orang. Namun apa yang
jelas ditonjolkan dalam hikayat ini ialah semangat mempertahankan
kedaulatan tanah air yang dipaparkan melalaui watak utama (Umar Umaiyah)
yang sentiasa membela dan menunjukkan kelebihan dan kehebatan tanah
kelahirannya kepada masyarakat luar. Ini jelas apabila Umar enggan
mengiktiraf kaabah Yaman yang dibina oleh Raja Abrahah hinggakan beliau
sanggup memusnahkan kaabah tersebut dan mengotorinya dengan najis.
Begitu juga dengan masyarakat Mekah yang sanggup bergadai nyawa dan
tinggalkan segala kemegahan, anak isteri, kekayaan dan sebagainya sematamata mahu mempertahankan kota Mekah dari serangan tentera musuh.
Dalam HUU ini juga ditonjolkan pelbagai peringkat lapisan masyarakat
sanggup bekerja sama membantu mempertahankan tanah kelahiran mereka
walaupun kebanyakkannya tidak tahu teknik berperang mahupun
menunggang kuda. Namun, semangat serta kasih sayang terhadap tanah air,
maka mereka sanggup menentang dan mempertahankannya walaupun
dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

C.ii Tema
Tema yang dapat saya ketengahkan melalui hikayat ini adalah
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR DAN PENGARUHNYA.
Mempertahankan bermaksud melindungi serta mengawal tanah air dari
sebarang ancaman, pencerobohan , penaklukan dan serangan oleh pihak luar
yang berniat jahat dan tidak baik. Kedaulatan pula merupakan satu
kemuliaan, kesucian dan keagungan yang terdapat dalam sesebuah negara
yang mesti dipelihara dan dilindungi. Tanah air merupakan negeri, tempat
kelahiran, kawasan jajahan atau juga satu penempatan yang didiami oleh
sesuatu masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan. Pengaruh pula
merupakan satu kekuasaan, ideologi, agama, fahaman dan sesuatu yang
dapat menunjukkan identiti sesebuah kaum dan masyarakatnya.

D. KAJIAN ANALITIKAL
D.i Peta Minda
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR SERTA PENGARUHNYA
MEMELIHARA KESELAMATAN KAABAH
ERATKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
MENENTANG MUSUH
MENYEBARKAN FAHAMAN DAN IDEOLOGI
TEGAKKAN UNDANG2
PERTAHANKAN DARI SERANGAN
HAPUSKAN SAINGAN
TENTANG UNDANG2 ZALIM
TENTERA ABRAHAH
PEMBESAR ZALIM
GURU AGAMA
NASIHAT
PERLAKUAN
TELADAN/ CERITA BAIK
RAJA
PEMBESAR
MASYARAKAT
BANI KALBAN
PEMBESAR QURAISY
PENGHULU
PENDUDUK DUSUN

INDIVIDU
TENTERA BERGAJAH
KAABAH YAMAN
LAKSANA HUKUM
BERPERANG
MEMPERTAHANKAN NEGARA
IKON
PEDANG
PERISAI
KOTA
PAGAR
ASKAR
PAHLAWAN
RAJA
TOMBAK
BELANTAN

D.ii Ikon yang akan digunakan

Pedang
Perisai
Kubu / Kota
Perisai
Pintu Kota
Kuda dan Pahlawan
Raja
Permaisuri
Askar
E. CADANGAN - KONSEP DAN IDEA

E.i. Aspek Praktikal


Lakaran yang mengandungi buah catur.
Buah Catur melambangkan satu sistem pertahanan yang terdiri dari pelbagai
peringkat lapisan iaitu raja, permaisuri, menteri, askar dan juga unsur-unsur
lain seperti kuda, kota dan sebagainya. Semua ini memainkan peranan
masing-masing dalam mempertahankan kawasan atau tanah air yang
dikuasainya.

Bentuk-bentuk perisai yang pelbagai digunakan bagi menunjukan tentang isu


pertahanan
Kedudukan ikon buah catur yang dalam keadaan statik dan mempunyai
unsur-unsur pergerakan.
Karya yang menjadi pilihan. Setelah membuat pelbagai penyesuaian dan
penambahan, maka lakaran ini telah diluluskan.

F. PROSES- PERKEMBANGAN KERJA


F.i. Pemilihan bahan dan alatan yang akan digunakan

! Kepingan besi setebal 3 mm.


Bentuk bulat. Diameter 40 cm x 4 keping.
Bentuk bulat. Diameter 28 cm x 4 keping.
! Mangkuk besi setebal 1 mm.
Bentuk bulat dan melengkung. Diameter 7 cm x 4 biji.
! Kayu 2 inci x 2 inci.
2 inci x 2 inci x 100 cm x 6 batang.
2 inci x 2 inci x 190 cm x 5 batang.
! Papan lapis. Setebal 1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping.
! Skru .10 mm.
10 mm x 4 inci x 20 batang.
10 mm x 2 inci x 24 batang.
10 mm x 2 inci x 26 batang.
10 mm x 1 inci x 12 batang.
10 mm x 1 inci x 48 batang.
! Papan lapis untuk membentuk imej buah catur.
F.ii. Proses Kreativiti
Gambaran saiz, bentuk dan kedudukan bahan dalam karya.
Kepingan besi. Diameter 40 cm
Kepingan besi.
Diameter 28 cm.

Skru 10mm x 2 inci


Skru 10 mm x 4 inci
Skru 10 mm x 1 inci
Papan lapis;
1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping
Skru 10mm x
1 inci
Skru 10 mm x
2 inci
Kayu 2 inci x 2 inci x 100cm
Kayu 2 inci x 2 inci x 190 cm

Bentuk ikon buah catur yang telah diubah suaikan dengan memasukkan
unsur-unsur pergerakan.

INILAH LUKISAN KARYA YANG AKAN DIBUAT NANTI.


F.iii. Proses Artistik

!
Bahagian kayu yang diluakkan / tanggamMemotong kayu 2 inci x 2 inci. Kayu
dipotong sepanjang 100 cm sebanyak 6 batang dan 190 cm sebanyak 5
batang. Selepas itu kayu dibuat tanggam supaya berada dalam keadaan lebih
kukuh dan stabil apabila dipasangkan. Teknik ini dinamakan teknik tanggam.
Bahagian kayu yang ditanggam. Permukaan kayu di grinder supaya
menghasilkan kesan jalinan yang ketara.
Bahagian kayu disatukan menggunakan skru supaya lebih kukuh dan
menanpakkan kesan kekuatan agar sesuai dengan tema.
Bahagian kayu disapukan dengan pewarna kayu untuk tujuan kekemasan dan
menampakkan kesan kekuatan.
Seterusnya saya melakukan kerja-kerja menebuk lubang pada kepingan besi.
Saya menggunakan kepingan besi yang telah sedia ada seperti kuali roti jala.
Ini memudah dan menjimatkan masa. Tambahan pula saiz dan bentuknya
sesuai digunakan dengan karya saya.

1
2

Permukaan besi digrinder supaya lebih menampakkan kesan jalinannya.


Kepingan besi ini dilekatkan menggunakan skru supaya kelihatan seperti
bentuk perisai yang sebenar.
Terdapat dua lapisan besi. Yang besar di bawah manakala yang kecil di
bahagian atas.
Proses memasang kepingan besi di atas panel. Skru digunakan supaya
kedudukan setiap kepingan besi renggang sedikit.
Kelihatan bahagian kayu yang di grinder untuk mendapatka kesan jalinan
yang menarik.
Pandangan sisi kedudukan kepingan besi di atas panel.
Sisi tepi
Sisi atas
Kepingan besi diameter 40 cm
Kepingan besi diameter 28 cm
Mangkuk besi diameter 7 cm
Kedudukan kepingan besi yang telah siap dipasangkan. Bagi memastikan
bahagian yang di grinder tidak mudah berkarat, spray Clear digunakan.
Proses penghasilan ikon buah catur. Saya menggunakan papan lapis setebal
12mm. Terdapat enam ikon buah catur yang berlainan iaitu, raja, permaisuri,
menteri, kota, kuda dan askar.
Menteri
Askar
Kota
Raja
Kuda
Permaisuri
Imej diletakkan di atas papan lapis setebal 25mm. Imej di grinder supaya
menghasilkan kesan jalinan.
Bahagian papan lapis 1 inci x 25cm x 45 cm di grinder dan diwarnakan
menggunakan warna poster Colour.
Susunan imej catur di atas papan lapis. Setiap kedudukan imej berada pada
latar warna yang memberikan maksudnya tersendiri.

Bahagian belakang perisai dimasukkan dengan kepingan papan lapis dan


diwarnakan dengan warna kuning. Ini akan memberikan kesan kontra dan
imej perisai akan lebih menyerlah
Inilah karya saya yang telah siap sepenuhnya.
G. DOKUMENTASI KARYA AKHIR
G. i. Makna yang terdapat dalam karya

1. PERISAI
Perisai memberi erti satu alat mempertahankan diri apabila berperang. Ia
merupakan alat pertahanan diri yang tradisional. Sesuai dikaitkan dengan
hikayat yang dikaji. Perisai diletakkan di bahagian kiri dan kanan sebagai
pengawal kepada isi yang terdapat di dalam karya tersebut. Terdapat di
empat penjuru melambangkan empat arah mata angin (Utara, selatan, timur
dan barat)
2. IMEJ BUAH CATUR.
Dalam permainan buah catur, terdapat watak seperti raja, Permaisuri, Kota,
Askar dan sebagainya yang berperanan sebagai pengawal dalam permainan
tersebut. Permainan catur adalah simbolik kepada mempertahankan
kekuasaan dan memperluaskan pengaruhnya. Ini bermakna, dalam
mempertahankan negara, ia melibatkan pembabitan semua puhak. Setiap
individu memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan
negara, agama dan pengaruhnya. Ia dilambangkan melalui warna latar imej
catur tersebut.
3. PAGAR
Pagar merupakan salah satu ikon yang melambangkan pelindung. Ini
bermakna jika sesuatu yang dipagar, maka sudah semestinya ia dilindungi
dan sangat penting kepada pemiliknya. Pagar ini di masukkan kesan-kesan
jalinan yang melambangkan kejerihan, kepayahan dan pahit getir dalam
mempertahankan negara sehingga menghasilkan parut-parut dan luka-luka.
Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, seseorang itu akan berdepan
dengan halangan dan rintangan. Di bahagian belakang perisai terdapat
warna kuning yang menunjukkan bahawa di dalam hikayat ini, kisahnya
berlaku di kawasan gurun yang panas. Jesteru itu warna kuning
melambangkan suasana yang panas mewakili kawasan berlakunya peristiwa
tersebut.
G.ii Pernyataan Tentang Karya

PERTAHANAN
MEDIA CAMPURAN
100 CM X 190 CM
2004

SINOPSIS KARYA
Kedaulatan tanah air dan pengaruhnya adalah sesuatu yang penting dalam
membentuk sebuah negara yang berdaulat. Pencabulan dan pencerobohan
orang asing yang mahu merosakkan dan menghuru-harakan bangsa haruslah
ditentang. Dalam mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan
pengaruhnya, maka penglibatan dari semua pihak haruslah dititik beratkan.
Kewajipan dalam mempertahankan negara bukan hanya terletak pada bahu
pemerintah sahaja sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua individu.
Inilah yang cuba dipaparkan dalam karya Pertahanan ini yang mana
terdapatnya kesepaduan daripada semua pihak dalam memelihara dan
mempertahankan kedaulatan tanah air.
Rujukan
David Britt ( 1999). Modern art impressionisme to post modernism. London:
Thames
Hodson Ltd.

Muliyadi Mahamood. ( 2001 ). Seni Lukis Moden Malaysia era pluralis hingga
era
Era pluralis (1930 1990).Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors.

Muliyadi Mahamood. (1991). A critical Appreciation of Malaysian Art in


Relation to
World Art. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Micheal Rush . ( 1999). New Media in Late 20th- Century Art. London: Thames
& Hudson.

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/07/catan.html

Pengenalan
Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan
dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat
meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya,
perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
a. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua
b. Zaman selepas Perang Dunia Kedua

Tahun 20an
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah
meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk
melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan
oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut
banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di
Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme,
zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19
apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh
rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme,
Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca
daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di
Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk
sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan
kaligrafi di China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup.
Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya
dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik
mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis
amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend
Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil
karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh
pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau
Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukispelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan
keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang

membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.


Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang
kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap
kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan
menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima
menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima
dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan,
manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan
kewangan.

Abdullah Ariff
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang.
Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio
seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi
Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi
Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri
untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air
aliran Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.

Yong Mun Seng


SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran
Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni
diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni
pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk
membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru
dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun
ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga.
Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W.
Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabotperabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga
tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di
mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam
jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana
hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk
dan lain-lain daripada tanah liat.

Tahun 1930an
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni
Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon
Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis

asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut
diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi
tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942
hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak
Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan
kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di
antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng,
Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah
datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi
Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis
aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi
seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal
kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang
kemudiannya dikenali sebagai Nanyang.
Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di
Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukispelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan
pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun
Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini
termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan
Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo
Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa.
Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya
yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di
samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan
singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini.
Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan
secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini
amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran
ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum
bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah
atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di
bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya
seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti
pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan

yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan
sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941.

Tahun 1940an
Pada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat
seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker
yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru
Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan
Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.
Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di
dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan
darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis
terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di
mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi
ini.
Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari
Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke
Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau
mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau
seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.
Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan
China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau
Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau
Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau
Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat
menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni
lukis di Camberwell School of Art.
Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis
Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme
abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan
sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada
pelbagai pengaruh aliran seni.

Mohammad Hoessein Enas


Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank
Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau
Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur .
Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni
kebangsaan yang terkenal.

Tahun 1950an
Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh
Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin
Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri
guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang
dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan
masyarakat seni lukis tempatan.
Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu
Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran
bertajuk mpat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan
yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis
tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali.
Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan,
menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan
kerajaan.
Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh
Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan

souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai
bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran
seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para
pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.
Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter
Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur.
Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah
lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni
lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara
pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong
Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi,
Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal


Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli
seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal
dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di
Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.

Dzulkifli Buyong

Jolly Koh
Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan
Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein
Enas. APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu.
Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal
kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan
ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad
Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat
yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay
hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka
memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi
perbincangan dan pameran.
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf
rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini
membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha
Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta
karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM
Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan
karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas,
Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong
Mun Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri
Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain
Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasilhasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.
Chuah Thean Teng
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah
Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis
Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka
Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil
pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni
Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti
Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan
adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri.
Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui
saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan,
pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri
oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang
berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh
masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk
melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah
menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan
Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo
For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting
dalam seni lukis avant-garde di negara ini.
Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun
1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun
dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus
sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga
baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia
menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and
Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion
dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan
kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese
Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Tahun 1970an
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih
tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ew Scene seperti Redza Piyadasa,
Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi.
Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-

ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan
maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.
Redza Piyadasa
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran
semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh
Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di
awal 1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan
serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin

Tahun 1980an
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan
sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan
bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di
Malaysia dan Luar negara.
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan
guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para
profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama
tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan

Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan,
Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia
Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga
menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi
sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta
seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli
karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.
Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan
karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

Pandangan tokoh msia terhadap seni :

Syed Ahmad Jamal, 1994


- Berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah
karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di alam yg asing.
- Seni itu suatu imej mental.
- Seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif.

Juhairi Said
- Dibentuk oleh penakulan demi mencapai hajat.
- Tujuan dan makna yang terkandung di dalam satu disiplin seni yang sangat
teknikal.
- Ia memberi panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan
dengan keindahan.

Abdullah Ariff
- Seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya.
- Mengajarkan Seni kepada masyarakat.
- Memberi kepuasan hati melalui pancaindera atau deria.
- Kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan.
- Fungsinya serupa dengan kebudayaan adalah sebagai pendoman hidup
sesuatu masyarakat.

sumbangan tokoh malaysia :


- perkembangan Balai Seni Lukis Negara.
- Sumbangan terhadap perkembangan seni catan di malaysia.
- sumbangan terhadap pembaharuan stail dan ideologi seni lukis negara.
- Pengaruh dan sumbangannya dalam cetakan.
- Penubuhan-penubuhan organisasi seni di Msia.

- Mengembangan lagi seni di Msia melalui galakan kepada masyarakat


dalam menghayati karya-karya seni melalui pameran-pameran.

http://blogsenivisual.blogspot.com/p/pandangan-tokoh.html
http://senivisual1.blogspot.com/2012/06/perkembangan-seni-visual-dimalaysia.html

Anda mungkin juga menyukai