Aliran Seni Lukis
REALISME
Realisme di dalam seni rupa berarti
usaha menampilkan subjek dalam suatu
karya sebagaimana tampil dalam
kehidupan sehari-hari tanpa tambahan
mengarut atau interpretasi tertentu.
Maknanya pula mengacu kepada usaha
dalam seni rupa untuk memperlihatkan
kebenaran, bahkan tanpa
menyembunyikan hal yang buruk
sekalipun
Impresionisme
Aliran Impresionisme adalah aliran
seni lukis yang berusaha
memperlihatkan kesan yang
ditangkap objek. Aliran ini biasanya
juga memiliki gambar yang tidak
terperinci atau kurang jelas.
Ekspresionisme
Menekankan pernyataan emosi.
Melukis secara spontan, mengikut
naluri perasaan atau ekspresi
dengan tenaga yang datang dari
dalam.
Bentuk awal objek tidak jelas
kelihatan sebaliknya warna, jalinan,
garisan dan bentuk diutamakan.
Ekspresionisme Abstrak
Meluahkan idea, perasaan, falsafah, peribadi,
dan sejagat melalui catan spontan dan
agresif.
Banyak menggunakan symbol untuk
menyampaikan mesej abstrak dan hilang sifat
realistic.
Seni ini menampilkan unsur-unsur seni rupa
yang disusun tidak terbatas pada bentuk-
bentuk yang ada di alam. Garis, bentuk, dan
warna ditampilkan tanpa mengindahkan
bentuk asli di alam.
Kubisme
Mementingkan bentuk-bentuk geometri
yang dipecah-pecahkan supaya dapat
dipandang dari pelbagai sudut.
Menimbulkan ilusi tiga dimensi yang lut
sinar serta gambaran pergerakan.
Mengutamakan kesan warna yang
bertenaga, jalinan yang pelbagai dan
cara ekspresi yang bebas.
Surealisme
Adalah penggambaran dunia fantasi
psikologis yang diekspresikan secara
visual. Bentuk- bentuk alam diubah,
sehingga penuh fantasi dan di luar
kewajaran.
Lukisan dengan aliran ini kebanyakan
menyerupai bentuk- bentuk yang sering
ditemui di dalam mimpi. Pelukis berusaha
untuk mengabaikan bentuk secara
keseluruhan kemudian mengolah setiap
bahagian tertentu dari objek untuk
menghasilkan sensasi tertentu yang boleh
dirasakan manusia tanpa harus memahami
bentuk aslinya.
Fauvisme
Fauvisme adalah aliran yang
menghargai ekspresi dalam
menangkap suasana yang hendak
dilukis. Aliran Fauvisme adalah aliran
seni lukis yang memberikan kebebasan
berekspresi, sehingga banyak objek
lukisan yang dibuat berlawanan
dengan aslinya.
Aliran pop art
Pop Art merupakan aliran seni lukis
yang melawan kebosanan
terhadap seni lukis tanpa objek
(sasaran).
Gerakan dan gaya seni moden ini juga,
mementingkan warna yang cerah dan ceria
untuk memberi gambaran kehidupan yang
indah, harmoni, selesa dan riang sepanjang
zaman.
Konsep dan rekaan beridentitikan ciri-ciri
tempatan yang merangkumi pelbagai
bangsa dan juga budaya tempatan. Kreativiti
dan inovasi juga melibatkan subjek flora dan
fauna yang di olah dalam bentuk abstrak
mengikut kreativiti tersendiri.
Perkembangan idea juga melibatkan proses
rekaan yang lebih moden dan kontemporari
tetapi bersesuaian untuk pasaran tempatan
dan antarabangsa.
Seni op
Merupakan aliran seni lukis yang
menggambarkan sebuah objek
manipulasi visual yang dapat
menipu mata.
Menggabungkan reka bentuk
geometri dengan kombinasi warna
tertentu untuk menghasilkan ilusi
gerak pada penglihatan
Seni minimal
Catan atau arca abstrak yang
mementingkan bentuk dan rupa
bentuk asas.
Situasi dibina khas suaya penonton
berada pada ruang dan masa
yang dipamerkan.
Konseptual art
Tidak mementingkan objek, lebih
mengutamakan konsep atau
pemikiran di sebalik objek tersebut.
Idea dipersembahkan melalui
Bahasa, symbol, foto dokumen,
carta, peta, filem, video dan
sebagainya.