Anda di halaman 1dari 3

26 July 2023

PERANAN SENI VISUAL


Peranan yang dimainkan oleh seni visual bole dilihat dari 2 aspek yang utama iaitu
PSIKOLOGI dan SOSIOLOGI

1. PERNAN PSIKOLOGI
Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu
berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, & ekspresi yang
berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
A. Sensitiviti
i. Kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial
serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan
kepekaan, sensibility [kebolehan utk merasa dan menghayati]
B. Emosi
i. Keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan dan pernyataan
diri. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan
dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yg semula jadi
seperti rasa cinta dan rasa takut.
C. Kreativiti
i. Boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubahdan
mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik. Individu ini sensitif
kepada masalah sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk
penghasilan.Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan
dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya
bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih
baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaan membuat dan
merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.
D. Ekspresi
i. Tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain, masyarakat,
peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan,
curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar' memberi makna menerusi perkataan,
pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu, dapat memberikan individu berkomunikasi idea, perasan dan
emosi

2. PERNAN SOSIOLOGI
Peranan seni visual dalam membentukkan mengembang budaya setempat dan sejagat
[seni dan masyarakat]
A. Nasionalisme
 Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkitkan nilai,
semangat dan perasaan melalui SV. pembelajaran SV, aktiviti da apresiasinya dapat membangkitkan
semangat kebangsaan dan sayangkan negara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah
Tugu Negara ( arca ) dan juga potret-potret pemimpin negara

B. Persekitaran
 Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan
apresiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sensitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi
kesan kepada kehidupan. Antara contoh karya ialah, Rumah Rakit-Kuala Lipis karya Peter Haris dan Waktu
Pagi di Kampung karya Lai Foong Mooi, reka bentuk landskap dan hiasan dalaman.

C. Propaganda
 SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan. Contohnya, Poskad
kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.

D. Ritual/Upacara
 SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat.
Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3 dimensi atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri,
yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

E. Spiritual
 SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis
dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara karya Patrick Ng
Kah Onn

F. Pengeluaran
 Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan
apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan
yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya,
penghasilan batik dan songket.

G. Pemujukan
 Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard
dan poster

H. Perniagaan
 Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk
perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

I. Pendidikan

2
 Melalui pembelajaran, apresiasi dan aktiviti seni visual dapat memberi pelbagai idea
dalam rekaan. Contohnya, kulit buku rujukan yang kreatif
J. Warisan

 Melalui pembelajaran asperasi dan aktiviti SV dapat menjadikan kita peka dgn nilai
seni terutamanya kraftangan merupakan warisan dan khazanah yg perlu d hargai
K. Masyarakat

 Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasi dapat memupuk masyarakat yang harmoni,
bertanggungjawab dan saling memahami melalui aktiviti seni visual.

Anda mungkin juga menyukai